Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami : IPG KAMPUS PM 144.

5/34 JLD 4 ( Tarikh : 24 Januari 2011 Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka, No 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1 Bangunan Kota Cemerlang 75450 Lebuh Ayer Air Keroh, Melaka (u/p: En. Zamzuri bin Mohamed) Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH SERI KENANGAN, CHENG, MELAKA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 21 orang guru pelatih dari unit Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan ( PISMP ) Pendidikan Khas 4 Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Emas. Butiran program Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut : Tarikh : 12 Februari 2011 Tempat : Rumah Seri Kenangan, Cheng Masa : 9.00 pagi 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan program tersebut. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan tuan boleh berhubung dengan Noor Hajeera binti Che Mee, pengerusi Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Emas di talian 013-6742770. 4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (NOOR HAYATEE BT. MD NOOR) Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
s.k 1. Fail timbul 2. KJHEP 3. Penyelaras BIG

Anda mungkin juga menyukai