Anda di halaman 1dari 95

www.rajaebookgratis.

com

Che Guevara dan Revolusi Kuba


Oleh Mike Gonzalez Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks. Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagian daripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubung dengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (International Socialist Tendency). Lihat http://arts.anu.edu.au/suara

Mengenai Pengarang
Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Dia sudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenai politik Amerika Latin mutakhir terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Dia menduduki badan penyunting jurnal International Socialism dan adalah seorang ahli Dasar Socialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagai rancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com I. Wajah Seorang Pejuang


Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires, di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang membawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara tercetak pada dada mereka. Ernesto Che Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober 1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun. Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut Fidel Castro. Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggut nipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan pengguna yang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahami dengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butir mengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnya sesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang difahami dan dikenali oleh semua orang. Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk Hasta Siempre (Sehingga Akhir): Aqu se queda la clara, la entraable transparencia, De tu querida presencia, comadante Che Guevara (Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati Kehadiran suci, komadante Che Guevara) Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara, seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akan hidup semula. Fotograf yang paling terkenal badan tidak berbaju, wajah muram, mata hitam dan janggut nipis diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beriburibu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa. Perubahan menarik itu menunjukkan dengan jelas satu aspek Guevara manusia menjadi lagenda, dan imej-nya diubah menjadi sesuatu perasaan, sesuatu semangat. Ia adalah semangat revolusi itu, sesuatu kesetiaan dan keghairahan perjuangan, yang sebuah generasi baru telah mengambil dari gambar-gambar seorang revolusioner yang telah meninggal dunia. Dari satu segi, kehidupan Che, pengalaman bersejarahnya, tindakan-tindakannya, telah melesap ke latarbelakang walaupun pada satu tahap, kebanyakan orang memahami hubungan Che dengan Kuba. Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpinpemimpin dan wakil-wakil mereka atau sememangnya memercayai proses pilihanraya yang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti kejujuran dan dedikasi

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
menjadi nilai-nilai penting. Lihatlah wira-wira gerakan anti-kapitalis Malcolm X, Martin Luther King, Che. Apa yang mereka berkongsi adalah pengorbanan diri, dedikasi, kesetiaan kepada sesuatu tujuan. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia pada usia muda, dan setiap satu kekal dalam memori popular sebagai manusia muda, idealistik, suci. Pada tahun 1989, Tembok Berlin ditumbangkan dan mendedahkan realiti ngeri negara0negara Eropah Timur yang telah menggambarkan diri, sekurang-kurangnya sehingga titik tersebut, sebagai negara sosialis. Beratus-ratus ribu orang progresif pada masa lalu telah menyamakan negara-negara ini dengan kemajuan menuju sosialisme. Sememangnya, negara-negara ini mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai pemilik-pemilik kapital swasta, bahawa kerajaan mentadbir dalam nama seluruh masyarakat, bahawa rakyat mereka bebas dan menikmati taraf kehidupan tinggi dan pengagihan kekayaan yang adil. Bertentangan dengan itu, beberapa pihak sosialis mendesak bahawa negara-negara ini hanyalah karikatur sosialisme, dengan sebuah kelas pemerintah yang mempertahankan kepentingannya sebelum kepentingan majoriti. Ini bukanlah negara-negara sosialis dengan beberapa kelemahan, mereka berkata, tetapi negara-negara yang diatur mengikut kepentingan, keperluan dan matlamat sebuah minoriti yang menguasa kerajaan.1 Namun, apabila Tembok Berlin ditumbangkan, apa yang didedahkan kepada mata awam, dari beberapa segi, jauh lebih ngeri daripada apa yang dimimpikan. Birokrasi-birokrasi kecil telah menyerang rakyat, menjadi kaya dengan mengeksploitasi rakyat, dan merampas kuasa rakyat untuk menentukan kehidupan mereka. Bagaimanakah ini dapat disamakan dengan wawasan perubahan yang berakar dalam idea kebebasan dan kuasa kolektif? Apakah persamaan anak-anak yatim Rumania, kerajaan polis Stasi di Jerman Timur atau penderitaan rakyat Chechnya dan kaum-kaum minoriti lain dengan wawasan sosialis itu? Masalahnya adalah bahawa segala tindakan ini dilakukan oleh golongan yang menamakan diri mereka sebagai sosialis, dan kadang-kala juga sebagai revolusioner. Dari kabus kekeliruan dan kehampaan ini, imej Che Guevara muncul semula di seluruh dunia, dijumpai oleh sebuah generasi baru. Pemberontak Zapatista di Meksiko selatan memakai kain dengan wajah Che apabila mereka melancarkan pemberontakan mereka menentang kapital global pada tahun 1994.2 Pemberontak bandar di Caracas pada tahun 1989 mendukung panji-panji dengan imej-nya, sebagaimana dengan pemuda-pemudi Itali yang berdemonstrasi menentang Berlusconi lima tahun selepas itu. Wajah simbolik ini memiliki kuasa tulin, sesuatu perasaan marah dan keyakinan yang dimiliki oleh mereka yang mendukung imej tersebut sebagaimana dengan asal-usulnya. Ia mewakili pemberontakan menentang imperialisme yang telah menanggalkan topengnya sekali lagi di Iraq dan Palestin, untuk mendedahkan wajah ngeri di bawah. Ia juga mewakili keinginan revolusioner bagi sebuah dunia tanpa ketidak-adilan, kemiskinan, atau ketidaksamarataan. Pada masa yang sama, ia mewakili sesuatu ketidak-hadiran, sesuatu tanda soalan-soalan yang belum dijawab dan percanggahan-percanggahan yang belum diselesaikan. Bagaimanakah dunia baru ini akan dibentukkan dunia lebih baik ini di mana kemungkinannya, dan kepentingannya, telah menjadi tema forum-forum sosial yang telah menggambarkan penentangan terhadap kapital global? Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakan anti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa lalu yang dikotori oleh korupse dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasa mendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerja hanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihak pekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Simbolisme Che beret, bintang dan kain merah adalah, jika anda mendengar dengan baik, laungan sesuatu projek lain untuk mengubah masyarakat. Projek itu sudah mempunyai sifatnya tersendiri ia adalah pemurah hati, jujur, sanggup mengorbankan diri dan romantik. Dan ia adalah muda. Selain itu, terdapat pelbagai soalan yang belum dijawab, sambil gerakan kita mencari jalan ke hadapan. Dalam perdebatan terbuka lagi penting ini mengenai masa depan yang kita menginginkan, Che Guevara dapat memberikan beberapa jawapan politik selepas kita melintasi simbol tersebut dan mengkaji kehidupan dan sejarah politik sebenarnya.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com II. Menjumpai Che Semula


Ernesto Guevara dilahirkan pada 14hb Mei 1928 di Argentina. Sebelum dia berusia dua tahun, tanahairnya memasuki zaman pemerintahan ketenteraan selepas diperintah sebagai sebuah republik liberal selama 15 tahun oleh Presiden Hiplito Yrigoyen. Pemerintahannya telah membawa perubahan mendalam bagi masyarakat Argentina, sesuatu perubahan yang bermula pada tahun 1880-an. Pada masa itu, Argentina menjadi ekonomi pengeksport daging yang membekalkan Eropah dan menerima barangan sebagai ganti. Tetapi barangan bukanlah satu-satu benda yang melintasi Lautan Atlantik. Manusia juga mengikuti petani-petani miskin dan penganggur dari Itali utara, Spanyol dan Jerman, yang tertarik dengan perjalanan murah dan janji kemakmuran yang Argentina menawarkan kepada pendatang baru. Bandar pelabuhan Buenos Aires menjadi kaya dengan perdagangan asing, tetapi pendatang baru tidak dialu-alukan ke bandar yang semakin besar itu, dengan jalan-jalan besar yang dibina mengikuti contoh Paris. Mereka dihimpunkan berdekatan dengan pelaburan, di rumah-rumah kayu berwarna-warni di kawasan miskin La Boca. Di sana, mereka bertutur dalam bahasa hibrid yang dikenali sebagai lunfardo, menggaulkan Bahasa Itali dan Spanyol, dan menari mengikut lagu tango muzik tarian yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan muzik miskin di dunia lelaki kelas pekerja tanpa perempuan ini. Sambil Buenos Aires berubah dan berkembang, kilang-kilang penyembelihan dan pembungkusan daging menjadi hati gerakan kelas pekerja. Idea-idea anarkis dan sosialis membunga di kalangan pekerja-pekerja baru dan ia bukanlah secara kebetulan bahawa kebanyakan pemimpin mereka merupakan pendatang baru dari Eropah. Menjelang tahun 1916, sifat militan pekerja berlaku seiras dengan perasaan tidak puas hati di kalangan kelas menengah dan kelas menengah bawahan di bandar yang masih terkecuali dari kehidupan politik, kerana masyarakat Argentina masih dikuasai oleh kelas-kelas tuan tanah lama yang menetap di rumah-rumah besar di daerah Belgrano. Pada tahun itu, apabila hak mengundi penuh diperkenalkan bagi kaum lelaki, ia merupakan Parti Radikal di bawah Yrigoyen yang menjadi kerajaan. Ia memperkenalkan kebajikan sosial dan tindakan-tindakan lain, tetapi di luar kerajaan, kuasa-kuasa lain semakin berkumpul. Gerakan Reformasi Universiti pada tahun 1918, yang bermula di bandar Crdoba, menyebar ke seluruh benua, menuntut pendidikan tinggi yang demokratik dan perubahan dalam apa yang diajar. Pendidikan baru patut mencerminkan realiti benua Amerika Latin yang mencari arah baru, yang ingin membina negara-negara bebas, dan menulis semula sejarahnya. Setahun selepas itu, kelas pekerja menduduki pusat pentas bersejarah dalam gerakan permogokan besar tahun 1919. Apabila Che dilahirkan, harapan radikal tahun-tahun awal itu semakin terlepas, dan Yrigoyen seringkali menyerang sokongan kelas pekerja dalam usaha untuk mendiamkan kaum kaya. Menjelang tahun 1930, kepentingan-kepentingan lama menyerang balas. Tujuan sebenar rampasan kuasa oleh tentera pada tahun itu didedahkan dengan laju, apabila pada tahun 1933 rejim baru menandatangani perjanjian perdagangan dengan Britain Perjanjian Roca-Runciman yang memulihkan kuasa-kuasa ekonomi lama. Bagi kelas pekerja, ini merupakan kekalahan jelas. Ibubapa Guevara berasal dari kelas menengah tempatan. Guevara sendiri mengakui bahawa keluarganya berasal dari sebuah oligarki penternakan lembu dengan hubungan jauh dengan Ireland dalam satu tangan dan elit kolonial Spanyol dalam tangan sebelah. Bapa Ernesto, seorang pedagang yang kurang berjaya, memindah keluarganya dari kawasan Misiones berdekatan dengan sempadan Paraguay ke Buenos Aires dan akhirnya ke Rosario, sambil mengikuti projek-projek berlainan. Kehampaan mungkin menyelimuti atmosfera di rumah keluarga itu, sambil setiap projek menemui kegagalan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Pada usia muda, Ernesto muda dijangkiti penyakit asma. Bandar Buenos Aires tidak sesuai dengan anak muda ini, dan keluarganya berpindah pertama sekali ke bandar Crdoba dan dari sana ke Altagracia, di daerah di mana bandar itu merupakan ibu negeri. Penyakit asna menghantui dan membentukkan kehidupan awal Guevara. Kehadirannya di sekolah berubah dari hari ke sehari, dan dia dididik oleh ibunya, seorang perempuan yakin yang gemar mengambil risiko. Betapa jauhnya penyakit asma mempengaruhi sifat Guevara dipertikaikan walaupun seorang penulis biografi (Castaeda) mendesak bahawa ia sangatlah penting. Apa yang jelas dari kenyataan kawan-kawan dan ahli-ahli keluarganya adalah bahawa Guevara sangatlah degul dan kadang-kala juga cuai, sentiasa ingin bermain ragbi walaupun permainannya diganggui oleh penyakitnya: Sifat-sifat yang kemudiannya mencapai dimensi lagenda dalam kedewasaan Guevara sudah dapat dijumpai dalam budak lelaki itu. Keberanian fizikal, kebiasaan memimpin orang lain, kedegilan, semangat bersaing dan disiplin diri semuanya dapat dijumpai dalam Guevarita muda dari Altagracia.3 Tidak terdapatnya bukti mendalam yang mencadangkan bahawa Ernesto muda tertarik dengan bidang politik pada tahap ini dalam kehidupannya. Dia sendiri berkata: Saya tidak mementingkan persoalan sosial semasa muda dan saya tidak pernah mengambil bahagian dalam perjuangan pelajar atau aktiviti politik di Argentina.4 Dia seolah-olah lebih tertarik dengan cerita-cerita pengembaraan Jules Verne dan lain-lain dan dengan kegemaran biasa seorang pemuda kelas menengah yang membesar dengan keinginan membuktikan kebolehan fizikal dan kemampuan bersaing dengan rakanrakannya. Ragbi, yang dia menggemari, bukanlah hanya sesuatu sukan baginya: ia merupakan arena di mana pemuda Argentina dari golongan elit berlatih untuk perjalanan mereka menuju kelelakian. Sambil keluarganya tidaklah aktif dalam bidang politik, mereka jelasnya sedar akan peristiwa-peristiwa di dunia. Ibunya membina sebuah rumahtangga Bohemia yang seringkali memberi perlindungan kepada penulis dan seniman, serta pengunjung lain seperti keluarga pelarian Republik Spanyol yang tiba di rumah mereka pada hujung tahun 1937. Bapanya terlibat secara langsung dalam pengumpulan bantuan dan sokongan bagi Republik Spanyol yang diserang. Walaupun kesetiaan politik mereka diberikan kepada parti Liberal, ibu bapa Guevara bersifat anti-fasis dan berpendapat, seperti beratus-ratus ribu orang lain di merata dunia, bahawa kejayaan bagi fasisme di Spanyol akan membawa malapetaka bagi demokrasi. Tetapi sambil Ernesto (baru berusia sepuluh tahun) jelasnya sedar akan sebab-sebab bagi ketibaan keluarga dari Spanyol itu, tidak terdapatnya bukti bahawa dia merupakan seorang bakal revolusioner. Mungkin lebih penting lagi daripada persoalan politik ini adalah perihal kelas sosial yang diduduki oleh keluarganya. Walaupun perniagaan bapanya mengalami kemakmuran sementara diikuti oleh kegagalan, keluarga Ernesto merupakan sebuah keluarga kelas menengah dengan beberapa hubungan dengan kewibawaan di Spanyol dan Ireland. Di ibu negara, saudara-maranya berada dalam keadaan selesa, walaupun rumahtangganya sendiri kurang terjamin dan kadang-kala mengalami keadaan susah. Namun demikian, Che tidak pernah mengalami keadaan miskin. Ia bukanlah pengalaman kesusahan yang bakal menjadikannya seorang revolusioner. Namun, dalam beberapa aspek penting, dunia-nya itu telah membentuk sifat Che dari segi politik dan juga psikologi. Tanpa mengira jika dia sedar akan bidang politik dan buktinya adalah bahawa dia tidak berminat peristiwa-peristiwa di luar dirinya membentukkan Che muda. Sebagai seorang warganegara Argentina, Perang Dunia Kedua bukanlah pengalaman

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
penting sebagaimana dengan warganegara Eropah. Tetapi kesan-kesannya mempengaruhi peristiwa-peristiwa dalaman. Bapa Ernesto, yang masih aktif dalam kumpulan-kumpulan anti-fasis, diyakinkan bahawa Argentina merupakan tapak bagi aktiviti pro-Nazi di kalangan mereka dari masyarakat Jerman.5 Terdapatnya juga simpati bagi Kuasa Aksis di kalangan beberapa bahagian angkatan tentera Argentina, terutama sekali mereka yang telah mengunjungi Itali Mussolini pada tahun 1930-an, seperti Juan Domingo Pern. Dalam riwayat hidupnya, bapa Guevara menggambarkan beberapa aktiviti sulit menentang sel-sel Nazi di daerah Crdoba.6 Dia mendakwa bahawa anaknya memiliki kesedaran anti-fasis yang membunga tetapi sahabatsahabat Ernesto hanya mengakui bahawa Hitler dan Mussolini kadang-kala muncul dalam permainan mereka. Kerajaan ketenteraan yang berkuasa di Argentina semasa Perang Dunia Kedua mungkin lebih merisaukan takdir pasaran-pasaran Eropah bagi daging dan gandum. Britain, pelanggan Argentina yang paling penting dari segi bersejarah, kini tertakluk kepada aktiviti perkapalan Jerman di Atlantik Selatan; seluruh Eropah pula tidak dapat dimasuki kerana sekatan ekonomi, dan Amerika Syarikat tidak menghiraukan usaha Argentina untuk mencari pasaran baru. Kerajaan ketenteraan di bawah Castilllo yang berkuasa pada tahun 1940 menunjukkan simpati bagi Aksis Hitler-Mussolini.7 Tetapi terdapatnya juga sebab-sebab ideologi yang menjelaskan mengapa sebuah kerajaan nasionalis enggan menyokong kuasa imperialis lama, iaitu Britain. Keselamatan kepentingan-kepentingan dalam negara menyingkirkan segala pertimbangan lain. Sememangnya, peperangan, bagi sebuah negara di mana eksport utamanya daging dan gandum diperlukan oleh angkatan tentera yang bertempur, merupakan peluang komersil. Pada tahun 1943, sambil bapa Ernesto meneruskan perjalanannya yang tidak tentu sebagai seorang pedagang, keluarganya berpindah ke bandar Crdoba. Sementara itu, di ibu negara, iaitu Buenos Aires, adegan politik semakin berubah. Castillo telah menamakan sebagai penggantinya seorang yang dikenali kerana hubungannya dengan kapital Britain. Terdapatnya kerisauan bahawa dia akan menyokong Britain dan memasuki Perang Dunia Kedua, sesuatu kerisauan yang dipegang, misalnya, oleh sebuah kumpulan pegawai tentera nasionalis GOU di mana permusuhan mereka terhadap kuasa imperialis lama bersaing dengan kehormatan mereka bagi Itali Mussolini. Sejurus selepas keluarga Guevara berpindah ke Crdoba, Castillo ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh kumpulan tentera yang dipengaruhi oleh GOU. Darurat diisytiharkan, segala aktiviti politik ditunda dan pemberontakan pelajar dihancurkan. Walaupun dia secara kebetulan terlibat dalam satu pertempuran dengan polis, Ernesto secara umumnya tidak mementingkan (walaupun ini tidak bermakna dia tidak dipengaruhi) oleh perubahan-perubahan ini. Namun demikian, sahabat karibnya, Alberto Granado, ditaham semasa demonstrasi tersebut dan dipenjara. Oleh kerana sejarah Che kemudiannya, ia bukanlah menakjubkan bahawa perjumpaan tanda-tanda kesedaran politik Che yang awal telah menjadi industri kecil. Namun, buktinya menunjukkan seorang pemuda yang dibentukkan oleh latarbelakang kelasnya. Cerita terkenal mengenai usahanya untuk menyelamatkan seorang peminta sedekah dari kanakkanak yang membaling batu menunjukkan nilai pemurah hati. Reaksi peminta sedekah tersebut menyerang dan menghulur kata-kata masam terhadap pemuda yang membantunya mungkin menunjukkan bagaimana Che membawa tanda-tanda kelasnya. Ini tidak melemahkan perkembangan politik Che. Sebaliknya, ia menggariskan betapa pentingnya lompatan kesedaran yang dia akhirnya membuat untuk menjadi seorang revolusioner. Beberapa bulan sebelum akhir Perang Dunia Kedua, pada awal tahun 1945, kerajaan Argentina menyokong kuasa-kuasa Persekutuan mungkin kerana mereka dapat melihat

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
siapa yang bakal memenangi peperangan itu. Namun, fakta bahawa Argentina menjadi tempat perlindungan bagi ramai pemimpin Nazi mencadangkan bahawa simpati mereka yang berkuasa kurang bersifat anti-fasis. Tetapi dalam masa dua tahun, ia merupakan kumpulan pegawai-pegawai nasionalis yang diketuai oleh Juan Domingo Pern yang membentukkan peristiwa-peristiwa dari kegelapan. Apabila ketuanya di jabatan peperangan menjadi timbalan presiden, Pern memesan agar dia dipindah ke Jabatan Tenaga Pekerja. Ia merupakan keputusan yang baik baginya. Pada masanya di sana, Pern mengubah jabatan tersebut menjadi sebuah kementerian dari mana dia dapat membina dasar sokongan bagi cita-cita politiknya. Dipenjara seketika pada bulan Oktober 1945 di pulau River Plate, Pern dibebaskan selepas demonstrasi pekerja menuntut kebebasannya. Dia kembali ke Buenos Aires dan berucap kepada perhimpunan dari istana presiden Casa Rosada atau Rumah Merah Jambu. Kurang dari setahun selepas itu, Pern menjadi presiden Argentina. Berjuta-juta perkataan telah ditulis dalam usaha menghuraikan dan mengenalpasti politik Juan Domingo Pern. Jika kebanyakan usaha untuk mengkaji Pernisme tidak membawa kesimpulan tetap, ia adalah kerana politik Juan Pern bersifat tidak tetap dan bercanggah, sebagaimana dengan sifat wakilnya yang paling terkenal isterinya Evita.8 Pern merupakan seorang populis kelas, mendakwa dirinya sebagai wakil beberepa sektor sosial dan meluahkan tuntutan setiap satu dalam cara oportunistik. Apa yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa demonstrasi-demonstrasi yang menuntut pembebasannya dari penjara dan yang kemudiannya mengalu-alukan dia di dataran utama di ibu negara, Plaza de Mayo, terdiri secara umumnya daripada kelas pekerja (Che mungkin hadir secara kebetulan semasa demonstrasi Oktober yang besar). Tetapi ia bukan sahaja terdiri daripada kelas pekerja. Dasar sokongan Pern merupakan lapisan pekerja baru, pendatang baru dari desa atau pekanpekan kecil, yang telah berhijrah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dalam industriindustri besar. Mereka secara umumnya tidak menyertai kesatuan pekerja, meskipun kekuatan tradisional gerakan kesatuan pekerja Argentina. Evita berasal dari dunia yang sama seperti mereka, berucap dengan pelat mereka, dan dapat mendakwa bahawa dia memahami keperluan mereka. Pern membenarkannya berucap bagi pihaknya dan dengan itu menjamin kesetiaan kumpulan ini, yang dinamakan mereka yang tidak berbaju atau descamisados. Mereka merupakan dasar sokongan Pern. Sebagai menteri tenaga pekerja, Pern telah memperkenalkan beberapa tindakan kebajikan yang membantu mereka. Dan ia adalah benar bahawa Pern menikmati sokongan dari sektor-sektor lain kumpulan-kumpulan perdagangan yang menentang pengaruh Britain dan beberapa nasionalis sayap kanan, di antara yang lain. Menentangnya semasa pilihanraya presiden pada tahun 1946 merupakan sebuah persekutuan yang sama besar dan sama keliru, iaitu Kesatuan Demokratik, yang menikmati sokongan dari bahagian-bahagian perdagangan yang lain serta sokongan sosialis dan Komunis. Dari sudut pandangan Parti Komunis Argentina, Pern telah menggunakan jawatannya sebagai menteri tenaga pekerja untuk membina pertubuhan-pertubuhan baru yang dapat mencabar kesatuan-kesatuan pekerja, di mana kebanyakannya dipimpin oleh pihak Komunis. Serupa dengan itu, kesetiaan pihak Komunis kepada Kesatuan Soviet dan kepentingan-kepentingannya membawa mereka untuk melihat sokongan Pern bagi Aksis Jerman-Itali semasa Perang Dunia Kedua sebagai persoalan paling penting. Maka mereka mengutuk Pern sebagai seorang penyokong Nazi.9 Namun, walaupun usaha-usaha Pern mungkin menggalakkan pandangan seperti itu, bagi beratus-ratus ribu pekerja, dia telah mempertahankan kepentingan pekerja dan beberapa kali telah mencampur tangan dalam masalah perindustrian untuk menyokong pekerja menentang pihak majikan. Ia tidak dapat dinafikan bahawa dia melakukan ini untuk sebab-sebab pragmatik, mengikat kesatuankesatuan pekerja kepada kerajaan dan mengubahnya menjadi alat-alat politik bagi kegunaannya sendiri. Apabila dia menyerang kesatuan-kesatuan pekerja lama pada hujung tahun 1940-an, pengaruh itu menjadi alat utama dan kekal sebagai alat penting malah selepas penumbangannya sepuluh tahun selepas itu.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Namun, bagi ibubapa Guevara, Pern merupakan seorang yang zalim. Simpati dan hubungan politik ibunya apa yang wujud berada dengan Parti Komunis. Bapanya pula terlibat dengan Accin Argentina, sebuah pertubuhan anti-fasis besar. Bagi pihak Komunis, hasil permusuhan mereka terhadap Pern adalah bahawa dalam masa yang singkat, mereka kehilangan sebahagian besar daripada dasar sokongan mereka di kalangan pekerja maklumlah, mereka berpihak dengan imperialisme, dengan kerajaan Amerika Syarikat yang menyerang Pern, dan dengan kelas tuan tanah dan majikan menentang lelaki yang mendakwa dirinya berucap untuk semua rakyat Argentina, dan terutama sekali bagi golongan miskin. Ernesto memulakan pendidikan sekolah menengah di Crdoba, dan menaruh minat dalam sukan, seks dan pengambilan risiko, sebagai balasan kepada kelemahan badannya. Dia dan sahabat karibnya, Alberto Granado, berkongsi minat dalam bidang sains, bertukar petikan dari ahli-ahli falsafah terulung, dan bersetuju bahawa kerjaya dalam kejuruteraan merupakan sesuatu yang baik. Pada tahun 1948, ibubapa Guevara berpindah ke Buenos Aires, walaupun menjelang masa itu, perkahwinan mereka sudah mengalami kesusahan. Ernesto terus menetap di Crdoba, walaupun dia berkejar ke ibu negara apabila dia mendengar bahawa neneknya, yang dia menyayangi, hampir meninggal dunia. Kebanyakan penulis biografi Che bersetuju bahawa keputusannya untuk menjadi seorang doktor merupakan balasan peribadi terhadap kesedihannya akibat kematian neneknya. Kurang diketahui, tetapi mungkin juga penting bagi keputusannya, adalah rawatan ibunya selepas dia didapati menghidapi penyakit barah. Ernesto sangat menyayangi ibunya, Celia, yang sentiasa hadir dalam rumahtangga dan kehidupan keluarganya. Che berusia 19 tahun dan mungkin diarah mengikuti perkhidtaman ketenteraan, tetapi penyakit asma membolehkannya mengelakkan pekhidmatan tersebut. Dia kini juga menjadi seorang pelajar perubatan, walaupun rekod dari masa itu mencadangkan seorang pemuda yang lebih mementingkan pengembaraan seksual, dan di mana pembacaan luas meliputi bidang falsafah, politik, sejarah, psikoanalisis dan kesusasteraan Amerika Latin mencadangkan keghairahan umum. Maka, percintaan serius yang pertama tidak melemahkan hasratnya untuk menjelajahi seluruh Argentina dan kemudiannya Amerika Latin dengan motorsikal. Ia merupakan tahun-tahun bergelora dalam kehidupan politik Argentina. Dan namun, sambil Guevara jelasnya menanam pendapat dan bersedia untuk berucap mengenai isu-isu yang menarik perhatiannya, tidak terdapatnya tanda-tanda kesedaran politik mendalam. Menurut kakaknya, Ana Mara: Dia tidak mengambil pihak berkenaan dengan Pern. Dia seolah-olah enggan mengotori tangannya... Sekurang-kurangnya dengan saya, dia tidak pernah berbincang politik.10 Hubungan peribadinya, melalui keluarga serta sahabatnya di universiti, membawanya lebih rapat dengan parti Radikal dan Komunis yang bersifat anti-Pernis. Melainkan hubungan seksual dengan pekerja perempuan, tidak terdapatnya bukti mendalam untuk mencadangkan bahawa Ernesto mempunyai hubungan dengan kaum pekerja, dari siapa dia mungkin mendapat pandangan lain mengenai cara Peronisme mungkin difahami oleh sektor-sektor lain dalam masyarakat. Maka, sambil Che Guevara bersedia untuk pengembaraan awalnya, imej seorang pengembara ghairah yang lebih mementingkan risiko dan benda yang tidak dijangka mungkin adalah lebih tepat. Selepas kematiannya, sambil imej-nya bertumbuh dari segi kepentingan, penulis-penulis biografi dan riwayat hidup berkejaj untuk mencari, dalam kehidupan seorang warganegara Argentina dari kelas menengah, bijih-benih pemahaman revolusioner. Sememangnya terdapat cadangan seorang insan yang memahami tragedi peribadi, yang menyayangi dan disayangi, yang menggemari kehidupanna dan dipenuhi dengan tenaga dan keyakinan pemuda. Apabila, dua tahun selepas dia memulakan kursus perubatan, dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan penyakit kusta, reaksi Che sangatlah berperikemanusiaan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Tetapi Che muda bukanlah seorang Marxsis, dan bukannya seorang revolusioner. Realiti masyarakat yang tidak adil belum mempengaruhi kesedarannya secara langsung atau dengan serta-merta. Itu bakal berlaku kemudian. Idea bahawa perubahan bukanlah mustahil, bahawa sebuah dunia berbeza dapat bangkit dari aktiviti kumpulan-kumpulan dalam masyarakat, belum dijumpai oleh dirinya dengan yakin. Peristiwa-peristiwa bakal mengubah ini, tetapi sambil kesedaran politiknya berbunga, pemahaman dan balasannya bakal dipengaruhi, biarpun dia menyedarinya atau tidak, oleh pengalaman-pengalamannya yang awal. Pernisme telah menggerakkan kaum pekerja, tetapi demi menyokong seorang pemerintah yang hanya menunjukkan kesetiaan kosong dan seketika kepada kepentingan rakyat. Walau apa pun, orang yang berbincang politik dengan Ernesto kemungkinan besar tidak mempertahankan Pern mereka berkongsi keraguan Ernesto. Dalam tangan sebelah, mereka di sekelilingnya yang mendakwa diri mereka sebagai pengawal tradisi revolusioner pihak Komunis dan sosialis merupakan golongan lemah di Argentina pada masa itu. Mereka enggan bertukar pendapat, korupse dan mempergunakan orang, serta tidak berprinsip dalam kesediaan mereka untuk membentukkan persekutuan dengan pihak yang bermusuh dengan kelas pekerja. Apabila Che mula menyemai hubungan dengan tradisi revolusioner, jauh selepas ini, pemahamannya mengenai tradisi tersebut menyingkirkan kelas pekerja sebagai ejen perubahan sosial.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com III. Perjalanan di Lebuhraya, Menjelajahi Kaki Langit


Pada bulan Januari dan Februari 1950, semasa cuti musim panas yang panjang, setelah mengikuti penghijrahan perkauman besar ke Mar del Plata, Ernesto memulakan perjalanan seorang diri yang memerlukan stamina, keberanian dan keyakinan lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan olehnya; satu perjalanan berkitar sepanjang 4,000 kilometer melintasi dua belas daerah di Argentina utara. Ia bakal meninggalkan kesan pada dirinya.11 Bapa Che sudah lama tertarik kepada kawasan tropika Paraguay, di mana keluarganya pernah menetap seketika pada waktu apabila Che masih muda. Tetapi juga terdapatnya sebuah Argentina yang lebih besar, ke utara dan selatan, yang para penghuni bandar hanya dapat membayangkan. Che memilih untuk menjelajah ke utara. Ini bukanlah Argentina bersifat bandar, Eropah dan berkulit putih yang Ernesto telah mengenali sehingga itu, tetapi kawasan pergunungan miskin lagi terpulau di mana para penduduknya lebih rapat dengan tradisi peribumi dan sejarah Pergunungan Andes Tinggi berbanding dengan benua Eropah dari mana berasalnya sebahagian besar daripada penduduk Buenos Aires. Kawasan ini, dan terutamanya daerah Salta, bakal mempengaruhi kehidupan Che. Dalam pelbagai cara, sejarah Argentina moden adalah perjuangan di antara bandar pada pinggir River Plate, yang sentiasa menanam hubungan dengan Eropah, dan kawasan pedalaman sebuah kawasan yang memiliki pelbagai lanskap yang mempunyai hubungan semulajadi dengan Amerika Latin. Penyelesaian perjuangan ini pada hujung abad ke-19 memastikan yang masa depan kawasan desa akan diikat kepada perdagangan luar, berpusat di bandar Buenos Aires yang melihat dirinya lebih sebagai sebuah penempatan Eropah daripada sebuah ibu negara Amerika Latin. Maka Ernesto bertolak pada bulan Januari 1950 dengan apa yang Taibo menamakan semangat raidismo iaitu usaha mencari Lebuhraya 66 mistika yang menuju ke kaki langit. Kudanya merupakan sebuah motorsikal lama yang dia membina dengan tangannya sendiri.12 Selama enam minggu, dia menjelajah, melawati sebuah pusat rawatan kusta dengan sahabatnya Alberto, tetapi kemudiannya bergerak ke utara menuju pergunungan Amerika Latin yang lasak. Perjalanan ini dipenuhi keghairahan: Saya menyedari bahawa sesuatu yang membesar dalam diri saya buat masa yang lama... telah menjadi matang; ia adalah kebencian terhadap tamadun, imej karut di mana manusia bergerak dengan gila mengikut irama bunyi riuh yang berbunyi bagi saya seperti anti-tesis keamanan.13 Ini bukanlah deklarasi seorang revolusioner, tetapi seorang pemuda ghairah yang ingin mengenali dunia. Ernesto Guevara didesak oleh apa yang seorang penyair Argentina dari abad ke-19 menggambarkan sebagai keinginan mencari kaki langit. Namun, wawasan romantiknya mengenai alam semulajadi yang suci bakal digantikan oleh realiti kehidupan petani di kawasan yang indah tetapi menyusahkan ini. Dia kembali ke kolej perubatan selepas enam minggu panjang ini. Dia melulusi peperiksaannya tanpa markah tinggi dan terlibat dalam siri projek membuat wang, termasuk rekaan sesuatu ubat serangga. Ubat serangga itu akhirnya didapati tidak berkesan, dan kesemua skima-nya tidak menemui kejayaan. Pada bulan Oktober, dia jatuh cinta dengan serius tetapi, seperti yang disedari oleh temannya Chichina Ferreyra, ini tidak dapat menakluki kegemaran Che untuk mengembara.14 Dia sudah merancangkan penjelajahannya yang seterusnya dengan Alberto. Ia bermula pada bulan Oktober 1951, apabila dua sahabat itu menaiki motorsikal 500cc yang diberikan nama La Poderosa Yang Kuat dan menuju ke Chile. Diari-Diari Motorsikal menggambarkan perjalanan mereka selama dua bulan ke ibu negara Chile dan perjalanan

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
seterusnya tanpa motorsikal, yang menamatkan perjalanan di Santiago, melalui Chile utara, ke Peru dan akhirnya ke Venezuela. Seorang penulis biografi menggambarkan perjalanan ini sebagai perjumpaan Amerika oleh Che.15 Diari-diari tersebut, sambil ia masih merupakan cerita seorang pemuda yang sedang mengembara bergembira, bermeria, mengambil risiko, bergerak dari bandar ke bandar juga merupakan rekod kesedaran yang semakin berkembang. Dari Buenos Aire dan Crdoba sehingga kawasan ini melebihi perjalanan fizikal. Ia juga merupakan perjumpaan dengan Amerika Latin, dengan masa lalu alternatif, dengan pemberontakan rakyat yang dimiliki oleh sejarah alternatif itu. Terdapat beberapa peristiwa penting semasa perjalanan tersebut. Di Chile utara, misalnya, Che dan Alberto berhadapan dengan lombong-lombong tembaga besar, terkecuali dari lanskap gurun yang luarbiasa lagi indah, berhabuk dan ganas, dengan jentera besar seperti mulut mekanikal yang meludah himbunan pasir. Ini merupakan sumber kekayaan dan matawang asing Chile namun, apabila Che melihatnya, segala kekayaan ini dimiliki oleh perusahaan multinasional asing, seperti Kennecott dan Anaconda, yang membeli dan menjual tembaga tersebut pada pasaran dan pertukaran asing yang mereka menguasai. Tulisan Che dalam diari-nya bagi hari-hari ini agak kabur, walaupun dia menyedari bahawa lombong-lombong tersebut merupakan kuburan bagi beribu-ribu pelombong. Seorang pelombong Komunis tua yang dia menjumpai di sana menerima kehormatan Che, tetapi ia juga tidak sesuai untuk berkata bahawa kunjungan itu merupakan sesuatu perjalanan ke Damascus bagi Che, apabila segalanya menjadi jelas bagi dirinya.16 Ulasan Che adalah menarik dan berpengetahuan, tetapi ia juga adalah kata-kata seorang penyaksi, seorang yang hanya berkunjung dan mengalami dunia ini buat kali pertama ingin tahu, tetapi masih tidak terlibat. Peru, dalam tangan sebelah, membawa kesan emosi yang kuat. Sambil mereka melintasi sempadan dari Bolivia ke Peru, Che mengulas dengan keliru mengenai kaum peribumi yang dia melihat di tepi jalan ditindas, takut dan terkecuali. Tetapi ia adalah apabila dia tiba di bandar pergunungan Machu Pichu, 17,000 kaki di atas paras laut di Pergunungan Andes Tinggi berdekatan dengan Cuzco, yang dia seolah-olah diatasi oleh perasaannya. Sebuah tapak tentangan Inka terhadap serangan Spanyol, Machu Picchu diabaikan selepas kekalahan kaum Inka dan dilupai sehingga ia dijumpai oleh seorang ahli kajipurba Harvard pada awal abad ke-20. Kuil-kuil besar dan teres besar mencontohi gunung dindingnya, seperti yang didapati oleh penyerang Spanyol apabila mereka mencuba merobohkannya, dibina untuk berdiri selama-lamanya. Terdapat satu gambar Che berdiri di bawah gerbang salah satu kuil di sana. Rekabentuk dan kuasa tempat ini mempengaruhi dirinya. Pada ketika itu, realiti empayar-empayar praKolumbia mungkin disedari olehnya kesedaran mengenai Amerika alternatif itu, yang sudah lama dilupai, didiamkan dan ditindas. Dalam beberapa petikan dari diarinya, terdapat rujukan kepada peranan buruk empayar-empayar asing, iaitu empayar Spanyol dan Amerika Utara, dan mengenai kuasa Indo-Amerika. Sememangnya, dia merupakan seorang warganegara Argentina dari bandar, yang tidak membawa pengetahuan mendalam mengenai dunia itu. Perjalanan mereka diteruskan ke kawasan Amazon, di mana dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan kusta dan Che bergelut dengan penyakit asma di sekitar kawasan hutan rimba, sebelum bergerak ke Venezuela, Miami dan kembali ke tanahair. Perjalanan itu membawa pelbagai pelajaran baginya. Ia menunjukkan baginya makna menjadi seorang warga Amerika Latin, dan ia menjadikannya lebih ghairah, ingin tahu, tidak sabar bagi pemahaman. Sikapnya terdapat apa yang dia melihat di pusat rawatan kusta menunjukkan seorang insan yang berperikemanusiaan dan murah hati. Mungkin ini merupakan keadaankeadaan awal bagi seseorang menyemai sikap revolusioner. Tetapi dengan sendiri, ia tidak

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
mencukupi. Ahli-ahli revolusioner sememangnya memerlukan perasaan ingin membetulkan ketidak-adilan, tetapi mereka juga memerlukan wawasan sebuah dunia yang berlainan, pemahaman mengenai kepentingan kelas dan nilai-nilai yang akan membentukkan dunia baru itu, dan bagaimana kelas tersebut dapat mengatur diri dan menumbangkan susunan lama. Che ingin menjelajah sekali lagi selepas dia kembali ke Argentina, tetapi dia menunduk kepada tekanan keluarga dan bersetuju untuk menduduki peperiksaan perubatannya. Dia bekerja siang dan malam di Perpustakaan Kebangsaan di Buenos Aires, dalam usaha bersedia untuk 15 kertas yang dia perlu melulusi. Pada bulan April 1953, lebih kurang enam bulan selepas dia kembali dari Miami, Che menelefon ibubapanya untuk memberitahu mereka bahawa dia kini merupakan seorang doktor dan untuk memberitahu mereka, pada masa yang sama, bahawa dia sedang bersedia untuk penjelajahannya yang seterusnya. Ibunya Celia merungut, Saya tidak akan melihatnya lagi saya yakin mengenai ini. Sebenarnya, dia melihat anaknya sekali lagi, beberapa tahun selepas itu, tetapi keadaannya sudah berubah secara dramatik. 7hb Julai 1953 merupakan hari gelap lagi basah di stesen keretapi Retiro di Buenos Aires. Che dan sahabatnya Carlos Calica Ferrer mendapat kerusi, dan mengucap selamat tinggal kepada Celia. Sambil keretapi mereka bertolak, Che menjerit, Saya akan menjadi seorang pejuang bagi Amerika Latin. Ia bersifat ramalan secara kebetulan tetapi pada tahap ini, satusatunya rancangan yang Che mempunyai adalah untuk berjumpa semula dengan Alberto dan kembali ke pusat rawatan kusta di Amazon. Tiga ribu kilometer selepas itu, para pengunjung tersebut tiba di ibu negara Bolivia, La Paz. Ia merupakan masa luar biasa di Bolivia. Hanya setahun selepas itu, revolusi yang dipimpin oleh federasi pekerja Bolivia (COB), dan terutama sekali kesatuan pelombong, telah memberikan kuasa kepada sebuah kerajaan nasionalis baru. Apabila Che tiba di negar itu, perdebatan mengenai perjalanan dan arah revolusi tersebut masih berlangsung. Di hati perdebatan itu merupakan idea merampas kekayaan negara terutamanya kekayaan lombong-lombong dan menggunakan keuntungan darinya untuk meningkatkan taraf kehidupan kaum miskin dan pelombong berbahasa Aymara di Pergunungan Andes Tinggi. Sememangnya, dua atau tiga individu kaya yang memiliki sumber-sumber timah di Bolivia telah meraih keuntungan besar dan melaburkan keuntungan mereka di Eropah dan Amerika Utara. Pedagang timah paling kaya di Bolivia, Simon Patio, misalnya, memiliki syarikat perkapalan P&O dan menetap di sebuah bilik mewah di Hotel Waldorf Astoria di New York, sambil memiliki rumah-rumah mewah di Paris, Madrid dan tempat-tempat lain. Apabila revolusi itu akhirnya muncul, para pelombong sudah menjadi letih tetapi Patio tidak pernah memulangkan wang yang diraih dari pengeksploitasian pekerja Bolivia selama 50 tahun.17 Bayangkanlah keadaan pelombong-pelombong pada ketinggian 10,000 kaki atas paras laut, di kawasan pergunungan Andes yang indah tetapi lasak. Angin sentiasa sejuk, habuk sentiasa berkitar, dan para pelombong mengalami kemiskinan melampau di kampungkampung pergunungan. Apa yang dimiliki oleh mereka dimenangi melalui perjuangan dalam permogokan panjang yang sentiasa membawa kematian dan penindasan selepasnya. Revolusi tahun 1952 dalam beberapa cara merupakan dendam balas sejarah atau ia sepatutnya menjadi itu. Tetapi pemimpin-pemimpin gerakan pekerja memasuki siri persekutuan dengan ahli-ahli politik nasionalis yang membawa proses itu berjauhan dari tuntutan dan kepentingan para pekerja Bolivia. Apabila, 15 tahun selepas itu, Che kembali ke Bolivia di bawah keadaan yang sangat berbeza, para pelombong masih berjuang. Namun, pada tahun 1953, sambil dia menyedari ketegangan di negara itu, Che masih menggambarkan dirinya (dalam surat kepada bapanya) sebagai seorang penyaksi tidak

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
berat sebelah. Dia merupakan seorang pemerhati baik, tertarik dengan apa yang berlaku di sekelilingnya, tetapi lebih bersedia untuk menulis karya panjang mengenai pengembaraannya atau butir-butir kejuruteraan lombong daripada bidang politik. Dalam surat kepada Tita Infante, seorang sahabat di Argentina, dia sememangnya menggambarkan keadaan politik imbangan kuasa-kuasa yang tidak stabil di kalangan desas-desus mengenai kontra-revolusi.18 Dan dia menjadi marah dengan layanan buruk dan rasis terhadap kaum peribumi yang bersabar di luar Kementerian Urusan Petani. Dia memerhati, dia tertarik dan ingin tahu, tetapi dia masih berjauhan. Dalam diari dari perjalannya kedua yang baru diterbitkam, Che jarang membincangkan apa yang jelasnya merupakan salah satu peristiwa politik paling penting semasa perjalanannya (revolusi di persimpangan jalan). Sebaliknya, dia seolah-olah ingin meninggalkan Bolivia dan kembali ke bandar-bandar Inca di Peru yang dia pernah menunjungi. Di dataran Andes, Ernesto dan Carlos berlayar pada Tasik Titicaca dan melintasi sempadan Bolivia-Peru di bandar Puno yang sejuk dan kecil. Pegawai kastam merampas beberapa buku (sebuah penerbitan kerajaan Bolivia dan senaskah Lelaki di Kesatuan Soviet) sebelum membenarkan mereka bertolak ke Cuzco, bandar utama Inka yang menarik perhatian Che semasa perjalannya yang pertama. Dari sana, mereka bertolak ke Lima, iaitu ibu bandar Peru, di mana Che berjumpa sekali lagi dengan Hugo Pesce, seorang doktor Komunis yang, menurut dedikasi yang diberikan kepadanya dalam Perang Gerila, mendorong perubahan besar dalam sikap saya terhadap kehidupan dan masyarakat. Perjalanan itu berterusan dan para penjelajah itu mengambil keputusan untuk bertolak ke Guatemala, di Amerika Tengah. Perjalanan itu juga bakal menjadi titik perubahan daam kehidupan Che. Guatemala juga sedang mengalami proses kebangkitan dan perubahan sosial. Ahli-ahli biografi dan para pengulas telah mencadangkan bahawa inilah mengapa Che bertolak ke sana bahawa dia ingin mencari revolusi. Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk menyokong idea tersebut. Ia merupakan, pada tahap itu, hanya fasa baru dalam perjalanannya. Tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa selepas Guatemala, perjalanannya akan mengambil makna baru dan tujuan yang sangat berbeza.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com IV. Republik Pisang


Sebelum Guatemala, perjalanan warga Argentina itu memang penting, tetapi hanya dari segi emosi dan budaya. Kini, Ernesto Guevara bakal mengalami perubahan politik benar... Jelasnya, Guevara tiba dengan beban ideologi berat dalam beg-nya, tetapi dia bakal meninggalkan Guatemala dengan peti-peti yang penuh dengan idea, kesukaan, kebenciaan dan pentafsiran.19 Seorang ahli biografi lain berkata: Apabila dia tiba di Guatemala, Ernesto seolah-olah melalui perubahan politik atau sekurangkurangnya dia berusaha untuk mengalami sesuatu perubahan politik.20 Dari satu segi, ini hanyalah spekulasi berdasarkan apa yang bakal berlaku. Apa yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa Guevara meninggalkan Guatemala lapan bulan selepas ketibannya sebagai seorang yang berza. Sememangnya, dia memiliki pandangan dan sikap politik sebelum dia tiba di Bandar Guatemala pada bulan Disember 1953. Anderson sangat mementingkan nota yang Che menambah kepada diari-nya sebagai nota tambahan.21 Ia menggambarkan perbincangan dengan seorang revolusioner tidak bernama yang meramalkan kematian Guevara, walaupun dalam cara yang sangat kabur. Ia merupakan sesuatu nota retorik, agak melodramatik dan penuh dengan impian kewiraan revolusioner dan bahasa pengorbanan dan kematian. Ia bukanlah sesuatu dokumen politik, tetapi ia mencadangkan sesuatu idea kewiraan dan sifat dramatik yang mengalir dalam tulisan-tulisan lain dan pemikiran Che Guevara. Di Peru, dia berhadapan, di kubu Inka di Machu Picchu, dengan kebesaran Amerika peribumi dan kebinasaan yang dibawa oleh penyerang dari Spanyol, iaitu imperialis pertama. Di Bolivia, dia melihat rasisme dan semangat perjuangan pada wajah para pelombong. Dia meluahkan kebenciannya dengan ahli-ahli politik oportunistik yang mempergunakan rakyat orang seperti Juan Lechn, pemimpin kongres kesatuan-kesatuan pekerja Bolivia. Mereka mungkin mengingatkannya mengenai Juan Pern yang licin dan oportunistik. Namun, sebelum ketibaannya di Guatemala, tidak terdapatnya bukti dalam tulisannya atau memori orang lain mengenainya bahawa Che merasai apa-apa kesetiaan perbadi bagi tujuan kebebasan, atau melihat ruang bagi dirinya dalam perjuangan politik. Ini bukanlah untuk meragui kesetiaan revolusioner Che selepas itu, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa ahli-ahli revolusioner tidak dilahirkan begitu sahaja, mereka tidak berada di atas orang biasa. Orang menjadi revolusioner sambil melihat dunia sebenar, memahami keperluan perubahan dan mengenalpasti kuasa-kuasa yang dapat membawa perubahan itu. Guatemala pada tahun 1953 masih merupakan negara peribumi 60 peratus daripada penduduknya mempunyai hubungan dengan moyang dari tamadun Maya yang menguasai Meksiko dan Amerika Tengah beberapa abad sebelum ketibaan pihak Spanyol. Tentangan Maya di Guatemala terhadap kolonialisme tidak berakhir sepenuhnya sehingga pertengahan abad ke-17, dan perjuangan defensif oleh masyarakat Maya terus berlaku menentang serangan dan penindasan oleh tuan-tuan tanah kolonial, iaitu golongan elit berkulit putih yang terus menguasai tanah dan kekayaan negara itu selepas peninggalan Spanyol. Sebuah ekonomi kopi sepanjang abad ke-19, pertumbuhan pasaran Amerika Syarikat (AS) bagi pisang dan kopi, yang bertumbuh dengan baik dalam tanah subur Guatemala, membawa syarikat-syarikat AS ke negara tersebut. Dalam 40 tahun pertama pada abad ke-20, sejarah Guatemala adalah sejarah satu syarikat Amerika Utara, iaitu United Fruit, dan pengasas serta pemiliknya, Sam Zemurray.22

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Beberapa pemerintahan diktator ketenteraan telah mengekalkan ikatan Guatemala dengan tuntutan-tuntutan Syarikat United Fruit. Menjelang awal tahun 1940-an, di bawah kepimpinan Jeneral Jorge Ubico, lebih kurang 40 peratus daripada tanah Guatemala berada di bawah syarikat tersebut, yang dikenali di seluruh Amerika Tengah sebagai La Yunai. Kemudian, pada tahun 1944, sebuah kerajaan baru di bawah Rafael Arvalo mengumumkan rancangan reformasi. Maklumlah, Presiden Franklin Roosevelt telah mengumumkan kesetiaan AS kepada empat kebebasan demokratik bersempena dengan akhir Perang Dunia Kedua. Jurang besar di antara kaum kaya dan miskin di Guatemala, dan penguasaan ekonomi-nya oleh sebuah syarikat asing, jelasnya menjadikannya calon baik bagi perubahan demokratik. Kunci kepada rancangan Arvalo, secara logik, merupakan reformasi tanah pengagihan semula harta United Fruit di kalangan masyarakat-masyarakat tidak bertanah bersama dengan rancangan-rancangan sosial yang meliputi hak-hak kesatuan pekerja dan rancangan pendidikan popular. Pilihanraya pada tahun 1951 memberikan kuasa kepada seorang pegawai tentera muda yang pernah berkhidmat di bawah Arvalo Jacobo Arbenz untuk menyempurnakan rancangan tersebut. Pada tahun 1952, dia menandatangani perintah reformasi tanah yang menasionalisasikan tanah United Fruit dan tuan-tuan tanah utama. Ia adalah penting untuk menekan bahawa Arbenz bukanlah seorang revolusioner. Dari satu segi, projeknya merupakan modenisasi ekonomi di bawah kerajaan Guatemala yang mampu mengawal dan menentukan pengagihan sumber-sumbernya. Tetapi proses reformasi sederhana yang dia membenarkan telah melepaskan kuasa-kuasa lain yang tidak mudah dikawal. Pertubuhan-pertubuhan pekerja, terutamanya pekerja desa dan petani, menggenggam peluang untuk memastikan yang perubahan-perubahan tersebut berlaku. Maka, proses tersebut diumumkan dari atas tetapi didesak dari bawah. Sememangnya, di AS, keadaan tersebut dilihat dengan perasaan terkejut dan marah. Ini merupakan zaman Perang Dingin, iaitu kesan pembahagian dunia di antara dua zon kuasa blok Soviet, dengan Kesatuan Soviet di hatinya, dan AS, kuasa yang lebih besar dan berkuasa. Mereka dibahagikan oleh apa yang dinamakan oleh Churchill sebagai Tabir Besi garisan pembahagian yang bersifat ketenteraan, politik dan ideologi. Dalam atmosfera ini, segala usaha perubahan sosial disifatkan sebagai Komunisme pengaruh menjalar Soviet. Dan ini pula memunasabahkan campur tangan ketenteraan oleh AS seperti yang sudah berlaku di beberepa tempat di dunia. Maka, reformasi-reformasi di Guatemala dihuraikan di Washington sebagai ancaman Komunis di kebunnya sendiri. Secara kebetulan, beberapa tokoh penting dalam kerajaan Washington terlibat secara rapat dengan Syarikat United Fruit antara mereka, John Foster Dulles, Setiausaha Kerajaan, dan adiknya, Allen Dulles, ketua CIA. Mereka berkongsi kebencian terhadap kerajaan Guatemala dengan tuan-tuan tanah kaya di Guatemala sendiri dan dengan pemerintah-pemerintah diktator di negara-negara Amerika Tengah seperti El Salvador, Honduras dan Nikaragua. Bersama-sama, mereka mengatur penumbangan Arbenz, yang bakal dipimpin oleh sebuah kuasa ketenteraan biayaan AS, di bawah Carlos Castillo Armas.23 Che tiba di Bandar Guatemala, iaitu ibu negara, hanya enam bulan sebelum penumbangan Arbenz. Konfrontrasi dan konflik benar berkembang di kawasan desa, tetapi atmosfera di ibu negara juga tegang, terutamanya kerana sayap kiri Amerika Latin mempunyai tapak besar di sana. Pihak sosialis dan revolusioner tiba di Guatemala dari seluruh benua beberapa kerana mereka dibuang negara, yang lain kerana mereka ingin melihat bagaimana proses tersebut akan berkembang. Sebab-sebab Che untuk berada di sana agak keliru, tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa dia menjadi semakin sedar dari segi politik. Sesuatu sifat anti-imperialisme yang dia sudah meluahkan dari segi umum kini menjadi kukuh sambil dia menyaksikan persediaan AS

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
untuk menumbangkan Arbenz. Washington jelasnya bekerjasama dengan Syarikat United Fruit. Ia juga jelas bahawa apa-apa reformasi atau pembaikan yang membawa kesan bagi kepentingan AS akan dikutuk sebagai campur tangan Soviet. Menulis kepada ibu saudaranya, Beatriz, dari Guatemala, Che mengumumkan, Saya telah mengambil pendirian kukuh di sisi kerajaan Guatemala dan dengan PGT Komunis.24 Dalam cara lain, juga, di meluahkan hubungan romantik dengan Rusia kemungkinan besar sesuatu sisa dari hubungannya dengan pihak Komunis Argentina melalui ibunya. Pada tahap yang agak asas, kedegilan AS menggalakkan perasaan naluri Che bahawa tidak terdapatnya alternatif melainkan perjuangan bersenjata. Apabila rampasan kuasa itu berlaku, Bandar Guatemala diserang dari udara selama seminggu, dan tentangan bersenjata tidaklah mendalam. Sebab-sebab mengapa ini berlaku masih dipertikaikan. Namun, penjelasan paling baik adalah bahawa, apabila Arbenz enggan menyenjatakan pekerja, harapan tentangan menjadi semakin pudar. Dia meletak jawatan hanya seminggu selepas serangan udara pertama, yang digabungkan dengan serangan oleh pasukan-pasukan tentera dari Honduras, sebuah negara jiran. Rampasan kuasa tersebut bukanlah sesuatu yang tidak diramalkan. Pada 2hb Februari, Che telah menulis kepada bapanya untuk berkata bahawa sesuatu serangan bakal berlaku pada bila-bila masa. Menjelang akhir bulan itu, beberapa pihak telah meninggalkan negara itu kerana meramalkan serangan. Pada bulan Mac, Mesyuarat Inter-Amerika yang dikuasai oleh sahabat-sahabat Washington meluluskan resolusi yang mengancam mana-mana negara yang mewakili ancaman hemisfera rujukan jelas dan secara langsung kepada Guatemala. Kuasa-kuasa semakin berkumpul, dan ia jelasnya dilihat oleh semua orang. Namun, Che memilih masa ini untuk mengunjungi tapak-tapak kajipurba di El Salvador dan Honduras. Apabila dia kembali ke Guatemala pada hujung bulan Mei, ketegangan dapat dirasai dalam udara. Semua orang sedar bahawa serangan bakal berlaku. Ahli-ahli sejarah rasmi yang mengkaji kehidupan Che, terutamanya di Kuba, telah mendakwa bahawa dia terlibat, secara politik dan ketenteraan, dalam persediaan tentangan. Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk menyokong cadangan ini. Lencongannya pada bulan Mei mencadangkan bahawa dia tidak merasai dirinya terlibat, dan hanya beberapa minggu sebelum itu dia meluahkan keinginan untuk meninggalkan negara itu kerana dia tidak dapat mencari pekerjaan. Ia merupakan gabungan kekurangan wang dan apa yang kelihatan seperti tawaran pekerjaaan yang menukar rancangannya. Pada masa yang sama, dia jelasnya risau dan sedar akan apa yang berlaku pada mingguminggu tersebut. Pada tahap yang lebih abstrak, pendidikan politik-nya bergerak dalam arah baru. Pihak Amerika Latin yang dia menjumpai dan bergaul dengan sejak ketibaannya di Guatemala semuanya terlibat dalam bidang politik. Dan dia juga semakin terpikat dengan seorang aktivis politik dari Peru, Hilda Gadea, yang dari beberapa segi menjadi penasihat politik baginya. Hubungan peribadi mereka kurang jelas. Dia membantu dan menyokongnya, memperkenalkan dia kepada sahabat dan hubungan baru, dan menjelajahi pelbagai idea revolusioner dengan dia. Gadea bukanlah seperti kebanyakan pemudi yang Che biasanya terpikat dengan dan mungkin ia adalah sesuai, akhirnya, untuk mengakui bahawa ini lebih merupakan persahabatan dan bukannya perluahan hasrat seksual. Namun demikian, sehingga ketibaannya di Kuba, Hilda menjadi pengaruh politik yang penting: Penetapan Che di negara Maya bukanlah masa perasaan nasfu, tetapi masa pembangunan politik.25 Unsur-unsur ini sesuatu imperialisme mendalam, kesedaran yang semakin membangun akan idea-idea Marxsis dan sosialis, sisa-sisa kesetiaan kepada Kesatuan Soviet, ketidaksabaran dengan korupse menjadi semakin jelas di Guatemala. Namun, ia tidak membawanya menuju apa-apa peranan tetap semasa hari-hari rampasan kuasa dia

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
mendaftar sebagai doktor bagi para pejuang, tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk menyertai perjuangan tersebut. Diari-nya pada masa itu meluahkan kekecewaan serta kesusahan memahami peristiwaperistiwa yang berlaku. Pada 20hb Jun 1954, dia memberitahi ibunya, Semangat rakyat sangatlah tinggi. Terdapatnya iklim perjuangan benar. Menulis tiga hari selepas itu, selepas perletakan jawatan Arbenz, dia memberitahu ibunya bahawa air sejuk telah dituang pada semua mereka yang menghormati Guatemala. Dia sedar bahawa ia adalah Washington dan sekutu-sekutu mereka yang bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Mempertimbangkan kelajuan peristiwa-peristiwa ini, dia sekali lagi menulis kepada Celia pada 4hb Julai: Ia merupakan mimpi indah yang anda enggan meninggalkan... Sekali lagi, hukumnya dibuktikan bahawa pembubaran angkatan tentera adalah prinsip demokrasi benar... Kebenarannya adalah bahawa Arbenz tidak menyedari cara untuk menggunakan keadaan ini.26 Che juga memerhati bahawa kepimpinan gerakan politik dari bawah, dan terutamanya Parti Komunis Guatemala, gagal memberikan kepimpinan apabila tibanya masa kerana mereka juga menerima kewajiban untuk mengikut Arbenz. Namun, Che tidak mengkaji isu-isu ini dengan mendalam. Kekurangan senjata dan kesediaan ketenteraan, bagi dirinya, merupakan isu utama: Dia dapat memberikan senjata kepada rakyat, tetapi dia enggan berbuat sedemikian... Kini kita melihat hasilnya.27 Pada permukaannya, itu merupakan isu utama dan isu yang diutarakan oleh Che dalam perbincangan dan perdebatan dengan sahabat-sahabatnya. Hilda melaporkan bahawa Che menjadi semakin ghairah apabila melihat pembentangan proses tersebut dari jawatan sementera di hospital dan tidak dapat melakukan apa-apa. Ia sangatlah mengecewakan dan susah. Apabila kerajaan ketenteraan baru di bawah Castillo Armas merampas kuasa, penindasan menjadi semakin ganas. Terdapatnya hampir 700 warga Amerika Latin di Guatemala yang terlibat dengan apa yang mereka membayangkan sebagai eksperiman politik radikal. Kini ramai daripada mereka melarikan diri, sambil yang lain mencari perlindungan di kedutaan masing-masing. Latarbelakang Hilda menjadikannya sasaran baik, tetapi tidak tidak dapat meninggalkan Guatemala tanpa visa. Che akhirnya mencari perlindungan di kedutaan Argentina. Diari-nya menggambarkan kebosanannya dan jangkitan penyakit asma. Untuk melalui masa, dia melukis potret sahabat-sahabatnya. Dia mengetepikan beberapa daripada mereka kerana kekurangan pendidikan politik mereka, tetapi Ricardo Ramrez, yang bakal menjadi tokoh penting dalam perjuangan bersenjata Guatemala, meninggalkan kesan pada dirinya.28 Ia adalah jelas bahawa Che kini menganggap dirinya sebagai seorang komunis misalnya, dia mengutuk salah seorang pelarian yang berlindung di kedutaan Argentina, yang dia menggambarkan sebagai: Seorang insan yang tidak bijaksana, dia hanya mampu menyedari bahawa satu-satunya jalan sesuai bagi kelas pekerja adalah komunisme.29 Namun, demikianm tulisan-tulisannya pada masa ini tidak menunjukkan bahawa dia mempertimbangkan persoalan pengaturan, pendidikan dan kesedaran yang mengalir dari pertimbangan seorang komunis. Satu-satunya isu yang dia mengutarakan apabila dia mengkaji rampasan kuasa tersebut adalah persoalan senjata. Namun, jika rakyat Guatemala

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
diberikan senjata tanpa pengaturan politik untuk menentukan ila dan bagaimana ia patut digunakan, hasilnya kemungkinan besar akan membawa padah seperti selepas penumbangan Arbenz. Dan sebab mengapa senjata tidak diagihkan bukanlah kerana kelemahan Arbenz sendiri, tetapi kerana parti-parti yang berada dalam kedudukan untuk memimpin perjuangan tersebut tidak bersedia. Pada tahap ini dalam kehidupannya. Che tidak memberikan tanda bahawa isu-isu ini mementingkannya. Satu-satunya benda yang pasti adalah bahawa dia akan meninggalkan Guatelama ia tidak lagi selamat bagi seorang warga asing yang menaruh simpati bagi Arbenz untuk kekal di Guatemala. Namun, dia enggan kembali ke Argentina dan akhirnya berpindah ke Meksiko bagi apa yang dia menghuraikan sebagai tahap seterusnya dalam pengembaraan saya. Pengembaraannya sehingga itu menjadi persediaan bagi ketika apabila Ernesto Guevara diubah menjadi El Che. Fasa berikutnya menandakan jalan yang baru dan sangat berbeza bagi dirinya.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com V. Dimensi Kuba


Kebanyakan daripada mereka yang dibuang negara dari Guatemala sudah berpindah ke Meksiko. Semasa Perang Saudara Spanyol, kerajaan Meksiko telah mengalu-alukan pelarian Republikan Spanyol. Walaupun ia dikuasai oleh sebuah presidensi korupse dan zalim (yang dilantik), Meksiko berjaya mengekalkan reputasi sebagai tempat perlindungan bagi pelarian politik dan bukan sahaja dari Guatemala. Di kalangan mereka yang berjaya mencari perlindungan di Meksiko merupakan beberapa warga Kuba. Ini berlaku pada hujung bulan September 1954, dan Che sedang bergerak menuju Bandar Meksiko. Dia hanya mempunyai seorang sahabat di sana seorang penyair tua yang bekerja dalam industri filem. Tetapi satu-satunya pengalaman Che dengan industri filem merupakan perjumpaan dengan seorang pelarian dari Spanyol yang memberikannya sebuah kamera agar dia dapat mengambil gambar keluarga-keluarga dan kekasih yang berjalan-jalan di Taman Chapultepec. Kepada ini, dia menambah pekerjaan di sebuah klinik dan perjumpaan kebetulan yang membawa kerja di sebuah agensi berita. Che hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila Hilda tiba di Bandar Meksiko, Che masih belum berjaya mencari tempat tinggal tetap, dan mereka berjumpa beberapa kali seminggu di hotel atau tempat makan. Che ingin berkahwin dengan Hilda yang hamil, dan mereka bakal kahwin kemudian, tetapi Hilda lebih berwaspada. Dia mungkin sedar bahawa lelaki tampan ini, yang menggemari hubungan-hubungan singkat, akan menjadi seorang teman yang susah. Tetapi dari segi politik, dia masih menjadi titik rujukan bagi Che, walaupun di Bandar Meksiko, Che membuat persahabatan baru atau memperbaharui persahabatan lama. Salah seorang sahabat lama, ico Lpez, berbincang dengannya mengenai tentangan bersenjata di Kuba. Ia bakal menjadi perbincangan penting. Che kini bergerak dalam bulatan-bulatan politik, dan surat-surat kepada keluarganya meluahkan perasaan marah dengan kuasa imperialis di utara, sesuatu perasaan yang dilahirkan oleh apa yang dilihat di Guatemala. Namun, dia secara asasnya masih merupakan seorang pengembara, seorang insan dengan pelbagai rancangan penjelajahan dan tentangan terhadap apa-apa disiplin kolektif. Dalam surat kepada ibunya, dia menulis: Pihak Komunis [Guatemala] patut diberikan kehormatan dan lambat-laun saya akan menyertai parti tersebut; paling sekali, apa yang tidak membenarkan saya menyertai mereka pada masa ini adalah fakta bahawa saya masih mempunyai keinginan besar untuk mengunjungi Eropah dan saya tidak sanggup ditakluki oleh disiplin besi.30 Menjelang bulan November 1954, sekurang-kurangnya dari sudut pandangannya sendiri, Che telah melintasi garisan penting. Dia belum lagi menjadi seorang revolusioner sepenuh masa, dan dia belum memiliki kesedaran jelas mengenai apa yang diperlukan dari seorang revolusioner. Dia jarang sekali berbincang mengenai strategi dan taktik. Namun, kesetiaan peribadinya sudah mencapai tahap tinggi, dan dia semakin mengajukan wawasan mengenai cara kehidupannya mungkin dibentangkan. Pada awal tahun 1955, Che mempunyai beberapa pekerjaan, dan semakin bergaul dengan pelarian dari Kuba. Beberapa penulis mencadangkan bahawa mereka kurang menyemai mimpi kosong dan perbincangan nostalgia berbanding dengan pelarian Amerika Latin yang lain. Ini adalah pentafsiran yang kurang baik, kerana ramai daripada mereka akhirnya berjuang dan meninggal dunia demi keadilan di Amerika Latin. Tetapi ia jelasnya benar bahawa pihak Kuba itu lebih teratur dan terlibat secara langsung dengan keadaan di tanahair mereka. Dan walaupun mata Che masih terpaku pada Eropah, pihak Kuba itu kini meyakinkan dia bahawa Kuba patut diberikan kepentingan dalam rancangan masa depannya.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Pada 26hb Julai 1953, sebuah kumpulan bersenjata telah menyerang berek Moncada di Kuba. Serangan itu menemui kegagalan, dan beberapa ahli yang terlibat dibunuh. Yang lain, terutamanya pemimpin kumpulan tersebut, Fidel Castro, ditahan. Setahun sebelum itu, lelaki yang menguasai politik Kuba sejak tahun 1930-an Fulgencio Batista telah merampas kuasa dan membatalkan pilihanraya. Bagi Castro, ia merupakan petanda bahawa perubahan demokratik tidak mungkin berlaku di Kuba. Batista disokong oleh AS, yang menganggapnya sebagai hubungan penting dalam rantai rejim-rejim anti-Komunis yang ia mendirikan atau mendorong di Amerika Latin. Apa yang Presiden Roosevelt berkata mengenai Somoza, pemerintah Nikaragua, juga dapat dikatakan mengenai Batista: Dia memang anak anjing, tetapi sekurang-kurangnya dia anak anjing kami. Kuba merupakan koloni Spanyol terakhir di benua Amerika. Ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1898 selepas peperangan selama tiga tahun. Tetapi kemerdekaan benar tidak berlangsung buat masa yang lama. Peperangan ini masih dirujuk kepada di AS sebagai Perang Spanyol-Amerika. Kehadiran askar AS di pulau itu, dan peranan mereka dalam kekalahan Spanyol, membentukkan kemerdekaan Kuba dalam cara yang tidak dapat dibayangkan oleh Jos Mart, iaitu pemimpin perjuangan Kuba menentang kolonialisme yang dibunuh pada tahun 1895, pada permulaan perang kemerdekaan kedua. Menggunakan alat yang bakal menjadi kebiasaan bagi AS dalam hubungannya dengan dunia, Washington mencampur tangan secara langsung dalam urusan Kuba dengan alasan bahawa ia sedang mempertahankan kepentingan warganegara AS. Letupan pada kapal laut USS Maine sewaktu ia berada di pelabuhan Havana memberikan alasan bagi Pemindaan Platt 1901 fasal yang diselitkan dalam perlembagaan Kuba yang membenarkan AS untuk bertindak pada tanah Kuba apabila kepentingannya diancam. Tambahan pula, Teluk Guantanamo disewa selama 99 tahun sebagai pangkalan laut Tentera Laut AS. Washington memilih ketua bank nasional, perkhidmatan kastam dan polis. Ia merupakan langkah awal dalam usaha memasukkan Kuba ke dalam sfera ekonomi AS sebagai pembekal gula yang menjadi penting sebagai salah satu komponen makanan bagi penduduk bandar, dan sebagai pasaran bagi barangan AS. Kuba bergerak licin dari sebuah negara kolonialisasi menuju negara neo-kolonialisasi. Dalam tiga tahun pertama selepas kemerdekaan, lebih 13,000 ahli spekulasi tanah dan pelabur tiba dari AS dan membeli lebih kurang 60 peratus daripada tanah.31 Kapital AS mengukuhkan penguasaannya ke atas ekonomi Kuba. Harga gula sangatlah tinggi dalam tiga tahun sehingga 1920. Semakin banyak kawasan diberikan kepada penanaman gula, dan semakin banyak pelaburan disumbangkan kepada industri tersebut. Kemudian, harganya runtuh dam kebanyakan pengeluar tempatan yang besar menjadi muflis. Tanah mereka dijual kepada firma-firma AS, sehingga mereka ini memiliki sebahagian besar daripada ladang gula Kuba dan mengimport kebanyakan daripada gulanya menjelang tahun 1921.32 Kemerosotan ekonomi AS pada tahun 1929 dan Kemelesatan Besar yang mengikutinya menampar Kuba dengan kuat. Sambil taraf kehidup merosot dan pengangguran meningkat akibat pembatalan eksport gula, perasaan tidak puas hati menentang rejim Machado yang korupse semakin bertumbuh. Pada tahun 1933, perasaan itu meletup dalam siri pemberontakan, permogokan dan demonstrasi yang menumbangkan Machado. Dalam ribut pemberontakan dan perjuangan ini, soviet-soviet pekerja ditubuhkan seketika di bawah kepimpinan Komunis. Para pelajar, dipimpin oleh ahli-ahli Directorio Revolucionario, atau Direktorat Revolusioner, memainkan peranan utama sehingga pemimpin pegawai-pegawai tentera, anak seorang pemotong tebu, Fulgencio Batista, mengarah para pelajar untuk menamakan presiden negara yang baru. Pilihan mereka, seorang profesor universiti bernama Grau San Martn, memperkenalkan hari bekerja lapan jam, membatalkan Pemindaan Platt dan mengumumkan rancangan untuk menasionalisasikan industri elektrik.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Tetapi republik baru ini hanya wujud selama beberapa bulan, seperti yang dijangka oleh Batista. Kerajaan baru itu ditumbangkan oleh pemberontakan pegawai-pegawai tentera sesuatu pemberontakan sarjan di bawah Batista yang menerima sokongan tersirat dari kerajaan AS. Ia hanyalah tahun 1940 sebelum Batista sendiri menjadi presiden, walaupun dia sudah memerintah sejak tahun 1934 dari sebalik takhta presiden. Apabila dia merampas kuasa, ia berlaku dengan sokongan Parti Komunis Kuba, atau PSP. Ini mungkin kelihatan seperti perkahwinan aneh, terutamanya kerana pengaruh Parti Komunis telah bertumbuh pada zaman pergolakan sosial dan pemberontakan pada tahun 1933 yang diakhiri secara pramatang oleh pemberontakan sarjan tersebut. Pemberontakan itu meluahkan tuntutan agar penguasaan ekonomi dan kerajaan Kuba oleh AS diakhiri, tetapi ia enggan memberi tekanan bagi revolusi sosial yang sudah diletak pada agenda oleh pemberontakan 1933. Ia hanyalah kebebasan kemerdekaan yang sarjan-sarjan tersebut menuntut pada ketika-ketika radikal mereka, bukannya penubuhan kuasa pekerja. Namun, menjelang tahun 1940, keadaan tersebut telah berubah dari beberapa segi penting. Parti-parti Komunis di seluruh dunia memulakan polisi kerjasama dengan pihak liberal, radikal, dan malah pihak konservatif dalam apa yang dikenali sebagai barisan-barisan popular. Strategi ini bukanlah hasil daripada keadaan-keadaan tertentu di sesebuah negara, tetapi dihasilkan oleh keinginan Kesatuan Soviet membina sebuah persekutuan antarabangsa menentang Nazisme dan meninggalkan pemulauannya apabila berhadapan dengan perluasan Jerman. Ini bermakna mereka terpaksa mencari isu sependapat dengan pelbagai kuasa sosial yang sebenarnya bermusuh dengan wawasan sosialisme dan komunisme tetapi yang mungkin bersetuju dengan dasar anti-fasis. Stalin, ketua Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu Komunis di seluruh dunia bersedia membayar kos barisan popular ini jika ia mengurangkan pemulauan dan kelemahan Rusia. Tetapi kos politiknya sangatlah tinggi dan kesan-kesannya sangatlah luas dan berpanjangan, kerana ia memerlukan pengabaian perjuangan untuk menggantikan kapitalisme dengan sistem sosialis yang lebih demokratik. Di Spanyol, misalnya, kesannya adalah bahawa Parti Komunis menentang perkembangan balasan revolusioner terhadap kebangkitan fasis pada tahun 1936 dan sebaliknya memberi sokongan kepada persekutuan parti-parti tengah dan sayap kanan, di mana satu-satunya ciri bersama mereka merupakan ketakutan terhadap revolusi pekerja.33 Perkahwinan aneh di antara Batista dan PSP merupakan hasil desakan politik ini. Pihak Komunis Kuba dipengaruhi (kerana sebab-sebab jelas) oleh Parti Komunis AS, di mana pemimpinnya, Earl Browder, merupakan seorang penyokong polisi barisan popular.34 Pada hujung tahun 1930-an, AS, di bawah pemerintahan Franklin Roosevelt, sedang pulih dari zaman Kemelesetan melalui siri projek kerajaan, seperti pembinaan Empangan Lembah Tennessee. Perjanjian Baru Roosevelt bertutur dalam bahasa perlibatan sosial dan pembinaan (atau pembinaan semula) negara. Ia seolah-olah menjadi sebuah barisan popular, dan Browder, dalam keghairahan untuk menumbuhkan sebuah persekutuan, mencadangkan pembubaran Parti Komunis. Polisi kerjasama melampau ini akhirnya dikenali sebagai Browderisme. Pihak Komunis Kuba pula berusaha untuk menunjukkan tanda-tanda kedamaian dan berusaha mencari persekutuan dengan kuasa-kuasa sayap kanan. Hadiah mereka merupakan perlibatan dua menteri Komunis dalam kabinet Batista Juan Marinello, pemimpin parti, dan Carlos Rafael Rodrguez, seorang ahli Komunis berusia 30 tahun yang bakal memainkan peranan penting dalam politik Kuba setengah abad selepas itu. Dari satu segi, perlibatan mereka dalam kerajaan membawa parti tersebut sesuatu perkongsian kuasa. Pihak Komunis sangatlah penting bagi pertumbuhan kesatuan-kesatuan pekerja militan pada tahun 1930-an kini mereka melontar pengaruh itu di belakang kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa kebaikan: kementerian tenaga pekerja bersetuju dengan beberapa konsesi kepada kesatuan-kesatuan pekerja besar sebagai ganti bagi sokongan mereka. Tetapi pihak Komunis dalam kerajaan memenuhi peranan yang sangat berbeza daripada mereka yang memimpin perjuangan-perjuangan kelas pekerja hanya

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
beberapa tahun sebelum itu. Dari kedudukan mereka dalam kerajaan, mereka menjadi alat untuk mendamaikan kepentingan kerajaan dan pekerja, dan ini hanya menumpulkan kemampuan pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk bertindak secara bebas daripada kerajaan. Batista diikuti ke dalam istana presiden oleh Gra San Martn (pada tahun 1944) dan kemudiannya oleh Pro Socarrs (pada tahun 1948) yang korupse. Pihak Komunis juga menyokong kerajaan Grau. Namun, pada tahun 1947, sekutu mereka itu mula menyerang. Maklumlah, Perang Dunia Kedua sudah berakhir dan di dunia paska-peperangan, AS dan Kesatuan Soviet menjadi empayar-empayar bermusuh yang terkunci dalam Perang Dingin. Persekutuan semasa peperangan digantikan oleh iklim konflik dan konfrontasi dan persekutuan-persekutuan di Amerika Latin menjadi mangsa awal bagi perang baru ini. Pada tahun 1945, Fidel Castro Ruz memasuki fakulti perundangan di Universiti Havana. Dia berusia 19 tahun, anak keluarga tuan tanah kaya yang berasal dari Spanyol, dari timur pulau Kuba. Seperti ramai pelajar nasionalis dari kelas menengah, dia meragui pihak Komunis di dalam dan luar universiti. Di Kuba, seperti di tempat-tempat lain, mereka telah bekerjasama dengan kerajaan yang korupse dan zalim sebagai ganti bagi sokongan demi Kesatuan Soviet. Komunisme sudah menjadi konsep lemah dan korupse apabila generasi Castro menjumpainya. Namun, dia dan golongan mutakhir sangatlah bermusuh terhadap rejim Batista dan terhadap kepentingan-kepentingan imperialis yang masih menguasai ekonomi Kuba. Jika Komunisme tidak lagi mewakili politik tentangan anti-imperialis, alternatif-nya merupakan sejenis nasionalisme radikal yang ditawarkan oleh Directorio Revolicionario (Direktorat Revolusioner Pelajar) yang, dari beberapa segi, mengekalkan dan mewakili wawasan revolusioner dari tahun 1933. Ia mengajukan tindakan secara langsung dan konfrontasi bersenjata dengan kerajaan. Oleh kerana itu, ia berusaha secara sulit. Pada tahun 1948, Castro terlibat dalam pengembaraan aneh yang menjadi petanda bagi aktiviti masa depannya. Dengan sekumpulan pelajar yang kecil, dia mengatur latihan ketenteraan di sebuah teluk terpulau di Karibean. Tujuannya adalah untuk bersedia demi serangan bersenjata terhadap Republik Dominika, yang pada masa itu ditindas oleh pemerintahan diktator Trujillo selama 30 tahun.35 Serangan itu tidak berlaku projek tersebut berubah menjadi siri kesilapan dan kesalah-fahaman, dan akhirnya tidak membawa kesan. Di Havana semula, Fidel terlibat dengan parti Ortodoxo yang diketuai oleh Eduardo Chibas, seorang tokoh radio terkenal dan calon bagi pilihanraya Kongres tahun 1952. Pada akhir tahun 1951, Chibas membunuh diri semasa rancangan radio, semasa bantahan yang jelasnya tidak mengikuti rancangan. Tidak lama selepas itu, Batista melancarkan rampasan kuasa dan menghapuskan proses pilihanraya, seperti yang dijangka oleh orang ramai. Tindakan awalnya selepas merampas kuasa menjadi petanda bagi masa depan: dia mengharamkan parti-parti politik, memenuhi kerajaan dengan kroni-kroni dan melancarkan kempen penindasan. Bagi Castro, ini hanya membuktikan apa yang sudah dipercayainya bahawa proses demokratik tidak dapat membawa perubahan, dan hanya tindakan kumpulankumpulan kecil lagi yakin dapat merampas kuasa dari rejim-rejim diktator. Serangan Moncada merupakan tindakan pertama bagi strategi baru ini. Dihadapkan dengan makhamah kerana serangan tersebut, Castro enggan meminta maaf. Ucapan panjangnya dari makhamah (walaupun agak pendek mengikut tarafnya selepas itu) mengumumkan bahawa sejarah akan memaafkannya. Ia digunakan sebagai sesuatu manifesto bagi kumpulan yang dia bakal menubuhkan dua tahun selepas itu, apabila dia dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan. Untuk mengingati serangan Moncada, kumpulan tersebut dinamakan Gerakan 26hb Julai (M-26-J). Matlamatnya merupakan penumbangan bersenjata rejim Batista dan pembinaan sebuah negara merdeka:

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Kami diajar bahawa anda tidak patut merungut demi kebebasan; ia dimenangi dengan kapak dalam tangan. Jos Mart berkata, Insan yang memathui undang-undang tidak adil dan membenarkan sesiapa untuk memijak tanahairnya bukanlah insan berhomat. Saya tidak menakuti penjara, sebagaimana saya tidak menakuti kezaliman seorang pemerintah yang merampas nyawa 70 komrad saya di Moncada. Kutuklah saya. Ia bukanlah penting. Sejarah akan memaafkan saya.36 Dengan kata-kata ini dari makhamah, Castro meletakkan dirinya di pusat kehidupan politik Kuba dan mengubah kekalahan menjadi sesuatu jenis kejayaan moral. Bahagian lain daripada ucapannya hanyalah kenyataan seorang nasionalis radikal. Ia menuntut kemerdekaan ekonomi dan politik tulin dari pengaruh luar, dan mengutuk Batista. Namun, secara paradoks, dalam pelbagai cara ia merupakan kenyataan semula matlamat-matlamat dan tujuan pemberontakan yang Batista telah memimpin pada tahun 1934. Pihak Komunis Kuba tidak tertarik. Castro merupakan seorang pemimpin pelajar yang terikat dengan idea konfrontasi bersenjata dengan kerajaan, dia mengutuk tradisi Komunis dan tidak mempunyai pengalaman mahupun hubungan dengan perjuangan kelas pekerja. Mereka tidak memercayainya, dan dia sendiri sangat bermusuh dengan sebuah parti yang dikotori oleh perlibatan panjang dengan seorang diktator. Hasil daripada itu, Castro enggan mendekati idea-idea sosialisme dan meragui idea bahawa pekerja mungkin berada di pusat apa-apa proses perubahan sosial. Directorio masih wujud. Pada tahun 1957, ahli-ahlinya mencuba membunuh Batista di Istana Kebangsaan. Tetapi semua ahli kumpulan itu dibunuh, termasuk pemimpin berwibawa mereka, Jos Antonio Echavarria, lalu meninggalkan Castro tanpa pesaing bagi kepimpinan gerakan bersenjata. Dua tahun selepas pemenjaraannya, Castro dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan. Apa yang ironik adalah bahawa, sambil Fidel dan adiknya Ral dilepaskan berserta dengan ahli-ahli kumpulan mereka yang lain, tidak terdapatnya pengampunan bagi ahli-ahli Komunis. Mungkin penasihat-penasihat AS di sebalik Batista tidak melihat Castro sebagai ancaman. Walau apa pun, Castro kekal di Kuba selama beberapa minggu sambil Ral berpindah ke Meksiko untuk bersedia demi ketibaan abangnya. D universiti, Ral telah membaca karya-karya Marxsis klasik dan berhubung dengan pihak Komunis. Sejak itu, di menjadi hubungan di antara Parti Komunis dan kepimpinan Gerakan 26hb Julai, jambatan di antara dua kumpulan yang meragui satu sama lain. Dia melarikan diri ke Kuba selepas dia dikutuk oleh kerajaan Batista sebagai orang yang bertanggungjawab bagi siri letupan di Havana. Di Meksiko, Che Guevara terlibat dengan kumpulan yang menjemput Ral: Ral berucap mengenai kepercayaan pada abangnya dan pendapat peribadinya, mengulangi pandangan Ernesto, bahawa di Kuba dan seluruh kawasan itu, kuasa dapat diraih bukannya melalui pilihanraya, tetapi hanya melalui peperangan. Dengan sokongan popular, seseorang dapat merampas kuasa dan kemudian mengubah masyarakat dari kapitalisme menuju sosialisme.37 Perbincangan ini agak menarik. Kerana Ral, meskipin latarbelakangnya dalam bacaan Marxsisme, jelasnya tidak berkongsi kebanyakan idea-idea Marxsisme yang asas diajukan oleh Lenin dan Marx bahawa revolusi mestilah menjadi tindakan kelas pekerja sendiri. Sosialisme melibatkan pemahaman kuasa yang sangat berbeza. Apabila Marx menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat revolusioner, dia mengajukan sejenis demokrasi yang sangat berbeza, di mana majoriti dalam masyarakat, golongan yang menghasilkan kekayaan, akan menjadi pentadbirnya.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Bagi Ral dan Fidel, perubahan hanya dapat dicapai melalui tindakan bersenjata oleh sebuah minoriti. Mereka, dan bukannya kelas pekerja, akan menjadi subjek dalam proses perubahan ini. Cara pemahaman ini mengenai maksud menjadi seorang revolusioner mencerminkan latarbelakang kelas menengah kumpulan tersebut tetapi lebih-lebih lagi, ia mendedahkan jurang politik di antara mereka dan para pekerja. Projek mereka meramalkan sebuah kerajaan bebas yang dapat meluluskan perubahan dalam masyarakat dari atas. Dalam proses ini, alat utama bukanlah pertubuhan-pertubuhan rakyat atau kuasa pekerja, tetapi senjata yang dipegang oleh pihak revolusioner. Kuasa-kuasa politik kurang penting daripada kuasa senjata. Che dipengaruhi oleh perdebatan ini kerana ia seiras denan kesimpulan yang dia menyemai dari pengalamannya di Guatemala. Ia merupakan kepercayaan ini yang membawa Che dan Ral bersama. Dua minggu selepas itu, pada 7hb atau 8hb Julai, Che berjumpa dengan Fidel. Dia kembali ke rumah dalam keadaan ghairah. ico memang betul, dia memberitahu Hilda. Fidel Castro akan mencipta revolusi. Dua tahun selepas itu, dia menjelaskan kepada seorang wartawan Argentina: Saya melihat Fidel sebagai seseorang yang luarbiasa. Dia memilik kepercayaan nekad bahawa, selepas dia memulakan perjalanan ke Kuba, dia akan tiba di sana, dan apabila dia tiba di sana dia akan berjuang, dan dia akan menang. Saya berkongsi keyakinan dia. Anda perlu bertindak, berjuang, melakukan apa yang anda berkata anda akan melakukan. Anda perlu berhenti menangis dan berjuang.38 Beberapa hari selepas itu, Hilda merekodkan, Che mengambil keputusan untuk menyertai serangan bersenjata Castro ke atas Kuba. Fidel mendakwa bahawa Che lebih mementingkan ideologi, lebih jelas dalam kepercayaan politiknya, daripada dirinya sendiri. Pihak lain juga bersetuju. Realitinya, saya percaya, mungkin berbeza. Che sendiri menamakan Karl Marx, dengan menyindir, sebagai Wali Charlie. Dia sememangnya membaca karya-karya Marx, walaupun kita tidak diberitahu mengenai tulisan-tulisab Marx yang menarik perhatian Che. Tetapi dia juga menulis rencana mengenai fungsi doktor di Amerika Latin pada masa itu, serta memperkembangkan bebrapa idea dalam bidang rawatan alergi. Pada bulan Ogos, Che berkahwin dengan Hilda Gadea di Tepozotln, sebuah pekan kecil berhampiran dengan Bandar Meksiko yang terkenal kerana tapak-tapak pra-Hispanik. Ral Castro turut hadir, walaupun dia tidak dapat bertindak sebagai saksi rasmi kehadirannya di Meksiko masih dirahsiakan. Dalam surat-surat kepada keluarganya yang mengumumkan perkahwinan tersebut, Che masih menulis mengenai perjalanan yang dia ingin mengikuti ke Eropah, ke Afrika. Hilda sudah hamil dengan anak perempuan mereka, Beatriz. Jelasnya, inilah ketika apabila El Che muncul dari kehidupan Ernesto Guevara. Ia adalah persimpangan yang aneh. Sambil Che sendiri mengumumkan dengan yakin bahawa Wali Charlie [Marx] kini merupakan aksis [kehidupan saya],39 masih tidak terdapatnya bukti dari kajian-kajian pada masa dalam kehidupannya ini bahawa dia menunjukkan kesetiaan kepada pendidikan politik atau bahawa dia sedang mempertimbangkan isu-isu penting dalam sejarah sosialis. Dia masih merupakan seseorang yang rumit dan kadang-kala mengelirukan. Kita sudah melihat bahawa Che berperikemanusiaan dan murah hati dalam pertimbangannya mengenai kaum miskin, kurang bernasib baik dan menderita. Kita sudah melihat bahawa dia penuh dengan tenaga dan keyakinan, bersifat ghairah dan dinamik, dan bahawa semangatnya mempunyai kesan dan menjangkiti orang yang dijumpainya. Namun, anda dapat merasai sesuatu kekecewaan dalam dirinya, sesuatu perasaan bahawa pihak musuh (imperialisme) dikenali dan tugasnya adalah jelas, walaupun diluahkan dalam cara

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
yang sangat abstrak untuk membina sebuah dunia yang lebih baik, untuk mencapai kebebasan dan keadilan. Dari segi politik, ia adalah jelas bahawa simpati Che terletak dengan tradisi Komunis yang dia belum mengenali dengan baik. Dia menyaksikan penumbangan Pern di Argentina pada bulan September 1955 secara berjauhan, walaupun dia agak risau dengan keganasan yang mengikuti penumbangan Pern. Ia bukanlah Argentina tetapi pengalamannya di Guatemala yang menjadi pengaruh penting bagi Che. Dia menarik kesimpulan bahawa tindakan merupakan kunci kepada segalagalanya. Seperti yang Fidel berkata selepas itu: Pada hari-hari di Meksiko itu, kami tidak membincangkan teori revolusioner. Apa yang kami membincangkan hanyalah perjuangan menentang Batista, rancangan untuk bertolak ke Kuba, memulakan perang gerila... Ia merupakan semangat perjuangan Che, sebagai insan yang bertindak, yang membawanya untuk menyertai saya dalam perjuangan.40 Inilah yang menarik Fidel dan Che kepada satu sama lain sesuatu keberanian cuai, keinginan bertindak, dan kepercayaan kukuh bahawa kejayaan atau kekalahan sesuatu revolusi bergantung secara eksklusif kepada keyakinan dan latihan sebuah kumpulan revolusioner yang kecil. Mereka berdua merupakan hasil zaman mereka. Tradisi sosialis revolusioner yang berkaitan dengan parti-parti Komunis sudah lama diperkecil-kecilkan melalui hubungan mereka dengan rejim-rejim di Eropah Timur yang zalim. Di Amerika Latin, kesediaan pihak Komunis untuk berkompromi dengan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan sayap kanan mengosongkan segala makna Marxsisme. Ia hanyalah beberapa tahun selepas itu41 apabila topeng mula dilepaskan oleh Stalinisme dan apabila parti-parti Komunis yang mempertahankan Stalinisme mula melepaskan genggaman mereka pada permilikan tradisi sosialis. Sementara itu, sebuah generasi revolusioner baru memandang ke arah lain demi politik mereka.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com VI. 82 Lelaki dan Sebuah Kapal Laut


Sekurang-kurangnya buat seketika, kehidupan dua lelaki tersebut dihubungkan dengan rapat. Mereka memiliki pelbagai persamaan, namun mereka juga sangat berbeza. Walau dengan betapa abstrak, kesetiaan Che adalah kepada perubahan sosial. Malah pada masa itu, apabila pendidikan politiknya masih berada pada tahap awal, Che mengajukan sebuah jenis masyarakat yang berbeza. Dari satu segi, idea-ideanya mengenai perihal ini mungkin lebih jelas dilauhkan dalam perbincangannya mengenai peranan doktor sebagai hamba kaum paling miskin dalam masyarakat dan sifat anti-imperialisme yang umum. Bertentangan dengan Fidel, dia kadang-kala menggambarkan dirinya sebagai seorang komunis, walaupun dia kurang jelas mengenai maknanya. Castro jelasnya merupakan seorang ahli politik yang mengidamkan kuasa. Fidel tidak sabar dengan perdebatan politik dan meragui sosialisme yang dia kemudiannya mewakili bagi ramai orang. Dia juga yakin akan kedudukannya dalam sejarah ucapannya dari makhamah tidak meninggalkan raung bagi keraguan mengenai itu. Dari segi politik juga, Fidel dan Che sangat berbeza. Fidel merupakan seorang nasionalis dengan rancangan politik yang dihadkan kepada lima tuntutan berkenaan dengan reformasi tanah, pengakhiran korupse dan pendirian semula perlembagaan tahun 1940. Sokongan bagi polisi-polisi ini bukan sahaja berasal dari pekerja dan petani, tetapi juga dari beberapa pedagang yang membantu Castro secara kewangan. Ia merupakan sokongan ini yang membolehkannya membeli sebuah kapal laut bernama Granma, dan membiayai kem-kem latihan gerila berdekatan dengan Chalco di Meksiko. Guevara, dalam tangan sebelah, menggambarkan dirinya sebagai seorang revolusioner dan seorang komunis. Namun, tidak terdapatnya pertikaian mengenai pusat kuasa dalam Gerakan 26hb Julai. Castro merupakan pemimpinnya yang tidak bertanding. Ramai penulis telah menjelaskan atau merasionalisasikan hubungan di antara mereka ini: Kedua-dua mereka merupakan anak dari keluarga besar dan sangat manja; cuai mengenai wajah mereka; menggemari hubungan seksual, tetapi bagi siapa hubungan peribadi ditakluki oleh matlamat peribadi. Kedua-dua mereka dipenuhi oleh makismo Latin; mereka percaya akan kelemahan kaum perempuan, mengutuk golongan homoseksual dan mengagumi lelaki berani yang bertindak.42 Castro dengan laju menyedari kualiti-kualiti Che semangatnya, kesetiaannya dan keghairahannya. Menjelang akhir tahun 1955, ia menjadi jelas bahawa Castro ingin memberikan Che sesuatu peranan besar dalam persediaan bagi Revolusi Kuba, tetapi ia akan dihadkan kepada latihan dan tugas-tugas praktikal. Dari segi politik, Fidel dan Che masih sangat berjauhan. Namun, Che tidak mencabar atau berdebat dengan Fidel. Mungkin ia merupakan karisma Fidel yang menyebabkan ini. Fidel sememangnya merupakan seseorang yang berkuasa dan berwibawa. Che menakluki dirinya kepada Fidel. Dia menghormati lelaki yang bersemangat dan yakin akan takdirnya itu. Dan sememangnya, Che terlibat dalam serangan asing. Dia tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Kuba, dan menerima penjelasan dan pentafsiran Fidel. Dia jelasnya juga kagum dengan kumpulan yang dipimpin oleh Fidel. Ral Castro sudah membawa kesan besar pada diri Che, dan seorang pemimpin gerakan tersebut di kawasan bandar, Frank Pas, juga menarik perhatian Che. (Walaupun ia tidak jelas jika mereka berjumpa semasa lawatan Pas ke Meksiko, mereka telah berjumpa pada tahun 1957, tidak lama sebelum kematian Pas). Pas bakal menjadi tokoh penting dalam Gerakan 26hb Julai, sebagai pengatur gerakan di bandar. Dia berusaha untuk meyakinkan Fidel agar tidak melancarkan serangan, kerana pertubuhan bandar belum cukup berpengaruh. Walaupun seorang pemimpin yang baik, Pas

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
seorang cikgy muda merupakan seorang ahli baru dalam kumpulan tersebut. Akhirnya, Castro meyakinkannya mengenai kepentingan serangan itu. Jos Antonio Echevarria, seorang lagi pemimpin Directorio, merupakan seorang tokoh penting sehingga kematiannya semasa usaha membunuh Batista pada tahun 1957. Namun, Castro sangat meragui keganasan bandar yang digunakan oleh kumpulan tersebut dan malah mengutuk pembunuhan salah seorang pengatur perkhidmatan keselamatan Batista. Berhadapan dengan fakta bahawa Fidel sedang merancangkan perang gerila, ini mungkin kelihatan aneh. Dalam tangan sebelah, Echevarria merupakan seorang pesaing politik baginya, dan Castro enggan berkongsi kepimpinan kuasa bersenjatanya.43 Beberapa ahli sejarah44 telah menambah kepada senarai pengunjung ke koloni Kuba di Meksiko beberapa nama tokoh-tokoh dari Parti Komunis. Tujuan mereka adalah untuk menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam rancangan Castro. Realitinya adalah bahawa mereka mengunjungi Castro untuk memaksanya menggugurkan rancangan tersebut dan menerima kepimpinan mereka. Kata-kata kritikal mereka mengenai Castro selepas itu mencadangkan bahawa dia menafikan permintaan mereka seperti yang dapat diramalkan dari seseorang yang angkuh, bercita-cita dan bersifat anti-Komunis. Pada hujung tahun 1955, kumpulan kecil itu memulakan latihan fizikal. Pada mulanya, ini melibatkan perjalanan panjang melalui jalan besar 17 batu Insurgentes yang melalui Bandar Meksiko. Kemudian, kumpulan itu mencuba mendaki gunung berapi Popocatpetl di luar bandar tersebut. Oleh kerana debu yang menyelimuti gunung tersebut, ia merupakan pendakian susah dan penyakit asma Che menghalangnya daripada mencapai puncaknya. Tetapi dia terus berusaha. Terdapatnya fotograf yang menunjukkan kumpulan tersebut berperahu pada sebuah tasik di taman Chapultepec. Pada bulan Februari, mereka memulakan latihan sasaran di sebuah pusat menembak luar bandar. Pada 26hb Februari, anak perempuan Che, Hilda Beatriz, dilahirkan. Pada ketika itu, Alberto Bayo menyertai kumpulan tersebut. Dia pernah menjadi seorang kolonel dalam tentera Republikan semasa Perang Saudara Spanyol, dan merupakan seorang hubungan kekeluargaan Fidel. Dia bersetuju untuk membantu kumpulan tersebut dalam latihan mereka, dan menyewa sebuah ladang kecil berdekatan dengan Chalco demi tujuan tersebut.45 Aktiviti-aktiviti mereka berterusan selama sebulan. Pada pertengahan bulan Jun, polis Meksiko menahan Castro dan beberapa ahli lain, dan kem Chalco dibubarkan. Tidak lama selepas itu, Che juga ditahan. Ia adalah susah untuk membayangkan bagaimana kumpulan aneh di Chalco itu dapat menjadi, dalam masa kurang daripada enam bulan, sebuah angkatan tentera revolusioner atau sekurang-kurangnya nukleus bagi tentera seperti itu. Namun, ia adalah pada mingguminggu itu, semasa latihan yang agak amatur, yang Ernesto Guevara menjadi El Che, seorang doktor ekspedisi. Malah cara bertuturnya mula berubah sambil dia menggunakan pelat Kuba dan karenah Karibean.46 Dia mula membawa tulisan-tulisan Marxsis dengan lebih sistematik, walaupun dia masih menulis syair-syair kewiraan yang penuh dengan rujukan kepada pengorbanan dan keberanian. Namun, dalam konteks kumpulan ini, dia semakin bangkit sebagai seorang ahli politik. Taibo merekodkan perbincangan di kem tersebut, yang mendedahkan betapa luasnya idea-idea dan sikap yang terdapat di kalangan mereka yang berada di bawah payung Gerakan 26hb Julai: Ia agak mudah, dia berkaya. Kami perlu memberikan tamparan pertama. Itulah cara Batista merampas kuasa dalam sehari, kini kami perlu melakukannya untuk menyingkirkan Batista. Apa yang penting adalah rampasan kuasa. Saya berkata bahawa kami perlu membuat gerakan mengikut dasar prinsip, bahawa benda penting adalah untuk menyedari apa yang kami akan melakukan dengan kuasa.47

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Lelaki yang Che berbincang dengan itu akhirnya meninggalkan kumpulan tersebut tetapi dia merupakan seorang pengikut Castro semasa serangan Moncada, dan maka bukannya berucap demi dirinya sahaja. Apabila Che menjumpai dirinya dalam penjara dengan pihak Kuba itu, ia kelihatan logikal bahawa dia patut berada di sana walaupun dia juga memberitahu Fidel agar tidak merisaukan diri dengannya, bahawa dia tidak mahu usaha melepaskannya dari penjara untuk mengancam rancangan mereka. Tetapi Fidel berjaya melepaskannya dan Che berasa kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh tindakan tersebut. Pada bulan Julai, dia menulis kepada ibubapanya untuk berkata: Masa depan saya kini terikat dengan revolusi Kuba. Saya akan berjaya dengannya, atau meninggal dunia dalam usaha itu.48 Masa depan mereka sudah ditentukan. Latihan, walaupun singkat dan terhad, sudah berakhir. Pada bulan September, Fidel membeli sebuah kapal laut usang, Granma, dari seorang penghijrah Amerika bagi $40,000. Wang itu diberikan oleh sumber yang kurang baik Pro Socarrs, presiden korupse dan zalim yang ditumbangkan oleh Batista.49 Tetapi adakah Che sedar mengenai ini? Kemungkinan besar tidak. Pada masa itu, dia merupakan seorang pelarian, seorang pendatang tanpa izin, kerana gagal meninggalkan Meksiko dalam masa sepuluh hari selepas meninggalkan penjara. Berpindah-randah di antara tempat perlindungan, dia agak terkejut apabila Fidel memanggilnya dan ahli-ahli lain di merata negara untuk berkumpul pada 22hb November di sebuah rumah di Tuxpan, di Teluk Meksiko. Pada malam 24hb November, 82 orang berkumpul pada Granma. Kesemua sukarelawan tidak dapat menyertai serangan itu. Kapal laut tersebut terlalu kecil dan usang, dan cuaca malam itu kurang baik. Ia hujan dengan lebat, dan angin kuat menimpa kawasan perairan dan terus meniup selama tiga hari semasa perjalanan 80 batu mereka. Mereka bertolak pada 1.30 pagi seterusnya dengan sunyi anda hanya dapat mendengar salakan anjing, Faustino Prez, mengingati. Tiga hari itu menjadi tujuh. Kapal kecil tersebut dan pasukannya ditiup mengikuti jalan yang salah oleh angin kuat. Kemudian, pada pagi 2hb Disember 1956, mereka dapat melihat darat. Ia merupakan sesuatu tempat bernama Belic. Mereka berada dua kilometer dari pantai yang diharapkan oleh mereka. Dan ketibaan mereka sudah dijangka. Seperti yang dijanjikan, Frank Pas telah mengatur kebangkitan di bandar Santiago pada 30hb November, diatur untuk berlaku pada masa yang sama dengan ketibaan Granma. Sekumpulan 27 lelaki bersenjata, buat kali pertama memakai lambang-lambang Gerakan 27hb Julai, bertandang ke jalanraya pada waktu subuh. Pada petang itu, mereka menarik diri, selepas sembilan daripada anggota mereka dibunuh. Penindasan kejam mengikuti. Lebihlebih lagi, kuasa-kuasa Batista sudah diberikan amaran. Polis perairan dikuatkuasakan dan angkatan tentera bersedia di kawasan pantai. Perjalanan Granma menemui kegagalan besar. Kapal tersebut terlalu kecil dan tidak selamat bagi sebuah kumpulan seramai 82 orang. Kebanyakan mereka mengalami kesakitan laut dan tidak terdapatnya ubat yang Che dapat mengagihkan. Dia sendiri mengalami kesakitan dia tertinggal ubat penyakit asma semasa persediaan menaiki kapal tersebut dan penyakit itu melumpuhkannya. Celia Snchez menunggu dengan senjata dan ahli-ahli lain di tempat yang dijanjikan. Selepas dua hari, dia menganggap bahawa rancangan itu dibatalkan, lalu meninggalkan kawasan tersebut. Apabila ekspedisi tersebut tiba, mereka mendapati bahawa kawasan Belic sebenarnya merupakan kawasan paya bakau. Mereka berpisah menjadi dua kumpulan, dan

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
berusaha melalui lorong-lorong berliku paya bakau. Kapal-kapal penyerang menembak ke arah kawasan mereka sepanjang dua hari perjalanan itu, sebelum dua kumpulan itu bersatu semula. Mereka semya letih apabila mereka tiba di sebuah kebun tebu di Alegra del Po. Pembantu mereka, seorang petani tempatan, melarikan diri sambil pihak gerila itu berehat di tepi kebun. Pada pukul 4.30 petang, angkatan tentera menyerang dengan sokongan tentera udara. Che menggambarkan keadaan tenat mereka pada masa itu: Semasa pertempuran bersenjata di Alegra del Po, seorang komrad menjatuhkan kotak peluru di kaki saya- ia terlalu lambat bagi peluru, saya berkata... Buat kali pertama, saya menghadapi dilema memilih di antara dedikasi saya kepada bidang perubatan dan tugas saya sebagai seorang askar revolusioner. Di kaki saya terdapat sebuah kotak perubatan dan sebuah kotak peluru. Kedua-duanya terlalu berat untuk diangkat. Saya memilih untuk mengangkat peluru... Kemudian saya merasai pukulan hebat pada dada saya. Saya pasti saya sudah meninggal dunia. Dalam diari-nya, Che berkata, Saya kehilangan harapan selama beberapa minit. Ketika itu tidak diterbitkan dalam Ingatan: Almeida mendesak saya untuk bergerak. Kapal-kapal ringan berterbang di udara. Adegan itu sungguh menjijikkan seorang gerilero mencuba bersembunyi di sebalik dahan tebu, seorang lagi mendesak kami berdiam diri berhadapan dengan keriuhan... Apabila kami tiba di sesuatu hutan kecil, kami berjalan kaki sehingga waktu malam, kemudian tidur bersama. Kami diserang nyamuk, diseksa oleh kedahagaan dan dikejami oleh kelaparan. Ini merupakan baptisme api Tentera Pemberontak pada 5hb Disember 1956.50 Beberapa hari seterusnya seolah-olah mimpi ngeri. Mereka yang masih hidup berkeliaran di kawasan desa sambil dikejar angkatan tentera. Kumpulan Che seramai lima orang terus bergerak mereka hanya mempunyai sedikit air atau makanan. Mereka berasa, dia berkata, seperti tikus dalam perangkap. Pada 13hb Disember, seorang petani bersimpati menjemput mereka dan mereka memendamkan kelaparan buat kali pertama dalam masa lebih seminggu tetapi mereka terlalu memendamkan kelaparan. Setiap satu dalam kumpulan mereka (kini terdapatnya lapan orang) dijangkiti penyakit. Sedikit demi sedikit, mereka mendapat tahu apa yang telah berlaku, walaupun maklumat susah diperolehi. Beberapa ahli dari kumpulan Granma dibunuh semasa pertempuran awal atau selepas penahanan mereka. Beberapa berjaya melarikan diri, termasuk Fidel. Daripada 82 orang yang menaiki Granma, hanya 19 masih hidup. Lapan orang lagi bakal menyertai mereka kemudian. Dalam adegan menarik, buku paling terkenal mengenai kempen gerila tersebut dan permulaannya yang kurang baik adalah Dua Belas Orang oleh Carlos Franqui.51 Mengapa dua belas? Ia adalah mustahil untuk mengetepikan unsur-unsur keagamaan, serta mitos yang dikaitkan dengan ahli-ahli revolusioner itu. Buku itu diterbitkan selepas kejayaan revolusi Kuba (1960). Ia memberitahu kita bagaimana Castro menginginkan dirinya dilihat di Kuba baru, sebagaimana dengan peristiwa-peristiwa semasa perang gerila tersebut. Pada 21hb Disember, kumpulan Che bersatu semula dengan Fidel. Tetapi ia bukanlah perjumpaan gembira. Fidel sangat marah kerana kumpulan Che kehilangan semua senjata mereka. Ia merupakan reaksi kurang sopan, dan Che dihampakan olehnya, terutama sekali selepas Castro mengambil pistolnya dan menggantikannya dengan senapang usang pemaluan yang dimaksudkan. Namun, kehormatan Che yang disakiti tidak merosakkan kesetiaannya terhadap Fidel. Ia merupakan contoh makismo degil Fidel. Tetapi ia mungkin juga merupakan cara menyembunyikan kegagalan rancangan serangan pertama.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Ketibaan Granma merupakan kegagalan besar, dan pemberontakan Santiago, walaupun berani, merupakan tindakan terpulau dan minoriti. Gerakan 26hb Julai memiliki penyokong dan penaruh simpati di seluruh pulau Kuba, tetapi mereka tidak mempunyai hubungan dengan kesatuan-kesatuan pekerja atau pertubuhan-pertubuhan lain di luar bulatan mereka. Namun, Fidel mungkin mengharapkan sesuatu kebangkitan umum oleh rakyat. Kini, sisasisa kumpulannya mula mendirikan semula hubungan dengan Celia Snchez dan penyokong-penyokong lain. Namun, ia jelas bahawa strategi bagi perang gerila berlanjutan perlu diutarakan. Mana-mana kumpulan gerila (atau foko, seperti yang dihuraikan oleh Che) dapat hidup tanpa sokongan gerakan bandar. Hubungan di antara gunung (sierra) dan dataran (llano) berada di hati perdebatan-perdebatan politik yang mengikuti pada tahun-tahun seterusnya paling sekali, dalam perdebatan mengenai bahagian yang perlu memimpin gerakan tersebut. Namun, buat masa itu, kumpulan tersebut berjaya melalui Tahun Baru 1957. Fidel ingin meninggalkan tanda dan menunjukkan dengan cara besar bahawa mereka berjaya menyemalatkan nyawa selepas ketibaan Granma. Pada 17hb Januari, peluangnya muncul. Chicho Osorio merupakan seorang tuan politik tempatan yang terkenal. Menjumpai diri mereka pada ladangnya, pihak gerila itu menyerang pengawal-pengawal Osorio dan membunuh Osorio yang dibenci itu. Ia bukanlah operasi yang berlaku dengan sempurna. Pin pada dua bom tangan gagal dipelaskan, dan bahan letupan lain tidak berjaya diletupkan. Namun demikian, pihak gerila itu masih hidup dan membuat kenyataan pertama. Dari segi retrospek, manual-manual Che memberikan impresi keputusan taktik yang sempurna.52 Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu pasukan yang dilatih atau diatur dengan baik. Pada tahap ini, peristiwa-peristiwa sedang berlaku dengan tidak terkawal, dan kebanyakan kejayaan mereka disebabkan oleh nasib baik.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com VII. La Sierra y el Llano: Gunung dan Dataran


Kumpulan itu terus bergerak, dikejar oleh angkatan tentera. Pada tahap ini, kerisauan utama Che merupakan aktiviti penasihat, atau chivatos, yang memberikan angkatan tentera maklumat mengenai gerak-geri kumpulan gerila tersebut. Aktiviti mereka memaksa pihak gerila tersebut terus bergerak dan sentiasa menghadapkan mereka dengan kebahayaan, dan Che sangat membencikan mereka. Semasa konfrontasi dengan tentera Batista beberapa hari selepas itu, Che membunuh buat kali pertama. Mendengar bahawa seorang yang melarikan diri dari kumpulan mereka telah diseksa dan dibunuh oleh angkatan tentera, Che mengulas bahawa ia sedih tetapi memberi pelajaran.53 Apabila Eutimio Guerra, yang menganiayi kumpulan itu, ditangkap, ia merupakan Che yang membunuhnya dengan tembakan pistol. Tulisannya mengenai pembunuhan tersebut dipenuhi dengan sesuatu keghairan moral, tetapi dia tidak meluahkan kesakitan hati mahupun rasa kesal. Segalanya menunjukkan bahawa Che sedang mengalami perubahan-perubahan psikologi penting: Ernesto Che Guevara kini sedang berperang, mencuba mereka sesuatu revolusi, hasil daripada lompatan kepercayaan.54 Pemuda yang cuai kini menjadi lebih gigih, lebih berani dan berdisiplin, yakin bahawa sebuah pasukan perjuangan perlu menyemai disiplin dalaman tegas. Walaupun dia mengamalkan peraturan tegas pada dirinya sendiri, ketegasan dan tumpuan pada regimentasi dalaman ini dapat ditafsir dalam dua cara. Antara ia merupakan bukti kelemahan pasukan ini yang bergantung, akhirnya, pada petani-petani terpulau dengan tradisi politik lemah, atau ia merupakan tanda tekanan Che pada kualiti-kualiti ketenteraan dan bukannya keyakinan politik dalam tentera gerila. Anderson menggambarkannya sebagai sesuatu Calvinisme, sesuatu wawasan dunia hitam-putih yang tidak dapat menerima perubahan pendapat atau kekaburan, tidak dapat menerima seseorang yang duduk di atas pagar. Walaupun Che sudah menduduki tempat penting dalam arena ketenteraan, dia belum menjadi sebahagian daripada kepimpinan politik Gerakan 26hb Julai. Diari dan tulisannya dari fasa perjuangan ini bertalun dengan semangat moral dan tekanan pada keberanian dan pengorbanan. Bertentangan dengan itu, dia tidak merujuk kepada gerakan lebih luas pada pulau tersebut mahupun kepada persoalan-persoalan strategik yang ia perlu menghadapi. Dia tidak mempunyai hubungan bebas dengan unsur-unsur pembangkang yang lain kecuali melalui Fidel dan Ral, dan dia tidak menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai hubungan dan ketegangan rumit dalam gerakan tersebut. Realitinya adalah bahawa dalam wawasan Che mengenai perang revolusioner sesuatu peperangan yang diutarakan oleh golongan revolusioner bagi pihak rakyat keadaan gerakan pekerja atau tentangan di kawasan bandar bukanlah isu penting. Dalam pandangan Che, hati perjuangan berada dalam perjuangan gerila di kawasan pergunungan la sierra. Apabila sejarah perjuangan-perjuangan pra-revolusioner ditulis selepas tahun 1959, kepentingan pergunungan dianggap sebagai isu utama. Namun, pada minggu-minggu awal 1957, apabila pihak gerila masih merupakan kumpulan yang terurai, dikejar dan diburu oleh angkatan tentera, sesuatu pertempuran politik dalam gerakan tersebut sudah bermula di bawah permukaan. Pada satu tahap, perdebatan tersebut menyoal siapakah yang patut memimpin gerakan itu pihak gerila di bawah Fidel, atau gerakan bandar, atau Directorio, atau pihak Komunis. Lebih penting lagi, ia menyoal siapakah yang patut menerajui perang gerila sememangnya, siapakah pihak gerila, di samping sebuah kumpulan kecil yang tiba dari kapal Granma? Adakah tentera gerila sebuah militia kelas pekerja, terdiri daripada pekerja yang bersenjata dan teratur? Adakah ia merupakan kuasa yang menarik bersama pekerja-pekerja pertanian (dan di Kuba, ini bermakna, secara umumnya, pemotong tebu) dan petani kecil untuk

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
berjuang di kawasan desa? Di sini, Che dan Fidel berada dalam persetujuan, walaupun demi sebab-sebab yang berbeza. Perang gerila tersebut bakal diperjuangkan di kawasan Sierra Maestra, sesuatu kawasan pergunungan di mana askar Batista dihadkan dalam gerakan mereka dan dalam balasan mereka terhadap tindakan gerila. Para penghuni kawasan tersebut secara umumnya merupakan petani miskin yang terpulau dan yang berjauhan, dari segi fizikal dan sosial, dari pusat-pusat tindakan kolektif di kawasan bandar atau ladang-ladang besar. Mereka sememangnya membencikan rejim Batista, yang bagi mereka mewakili kuasa ahli-ahli politik tempatan dan kerajaan pusat yang tidak menawarkan mereka sokongan padu. Dalam tangan sebelah, apabila ia menjadi jelas, mereka sama sekali tidak diyakinkan secara automatik oleh kumpulan gerila tersebut dan seringkali menakuti tindakan balas kerajaan jika hubungan mereka dengan pihak pemberontakan didedahkan. Dari segi lain, perdebatan mengenai fokus perjuangan pada llano iaitu, kawasan dataran, tetapi juga merujuk kepada kawasan bandar atau sierra, sebenarnya merupakan perdebatan mengenai pihak yang patut memimpin perjuangan menentang Batista. Sesuatu rancangan demi merampas kuasa sememangnya mengandungi, dalam satu benttuk atau bentuk yang lain, benih-benih sesuatu jenis masyarakat lain yang akan bangkit apabila dan jika kuasa dirampas. Berita bahawa seorang wartawan Amerika, Herbert Matthews, yang bekerja dengan majalah Life, ingin menemuramah Fidel berlaku pada masa baik dan Fidel menggunakan peluang tersebut dengan penuh. Masa temuramah tersebut, pada bulan Februari 1957, berlaku pada masa yang sama dengan perjumpaan pertama di antara direktorat Gerakan 26hb Julai dan Fidel sejak pendaratan Granma. Realitinya adalah bahawa Fidel mungkin hanya mempunyai 17 pejuang gerila pada masa itu. Sambil kehadiran mereka di kawasan pergunungan merupakan pengetahuan umum, kesan ketenteraan mereka bukanlah besar. Di kawasan bandar, M-26-J memiliki sedikit sokongban, tetapi kegagalan kebangkitan di Santiago hanya tiga bulan sebelum itu mendedahkan betapa kecilnya gerakan tersebut dan betapa ia bergantung kepada para pelajar. Ia belum berjaya, pada masa itu, untuk memenangi sokongan di kalangan pertubuhan-pertubuhan pekerja.55 Pada pagi 17hb Februari, Herbert Matthews dibawa ke kem Fidel. Persediaan rapi dibuat untuk memberikan Matthews impresi yang baik mengenai Gerakan 26hb Julai. Misalnya, semasa temuramah tersebut, seorang pejuang menyampaikan mesej dari sebuah kolum gerila (yang palsu). Fidel juga enggan memberikan gerakan tersebut apa-apa label politik. Apabila wartawan tersebut bertanya jika Fidel merupakan seorang anti-imperialis, Fidel mengelakkan soalan tersebut. Matthews dikagumkan: Karenah lelaki itu sungguh mempengaruhi. Ia adalah mudah untuk melihat bahawa penyokongnya memuja dirinya dan juha untuk melihat mengapa dia telah menangkap imaginasi pemuda-pemudi Kuba di seluruh pulau tersebut... Rancangannya adalah kabur dan diutarakan dari segi umum, tetapi ia dapat disamakan dengan rancangan baru bagi Kuba, sesuatu rancangan radikal, demokratik dan maka anti-Komunis.56 Ia merupakan serangan publisiti yang baik menentang Batista, yang telah mengumumkan kematian Castro dan penghancuran tentera gerila beberapa kali pada hari-hari sebelumnya. Earl T. Smith, duta AS dan sekutu Batista, sememangnya marah dengan laporan-laporan Life. Ia seolah-olah menunjukkan sokongan yang semakin lemah bagi sahabat-sahabat kepentingan AS di Kuba.57

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Che tidak hadir semasa temuramah Matthews dan tidak sedar bagaimana Fidel ingin menggunakan ketika tersebut. Ini mungkin menghairankan, kerana peranan penting yang Che bakal memainkan dalam revolusi sebelum dan selepas penumbangan Batista. Dan dia sememangnya merupakan doktor ekspedisi tersebut fungsi yang penting. Dalam tangan sebelah, dia bukanlaj seorang ahli direktorat kebangsaan. Mungkin dia masih membayar bagi apa yang Fidel menganggap sebagai kesilapan penting di Alegra del Po? Penjelasan yang lebih munasabah mungkin dijumpai dalam persimpangan politik di mana M-26-J kini menjumpai dirinya, sesuatu persimpangan di mana Fidel ingin membuktikan kepimpinannya ke atas revolusi tersebut. Che merekodkan dalam diari-nya bahawa ia adalah pada masa ini yang dia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin utama dalam Gerakan 26hb Julai58 buat kali pertama peguam Armando Hart, Frank Pas, Hayde Santamara, yang menyertai serangan Moncada dengan abangnya (yang dibunuh semasa serangan tersebut),59 Vilma Espn, bakal isteri Ral Castro, dan juga Celia Snchez. Kesemua mereka berasal dari gerakan pelajar. Dalam diari-nya yang belum diterbitkan, Che meluahkan kerisauan dengan latarbelakang kelas menengah mereka. Dia juga terkejut dengan wawasan politik terhadap kebanyakan daripada mereka. Mereka bersifat anti-Komunis dan nasionalis tetapi bukannya sosialis atau revolusioner.60 Perjumpaan direktorat kebangsaan berterusan sehingga hari seterusnya. Frank Pas menyokong pembinaan gerakan perjuangan di bandar dan mencadangkan agar Fidel menyusuli temuramah Matthews dengan lawatan perpaduan di luar Kuba. Faustino Prez menyokong pembukaan medan pertempuran kedua di Escambray. Ia bukanlah mustahil juga bahawa Ral sedang membina hubungannya dengan pihak Komunis dan mungkin menyokong perkembangan hubungan-hubungan ini sebagai sesuatu yang penting. Matthews memang tepat mengenai karenah Castro yang karismatik. Menjelang akhir perjumpaan direktorat tersebut, Fidel telah mengajukan wawasan politik peribadi. Pembinaan tentera pemberontak akan diberikan keutamaan, dan laungan akan disuarakan demi penubuhan sesuatu pemberontakan awam yang akan berfungsi sebagai sokongan bagi pejuang gerila, dari segi materialis dan dengan tindakan-tindakan sabotaj. Manifesto Fidel mendakwa bahawa tentera pemberontak semakin membesar ini tidaklah betul. Sebenarnya, hukuman zalim yang dikenakan ke atas sesiapa yang membantu tentera gerila memulaukan tentera tersebut daripada petani tempatan. Namun, imbangan politik dalam pemberontakan tersebut semakin menyebelahi Castro selepas mesyuarat tersebut, dan tidak menyebelahi wakil-wakil bandar seperti Carlos Franqui, iaitu penyunting jurnal Revolucin (pihak yang Che menyifatkan sebagai anti-Komunis). Apabila Franqui menerbitkan sesuatu manifesto pada hujung bulan Februari yang menggambarkan gerakan tersebut sebagai demokratik, nasionalis dan sosialis, Castro dengan laju menafikan gambaran tersebut. Franqui juga meluahkan kerisauannya pada masa itu bahawa Fidel semakin menjadi seorang ketua tanpa cabaran seorang caudillo dalam bahawa politik Amerika Latin.61 Peristiwa-peristiwa pada awal bulan Mac mengukuhkan struktur-struktur kepimpinan. Pada 13hb Mac, kegagalan usaha membunuh Batista menghancurkan Directorio, dan kematian pemimpinnya, Echevarra, menyingkirkan cabaran terbesar terhadap sokongan Castro di kalangan pelajar dan pemuda. Fidel menarik diri ke kawasan Sierra Maestra. Che memulakan perjalanan tersebut dengan Fidel, tetapi menjelang akhir bulan Februari, penyakit asma semakin melumpuhkannya. Keputusan diambil bahawa dia patut menunggu ahli-ahli baru dari kawasan bandar, serta bekalan adrenalin yang baru. Tentera pemberontak tersebut kini mencapai 80 ahli. Jelasnya, temuramah Matthew yang baru sahaja diterbitkan, dan yang mengutarakan kontroversi, bertindak sebagai sarjan keahlian. Begitu juga dengan penumbangan Directorio. Lebih-lebih lagi, Frank Pas dan Armando Hart, ketua-ketua utama dari gerakan bandar, dipenjarakan selepas kegagalan melepaskan bom di Camaguey.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Apabila kumpulan-kumpulan Che dan Fidel berjumpa sekali lagi, Fidel mengkritik Che kerana gagal menaklukan ahli-ahli bandar yang baru dan pemimpin mereka, Sots, di bawah arahan Che. Meskipun usaha Ral untuk meyakinkan abangnya bahawa Che patut diberikan peranan politik yang penting, Fidel mengetepikannya sekali lagi. Namun, Che tidak membantah. Dalam dunia wira dan keyakinan moral serbe berubah yang didiami olehnya, setiap pengamalan arahan Fidel mengutarakan kehormatan baru dalam diri Che. Bertentangan dengan itu, dia sangatlah kritikal terhadap pejuang-pejuang bandar dari Directorio. Mungkin Anderson adalah tepat untuk mencadangkan bahawa bagi Che, yang sehingga itu merupakan seorang individualis radikal, apa yang penting pada ketika ini adalah kumpulannya, persahabatan sekumpulan pemberontak. Walaupun Che sedang memperkembangkan pandangan politik umum, ia juga jelas bahawa pentafsirannya mengenai peristiwa-peristiwa merupakan pentafsiran moral. Tanda ukurannya adalah kesetiaan, keberanian, ketulusan dan kesediaan teknikal. Dia tidak memiliki kelicikan dan kemampuan menyesuaikan diri yang menandakan kerjaya politik Fidel. Namun, kesan kualiti-kualiti peribadi Che pada orang lain membangkitkan balasan yang sama dari mereka. Walaupun Fidel bersikap angkuh terhadapnya, komrad-komradnya yang lain sangat menyayangi doktor Argentina yang menghisap rokok agar mengelak digigit nyamuk, dan yang janggutnya (kini diwajibkan bagi ahli revolusioner) tidak pernah melepasi tahap nipis. Namun, ia adalah jelas bahawa Che dan Fidel bersetuju mengenai taktik yang kini patut diikuti oleh tentera gerila tersebut. Dalam buku panduannya bagi ahli gerila Perjuangan Gerila Che mengutarakan konsep propaganda bersenjata. Tindakan-tindakan tentera pemberontak, di tempat pertama, bukanlah direka untuk mencapai kejayaan ketenteraan serta-merta, tetapi sebaliknya untuk melemahkan dan melumpuhkan semangat kuasa-kuasa kerajaan dengan mendedahkan kelemahan mereka. Sememangnya, sifat lain daripada taktik ini adalah penghormatan dan penyanjungan kejayaan-kejayaan pihak pemberontak penciptaan mitos kekuatan, dan gerak-geri bijak lagi sesuai. Jika pihak pemberontak ingin memunasabahkan reputasi mereka, sesuatu tindakan bersenjata kini diperlukan. Pada 28hb Mei, enam pemberontak dibunuh semasa serangan ke atas berek tentera di Uvero. Pada suatu ketika, Che, yang merasakan bahawa serangan itu tidak akan berjaya, berdiri dan berlari sambil menembak senapangnya, lalu bersuara, Kami mesti berjaya. Tindakan kurang bijak dan sifat spontan ini memenangi kehormatan dan pengesahan Fidel. Che dibenarkan mengetuai perjalanan pihak yang tercedera, sambil Fidel sekali lagi menarik diri ke kawasan pergunungan. Kumpulan Che bergerak dengan sangat perlahan-lahan, dan penduduk tempatan kurang yakin untuk membantu gerila yang tercedera. Apabila Fidel dan Che berjumpa sekali lagi pada 17hb Julai, Che terpaksa berhadapan dengan realiti buruk. Sekali lagi, pragmatisme Castro bercanggah dengan idealisme dan keyakinan yang memberikan Che semangat untuk berjuang. Sambil Che bergerak dengan perlahan-lahan, Fidel sedang berbincang dengan dua wakil dari parti Ortodoxo lama, yang dia pernah menyertai. Salah seorang daripada mereka merupakan Ral Chibas, abang Eduardo yang telah meninggal dunia; yang satu lagi adalah Felipe Pazos, bekas gabenor Bank Nasional Kuba. Sebenarnya, Castro sudah menandatangani dan menerbitkan perjanjian dengan mereka sebelum pilihanraya presiden tahun 1958. Ia merupakan perjanjian dengan sesuatu kumpulan ahli politik sayap kanan. Che tidak memercayai prima donna gerakan itu, dan dengan betul dia meragui perlibatan mereka dengan Gerakan. Mereka sememangnya menentang Batista, tetapi bagi sebab-sebab oportunistik tersendiri. Mereka tidak dapat dianggap sebagai sekutu politik sesuatu gerakan revolusioner, sekurang-kurangnya tidak selepas ketika itu. Diari Che merekodkan perbincangan-perbincangan panjang dengan Fidel, yang meyakinkannya bahawa dia ingin menghasilkan sesuatu dokumen militan benar yang dihalang oleh otak-otak zaman batu

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
ini.62 Akhirnya, Che diyakinkan. Tetapi kini, bukannya buat kali pertama atau terakhir, pragmatisme dan idealisme bercanggah. Realitinya adalah bahawa Gerakan tersebut di kawasan bandar telah mengalami siri kekalahan. Carlos Franqui dipenjarakan dan, dari rangkaian bandar, hanya Celia masih bebas selepas pemenjaraan Pas dan Hart. Dalam masa beberapa minggu, pemimpin Gerakan 26hb Julai di kawasan bandar, Frank Pas, telah meninggal dunia. Mungkin inilah yang meyakinkan Che untuk menerima apa yang kemudiannya dinamakan Perjanjian Miami dengan Chibas dan Pazos. Dia masih tidak gembira mengenainya. Tetapi sebab-sebabnya bercanggah dari beberapa segi. Sambil dia menentang, dari segi prinsio, apaapa perjanjian dengan ahli politik korupse atau liberal, dia juga terkejut dengan kesediaan Fidel untuk mengabaikan benda-benda penting dalam rancangan agar menggembirakan mereka. Syarat reformasi pertanian, misalnya, kini digubah untuk meliputi hak gantirugi bagi tuan-tuan tanah konsesi jelas kepada sekutu-sekutu Fidel yang baru. Che cukup mengenali karenah para petani untuk memahami bahawa ini tidak dapat memenangi sokongan mereka. Dalam tangan sebelah, dia menyamakan politik bandar (llano) dengan reformisme dan politik gerila di pergunungan (sierra) dengan revolusi. Che berucap mengenai bandar seperti sesuatu kawasan yang tidak dapat dibezakan. Sebenarnya, penafian perjuangan bandar olehnya mengetepikan kesatuan-kesatuan pekerja dan juga para pekerja. Namun, sierra bukanlah sama dengan desa Kuba, di mana sebuah kelas petani dan pekerja pertanian mungkin dilihat sebagai dasar alternatif bagi gerakan revolusioner. Bahagian-bahagian masyarakat Kuba ini juga menetap di kawasan dataran (llano). Che (dan Fidel) memaksudkan kawasan Sierra Maesta yang lebih terpencil sesuai bagi strategi pemburuan ketenteraan, tetapi bukannya kawasan di mana penduduknya yang tersurai dan terpulau dapat membina sebuah gerakan sosial. Strategi yang Che dan Fidel memiliki bersama mengutarakan sesuatu perang gerila yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan pejuang geril yang kecil, dan bukannya oleh rakyat yang mereka mendakwa diri mereka menyokong. Selepas pembunuhan Pas, Che mula bersurat dengan Daniel (Ren Lamos Latour), yang menafikan dengan marah pandangan lemah Che mengenai pertempuran di kawasan dataran. Bagi Che, ia merupakan ahli revolusoner yang membina revolusi dalam nama dan bagi pihak rakyat. Daniel membalas bahawa, walaupun usaha di bandar tidak menawarkan peluang-peluang kewiraan, mereka yang menyokong pihak gerila di kawasan bandar tidak kurang berani. Tetapi dia tidak mencabar pandangan Che dari segi politik. Terdapatnya sebab-sebab jelas dalam latarbelakang Che untuk menjelaskan penyingkiran kelas pekerja dan petani kecil kepada kedudukan menyokong gerila. Sememangnya, ia merupakan salah satu titik persetujuan di antara Fidel dan dirinya apabila mereka berjumpa di Meksiko. Permusuhan Fidel terhadap tradisi politik sosialis yang berakar dalam kuasa pekerja adalah jelas dan didokumentasi dengan baik (Che menggambarkannya sebagai antiKomunisme). Maka dalam satu tangan, Che meletakkan dirinya bersama dengan Ral Castro (pemimpin yang paling rapat dari Gerakan 26hb Julai dengan Parti Komunis) dalam kritikannya terhadap Perjanjian Miami. Dalam tangan sebelah, alternatifnya merupakan idealisme revolusioner dan ketulusan moral, dan bukannya usaha dengan kuasa-kuasa sosial lebih luas yang dapat membina revolusi. Dia masih menghormati dan menyanjung Fidel kerana sebab itu. Pada 21hb Julai, Che akhirnya dijadikan komadante walaupun kenaikan pangkat tersebut dicemar oleh fakta bahawa Ral dijatuhkan pangkat menjadi leftenan bagi sebab-sebab yang kurang jelas, tetapi yang mungkin disebabkan oleh percanggahannya dengan Perjanjian Miami. Mungkin Fidel sedang mengatur semula buah-buah catur pada papan permainan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Kini terdapatnya petanda bahawa Washington sedang bergerak menentang sekutu lama mereka, Batista di mana kerajaannya yang zalim dan korupse jelas menjadi semakin memalukan, terutama sekali apabila alternatif politik mendapat wajah awam. Duta AS yang baru, Earl Smith, yang pernah menyokong Batista, kini membuat rujukan awam kepada penyeksaan oleh polis semasa kunjungannya ke seluruh pulau tersebut. Dan CIA membuka hubungan dengan pihak pembangkang. Pegawai-pegawai reformis dalam angkatan tentera laut, misalnya, sedang merancangkan rampasan kuasa di pelabuhan Cienfeugos, untuk berlaku seiras dengan tindakan-tindakan serupa oleh pihak pembangkan dalam angkatan tentera darat dan udara. CIA menjanjikan bantuan jika itu berlaku. Lebih-lebih lagi, apa yang mengejutkan Che adalah bahawa Gerakan 26hb Julai juga berhubung dengan CIA. Frank Pas, sebelum kematiannya, telah berbincang dengan Fidel mengenai kemungkinan berjumpa dengan ejen-ejen CIA, dan wang sudah diterima oleh Gerakan tersebut dari agensi-agensi kerajaan AS. Pas juga mencadangkan struktur baru bagi Gerakan tersebut, yang akan memberikan setiap kawasan aktiviti perwakilan yang sama dalam kepimpinan. Namun, Fidel menganggap dirinya sebagai pemimpin tunggal dalam tentangan terhadap Batista tentangan yang jelasnya sedang bertumbuh pada beberapa medan. Serangan Cienfuegos berlaku pada 5hb September 1957. Tetapi kebangkitan seiras yang dijangka di Havana dan Santiago tidak berlaku dan Batista memusatkan kuasanya untuk menghancurkan pemberontakan tersebut. Penindasannya sangatlah kejam. Lebih kurang 300 ahli konspirasi dibunuh, dan ramai daripada mereka diseksa terlebih dahulu.63 Balasan Batista sangatlah kejam sehingga beberapa daripada mereka di Washington melihatkan sebagai seseorang yang melemahkan kedudukan mereka. Kesan penindasan Cienfuegos dan kematian Frank Pas mengesahkan Fidel sebagai pemimpin pemberontakan tersebut. Apakah pendirian Che pada ketika ini? Perdebatan dengan Daniel memberikan jawapan jelas. Che bukan sahaja merupakan seorang gerila dan pengatur ketenteraan yang setia dia juga merupakan seorang pemimpin politik Gerakan 26hb Julai, di mana pandangan dan kepercayaannya bertumbuh sieras dengan Fidel. Tetapi dia resah dengan perjanjian dan gerak-geri Castro dengan ahli-ahli politik sayap kanan, CIA dan Mafia Miami dan dia meluahkan keresahannya dalam diari-dairinya.64 Dia sudah meluahkan kegementarannya dengan pihak anti-Komunis dalam M-26-J. Namun, pihak ini berasal dari latarbelakang yang sama, dari segi politik, seperti Fidel dan berkongsi permusuhan yang sama terhadap Parti Komunis Kuba yang korupse dan tercemar. Menjelang masa ini, Che menganggap dirinya sebagai seorang Marxsis, dan memberikan pendidikan Marxsisme asas kepada rekrut-rekrut baru yang dia melatih. Ini sememangnya merapatkannya dengan Ral Castro, yang, di antara kesemya pemimpin Gerakan, paling rapat dengan pihak Komunis. Namun, Che juga mengkritik sesuatu Komunisme yang telah menganiayai prinsip-prinsip paling asas dan ketegangan ini akan menjadi lebih jelas sambil, pada tahun 1960-an, percanggahan dan penganiayaan Komunisme rasmi di Eropah Timur didedahkan. Dalam bidang politik serta kesetiaan revolusioner, Che sangatlah gagah. Tetapi baginya, alat perubahan revolusioner merupakan tentera pemberontak, dan caranya adalah melalui perang gerila. Maka, buku panduan Che bagi pejuang-pejuang pergunungan, iaitu Perang Gerila, bukan hanya sesuatu dokumen logistik atau ketenteraan ia juga merupakan dokumen politik. Ia memperdebatkan bahawa perang revolusioner dapat dimenangi atau dikalahkan mengikuti tahap persediaan teknikal, kepandaian ketenteraan, dan paling sekali, disiplin dalam sel revolusioner atau foko. Ini menjelaskan fakta mengejutkan bahawa Che sangatlah tegas dengan pengikut-pengikutnya dan dengan sesiapa yang mengancam tujuan mereka, dengan sengaja atau tidak. Dia membunuh pemberi maklumat dan sesiapa yang melarikan diri, tetapi juga bersifay murah hati dengan tentera musuh. Ini merupakan balasan yang hanya dapat bangkit dari kos kehormatan ketenteraan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Che memandang ke arah gerakan pekerja, pelajar dan pemberontak untuk menyokong dan membekalkan pihak gerila. Dia kini menggambarkan dirinya sebagai seorang Marxsis. Tetapi bagi Marx, revolusi merupakan ketika apabila kelas pekerja mencapai pembebasannya sendiri melalui tindakan kolektif. Ini tidak dapat dilihat dalam pandangan Che atau dalam tulisan-tulisan politiknya sebagaimana ia tidak dapat dilihat dalam ucapan atau manifesto politik Castro.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com VIII. Perarakan Pendek Ke Havana


Pada bulan September, Guevara mendirikan kem tetap di El Hombrito. Ia memiliki bilik persenjataan yang kecil, bengkel membuat cerut dan pemancar radio yang mula berkumandang pada bulan Februari 1958. Che menggambatkan tapak di bawah kawalan gerila sebagai zon bebas dan melukis gambar kehidupan utopia di sana. Rekrut-rekrut muda di bawah Che secara umumnya diraih dari kawasan sekeliling, dan sangat baru kepada idea-idea Marxsis yang Che merumuskan bagi mereka semasa seminar-seminar tertentu. Sememangnya, Che dan Fidel seolah-olah mencadangkan bahawa idea-idea ini tidak wujud dalam budaya politik Kuba, tetapi ini sebenarnya menyingkirkan pengaruh Komunis dan sosialis revolusioner lain dengan perlibatan lama dalam bidang politik Kuba.65 Menjelang akhir tahun 1957, pihak gerila dan kerajaan Kuba telah mencapai tahap tidak tentu. Dia medan pertempuran baru telah didirikan, walaupun realitinya adalah kurang menarik daripada retorik. Medan-medan tersebut terdiri daripada kumpulan-kumpulan gerila kecil yang didirikan untuk memulakan akumulasi kuasa-kuasa. Secara umumnya, angkatan tentera telah menjauhkan diri daripada kawasan pergunungan. Pentafsiran Guevara bagi tahun 195766 sangatlah positif (sebagaimana dengan pentafsiran Fidel): Menjelang akhir tahun pertama dalam perjuangan, sesuatu kebangkitan umum di seluruh negara semakin menonjol di kaki langit.67 Dia, saya berpendapat, menokok-tambah untuk memberi kesan besar. Tidak dapat dinafikan bahawa tentera gerila tersebut meninggalkan tanda dan telah memenangi simpati majoriti rakyat Kuba. Kezaliman Batista dan penindasan terhadap sesiapa yang mungkin menyokong Gerakan tersebut hanya memenanginya lebih ramai musuh dan keengganan Washington untuk mencampur tangan. Rekrut-rekrut baru semakin menyertai pihak gerila di kawasan pergunungan. Dalam tangan sebelah, gerakan bandar telah mengalami kekalahan mendalam lagi besar, bermula dengan pemubunuhan Frank Pas dan kegagalan kebangkitan Camaguey. Perdebatan-perdebatan di antara Che dan Daniel68 juga mencerminkan perdebatab dalaman yang telah bangkit dalam usaha untuk memahami jurang di antara dua pengalaman tersebut. Dalam pandangan Che, gerakan di kawasan bandar telah gagal, dan ini memunasabahkan strategi yang dia dan Fidel mengajukan, yang memberikan fokus kepada perjuangan bersenjata. Apabila dia menggambarkan kehidupan di zon-zon bebas, dia berusaha untuk menunjukkan bagaimana orang di sana telah berubah dan perubahan dalam pandangan Che bermula dengan perlibatan dalam perjuangan bersenjata. Maka, dia dapat berkata, misalnya: Saya pernah memberitahu seorang pemimpin PSP, yang kemudiannya mengulangi kata-kata saya sebagai penyifatan tepat mengenai zaman tersebut: Anda dapat membina kader-kader yang dapat mengalami penyeksaan paling zalim dengan sunyi di penjara, tetapi anda tidak dapat membina kader yang dapat menyerbu sarang senapang automatik.69 Pada setiap waktu, tekanan Che adalah pada kesetiaan dan keyakinan ahli-ahli revolusioner. Tidak terdapatnya kajian mengenai kuasa-kusa sosial, tidak terdapatnya perbincangan mengenai cara membina sebuah gerakan besar atau mengenai hubungan di antara tentera pemberontak dan gerakan yang lebih luas. Akhirnya, kawasan pergunungan merupakan lokasi ketenteraan. Politik iaitu dataran sentiasa tertakluk kepada kawasan pergunungan. Bagi pihak sosialis revolusioner, sesuatu proses revolusioner adalah proses di mana orang terlibat secara langsung dalam pembentukan takdir mereka, dan ia adalah pengalaman menjadi seorang ejen aktif yang akan membentukkan masyarakat baru sosialis- yang akan bangkit. Sosialisme bukanlah berkaitan dengan perubahan pemimpin, tetapi sebaliknya

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
berkaitan dengan pembinaan masyarakat baru berdasarkan nilai-nilai berbeza (pengeluaran demi keperluan dan bukannya keuntungan, misalnya). Ia melibatkan pandangan yang sangat berbeza mengenai makna demokrasi perlibatan seharian secara langsung dalam pembentukan masyarakat dan bukannya undi jarang bagi seseorang ahli politik. Pada awal tahun 1958, Che dan Fidel masih bergelut dalam perjuangan politik sengit berkenaan cara perang revolusioner patut diperjuangkan. Apa yang mungkin menakjubkan kerana keraguan Fidel adalah bahawa hubungan dengan Parti Komunis Kuba semakin membunga dan terdapat hubungan rapat di antara bandar dan pergunungan. Beberapa ahli Komunis penting menyertai tentera pemberontak, dan hubungan di antara pertubuhanpertubuhan mereka menjadi semakin erat. Ini mencerminkan kemerosotan hubungan di antara pihak Komunis dan Gerakan 26hb Julai di kawasan bandar. Ia adalah jelas bahawa sokongan baru PSP bagi pihak gerila lebih berkaitan dengan keinginan untuk membesarkan jurang di antara dua bahagian Gerakan tersebut. Pada bulan Mac 1958, gereja Katolik membiayai inisiatif kedamaian dan makhamah kelihatan seperti bersedia untuk menghukum samseng Batista. Diktator itu membalas dengan menundakan pilihanraya yang patut diadakan pada bulan Jun dan melancarkan ombak penindasan baru. Gerakan tersebut membalas dengan tuntutan demi perang menyeluruh menentang rejim tersebut bermula dengan permogokan umum pada 9hb April. Ia merupakan kegagalan besar. Kesatuan-kesatuan pekerja tidak bergerak dan PSP, diketepikan oleh kepimpinan Gerakan di bandar, tidak menyokong usaha tersebut. Selepas kegagalan tersebut, Gerakan 26hb Julau membuat perubahan politik penting. Pada 3hb Mei, direktorat kebangsaan berjumpa di Sierra Maestra. Melaporkan selepas itu, Che berkata: Mesyuarat itu membincangkan dan memberi pendapat mengenai dua konsep yang telah bercanggah dengan satu sama lain sepanjang tahap terdahulu dalam perang. Konsep gerila bakal muncul sebagai pemenang dari mesyuarat itu. Kedudukan dan kekuasaan Fidel dikukuhkan.70 Ia bukan sahaja kekuasaan yang kini dipusatkan dalam tangan Fidel, dengan sokongan tanpa persoalan Che. Struktur gerakan tresebut juga kini dibentukkan oleh perjuangan ketenteraan. Bagi pihaknya, Che telah tiba pada kesimpulan-kesimpulan yang dia kemudiannya memperkembangkan dalam Perang Gerila. Pertama sekali, bahawa seesuatu tentera popular dapat memenangi perjuangan ketenteraan menentang tentera biasa. Kedua, bahawa dalam keadaan-keadaan khusus Amerika Latin, ia adalah kaum petani miskin yang merupakan kelas paling revolusioner dan bukannya pekerja yang teratur dalam industri atau pertanian. Ketiga, bahawa keadaan-keadaan bagi revolusi tidak perlu wujud sebelum perjuangan bermula foko revolusioner dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut.71 Idea-idea Che bakal membawa kesan yang dia tidak dapat membayangkan. Ia bakal membentukkan perjuangan masa depat bagi sebuah generasi revolusioner muda di Amerika Latin dalam cara yang membawa pengaruh buruk dan berjangka masa panjang. Dari satu segi, Che sedang bereaksi menentang sesuatu gradualisme pesimistik yang dia melihat dalam ahli-ahli sosialis lain konsep bahawa keadaan-keadaan objektif perlu wujud sebelum perubahan dalam dicapai, seolah-olah ahli revolusioner tidak mempunyai pernaan dalam usaha membangkitkan keadaan-keadaan tersebut. Namun, dalam mengenalpasti petani miskin sebagai kumpulan sosial utama dalam revolusi, Che sedang menolak idea utama Marxsisme bahawa ia hanyalah kuasa kelas pekerja teratur yang dapat membawa revolusi sosial. Beberapa negara di Amerika Latin masih dikuasai oleh pengeluaran pertanian berskala kecil dan perdebatan bahawa kaum petani merupakan kelas revolusioner masih mempunyai pengaruh dalam keadaan-keadaan itu. Tetapi seperti negaranya sendiri,

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Argentina, atau Meksiko dia mana Che telah meluangkan masa Kuba terkandung dalam ekkonomi antarabangsa sebagai pengeluar gula dan sudah mengalami pertumbuhan kawasan bandar. Konsep revolusi Che hanya mengakui peranan mereka yang mendukung senjata dan berjuang. Hanya merekalah yang menjadi pelakon revolusioner. Bagaimana pula dengan pekerja bandar, pelajar, penduduk di bandar-bandar kecil? Tugas mereka hanyalah untuk membekalkan dan menyokong tentera pemberontak. Dan jika itulah cara revolusi akan dibina, ia juga adalah cara bagaimana masyarakat yang bangkit dari revolusi akan dibina. Ahli-ahli revolusioner akan berkuasa dan majoriti akan menawarkan sokongan kepada mereka yang berjuang bagi pihak rakyat. Dalam struktur ketenteraan, tidak terdapatnya demokrasi mahupun pendedahan kedua-duanya dapat membawa malapetaka dalam konteks ketenteraan. Tetapi dalam sesuatu masyarakat, ketidak-hadirannya dapat membawa kesusahan. Walaupun Fidel dan Che tidak mengetahuinya pada masa itu, menjelang bulan Mei, rejim Batista semakin kehilangan sokongan dari tuan-tuannya di Washington dan semakin mereput dari dalam.72 Sememangnya, kerajaan AS tidak mengalami kesusahan hati kolektif. Kerajaan-kerajaan diktator yang lain di bawah naungan AS masih berkuasa di Nikaragua, Guatemala, Peru dan sebagainya. Ini masih merupakan zaman Perang Dingin di mana setiap gerakan kebebasan, kemerdekaan kebangsaan atau keadilan sosial ditafsir oleh Jabatan Dalam Negara AS sebagai bukti pengaruh Komunis. Tetapi penguasaan AS di rantau tersebut tidak dipersoalkan, hanya kemampuan rejim Batista yang tidak popular untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan AS daripada tentangan luas dan popular. Dan tentangan tersebut semakin bertumbuh. Selepas kegagalan permogokan April, Batista menghantar lebih ramai askar untuk menyerang pihak gerila. Menjelang akhir bulan Mei 1958, 10,000 askar kerajaan telah mengelilingi pihak pemberontak. Meskipun keengganan awam AS untuk menghantar senjata kepada rejim Batista, peluru berpandu AS digunakan dalam serangan udara pada kampung dan pengkalan di kaki bukit. Sepanjang masa ini, Che berada di kem latihan Minas del Fro, menyediakan rekrut-rekrut baru yang kemudiannya menjadi dasar bagi medan pertempuran kedua di kawasan timur. Ia merupakan tugas penting, tetapi mengecewakan bagi Che. Dia berharap untuk mengambil bahagian dalam pertempuran dengan tentera, bersama sahabatnya Camilo Cienfuegos. Tetapi sambil Fidel tidak bergerak dari pusat arahan, Che secara umumnya menjadi timbalan ketua, mengurus rangkaian radio dan komunikasi yang sangat penting. Sambil ia mungkin kelihatan seperti ini merupakan tugas-tugas sekunder semasa konfrontasi, kesan pemberontak tersebut berganda dan menyebar melalui komunikasi ini dengan dunia di luar kawasan pergunungan. Ia membantu mereka impresi pertubuhan yang lebih besar dan berkuasa daripada yang sebenarnya wujud. Apakah realiti kuasa-kuasa pemberontakan pada masa ini? Fidel mempunyai lebih kurang 280 askar bersamanya dengan lebih kurang 50 keping peluru setiap satu. Medan kedua Ral, di Sierra de Cristal, mungkin melibatkan 200 pejuang. Kedua-dua kumpulan ini diserang dan dikelilingi oleh tentera darat Batista dan serangan udara: Kumpulan tersebut bukanlah besar pada mulanya. Seluruh pusat pemberontak itu... sebenarnya hanyalah sesuatu kawasan kecil, beberapa batu persegi. Jarak dari komandansia Fidel sehingga kampung Las Mercedes di medan pertempuran utara adalah 12 kilometer, dan sekolah rekrut di Minas del Fro terletak di antara kedua-duanya. Ke selatan, kurang daripada lapan kilometer dari ibupejabat pemberontak, merupakan kawasan perairan.73

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Dalam serangan itu, percanggahan baru sedang timbul, terutamanya di kalangan rekrutrekrut baru di bawah Che. Beberapa daripada mereka melarikan diri, dan perasaan tidak puas hati meningkatkan dan mewarnai serangan bom ke atas pihak pemberontak itu pada awal bulan Jun. Jika mereka belum bersurai, ia jelasnya disebabkan sebahagian besar kerana kualiti peribadi Che sebagai seorang pemimpin. Dalam satu tangan, dia bertenaga dan berani sehingga agak cuai. Dia jujur dengan pengikutnya, dan jelasnya bersedia melakukan apa yang dia mengarahkan orang lain melakukan. Dalam tangan sebelah, dia tidak menaruh simpati dengan sesiapa yang dia percaya telah menganiayai atau mengancam matlamat mereka. Beberapa pembunuhan berlaku, dan hukuman sangatlah tegas. Seorang pelajar yang menjadi takut dan mencuba melarikan diri dihukum sepuluh hari tanpa makanan. Ketakutan, usaha melarikan diri, kesusahan itu bukanlah susah untuk difahami dalam sebuah pasukan sukarelawan yang sentiasa diserang. Namun, bagi mereka yang mengikutnya, Che Guevara seolah-olah berani mati. Menjelang akhir bulan Jun, angkatan tentera semakin mendekati pusat arahan Fidel di La Plata. Kolum-kolum luar Gerakan 26hb Julai ditarik balik, kecuali kolum Ral di Sierra Cristal. Jumlah mereka yang melarikan diri semakin meningkat dan serangan itu masih berterusan. Tetapi serangan oleh tentera Batista kini memasuki bulan ketiga. Dua pertiga daripada tentera kerajaan askar wajib. Beberapa telah berpindah kepada pihak pemberontak. Mereka yang kekal sudah menjadi letih, ramai pula tercedera dan kawasan yang mereka menduduki dirasai sebagai musuh sebagaimana dengan pemberontak berseragam hijau zaitun yang saling menembak mereka dan bersuara melalui pembesar suara. Keinginan berputus asa merupakan sekutu paling besar bagi pihak pemberontak. Apabila kolum Ral menculik 46 warga Amerika, Fidel tidak gembira. Masa lebih kurang selama seminggu yang diperlukan untuk merundingkan kebebasan mereka merupakan masa berehat bagi pejuang-pejuang Ral. Tetapi ia melemahkan usaha cermat Fidel untuk memenangi sokongan awam AS. Pada awal bulan itu, misalnya, Fidel telah menandatangani perjanjian di Caracas dengan sebuah kumpulan pembangkang Kuba yang lain, tetapi yang tidak meliputi pihak Komunis Kuba. Sebenarnya, terdapatnya beberapa ahli Komunis di kawasan pergunungan itu yang berbincang dengan Fidel pada masa itu, tetapi dia enggan menyebarkan berita ini. Che mendapati ini sangat mengelirukan Fidel tidak berkongsi rancangannya dengan Che. Pada akhir bulan Julai, arus mula berubah. Pihak pemberontak menculik beberapa askar Batista dan menyerang beberapa kompeni askar. Menjelang 7hb Ogos, angkatan tentera itu semakin bergerak atau bersandung keluar dari kawasan pergunungan. Sambil serangan udara baru bermula sekali lagi beberapa hari selepas itu, tentera pemberontak telah berjaya menyelamatkan diri. Ia kini menjadi penting untuk menggunakan peluang baru ini dan meluaskan medan pertempuran dengan membuka medan baru di timur. Tugas ini jatuh kepada Che dan ini bakal menyegarkan kedudukannya sebagai legenda di kalangan pihak pemberontak. Pemilihan Che bagi tugas ini oleh Fidel merupakan tanda kehormatan dan kepercayaan dalam warga Argentina itu. Namun, sambil dua lelaki itu bersetuju sepenuhnya mengenai strategi ketenteraan, dan dalam kewaspadaan mereka akan beberapa ahli gerakan mereka di kawasan bandar, terdapat perbezaan pendapat di antara mereka yang bakal muncul apabila mereka berkuasa. Ini berpusat pada sikap masing-masing terhadap Amerika Syarikat dan pihak Komunis Kuba. Perjanjian Caracas menjadikannya sangat jelas bahawa Fidel melihat jurang yang semakin membesar di antara kerajaan AS dan Batista sebagai faktor penting dalam keadaan itu dan dia menghalang apa-apa usaha yang mungkin membolehkan pihak konservatif di AS untuk menggambarkan Gerakan 26hb Julai sebagai gerakan Komunis. Maka penyingkiran PSP dari Perjanjian Caracas, dan usaha laju Fidel untuk memulangkan tebusan yang diculik oleh Ral. Terdapatnya perdebatan tanpa akhir sejak itu jika Fidel sebenarnya

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
merupakan seorang Komunis sulit yang berpura-pura menjadi seorang nasionalis revolusioner. Realitinya adalah bahawa hubungannya dengan pihak Komunis, pada masa itu dan juga pada masa kerajaan revolusioner, lebih bersifat pragmatik dan bukannya berprinsip. Buat masa yang lama, hubungan itu sangatlah rapuh dan susah. Che, dalam tangan sebelah, sambil sangatlah kritikal terhadap pihak Komunis dari pelbagai segi, menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis. Dia menyokong Kesatuan Soviet dan melihat masa depan Kuba dalam hubungan dengan blok negara-negara Eropah Timur. Namun, sambil revolusi itu berkembang, Che menjadi semakin kritikal terhadap contoh Soviet sambil Fidel menjadi pemimpin dan lambang Komunisme Kuba. Namun, pada masa ini, simpati Che bagi pihak Komunis, berserta dengan kualiti-kualiti peribadinya, merupakan kunci kepada tugas yang Fidel memberikan kepadanya. Ia bukan sahaja penting untuk membuka medan pertempuran baru, Che juga diberikan tugas menyatukan beberapa kumpulan yang memperjuangkan perang gerila tersendiri di kawasan Escambray. Keputusan ini menandakan perubahan dalam taktik ketenteraan. Castro mendakwa bahawa peperangan tersebut kini bergerak dari fasa gerila yang terdiri daripada unit-unit laju yang mendedahkan kelemahan musuh, ke peperangan kedudukan dengan beberapa medan di mana tentera pemerintahan diktator akan diserang. Fidel kini menjadikan laungan Danton, seorang ahli revolusioner Perancis Keberanian, keberanian dan keberanian lagi sebagai laungannya sendiri. Oleh kerana tahap senjata dan pengikutnya, ia merupakan rancangan yang agak bercita-cita. Tetapi unsur utama bukanlah bersifat ketenteraan tetapi politik kekalahan serangan Batista pada Sierra Maestra, pertumbuhan keresahan di kalangan tuantuan politik di Washington, dan rasa tidak puas hati popular dengan korupse dan rejim yang ganas. Di kawasan Oriente, malah kehidupan medan pertempuran kedua di bawah Ral dapat dilihat sebagai sesuatu kejayaan. Fidel kini mengumumkan serangan ke atas seluruh pulau tersebut dan ia merupakan Che yang akan melakukannya. Pada 30hb Ogos 1958, Che bertolak menuju pertengahan pulau tersebut. Komradnya, Camilo Cienfuegos, sudah bertolaj menuju kawasam barat jauh, iaitu Pinar del Rio, dengan 82 anggota untuk membuka medan baru. Che mengikuti dengan 142 anggota dalam kolum-nya. Dia meramalkan bahawa empat hari akan mencukupi untuk tiba di pergunungan Escambray di daerah Las Villas, di kawasan pertengahan. Tetapi malapetaka melanda dari mulamulanya lagi. Bekalan petrol dan dua daripada lori mereka dimusnahkan dalam pertempuran dengan tentera Kuba. Dua lori lagi dimusnahkan semasa ribut yang menenggelamkan lori tersebut. Empat hari itu menjadi perjalanan susah selamsa 42 hari melalui lumpur dan hujan. Semasa perarakan panjang itu, legenda Che Guevara dilahirkan tanpa dapat dinafikan lagi. Kemungkinan besar sesiapa yang tidak memiliki kekuatan peribadi, keyakinan dan kehormatan bagi pengikut-pengikutnya seperti yang dimiliki Che tidak akan menghabisi perarakan panjang ini. Mereka yang mengikuti Che bulan pejuang lama tetapi rekrut muda yang baru, pelajar dan petani, dengan pengalaman minimum. Jika dia membawa mereka melalui 300 kilometer paya dan pergunungan, ia adalah bukti kepimpinan dan contohnya. Tetapi Che juga bersifat degil dia tidak memaafkan kelemahan (ini sudah menjadi jelas bagi rekrut-rekrut di sekolah latihan gerila di Minas) dan dia tidak bersimpati apabila sesiapa yang dia memimpin membuat kesilapan: Dia tidak dapat menerima kesilapan dalam pengikut-pengikutnya: dia menjadi marah, mencela dan menghukum mereka... Kebaikan hati (dan kemurahan hati) Che sentiasa membawanya meminta maaf selepas beberapa jam atau hari. Dan dia tidak pernah meminta dari pengikut-pengikutnya apa-apa yang dia tidak akan mengenakan pada dirinya sendiri.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Tetapi kualiti-kualiti abstrak ini mengganggui orang di dunia benar: orang lain tidak berkongsi perasaan bertakdir, intelek atau keberanian dirinya.74 Namun, terdapat juga mereka yang menghormati kualiti-kualiti itu dan bergantung kepadanya untuk mengatasi keadaan-keadaan susah. Ia menjadikan Che seorang pemimpin ketenteraan yang baik. Dan ia jelasnya adalah cabaran-cabaran ini, tuntutan-tuntutan melampau ini yang membawa perasaan kejayaan paling besar baginya. Ia adalah menarik, misalnya, bahawa diari Che tidak menyebut penyakit asma pada masa ini walaupun keadaannya mungkin menimbulkan penyakit tersebut. Ia seolah-olah letusan adrenalin, keghairahan ketika-ketika ini mencukupi untuk menghindari penyakit asma. Musuh dikenalpasti dengan jelas, keadaannya adalah jelas, komrad-komrad sangatlah berdedikasi; dia berdamai dengan dirinya sendiri dan telah menjumpai bahawa rawatan paling baik bagi penyakit asma adalah... wangi serbuk letupan.75 Bagi Che, ini merupakan peluang pertama untuk meraih kepimpinan secara langsung dan bebas, dengan sokongan Castro sepenuhnya. Kesediannya mengorbankan diri dan keberaniannya bukan sahaja menjamin bahawa dia akan memenuhi tugas penting ini dia juga dapat memenangi sokongan kumpulan-kumpulan lain di kawasan itu. Castro mungkin menokok-tambah apabila menggambarkan tugas itu sebagai serangan. Realitinya adalah bahawa kejayaan paling besar yang dia dapat meramalkan adalah ketibaan di pertengahan pulau tersebut, melepasi pengelilingan daerah Oriente, dan pengasasan kehadiran di kawasan di sekitar ibu negara, iaitu Havana. Ini dicapai oleh Guevara, dan perjalanan itu menjadi lebih dramatik akibat beberapa pengumumnan oleh komander tentera tempatan, Leftenan Kolonel Surez Suquet, bahawa Guevara berjaya ditahan dengan dokumen-dokumen yang membuktikan hubungannya dengan pihak Komunis. Perjalanan ngeri itu berakhir pada 16hb Oktober 1958. Che kini menghadapi dua tugas penting. Yang pertama adalah untuk mendirikan perpaduan di antara kumpulan-kumpulan yang bertelingkah di bukit-bukau Escambray. Yang kedua adalah untuk mengatur dan menggalakkan pemulauan pilihanraya kebangsaan yang dipanggil oleh Batista bagi 3hb November. Pilihanraya itu dipaksa pada diktator tersebut oleh AS, dengan harapan bahawa alternatif borjuasi kepada Batista dapat dijumpai dan dapat memberikan perubahan terhad yang mungkin memuaskan penduduk Kuba yang semakin tidak puas hati. Jika Gerakan 26hb Julai ingin mengekalkan penguasaan politiknya ke atas tentangan terhadap pemerintahan Batista, ia sangatlah penting agar sifat terhad dan palsu pilihanraya tersebut didedahkan. Dalam tugas pertama di atas, Che membuktikan dirinya sebagai seseorang yang mahir dan bebas dari segi politik. Di kalangan kumpulan-kumpulan di Escambray terdapatnya dua unit bertelingkah yang telah muncul dari sayap bandar Gerakan, yang telah berusaha untuk membunuh Batista dua tahun sebelum itu. Tambahan pula, Parti Komunis Kuba memiliki kumpulan tersendiri di kawasan itu. Pihak Komunis merupakan pihak pertama yang berhubung dengan Che, melalui Ovidio Daz Rodrguez yang berusia 26 tahun dan yang memimpin pertubuhan Pemuda Sosialis Las Villas. Reputasi Guevara sangatlah terkenal, dan Ovidio meluahkan keghairahannya apabila berjumpa dengan seseorang yang sudah menjadi lagenda. Dia mendapati bahawa Che sangatlah terbuka dan bersimpati, sebagaimana dengan seseorang kader PSP lain yang dihantar untuk bekerja dengan Che dalam tugas-tugas propaganda dan komunikasi. Che bersimpati dengan Komunisme secara umumnya, tetapi bukannya dengan Parti Komunis Kuba secara khususnya. Dia telah menyerap keraguan Fidel dengan PSP, sesuatu keraguan yang dikongsi oleh kebanyakan ahli Gerakan 26hb Julai, dan terutamanya oleh seorang jurutera muda yang berasal dari Poland, Enrique Oltuski, yang

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
memimpin unit ketenteraan mereka. Dia bersedia untuk bekerja dengan Che, walaupun dia enggan menyokong rancangan Che untuk merompak sebuah bank di bandar Sancti Spiritus. Tetapi dia enggan bekerjasama dengan pihak Komunis. Sambil mencari cara untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang bermusuh ini, Che menydari bahawa tugas yang lebih penting adalah untuk memulakan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan bagi pilihanraya November. Namun, tindakan pertamanya sebagai komander kawasan tersebut adalah untuk mengamalkan undang-undang reformasi pertanian, berikutan undang-undang revolusioner yang sudah diumumkan oleh Castro di Sierra Maesta. Pada tahap ini, ia secara asasnya merupakan kegiatan propaganda, oleh kerana kawasan tanah terhad di bawah kawalan tentera pemberontak. Namun, terdapatnya perselisihan mengenai tahap yang undang-undang ini patut diamalkan. Bagi Castro, reformasi tersebut patut dihadkan kepada pengagihan tanah yang dimiliki oleh Batista dan tanah lain yang tidak digunakan. Che pula berpendapat bahawa reformasi tersebut patut bermakna rampasan ladang-ladang besar, pengendalaan pembayaran sewa dan pengagihan tanah tanpa gantirugi. PSP bersetuju dengannya. Hubungan dengan pihak Komunis masih tegang dan susah. Sememangnya, PSP mengutuk strategi perjuangan bersenjata Gerakan 26hb Julai sebagai strategi pengembaraan. Namun, Fidel jelasnya tertarik dengan pembinaan hubungan dengan pihak Komunis. Adiknya Ral sangatlah rapat dengan pihak Komunis dan, di Escambray, Che sedang bekerjasama dengan mereka. Namun, orang yang paling rapat dengan Fidel sangat meragui gerak-geri ini dan meyakinnya untuk menyingkirkan wakil PSP, Carlos Rafael Rodrguez, dari kem mereka. Che tidak bersetuju, dan apabila serangan pada Guina di Las Villas sedang diatur, PSO bersetuju untuk melibatkan diri sambil Directorio menolak rancangan tersebut. Masih terdapatnya kecemburuan dan persaingan di antara unit-unit tempatan. Guevara enggan menerima keadaan ini. Dia melancarkan diri tindakan berskala kecil sambil kumpulan-kumpulan lain berdiam diri. Dia muncul dengan wawasan sebuah gerakan kebangsaan teratur dan, satu demi satu, dia tiba pada persetujuan dengan kumpulankumpulan berlainan sambil mendesak bahawa dia akan mengekalkan kepimpinan umum. Pada awal bulan Disember, Perjanjian Pedrero menandakan perjanjian dengan Directorio. Jumlah pengundi yang rendah pada pilihanraya 3hb November mengukuhkan keyakinan pihak pemberontak, dan siri kejayaan kecil tetapi penting membara semangat mereka. Hubungan jalanraya dan pengangkutan dipotong, musuh diculik dan senjata dirampas. Pengaturan di kawasan Che dan di antara kolum-kolum Che dan Camilo di kawasan utara di daerah tersebut menemui kejayaan. Dan pada masa ini juga, Guevara menjumpai kekasih baru. Seorang aktivis berusia 22 tahun yang telah mencari perlindungan di El Pedrero, Aleida March bakal menjadi temannya dan melahirkan empat anak mereka. Dari sudut pandangan Batista, pilihanraya November merupakan permulaan tahap terakhir baginya. Hanya 30 peratus daripada penduduk mengundi, dan di beberapa kawasan, kurang daripada 10 peratus membuang undi. Kehadiran Che di pergunungan Escambray sememangnya merupakan faktor penting dalam penolakan pemerintahan diktator Batista. Tetapi sejarah perjuangan yang mewakili Che sebagai pelakon tunggal dalam peristiwaperistiwa ini tidaklah tepat. Realiti-nya adalah bahawa, meskipun kegagalan permogokan April, kumpulan-kumpulan Gerakan 26hb Julai di kawasan pergunungan telah mengekalkan rangkaian sokongan mereka di beberapa bandar dan kawasan desa di pusat pulau tersebut. Para pekerja di sebuah kilang tembakau kecil, misalnya, menjual kuota tembakau mereka dan menghantar wang kepada pihak gerila.76 Unit-unit Directorio Revolucionario, bagi siapa Che menaruh simpati, juga memiliki kehadiran dan kehormatan yang berakar dalam tindakan-tindakan lalu mereka. Castro risau bahawa hubungan-hubungan ini terlalu rapat. Dia sentiasa melihat Directorio sebagai persaingan politik paling sengit, dan maka patut diragui dan dimusuhi. Pada masa

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
yang sama, Fidel jelasnya membuka laluan komunikasi dengan pihak Komunis, meskipun permusuhan pemimpin-pemimpin lain pada direktorat kebangsaan. Permusuhan berpanjdangan di antara Directorio dan PSP hanya dapat melemahkan rundingan-rundingan tersebut. Fidel bersedia untuk duduk di atas pagar di antara dua kumpulan itu. Namun, faktor utama dalam perubahan yang berubah ini adalah faktor objektif. Kegagalan pilihanraya, kejayaan tindakan-tindakan berskala kecil tetapi terkenal di kawasan itu, kezaliman Batista dan alienasi penduduk yang menghasilkannya, telah mempercepatkan penumbangan rejim tersebut terutamanya apabila lebih ramai daripada askar kerajaan enggan berjuang. Ini menjadi jelas sambil pertempuran itu berlanjutan pada bulan Disember dan membawa pihak gerila semakin hampir ke bandar keempat Kuba ibu negeri daerah Las Villas, Santa Clara. Pada 27hb Disember, Che menghampiri bandar itu. Dia dan Fidel menyedari bahawa penumbangan Batista akan ditentukan di sana diktator itu juga menyedarinya. Che kini mengetuai lebih kurang 340 pejuang. Askar Batista berjumlah sekurang-kurang 4,000 orang, dan sebuah keretapi yang dipenuhi dengan senjata sedang menuju ke bandar itu untuk melengkapi kubu di sana. Santa Clara merupakan persimpangan keretapi dan pengangkutan penting di pusat pulau itu ia merupakan, dari satu segi, gerbang ke Havana (walaupun bandar pelabuhan Matanzas terletal di antara Santa Clara dan Havana). Pertempuran selama tiga hari di sana sangatlah pahit dan ngeri. Tetapi pada ketika penting, keretapi tersebut dihantikan di luar bandar itu. Pihak gerila berjaya merosakkan landasan keretapi, dan 22 gerabak keretapi dimusnahkan apabila melintasi landasan rosak itu. Dalam masa yang singkat, askar pada keretapi itu menyerah diri. Ia merupakan hari terakhir pada tahun 1958. Di Havana, rancangan dan kontra-rancangan diajukan untuk menghalang pihak gerila itu. Tetapi penganiayaan, korupse dan pembelotan adalah tabiat yang susah untuk dilepaskan. Batista mengemaskan barangnya dan mengatur rancangannya. Pada lewat malam, dia meminta diri dari jamuan Tahun Baru dan menaiki kapal terbang ke Republik Dominika di mana seorang lagi diktator, Rafael Trujillo, menanti kedatangannya.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com IX. Gerila Berkuasa


Pada Tahun Baru 1959, Kuba bangun kepada masa depan tanpa Batista. Di Santa Clara, milita-militia tempatan mengawal askar yang telah menyerah diri semasa serangan ke atas keretapi bersenjata tersebut. Masih terdapatnya beberapa penembak sasaran di ibupejabat polis penyeka terkenal Batista, yang tidak dapat mencari tempat perlindungan di bandar itu dan beberapa pengawal diktator tersebut yang menguasai hotel pusat. Tetapi selepas tengahari, kubu di bandar itu menyerah diri dan para penduduk membanjiri jalanraya, mengalu-alukan lelaki berjanggut yang bersaragam hijau zaitun (los barbudos). Menjelang pukul enam petang, Santiago di kawasan timur telah tumbang kepada Castro. Pada 2hb Januari, Camilo dan Che mengetuai kolum mereka dalam perjalanan sepanjang 300 kilometer ke Havana. Sepanjang lebuhraya, mereka dialu-alukan dan diberikan tepukan tangan. Pada ketika ini, pada jalan raya ini, Che Guevara menjadi wira, seorang wakil bermistika bagi perjuangan gerila yang berjaya. Namun, apabila kolum pemberontak memasuki Havana pada hari seterusnya, ia diketuai oleh Camilo Cienfuegos. Che tiba beberapa jam selepas itu dengan sebuah kumpulan kecil dan di bawah perlindungan waktu malam. Namun, Camilo sehingga itu telah berfungsi sebagai timbalan Che walaupun kejayaannya di Yaguajay, yang berlaku pada masa yang sama dengan penumbangan Santa Clara, sangatlah penting. Dia lebih muda dan, walaupun seorang tokoh popular, pendiriannya tidak dapat dibandingkan dengan wira dari Argentina itu, di mana stamina, keberanian cuai dan kesediaan mengorbankan diri telah menjadikannya sesuatu lagenda. Arahan bahawa Camilo patut memimpin kolum berjaya diberikan oleh Fidel Castro, yang masih berada di kawasan timur tetapi menguasai strategi keseluruhan. Ia sudah ditunjukkan beberapa kali pada tahun sebelumnya bahawa Che tidak mempersoalkan arahan Castro. Dan ia juga timbul dalam minda Che bahawa dia adalah, akhirnya, seorang pendatang asing tanpa akar di Kuba. Bagi warga Kuba biasa, Che mewakili realiti fizikal perjuangan bersenjata, kualiti-kualiti seorang pejuang, dan bukannya seorang ahli politik. Terdapatnya lebih daripada itu juga. Fidel lebih dari sekali telah meluahkan keresagannya dengan hubungan yang Che telah membina di pergunungan Escambray dengan pejuangpejuang Directorio di bawah Faure Chomn dan dengan PSP. Ia sememangnya merupakan pra-syarat bagi kejayaan ketenteraan. Tetapi mata Fidel terpaku pada persoalan kuasa politik. Bagi dia, ia sangatlah penting agar kejayaan itu dikenalpasti dengan Gerakan 26hb Julai, bahawa pertubuhan yang dia mengetuai patut dikenalpasti sebagai kuasa tunggal di Kuba baru. Apabila Fidel tiba di ibu negara, kurang daripada seminggu selepas itu, dia perlulah tiba sebagai ketua Kuba revolusioner tanpa persaingan. Namun, terdapatnya percanggahan di sini. Profil Gerakan 26hb Julai yang Castro memimpin mencapai tahap tertinggi kerana kejayaan ke atas Batista dilihat sebagai kejayaan ketenteraan. Tetapi Batista jelasnya tidak akan tumbang di bawah pengaruh serangan-serangan gerila sahaja, walaupun perjuangan itu sangatlah berani dan diatur dengan baik. Tuan-tuan diktator itu di Washington telah menarik balik sokongan mereka. Sekatan senjata diamalkan, walaupun Batista dapat menerima senjata dari sumber-sumber lain. Angkatan tentera akhirnya melerai. Ramai di kalangan penduduk menentang dan dijijikkan oleh penindasan dan keganasan rejim tersebut. Dan terdapatnya pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di Kuba di mana para penyokong mereka telah memainkan peranan penting pada hari-hari terakhir itu. Jika Castro menerima ini, penguasaannya sudah pasti akan terjejat dan sebahagian besar daripada penguasaan itu berasal dari peranan yang telah dimainkan oleh Che, terutamanya pada tahap perjuangan terakhir. Maka Fidel memupuk sikap yang agak bercanggah terhadap Che. Dia bersedia untuk menyemai mitos seorang pemimpin ketenteraan yang berani dan gagah, dan untuk menggalakkan penulisan sejarah perjuangan tersebut sebagai sesuatu

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
kempen ketenteraan dengan Che sebagai lambang dan penceritanya. Namun, dia memberikan Che peranan sekunder dalam arena politik paska-revolusioner. Ini adalah kerana masih terdapatnya jeraguan berkenaan dengan tahap persetujuan Che dengan strategi Fidel, terutamanya penyingkiran kuasa-kuasa dengan siapa Che telah bersetuju dan bertindak bersama pada bulan-bulan sebelumnya. Terdapatnya satu pertimbangan lagi. Fidel enggan melakukan apa-apa yang mungkin memunasabahkan campur tangan serta-merta oleh AS. Che kuat bersuara dalam bidang anti-imperialisme, sambil kewaspadaan Fidel dikenali ramai.77 Che bersetuju tanpa bantahan. Apakah yang ini memberitahu kita mengenai sikapnya? Pertama, bahawa Che sangatlah setia dan menerima peranan bawahannya sebagai seorang pendatang asing yang berjuang di Kuba. Kedua, seperti tulisan-tulisannya menunjukkan, Vhe melihat pertimbangan ketenteraan sebagai keutamaan. Dia yakin bahawa ini pertama sekali merupakan kejayaan bersenjata dan maka melihat disiplin dan struktur perintah sebagai keutamaan pertubuhan. Itulah mengapa dia menerima pengumuman Castro bahawa Santiago akan menjadi ibu negara sementara dan mengetepikan diri agar Camillo, pemimpin muda yang membesar di Havana, dapat memimpin perarakan kejayaan dan mengambil kuasa di pusat ketenteraan utama di Kolombia sambil Che di hantar ke kubu Cabaa yang kurang penting di Teluk Havana. Penerimaan tanpa bantahan ini merupakan tindakan yang murah hati dan tidak mengira diri sendiri.78 Anderson bersetuju bahawa Fidel ingin menyingkirkan Che dari cahaya popular walaupun dia menawarkan penjelasan tidak kritikal, berkenaan dengan pandangan antarabangsa terhadap Revolusi Kuba.79 Apabila Che memasuki La Cabaa pada 3hb Januari, dia merujuk kepada askar yang baru sahaja menyerah diri sebagai angkatan neo-kolonialis dan menyindir, Anda dapat menunjukkan kami cara berbaris tetapi kami akan menunjukkan anda cara berjuang. Tugas utama bagi Che adalah untuk bersedia demi ketibaan Fidel, dan untuk mengatur keadilan revolusioner. Sementara itu, Castro sedang bertindak laju untuk membentukkan susunan baru. Kedudukan presiden diberikan kepada seorang ahli politik sederhana, Manual Urrutia. Ia merupakan tindakan yang ditujukan kepada pandangan awam luar negara, tetapi hanyalah petanda palsu. Ahli-ahli kabinet yang lain terdiri sepenuhnya daripada calon-calon Gerakan 26hb Julai. Kepimpinan Directorio, iaitu komrad-komrad seperjuangan Che yang baru, Chomn dan Cubela, menjadi marah. Mereka memasuki Havana dan menduduki istana presiden, sesuatu tindakan yang penting kerana pemimpin dan ahli-ahli militan terbaik mereka dibunuh di sana semasa kegagalan usaha membunuh Batista dua tahun sebelumnya. Ia jatuh kepada Che untuk berbincang dengan mereka dan meyakinkan mereka untuk berpindah ke bangunan yang kurang terkenal. Rombongan Fidel memasuki Havana pada 9hb Januari 1959. Camilo dan Che mengiringnya dalam jip, walaupun gambar paling terkenal dari hari itu menunjukkan Camilo dengan Che, berdiri dan terlibat dalam perbincangan. Apabila Che muncul, dia kelihatan berfikir dan melihat ke arah yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa mindanya mempetimbangkan tugas penting yang Castro telah memberikannya untuk mengatur keadilan revolusioner di La Cabaa. Walaupun ia tidak jelas berapa ramai orang dibunuh pada hari-hari pertama itu, ia mungkinlah 55 (70 lagi dibunuh tanpa bicara oleh Ral di Oriente). Menjelang bulan Mei pada tahun itu, jumlahnya mungkin mencapai 550. Mereka ini merupakan penyeksa, perisik polis, hamba-hamba paling tekun bagi kerajaan polis Batista. Dalam keghairahan dan keriuhan hari-hari revolusioner pertama di Havana, tidak sesiapa berduka-cita akan kematian mereka. Di jalanraya, orang ramai sudah berbalas dendam, diiringi oleh lagu dan tarian dan sesuatu jenis keghairahan umum.80 Sikap kerohanian Che sudah ditunuukkan berkali-kali semasa pemberontakan tersebut, dan dia jelasnya terkejut dengan keghairan dan sifat terbuka bandar itu. Pada masa itu, Havana melambangkan kebebasan dan sifat tidak malu yang dia, seperti kebanyakan askar petaninya yang lain, tidak pernah mengalami. Dia jelasnya merisaukan pengaruhnya pada askar-askarnya, dan oleh kebiasaan mereka untuk menghilangkan diri dalam kedai minuman keras dan rumah

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
pelacuran di bandar pelabuhan itu. Tetapi pengalaman lalu telah menunjukkannya bahawa ia bukanlah baik untuk meletakkan syarat-syarat pada para pejuang yang hampir menemui maut. Sebaliknya, dia memiliki sesuatu upacara perkahwinan beramai-ramai di kubu La Cabaa, lalu mengesahkan seksualiti terbuka askar-askar muda. Gabungan hasrat demi dendam dan keadaan ghairah bukanlah sesuatu yang bercanggah. Sebagaimana orang ramai meraikan kebebasan mereka, maka mereka mengutuk sesiapa yang telah menghadkan dan menyingkirkan kebebasan mereka pada masa yang lalu. Tidak terdapatnya persoalan bahawa mereka yang dibunuh secara umumnya merupakan mereka yang bersalah kerana jenayah terhadap rakyat ia mungkin juga dikatakan bahawa ini merupakan cara untuk menghadkan keadilan rakyat revolusioner yang lebih rambang dan susah dikawal. Dan walaupun proses tersebut sangatlah laju dan kejam, sekurang-kurangnya selepas hari pertama, ia diamalkan mengikut tatatertib yang sama, dengan peluang membela diri. Walauapapun, Che tidak melarikan diri dari tanggungjawab yang dia menerima tanpa bantahan. Dia sendiri telah menembak mereka yang melarikan diri dan menyokong hukuman mati bagi para perisiki di kawasan pergunungan. Dalam bingkai tatatertib politik di mana keperluan utama merupakan disiplin dan kesetiaan, ini merupakan amalan tetap. Tetapi perjuangan bersenjata kini telah berakhir, dan pengukuhan kerajaan baru mengutarakan persoalan-persoalan baru. Sambil polisi-polisi bagi pembangunan kebangsaan dan kemerdekaan sekurang-kurangnya diutarakan secara kasar dalam dokumen dan kenyataan lebih awal, isu demokrasi dan kebebasan membebankan pemimpin-pemimpin Kuba yang baru. Ia patut menjadi keutamaan dalam pembinaan sebuah masyarakat baru yang, dalam pandangan ternyata Che jika belum lagi dalam pandangan Castro berada pada jalan menuju sosialisme. Pembatalan hukuman tanpa bicara akhirnya muncul, tetapi sebagai balasan kepada tekanan pendapat awam di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat. Sejak itu, hamba-hamba rejim lama dibicarakan di stadium sukan di bawah undang-undang revolusioner, dan tanggungjawan ini dilepaskan dari tangan Che. Dia dibebankan oleh benda-benda lain. Pada 9hb Januari, ibubapanya tiba di Havana. Kegembiraan mereka dengan kejayaan anak mereka adalah jelas dari gambar-gambar yang menunjukkan senyuman lebar. Tetapi mereka juga terpaksa menerima peranannya dalam mengamalkan keadilan tegas, dan keghairahannya. Mereka berjumpa dengan teman Che, iaitu Aleida. Pada bulan itu juga, terdapatnya perjumpaan yang kurang selepas apabila Hilda, isteri Che dari Peru, dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun, Hildita, juga tiba di Havana untuk menjumpai rumahtangga Che yang baru. Che enggan menghadapi keadaan yang kurang merbahaya secara relatif ini, dan menghantar seorang pembantu untuk menjelaskan keadaan tersebut kepada Hilda! Pada 12hb Januari, penyakit asma Che menjadi semakin tenat dan dia berpindah ke rumah di tepi laut di Tarar, di mana dia menetap, seringkali di bilik tidur, selama empat bulan. Dia berada hanya 15 batu di luar Havana, tetapi dia berada di pinggir politik awam. Namun, keadaan tersebut agak bercanggah, kerana sambil dia jelasnya dijauhkan dari pembinaan kepimpinan politik, dari pelbagai segi dia merupakan ideolog politik dan salah seorang wakil utama baginya.81 Terdapat tiga dimensi kepada hari-hari pertama semasa revolusi itu. Pertama, pengukuhan kuasa baru dalam kerajaan. Kedua, perkembangan polisi-polisi bagi kerajaan baru kerana realitinya adalah bahawa hanya sedikit pertimbangan strategik telah berlaku pada dua tahun yang lalu. Ketiga, kesan Revolusi Kuba pada Amerika Latin dan dunia secara umumnya. Kuba revolusioner merupakan sebuah pulau kecil dengan lebih kurang lapan juta penduduk. Ia masih bergantung bagi hampir seluruh pendapatan asingnya pada gula, yang dieksport

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
secara menyeluruh ke Amerika Syarikat. Ia tidak memiliki kemampuan pengeluran yang mendalam dan kebanyakan barangan pengguna, jentera, minyak dan keperluan tenaga dan pendapatan pelancongan berasal dari AS. Maka, hubungannya dengan Washington merupakan faktor penentuan dalam masa lalu dan masa depan Kuba. Che sangat yakin bahawa AS masih merupakan musuh utama, sebuah kuasa imperialis yang tidak dapat bertindak dengan cara lain. Castro berkongsi pandangan itu, tetapi lebih bersedia mencari penyokong dan penaruh simpati di Amerika Syarikat yang mungkin menghadkan kemampuan Washington untuk bertindak dalam cara konfrontasi. Itulah mengapa Manuel Urruti menjadi presiden Kuba dan bukannya Castro sendiri (sekurang-kurangnya bagi beberapa bulan). Dalam masa beberapa bulan, Castro bakal mengunjungi Amerika Latin dan melawat AS untuk memobilisasikan pendapat awam demi sokongan Kuba. Tetapi menjelang masa itu, keadaan di Kuba juga telah berubah. Che berada di Tarar bukan sahaja untuk berehat. Dia terlibat dalam diri perbincangan dan persediaan dengan tokoh-tokoh penting dalam kerajaan baru. Tujuan mereka adalah untuk mereka sistem keselamatan kerajaan baru, untuk memperkembangkan polisi-polisi ekonomi, dan untuk membentukkan hubungan di antara Kuba dan Amerika Latin. Perbincangan mereka semakin melibatkan ahli-ahli PSP, yang mula mendirikan pengaruh mereka dengan Castro, dengan galakan Che. Keselamatan kerajaan Kuba, atau G-2, diatur dengan laju dan diletakkan di bawah kawalan Ramiro Valds, seorang pejuang berwibawa dari Escambray.82 Hubungan dengan ahli-ahli revolusioner lain dari Amerika Latin didirikan, dan ramai mengunjungi Kuba untuk memimum atmosfera keghairahan revolusioner. Mungkin paling penting sekali adalah perbincangan mengenai polisi ekonomi Kuba, kerana ia menjadi jelas kepada semua orang bahawa sikap Washington tidak dapat diubah. Sememangnya, ini merupakan tahun 1959 masih dalam zaman Perang Dingin. AS telah membangunkan dirinya sebagai sebuah kuasa global dan memunasabahkan campur tangan politik dan ketenteraan di merata dunia dari segi konflik dengan Kesatuan Soviet. Apa-apa usaha mencapai kemerdekaan atau demi pembangunan bebas digambarkan sebagai sebahagian daripada konfrontasi ini maka campur tangan AS di Lubnan, Iran, Guatemala dan merata lagi. Tetapi meskipun kehadiran ketenteraannya, sokongan Washington bagi pemerintahan diktator di seluruh Amerika Latin menjadi sumber kemarahan dan tentangan. Lawatan ke Amerika Latin oleh Nelson Rockefeller pada tahun 1958 telah mencetuskan demonstrasi dan pemberontakan di mana-mana dia menjejak. Dengan latarbelakang ini, Revolusi Kuba dan penumbangan Batista diterima dengan kegembiraan berleluasa di Amerika Latin sebagaimana ia diterima di jalanraya Havana. Dari pelbagai segi, Batista merupakan seorang pemerintah diktator biasa kebanyakan negara Amerika Latin memiliki contoh mereka tersendiri, setiap satu dikekalkan dan disokong oleh AS. Selepas sedekad di mana AS telah menggunakan kuasa ketenteraan dan ekonomi mereka dengan sombong, Kuba mengumumkan bahawa gergasi itu memiliki kaki lemah. Empayar besar itu dapat dihadapi, dan wakil-wakilnya dapat ditumbangkan. Itulah mesej yang mengalir melalui satu generasi pihak anti-imperialis. Di AS juga, Kuba mencetuskan perdebatan awam mengenai peranan Amerika di dunia. C. Wright Mills, seorang ahli sosiologi dan penentang kuasa Amerika, menghasilkan amarannya sendiri bagi kerajaan AS,83 bahawa negara-negara yang dinafikan kebebasan akan berjuang deminya. Pihak lain, seperti Scheer dan Zeitlin,84 menawarkan amaran yang sama dari perspektif politik yang berbeza. Mereka berkata bahawa tuntutan-tuntutan munasabah demi perkembangan dan kemajuan bukanlah bersifat Komunis sahaja, tetapi jika hasrat manusia yang asas ini dinafikan, maka gerakan-gerakan kebebasan akan bergerak ke kiri dan menjadi Komunis. Suara-suara ini sememangnya diabaikan. Presiden AS, iaitu Eisenhower, merupakan seorang Pejuang Perang Dingin dan lebih-lebih lagi, timbalan presiden Nixon.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Kepentingan-kepentingan berkuasa, ketenteraan dan ekonomi, yang mengendalikan kerajaan AS memahami pelajaran-pelajaran ini dengan baik tetapi balasan mereka adalah untuk menggunakan setiap peluang untuk menghancurkan rejim Kuba yang baru. Mungkin terdapat keraguan sementara pada pihak mereka, tetapi CIA dan agensi-agensi Jabatan Dalam Negara sudah mengutuk kerajaan baru ini kerana dedikasinya terhadap tujuan yang melintasi kemerdekaan politik. Dan di pusat pemahaman mereka adalah wajah Che Guevara yang, dari sudut pandangan mereka, lebih bersifat Komunis dari Castro yang licik. Che mungkin mengundur diri untuk berehat, tetapi pandangan mereka adalah bahawa dia masih merupakan kuasa politik penting. Dan mereka mungkin tepat. Di Tarar, beberapa pihak yang Che telah mengumpul di sekelilingnya di Escambray kini berjumpa sekali lagi untuk membincangkan polisi. Dan pihak Amerika Latin datang untuk membincangkan permulaan revolusi di negara masing-masing. Ia bukanlah hanya perbincangan politik dengan minuman keras serta cerut. Mereka datang untuk berbincang dengan lelaki yang telah menciptakan revolusi apa yang dia berkata mendukung pengaruh mendalam dan dorongan revolusi yang berjaya. Tidak terdapatnya persoalan mengenai perdebatan di sini mereka datang untuk belajar. Pada bulan-bulan pertama pada tahun 1959, Castro sedang membina struktur-struktur kerajaan baru sambil Che sedang membentukkan ideologi dan menulis sejarahnya. Dengan itu, dengan kedudukannya, dia bukan sahaja menggambarkan pengalaman lalu dia juga mengajukan pengalaman itu sebagai contoh dan arah untuk diikuti. Diambil bersama, Perang Gerila dan tulisannya bertajuk Ingatan Mengenai Perang Revolusioner Kuba merupakan buku panduan politik serta buku ketenteraan. Pengaruhnya bakal menjadi jelas dalam setiap perjuangan revolusioner besar di Amerika Latin pada sepuluh tahun seterusnya. Kesankesannya, secara umumnya, bakal membawa padah. Pemahaman Che akan pengalaman Kuba mencerminkan dan mengukuhkan wawasan politik Castro. Che memulakan Perang Gerila, yang ditulis pada tahun 1960, dengan kenyataan terkenal bahawa Revolusi Kuba menunjukkan dengan jelas kemampuan rakyat untuk membebaskan diri mereka melalui perang gerila dari kerajaan yang menindas mereka. He kemudiannya menarik tiga pelajaran asas dari Revolusi Kuba: (1) Kuasa-kuasa popular dapat memenangi perang menentang angkatan tentera. (2) Ia bukanlah sentiasa penting untuk bersabar demi kewujudan keadaan-keadaan demi revolusi: pemberontakan dapat menciptakan keadaan-keadaan tersebut. (3) Di Amerika yang mundur, kawasan desa adalah kawasan asas bagi perjuangan bersenjata.85 Dalam teori ini, ia adalah pihak revolusioner yang menciptakan revolusi dan sememangnya yang menciptakan keadaan revolusioner. Faktor-faktor utama yang menentukan kejayaan atau kekalahan, dalam pandangan ini, adalah kemahiran berjuang, keberanian, kewiraan. Diterjemahkan kepada perihal membina kerajaan baru, cara politik ini menganggap bahawa ia akan direka dan dikekalkan oleh keinginan para pemimpin dan bahawa hubungan di antara kerajaan dan masyarakat akan menjadi hubungan perintah. Sifat perjuangan gerila, dan kepimpinannya oleh Gerakan 26hb Julai di bawah Castro, juga bermakna bahawa pertubuhan-pertubuhan massa atau pertubuhan-pertubuhan pertahanan diri pekerja telah membangun dalam aliran perang revolusioner. Itu merupakan kesan perang yang diamalkan sehingga ketika-ketika terakhir di kawasan yang jauh dari pusat-pusat penduduk dan budaya politik. Penumbangan dasar bandar Gerakan tersebut selepas kegagalan permogokan umum pada tahun 1958 menghancurkan satu-satunya peluang untuk membina gerakan di luar kawasan pergunungan. Penguasaan gerakan kesatuan pekerja oleh pihak Komunis mengecualikan satu lagi arena di mana bentuk-bentuk aktiviti massa mungkin berkembang di samping tindakan-tindakan bersenjata, oleh kerana konflik yang sentiasa wujud di antara

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Castro dan Parti Komunis (meskipun usaha untuk berdamai). Kelajuan penumbangan Batista juga merupakan faktor penting. Maka, satu-satunya kuasa yang bersedia untuk mengambil kuasa merupakan tentera pemberontak sendiri. Jelasnya, inilah keinginan Castro. Tetapi hasilnya adalah bahawa perlibatan demokratik massa tidak memiliki tempat dalam ideologi perang revolusioner ini. Ia adalah penting untuk menggariskan betapa jauhnya ideologi ini dari tradisi sosialis revolusioner, dan betapa jauhnya ia dari prinsip-prinsip Marxsisme sebagai teori dan amalan revolusi pekerja. Dalam pentafsiran Che mengenai proses revolusioner, terdapatnya satu kesulitan yang asas lagi jelas. Dimanakah rakyat? Dimanakah kelas pekerja, di mana pembebasan mereka adalah inti sosialisme? Marx menulis: Revolusi diperlukan... bukan sahaja kerana kelas pemerintah tidak dapat ditumbangkan dalam cara lain, tetapi juga kerana hanya dalam revolusi dapat kelas yang menumbangkannya berjaya menghapuskan segala kekotoran zaman dan bersedia untuk membina masyarakat baru.86 Konsep ini bahawa revolusi adalah pembebasan sendiri kelas pekerja adalah inti pemikiran Marx. Dari menjadi objek kepentingan pihak lain, majoriti rakyat menjadi penentu kehidupan sendiri dengan mengubah masyarakat melalui tindakan-tindakan mereka sendiri. Ia adalah prinsip asas dalam Marxsisme revolusioner. Namun, teori perang gerila menggantikan idea ini dengan idea baru bahawa ahli revolusioner akan menciptakan revolusi bagi pihak kelas yang lebih luas. Namun, hak untuk mewakili kelas ini adalah hak yang dituntut dengan sendiri, berdasarkan ukuran merbahaya dan sentiasa berubah populariti dan sokongan.87 Itu sangatlah berbeza daripada hak memimpin yang dimenangi dalam perjuangan seharian, dalam amalan politik, dan yang berakar dalam hubungan organik dan demokratik dengan kelas bagi siapa pihak revolusioner mendakwa diri mereka mewakili. Teori gerila mementingkan pemisahan di antara pihak revolusioner dan para pekerja. Namun, dalam konteks tahun 1959, idea-idea ini dipenuhi dengan kepentingan dan kekuasaan Revolusi Kuba dan lambangnya yang paling berpengaruh Guevara. Pada harihari dan minggu-minggu selepas penumbangan Batista, Gerakan 26hb Julai merampas kuasa di seluruh Kuba dan mengutarakan budaya meraikan gerila sebagai wira popular baru. Carlos Franqui, wartawan yang telah meluangkan tahun terakhir daripada kempen itu dengan Fidel dan menyunting akhbar pemberontak, kini mengubahnya menjadi akhbar harian utama. Di merata-rata timbulnya lukisan gerila yang berjanggut itu, dan bahasa politik mencontohi retorik perjuangan bersenjata. Buku Franqui, La Sierra y el Llano (Pergunungan dan Dataran) mengukuhkan mitos sebuah gerakan yang dibahagikan di antara ahli revolusioner benar di kawasan pergunungan dan pihak lemah dan penakut di kawasan bandar kecuali pihak seperti Frank Pas. Pemahaman mengenai revolusi ini menguasai bahagian gerakan di bawah Castro dan Che, dan memberikan tanda jelas kepada pihak lawan, iaitu pihak Komunis dan Directorio, akan cara kuasa akan digunakan dalam kerajaan revolusioner baru.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com X. Menyebarkan Revolusi


Dalam perbincangan dengan pihak revolusioner Amerika Latin, ia merupakan nilai-nilai dan cara-cara ini yang diajukan dan siapakah yang berani menentang mereka yang baru sahaja memenangi revolusi? Mereka membanjiri Havana dan tempat berehat Che. Siapakah ahli-ahli revolusioner muda ini? Latarbelakang mereka, dalam kebanyakan kes, bukanlah sangat berbeza dari latarbelakang Che atau Castro mereka berasal secara umumnya dari kelas menengah dan dipenuhi dengan kebencian terhadap imperialisme. Mereka secara umumnya merupakan pihak nasionalis bagi siapa kemerdekaan kebangsaan dan penentuan sendiri merupakan isu paling penting. Sebahagian besar daripada mereka tidak berasal dari tradisi Komunis. Parti-parti Komunis di Amerika Latin sudah terbenam dalam kesatuan-kesatuan pekerja dan sudah lama mengabaikan strategi revolusioner, lalu menyemai pendekatan beransur-ansur kepada perubahan sosial. Apabila Che mendesak bahawa pihak revolusioner tidak perly bersabar demi kewujudan objektif bagi revolusi, dia merujuk secara kasar kepada parti-parti Komunis. Bagi dia, dan generasi ahli-ahli nasionalis revolusioner muda, ia kelihatan seolah-olah pihak Komunis telah mengetepikan harapan perubahan radikal kecuali pada tahap retorik yang paling abstrak. Oleh kerana itu, mereka yang mengunjungi Kuba dengan tujuan mencari cara dan strategi sangatlah bersimpati dengan pandangan-pandangan Che. Pada bulan Jun 1959, ekspedisi yang diketuai oleh seorang veteran Sierra Maestra tiba di Republik Dominika denbgan tujuan mendirikan sebuah unit gerila. Dalam masa beberapa jam, 230 orang sudah meninggal dunia, dibunuh oleh askar di bawah arahan diktator Trujillo.88 Rancangan untuk mencapai operasi serupa di Haiti beberapa minggu selepas itu ditunda. Pada bulan November, di Paraguay, sebuah kumpulan seramai 80 orang melintasi sempadan Argentina dengan rancangan untuk menubuhkan tentera gerila untuk menentang pemerintahan diktator Stroessner di sana. Hanya sepuluh orang berjaya menyelamatkan diri dari serangan yang menunggu mereka apabila mereka menjejak pada tanah Paraguay. Pada awal tahun itu, Roberto Romero, yang Che telah menemui empat tahun sebelum itu, mengetuai ekspedisi ke Nikaragua yang juga menemui kegagalan.89 Ini bukanlah satu-satunya tugas Che di luar mata awam. Laporan perisik AS dari awal tahun 1959 mencadangkan bahawa dia sebenarnya merupakan pemikir politik utama di belakang pentas. Jelasnya dia telah mengumpulkan beberapa pakar di sekelilingnya beberapa daripada mereka telah berpindah ke Escambray semasa kempen Las Villas untuk membincangkan isu-isu polisi bagi rejim baru. Beberapa daripada mereka berasal dari Parti Komunis, yang mungkin menjelaskan kerahsiaan mesyuarat-mesyuarat dan perbincanganperbincangan ini. Castro sendiri menjadi risau bahawa, jika berita mesyuarat-meryuarat sulit ini dilepaskan, AS akan menggunakannya untuk memunasabahkan untuk menyerang Kuba. Namun, ia tidak dapat dinafikan bahawa Che terlibat secara penting dalam tiga projek besar pada bulan-bulan pertama ini. Yang pertama adalah perubahan tentera pemberontak menjadi kuasa berterusan untuk mempertahankan kerajaan baru. Pertahanan itu juga melibatkan penciptaan aparatus keselamatan, yang jatuh di bawah naungan Che. Projek kedua adalah dalam bidang ekonomi, dan paling sekali melibatkan persediaan undangundang reformasi pertanian berdasarkan idea-idea yang Che telah mengutarakan setahun sebelum itu. Projek ketiga adalah berkenaan dengan arah politik bagi revolusi. Di sini, Che (dan Ral Castro) jelasnya percaya bahawa Gerakan 26hb Julai dan pihak Komunis patut bekerjasama dengan lebih rapat. Fidel jauh lebih berwaspada, terutamanya berkenaan dengan pengumuman berita ini. Keraguan jangka masa panjang Castro terhadap PSP masih wujud, walaupun dia masih berjumpa dan berbincang dengan Carlos Rafael Rodrguez, seorang pemimpin PSP, sepanjang tahun sebelumnya. Walauapapun, pendekatan ini sangatlah berhati-hati dan cermat, walaupun Che menyokong perbincangan yang lebih mendalam.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

Dari segi ini, perdebatan-perdebatan politik lebih memberikan tumpuan kepada bidangbidang lain terutamanya persoalan reformasi pertanian. Di sebuah ekonomi pertanian yang berdasarkan satu tanaman utama, ini sememangnya menjadi isu utama kerana ia menumpukan perhatian pada persoalan diversifikasi, pertumbuhan dan modenisasi pada masa yang sama. Pengalaman mutakhir memberikan dua contoh yang mungkin diikuti. Yang satu akan melibatkan pembubaran ladang-ladang besar, terutamanya yang dimiliki oleh syarikat asing, dan pengagihan tanah sebagai ladang-ladang kecil. Ini akan menciptakan kelas petani-petani kecil di mana permilikan mereka, agar dapat digunakan, akan menjadi cukup besar agar membolehkan mereka untuk mengupah pekerja untuk mengerjakan tanah. Para petani akan menjadi, secara asasnya, pihak kapitalis kecil dengan sikap konservatif terhadap sebuah sistem kapitalis di mana mereka jelasnya menerima kebaikan. Selepas Revolusi Kuba, AS mula mengajukan reformasi pertanian jenis konservatif ini melalui Persekutuan Demi Kemajuan ia diamalkan, misalnya, di Chile pada tahun 1964, walaupun tanpa kejayaan besar. Alternatifnya mungkin digambarkan sebagai reformasi revolusioner, di mana ladang-ladang besar akan dikolektivisasikan dikerjakan sebagai projek-projek sosial kolektif. Kebaikan penyusunan semula jenis ini adalah bahawa ia akan memberikan pendapatan dari lebihan pertanian yang kerajaan, sebagai penguasa tertinggi tanah, dapat menggunakan untuk dilaburkan dalam pertumbuhan perindustrian, misalnya. Namun, para petani secara bersejarah telah menentang reformasi jenis ini kerana, secara asasnya, ia menghapuskan dasar materialis bagi kewujudan mereka. Che jelasnya lebih menyokong alternatif kedua. Apabila undang-undang revolusioner pertama diluluskan di pergunungan Escambray pada tahun 1958, sesuatu perdebatan yang Che jelasnya tidak memenangi sudah berlaku. Isu ini kini bangkit semula. Apakah tujuan reformasi tanah? Adakah ia bertujuan merampas ladang-ladang besar, biarpun dimiliki asing atau oleh warga Kuba, dan mengagihkannya di kalangan petani-petani kecil, lalu memberikan setiap satu ladang kecil? Atau adakah tujuannya untuk mengubah milikan ini menjadi ladang koperatif dan kolektif yang dapat disesuaikan untuk menghasilkan tanaman melainkan gula? Di sebaliknya ini terdapatnya persoalan lebih besar yang Guevara, lebih daripada sesiapa yang lain dalam kepimpinan Kuba, percaya adalah kunci kepada masa depan revolusi tersebut. Bagaimanakan sebuah ekonomi kecil, yang bergantung bagi lebih 80 peratus daripada pendapatan eksport pada satu tanaman gula dapat melepaskan diri dari pergantungan ini? Satu jawapan adalah melalui diversifikasi ekonomi yang satu lagi adalah melalui pembangunan perindustrian. Terdapat komponen lain dalam wawasan strategik ini alam antarabangsa yang lebih terbuka dan bersimpati dengan revolusi. Semua ini berhubung secara rapat.90 Hasil daripadanya, Che melihat dirinya sebagai terlibat dalam pembinaan masyarakat sosialis di Kuba dan penyebaran revolusi di luar sempadan pulau tersebut. Dia percaya bahawa kejayaan akan dicapai di luar Kuba melalui pengeksportan perang gerila. Ia sememangnya merupakan satu-satunya pengalaman politik yang dapat dirujuk kepada oleh Guevara dia tidak mempunyai pengetahuan mahupun pemahaman politik mengenai cara kaum pekerja dapat menciptakan revolusi bagi diri mereka sendiri. Che menggambarkan tentera baru sebagai barisan hadapan rakyat Kuba.91 Ini merupakan deklarasi jelas bahawa angkatan tentera akan memainkan peranan politik utama, yang sebenarnya dalam tradisi sosialis revolusioner diberikan kepada parti revolusioner yang terbenam dalam pertubuhan kolektif para pekerja. Tetapi Che melihat pertubuhan-

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
pertubuhan massa kelas pekerja sebagai sesuatu yang akan mengikuti rampasan kuasa dan direka oleh kerajaan baru. Undang-Undang Reformasi Petanian yang pertama diluluskan pada 7hb Mei. Ia mencontohi ucapan yang Che membuat mengenai isu ini sebulan sebelum itu. Pengagihan semula tanah kepada petani-petani kecil dan pekerja-pekerja petanian bermula pada hujung bulan itu. Pada bulan Januari 1960, kerajaan mengumumkan rancangan menasionalisasikan latifundia (ladang-ladang besar yang dimiliki secara swasta), biarpun dimiliki asing atau oleh warga Kuba. Lebih penting lagi, Fidel mengumumkan bahawa ia akan diubah menjadi ladangladang kolektif atau koperatif dan bukannya ladang-ladang swasta kecil. Ini merupakan jenis reformasi pertanian yang Che menyokong di pergunungan Escambray dan yang Fidel menentang pada masa itu. Ia bakal dilihat sebagai cabaran kepada AS dan sahabat-sahabat AS di Kuba. Mengapakan ini sangat penting? Penciptaan sebuah kelas petani individu kecil akan menandakan bahawa Kuba sedang bergerak menuju sistem kapitalis moden di mana caracara pengeluaran dmiliki secara swasta. Peralihan menuju ladang-ladang koperatif dan kolektif terbenam dalam idea harta sosial bahawa sumber-sumber masyarakat dimiliki oleh semua orang dan patut digunakan demi kebaikan semua orang. Sebenarnya, kerajaan kini menjadi tuan tanah besar. Nasionalisasi syarikat-syarikat telefon dan elektik yang dimiliki oleh AS sebulan sebelum itu sudah ditafsir oleh sektor-sektor perisikan AS sebagai bukti bahawa rejim baru itu bersifat Komunis. Dan ia adalah Che yang mereka melihat sebagai pihak yang bertanggungjawab. Ini menjelaskan mengapa Castro menerima jemputan dinginan apabila dia mengunjungi Washington pada bulan yang sama. Presiden Eisenhower mengelakkan perjumpaan itu dengan mengambil percutian golf, lalu meninggalkan timbalan presiden Richard Nixon, seorang yang bersifat anti-Komunis, untuk menangani Fidel. Laporan Nixon mengenai perjumpaan itu berkata bahawa Kuba merupakan negara Komunis dan patut dihapuskan dengan laju. Fidel, dalam tangan sebelah, menggunakan lawatan itu untuk mempersembahkan dirinya sebagai seorang nasionalis, dan untuk menunjukkan bahawa Kuba baru tidak mencabar keselamatan tuan lamanya. Dari AS, Castro mengunjungi Brazil dan Venezuela untuk mendirikan hubungan diplomatik rapat dengan presiden negara-negara itu yang dia melihat (akhirnya dengan salah) sebagai sekutu berpotensi. Dalam kunjungan sementara yang terkenal di Houston, Fidel berjumpa dengan Che dan Ral. Tidak terdapatnya rekod mengenai perbincangan mereka, tetapi kemungkinan besar dua ahli radikal itu risau bahawa Fidel terlalu merapati kerajaan AS. Dia telah mengumumkan tanpa bicara bahawa hukuman bunuh akan dibatalkan, meskipun fakta bahawa masih terdapatnya beberapa kes makhamah yang belum selesai. Ral dan Che menentang apa yang mereka melihat sebagai penyerahan diri kepada pendapat awam AS. Pada 2hb Jun 1959, Che berkahwin dengan Aleida di rumah salah seorang sahabat dan rakan kerjanya yang paling karib, Alberto Castellanos.92 Ia berlaku 12 hari sebelum harijadinya yang ke-31. Pengumuman, tiga hari selepas perkahwinannya, bahawa Che akan dihantar pada misi diplomatik ke beberapa negara dia bakal meninggalkan Kuba selama tiga bulan mengejutkan ramai orang: Adakah ini sebahagian daripada permainan sekatan dan imbangan biasa Fidel?Adakah Che marah dengan kesederhanaan proses revolusioner seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang yang mengenalinya?93 Dalam satu tangan, ia sesuai sepenuhnya dengan pencarian sekutu dan hubungan ekonomi di merata dunia. Dalam tangan sebelah, ia menyingkirkan buat sementara lelaki di mana

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
kekuasaan politiknya telah bertumbuh secara dramatik sehingga ia dapat dilihat sebagai cabaran kepada Fidel sendiri. Ia dapat juga dilihat sebagai penyerahan kepada Washington, di mana atmosfera menjadi semakin bermusuh terhadap kerajaan Kuba yang baru. Perjalanan Che bermula pada 12hb Jun. Aleida tidak mengikutinya, meskipun desakan sahabat-sahabatnya untuk mengambil pekuang ini dan berbulan madu. Keputusan Che untuk bertolak seorang diri adalah satu lagi contoh ketegasannya, keinginannya agar tidak kelihatan seperti mempunyai tujuan melainkan penyebaran revolusi. Tidak terdapatnya keraguan bahawa rakyat Kuba menyedari fakta ini, dan tertarik. Bagi Che, lawatan tersebut merupakan pengalaman bercanggah, kadang-kala menghampakan, kadang-kala mengghairahkan, sambil dia melawat Mesir, Indonesia, Jepun dan Yugoslavia. Tetapi suratsuratnya kembali kepada tema kesunyian dan perasaan misi yang mendorongnya. Guevara telah menjadi seorang insan yang menyedari takdir bersejarah, kepentingannya pada pentas dunia.94 Namun, dia tidak pernah digambarkan oleh mereka yang menjumpai Che sebagai seorang yang sombong tidak sabar dengan protokol, ghairah, tegas, mungkin, tetapi tidak menjauhkan diri. Rundingan sulit dengan Kesatuan Soviet untuk pembelian gula Kuba mungkin merupakan unsur paling penting semasa lawatan ini. Oleh kerana tuduhan yang semakin nyaring dari AS, rundingan ini dirahsiakan. Begitu juga dengan ketibaan wakil Soviet rasmi yang pertama di Kuba pada awal bulan Oktober. Adakah ini merupakan tanda bahawa Fidel sedang bergerak ke kiri? Ia adalah susah untuk berkata jika ini hanyalah satu lagi tindakan imbangan oleh Castro mencari pasaran baru sambil tidak menawarkan kesetiaan yang lebih luas. Apabila Che kembali, Institut Reformasi Pertanian sedang berfungsi di bawah naungan Fidel. Tanggungjawab baru sebagai ketua jabatan perindustrian menunggu Che. Dari segi politik, ia seiras dengan perkembangan yang lain, yang mengukuhkan penguasaan Castro ke atas kerajaan. Jawatan baru itu, dari satu segi, sangatlah logikal Che sentiasa berkata bahawa ia adalah penting untuk memperkembangkan dasar perindustrian dengan laju. Dia percaya bahawa ia merupakan syarat bagi kehidupan kerajaan baru. Kilang-kilang Kuba sedang merosot akibat kekurangan jentera dan penutupan pasaran luaran. Pelaburan sangatlah rendah, sambil kebocoran kelas majikan Kuba bermula. Didorong oleh AS, bagi siapa pelarian kelas majikan merupakan senjata propaganda penting, dan diancam oleh keasukan kerajaan ke dalam ekonomi, kelas-kelas perdagangan dan profesional lama mula mengatur penghijrahan mereka. Ia adalah penting bahawa, apabila Che mengambil-alih jabatannya, bangunan bagi jabatan tersebut belum siap dibina, pejabat-pejabatnya masih belum dipenuhi dan peralatannya masih berkurangan. Sekali lagi, Che kelihatan sebagai timbalan Fidel. Terdapatnya perkembangan di tempat-tempat lain juga. Pada bulan Julai, Presiden Urrutia dan sekutu-sekutunya meletakn jawatan sebagai bantahan terhadap arah kiri polisi kerajaan. Selepas penolakan palsu, Fidel membenarkan dirinya dilantik sebagau presiden, sambil dia menyerah kepada keinginan rakyat semasa perarakan Havana yang meraikan 26hb Julai. Lebih serius lagi, Huber Matos seorang komrad lama, seorang komander gerila penting dan salah seorang yang Che telah menggambarkan sebagai anti-Komunis lama juga mengumumkan letakan jawatannya. Fidel mendesak agar dia dihadapkan dengan makhamah di bawah tuduhan pengkhianatan, dan para pemimpin revolusi berdebat jika dia patut dihukum bunuh. Ral mendesak bahawa apa-apa tentangan terhadap kerajaan dalam iklim mutakhir adalah pengkhianatan dan patut dihukum seiras dengan tuduhan itu. Yang lain pula enggan berubah pendapat dan berkata bahawa pembantahan bukanlah sama dengan pengkhianatan. Che kelihatan kurang pasti, walaupun akhirnya dia bergerak dari pengajuan hukuman bunuh kepada penerimaan hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan pada Matos.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Walaupun dia sudah sangat sibuk, pada hujung bulan November, Guevara dinamakan sebagai presiden Bank Nasional Kuba. Ini pertama sekali merupakan lantikan politik pengarah-pengarah sebelumnya lebih mementingkan perdagangan dan bermusuh dengan Fidel. Lebih-lebih lagi, bank tersebut mungkin sekali terlibat dalam pelarian warga Kuba dan sumber-sumber ke Miami, sambil pelarian itu belayar secara beramai-ramai melintasi Selat Florida sepanjang 90 batu. Terdapatnya cerita mitos yang berkata bahawa Fidel pernah bertanya jika terdapatnya ahliahli ekonomi dalam bilik dan Che mengangkat tangannya dia kemudiannya berkata bahawa dia salah mendengar, berpendapat bahawa Fidel mencari ahli Komunis. Realitinya adalah bahawa Fidel tidak mempunyai pilihan. Kumpulan sekutu-sekutu yang dipercayai dalam kepimpinan kerajaan baru sangatlah kecil. Camilo sudah meninggal dunia dan Ral kini mengatur jabatan pertahanan. Che bukanlah seorang ahli ekonomi, walaupun dia telah membaca dan mengkaji ekonomi dan matematik. Tetapi dia dapat diharapkan untuk mendirikan kawalan politik ke atas ekonomi melalui Bank Nasional. Itulah tugas sebenarnya. Dan ia mewakili gerakan jelas dalam arah ekonomi berpusat dan terancang, walaupun ini belum lagi dikatakan secara terbuka. Apabila ia diumumkan, Che tidak bersetuju mengenai cara sebuah ekonomi sosialis patut diatur. Tetapi itu berlaku kemudiannya. Bursa saham di New York menjadi gementar dengan berita lantikan Che, dan lebih ramai pelabur mula menarik wang mereka dari Kuba. Mereka melihat arah baru dalam polisi Kuba, walaupun ia tidak bersifat sistematik mahupun teratur seperti yang mereka membayangkan. Menjelang akhir tahun pertama selepas revolusi, sisa-sisa rejim lama telah dibersihkan dari angkatan tentera, polis, pertubuhan-pertubuhan ekonomi dan organ-organ kerajaan. Fidel mengetuai kerajaan dan Institut Reformasi Pertanian, Che mengetuai peralatan keselamatan dan Bank Nasional, dan Ral mengetuai angkatan tentera. AS semakin memupuk polis tegas terhadap Kuba, yang menggabungkan serangan ekonomi dengan perjanjian keselamatan serantau untuk memulaukan Kuba. Ia bergerak dengan laju untuk melemahkan talun-talun politik akibat Revolusi Kuba di Amerika Latin. Dokumen-dokumen yang berkitar dalam bulatan-bulatan kerajaan AS berkali-kali mengutarakan peranan penting Che sebagai bukti arah yang diambil oleh proses itu. Lawatan timbalan presiden Soviet, Mikoyan, ke Kuba pada bulan Februaru 1960 merupakan katalis. Dari segi awam, dia berada di sana untuk membuka pameran perindustrian Soviet, tetapi terdapatnya juga agenda lain. Oleh kerana sekatan ekonomi tidak rasmi yang sudah berkuat-kuasa, Rusia dilihat sebagai pasaran berpotensi bagi gula Kuba dan sebagai pembekal barangan pengguna. Hubungan itu bukanlah bersifat kewangan, ia bersifat politik. Kumpulan penasihat ekonomi Che berasal dari seluruh Amerika Latin, dan setiap satu merupakan ahli Komunis. Itu bermakna bahawa mereka berkongsi pandangan pembangunan ekonomi berdasarkan konsep perancangan yang diamalkan di blok Soviet. Mereka mencadangkan penggunaan pendapatan dari penjualan gula untuk membiayai pembangunan perindustrian, untuk mengalihkan sumber-sumber dari penggunaan kepada pengeluaran. Ini akan diatur dalam cara yang sangat berpusat, dengan menggunakan ukuran tegas bagi keuntungan. Namun, tindakan pertama Che lebih bersifat politik dia menghadkan simpanan matawang. Ini merupakan permulaan jelas sebelum membawa segala perdagangan asing di bawah kawalan Bank Nasional, walaupun itu hanya diumumkan setahun selepas itu. Reaksi Washington dapat dijangka. Senjata paling penting Amerika Syarikat adalah pergantungan Kuba pada AS untuk membeli gula iaitu sumber matawang asing paling besar bagi Kuba. Washington kini mengancam untuk memotong kuota gula (jumlah yang ia membeli) oleh kerana nasionalisasi ladang-ladang besar. Ia juga mula menyenjatakan kumpulan-kumpulan pelarian Kuba yang bersedia untuk menyerang. Pada bulan Mac 1960, menuntut agar kilang-kilang pemprosesan minyang yang dimiliki oleh AS memproseskan bekalan minyak Rusia yang mula tiba di Kuba. Apabila syarikat-syarikat

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
itu enggan bekerjasama, kerajaan Kuba merampas kilang-kilang tersebut. Tidak terdapatnya pilihan lain kerana Kuba tidak memiliki bekalan minyan sendiri. Bekalan-bekalan minyak itu merupakan sebahagian daripada perjanjian komersil yang ditandatangani sebulan sebelum itu dengan Kesatuan Soviet, yang juga menjamin pembelian kuantiti-kuantiti gula Kuba yang besar. Pada masa yang sama, dan ini bakal menjadi penting tidak lama selepas itu, Kuba menubuhkan sebuah majlis ekonomi kebangsaan bersama, JUCEPLAN, di bawah pengaruh penasihat-penasihat Soviet. Majlis itu mewakili keputusan jelas untuk bergerak menuju ekonomi berpusat dan terancang jenis Soviet. Serangan-serangan dari tapak-tapak di AS kini berlaku dengan lebih kerap, dan Castro diyakinkan bahawa pertahanan pulau itu merupakan keutamaan penting. Namun, lawatan untuk membeli senjata tidak berbuah. Misalnya, Britain enggan menjual senjata kepada pelanggan baru ini. Jelasnya Washington mempengaruhi keputusan beberapa negara, dan hanya Belgium dan Itali ingin membekalkan Kuba dengan senjata. Keperluan sebuah strategi pertahanan menjadi lebih penting apabila bekalan senjata pertama dari Belgium meletup di pelabuhan Havana, membunuh 100 orang. Ia jelasnya merupakan kegiatan sabotaj. Maka pada bulan Mei 1960, Kuba dan Kesatuan Soviet menandatangani perjanjian persenjataan. Aliran peristiwa-peristiwa menjadi semakin laju. Havana telah berubah: Bandar yang setahun sebelum itu menjadi taman permainan Amerika dengan kelab-kelab belayar mewah, pantai-pantai peribadi, kasino dan rumah pelacuran dan kawasan-kawasan kulit putih sahaja semakin melesap. Roda-roda perjudian masih berputar di hotel-hotel besar, tetapi kebanyakan pelacur tidak berada di jalanraya.95 Hubungan dengan AS hampir diputuskan. Pihak di sekeliling Eisenhower, seperti Richard Nixon dan CIA, semakin mengajukan tindakan secara langsung terhadap Kuba kerana ia kini dilihat sebagai pangkalan blok Soviet. Pejuang-pejuang anti-Soviet kini dilatih di AS, terutamnya di Miami di mana warga Kuba bersejarah digandakan oleh tambahan pelarian yang semakin ramai, hampir kesemuanya ahli-ahli profesional atau pedagang, serta hambahamba rejim lama yang telah mewakili kepentingan-kepentingan AS di pulau itu. Pada bulan Julai, ancaman untuk memotong kuota gula Kuba dicapai oleh undi di Kongres AS. Kerajaan Kuba membalas dengan rancangan nasionalisasi baru terhadap harta AS. Pada masa yang sama, beberapa ahli gerila sekali lagi menduduki pergunungan Escambray, termasuk beberapa komrad lama Che. Namun, kini mereka berjuang menentang revolusi. Pemberontakan itu tidak berlanjutan tetapi keadaan itu menjadi semakin tenat. Pihak pembangkang politik dan akhbar-akhbar mereka ditindas menjelang pertengahan tahun 1960. Di AS, Kuba mula mengambil peranan penting dalam kempen presiden di mana John F. Kennedy memalukan calon bersaingnya, Richard Nixon, kerana gagal bertindak menentang Kuba dan berjanji bahawa dia akan mengambil tindakan tegas apabila dia memasuki Rumah Putih. Perang kata-kata dan pertikaman lidah ini seringkali menyembunyikan kepentingankepentingan benar di hati perdebatan tersebut. Kerajaan AS menghadapi cabaran terhadap penguasaannya dan haknya yang sehingga itu tidak tercabar untuk menguasai urusan dunia dengan gabungan kuasa ekonomi dan ketenteraan. Gula Kuba bukanlah penting, tetapi tentangan Kuba tidak dapat diterima.96 Di Kuba sendiri, perubahan politik yang benar sedang berlaku, dan Che semakin berada di pusatnya. Dalam kesatuan-kesatuan pekerja, misalnya, pertempuran sudah berlaku selama lebih setahun. Selepas revolusi, CTC, iaitu kongres pekerja Kuba, telah jatuh di bawah kawalan sekumpulan ahli Gerakan 26hb Julai di sekeliling David Salvador. Seperti kebanyakan orang dari generasinya, dia sangatlah bermusuh dengan pihak Komunis Kuba. Namun, menjelang akhir tahun 1959, Castro sendiri menjadi semakin risau dengan pengaruh kumpulan itu, yang dia melihat sebagai sesuatu yang bersifat konservatif. Menjelang akhir

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
tahun itu, Salvador digantikan oleh kepimpinan baru yang lebih rapat dengan Parti Komunis. Menjelang pertengahan tahun 1960, kesatuan-kesatuan pekerja diatur dari atas, secara langsung oleh menteri tenaga pekerja. Ia telah menjadi lengan kerajaan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com XI. Tindakan-Tindakan Yang Diambil


Pada 10hb Julai 1960, Fidel tidak sihat dan Che mengambil tempatnya semasa perarakan dengan Khrushchev, ketua Rusia Soviet. Ucapan Che penuh dengan keyakinan dan kejayaan. Kerajaan revolusioner, dia berkata, kini menikmati keselamatan kuasa ketenteraan kedua besar di dunia. Ia bukanlah menakjubkan bahawa dia mengatakan ini. Malah sebelum revolusi tersebut, dia semakin menggambarkan dirinya sebagai seorang Komunis dalam bentuk Soviet, dan majoriti orang di sekelilingnya sebelum dan selepas penumbangan Batista merupakan ahli Komunis. Tetapi ia adalah sangat jelas bahawa pemahaman Che mengenai makna menjadi seorang Komunis sangatlah berbeza dari pandangan klasik Marx mengenai revolusi sosialis sebagai ketika apabila kelas pekerja merampas kuasa demi dirinya sendiri. Buku Che, Perang Gerila, yang diterbitkan pada bulan April 1960, berkata bahawa pelakon-pelakon revolusi merupakan pihak revolusioner, yang berdiri di atas golongan majoriti dan bertindak bagi pihak mereka. Apabila berkuasa, ia merupakan kerajaan revolusioner yang mengambil peranan ini. Kunci kepada kejayaan merupakan pertumbuhan dan diversikasi ekonomi, dan kejelasan pemerintahan. Kerajaan revolusioner hanyalah satu lagi penjelmaan tentera gerila. Apa yang tersingkir dari gambar ini adalah demokrasi, kawalan dari bawah dan kepimpinan yang bertanggungjawab secara langsung kepada majoriti yang ia mewakili. Namun, ini bukanlah sesuatu isu bagi Che atau Fidel, yang pada Hari Pekerja melaungkan ungkapan baru, Ya kepada revolusi, tidak kepada pilihanraya. Bagi Che, isu-isu utama merupakan pengorbanan dan dedikasi.97 Ketegangan dengan Amerika Syarikat mendalam setiap hari, dan apa-apa rundingan yang Fidel mungkin mempertimbangkan kini dilupakan. Che sentiasa menekan permusuhannya terhadap imperialisme, dan keyakinannya bahawa ia tidak akan membenarkan revolusi tersebut untuk membangun. Washington sudah menyokong tentangan bersenjata terhadap rejim baru itu dan ingin menggunakan kuasa ekonominya untuk melemahkan Kuba revolusioner. Bertentangan dengan ini, tulisan dan ucapan Che pada masa itu mengutarakan rayuan kepada Kesatuan Soviet demi sokongan dan bekalan (terutama sekali bagi minyak) dan sebagai pasaran bagi gula Kuba. Pada tahap ini, Che juga melihat ekonomi Soviet sebagai contoh untuk diikuti, oleh kerana ia telah mengamalkan kolektivisasi pertanian laju diikuti oleh perindustrian yang juga laju. Kini kita menyedari bahawa pertumbuhan itu dicapai dengan harga tinggi bagi berjuta-juta pekerja Rusia, dan dengan pengenaan ekonomi perintah di mana kerajaan mengatur pengeksploitasian tenaga pekerja di bawah keadaan zalim.98 Tetapi Che mungkin tidak melihat sejarah zalim ini meskipun ucapan tahun 1956 oleh Khrushchev yang mula membuka topeng pemerintahan Stalin. Kerisauan terbesar Che adalah perkembangan perindustrian yang dapat meringankan pergantungan Kuba pada gula dengan membangunkan sektor-sektor ekonomi yang lain, dan mendorong pengeluaran bahan-bahan mentah dan jentera yang diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran itu. Ulangtahun serangan 1953 pada berek Moncada, iaitu 26hb Julai, seringkali menjadi ketika bagi pengumuman perubahan penting dalam arah politik Kuba. Pada tahun 1960, nada dan kandungan ucapan panjang Fidel Castro agak bermusuh dan mencabar. Buat kali pertama, Fidel memberikan amaran kepada Amerika Latin bahawa di mana terdapatnya ketidakadilan dan penindasan, contoh Kuba akan menjadi melahirkan tentangan dan perjuangan revolusioner. Ucapan itu sememangnya ditujukan kepada AS sebagaimana dengan Amerika Latin. Ia menandakan amalan yang semakin tegas terhadap pihak imperialis, tetapi ia juga memberikan tanda bagi apa yang berlaku di Kuba sendiri.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Paling sekali, ia merupakan tanda paling jelas mengenai pengaruh politik dan peribadi Che pada revolusi tersebut. Ini diluahkan dalam beberapa cara: pertama sekali, dalam sifat antiimperialisme yang semakin tegas; kedua, dalam perkembangan hubungan dengan Kesatuan Soviet dan pihak Komunis Kuba; ketiga, dalam polisi ekonomi yang semakin menekan diversifikasi yang menjauhkan diri dari gula; dan keempat, dalam polisi-polisi dalaman kerajaan Kuba yang semakin menekan unsur-unsur ketenteraan seperti disiplin, pengorbanan dan kepatuhan. Apabila Castro mengunjungi New York untuk menyampaikan ucapan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Jun, sikap sangatlah berbeza daripada setahun sebelumnya. Ucapannya selama tiga jam merupakan ucapan paling panjang dalam rekod (walaupun bukannya ucapan Castro yang paling panjang) dan mencabar Washington. Di New York, rombongan Kuba memenangi kejayaan hubungan awam yang besar dengan enggan menetap di Hotel Waldorf Astoria (yang terlalu mahal dan sudah pastinya diperisik) dan berpindah ke sebuah rumah penginapan di Harlem. Jika itu menjadikan rombongan Kuba sangat pipular di kalangan kaum pekerja, ia tidak memenangi mereka sahabat baru dalam pentadbiran AS. Dalam tangan sebelah, kedua-dua calon dalam pilihanraya presiden AS (Nixon dan Kennedy) sudah mengumumkan keinginan mereka untuk melakukan sesuatu berkenaan dengan Kuba. Di Kuba sendiri terdapatnya tanda-tanda jelas mengenai kawalan kerajaan yang semakin ketat. Penubuhan apa yang bakal menjadi Majlis-Majlis Demi Pertahanan Revolusi (CDR) pada hujung bulan September memberikan mesej yang sangat jelas. Pada permukaannya, ia merupakan balasan terhadap tentangan dalaman, sabotaj dan peningkatan dalam jumlah kumpulan-kumpulan pembangkang bersenjata. Tetapi pada masa yang sama, ia merupakan bentuk kawalam kerajaan secara langsung yang jelas dan teratur. Sememangnya, seperti kebanyakan pertubuhan lain yang diasaskan di bawah kepimpinan Gerakan 26hb Julai, ia merupakan cara untuk memastikan yang keputusan yang diambil oleh kerajaan diamalkan dengan sempurna. Tidak terdapatnya aspek bahawa komunikasi tersebut akan berfungsi dalam arah bertentangan, tidak terdapatnya aspek bahawa majlis-majlis ini akan mewakili akar-umbi masyarakat. Perubahan-perubahan yang sama telah berlaku dalam gerakan kesatuan pekerja, misalnya, di mana kongres kesatuan pekerja baru (CTC) berucap bagi pihak kerajaan kepada pekerja, dan bukannya dalam arah bertentangan. Federasi Perempuan Kuba (FMC) berfungsi dalam cara yang sama. Kesemuanya merupakan alat kerajaan. Dalam atmosfera tegang pada masa itu dengan ketibaan bekalan senjata Rusia yang pertama, pemenjaraan pemberontak-pemberontak bersenjata, pemotongan hubungan ekonomi dan politik dengan Washington berserta dengan ancaman yang semakin meningkat dan semakin jelas perdebatan bahawa ini merupakan zaman darurat apabila peraturanperaturan biasa tidak dapat diamalkan mungkin mempengaruhi ramai orang. Namun, kesankesan jangka masa panjang merupakan penerimaan, atau sekurang-kurang penaklukan kepada, idea bahawa demokrasi dan tanggungjawab merupakan kemewahan yang tidak dapat dibiayai oleh revolusi yang kian diserang. Lebih 40 tahun selepas itu, ia merupakan perdebatan yang masih digunakan oleh kerajaan Kuba dan penyokong-penyokongnya di luar negara. Ia adalah Che yang berkata bahawa kesetiaan kepada revolusi merupakan isu utama, dan bahawa kegagalan untuk mengikuti tuntutan-tuntutannya merupakan kesalahan yang patut dihukum. Ia adalah Che yang mengasaskan kem buruh berkontroversi di Guanacahabibes di mana mereka yang melakukan kesalahan terhadap moral-moral revolusioner dihantar untuk dipulihkn melalui kerja susah.99 Akhbar-akhbar pembangkang ditutup, dan majalah-majalan pra-revolusioner dipaksa bergulung tikar. Penutupan majalah budaya Lunes de Revolucin pada awal tahun itu, misalnya, berlaku akibat filem pendek bertajuk PM yang dibuat oleh beberapa orang yang terlibat dengan Lunes, yang menunjukkan kehidupan hedonistik di Havana. Ia tidak dapat

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
disifatkan sebagai kontra-revolusioner dari apa-apa segi kecuali jika hubungan sesama seks dianggap sebagai sesuatu yang kontra-revolusioner! Ia merupakan tanda awal bagi penindasan golongan yang mengamalkan hubungan sesama seks, yang sentiasa dikaitkan oleh Castro dengan Havana pra-1959, dan yang berlaku tanpa henti sepanjang empat dekad seterusnya.100 Di Amerika Latin, Revolusi Kuba masih menikmati kekuasaan besar berkenaan dengan pengaturan perjuangan perang gerila masih merupakan contoh yang diikuti oleh sebuah generasi baru. Che memperdebatkan bahawa pihak revolusioner merampas kuasa terlebih dahulu, dan kemudiannya mencipta revolusi. Kerajaan memerintah, dan akar-umbi mengamalkan arahan-arahan tersebut. Pada masa yan sama, Che kini menggunakan sesuatu konsep yang bakal menjadi penting dalam pemikirannya, iaitu konsep insan baru (el hombre nuevo). Ia sudah diutarakan dalam ucapannya pada bulan Jun 1960, Mengenai Pengorbanan dan Dedikasi, di mana dia berkata bahawa para pekerja perlu menerima pengorbanan pada masa mutakhir sebagai ganti bagi masa depan di mana taraf kehidupan mereka akan meningkat. Che berkata pada masa itu, dan akan mengutarakan dengan lebih berkuasa selepas itu, bahawa kerisauan dengan kebaikan-kebaikan materialis merupakan sesuatu penjelmaan budaya kapitalis, dan bahawa dalam masyarakat baru, perkhidmatan kepada masyarakat dan perasaan menyumbang kepada revolusi adalah hadiah yang mencukupi. Ini meluahkan diri dalam hari-hari bekerja sukarela, apabila orang ramai memberikan masa mereka dengan percuma. Dengan aliran masa, pekerjaan sukarela ini menjadi hari-hari bekerja tanpa gaji, dan meletuskan perasaan tidak puas hati yang semakin bertumbuh walaupun agak terpendam. Ia merupakan perdebatan yang agak menarik, melainkan bahawa janji-janji tersebut ditawarkan lebih dengan berharap daripada dengan pasti. Dalam pada itu, bagi kebanyakan pekerja, ia kelihatan seolah-olah mereka disuruh mengorbankan kepentingan mereka demi masa depan yang terpencil dan tidak pasti. Walauapapun, realitinya adalah bahawa Kuba tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan masa depan ekonominya sendiri, terutamanya apabila ia bergantung pada kepentingan ekonomi yang lebih berkuasa (Rusia) yang menguasai sumber-sumbernya dan harga barangan. Dari segi itu, keadaannya bukanlah sangat berbeza dari zaman sebelum 1959, apabila Kuba bergantung kepada AS untuk membeli gulanya dan menjual barangan pengguna yang diperlukan. Revolusi tidak bermakna bahawa barangan yang majoriti orang tidak memiliki kini dapat diperolehi. Sebaliknya, ia bermakna bahawa ia kurang dapat diperolehi berbanding dengan dahulu. Tetapi terdapatnya kebaikan-kebaikan penting. Kempen membaca pada tahun 1960 membawa taraf buta huruf ke tahap yang paling rendah di Amerika Latin,101 dan perkhidmatan kesihatan pada tahun-tahun awal itu memenangi Kuba sesuatu reputasi bagi perkhidmatan kesihatan asas. Ini merupakan kemajuan-kemajuan sosial yang membawa kebaikan bagi semua orang. Tetapi terdapatnya juga masalah. Akumulasi kekayaan untuk membiayai pengeluaran dan sektor-sektor ekonomi yang baru mengalihkan sumber-sumber dari perkhidmatan sosial. Konsep kesedaran baru Che merupakan jawapan kepada masalah itu. Pada mulanya, balasan penduduk Kuba sangatlah positif. Namun, terdapatnya sesuatu unsur yang tidak muncul dalam perdebatan Che. Perlibatan dapat menjadi matlamat tersendiri, selagi ia benar-benar berlaku. Namun, kepelbagaian deklarasi kesetiaan para pemimpin kepada mereka yang dipimpin bukanlah ganti bagi demokrasi pekerja tulin di mana ia merupakan pertubuhan-pertubuhan popular yang membuat keputusan dan kerajaan yang mengamalkannya. Sambil perubahan-perubahan ini berlaku, Che dihantar pada lawatan rasmi ke Moskow. Lawatannya berlaku pada masa yang sama dengan mesyuarat penting bagi parti-parti Komunis sedunia sesuatu mesyuarat yang membawa ke permukaan ketegangan di antara

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
dua mahakuasa Komunis pada masa itu, China dan Kesatuan Soviet. Che dialu-alukan oleh jemputan berhormat. Dia berdiri dengan ketua Soviet, Khrushchev, semasa perarakan ulangtahun Revolusi Rusia dan diberikan akses kepada pejabat-pejabat sulit birokrasi Soviet. Namun, meskipun segala jemputan dan keistimewaan, Che kelihatan seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku semasa Kongres Parti-Parti Komunis:102 Meskipun simpati-simpati Marxsis-nya, Guevara masih tidak menyedari kehidupan sulit keluarga Komunis. Pemahamannya mengenai USSR agak berpuisi. Dia telah membawa beberapa karya mengharukan oleh penulis-penulis yang Stalin menggambarkan sebagai jurutera jiwa, dan menonton filem-filem memakrifatkan yang menyanjung nilai-nilai wira positif... Dia menerima segala-galanya yang dia ditunjuk atau dijanjikan.103 Dari sudut pandangan Che, lawatan itu merupakan kejayaan besar. Dia diterima dengan berhormat dan diberikan kedudukan penting di sisi apa yang dia menamakan negara paling berkuasa di dunia. Eropah Timur yang dia melihat sememangnya merupakan bahagian yang dia ingin melihat. Che tidak mempunyai pengalaman kehidupan politik atau gerakan sosialis. Pembacaannya pada dua tahun sebelumnya agak rambang dan secara umumnya berkenaan dengan urusan-urusan teknikal dan falsafah. Pendek kata, dia bersifat naif (lurus). Perkara yang aneh adalah bahawa kementahannya merupakan penarikan dari satu segi terutamanya apabila digabungkan dengan kejujuran dan kemampuannya untuk berusaha. Namun, ia bermakna bahawa dia dapat ditipu oleh hasrat Rusia. Dan apabila dia membuat lawatan sepuluh hari ke China dan Korea, dia dapat berkata selepas itu bahawa dia tidak melihat kemiskinan di China, meskipun kebinasaan meluas yang disebabkan oleh Lompatan Besar Ke Hadapan iaitu usaha China untuk melompat dari kemunduran ekonomi ke kemodenan perindustrian dalam masa beberapa tahun. Serupa dengan itu, dia tidak melihat apa-apa di Rusia atau di Eropah Timur untuk merisaukannya.104 Pandangan-pandangan Che tidak dipengaruhi oleh lawatannya. Sememangnya, ia menjana harapan yang dia meluahkan dalam temuramah televisyen pertamanya tidak lama selepas dia kembali.105 Sikap Kuba pada ragyb 1961 jelasnya dikukuhkan oleh kepercayaan bahawa pihak Soviet akan mempertahankan mereka walau apa. Sebenarnya, kerisauan utama Rusia adalah untuk mengekalkan Kuba di luar sfera pengaruh China. Namun, walaupun Che dikagumkan oleh dunia Komunis, ia merisaukan dia bahawa barangan Soviet tidak berkualiti seperti barangan Amerika Utara yang biasa digunakan oleh rakyat Kuba. Dia membincangkan isu-isu ini semasa temuramah televisyen-nya. Pada masa yang sama, dia dikagumkan oleh China dan terutama sekali oleh idea-idea Lompatan Besar Ke Hadapan. Pada 17hb April 1961, sebuah pasukan serangan seramai 1,500 tiba di pantai yang dikenali sebagai Playa Girn atau Teluk Babi, di perairan tenggara Kuba. Dinafikan secara rasmi oleh kerajaan AS, ia jelasnya dibenarkan oleh pentadbiran Kennedy yang baru dan diatur melalui CIA.106 Ketegangan telah meningkat selama beberapa minggu, sambil pulau tersebut dimasuki oleh pelbagai kumpulan dan sambil tindakan sabotaj berlaku dengan lebih kerap. Meskipun pengumpulan 35,000 orang di Havana oleh pihak polis dan hampir tiga kali jumlah itu di seluruh Kuba, di mana beberapa dihukum bunuh tanpa bicara, sebuah kedai besar di Havana diletupkan seminggu sebelum serangan tersebut. Pada 15hb April, dua kapal udara yang kelihatan seperti kapal Tentera Udara Kuba mengebom Santiago dan Havana, di mana tujuh orang terbunuh.107 Dalam ucapannya yang marah semasa pengebumian pada hari seterusnya, Castro menggambarkan revolusi tersebut sebagai revolusi sosialis buat kali pertama. Serangan bersenjata itu tidak berjaya. Militia Kuba bertindak dengan laju dan berani, dan lapan kapal terbang menangani pengebom B-26 yang berkuasa tetapi besar. Dalam masa tiga hari, ia telah berakhir, dan Castro serta Che dapat mengumumkan kekalahan pertama bagi imperialisme di kawasan Amerika.108 Bagi Kennedy, dalam atmosfera konfrontasi Perang Dingin, Kuba hanyalah anak buah Rusia dan ini merupakan pertempuran yang dimenangi

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
oleh pesaing imperialis. Pihak Soviet bersedia untuk membenarkannya dilihat di bawah cahaya itu. Pada bulan Mei, Fidel dianugerahkan Anugerah Kedamaian Lenin, iaitu anugerah Soviet yang serupa dengan Anugerah Nobel. Reaksi Kennedy adalah untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Kajian Che mengenai Playa Girn adalah untuk melihatnya sebagai pengesahan strategi perang gerila reaksi Kennedy juga agak serupa. Di mana Che menuntut pembinaan tentera-tentera gerila, Kennedy mengarahkan perkembangan kuasa-kuasa dan strategi kontra-revolusioner. Satu hasil dari masa itu merupakan pasukan pencegah laju, atau Beret Hijau. Mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Amerika di Punta del Este, Uruguay, pada bulan Ogos pada permukaannya adalag berkenaan dengan isu-isu ekonomi. Tetapi arus bawahan dapat dirasai. Rancangan bantuan baru merupakan satu lagi komponen dalam strategi kontrarevolusioner, yang menawarkan jalan menuju pembangunan yang tidak mengikuti (dan menentang) revolusi. Guevara merupakan wakil Kuba di mesyuarat itu, dan fakta ini menggembirakan pengambil gambar yang mungkin dijangka mengambil gambar baju kelabu selama seminggu. Dalam ucapannya pada 8hb Ogos, Che menyerang AS, dan menuntut keadilan ekonomi dan kemerdekaan bagi negara-negara Amerika Latin. Dalam realiti, keganasan serangannya dilemahkan sedikit oleh pengakuannya, juga dalam ucapan itu, bahawa Kuba ingin hidup bersama dengan keluarga Amerika secara menyeluruh. Tidak lama selepas itu, dia berjumpa secara sulit dengan wakil AS, Richard Goodwin. Rekod-rekod perjumpaan itu tidak didedahkan selama beberapa dekad tetapi ia menunjukkan yang Che agak terbuka mengenai masalah-masalah ekonomi Kuba dan mencadangkan sesuatu kedamaian untuk membenarkan Kuba menangani masalah-masalah penting. Sebagai ganti, Che mencadangkang yang Kuba mungkin tidak akan membekalkan perjuangan bersenjata di Amerika Latin atau membentukkan persekutuan rasmi dengan pihak Soviet. Laporan Goodwin kepada tuan-tuannya menunjukkan bahawa dia mentafsir perbincangan itu sebagai tanda kelemahan. Bagaimana pula dengan Che? Kemungkinan besar dia melihat Kuba dari kedudukan kekuatan sementara selepas Playa Girn. Kennedy, seperti yang dapat dijangka, melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan tekanan pada Kuba, yang kini mengalami kesusahan ekonomi yang serius, dan mendesak kerajaan-kerajaan Amerika Latin untuk menghancurkan segala hubungan dengan Kuba. Gergasi semakin menggerakkan ototnya. Ia kini kelihatan ironik untuk mempertimbangkan kenyataan Che bahawa menjelang tahun 1962, Kuba akan berada pada perjalanan menuju rancangan perindustrian dan perubahan ekonomi, sesuatu hadiah bagi pengorbanan dan kemurahan hati rakyat Kuba selepas menangguhkan kebaikan materialis dalam kehidupan mereka dan berjuang demi pertahanan revolusi. Kempen ketenteraan menentang Kuba berterusan dan krisis ekonomi menjadi semakin tenat. Menjelang bulan Mac 1962, kad-kad catuan makanan muncul di Kuba: Walaupun Che mahupun Fidel enggan mengakui fakta tersebut, permulaan catuan makanan menandakan penamatan ilusi mereka untuk membina Kuba sebagai sebuah kerajaan sosialis yang serba ada, bebas daripada pergantungan luar. Berkenaan dengan ilusi Che bahawa perpaduan global di antara negara-negara sosialis dapat membawa penumbangan kapitalisme, ia bakal dihancurkan.109 Che mengambil-alih Kementerian Industri baru pada bulan Februari 1962. Catuan makanan bermula sebulan selepas itu. Ia sangatlah menyifatkan Che, dan menjelaskan popularitinya, bahawa dia menolak gaji kementerian yang lebih tinggi dan mendesak agar dia dan semua orang dalam kementeriannya menerima hanya gaji biasa. Pada masa yang sama, terdapatnya sesuatu kecemasan dalam ucapan dan tulisannya, dan sesuatu perasaan hampa. Sekatan AS semakin mengelilingi. Bahagian-bahagian ganti bagi jentera AS yang menggerakkan industri Kuba kini semakin berkurangan dan tidak dapat diganti, walaupun rakyat Kuba sudah

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
memperkembangkan kemampuan untuk menyesuaikan diri, bagi mana mereka menjadi terkenal. Meskipun rayuannya kepada para penduduk agar bersabar, wang masih digunakan untuk barangan pengguna, walaupun ini semakin susah diperolehi. Terdapatnya juga masaah manusia. Menjelang masa itu, 500,000 warga Kuba telah melarikan diri ke AS. Gusano (cacing) ini, seperti yang mereka dipanggil, sebenarnya mewakili sebahagian besar daripada pedagang dan ahli-ahli profesional Kuba peguam, doktor, ahliahli teknik, jurutera. Che melaporkan bahawa dia hanya mempunyai dua ahli geologi dalam jabatannya, tetapi memerlukan 2,000. Lebih kurang dua ratus sukarelawan dari Eropah Timur tidak mencukupi untuk memenuhi jurang ini.110 Malah jika mereka ingin melakukannya, blok Soviet tidak dapat membekalkan barangan ganti atau jentera baru yang mencukupi dalam jangka masa pendek atau sederhana, dan apa yang diberikan tidak berkualiti tinggi.111 Kemudian terdapatnya kekurangan bahan-bahan mentah. Bagi Che, keperluan melepaskan diri dari pergantungan pada gula dan demi diversifikasi ekonomi menjadi semakin genting. Namun, di antara tahun 1961 dan 1963, pengeluaran gula merosot, sebahagiannya kerana keadaan-keadaan luaran dan sebahagian lagi kerana kebanyakan mereka yang menikmati kebaikan reformasi tanah dahulunya memotong tebu dan kini mereka enggan melakukannya. Che sedang berhadapan dengan batasan pembangunan di satu negara dan dengan percanggahan-percanggahan contoh Soviet. Di pejabatnya pada tingkat kesembilan di bangunan INRA (Institut Reformasi Pertanian) di Dataran Revolusi, Che menunjukkan kualiti-kualitinya yang paling positif dan negatif. Dia sangat setia kepada revolusi, dan bersedia memberikan nyawa-nya kepada revolusi sebelum kehidupan peribadi (seperti yang difahami oleh isterinya, Aleida). Tetapi dia juga membawa ke dalam setiap usahanya contoh perintah yang dia telah memperkembangkan dalam tentera pemberontak. Hasil daripadanya, dia membina sebuah birokrasi yang besar dan berpusat dengan dirinya di hati. Dia merungut bahawa kerajaan baru beroperasi dalam cara rambang dan tidak tentu, kreatif tetapi tidak tersusun dan anarkik. Penyelesaiannya adalah untuk membawa segala-galanya di bawah kawalan kementeriannya dengan dirinya sebagai kekuasaan tertinggi. Dia digalakkan dalam usaha ini oleh penasihat-penasihatnya, di mana ramai daripada mereka merupakan ahli-ahli Komunis dari Amerika Latin. Menjelang akhir tahun 1961, masalah-masalah yang dihadapi oleh revolusi yang diserang masih belum diselesaikan, dan sistem birokratik masih dijangkiti kesusahan dan masalahmasalah yang Che mengutarakan. Dia jelasnya menjadi semakin kecewa, dan tidak bersabar dengan komrad-komradnya dari Kuba. Jika Teluk Babi tetah menghasilkan optimisme politik dalam Che dan Castro, realiti materialis memberikan sumber bagi kerisauan. Balasan Che adalah untuk mengulangi tuntutan demi pengorbanan dan dedikasi, tekanannya pada penafian keinginan diri. Ia seolah-olah keadaan materialis dapat diatasi oleh keinginan rakyat, seolah-olah kesedaran mencukupi sebagai ganti bagi ketidak-hadiran sumber-sumber materialis. Dia jelasnya tidak menyedari, atau mungkin tidak mengakui, kos sosial dan manusia yang membinasakan akibat pembangunan pesat di Rusia dan China apatah lagi sumber-sumber semulajadi yang negara-negara tersebut memiliki yang Kuba kekurangan. Ketidak-sabaran Che dengan realiti materialis berada di hati teori politiknya. Jika ahli-ahli revolusioner dapat menggantikan rakyat dalam penciptaan revolusi, kerajaan revolusioner dapat mengatasi masalah-masalah materialis yang ia menghadapi, dia berkata. Tetapi sebahagian daripada proses mengatasi masalah tersebut, bagi Che, juga melibatkan perubahan alam politik di mana Kuba wujud. Jika Washington menggunakan setiap peluang untuk memulaukan revolusi tersebut dari segi politik dan ekonomi, maka revolusi mesti membalas serangan itu dengan serangannya sendiri. Menjelang awal tahun 1962, Che sekali lagi menggalakkan pembinaan gerakan-gerakan gerila di merata Amerika Latin. Di Kuba sendiri, Che semakin menyuarakan keraguan dengan penguasaan menjalar pihak Komunis Kuba dan persekutuan dengan Gerakan 26hb Julai yang diluahkan dalam

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
pertubuhan politik baru yang diasaskan setahun sebelumnya Pertubuhan Revolusioner Berintegrasi (ORI). Tetapi dia menyokong kempen menentang dan pembuangan negara pemimpin Komunis, Escalante. Che melihatnya sebagai seorang yang korupse, tidak jujur dan bertindak menentang revolusi.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com XII. Tiga Belas Hari dan Selepasnya


Tiga belas hari pada bulan Oktober mengubah keadaan di Kuba, termasuk arah Revolusi Kuba.112 Pada separuh kedua tahun 1962, Kesatuan Soviet menghantar senjata dan askar ke Kuba perjanjian terakhir yang ditandatangani oleh Khrushchev, iaitu ketua Soviet, dan Che pada bulan September. Dari 40 peluru berpandu yang dihantar ke pulau itu, setengah dilengkapi dengan bahan nuklear. Terdapatnya juga 42,000 askar Rusia pada pulau itu.113 Benda paling aneh adalah bahawa perkhidmatan perisiki AS seolah-olah tidak menyedari kehadiran tersebut sekurang-kurangnya sehingga 16hb Oktober, apabila Kennedy ditunjukkan gambar-gambar yang diambil oleh kapal udara U-2, yang menunjukkan tapaktapak peluru berpandu yang sedang dibina. Beberapa daripada penasihat presiden Kennedy, di mana sikap anti-Kuba mereka dikenali ramai, menasihatkan serangan serta-merta. Kennedy memiliki sekatan tentera laut, lalu menghalang kapal-kapal laut Soviet daripada memasuki perairan Kuba. Kapal-kapal Rusia yang membawa senjata terus berlayar ke Kuba. Mereka bakal memasuki sekatan itu pada pagi 24hb Oktober kecuali jika mereka berpatah balik. Semua orang yang melalui hari-hari itu meningati ketegangan dan ketakutan sambil tarikh itu mendekati. Selama satu dekad, seluruh dunia telah hidup di bahawa ancaman perang nuklear di antara AS dan Kesatuan Soviet. Fakta bahawa dunia Barat memiliki kemampuan nuklear yang jauh lebih besar daripada Rusia tidak bermakna apa-apa. Kedua-duanya memiliki senjata nuklear yang mencukupi untuk menghapuskan seluruh dunia. Masa semakin berlalu, menuju malam akhirat sambil kapal-kapal laut Rusia menghampiri Kuba.114 Pada tengahari 24hb Oktober, pihak Rusia berpatah balik dan masa berhenti. Hanya beberapa hari sebelum itu, Khrushchev dan kerajaan Kuba telah menafikan dengan tegas bahawa peluru-peluru berpandu itu wujud. Kemudian, dalam masa satu malam, ketua Rusia itu mengubah pendiriannya, mengakui kewujudan peluru-peluru berpandu tersebut, dan merundingkan perjanjian dengan kerajaan AS. Peluru-peluru berpandu Rusia akan ditarik balik jika AS menutup pangkalan-pangkalannya di Turki dan jika Washingtion berjanji bahawa mereka tidak akan menyerang Kuba. Kennedy mengetepikan bahagian pertama daripada perjanjian ini, tetapi kedua-dua pihak mendakwa kemenangan diplomatik. Dimanakah pihak Kuba dalam semua ini? Ia kelihatan seolah-olah Rusia dan Amerika Syarikat memainkan seluruh senario ini tanpa mengakui kehadiran kerajaan Kuba. Adakah Kuba hanya buah catur dalam permainan antarabanga yang lebih besar? Che Guevara sangat pasti apabila dia berjumpa dengan Khrushchev pada bulan September bahawa pihak Soviet jujur dalam perjanjian mereka untuk mempertahankan Kuba, walaupun dia agak risau dengan keengganan mereka untuk mengumumkan perjanjian tersebut. Namun, Che tidak membayangkang bahawa Khrushchev mungkin menarik balik pelurupeluru berpandu tersebut jika berlakunya konfrontrasi dengan Washington,115 dan begitu juga dengan Castro. Sebaliknya, kedua-dua mereka percaya bahawa pihak Rusia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahakan Kuba kerana keyakinan politik. Ini sebenarnya bersifat naif. Khrushchev sememangnya ingin menghalang serangan AS ke atas Kuba. Pada masa yang sama, dia tidak mungkin merisikokan perang nuklear global untuk menghalang serangan seperti itu. Ia mungkinlah permainan yang merbahaya bagi pihaknya, atau cara untuk menguji persediaan ketenteraan dan pertahanan Rusia. Tetapi dia sememangnya menyedari bahawa kemampuan nuklear AS jauh melebihi kemampuan Rusia. Dakwaan Kuba bahawa peluru-peluru berpandu tersebut dipaksa pada Kuba oleh Rusia dapat dipersoalkan. Che dan Castro telah merundingkan perjanjian senjata dengan Rusia buat beberapa lama, dan kedua-dua mereka telah membuat rujukan kepada peluru-peluru

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
berpandu itu. Che sememangnya percaya akan, dan mengulangi beberapa kali, keyakinannya bahawa dunia sosialis akan mempertahankan Kuba walau apa pun kos. Maka, bagi mereka, perjanjian oleh Rusia untuk menarik balik peluru-peluru berpandu itu merupakan penganiayaan besar. Perjanjian Kennedy untuk membatalkan serangan ke atas Kuba kelihatan tidak penting di sisi pengetahuan bahawa apabila ketika genting muncul, Kuba masih terpulau dan tersendiri. Sambil dia tidak berkata apa-apa secara awam, Castro sangatlah marah dengan apa yang dia melihat sebagai kelemahan Rusia. Tetapi dia juga merupakan seorang pragmatis, dan menyedari bahawa Kuba masih memerlukan sokongan ekonomi dan diplomatik Rusia. Di Kuba, kesan krisis tersebut, walaupun seringkali di bawah permukaan, sangatlah besar. Pengaruh pihak Komunis Kuba dalam kerajaan Castro sentiasa didasarkan sedikit sebanyak pada hubungan Soviet. Urusan Escalante sememangnya merupakan tanda pertikaian dalaman tetapi kepimpinan Revolusi Kiba masih memercayai perpaduan Soviet. Lebih penting lagi, Che dan Ral Castro, terutamanya, setia dari segi ideologi kepada contoh Soviet dan dikelilingi oleh orang yang mengukuhkan kepercayaan itu. Jika dia ingin, Che sudah pasti melihat percanggahan-percanggahan di Eropah Timur ketidak-samarataan ekonomi (yang dia membincangkan), ketidak-hadiran demokrasi, cita-cita imperialis pihak Soviet, dan kesusahan dan kemelaratan yang dialami oleh berjuta-juta warganegara Soviet dan China, Tetapi dia tidak melihatnya sehingga bulan Oktober. Di Kesatuan Soviet, Khruschev dan lain-lain sedang menarik kesimpulan politik tersendiri dari krisis peluru berpandu. Ia dikatakan bahawa ia menunjukkan kemungkinan kehidupan damai di antara AS dan pihak Soviet. Namun, hanya beberapa minggu sebelum itu, Khrushchev telah mengesahkan kepada Che kesetiaannya kepada revolusi Amerika Latin. Bagi Che, ini merupakan penipuan besar. Bagaimanakah seorang revolusioner anti-imperialis dapat menerima rundingan damai dengan musuh! Di Moskow, suara-suara tertentu meluahkan keraguan dengan Guevara. Dalam pertikaian di antara Rusia dan Cina, mereka berkata, Che terlalu mendekati pihak China. Sehingga itu, Che belum meluahkan secara awam apa-apa pertikaian dengan pihak Rusia. Tetapi dia seringkali meluahkan kemarahan dan kekecewaannya dengan barangan Rusia yang tidak berkualiti, dan dengan kelemahan ekonomi mereka. Sememangnya, bagi Che segalanya bergantung kepada kemampuan Kuba untuk memajukan industri dengan pesat. Jika dia berpendapat bahawa Rusia akan membantu mencapai matlamat itu, atau dapat membantu, dia dengan laju terpaksa mengakui kesilapannya. Di Kuba juba, Che mengkritik apa yang dia melihat sebagai sikap tidak peduli pihak Komunis. Pengaruh PSP lama pada Fidel dan pada kerajaan Kuba telah menciptakan sebuah birokrasi besar, dan struktur politik yang lebih rumit dan kadang-kala juga korupse. Ia tidak menghasilkan perubahanperubahan yang diharapkan oleh Che. Pada masa yang sama, Che telah mengekalkan hubungan-hubungannya dengan kumpulankumpulan gerila di merata rantau tersebut. Sepanjang tahun 1962, dia telah bekerjasama dengan sebuah kumpulan dari Argentina yang diketuai oleh Jorge Masetti, yang sedang bersedia untuk memulakan operasi gerila di tanahairnya, serta dengan kumpulan-kumpulan lain di Bolivia, Peru dan Amerika Tengah. Che menyedari bahawa Kuba yang terpulau tidak dapat hidup dan, bertentangan dengan Castro, merasai bahawa hubungan dengan pihak Rusia kini mewakili kompromi yang tidak dapat diterima. Revolusi mesti disebarkan. Siri negara-negara Amerika Latin dengan kerajaan anti-imperialis atau sosialis mungkin memberikan alam sekitar di mana Kuba dapat hidup dan maraih akses kepada bahan-bahan mentah dan minyak yang ia memerlukan, tanpa bergantung pada Rusia atau AS. Dan di Kuba, sesuatu budaya berbeza sebuah masyarakat yang diyakinkan bahawa nilai-nilai moral seperti perpaduan dan pengorbanan diri adalah jauh lebih bermakna daripada gaji bonus atau akses kepada barangan pengguna dapat menjamin

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
kemajuan ekonomi yang pesat. Ini akan dibantu oleh sebuah sistem di mana seluruh ekonomi dapat berfungsi sebagai sebuah unit tunggal tanpa persaingan atau keuntungan: Ia tidak lagi dapat dinafikan bahawa jalan Che dan Fidel kini mula mengikuti arah yang berbeza. Matlamat Fidel adalah untuk mengukuhkan kehidupan ekonomi Kuba dan keselamatan politiknya sendiri, dan demi itu dia bersedia untuk berkompromi. Misi Che adalah untuk menyebarkan revolusi sosialis. Masa untuk meninggalkan Kuba semakin menghampiri.116 Dua tahun akan berlalu sebelum dia meninggalkan Kuba, tetapi minda Che semakin mempertimbangkan revolusi di luar Kuba. Pada masa yang sama, kebanyakan ucapan dan tulisannya pada awal tahun 1963 mengakui keadaan lemah ekonomi Kuba. Harapan-harapan ekonominya tidak membawa hasil. Sememangnya, beberapa pihak dalam kerajaan Kuba memperdebatkan bahawa polisi berpusat Che dan dedikasinya kepada kemajuan perindustrian sebenarnya bertanggungjawab, sekurang-kurangnya sedikit, bagi krisis itu. Menjelang masa itu, kekurangan barang-barang ganti menjadi sangat tenat, dan barangan Eropah Timur tidak dapat digunakan. Penyesuaian diri menggerakkan kereta dan bas dan menghidupkan jentera. Dalam bulatan-bulatan kerajaan, Che menjadi kurang popular. Namun, di kalangan penduduk, bintangnya masih terang seperti dahulu. Terdapatnya juga tanda-tanda bahawa ketegangan sosial membawa kesan-kesan psikologi. Berat badannya semakin meningkat, dan walaupun dia berkata bahawa ini disebabkan oleh ubat kortison yang dia menggunakan untuk penyakit asma, realitinya adalah bahawa kehidupan tidak aktif telah membawa kesan. Rambutnya yang liar kini dipotong pendek dan kemas walaupun dia masih enggan memakai seragam hijau zaitun dengan cara betul, dengan bajunya yang kemas. Che telah menjadi seorang menteri kerajaan yang mengalami beberapa jam sehari dalam mesyuarat dan majlis-majlis lain. Pada bulan-bulan awal tahun 1963, dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak perempuannya, Celia. Sambil rumahtangga mereka nertumbuh (Che kini mempunyai empat anak), Aleida tidak mempunyai masa lama untuk diluangkan bersama suaminya. Dia meluangkan lebih banyak masa di kementeriannya apabila keadaan di sekitar menjadi lebih tenat, dan apabila krisis dan masalah-masalah berlaku dengan lebih kerap. Rungutan menentangnya kini juga menjadi lebih jelas, dan perasaannya mencerminkan ketegangan. Che, meskipun gayanya yang agak sabar, sentiasa merupakan seorang yang tegas walaupun dia paling tegas dengan dirinya sendiri. Kini, dia kadang-kala menjadi marah apabila kecewa dengan orang di sekelilingnya. Bagi Che, isu usaha sukarela kini menjadi sangat penting. Perdebatannya adalah bahawa ahli-ahli revolusioner tidak berusaha demi kebaikan materialis, tetapi kerana keyakinan. Usaha demi kebaikan umum tidak patut menjadi pengorbanan, tetapi adalah perluahan kesetiaan dan keyakinan sosialis itulah inti insan baru. Seperti yang dia berkata kepada seorang rakan sekerja, Saya tidak mementingkan perubahan ekonomi kecuali jika ia diiringi oleh kemoralan sosialis.117 Maka, usaha sukarela merupakan perluahan tahap teringgi pemahaman politik. Itulah mengapa ia dijangka dari setiap ahli revolusioner, dan mengapa Che membuang dirinya ke dalam usaha sukarela pada bulan-bulan awal tahun itu. Terdapatnya atmofesra kekecewaan dalam diri Che pada masa ini. Perubahan-perubahan yang dia mengharapkan belum berlaku. Sokongan persaudaraan Kesatuan Soviet runtuh selepas cabaran pertama. Kawalan berpusat yang dia mendirikan tidak beroperasi seperti yang dijangka. Karangan yang ditulis pada bulan Februari 1963, Menentang Birokrasi,118 dari beberapa segi mengkritik dirinya sendiri serta mendedahkan kelemahan dan keburukan kerajaan Kuba. Desakan pada usaha sukarela sebagai penyelesaian mencerminkan unsur ini dalam pemikiran Che dari mula-mulanya, keyakinan bahawa hasrat dan ketekunan ahli-ahli revolusioner dapat mengatasi segala batasan, malah batasan objektif. Tetapi idealisme ini kini dikritik secara terbuka oleh pihak Komunis lama di sekeliling Castro.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Pada bulan Mei, Che membuat ucapan semasa sambutan ulangtahun majalah Hoy yang mencontohi pengenalannya kepada buku lupuk dan dogmatik mengenai parti MarxsisLeninis iaitu sebuah antologi petikan dari ahli-ahli teori Soviet dan ucapan-ucapan Fidel: Salah seorang penulis biografinya, Massari, menyesali pujian Che bagi buku kecil yang buruk dan lemah dari segi teori ini. Ia adalah perkara aneh bahawa Che, yang sangat kritikal terhadap jalan ekonomi yang diambil oleh pihak Soviet, seolah-olah tidak mempunyai pemahaman mengenai malapetaka sosial, kezaliman dan penindasan dalam masyarakat Soviet. Realitinya adalah bahawa dia tidak memiliki alat-alat teori yang mungkin membolehkannya menjauhkan diri daripadanya. Dia terkunci dalam Marxsisme primitif.119 Ini mungkin kelihatan seperti pentafsiran yang tegas, tetapi ia disahkan oleh perdebatanperdebatan yang mengikuti. Jurnal Nuestra Industria (Industri Kami) mula diterbitkan pada bulan Jun, dengan tujuan jelas untuk memulakan perdebatan mengenai masa depan ekonomi Kuba. Di sini Che memperkembangkan idea-ideanya mengenai ekonomi berdasarkan perangsang moral (iaitu politik) dan bukannya perangsang materialis, meneruskan tema penciptaan insan baru. Pihak pro-Soviet dalam dan di sekeliling kerajaan memasuki perdebatan ini dengan ganas, tetapi Che tidak menyerah diri. Pada masa yang sama, dia terlibat dalam perdebatan lain dengan pihak Komunis di Amerika Latin. Dengan segala kekuasaan Revolusi Kuba di belakangnya, Guevara mendesak bahawa perjuangan revolusioner mestilah menjadi perjuangan bersenjata yang didasarkan pada kaum petani dengan sokongan materialis dan politik ditawarkan kepada mana-mana kumpulan yang bersedia untuk melancarkan perang gerila pada dasar itu, walauapapun asal-usul politik mereka. Maka, misalnya, dia menyokong kumpulan-kumpulan Trotskyis di Venezuela di antara yang lain lalu membara kemarahan sekutu-sekutu Komunis Kuba. Dalam kata akhir kepada Perang Gerila, diterbitkan pada bulan September, Che mengulangi idea-idea yang diutarakan dalam karya tersebut: Untuk menjadi parti barisan hadapan adalah sama dengan mengetuai kelas pekerja dalam rampasan kuasa, untuk mengenali cara memimpinnya menuju rampasan kuasa itu, malah memimpinnya melalui jalan pendek.120 Sambil dia menggunakan istilah kelas pekerja, Che mendesak berkali-kali dalam karangannya bahawa tentera gerila mesti bertapak di kawasan desa, dan mencari ahli di kalangan kaum petani, kerana ia adalah mereka yang telah mengalami pengeksploitasian yang paling dasyhat. Tetapi kesusahan tidak melahirkan ahli-ahli revolusioner secara automatik. Sebaliknya, tanpa pertubuhan kolektif dan keyakinan yang berasal dari pengalaman perjuangan, dan tanpa kuasa untuk menyerang hati kapitalis iaitu jenterajentera pengeluaran kesusahan dapat menghasilkan kehampaan dan perasaan mandul. Sebenarnya, rencana ini adalah serangan berkabus terhadap parti-parti Komunis di Amerika Latin, yang telah gagal memimpin revolusi. Che sangatlah tepat untuk mengarahkan tuduhan terhadap mereka. Namun, dalam menolak peranan khusus mereka, dia juga mengetepikan tradisi pertubuhan revolusioner massa dan menggantikannya dengan tindakan-tindakan tekun oleh kumpulan-kumpulan ahli revolusioner kecil yang dapat, dalam kata-katanya, membangkitkan kemarahan musuh. Pengalaman bakal menunjukkan bahawa kemarahan ini akan diarahkan terhadap kaum pekerja dan bukannya terhadap ahliahli gerila. Dan penguasaan sesuatu teori gerila, di mana kaum pekerja disingkirkan kepada peranan pasif, meninggalkan mereka dalam keadaan tidak bersedia dari segi pengaturan dan politik bagi serangan-serangan tersebut. Masa terbitan rencana itu sangatlah penting. Sambil perdebatan ekonomi berkembang dengan mendalam, Fidel sedang bergerak menuju kedudukan yang Che mempertahankan. Meskipun sambutannya yang ghairah semasa lawatan ke Moskow pada bulan Mac, Fidel

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
juga menyedari kepentingan gerakan antarabangsa untuk membantu Kuba membebaskan diri daripada pemulauan politik dan ekonomi. Memetik secara langsung dari Deklarasi Havana Kedua oleh Fidel pada bulan Januari 1962, Che mengulangi bahawa fasa revolusi seterusnya akan berlaku di Amerika Latin: Seperti yang dikatakan oleh Fidel, cordillera Andes akan menjadi Sierra Maesta Amerika Latin... Ini bermakna bahawa ia akan menjadi perang berpanjangan; ia akan memiliki pelbagai medan pertempuran dan ia akan membawa darah dan pelbagai pengorbanan bagi jangka masa yang panjang.121 Che mungkin mempertimbangkan unit gerila yang sudah bersiap-sedia untuk melancarkan medan pertempuran yang pertama di Salta, Argentina. Ia akan memberikan, pada tahun seterusnya, pelajaran-pelajaran tragik mengenai batasan strategi ini. Pada bulan yang sama, Che kembali ke Moskow sebagai ketua rombongan kerajaan Kuba bagi sambutan ulangtahun Revolusi Rusia dan untuk mengikuti pembukaan sebuah Wisma Persahabatan Soviet-Kuba di Moskow. Sambutannya sangatlah berbeza daripada sambutannya tiga tahun sebelumnya sikap Che terhadap Kesatuan Soviet juga telah berubah. Parti-parti Komunis Amerika Latin yang bakal berjumpa semasa kongres serantau di Havana telah merungut dengan pahit lepada Moskow mengenai kedudukan-kedudukan politik Che dan Fidel yang baru. Selepas krisis peluru berpandu, polisi parti-parti Komunis di merata dunia mengikuti garisan kehidupan damai Moskow. Dari segi bersejarah, parti-parti ini sentiasa mengikuti arahan politik yang dibentangkan oleh Kesatuan Soviet.122 Mesej yang disampaikan kepada Che semasa lawatannya ini tidak dapat dipertikaikan. Polisi perang gerila merupakan cabaran terhadap strategi perubahan beransur-ansur. Selepas kembali ke Kuba, Che membuat ucapan pada 20hb November di mana dia menjelaskan bahawa dia tidak kagum dengan perbincangan-perbincangannya di Moskow. Ia adalah penting bahawa dia menyampaikan ucapan ini di Santiago, berjauhan dari kongres Parti Komunis yang sedang berlaku pada masa yang sama di Havana. Walaupun hanya beberapa orang menyedarinya, ketidak-hadiran Che di mesyuarat Havana merupakan tanda pertama bahawa sesuatu yang asas telah berubah. Bagi sesiapa yang ingin memperhatikannya, Che sudah berada dalam proses menjauhkan dirinya dari rutin biasa dan bakal melesap dari kalangan mereka.123 Menurut Anderson, Che memberitahu Fidel bahawa dia ingin meninggalkan kerajaan Kuba lebih kurang pada masa yang sama.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com XIII. Bukan Perkahwinan Mahupun Penceraian


Pemisahan perjalanan mereka hanya berlaku setahun selepas itu, tetapi keputusan itu diambil pada akhir tahun 1963.124 Perhatian Che semakin diberikan kepada Afrika, dan dalam ucapannya pada bulan September, dia berucap dengan panjang mengenai keadaan di sana. Dia telah mengunjungi Maghribi pada bulan Julai dan telah memulakan persahabatan dengan Ben Bella, iaitu presiden negara itu dan pemimpin perjuangan kemerdekaan di sana. Mereka bersetuju bahawa peristiwa-peristiwa di Kongo meletakkan negara itu di hati benua Afrika. Pembunuhan Patrice Lumumba pada tahun 1961 telah menghapuskan salah seorang pemimpin paling berwibawa dalam proses kemerdekaan Afrika, tetapi pada tahun 1963, perjuangan itu bakal meletus sekali lagi, di bawah kepimpinan salah seorang timbalan Lumumba. Di Amerika Latin, pertubuhan gerila Argentina yang Che menyokong dan mengatur dari Kuba kini didirikan di daerah Salta, dan sedang bersiap-sedia bagi permulaan kempen-nya pada awal tahun 1964. Ia adalah jelas bahawa Che ingin mengetuai kumpulan tersebut dua daripada rakan seperjuangannya sudah berada dengan Masetti. Dalam minda Che, tanahairnya merupakan kunci, dan terdapatnya sebuah rangkaian pertubuhan-pertubuhan di sana yang dapat menjadi kuasa penting jika ia disatukan di belakangnya. Bolivia dan Venezuela juga diberikan kepentingan dalam minda Che, walaupun Parti Komunis Venezuela jelasnya menentang apa-apa operasi bersenjata di negara itu, dan malah pihak Bolivia hanya memberikan pengesahan rasmi bagi strategi umum Che.125 Inilah isu-isu yang menarik Che kembali kepada perjuangan. Kemarahannya dan sikapnya yang semakin tegas terhadap mereka yang berada di sekelilingnya merupakan tanda-tanda kekecewaannya. Walaupun dia mempunyai keluarga yang disayangi, perasaan peranan bersejarah Che jelasnya tidak dapat dicapai dari sebalik meja. Terdapatnya faktor-faktor lain yang mendorongnya. Populariti-nya yang semakin merosot di kalangan pihak Komunis yang karib dengan Fidel dan dengan pihak Soviet, merupakan satu faktor. Hanya beberapa bulan sebelum itu, dia telah menikmati kekuasaan dalam Revolusi Kuba yang hanya ditandingi oleh Fidel. Kini, ia kelihatan seolah-olah Fidel sedang bergerak dalam arah bertentangannya dengannya, mungkin juga melihatnya sebagai pesaing. Terdapatnya unsur-unsur tingkahlaku Fidel yang tidak dapat diterima oleh Che. Dari satu segi, Che merupakan seseorang yang percaya secara dogmatik dalam prinsip-prinsip dan kepercayaan tulus. Bertentangan dengan itu, Fidel merupakan seorang ahli politik, seorang pragmatis yang membuat keputusan berdasarkan keadaan di sekelilingnya, dan yang mengubah keputusannya apabila keadaan berubah. Sambil menikmati sanjungan hadirin Rusia, misalnya, Fidel juga sedang menjelajahi jalan-jalan komunikasi dengan Amerika Syarikat. Dan usaha ini menikmati sedikit kejayaan, sebelum pembunuhan Kennedy mengakhiri perbincangan-perbincangan tersebut. Che mempunyai pengetahuan mengenai perbincangan-perbincangan ini dan menentangnya sepenuh hati. Sejak permulaan revolusi, dia memperdebatkan bahawa imperialisme merupakan musuh dan bahawa ia tidak akan berubah hanya kekalahan imperialis dapat membuka jalan kepada revolusi. Dalam kepercayaan ini, Che tidak pernah berdolak-dalik. Namun, menjelang akhir tahun itu, Fidel mula berucap secara awam mengenai pengembalian kepada perjuangan bersenjata di benua Amerika Latin. Che tidak memercayai apa yang dia melihat sebagai retorik yang direka untuk memikat hati AS dan Kesatuan Soviet. Sememangnya, persetujuan-persetujuan baru dengan Rusia menandakan kepadanya, dengan tepat, bahawa ikatan-ikatan itu sedang menjadi lebih ketat. Ini sememangnya bukanlah menakjubkan. Apa yang kelihatan seperti perdebatan-perdebatan teknikal mengenai ekonomi pada separuh kedua tahun 1963 sebenarnya merupakan perdebatan politik. Kontroversi perasang moral/materialis sebenarnya melibatan persoalan jika ekonomi

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
akan diatur mengikuti idea-idea keuntungan dan kecekapan atau mengikut keperluan sosial.126 Dalam kajian-kajian rasmi selepas itu, pertikaian tersebut digambarkan sebagai perbezaan pendapat yang kecil bagi Che, ia merupakan perbezaan politik dan prinsip. Kebanyakan rakan sekerja Che berdebat dengannya apabila keputusannya untuk meninggalkan kerajaan diketahui pada awal tahun 1964, mendesaknya untuk berjuang demi polisi-polisi perindustrian yang dia telah menyokong. Tetapi Che enggan menukar keputusannya. Sejauh berkenaan dengannya, Perjanjian Gula Kuba-Soviet pada tahun 1964 hanya mengesahkan apa yang dia sudah menyedari. Ekonomi Kuba sekali lagi akan bergantung pada pengeluaran gula, dengan segala pergantungan pada pasaran luaran yang akan mengikuti. Pengasasan sebuah Jabatan Pengeluaran Gula, pada bulan Julai, yang jatuh di luar kawalannya merupakan bukti terakhir, jika bukti masih diperlukan.127 Che sedang menyediakan pemulangannya kepada pangkuan perjuangan gerila. Beberapa penulis telah mencadangkan bahawa ini merupakan hasil keresahannya, bergabung dengan perasaan bahawa usahanya di Kuba sudah selesai. Ini sebenarnya adalah pentafsiran romantik, yang sebenarnya tersilap. Che merupakan seorang revolusioner, yang setia kepada projek kebebasan. Ia adalah mustahil untuk mengetepikan fakta bahawa bintangnya telah menjadi semakin pudar, bahawa kekuasaannya dalam revolusi menjadi semakin lemah setiap hari. Dia telah menjelaskan kritikan-kritikannya mengenai pihak Komunis di Moskow dan Amerika Latin, dan kini mereka mengetepikannya secara sistematik. Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa Che tidak mempunyai keinginan untuk kembali kepada perjuangan bersenjata. Tetapi sebab-sebab bagi pengembaliannya adalah lebih rumit,,dan paling sekali, bersifat politik. Namun, rancangannya tidak mengikuti aliran yang dijangka. Tentera Gerila Rakyat di Argentina, yang dia ingin memimpin, dihapuskan dan majoriti daripada keahliannya dibunuh sebelum ia dapat mengikut apa-apa tindakan. Menjelang akhir bulan Mac 1964, ia tidak lagi wujud. Buat masa itu, Argentina bukanlah kemungkinan besar. Kongo telah timbul dalam pemikiran Che selama beberapa bulan dan kini diberikan kepentingan yang lebih mendalam. Kedudukan Che dalam Revolusi Kuba dan dalam kerajaan Kuba yang baru semakin kehilangan kepentingan. Dia lebih terlibat dalam persediaan bagi fasa seterusnya dalam kehidupannya. Pada bulan Mac, dia mengetuai rombongan Kuba ke mesyuarat PBB mengenai perdagangan dan pembangunan di Geneva. Sambutan ghairah yang dia menerima apabila dia berucap merupakan bukti kedudukan dan populariti-nya di luar negara. Ia mungkin menandakan ketika apabila peranan dan kedudukan Che mula dibahagikan daripada hubungannya dengan Kuba. Ucapannya di mesyuarat itu agak pendek dan bersifat anti-imperialis ia seolah-olah merupakan pendahuluan bagi ucapannya yang lebih terkenal kepada PBB di New York pada akhir tahun itu. Dan sambil dia disokong oleh beberapa pihak, dia juga diberikan sambutan dingin oleh ramai ahli rombongan Eropah Timur dan Amerika Latin. Dia mengambil beberapa hari untuk mengunjungi Maghribi sekali lagi, dan untuk mengkaji keadaan Afrika dan Ben Bella. Apa yang dia diberitahu mengesahkan kepercayaannya bahawa Kongo merupakan medan penting dalam perjuangan sedunia menentang imperialisme. Ini jelasnya sudah dipertimbangkannya apabila dia kembali ke Kuba pada bulan April. Tetapi dia masih bertanggungjawab bagi kementerian perindustrian. Keresahannya semasa mesyuarat dan perbincangan menjadi semakin mendalam. Semasa satu mesyuarat, dia mengeluarkan siri barangan baru sebuah patung, zip yang tidak berfungsi, permainan yang mudah pecah dan membuangkannya pada meja untuk menunjukkan masalah dengan industri muda Kuba. Jentera-jentera Eropah Timur sangatlah kasar dan biasa, dan tugas-tugas dilakukan dengan kurang pasti. Che juga kelihatan bersedia untuk mengulas, sekurang-kurangnya secara peribadi, mengenai isu-isu lain. Dia menotakan pengukuhan kuasa dalam birokrasi pemerintah yang baru.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Dalam temuramah dengan seorang wartawan Meksiko, dia membincangkan peranan kesatuan-kesatuan pekerja sebagai tali perintah dari kerajaan kebebasan mereka adalah palsu.128 Dia terus memperdebatkan persoalan-persoalan besar mengenai bentuk dan sifat sebuah ekonomi sosialis, tetapi bagi rakan-rakan sekerjanya, dia kelihatan semakin bosan dan resah, berjauhan dengan isu-isu seharian yang lebih penting. Pada bulan November, Che kembali ke sambutan ulangtahun di Moskow. Ia merupakan lawatan diplomatik sepenuhnya. Dalam perbincangan tidak rasmi dengan para pelajar Kuba di Havana, dia menggambarkan lawatannya, tetapi sekali lagi membentangkan kritikannya mengenai negara-negara Komunis Eropah Timur. Desakan mereka untuk membenarkan hukum-hukum pasaran menentukan bentuk ekonomi telah menghadkan pembangunan mereka, dia berkata, dan melemahkan mereka dalam persaingan dengan negara-negara kapitalis di Barat. Ia merupakan antara sumbangannya yang terakhir kepada perdebatan yang telah melibatkannya selama lebih dua tahun, dan di mana dia dikalahkan. Kehadirannya semasa Majlis Umum PBB di New York pada 9hb Disember dari satu segi merupakan tindakan terakhirnya sebagai seorang warga Kuba dan tindakan pertamanya seagai seorang ahli revolusioner antarabangsa. Ucapannya semasa mesyuarat tersebut sangatlah tegas. Dia mengutuk imperialisme dengan istilah-istilah paling kuat dan membuat ulasan kritikan mengenai blok Komunis, walaupun secara tersirat. Sebahagian besar daripada ucapannya mempertimbangkan Kongo, yang mencadangkan kepada ramai pengulas bahawa dia sedang mencari arah baru. Dia seolah-olah mengakui ini dalam rancangan khas televisyen, Face the Nation, di mana dia ditemuramah oleh tiga wartawan. Ia didedahkan beberapa tahun selepas itu bahawa dia juga berjumpa dengan seorang senator Amerika dan kemudiannya dengan calon presiden, Eugene McCarthy, dan mengesahkan sokongan Havana bagi gerakan-gerakan revolusioner di Amerika Latin.129 Pada bulan Januari, Che kembali ke Maghribi. Di sana, dalam temuramah dengan baldu penulis anti-imperialis yang terkenal, Frantz Fanon, Guevara berkata, Afrika adalah di antara medan atau adalah medan pertempuran paling penting pada hari ini... Terdapatnya kemungkinan besar bagi kehjayaan di Afrika, oleh kerana pergolakan yang sedia ada, tetapi terdapatnya juga kebahayaan besar.130 Dia mengunjungi China selama beberapa hari pada awal bulan Februari sebelum mengunjungi beberapa negara Afrika untuk menjumpai apa yang dia menamakan sebagai (dalam Bahasa Inggeris) pejuang kemerdekaan di benua itu. Karya peribadi mengenai perjumpaan-perjumpaan itu, diterbitkan 30 tahun selepas kematiannya, menunjukkan bahawa Che agak risak dengan gaya kehidupan dan kekurangan persediaan mereka.131 Pada 25hb Februari, Che menyampaikan ucapan terkenal dan berkontroversi di Algiers semasa mesyuarat perpaduan Dunia Ketiga. Ia merupakan kritikan paling jelas dan mendalam mengenai Kesatuan Soviet yang dia telah menyampaikan sehingga itu. Dia berkata bahawa kegagalan untuk menyokong gerakan-gerakan kebebasan telah menjadikan Rusia sekutu imperialisme, dan dia menuntut agar negara-negara sosialis memberikan bantuan materialis bagi pejuang-pejuang kemerdekaan di Vietnam dan Kongo. Pihak Rusia sangatlah marah. Adakah Fidel bersetuju dengan Che? Ia masih diperdebatkan pada hari ini. Tetapi Fidel berada di lapangan terbang untuk menjemput Che apabila dia kembali pada pertengahan bulan Mac. Mereka berbincang secara peribadi selama beberapa jam dan tanpa rakaman. Kemungkinan besar Fidel gembira bahawa Che telah mencabar pihak Rusia tanpa melibatkan dirinya. Pada masa yang sama, ia menjamin bahawa Che tidak lagi akan memegang kedudukan dalam kerajaan Kuba yang terus bekerjasama dengan pihak yang dia telah mengutuk. Apabila Che kembali ke Kuba, dia sudah meletak jawatannya. Ia telah dicadangkan bahawa dia kemudiannya didesak untuk berhijrah ke Kongo, walaupun Amerika Latin merupakan fokus pemikiran strategik Che. Sebenarnya, terdapatnya hanya beberapa petanda baik di Amerika Latin pada masa itu, dan Che sendiri telah meletakkan Kongo di hati perjuangan

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
anti-imperialis. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Aleida dan anak lelakinya yang hanya dilahirkan beberapa hari sebelum itu. Pada 1hb April, seorang lelaki yang tidak berjanggut, berpakaian kemas dan memakai cermin mata gelap, melepasi lapangan terbang antarabangsa Havana. Tidak terdapatnya upacara untuk menandakan perjalanan terakhir Che Guevara dari Kuba. Karangan Che yang paling terkenal, Manusia dan Sosialisme di Kuba, diterbitkan dalam majalah radikal di Uruguay, iaitu Marcha, pada bulan Mac 1965, dan hanya selepas itu di Kuba, dalam malah tentera Verde Olivo. Dari satu segi, ia merumuskan perdebatan dan pertikaian pada empat tahun sebelumnya. Mengapakah dia sangat mementingkan persoalan kesedaran baru? Ia jelasnya bukanlah kerana sebab-sebab ekonomi, atau kerana orang yang setia adalah pengeluar yang lebih cekap walaupun perdebatan-perdebatan mengenai perangsang moral mencerminkan apa yang dia melihat sebagai keperluan untuk mengubah ekonomi Kuba dengan pesat. Ia menusuk hati idea-idea politik Che, kerana ia menekan faktor subjektif sebelum faktor objektif, usaha keinginan yang dapat mengatasi keadaankeadaan materialis yang susah. Ini merupakan konsep utama dalam Perang Gerila, dan dinyatakan dengan lebih jelas dalam karangannya yang terakhir, Perang Gerila: Sesuatu Cara. Ia bertentangan dengan tradisi revolusioner yang menyedari hubungan dialektik di antara individu dan keadaan-keadaan yang Marx telah merumuskan dalam hukum terkenal: Manusia menciptakan sejarah, tetapi bukannya di bawah keadaan-keadaan yang dipilih sendiri. Che mengabaikan bahagian kedua daripada pendapat Marx dan hanya menekan wawasan hubungan-hubungan sosial yang baru lagi berbeza: Manusia di bawah sosialisme, meskipun keseragaman luaran, adalah lebih lengkap; meskipun kekurangan jentera sesuai pada mulanya, peluang-peluangnya untuk meluahkan diri dan untuk menjadikan dirinya terasa dalam organisma sosial adalah jauh lebih besar.132 Bagi Che, masyarakat baru dilahirkan akibat perubahan semangat, maka kritikan tegas terhadap dogmatisme dalam seni: Ini bukanlah persoalan berapa banyak daging mungkin dimakan oleh seseorang, mahupun persoalan berapa kali setahun seseorang dapat bercuti di pantai... Apa yang sebenarnya terlibat adalah bahawa individu merasai dirinya lebih lengkap, dengan kekayaan dalam yang lebih tinggi dan tanggungjawab yang lebih penting.133 Bagi Marx, kemungkinan perubahan sosial bangkit dari perkembangan kuasa-kuasa produktif yang bercanggah, di bawah kapitalisme, dengan hubungan-hubungan sosial pada mana perkembangan itu bergantung. Kemampuan lebih tinggi bagi pengeluaran kekayaan bersama dengan ketidak-samarataan di antara mereka yang memiliki dan mereka mereka yang menghasilkan kekayaan itulah sifat utama kapitalisme. Ia juga adalah sebab mengapa kapitalisme menghasilkan perjuangan kelas. Namun, hasil perjuangan itu bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kejayaan kelas pekerja akan bergantung pada pengaturannya, kepimpinannya, dan idea-idea yang mendorong perjuangannya ke hadapan. Namun, perkara penting adalah bahawa revolusi dibina oleh seluruh kelas pekerja, yang mengamalkan kuasa sebagai sebuah kelas. Ketidak-sabaran Che, tekanannya pada kesedaran dan keyakinan ahli-ahli revolusioner, bangkit dari kepercayaan, seperti yang dia berkata berkali-kali, bahawa perubahan tidak perlu menunggu pembinaan pertubuhan itu tetapi dapat muncul selepasnya. Ia adalah ahliahli revolusioner, dan bukannya kelas pekerja, yang merupakan pelakon-pelakon utama dalam konsep revolusi Che. Che menulis rencana ini sambil dia bertolak ke Kongo. Dia juga meninggalkan karya yang lebih pendek surat selamat tinggal kepada Fidel. Tetapi ini hanya diterbitkan enam bulan selepas itu. Dia kini telah meninggalkan Kuba. Walaupun dia dijangka mengikuti perjuangan di Argentina, ia adalah Kongo yang mengalu-alukannya. Sebahagiannya, ini disebabkan oleh

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
penumbangan perjuangan gerila di Argentina. Namun, ia seiras dengan wawasan Che mengenai cara untuk mengalahkan imperialisme, bahawa perjuangan patut diutarakan pada beberapa medan. Perang di Vietnam telah menjadi semakin genting, dan Che tidak pernah meragui bahawa Amerika Latin akan menjadi medan pertempuran kedua, walaupun keadaan pada masa itu kurang baik. Pihak gerila Guatemala dan Peru telah mengalami kekalahan serius, dan tapak perjuangan tidak dapat dibina di Bolivia atau Argentina. Kebangkitan semula perjuangan di Kongo pada tahun sebelumnya mencadangkan kepadanya bahawa medan ketiga sudah beroperasi. Che merupakan sebahagian daripada kumpulan hadapan kecil. Dalam masa setahun, lebih kurang 100 warga Kuba bakal berpindah ke sana. Che telah mengunjungi Afrika hanya dua bulan sebelum itu. Kunjungannya ke China pada awal bulan Februari kemungkinan besar dibuat untuk mentafsir sikap kerajaan China terhadap perjuangan di Kongo. Kini dia melalui beberapa negara ke Dar es Salaam di Tanzania, di mana presiden negara itu, Julius Nyerere, merupakan seorang penyokong Kuba tanpa persoalan. Che sudah meluahkan keresahannya mengenai beberapa pemimpin perjuangan di Afrika dia mendapati mereka tidak bersedia, keliru dan malas. Kini beberapa pemimpin utama dalam perjuangan Kongo tidak muncul untuk menjemput kumpulan Kuba atau pemimpin mereka, Ramon, (nama samaran Che). Mereka berada di Kaherah untuk membincangkan perdebatan dan pertikaian dalaman. Pada 24hb April, Che melintasi Tasik Tanganyika dari pelabuhan Kigame di Tanzania dan berdiri buat kali pertama pada tanah Kongo. Apa yang dia menjumpai, bertentangan dengan jangkaannya, merupakan sebuah kumpulan berbahagi dan tidak berdisiplin yang sangat membencikan pemimpim-pemimpin yang hidup dengan mewah berjauhan dari medan pertempuran.134 Che sangatlah terkejut. Dia juga tidak dapat berkomunikasi dengan para pejuang dengan baik, walaupun seorang penerjemah berbahasa Perancis telah datang dengannya. Anderson melaporkan kerisauannya dengan pengaruh fikiran ajaib di kawasan itu.135 Lebih penting lagi, pihak Kuba tidak menyelidik kawasan itu dengan cukup baik. Latihan hutan mereka, misalnya, tidak menyediakan mereka bagi ngarai, jalan genting dan cenuram di kawasan pergunungan ini. Kepentingan Kongo dari segi geografi dan politik tidak dapat dipertikaikan. Tetapi keadaan di negara yang luas itu sangatlah rumit. Kawasan Katanga yang kaya dengan sumber mineral berpisah di bawah Moise Tshombe pada pertengahan tahun 1964, dengan galakan Barat. Tshombe telah mengatur sebuah kuasa ketenteraan di bawah kolonel Britain Mike Hoare dan yang sedang menyerang pihak pemberontak secara teratur dan dengan bekalan baik. Ia adalah jelas bahawa penyokong-penyokongnya di Britain, Belgium dan Amerika Utara melihat Katanga yang merdeka ini sebagai jambatan dari mana kawalan ke atas seluruh Kongo dapat dicapai. Menjelang pertengahan tahun itu, ia merupakan pemberontak nasionalis sayap kiri yang menguasai majoriti kawasan luas tersebut. Namun, mereka tidak bersatu-padu. Beberapa kumpulan bersenjata yang berlainan berjuang demi kuasa, meskipun kesetiaan rasmi mereka kepada Majlis Kemerdekaaan Kebangsaan. Keadaan itu dirumitkan lagi oleh sokongan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan berlainan oleh China dan Rusia, di mana pembahagian dunia Komunis kini dihasilkan semula di setiap negara di mana terdapatnya pertubuhan Komunis. Campur tangan Barat pada tahun 1964, dan serangan menentang pihak pemberontak oleh tentera Hoare, mengubah imbangan kuasa. Pertempuran secara langsung yang pertama di antara Hoare dan kuasa-kuasa Majlis Kemerdekaan berlaku di sebuah empangan hidroelektik yang penting di Bendera pada bulan Jun, tidak lama selepas ketibaan kumpulan Kuba. Ia merupakan kekalahan besar dan kumpulan Hoare merupakan kumpulan yang berjaya. Diari Guevara merekodkan kehampaannya. Tetapi dia juga mendedahkan

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
kekurangan persediaan, kekurangan pengetahuan mengenai kawasan dan realiti politik. Sekali lagi, Che mengetepikan keadaan-keadaan objektif oleh kerana keyakinannya bahawa faktor-faktor subjektif adalah lebih penting. Sebenarnya, apabila kumpulan Guevara tiba di Kongo, keadaan di sana telah berubah secara mendadak berbanding dengan setahun sebelumnya. Pembahagian dalaman telah menjadi semakin tenat. Pemimpin yang paling diharapkan oleh Guevara, Laurent Kabila, dibuktikan kurang mampu daripada yang dibayangkan. Lebih-lebih lagi, Che dan ramai orang yang mengikutinya dijangkiti penyakit malaria dan asma Guevara menjadi serius. Kerajaan pusat di Kongo, bagi pihaknya, ingin berunding dengan Tshombe. Kemudian pada bulan Jun yang sama bulan pertama di mana kumpulan Kuba terlibat dalam pertempuran aktif Ben Bella, sekutu utama Kuba di kawasan itu, ditumbangkan di Maghribi. Guevara menulis dalam diarinya yang merumuskan bulan itu, Sifat tidak tersusun adalah menyeluruh. Askar Tshombe dan bantuan Baray kepada kerajaan pusat di Leopoldville (kini Kisangani), digabungkan dengan sifat tidak tersusun dan tidak bersedia tentera pemberontak semakin menghancurkan kuasa-kuasa pemberontakan. Pada bulan Oktober, presiden Kongo, Kasavubu, menggantikan Tshombe. Dia kemudiannya menghadiri perjumpaan kerajaan-kerajaan Afrika untuk mengumumkan pengakhiran kebebasan Katanga dan pengunduruan askar-askar berkulit putih. Sebagai ganti, dia meminta para hadirin untuk menamatkan sokongan mereka bagi pihak pemberontak. Pada 20hb November 1965, Guevara dan para pejuang Kuba kembali ke Tanzania. Ekspedisi ke Kongo merupakan malapetaka. Kata-kata pemimpin Mesir, iaitu Nasser, kepada Gievara pada awal tahun itu semestinya menghantuinya. Nasser telah memberi amaran kepada Che, Seorang lagi Tarzan, seorang berkulit putih di antara mereka yang berkulit hitam, memimpin dan mengawal mereka... Ia tidak dapat dilakukan.136 Mengapakah Che memilih Kongo? Beberapa pihak telah mencadangkan bahawa dia melihatnya sebagai peluang latihan bagi pejuang-pejuang gerila Kuba pada masa depan. Che sendiri berkata, Saya akan pergi ke Kongo kerana ia adalah tempat paling panas [penting] di dunia pada masa ini... Saya percaya bagawa kami dapat melukai pihak imperialis di hati kepentingan mereka di Katanga.137 Itu mungkin benar setahun sebelum itu, tetapi apabila Che tiba di sana, imperialisme telah mengatur balasannya dan sedang melaksanakan rancangannya dengan kejam. Pihak pemberontak Kongo tidak dilatih, berbahagi dan tidak berdisiplin. Mungkin Che percaya bahawa reputasi dan kedudukannya dapat menyatukan kuasa-kuasa pemberontak, atau bahawa pengetahuan ketenteraannya dapat mengatasi kelemahan mereka. Jika ya, ia merupakan sikap naif atau angkuh. Walauapapun, peristiwa itu merupakan bukti bahawa prinsip-prinsip umum tidak mencukupi keadaan-keadaan khusus sesuatu perjuangan membentukkan sifatnya. Ia adalah benar bahawa ekspedisi Che disokong oleh Fidel. Sebahagian daripada in disokong oleh maklumat salah yang Castro menerima mengenai realiti keadaan di Kongo. Ia adalah benar bahawa Kuba terlibat secara aktif di Afrika sejak itu, dan terutamanya di Angola dan Afrika Timur pada tahun 1970-an. Tetapi menjelang masa itu, peranan Kuba terikat dengan kepentingan-kepentingan Soviet di kawasan itu. Ini sangatlah benar di Ethiopia, di mana askar Kuba berjuang dalam pemberontakan Somalia demi pertahanan sebuah rejim zalim lagi ganas yang bersekutu dengan pihak Soviet. Ia mungkin adalah benar bahawa pertimbangan yang serupa mempunyai pengaruh pada keputusan untuk menghantar pasukan Kuba ke Kongo. Enam bulan selepas perjalanannya dari Kuba, pada bulan Oktober 1965, Fidel menerbitkan surat selamat tinggal Che, di mana dia mengumumkan letakan jawatannya dan perlepasan kewarganegaraan Kuba:

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Saya membawa ke medan pertempuran baru kepercayaan yang anda telah menyemai dalam diri saya, semangat revolusioner rakyat saya, perasaan memenuhi tugas yang paling suci: untuk berjuang menentang imperialisme walau di mana seseorang berada... Saya hanya akan berkata bahawa saya membebaskan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab kecuali itu yang muncul dari contoh saya.138 Ia merupakan sanjungan tinggi kepada Fidel. Ia juga merupakan dokumen yang melepaskan Fidel atau kerajaan Kuba daripada apa-apa tanggungjawab bagi apa yang mungkin berlaku di Afrika. Tetapi persoalannya masih bangkit mengapakah Fidel mengumumkan surat itu pada masa tertentu? Ia menyebabkan kesusahan besar bagi Che di kalangan komrad-komrad Kuba, bagi siapa ia dianggap sebagai penganiayaan. Ia juga menjadikannya mustahil bagi Che untuk kembali ke Kuba kecuali secara sulit dan berahsia. Che menetap seketika di Dar es Salaam sebelum berpindah ke Prague. Ia adalah di sana, dalam perbincangan dengan komrad-komrad dari Kuba, yang dia mengambil keputusan untuk membawa perjuangan ke Bolivia. Terdapatnya perdebatan akan sebab mengapa dia memilih Bolivia.139 Tetapi ia disetujui bahawa dua belas minggu itu di ibu negara Czekoslovakia merupakan hari-hari paling gelap dalam kehidupan Che. Dia tidak sihat, dan keadaannya menjadi semakin tenat akibat ubat batuk Rusia yang usang. Dia juga bersendirian. Aleida mengunjunginya, tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap susah sebelum dia bertolak ke Kongo. Dia diserbu dengan nasihat dan tekanan, tetapi masa depannya belum ditentukan.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com XIV. Perjalanan Terakhir


Keputusan terakhir mungkin sekali diambil bersama oleh Fidel dan Manuel Pieiro, iaitu ketua perkhidmatan keselamatan Kuba. Che sendiri ingin kembali ke Argentina, tetapi sekutu-sekutunya sudah meninggal dunia atau berada dalam penjara. Kumpulan gerila Venezuela sudah didirikan, tetapi dibelenggu oleh pertikaian dalaman dan, oleh kerana sebab-sebab rumit, menentang kehadiran Che. Kumpulan gerila Peru telah mengalami kekalahan besar. Perbincangan di Prague akhirnya berpusat pada Bolivia, di mana pihak gerila di bawah Masetti telah berkumpul dalam persediaan bagi tindakan mereka pada tahun 1964. Kecewa selepas Kongo, dan merasai dirinya terpulau dan diketepikan akibat penerbitan surat selamat tinggalnya, pengesahan strategi gerila semestinya berada di pusat minda Che. Dari segi itu, Bolivia merupakan tapak pelancaran bagi pembinaan semula foko gerila di Argentina utara. Untuk mengaturnya dari sebuah rumah pangsa di pusat Prague sememangnya tidak masuk akal. Tetapi Che enggan kembali ke Havana, dan ia memerlukan perjumpaan dengan Ramiro Valds, seorang komrad lama dan salah seorang pegawai paling penting di Kuba, untuk meyakinkannya untuk kembali ke ibu bandar Kuba secara sulit dan mula mengatur kuasa gerila dari sana. Ernesto Che Guevara kembali ke Kuba pada pertengahan bulan Julai 1966. Tidak terdapatnya majlis-majlis jemputan. Sebaliknya, dia kembali ke ladang terpencil untuk memulakan latihan kumpulan Bolivia. Beberapa daripada mereka merupakan warga Kuba, beberapa lagi merupakan pelajar Bolivia. Dia diiringi ke merata-rata oleh Pieiro, yang kini telah menjadi salah seorang sekutu Fidel yang paling karib. Jika ekspedisi ke Kuba menerima sokongan peribadi Castro masih belum dijelaskan. Che telah kembali ke Kuba tanpa semangat, tetapi menerima bahawa Kuba merupakan tapak persediaan yang lebih baik daripada Eropah Timur. Fidel mendakwa kemudian bahawa Che tidak sabar bermakna bahawa persediannya tergesa-gesa dan tidak lengkap.140 Meskipun itu, Che kekal di sana sehingga bulan November sambil pengikut-pengikutnya membuat persediaan bagi ketibaannya. Adakah ia merupakan usaha yang kurang baik? Mengapakah Che menginginkan perjuangan gerila di Bolivia dimulakan dengan secepat mungkin? Adakah ia kerana dia merasai keperluan untuk memunasabahkan wawasannya selepas malapetaka di Kongo atau kerana dia masih merasai bahawa ketika bersejarah itu masih membolehkan perjuangan menentang imperialisme? Ia tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua unsur ini wujud. Dia mungkin juga dipengaruhi oleh nada ucapan-ucapan terbaru Fidel, yang sekali lagi membentangkan panji-panji revolusi Amerika Latin meskipun kutukan Moskow. Fidel sedang bersedia bagi Mesyuarat Tricontinental pada bulan Januari 1967 dan sedang mengarahkan ucapanucapannya kepada para pejuang kemerdekaan di Dunia Ketiga. Ia mungkin juga merupakan cara untuk membuka ruang kecil bagi kebebasan dari Rusia dan China. Dari segi retrospek, ia adalah jelas bahawa ini tidak mewakili apa-apa perubahan arah yang serius pada pihak Castro. Jika apa-apa, ia merupakan peralihan taktik, sesuatu penyesuaian pragmatik yang menyifatkan Fidel. Sambil dia memberikan sokongan materialis kepada projek Che, dia tidak memberikannya sokongan awam. Namun, dari sudut pandangan Che, ini menawarkan peluang memunasabahkan strateginya. Dia akhirnya merupakan seorang revolusioner terkenal yang hanya 18 bulan selepas itu menikmati sokongan padu di mana jua. Jika terdapatnya pilihan lain, Che mungkin mempertimbangkan bahawa Bolivia bukanlah tempat paling baik untuk melancarkan serangan gerila umum di Amerika Latin.141 Beberapa bulan sebelum itu, Peru kelihatan seperti tapak pelancaran yang lebih sesuai, tetapi menjelang akhir tahun 1966, para pemimpin pertubuhan-pertubuhan gerila yang utama di Peru sudah meninggal dunia dan para penyokong mereka bersurai. Mungkin Bolivia terpaku

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
dalam fikiran Che sebagai tempat permulaan dan tapak belakang bagi tentera gerila Argentina, yang masih merupakan keutamannya. Fidel kemudiannya mendakwa bahawa Bolivia merupakan cadangannya sendiri. Tetapi Che telah berkahwin dengan strategi gerila dan kegagalannya di Argentina, Peru dan Guatemala seolah-olah mengukuhkan kepercayaannya dan bukannya mempersoalkan kepercayaan itu. Dari satu segi, Bolivia mungkin kelihatan seperti tempat yang baik bagi pembinaan gerakan revolusioner. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin dan dilaksanakan oleh sebuah gerakan yang dipimpin oleh kelas pekerja telah mengutarakan kerajaan nasionalis sayap kiri di bawah Gerakan Revolusioner Kebangsaan (MNR) yang dipimpin oleh Vctor Paz Estenssoro. Ia menasionalisasikan peraih eksport utama di negara itu lombong-lombong timah. Bagi sebab-sebab yang agak rumit, titik tertinggi dalam perjuangan popular ini diikuti oleh siri kompromi dan penganiayaan. Menjelang awal tahun 1960-an, kesatuan pelombong dan federasi kesatuan pekerja kebangsaan (COB) sekali lagi terlibat dalam perjuangan menentang kerajaan. Pada tahun 1964, Paz Estenssoro yang sekali lagi menjadi presiden ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai oleh seorang pegawai tentera udara, Ren Barrientos. Dua tahun selepas itu, Barrientos menjadi presiden. Keadaan itu sangat rumit. Bolivia adalah sebuah negara yang dibahagikan oleh geografi. Pergunungan Andes Tinggi dan dataran pergunungan altiplano yang luas adalah sumber kekayaan mineral Bolivia dan rumah kepada masyarakat-masyarakat peribumi berbahasa Aymara, yang telah bekerja sebagai pelombon selama beberapa abad. Tetapi di kawasan timur terdapatnya lembahlembah subur dan kawasan perhutanan rimba di sekitar Cochabamba dan Camiri, iaitu pusat pengeluaran minyak. Sejarah perjuangan massa di Bolivia dilahirkan oleh masyarakat-masyarakat perlombongan. Selepas rampasan kuasanya pada tahun 1964, Barrientos memusatkan perhatian kuasa-kuasa penindasan pada para pemimpin kelas pekerja ini. Setahun penindasan kejam diikuti oleh pengukuhan kuasanya dan penindasan pertubuhan-pertubuhan pekerja. Tetapi Barrientos menikmati sokongan popular di kawasan timur di negara itu, kerana dia berjanji untuk meneruskan (walaupun secara terpilih) reformasi pertanian dari tiga atau empat tahun yang lalu, yang telah memberikan 200,000 petani bidang tanah tersendiri. Ini bukanlah para petani miskin yang Guevara mungkin berkata membentukkan tulang belakang tentera gerila. Sebaliknya, sikap mereka adalah agak konservatif dan mereka meragui aktiviti revolusioner, terutama sekali jika ia diamalkan oleh golongan asing. Namun, ia adalah di kawasan inilah yang Che memilih untuk mengasaskan foko gerila yang pertama, di ancahuaz berjauhan dari hati tradisi revolusioner megah Bolivia. Para petani tidak mungkin menyokong para gerila itu. Kuasa revolusioner utama di negara itu berakar di kawasan yang berlainan dan pada masa itu pertubuhan-pertubuhan mereka berada dalam keadaan kucar-kacir. Lebih-lebih lagi, kawasan itu sangatlah berbeza daripada lokasi sesuai yang Che mencadangkan dalam Perang Gerila. Dan di tempat-tempat lain di Amerika Latin, strategi itu telah mengalami kekalahan. Keadaan-keadaan objektif tidak membantu. Namun, semasa Mesyuarat Tricontinental di Havana pada bulan Januari tahun itu, Fidel seolah-olah mengutarakan semula perspektif revolusi Amerika Latin, menjauhkan dirinya dari rancangan beransur-ansur yang menyifatkan parti-parti Komunis di rantau tersebut. Dan setiausaha Parti Komunis Bolivia, Mario Monje, telah mengunjungi Havana dan menjanjikan sokongannya bagi perjuangan bersenjata. Sokongan itu akhirnya tidak menjelma, dan merupakan salah satu sebab utama bagi kegagalan pihak gerila Che. Tetapi penganiayaan Monje tidak patut mengejutkan sesiapa yang mengenali keadaan politik di Bolivia pada masa itu.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Parti Komunis Bolivia telah dibahagikan seperti kesemua parti Komunis yang lain selepas pertikaian Rusia-China. Mereka yang menyokong pendirian China (Maoisme) mengkritik polisi kehidupan damai Soviet dengan dunia Barat dan menyokong idea perjuangan bersenjata di kawasan desa. Parti Maois yang utama di Bolivia, iaitu PCML, diasaskan pada tahun 1965. Pemimpinnya, Oscar Zamora, mengunjungi Kuba pada tahun seterusnya dan menawarkan sokongan logistik kepada Che. Ini mungkin sekali menjadi penting, kerana kritikan mereka terhadap kerjasama Parti Komunis dengan kerajaan nasionalis telah memenangi sokongan beberapa pemimpin kesatuan pekerja, dan terutama sekali, beberapa pelombong penting. Tetapi sambil Castro bersedia untuk berjumpa dengan Zamora di Havana, dia berunding secara eksklusif dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Tawaran sokongan bagi perjuangan bersenjata oleh Monje, yang bertentangan dengan polisi Komunis di rantau itu, mesti dilihat sebagai usaha untuk melemahkan Zamora dan bukannya sebagai perubahan arah yang benar. Mesyuarat Tricontinenal telah mendengar mesej dari Che. Ia merupakan deklarasi awam Che yang terakhir dan mungkin yang paling terkenal. Ia bermula dengan petikan terkenal dari Jos Mart, iaitu pemimpin gerakan kemerdekaan Kuba pada abad ke-19 dan pensyair Kuba abad ke-19 yang termasyhur: Sekarang adalah ketika relau, dan hanya cahaya patut dilihat.142 Tetapi laungan yang bertalun di merata dunia, sambil imperialisme AS mendalamkan perangnya menentang Vietnam dan menyokong balasan-balasan zalim terhadap gerakangerakan kemerdekaan di merata dunia, merupakan seruan Che untuk menciptakan satu, dua, tiga, banyak Vietnam. Mungkin, akhirnya, itulah naluri di sebalik projek Che di Bolivia untuk menciptakan medan anti-imperialis yang pertama. Dia kini menjelaskan bahawa sambil kapitalisme wujud, perjuangan tidak dapat berakhir dan dia menawarkan kehidupan kami, pengorbanan kami sebagai ilham bagi perjuangan yang akan datang. Namun, ia adalah susah untuk percaya bahawa dia menjangka pengorbanan yang bakal menjelma. 15hb Oktober 1966 ditetapkan sebagai tarikh bertolak Che dan pasukannya. Seorang pemerhati melaporkan perbincangan terakhir di antara Che dan Fidel, walaupun dia hanya dapat melihat apa yang berlaku dari jauh: Castro seorang bertutur, sambil Che kelihatan muram dan berdiam diri; Castro bersifat ghairah, Che pula sunyi. Akhirnya, Fidel melalui segala masalah, biarpun tersirat dan bergantung, dalam ekspedisi Bolivia. Dia menekan kekurangan komunikasi, keresahan Monje, kelemahan pertubuhan Inti dan Coco Peredo. Dia ingin mengubah pendapat Guevara, atau sekurang-kurangnya meyakinkannya untuk menangguhkan ekspedisi tersebut... Gaya badan Fidel mendedahkan keresahannya dengan kedegilan Che. Mereka melabuhkan punggung selepas beberapa lama, sambil berdiam diri. Kemudian Fidel bangun dan meninggalkannya. Che dipenuhi dengan perasaan tidak sabar, buat kali terakhir dalam kehidupannya.143 Che tidak sabar kerana dia menyedari bahawa projek yang mudah rapuh itu mula terbongkar. Sahabatnya di La Paz, iaitu pengikut Che sepanjang Hayat bernama Harry Pombo Villegas, sudah mengutarakan kerisauannya mengenai operasi itu pada hujung bulan Septenber.144 Begitu juga dengan Rgis Debray, seorang mahasiswa dari Sorbonne di Paris, di mana karyanya bertajuk Revolusi Dalam Revolusi145 telah mengumumkan idea-idea Che bagi pembaca global. Debray digemari oleh Fidel. Bagi sebab-sebab yang, sekurangkurangnya bagi saya, sukar difahami, Debray disuruh mengkaji keadaan umum di Bolivia dan menasihati Che. Sebenarnya, Debray tidak menyukai foko Bolivia, walaupun dia merupakan seorang penyokong teori tersebut, dan ini mungkin juga menjelaskan mengapa Fidel tidak menyokong projek itu sepenuh hati. Tetapi Che tetap degil. Mesej-mesej Pombo mencadangkan bahawa terdapatnya perselisihan faham dengan Monje dan pihak Komunis Bolivia. Pombo dan Debray telah berhubung dengan pihak Maois di

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
sekeliling Zamora di antara yang lain, dan enggan memutuskan hubungan itu. Tetapi ia kemudiannya didedahkan bahawa dakwaan dari semua pihak ditokok-tambah, dan terdapatnya beberapa agenda pada masa yang sama. Daripada tiga tapak gerila yang berpotensi, Che memilih kampung ancahuaz: Ia adalah lebih susah untuk mencari di seluruh Bolivia sesuatu kawasan yang kurang sesuai bagi perjuangan perang gerila, terutamanya mengikut cara foko... Kawasan itu terdiri daripada rantai pergunungan, sistem sungai rumit dan gaung dalam; ia menawarkan tempat sembunyi yang baik tetapi sudah untuk dilintasi dan tidak memiliki perimeter yang dapat dikawal... [Ia] tidak dihuni oleh ramai orang dan para petani yang menetap di sana memiliki tanah dalam kuantiti yang mencukupi, bersifat parokial dalam padangan... dan tidak pernah menunjukkan apa-apa perasaan tidak puas hati yang mendalam atau keinginan untuk mengikyti politik radikal.146 Satu-satunya penjelasan bagi pilihan itu adalah bahawa tempat itu paling rapat dengan sempadan Argentina dan Che sebenarnya tidak mementingkan keadaan di Bolivia. Namun, dari perspektif politik yang lain, Bolivia patut menjadi lokus perjuangan yang utama. Ia memiliki tradisi perjuangan kelas pekerja yang lama dan berani, ia memiliki tahap keahlian dalam kesatuan pekerja yang tinggi dan tradisi-tradisi revolusioner yang berakar dalam. Hati tradisi itu terletak di kawasan pergunungan, di sekeliling kawasan perlombongan dan bandar La Paz. Ini bukanlah masa yang paling sesuai bagi serangan besar, tetapi ia merupakan masa baik bagi pembinaan semula pertubuhan politik dengan sabar, terutama sekali dengan kekuasaan moral Che di sebaliknya. Namun, Guevara terikat dengan idea perang gerila, dan tidak melihat kelas pekerja sebagai pelakon utama dalam wawasan revolusi-nya. Che tiba di Bolivia pada hujung bulan Oktober, melintasi sempadan dari Brazil. Di ancahuaz, persediaan sudah dimulakan. Pada bulan Disember, Mario Monje tiba, diiringi oleh Tania (Tamara Bunke), penerjemah Jerman Timur yang telah berjumpa dengan Che semasa kunjungannya ke Eropah pada tahun 1960. Diari Che merekodkan perjumpaan itu pada 31hb Disember, dan ia mendedahkan tujuan sebenar Monje. Monje ingin meletak jawatan dalam parti untuk mengambil-alih kepimpinan pihak gerila. Dia juga mendesak bahawa dia patut mengendalikan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan politik yang lain di Amerika Latin. Pada isu ini, Che tidak berubah pendapat: Saya tidak akan menerima tawaran kedua-nya walauapapun. Saya merupakan pemimpin ketenteraan dan tidak terdapatnya apa-apa lagi untuk dibincangkan mengenai itu. Perbincangan tergendala pada isu ini dan sejak itu kami hanya berputar dalam bulatan.147 Hubungan di antara Parti Komunis Bolivia dan kumpulan gerila Che berakhir pada malam itu. Monje disingkirkan dalam mata kepimpinan partinya sendiri ia tidak jelas sejauh mana dia berucap bagi mereka pada mulanya dan sambil ia terus menyokong Che dari segi teori, ia menghalang apa-apa usaha oleh ahli-ahli parti untuk membantunya. Pihak Maois, bagi pihak mereka, meluahkan pelbagai retorik tetapi tidak mencapai apa-apa. Sebuah kumpulan pelombong yang kecil akhirnya tiba, tetapi mereka merupakan sebuah kumpulan kecil di bawah Moiss Guevara, seorang bekas pemimpin pelombong. Ia adalah jelas bahawa rekrutrekrut Bolivia yang dijanjikan tidak akan menjelma. Bekalan pula berkurangan dan beberapa daripada ahli kumpulan itu berada di kem bagi sebab-sebab yang kurang pasti. Petandapetandanya kurang baik. Pada bulan Januari, Che mengatur pihak gerila tersebut menjadi tiga kumpulan bagi latihan ketenteraan. Empat orang ditinggalkan, sambil yang lain bertolak pada ekspedisi latihan. Ia sepatutnya berlangsung selama beberapa hari. Sebaliknya, enam minggu berlalu sebelum

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
mereka kembali, letih dan lapar, setelah menjadi sesat beberapa kali, bertempur dengan sungai deras dan serbuan nyamuk. Tiga komrad mati lemas. Berat badan Che jatuh sebanyak lapan kilogram dan dia kelihatan kurus-kering. Keadaan mental-nya tidak dibantu oleh apa yang dia menjumpai setelah kembali ke kem pada 19hb Mac. Aktiviti di kampung itu telah menarik perhatian para petani tempatan. Ketibaan dan perjalanan yang pesat seperti itu sudah pasti menarik perhatian. Angkatan tentera telah diberitahu mengenai kehadiran itu dan telah menyerang dua hari sebelumnya. Mereka menjumpai diari salah seorang warga Kuba dan lukisan ahli-ahli kumpulan yang lain, termasuk Che. Pada 23hb Mac, pihak gerila dan angkatan tentera berjumpa dalam pertempuran buat kali pertama. Tujuh askar dibunuh dan kumpulan perisik yang lain ditahan. Tetapi dalam masa lebih kurang seminggu, kem tersebut diserbu dan pihak gerila terpaksa bergerak. Foko tersebut belum bersedia untuk memulakan operasi mereka tidak sempat membawa bekalan mereka, dan latihan mereka tidak memadai. Sejak itu, 40 ahli gerila tersebut terpaksa melarikan diri daripada kuasa ketenteraan yang berjumlah 1,500 orang. Sebelum melarikan diri dari kem, dua pelawat baru telah tiba pelukis dari Argentina, Ciro Bustos, dan Rgis Debray. Ia menjadi jelas bahawa mereka terpaksa dihantar keluar dari kawasan itu, dan ini memaksa Cha untuk membahagikan pasukan kecilnya menjadi dua. Satu kumpulan akan bergerak ke selatan dan membawa dua pelawat itu ke tempat selamat sebenarnya, mereka ditahan sesudah mereka meninggalkan pasukan itu. Penahanan Debray bakal menjadi berita antarabangsa dan mengarahkan cahaya awam pada pihak gerila itu. Bandar Camiri memenerima beberapa pelawat yang tidak dijangka pada hari-hari selepas itu, termasuk penerbit Feltrinelli (dari Itali) dan Franois Maspro (dari Perancis), dan seorang ahli Trotskyis penting, Tariq Ali (dari Britain). Di kawasan yang susah itu, para gerila kini tidak terpisah dan tidak berhubung dengan dunia luar. Che menulis dalam diarinya bagi bulan April: Kami kini terpulau sepenuhnya. Beberapa komrad tidak sihat, dan ini telah memaksa kami untuk membahagikan kumpulan kami, yang telah melemahkannya; dasar petani gagal berkembang, walaupun penindasan sekurang-kurangnya akan memaksa kebanyakan mereka duduk di atas pagar. Sokongan mereka akan datang kemudian. Belum ada sesiapa yang menyertai kami dan di samping dua kematian, kami telah kehilangan Loro, yang tidak dilihat selepas tindakan Taperillas.148 Menjelang bulan Jun, penyakit asma Che, berseta dengan kekurangan bekalan ubat dan makanan, bermakna bahawa dia hanya dapat berpindah dari tempat ke tempat pada belakang keldai. Namun, sambil pihak gerila itu bersembunyi dari angkatan tentera, para pelombong sekali lagi mengambil tempat mereka di hati politik Bolivia. Pada bulan April, sebuah gerakan baru bermula, diikuti oleh demonstrasi-demonstrasi di seluruh kawasan Andes. Pada malam 23-24hb Jun, semasa perayaan San Juan (St. John), angkatan tentera membunuh para pelombong dan keluarga mereka yang telah berkumpul untuk mesyuarat di kem perlombongan Llallagua. Perasaan terkejut dan marah menggenggam seluruh negara. Tiga puluh ribu orang menghadiri pengebumian para pelombongan yang dibunuh itu, meskipun pendudukan kawasan itu oleh angkatan tentera, dan para pelombong melancarkan permogokan umum yang berlangsung selama dua minggu. Beberapa hari selepas itu, para gerila itu meluluskan Utusan Nombor 5 Kepada Para Pelombong Bolivia.149 Ia adalah dokumen luarbiasa bersifat sombong dari pelbagai segi, tidak realistik dan mendedahkan betapa jauhnya idea-idea Che berada dari pembebasan sendiri kelas pekerja:

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Kami kini sedang berpulih selepas kekalahan yang disebabkan oleh pengulangan kesilapan taktik oleh kelas pekerja. Kami sedang menyediakan negara ini dengan sabar bagi revolusi sosial mendalam yang akan mengubah sistem dari atas ke bawah.150 Ini berasal dari sebuah kumpulan terpulau dan letih yang tidak melebihi 20 orang. Tidak lama selepas itu, hanya merekalah yang masih hidup. Pada bulan Ogos, kumpulan kedua, yang dipimpin oleh seorang warga Kuba bernama Joaqun, diserang dan kesemua mereka dibunuh, walaupun Che tidak menyedarinya apabila dia melintasi kawasan yang sama beberapa jam selepas itu. Pada bulan September, hanya 17 gerila masih hidup dan mereka terbahagi menjadi beberapa kumpulan. Pada 8hb Oktober, Che ditangkap oleh angkatan tentera. Dilumpuhkan oleh asma dan tanpa perubatan yang diperlukan, Che diangkat melalui gaungan Quebrada del Yuro pada belakang seorang pelombong muda. Dua puluh empat jam selepas itu, dia sudah meninggal dunai, dibunuh di kampung La Higuera oleh angkatan tentera Bolivia di bawah arahan penasihat-penasihat tentera AS. Hanya lima orang gerila berjaya menyelamatkan diri tiga warga Kuba, termasuk Pombo, yang melarikan diri ke Chile, dan dua warga Bolivia. Kekalahan operasi gerila Che dan kelemahan utama dalam strategi Che serta teori Debray mengenai perang gerila revolusioner dalam Revolusi Dalam Revolusi berasal dari apa yang mungkin dikatakan sesuatu sifat barisan hadapan ketenteraan. Dengan menyingkirkan revolusi popular kepada bentuk perang gerila khas, strategi Che dan tulisan-tulisan awal Debray terlalu mementingkan aspek-aspek ketenteraan dalam memulakan perjuangan revolusioner menentang sebuah rejim tidak adil. Dan mereka tidak menekan dimensi politik dalam usaha mengatur dasar sokongan popular yang diperlukan bagi kejayaan perjuangan revolusioner.151 Bolivia menunjukkan dengan jelas kesan-kesan pemisahan aspek ketenteraan dan politik, pemisahan ahli-ahli revolusioner dari kelas pekerja. Di Muzium Revolusi di Havana, sebuah bilik khas disediakan untuk merayakan pengalaman Guevara di Bolivia. Ia digambarkan sebagai pengalaman yang berwira, berani dan gagah. Namun, ia tidak menghormati warisan Che untuk menadikan kebenaran ngeri bahawa ini merupakan kegagalan dasyhat dan menyedihkan akibat desakan Che bahawa keingingan seorang revolusioner dapat mengatasi keadaan-keadan objektif dan menggantikan gerakan sebuah kelas dengan keingingan seorang individu. Hujung jalan ini membawa sifat syahid, bukannya revolusi sosial.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com XV. Kematian dan Kebangkitan Semula


Pada masa itu sebagaimana dengan sekarang, wajah Che Guevara merupakan lambang harapan revolusioner. Kematiannya, sambil ia menjadikannya sesuatu wira suci, membawa pelajaran-pelajaran politik yang hanya diterima oleh beberapa orang pada masa itu. Gambar mukanya yang kurus dan badannya yang bogel pada sebuah meja di Bolivia dihantar ke seluruh dunia. Ia merupakan ambang tahun 1968, tahun pemberontakan.152 Di Kuba, 1968 diberikan nama sebagai penghargaan kepada Che Tahun Gerila Berwira. Wira yang mati itu menjadi mitos hidup. Kepentingan wajah Che digunakan untuk menyamakna Revolusi Kuba dengan gerakan-gerakan tahun 1968, dan untuk mencadangkan bahawa Kuba masih berada di pusat gerakan revolusioner global. Ia juga adalah pada masa ini yang, mengambil kesempatan ombak simpati terhadap sebuah negara kecil yang terpulau dan menentang keganasan dengan berwira, Castro mengasaskan Kongres Akaliah pada hujung tahun 1967; hanya beberapa wakil menyedari bahawa apa yang mereka menyokong sudah tergelincir ke masa lalu... Dan pada tahun 1968, poster-poster Che di mana dia muncul sebagai nabi yang bergaya mula muncul.153 Imej Che digunakan untuk menekan ideologi kolektif Revolusi Kuba yang masih memerlukan pengorbanan materialis dari para penduduk negara itu. Kepastian moral retorik Fidel mengiringi keraguan ekonomi sesuatu revolusi yang diserang. Tetapi Che sendiri telah meletakkan dasar bagi gabungan imej-nya dan kerajaan Kuba. Dari beberapa segi, terutamanya dalam tulisan-tulisan terakhirnya, Che telah meluahkan sesuatu pujaan terhadap Castro. Kini Castro menggunakan Che sebagai mitos untuk memunasabahkan dirinya dan untuk melambangkan usaha-usaha terakhir untuk mengekalkan sesuatu kebebasan dari Kesatuan Soviet. Penuaian gula pada tahun 1969-1970 (Gran Zafra) merupakan usaha terakhir untuk mencapai lompatan ekonomi besar. Seluruh masyarakat dihantar ke ladang-ladang gula dalam nama usaha sukarela dan kesedaran sosialis pengorbanan yang Che telah mengajukan. Ia merupakan penuaian yang besar tetapi ia sama sekali tidak mencapai sepuluh juta tan yang diperlukan untuk memberikan lebihan yang mungkin membolehkan pelaburan dalam sektor-sektor perindustrian. Menjelang tahun 1970, Castro telah menerima integrasi Kuba dalam sfera pengaruh Rusia. Pada dekad-dekad seterusnya, kehadiran Kuba di Afrika dibentukkan dan ditentukan oleh matlamat-matlamat polisi luar negara Soviet meskipun retorik perpaduan yang mengiringi gerak-geri askar Kuba. Di pulau itu sendiri, tahap kehidupan yang agak baik digabungan dengan pengabaian apa-apa usaha mencapai kebebasan ekonomi. Janji demokrasi ditangguhkan buat selama-lamanya sambil kuasa dipusatkan dalam tangan sebuah kumpulan kecil di kepala kerajaan, iaitu dalam tangan parti dan angkatan tentera.154 Sambil tekanan pada keinginan dan semangat revolusioner digantikan oleh pembahagian dalam terhad di antara para pekerja, dan di antara birokrat dan pekerja, misalnya utopianisme revolusioner Guevara kelihatan semakin kurang penting, dan memori Che tidak lagi menduduki tempat penting dalam dewan wira revolusi. Namun, ia meraih semula kedudukan penting apabila Kuba mendapati dirinya berhadapan dengan malapetaka selepas penarikan sokongan Eropah Timur pada tahun 1986, dan penumbangan seluruh blok Komunis pada tahun 1989. Castro menyedari bahawa kesusahan ekonomi akan mengikuti, dan bahawa pada masa krisis, rakyat tidak lagi akan menerima korupse, kekayaan segelintir dan kemiskinan ramai. Dan tidak terdapatnya alasan bagi ketidak-hadiran apa-apa demokrasi tulin apabila kemampuan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan sendiri merupakan satu-satunya senjata yang para pekerja Kuba dapat menggunakan menentang kuasa-kuasa pasaran.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com
Bagi Castro, isu-nya merupakan keselamatan keselamatan dirinya dan kerajaan Kuba yang menghadapi sekatan ekonomi AS. Demi tujuan ini, dia memulakan proses yang dia menamakan pembetulan, dan sekali lagi mengutarakan hantu komradnya dari hari-hari Sierra Maestra: Che Guevara melambangkan nilai-nilai yang memimpin proses pembetulan. Rencanarencana suratkhabar serta buku-buku muncul mengenai Che... Dalam ucapan yang menandakan tahun kedua-puluh sejak kematian Guevara, Castro mengulas bahawa negara itu sedang membetulkan segala-galanya yang menafikan idea-idea Che, gaya Che dan semangat Che. Castro berkata bahawa warga Kuba patut membetulkan perkara-perkara dan terdapatnya pelbagai contoh yang tidak mengikuti semangat revolusioner, usaha revolusioner, nilai revolusioner, keberkatan revolusioner dan tanggungjawab revolusioner.155 Petikan-petikan dari Che pada papan-papan tanda besar didirikan di tepi lebuhraya dan dilukis pada tepi bangunan di Havana. Pengorbanan Vhe, wawasannya bagi masa depan yang berbeza dan kejujurannya dieksploitasi untuk menyembunyikan realiti masyarakat yang memasuki pasaran global dalam kedudukan lemah dan yang hanya dapat diimbangkan oleh lebih banyak pengorbanan materialis oleh rakyat. Namun, terdapatnya mereka yang menjadi lebih kaya dengan laju akibat proses ini. Di sinilah sindiran cerita ini. Lambang perjuangan dan keberanian revolusioner ini digunakan oleh sebuah rejim zalim yang bertanggungjawab bagi kesilapan-kesilapan yang kini dikutuk dalam nama Che. Bagi mereka di Kuba yang telah mengalami realiti 50 tahun yang lalu, laungan-laungan demi pengorbanan ini kelihatan kosong, sambil mereka menunggu dalam barisan bagi lori-lori besar yang digunakan sebagai bas, sambil mereka dilalui di jalan raya oleh kereta Mercedes dan Toyota yang digunakan oleh kaum kaya. Namun di luar Kuba, wajah Che telah lahir semula atau dijumpai semula oleh generasi baru yang ingin menciptakan sebuah dunia yang lebih baik, lebih berperikemanusiaan, lebih adil dan saksama. Che meluahkan pengutukan mereka terhadap pengeksploitasian dan peperangan. Che adalah janji mereka bagi sebuah dunia lebih baik yang akan datang. Sememangnya terdapat beberapa pihak yang menjual wajah tersebut sebagai sesuatu gaya sesuatu imej tanpa sejarah, tanpa kehidupan yang rumit dan bercanggah. Mereka adalah pembuat komoditi yang akan menggunakan setiap perluahan semangat manusia dan menjadikannya sesuatu barang yang dapat dijual. Vhe telah menjadi mangsa mereka juga. Tetapi berjuta-juta orang yang memakai kemeja-T yang memaparkan wajah Che, atau kain selendang Zapatista, atau beret dengan bintang merah, sedang membuat kenyataan yang lain. Dalam kata-kata gerakan anti-kapitalis, sebuah dunia lain adalah kemungkinan. Wajah Che tidak dimiliki oleh mana-mana kerajaan, tetapi dimiliki oleh gerakan yang telah menjumpainya semula. Kesedaran revolusioner yang dia melambangkan bukanlah sesuatu semangat keagamaan revolusi tidak memerlukan nabi, tetapi memerlukan pejuang, di mana kehidupan mereka, kesilapan dan kesusahan mereka, adalah sebahagian daripada warisan yang mereka meninggalkan. Revolusi akhirnya diciptakan oleh insan yang mengambil, dari masa lalu, pelajaran-pelajaran baik atau buruk yang akan membantu mereka untuk memahami dan meluahkan kuasa kolektif mereka untuk membina dunia sosialis. Nota
1

Lihat Tony Cliff, State Capitalism in Russia (London: Bookmarks, 1996).

2 Lihat Tom Hayden (penyunting), The Zapatista Reader (New York: Penerbit Thunders Mouth/Buku Nation, 2002).

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

John Lee Anderson, Che Guevara: A Revolutionary Life (London: Penerbit Bentam, 1997), muka surat 21.

Paco Ignacio Taibo II, Ernesto Guevara, Tambin Conocido Como El Che (Meksiko: Joaqun Mortiz, 1996), muka surat 27.
4 5

Dan dia sememangnya tepat lihat Uki Goi, The Real Odessa (London, Buku Granta, 2002).

Lihat buku bapa Che Ernesto Guevara Lynch, Mi Hijo el Che (Havana: Arte y Literatura, 1998). Lihat juga Pierre Kalfon, Che: Ernesto Guevara, Une Lgende du Sicle (Paris: ditions du Seuil, 1997), muka surat 39-41. Lihat Anderson, muka surat 24-25, 30-31.

Bagi kajian menarik mengenai Peronism, lihat Daniel James, Resistance and Integration: Peronism and the Argentine Working Class (Cambridge: Penerbit Universiti Cambridge, 1998).
8 9

Lihat dokumen oleh pemimpin Parti Komunis, Vittorio Codovilla, dalam M. Lowy, Marxism in Latin America (New Jersey: Terbitan Humanities, 1992), muka surat 83-86. Jorge Castaeda, Compaero (London, Bloomsbury, 1997), muka surat 33. Kalfon, muka surat 61.

10

11

12

Tulisan Che mengenai perjalanan ini terkandung dalam Che Guevara, The Motorcycle Diaries (London, Fourth Estate, 1996). Lihat juga Alberto Granado, Con el Che Guevara (Crdoba, 1995). Dipetik dari Anderson, muka surat 62.

13

Lihat F. Diego Garca dan Oscar Sola, Che: Images of a Revolutionary (London, Terbitan Pluto, 1997), muka surat 30-31.
14 15

Taibo, muka surat 41 dan seterusnya.

16

Seperti yang dilakukan oleh Jean Cormier dalam Che Guevara (Paris: Gallimard, 1996), dan dicontohi secara umumnya oleh Matilde Snchez dan tulisannya yang terkandung dalam Che: Images of a Revolutionary.

17

Mengenai revolusi Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in the Veins (London: Verso, 1984). Mengenai kedudukan mineral dalam sejarah Amerika Latin, lihat Eduardo Galeano, Open Veins of Latin America (London: Biro Amerika Latin, 1997), dan kajian Domitila Barrios de Chungara mengenai kehidupannya dalam masyarakat-masyarakat perlombongan, Let Me Speak (London, Stage 1, 1978). Che Guevara, Back on the Road (New York: Terbitan Grove, 2002), muka surat 17-18. Castaeda, muka surat 64. Anderson, muka surat 123. As an Afterthought, dalam The Motorcycles Diaries, muka surat 150-152.

18

19

20

21

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

22

Lihat Stephen Schlesinger dan Stephen Kinzer, Bitter Fruit (New York: Anchor, 1983). Mengenai peranan AS dalam Amerika Tengah secara umumnya, lihat karya Jenny Pearce, Under the Eagle (London: Biro Amerika Latin), yang sangat baik.

23

Lihat Anderson, muka surat 122-123; dan Michel Lowy, Marxism in Latin America, muka surat 113-124. Castaeda, muka surat 72. Castaeda, muka surat 67. Back on the Road, muka surat 67. Back on the Road, muka surat 67. Back on the Road, muka surat 78-79. Back on the Road, muka surat 79. Dipetik dari Anderson, muka surat 165. Claudia Lightfoot, Havana (London: Biro Amerika Latin, 2002), muka surat 40.

24

25

26

27

28

29

30

31

32

Mengenai isu gula, lihat Ren Dumont, Cuba: Socialism and Development (New York: Terbitan Grove, 1970); Arthur McEwan, Revolution and Economic Development in Cuba (London, 1981). Lihat juga James OConnor, Origins of Socialism in Cuba (New York: Penerbit Universiti Cornell, 1970).

33 Filem Ken Loach, Land and Freedom, menggambarkan konflik ini dengan baik. Bagi kajian mutakhir, lihat karya Felix Morrow, Revolution and Counter-Revolution in Spain (New York: Pathfinder, 1974). 34

Lihat K. S. Karol, Guerrillas in Power (London: Jonathan Cape, 1971), muka surat 81-98.

35

Mario Vargas Llosa baru-baru ini telah memberikan potret baik dan mengerikan mengenai Trujillo dalam buku ceritanya bertajuk The Feast of the Goat (London: Faber & Faber, 2001). Fidel Castro, History Will Absolve Me (London: Jonathan Cape, 1968). Anderson, muka surat 173. Taibo, muka surat 93. Castaeda, muka surat 85.

36

37

38

39

40

Lihat Lockwood, Castros Cuba, Cubas Fidel (New York: Macmillan, 1967), muka surat 143144. Penghancuran kebangkitan pekerja Hungari pada tahun 1956 dan pemisahan di antara Rusia dan China pada tahun 1962 merupakan titik perubahan penting. Anderson, muka surat 178.

41

42

43

Mereka menandatangani perjanjian di Meksiko pada bulan September 1956, menurut Taibo, muka surat 119.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

44

Castaeda dan Hugh Thomas dalam The Cuban Revolution (London: Weidenfeld, & Nicolson, 1986) di antara yang lain. Lihat E. Bayo, Mi Aporte a la Revolucin Cubana (Havana: Imp Ejrcito Rebelde, 1960). Taibo, muka surat 107-110. Taibo, muka surat 109. Taibo, muka surat 115.

45

46

47

48

49

Dalam ini, seperti dengan pelbagai benda lain, Anderson memberikan alasan bagi Fidel: Walau apa pun asal-usul wang itu, Fidel bertindak dengan bebas (Anderson, muka surat 204). Kemungkinan ini juga adalah benar apabila, dalam pandangannya, Fidel menerima wang CIA, seperti yang Tad Szule mengesahkan dalam biografinya mengenai Fidel, Fidel: A Critical Portrait (New York: Penerbit Monthly Review, 1986). Ini kelihatan bagi saya seperti kenyataan yang dapat dipersoalkan, dan penjelasan yang kurang baik. Paling buruk, ia mencadangkan bahawa Fidel menerima wang dari sesiapa. Paling baik, ia mempersembahkan Castro sebagai seorang ahli politik oportunistik sepenuhnya. Dari Che Guevara, Reminiscences of the Cuban Revolutionary War (New York: Penerbit Monthly Review, 1998). Diari-diari ini diterbitkan di Havana pada tahun 1963. Tetapi menurut Anderson (muka surat 213), ia merupakan versi diari Che yang ditapis dengan berhati-hati tanpa ulasan tajam yang dia membuat mengenai beberapa daripada komradnya yang kemudian menjadi tokoh penting di Kuba selepas revolusi. Carlos Franqui, The Twelve (New York: Lyle Stuart, 1968). Sebelumnya bertajuk El Libro de los Doce. Che Guevara, Guerrilla Warfare (New York: Penerbit Monthly Review, 1961). Anderson, muka surat 231. Anderson, muka surat 233.

50

51

52

53

54

55

Namun, terdapatnya sekumpulan ahli kesatuan pekerja aktif di Guantnamo, di antara mereka beberapa ahli Trotskyis yang bekerjasama dengan M-26-J. Lihat Gary Tennant, The Hidden Pearl of the Caribbean: Trotskyism in Cuba, Revolutionary History, Jilid 7, Nombor 3 (London: Penerbit Porcupine, 2000), terutamanya muka surat 175-183. Dipetik dari Anderson, muka surat 245.

56

57

Hubungannya menjadikan Smith seorang wakil AS tercemar pada bulan-bulan Batista terakhir, dan maka dia digantikan. Dia menyuarakan pendapatnya mengenai perubahan polisi AS terhadap Kuba dalam riwayat hidupnya, The Fourth Floor (New York: Random House, 1962). (Tajuk tersebut merujuk kepada tingkat empat Jabatan Dalam Negara, di mana jawatannya dapat dijumpai.) Che Guevara, Episodes of the Cuban Guerrilla War (New York: Pathfinder, 1996), muka surat 129.

58

59

Kesusahan akan kematian abangnya tidak pernah meninggalkannya ia mungkin merupakan salah satu sebab mengapa dia membunuh diri lebih 20 tahun selepas itu.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

60

Lihat Anderson, muka surat 235.

61

Kalfon, muka surat 197. Franqui menulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila tersebut, El Libro de los Doce, tetapi dia kemudiannya menentang pemusatan kuasa dalam tangan Fidel dan menjadi salah seorang pengkritik Fidel yang paling tajam. Lihat karyanya, Family Portrait With Fidel (New York: Random House, 1985). John Gerassi (penyunting), Veneceremos: Speeches and Writings of Ernesto Che Guevara (London: Weidenfeld dan Nicolson, 1968), muka surat 75. Anderson, muka surat 280-281.

62

63

64

Keraguan yang dia meluahkan dan kritikan yang dia menyuarakan tidak muncul dalam versi diari-diairi yang disunting di Havana pada tahun 1963.

65

Bagi perspektif lain bagi zaman ini, lihat Gary Tennant, The Hidden Pearl of the Caribbean: Trotskyism in Cuba. Rumusan Che bagi tahun ini terkandung dalam Episodes, muka surat 260-276. Episodes, muka surat 267. Lihat Bab 6. Episodes, muka surat 273.

66

67

68

69

70

Dipetik dari Anderson, muka surat 319. Lihat A Decisive Meeting, dalam Episodes, muka surat 316-322. Lihat Kalfon, muka surat 212.

71

72

Seperti yang Earl T. Smith merungut dalam The Fourth Floor. Smith pada mulanya dihantar untuk mengutuk Batista tetapi sifat anti-Komunis Smith lebih kuat daripada tanggungjawab diplomatiknya, dan dia menjadi seorang penyokong nekad diktator tersebut. Anderson, muka surat 324. Castaeda, muka surat 122. Kalfon, muka surat 223. Taibo, muka surat 275.

73

74

75

76

77

Satu tanda jelas bagi ini adalah fakta bahawa Ral Castro, yang paling rapat dengan PSP, diketepikan sejak itu. Ini sangatlah berkontroversi. Pierre Kalfon, misalynya, berkata bahawa Castro membantu Che, memberikannya masa untuk menyesuaikan diri (muka surat 239). Anderson, muka surat 376.

78

79

80

Reinaldo Arenas, di mana riwayat hidupnya Before Night Falls (diterbitkan pada tahun 1992) bakal mewakili salah satu pengutukan paling kuat terhadap penindasan seksual dan politik di Kuba, menggambarkan keghairahan dan kegembiraan hari-hari awal itu, yang dia

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

mengalami sebagai seorang pemuda yang menjumpai seksualiti-nya pada masa yang sama dengan pembukaan revolusi.
81

Camilo Cienfuegos, yang dipilih untuk memimpin perarakan berjaya ke Havana, dibunuh semasa hempasan kapal terbang yang masih belum dijelaskan pada bulan Oktober. Seorang tokoh popular, dia tidak pernah menjadi penting kepada mitos politik revolusi tersebut dan dia sememangnya berasal dari latarbelakang politik yang sangat berbeza dari Che atau Fidel. Selepas kematiannya, Camilo terus diakui kerana peranan ketenteraannya namun dia tidak hadir dalam ikonografi revolusi tersebut. Ia kemudiannya menjadi daerah orang yang dinamakan Janggut Merah, iaitu Manuel Pieiro, salah seorang penindas paling penting dalam masyarakat baru. C. Wright Mills, Listen, Yankee (New York: Ballantine, 1960). Robert Scheer dan Maurice Zeitlin, Cuba: An American Tragedy (New York, 1963).

82

83

84

85

Guerrilla Warfare, muka surat 15. Lihat juga Michel Lowry, Revolutionary Warfare, dalam The Marxism of Che Guevara (New York/London: Terbitan Monthly Review, 1973), muka surat 75-112. Karl Marx dan Frederick Engels, The German Ideology (Moscow, 1964), muka surat 86.

86

87

Satu contoh ke mana perspektif ini menuju terdapat dalam perbincangan Jean Stubb mengenai peranan Fidel Castro dalam revolusi dalam bukunya, Cuba: The Test of Time (London: Biro Amerika Latin, 1989), di mana dia memperkembangkan pelbagai alasan untuk menunjukkan bahawa populariti Castro adalah kemunasabahan yang mencukupi demi tahun-tahunnya dalam kuasa tanpa pilihanraya. Castaeda, muka surat 147.

88

89

Bagi contoh lebihan, lihat rencana tahun 1965 Rgis Debray, Latin America: The Long March, dalam New Left Review, Nombor 33 (Julai-September 1965), muka surat 17-58.

Perbincangan ini dapat dijumpai dalam bentuk terperinci dalam Ren Dumont, Cuba: Socialism and Development (New York: Terbitan Grove, 1970). Saya berterima kasih kepada Chris Harman kerana menjelaskan isu-isu ini, dan kerana membaca draf buku ini dengan terperinci dan cermat.
90 91

Dari ucapan yang Guevara membuat pada bulan Januari 1959, Social Projections of the Rebel Army, dipetik dari Castaeda, muka surat 152.

92

Castellanos menjelaskan peristiwa ini dalam Hilda Barrio dan Gareth Jenkins, The Che Notebook (London: MG, 2003), muka surat 162-164. Taibo, muka surat 360.

93

94

Kalfon (muka surat 270) memetik dari surat yang ditulis kepada ibunya semasa misi ini, di mana dia hanya berkata bahawa Saya menyimpan dalam minda saya sesuatu tugas bersejarah. Anderson, muka surat 468.

95

96

Sambil terdapatnya beberapa kajian terperinci mengenai zaman ini dari kedua-dua pihak yang bertelingkah, terdapatnya hanya beberapa kajian yang menusuk pandangan paranoid

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

kerajaan AS, mafia Miami dan kumpulan Kennedy. Salah satu daripadanya adalah tulisan James Ellroy, The Cold Six Thousand (London: Century, 2001), iaitu buku cerita yang sangat baik dalam tradisi noir.
97

Tajuk ucapan yang dia menyampaikan pada 18hb Jun 1960, dicetak semula dalam Gerassi (penyunting), muka surat 144-167.

98

Perdebatan dan perbincangan di kalangan ahli sosialis mengenai isu ini telah menghasilkan kesusasteraan yang besar. Dalam tradisi sosialis revolusioner, karya Tony Cliff, State Capitalism in Russia dan karya Nigel Harris, The Mandate of Heaven: Marx and Mao in Modern China (London: Quartet, 1978) adalah titik permulaan penting kepada persoalan-persoalan ini.

99

Castaeda (muka surat 178) memetik ini sebagai sebahagian daripada kumpulan dokumen di mana Che membentangkan sebab-sebab bagi pengasasan kem-kem buruh sesuatu istilah yang memiliki warisan ganas, iaitu memori kem-kem buruh Stalin di mana beribu-ribu ahli pembangkang dan mangsa-mangsa lain meninggal dunia pada tahun 1930-an. Seperti yang Castaeda menunjukkan dalam nota kaki, dokumen-dokumen ini masih didiamkan, dan tidak muncul dalam mana-mana koleksi tulisan Che. Anderson, bagi pihaknya, membincangkan Guanacahabibes dalam kajiannya, tetapi hanya sebagai sesuatu perkara kecil (muka surat 567). Riwauyat hidup Reinaldo Arena, Before Night Falls, memberikan satu aspek atmosdera pada masa itu dan penindasan yang mengikuti dari perspektif seorang penulis yang menjalinkan hubungan sesama seks. Filem Julian Schnabel mengenai buku ini mengandungi beberapa petikan dari PM. Lihat juga Ian Lumsden, Machos, Maricones and Gays (Philadelphia: Terbitan Universiti Temple, 1996).

100

101 Ia adalah penting untuk mengatakan, walauapapun, bahawa kadar buta huruf di Kuba sebelum 1959 sudah berada di antara yang terendah di rantau itu. Ini tidak menarik dari kejayaan kempen tersebut.

Lihat Kalfon, muka surat 305-206. Wakil rasmi dari Kuba adalah Anbal Escalante, yang bakal menjumpai dirinya dalam penjara Kuba, dituduh memimpin kumpulan pembangkang menentang Castro.
102 103

Kalfon, muka surat 305.

104

Karya K. S. Karol, Guerrillas in Power, memberikan latarbelakang paling lengkap kepada hubungan Kuba dengan blok Komunis. Namun, satu peristiwa semasa perjalanannya bakal membawa pengaruh yang tidak dijangka pada kehidupan Che. Di Jerman Timur, penerjemahnya merupakan seorang perempuan bernama Tamara Bunke. Setahun kemudian, dia mengunjungi Havana selepas dijemput oleh Armando Hart, walaupun dia mencadangkan bahawa dia memberikan jemputan itu bagi pihak Che. Apa yang jelas adalah bahawa Bunke bakal menjumpainya sekali lagi di Bolivia enam tahun selepas itu. Kalfon, muka surat 307; Anderson, muka surat 495.

105

106 Bagi butir-butir terperinci, dari segi fiksyen tetapi penuh bermaklumat, lihat James Ellroy, The Cold Six Thousand. 107

Duta AS ke PBB, Adlai Stevenson, tidak diberitahu mengenai operasi tersebut dan mendakwa bahawa ia merupakan kapal udara Kuba. Ia kemudiannya timbul bahawa ia telah berlepas dari Nikaragua pada pagi itu.

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

108 Terbitan dan tulisan yang baru mengesahkan kesan kekalahan ini di Amerika Syarikat dan Kalfon (muka surat 316) memperdebatkan bahawa ia membawa peningkatan campur tangan AS di Vietnam dan merata-rata lagi. 109

Anderson, muka surat 523. Taibo, muka surat 413.

110

111 Ia hanyalah selepas itu, apabila Rusia mengetepikan Kuba pada tahun 1986, yang Fidel berucap secara terbuka dan dengan ganas mengenai barangan perindustrian yang Kuba menerima dari Eropah Timur.

Bagi kajian penuh mengenai krisis peluru berpandu Kuba, lihat Laurence Chang dan Peter Kornbluh (penyunting), The Cuban Missile Crisis (New York: Terbitan Baru, 1992); K. S. Karol, Guerrillas in Power, muka surat 249-281; dan sememangnya filem Oliver Stone, Thirteen Days.
112 113

Castaeda, muka surat 229.

114 Saya melalui malam sebelumnya dengan tiga sahabat, mendengar rancangan radio Suara Amerika dan berbincang bagaimana kami ingin meluangkan hari terakhir di dunia. Ia mungkin kelihatan bodoh pada masa ini, tetapi kami merupakan generasi yang dibesarkan di bawah awan ancaman nuklear yang mengancam dan menduduki mimpi kami. 115

Castaeda, muka surat 228. Anderson, muka surat 587. Lihat Kalfon, muka surat 362-375. Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 220-226. Taibo, muka surat 468. Dari Guerrilla Warfare: A Method, dalam Gerassi (penyunting), muka surat 269. Dalam Gerassi (penyunting), muka surat 275.

116

117

118

119

120

121

122

Sehingga pemiasahan China-Soviet pada tahun 1962, iaitu, apabila Beijing menggantikan Moskow sebagai ibu negara Komunisme sedunia bagi beberapa kumpulan. Anderson, muka surat 616.

123

Castaeda (muka surat 249) menggambarkan perjumpaan di antara Che dan Carlos Franqui pada tahun itu. Franqui, iaitu penulis sejarah penting mengenai perjuangan gerila, telah menjauhkan diri dari Fidel dan Che, dan bekerja di Paris. Tetapi Franqui merupakan seorang sahabat Ben Bella, dan itu memberikan peluang bagi perjumpaan di antaranya dan Che. Dia mengingati, Che sedang mencari jalan lain. Dia mempertimbangkan keadaan Kuba sebagai keadaan yang susah. Sahabat-sajabat dan rakan sekerja Guevara dipetik sebagai sokongan bagi pandangan ini.
124

Namun demikian, seperti yang akan menjadi jelas selepas itu, perjanjian rasmi itu memainkan peranan penting dalam keputusan Che untuk mendirikan angkatan gerila Bolivia.
125

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

126 Ini merupakan usaha ringkas dan skimatik untuk merumuskan perdebatan yang sangat rumit. Terdapatnya kajian yang lebih terperinci dalam Castaeda, muka surat 255-263, dan Bette Ann Evans, The Moral Versus Material Incentives Controversy in Cuba (Pittsburg: Universiti Pittsburg, 1973).

Walaupun orang yang diberikan tanggungjawab bagi kementerian tersebut merupakan seorang rakan sekerjanya yang karib.
127 128 Taibo, muka surat 492-493. Namun, ia patut dinotakan bahawa Che bersetuju bahawa kesatuan-kesatuan pekerja patut berfungsi sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Dokumen-dokumen ini hanya dilepaskan pada tahun 1994 dan dibincangkan oleh Castaeda, muka surat 274.
129 130

Taibo, muka surat 512. Lihat Anderson, muka surat 621. Che Guevara, Man and Socialism in Cuba (New York: Terbitan Pathfiner, 1978), muka surat

131

132

12.
133

Man and Socialism in Cuba, muka surat 20.

Diari Afrika Che diterbitkan sebagai Che Guevara, The African Dream (London: Harvill Panther, 2000).
134 135

Anderson, muka surat 641. Oleh kerana pengaruh santera di Kubai, aitu idea-idea ajaib dan keagamaan yang berasal dari Afrika, ia adalah aneh bahawa dia bertindak dengan begitu dramatik. Richard Gott, dalam pengenalannya kepada The African Dream, muka surat xxiii. Gott, muka surat xxiii. Barrio dan Jenkins, muka surat 314-316. Lihat Anderson, muka surat 680-682. Kalfon, muka surat 474.

136

137

138

139

140

Bagi kajian terbaik mengenai sejarah mutakhir Bolivia, lihat James Dunkerley, Rebellion in the Veins: Political Struggle in Bolivia 1952-1982 (London: Verso, 1984).
141

Istilah La hora de los hornos (Ketika relau) timbul sekali lagi sebagai tajuk filem baik yang dibuat oleh tentangan Pernis terhadap pemerintahan diktator ketenteraan yang baru di Argentina, yang bermula dengan rampasan kuasa Ongana pada tahun 1966. Pemerintahan ketenteraan kekal sehingga tahun 1973 dan kembali sekali lagi dengan sangat zalim di antara tahun 1976 dan 1983, apabila 30,000 orang dihilangkan dalam usaha mengejar tamadun Kristian dan kedamaian sosial.
142

Castaeda, muka surat 344-345. Abang-adik Peredo, kedua-duanya ahli Komunis, merupakan kunci kepada seluruh projek tersebut. Namun, pentafsiran Fidel mungkin adalah tepat.
143

http://rajaebookgratis.wordpress.com

www.rajaebookgratis.com

144

Lihat mesej Pombo bagi 24hb September dan 28hb September dalam Pombo Villegas, A Man of Che Guerrilla 1966-1968 (New York: Terbitan Pathfinder, 1997), muka surat 109-111. Rgis Debray, Revolution in the Revolution (Harmondsworth: Penguin, 1969). James Dunkerley, muka surat 140.

145

146

El Diario del Che en Bolivia (Havana, 1968), muka surat 46-47. Diari ini telah diterbitkan beberapa kali sejak itu tetapi ini adalah versi paling lengkap. Tarikhnya sememangnya tidak berubah dari edisi ke edisi.
147 148

Diario del Che, muka surat 171. Dihasilkan semula dalam Villegas, muak surat 204-206. Villegas, muka surat 205.

149

150

151

Richard L. Harris, Death of a Revolutionary: Che Guevaras Last Mission (New York/London: Norton, 2000), muka surat 252.

Saya pasti yang mereka yang telah berkumpul di dataran Universiti Essex untuk mengingati kematian Che tidaklah bersendirian. Kami bukanlah satu-satunya golongan pelajar revolusioner yang menghiasi dinding kami dengan potret Che sambil kami bersedia untuk berdemonstrasi menentang perang AS di Vietnam.
152

Franois Maspero, Pengenalan, Janette Habel, Ruptures Cuba (Paris: La Breche, 1989), muka surat 23.
153 154 Saya telah memperkembang kajian yang lebih umum mengenai Revolusi Kuba dalam karya lain. Lihat Can Castro Survive? dalam International Socialism, Jilid 56 (Musim Luruh 1992), muka surat 83. Lihat juga Habel. 155

Susan Eckstein, Back From the Future (New Jersey: Princeton, 1994), muka surat 62.

http://rajaebookgratis.wordpress.com