Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN

Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat dengan
pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian pelajar dan bagaimana
pelajar menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia terdapat tiga
jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional. Bentuk
pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterima
secara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk pendekatan
yang memberikan pemikiran yang terbuka kepada pelajar. bentuk pendekatan rasinonal
menekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai berdasarkan situasi tertentu dan
merit.

Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan beberapa


antaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa, pendekatan rasional,
pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral kognitif, pendekatan
penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai.

PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa maksud
perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkan
dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan
pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

Pendekatan bertimbang rasa bermaksud pelajar bertindak atau melakukan sesuatu


perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Pelajar juga bersikap prihatin iaitu
bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, memahami pendapat yang berbeza dan
belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. Teknik pengajaran yang sesuai dalam
mengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah simulasi,
perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah. Pendekatan bertimbang rasa terbahagi
kepada tiga set bahan iaitu In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would
You Have Done? In Other People’s Shoes menyentuh situasi yang melibatkan hubungan
biasa antara individu dengan individu. Dalam mengkaji isu ini pelajar perlu menentukan:
(i) apa yang perlu dilakukan;
(ii) menimbang apa yang kesan dan akibat tindakannya,
(iii) memahami pandangan orang lain tentang konflik
Contoh konflik dalam situasi adalah isu jantina, umur, bangsa, budaya dan politik.

Proving the Rule pula pelajar dirangsang untuk mengenal pasti peraturan,
harapan dan tekanan supaya mereka dapat belajar menyesuai diri dengan keadaan
tersebut sesuai dengan pegangan nilai mereka. Situasi yang dikemukakan adalah
mengenai hubungan seseorang individu dengan orang lain, di rumah, sekolah dan
kawasan sejiran serta konflik-konflik yang wujud dari hubungan tersebut. Manakala
What Would You Have Done merupakan hasil kajian kes yang dijalankan tentang
beberapa masalah budaya di seluruh dunia yang berlaku sekitar abad 20. Situasi yang
dikemukan lebih kompleks dan berkait dengan beberapa tanggungjawab, konflik ras,
bencana, sikap penyayang dan masalah dadah (Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1,2007).

ANALISIS DAN KRITIKAN PENDEKATAN

Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi


orang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’,
melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan
perhatian terhadap pengalaman mereka. H. Lasswell (1976) menyatakan kaedah yang
digunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar pola-pola perlakuan yang
positif bagi amalan seseorang. McPhail dan rakan-rakannya (1973) telah menyatakan
bahawa bagi membantu pelajar sekolah menengah bersikap prihatin terhadap orang lain,
mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak menyinggung perasaan
orang lain. Oleh itu, McPhail berpendapat dengan adanya emosi dalam melakukan tindak
balas, pelajar dapat bertimbang rasa.
Fokus utama adalah pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengan
tindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan dan
menjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian,
pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada pelajar kepada
kehidupan sebenar. McPhail berpendapat, tidak semua pelajar boleh belajar dan
melahirkan perasaannya secara lisan, satu kaedah lain perlu digunakan contohnya seperi
lakonan, cerita, dialog dan melukis. Oleh itu, dengan adanya aktiviti sampingan ini
pelajar dapat melahirkan emosi atau perasaan mereka secara semula jadi. McPhail telah
menyenaraikan tiga set bahan yang digunakan dalam pedekatan bertimbang rasa iaitu In
Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done? Ketiga-tiga
set bahan ini boleh digunakan untuk mengembangkan penaakulan moral pelajar.
Pendekatan ini memang boleh membantu pelajar berfikir dan membincangan isu-isu dan
permasalahan moral dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar. Pada masa yang
sama dapat melebarluaskan konteks pengajaran dam pembelajaran dengan menggunakan
pendekatan ini. Pengalaman pelajar ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi
pelajar.

Tiga set bahan yang terdapat dalam Pendekatan bertimbang rasa iaitu In Other
Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done?, sebenarnya ada
relevan dan impresif untuk pendidikan moral. Ketiga-tiga set bahan tersebut mempunyai
kaitan dan menimbulkan kesan yang kuat dan mendalam ke atas seseorang individu.
Pendekatan bertimbang rasa boleh dikatakan sebagai pendekatan yang praktis kerana
bahan-bahan yang terkadung dalam pendekatan ini boleh dipraktikkan dan mudah
dilaksanakan dalam situasi sebenar. Contohnya mampu mempengaruhi pertimbangan
moral seseorang dalam membuat keputusan.

Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuan


Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginan
terhadapnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangan
dan minatnya disukai oleh orang lain. Ini melibatkan keinginan seseorang dalam
menentukan perkara yang membawa kepentingan kepada dirinya. Seseorang itu akan
melibatkan realiti orang lain sebagai satu kemungkinan. Dengan mengetahui realiti orang
lain, seseorang dapat merasai apa yang dia rasai sehampir mungkin adalah perkara yang
penting dalam bertimbang rasa. Apabila seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu
kemungkinan dan mula merasai realitinya, dia harus bertindak sewajarnya. Ini berkaitan
dengan sikap bertimbang rasa seseorang dan membuat pelbagai kemungkinan dan
andaian sebelum melakukan sesuatu perkara.

Pendidikan moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang
lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini
adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan orang yang bertindak sedemikian
dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila
menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk
mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas sendiri dan orang lain seperti yang
digambarkan pada rajah di bawah:

SITUASI MORAL MEMBERIKAN


- Perhubungan peribadi. PERTIMBANGAN
- kepentingan kumpulan KEPADA ORANG LAIN.
- aoutoriti
- sedunia

HASIL

MENTAFSIRKAN
Mengukuhkan KESAN-KESAN KE
pengetahuan dan ATAS:
penaakulan. - Diri
- orang Lain

Berdssarkan rajah di atas, pertimbangan yang dilakukan oleh orang lain adalah
pelbagai dan setiap pandangan mempunyai langkah penyelesaian yang berlainan. Oleh
itu, suka untuk pelajar atau seseorang mentafsir tahap konsep bertimbang rasa dalam diri
individu sendiri. Begitu juga dengan mentafsir kesen-kesan yang mungkin akan berlaku
kepada diri seseorang itu, terdapat pelbagai andaian dan pendapat yang mungkin akan
dilakukan berikutan tahap pertimbang moral dari aspek bertimbang rasa. Semuanya
memerlukan kesefahaman serta saling faham memahami tanpa melibatkan tindak balas
emosi. Secara tidak langsung akan menyukarkan seseorang melakukan proses penaakulan
berkaitan bertimbang rasa jika konsep bertimbang rasa dalam diri individu atau pelajar
mudah goyah.

Walau bagaimanapun, melalui cara ini pelajar tidak dititikberatkan dengan


penaakulan moral yang menggunakan akal yang rasional dengan menggunakan konspe-
konsep moral tetapi melibatkan penaakulan moral dengan menggunakan tindak balas
emosi. Kebolehan pelajar dalam berfikir secara logik dan membuat perimbangan yang
adil akan terganggu dan dipengaruhi oleh perasaan seseorang. Contohnya jika seseorang
pengawas telah mendapati rakannya melakukan kesalahan, sepatutnya pengawas tersebut
harus mengambil tindakan terhadap rakannya itu. Tetapi dengan adanya perasaan dan
pendekatan bertimbang rasa yang dicipta oleh McPhail, pengawas tersebut akan
melepaskan rakannya itu atas alasan sikap bertimbang rasa, belas kasihan dan sayang
akan rakannya itu.

Pendekatan bertimbang rasa merupakan satu teori yang tidak mempunyai asas
yang kuat. Walaupun berimbang rasa merupakan satu perkara yang dituntut, tetapi ia
tidak boleh dijadikan satu pendekatan yang berasingan dengan nilai yang lain. Menurut
Downey dan A.V Kelly (1978), Bertimbang rasa merupakan satu perkara yang baik dan
boleh diterima secara rasional, tetapi tidak sempurna dan kukuh jika hanya bertimbang
rasa dijadikan sebagai tumpuan atau fokus utama yang berdiri sendiri dalam pendekatan
pendidikan moral. P. McPhail, D.L. Miller (1973), berpendapat, bertimbang rasa perlu
dimiliki oleh setiap individu. Oleh hal yang demikian, jika terdapat beberapa nilai lain
yang digabungjalinkan dalam pendekatan tersebut, ia akan menjadikan pendekatan
tersebut lebih kukuh dan berkesan. Pada masa yang sama, pendekatan yang dihasilkkan
akan membentuk proses penaakulan daripada beberapa nilai berdasarkan pendekatan
yang digabungjalinkan. Contohnya, pendekatan bertimbang rasa mempunyai kaitan rapat
dengan nilai-nilai lain yang bergerak seiringan dan wujud bersama seperti kasih sayang,
bekerjasama dan belas kasihan.

KESESUAIAN DENGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA


Pendekatan bertimbang rasa seharusnya diterapakan dan diguna pakai dalam kurikulum
pendidikan moral di malasyia. Dengan penggunaan pendekatan ini, secara tidak langsung
akan memberikan pelajar nilai atau input tambahan yang bukan bersifat pengajaran dam
pembelajaran semata-mata. Tetapi juga boleh digunakan dan diaplikasikan dalam
kokurikulum dan kehidupan seharaian. Pelajar dapat mengunakan akal fikiran dengan
membuat pertimbangan yang sejawarnya jika menghadapi konflik semasa di dalam kelas,
melakukan aktiviti persatuan atau kelab dan sebagainya.

Falsafah pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang


dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jelas disini menunjukkan bahawa,
pendekatan bertimbang rasa sedikit sebanyak membantu seseorang individu untuk
berlaku adil, bertindak dengan menggunakan akan dan penaakulaan moral yang betul dan
dapat menerapkan sikap kasih sayang. Kepentingan dan hasil yang akan diperolehi
daripada pendekatan ini adalah bersesuaian dengan matlamat falsafah pendidikan
kebangsaan. Sifat semula jadi manusia lahir daripada pertimbangan hati dan fikiran yang
waras dalam segala aspek.

Dengan adanya pendekatan ini dalam pendidikan moral, pengurusan bilik darjah
yang melibatkan kerjasama serta beberapa pihak dapat diatas. Caranya adalah dengan
menimbang setiap pemdapat dan terguran dengan lebih bijak. Proses bertimbang rasa
juga memberikan kepuasan setiap individu yang terlibat. Contohnya, sebagai seorang
ketua dalam bilik darjah, dia perlu menimbang baik buruk keputusan yang dibuat dan
mecapai kata sepakat supaya semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang akan
dilakukan. Secara tidak langsung, proses bertimbang rasa dalam diri individu dapat
diwujudkan.
Pendekatan bertimbang rasa perlu diterapkan dalam setiap individu umumnya
kerana melibatkan beberapa isu-isu yang sensitif. Isu sensitif yang dimaksudkan adalah
berkaitan dengan isu perkauman dan perbezaan cara hidup masyarakat berbilang kaum di
malaysia. Dengan adanya sikap faham-memahami dan bertimbang rasa, isu tersebut tidak
akan menjadi isu yang serius kerana usaha memupuk sikap bertimbang rasa dan tidak
menyinggung perasaan orang lain dalam pendekatan moral bertimbang rasa telah
diterapkan.

Sikap tidak bertimbang rasa juga boleh dilihat dalam pelbagai aspek dan bentuk
antaranya sikap bertimbang rasa antara individu dengan individu yang lain, keluarga,
kelompok masyarakat dan sesuatu organisasi sosial. Sikap ini penting kerana dalam
sesuatu organisasi seperti organisasi sesebuah kelas atau kelab dan persatuan contohnya
memerlukan seorang ketua dan beberapa pengikut tertingginya. Oleh hal yang demikian,
terdapat beberapa pendapat dan idea yang dikemukankan oleh setiap individu dalam
organisasi tersebut dan setiap idea yang dikeluarkan ada yang bercanggah dan
bertentangan antara satu sama lain. Lantara itu, pendekatan moral bertimbang rasa
menerapkan aspek memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dgn
orang lain yang dapat memberikan kesan terhadapt sesuatu organisasi tersebut. Penerapan
nilai dalam pendekatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemahiran seseorang
ketua dalam mengawal tingkah laku anggota dalam organisasi tersebut.

Pedekatan moral bertimbang rasa juga menerapka unsur kasih sayang, mengambil
berat dan keterbukan individu itu sendiri. Sebagai seorang pelajar, dan juga merupakan
seorang anak, adik, abang atau kakak dalam sesebuah institusi kekeluargaan perlukan
sokongan daripada nilai dalam diri itu sendiri contohnya kasih sayang. Dari sikap
bertimbang rasa dapat menerapkan kasih sayang dan bertolak ansur dalam diri pelajar itu
sendiri. Ini berlaku secara tidak langsung dan kadang-kala berlaku tanpa disedari. Apabila
terlahirnya nilai dan perasaan kasih sayang, perasaan dan beberapa tanggungjawab lain
akan wujud kerana saling berkaitan dan berhubung rapat antara satu sama lain seperti
mengambil berat dan bertanggunjawab melindungi orang yang disayangi. Ini berkait
rapat dengan pendekatan moral bertimbang rasa kerana sikap bertolak ansur dan tidak
menyinggung perasaan orang lain juga merupakan salah satu tanggungjawab yang semua
orang perlu patuhi untuk mengelakan berkalunya konflik dan masalah.

PENUTUP

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada


Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka
kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Setiap pelajar atau individu
memilik latar belakang yang berbeza dan tahap bertimbang rasa yang juga berbeza. Oleh
itu, pendekatan bertimbang rasa perlu dan amat sesuai diterapkan di dalam pendidikan
moral di malaysia walaupun ada cacat celanya, namun penggabungjalinan nilai lain
seperti kasih sayang dan hormati-menghormati, akan menjadikan pendekatan ini semakin
berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.

Lantaran itu, guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan bertimbang rasa
supaya pelajar tidak akan menyalah tafsir dan keliru dengan nilai kasih sayang atau
hormat-menghormati yang seakan-akan menyerupai nilai bertimbang rasa. Kelemahan
yang ada dalam bertimbang rasa seperti tidak boleh berdiri sendiri atas nama nilai
bertimbang rasa perlu di atasi dengan bijak dan berkesan.

BIBLOIGRAFI
McPhail, P, Miller, D. L. 1973. The Assembling Process: A Theoretical and Empirical
Investigation. Am. Sociol. Rev. 38:721-35

Maclntyre, A (1976). A Short History Of Ethics. London : Routledge And Kegan Paul.

Lasswell, H.D. "The Garrison State." American Journal of Sociology, 1941, 46, 455-68.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalam Moral.
Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1 (2007). Diperoleh pada Februari 13,2009 daripada
www.geocities.com/zulmz65/moral610.pdf.

Chang Lee Hoon (2005). Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Diperoleh pada Februari
13,2009 daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas%20
konsep%20moral.pdf

Kelly, A.V. & Downey (1978). Mixed Ability Grouping. London: Harper & Row
Publishers.