Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari kajian luar ini jelas menunjukkan bahawa terdapat

pelbagai jenis maslah yang dihadapi oleh pengusah-pengusah restoran disekitar Bandar Baru Darulaman. Pengeluaran pelbagai jenis hidangan makanan membolehkan pengguna mempelbagai jenis cita rasa mereka. Permasalahan dalam mendapatkan modal perlu dibantu kerana modal membentuk lebih daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, penggalakan sektor permodalan yang berdaya maju adalah penting dan strategik dalam usaha negara ke arah memperluas sumber pertumbuhan dan mengekalkan momentumnya. Sektor kewangan dan perbankan yang mantap telah meningkatkan keupayaan pengusahapengusaha restoran di Malaysia, terutama restoran yang telah membuat kajian untuk mengembangkan operasi mereka dan membolehkan mereka membuka cawangan ke luar negara. Selain kredit perniagaan biasa, banyak bank perdagangan dan institusi kewangan telah dilantik Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan bayaran geran kerajaan dan menyediakan kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan kepada pengusaha restoran. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi perniagaan restoran ini dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi restoran yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti ialah memperbaiki sistem sokongan institusi, memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan, menaiktaraf kemahiran dalam bidang kulinari, mempertingkatkan akses pasaran, menggalakkan pekerja dalam bidang masakan western, dan mempelbagaikan menu atau memperbaharui menu dan hak perlindungan harta intelek.

Untuk membolehkan perniagaan restoran dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

RUJUKAN Kajian ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan selain daripada menemubual responden dan pengusaha. Di samping itu, saya telah membuat rujukan di internet semasa membuat kajian tersebut. Kaedah ini biasanya menjadi kaedah tambahan kepada kajian yang telah dilaksanakan. Hal ini berdasarkan kepada skop kajia. Antaranya seperti yang berikut: i. Heng Siew Ngu, Md. Zyadi Md. Tahir Buku Teks Pra-U STPM Ekonomi (Mikroekonomi) Penggal 1 Longman ii. Laman web penganjianperniagaan.wordpress.com Blog Pengajian Perniagaan Anjung Pra-Universiti iii. Laman rasmi PPD Kubang Pasu www.ppdkubangpasu.com.my iv. Portal Rasmi Majlis Daerah Kubang Pasu www.mdkubangpasu.com.my v. Laman Web Jabatan Kerja Raya Kubang Pasu www.jkr.gov.my vi. Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddun Zainudin, Norsiah Mat, Nurli Yaakob Buku Teks Pra-U Pengajian Perniagaan Penggal 1 Longman

SINOPSIS Bidang perniagaan merupakan salah satu sumber ekonomi Negara pada masa akan datang. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui masalahmasalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha restoran dan persepsi pelanggan terhadap perniagaan restoran tersebut. Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha restoran adalah masalah modal. Tumpuan kajian adalah melihat tanggungjawab pengusaha dalam menjalankan perniagaan restoran ini iaitu mengetahui masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pengusahapengusaha restoran. Kajian ini juga melihat bilangan pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan sesebuah restoran itu terhadap persekitarannya atau masakannya yang menjadi tarikan pelanggan. Di sekitar Bandar Baru Darulaman, Jitra dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategic dan purata penduduknya yang semakin bertambah. Soal selidik mengenai persepsi pelanggan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha digunakan. Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan purata. Secara sosialnya, penduduk tempatan semakin berkembang dengan adanya pelancong luar yang datang untuk makan makanan tempatan.

KANDUNGAN HALAMAN SINOPSIS KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN LOKASI KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN RUMUSAN DAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN