Anda di halaman 1dari 2

PEMERAHAN SUSU

Pemerahan susu untuk simpanan waktu bekerja boleh dimulakan sejak dari dalam pantang. Mulakannya sebaik sahaja penghasilan susu ibu telah matang, iaitu bekalan susu telah banyak terhasil. Apabila pemerahan susu dilakukan dirumah, kebanyakan ibu mendapati lebih mudah untuk mendapatkan aliran susu yang laju apabila sebelah payudara dihisap oleh bayi manakala sebelah lagi untuk diperah. Dengan cara ini, susu dapat dikumpulkan dengan lebih cepat. Apabila di tempat kerja, dan bayi tidak bersama ibu, proses stimulasi atau rangsangan perlu dilakukan untuk memudahkan pengaliran susu. Cuba setiap satu dan pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan.

Jadual Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja


Hari Masa Cubaan 1 7.00-8.30 pagi Cubaan 2 10.00-11.30 pagi Cubaan 3 1.00-2.30 petang Cubaan 4 4.00-5.30 petang Hari 1-3 PSI SI SI SI Hari 4-6 PSI PSI SI SI Hari 7-9 PSI PSI PSI SI Hari 10-12 PSI PSI PSI PSI

SUSUIBUTIADA YANG LEBIH BAIK DARINYA

Panduan Kembali Bekerja Untuk Ibu Menyusu

PSI Perahan Susu Ibu

SI Susu Ibu

Ibu boleh meletakkan penuam panas di payudara untuk merangsang pengaliran susu. Kaedah urutan secara pusaran kecil di sekeliling payudara, diikuti usapan lurus dari bahagian atas dada ke arah puting dan kemudian menunduk ke bawah agar payudara mendapat tarikan graviti boleh membantu mempercepatkan aliran susu. Membawa gambar bayi atau baju yang pernah dipakai oleh bayi dapat memberi kesan psikologi kepada ibu dan merangsang aliran susu bagi sesetengah ibu.

Mulakan latihan di atas sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum keluar bekerja Pastikan pemberian PSI dilakukan oleh bakal penjaga bayi kelak, bukan ibu sendiri kerana bayi tidak dapat menerima cubaan yang dilakukan oleh ibunya sendiri. Rujukan:

1. 2. 3.

PENYIMPANAN SUSU
Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Pastikan setiap bekas penyimpan susu telah dibersihkan dengan sempurna. Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan. Pada suhu bilik 18-22C (pejabat yang berhawa dingin), susu boleh kekal segar sehingga 8 jam. Di dalam peti sejuk, bahagian bawah, susu ibu boleh bertahan lebih kurang 3 hari. Di dalam peti sejuk satu pintu, di bahagian beku, susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu. Jika bahagian dingin bekunya berasingan(2@3 pintu), susu beku boleh tahan selama 3 bulan. Jika ibu berhasrat untuk menyimpan susu pada kadar yang lebih lama, lebih kurang 6 bulan, susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap di bawah -19C. Susu beku yang akan digunakan perlu dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian bawah peti ais semalaman. Keluarkan dari peti sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja dan rendam bekas susu itu di dalam air panas untuk menghangatkan susu sebelum diberikan kepada bayi.

Ultimate Breastfeeding: Book of Answers, Newman & Pitman The Womenly Art of Breastfeeding, La Leche League International Program for The Working Mother, Siti Norjinah, PPIM

Bahan bacaan ini disediakan oleh:

Jika anda masih mempunyai kemusykilan mengenai penyusuan susu ibu, layari laman web dan kemukakan persoalan anda di: SusuIbu.com atau hubungi kami di: 11, Jalan 3/4, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. 03-89251719 0122903775 (Kamariah) 0122362114 (Harnee)

http://www.SusuIbu.com

KENAPA PENYUSUAN SUSU IBU PERLU DITERUSKAN WALAUPUN KEMBALI BEKERJA?

pelbagai aspek penting yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibunya. Berikut adalah antara persoalan yang perlu diambil kira:

1.

1.

Anak di bawah jagaan orang lain seperti Pusat Penjagaan Bayi mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan yang mungkin kurang berbanding dengan bayi yang berada di rumah sepenuh masa. Oleh itu, bayi ini memerlukan perlindungan tambahan yang dapat diperolehi melalui pengambilan susu ibu. Anak yang meneruskan penyusuan susu ibu didapati lebih mudah pulih dari demam atau jangkitan penyakit yang dihidapi berbanding dengan anak yang tidak menyusu susu ibu. Penyusuan susu ibu memberi ibu peluang untuk merehatkan badan setelah penat bekerja seharian di pejabat. Semasa proses penyusuan, badan ibu akan mengeluarkan hormon oksitoksin dan prolaktin yang memberi ransangan rehat semulajadi kepada ibu. Oleh itu ibu yang menyusukan bayi mereka akan dapat menghilangkan tekanan dan kelesuan badan sambil bermanja dengan bayi mereka.

Tanyakan kepada pusat tersebut jika terdapat sebarang polisi yang bercanggah dengan niat anda untuk memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi. Berbincanglah dengan kakitangannya samada mereka boleh mengendalikan pemberian susu tanpa botol (jika anda mahukan kaedah sedemikian untuk mengelakkan keadaan keliru puting) Pastikan kakitangan tempat itu tahu bagaimana rupa susu ibu seharusnya kelihatan. Ianya pasti amat berbeza dengan susu formula terutama apabila susu tersebut telah dibekukan. Biasanya terdapat lapisan lemak susu terapung dibahagian atas. Kadangkala ada orang menyangka susu tersebut telah rosak, padahal tidak sama sekali. Berbincanglah dengan penjaga bagaimana anda mahu bayi anda dikendalikan terutama semasa waktu anda pulang dari kerja telah hampir. Anda mungkin tidak mahu anak anda diberikan susu apabila anda telah hampir pulang bekerja kerana anda biasanya pulang dengan payudara yang bengkak dengan susu dan bersedia untuk memberikannya kepada bayi anda. Bincang juga bagaimana anda mahu pengendalian susu sekiranya susu perahan anda tidak mencukupi sedangkan anda masih di tempat kerja. Anda mungkin mahu meninggalkan sedikit susu formula sebagai gantian atau anda mungkin hanya mahu bayi anda diberikan air kosong sebagai gantian. Anda mungkin mahu bayi anda diberikan jus buahan yang telah disediakan atau makanan bijirin yang sesuai dengan umur bayi anda. Pemberian keju atau biskut bayi juga boleh dijadikan alas perut kepada bayi mengikut kesesuaian umur.

Sekiranya pejabat tersebut mempunyai pusat penjagaan bayi, ibu bolehlah pergi kepada bayi semasa waktu rehat untuk menyusukan sendiri bayinya. Dengan cara ini, ibu tidak perlu memerah susu semasa waktu bekerja. Walau bagaimanapun, ibu masih perlu meninggalkan sedikit bekalan susu perahan kepada penjaga bayi, sekiranya ibu mempunyai kecemasan seperti mesyuarat gempar dan tidak dapat memberikan susu tepat pada waktunya. Sekiranya tempat bekerja tersebut mempunyai jadual waktu bekerja yang tetap dan mempunyai waktu rehat yang tertentu, ibu bolehlah menggunakan peluang ini untuk memerah susu. Fikirkan juga tempat yang sesuai untuk memerah susu carilah bilik yang bersih seperti surau, bilik stor atau tandas yag bersih untuk memerah susu sekiranya ibu tidak mempunyai bilik perseorangan di pejabat. Sekiranya ibu bekerja sendiri dan boleh membawa bayi bersama penjaga bayi ke tempat bekerja, ibu bolehlah membuat kerja sambil bayi dijaga oleh penjaganya. Apabila sampai waktu menyusu, ibu boleh berhenti sekejap dan menyusukan bayinya. Bagi sesetengah tempat bekerja yang amat ketat waktu bekerjanya, cuba cadangkan tentang pengubahsuaian waktu bekerja. Contohnya, ibu boleh datang setengah jam awal dari waktu bekerja biasa dan pulang lewat setengah jam dari waktu biasa. Sebagai pulangan ibu boleh mendapat dua pelepasan setengah jam waktu bekerja: sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ini membolehkan ibu mendapat 3 kali waktu pelepasan termasuk waktu tengahari. Waktu pelepasan ini, boleh digunakan untuk memerah susu atau pergi ke tempat penjagaan bayi (jika berdekatan). Bagi sesetengah ibu mereka terpaksa bekerja untuk tempoh waktu yang amat panjang. Jururawat sering menghabiskan masa antara 10 ke 12 jam di dalam wad yang amat sibuk. Pramugari yang sering terbang selama beberapa hari dan tidak berkesempatan memerah susu. Untuk ibu-ibu sebegini, perancangan awal perlu dibuat terutama semasa di dalam cuti pantang lagi. Ibu boleh mula menyimpan bekalan susu secukupnya untuk tempoh waktu bekerja yang panjang. Selalunya, mereka ini, diberikan waktu rehat yang panjang setelah selesai setiap rutin kerja. Gunakan waktu rehat ini, untuk menambah bekalan susu di dalam simpanan. Sepanjang waktu bekerja, jika tidak berkesempatan memerah susu, gunakan waktu pergi ke tandas untuk memerah sedikit susu untuk meredakan bengkak payudara.

2.

2.

3.

3.

Kebanyakan ibu mungkin berasa bimbang anak mereka akan menjadi lebih mesra atau akrab dengan penjaga anak. Bagi ibu yang menyusukan anak mereka, keadaan ini tidak mungkin terjadi kerana bayi tersebut akan sentiasa menantikan saat istimewa untuk bersama ibu yang menyusukan mereka. Saat istimewa penyusuan tidak boleh ditukar ganti, hanya ibu yang menyusu sahaja mampu memberikannya. Selain dari yang disebutkan di atas, segala kebaikan mengenai penyusuan susu ibu masih menjadi kepentingan kepada bayi sama seperti bayi yang sentiasa berada di bawah jagaan ibunya dan menyusu sepenuhnya.

4.

PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI BEKERJA

5.

1.

Bagi ibu yang akan keluar bekerja pada umur bayi di bawah 4 bulan, adalah penting bagi ibu tersebut memastikan badannya dapat menghasilkan susu yang cukup untuk keperluan bayi semasa ibu sedang bekerja. Persediaan pemerahan susu harus dilakukan awal sebelum mula keluar bekerja. Ibu juga perlu melatih penjaga bayi untuk memberikan susu perahan mengikut kaedah yang digemari bayi. Jika ibu berpeluang bercuti sehingga bayi mencapai umur 4 atau 6 bulan, bayi tersebut mungkin tidak perlu berlatih mengambil susu perahan (jika waktu bekerja ibu singkat dan bayi sudah mula mengambil makanan tambahan lain seperti bubur nasi semasa ketiadaan ibu) Mencari tempat penjagaan yang sesuai untuk bayi yang menyusu merupakan persediaan penting sebelum ibu keluar bekerja. Jika tempat penjagaan anak itu terletak dekat dengan tempat ibu bekerja, ibu mungkin berpeluang untuk pergi sendiri ke tempat tersebut semasa waktu rehat untuk menyusukan bayinya. Tempat penjagaan bayi tersebut perlulah mempunyai kakitangan yang tahu mengendalikan

2.

Sekiranya anda berpuas hati dengan perbincangan yang telah dilakukan, barulah pilih pusat penjagaan tersebut. Jika anda tidak boleh bertoleransi dengan kekurangan yang terdapat di pusat penjagaan tersebut, ada baiknya anda cuba mencari pusat penjagaan lain yang dapat memberikan kepuasan kepada bayi dan diri anda sendiri.
PERSEDIAAN DI TEMPAT KERJA
Bergantung kepada situasi tempat pekerjaan, ibu boleh cuba mengatur perancangan bagaimana untuk meneruskan penyusuan semasa sedang bekerja. Berikut adalah contoh perancangan yang boleh dibuat:

3.

Payudara ibu mudah untuk mengadaptasi. Walaupun waktu bekerja ibu tidak menentu, bekalan susu tetap dapat dihasilkan apabila penyusuan diteruskan pada hari-hari yang kurang sibuk.

Anda mungkin juga menyukai