Anda di halaman 1dari 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Konsep masyarakat Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan,2005)

Etnik Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian,bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa: memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman dan Mohd Ainuddin, 2006) Dikelaskan melalui perbezaan budaya Bersikap etnosentrik (mengangap ciri-ciri budayanya wajar,betul dan lebih utama berbanding etnik lain) Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. sebagai

Etnisiti Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya yang jelas yang menyatakan anggotanya dengan satu sejarah,nilai, dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme Merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi kaca mata etnik sendiri.