Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah muzik boleh membantu P&P?

Mendengar muzik secara amnya akan memberi ketenangan, kegembiraan dan kesedihan kepada pendengar. manakalah bermain alat muzik akan memberikan kepuasan dan keupayaan untuk kita bercerita tentang sesuatu tanpa perlu mengucapkan sepatah pun perkataan. Muzik adalah kunci untuk kreativiti. Mendengar muzik atau bermain peralatan muzik dapat mencetus ilham kepada minda dan dengan itu secara tidak langsung muzik adalah sumber kepada minda kreatif. Minda Kreatif mempunyai keupayaan untuk membuat penemuan dan mencipta inovasi. Minda pemikir besar seperti Albert Einstein dan Mozart mempunyai persamaan yang ketara iaitu mereka sentiasa meneroka imaginasi dan kreativiti. Tanpa minda kreatifi; pemikir besar, pelukis,pencipta lagu atau ahli falsafah tidak mungkin dapat mencipta inovasi atau karya-karya yang agung. Atas kesedaran bahawa pendedahan kepada aktiviti kesenian seperti muzik dapat membantu pelajar berfikiran kritis dan kreatif maka kementerian pendidikan Malaysia telah memperkenalkan integrasi seni dalam pendidikan kepada pelajar-pelajar tadika dan tahap satu sekolah rendah bermula pada tahun 2007 (Kurikulum Pra Sekolah Kemenerian Pelajaran Malaysia) Dalam P&P secara langsung, muzik membuatkan Pendidikan lebih menyeronokkan. Muzik boleh menjadi sangat menarik di dalam bilik darjah dan boleh menjadi alat atau pemudah cara yang hebat untuk proses P&P . Sebagai contoh aktiviti menghafal sifir mengunakan lagu popular di dapati amat berkesan. Menurut kajian yang di lakukan oleh Seah Vui Lip(2011) pelajar ijazah pertama IPG Batu Lintang, Sarawak kanak-kanak yang mengunakan lagu sebagai satu cara untuk menghafal sifir di dapati dapat menghafal sifir 6-9 dengan lebih cepat dan lebih mudah. Dalam P&P, Muzik boleh digunakan untuk memastikan kanak-kanak fokus terhadap sesuatu aktiviti yang mungkin hambar tanpa iringan muzik. Sebagai contoh aktiviti riadah seperti berjoging,aerobic dan tarian. Selain membantu pelajar focus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah kajian yang terkenal iaitu kajian Mozart effect oleh Gordon Shaw,Frances Rauscher and Katherine Ky ( 1993) mendapati bahawa responden yang mendengar muzik Mozart , Sonata in D major for Two Pianos, K488 dapat meningkatkan kecerdasan IQ mereka sebanyak 8-9 point. Tidak ada penjelasan yang di berikan kenapa IQ responden yang terlibat meningkat tetapi menurut beberapa pengkaji yang menyokong penemuan ini menyatakan bahawa resonan muzik tersebut telah mengaktifkan otak kiri dan kanan. Mendengar muzik juga dapat merangsang peningkatan aktiviti gelombang otak. Berdasarkan kepada kajian-kajian ini pengkaji percaya pengunaan muzik sebagai alat bantu mengajar dapat membantu masalah pelajar tahun 6 SK Popok meningkatkan kemahiran mereka mengenalpasti jenis-jenis mesin ringkas. Selain daripada pengaktifan gelombang otak atau peningkatan focus kepada aktiviti P&P, muzik adalah bahasa semesta. Muzik adalah universal kerana tidak ada sempadan untuk kita

menikmati muzik. Mungkin bahasa yang di gunakan pada lirik lagu-lagu korea adalah tidak difahami oleh kebanyakan orang tetapi kemerduan melodi gangnam stail berserta dengan tariannya yang luar biasa dapat menarik satu billion pendengar diseluruh dunia. Haiwan seperti Burung, Anjing, dan ikan Paus dikatakan dapat memahami muzik pada tahap tertentu. Malahan tumbuhan yang didedahkan dengan muzik tertentu dapat membantu meningkatkan pertumbuhannya, Brian Egan (2011) Kehebatan muzik melampaui semua sempadan komunikasi menjadikannya alat pendidikan yang sangat berpotensi. muzik juga datang dengan pelbagai rentak dan budaya dan kelebihan ini dapat digunakan untuk menarik ramai pelajar yang citarasa muziknya datang dari pelbagai genre. Muzik mempunyai kuasa rohani. Tiada siapa yang benar-benar tahu mana muzik berasal dari mana tetapi terdapat banyak teori yang mencadangkan muzik telah ada sejak kewujudan manusia pra-sejarah. Salah satu kegunaan yang paling awal diketahui bagi muzik adalah untuk acara-acara keagamaan dan ritual. Sebagai contoh dalam tamadun Maya muzik telah digunakan dalam sambutan kemenangan pada peperangan dan juga pada masa pengebumian tokoh-tokoh berpengaruh. Zaman kegemilangan terawal yang direkodkan bagi kegunaan Muzik berlaku di zaman Medieval dengan sheet nontasi bagi koir kebaktian gereja masih digunakan sehingga kini. Malah pada hari ini, ramai orang mendakwa bahawa muzik adalah kunci kepada Allah dan kehidupan yang suci, dakwaan ini berasaskan kepada tangapan bahawa kebnayakan daripada agama-agama terbesar di dunia mengunakan muzik dalam ibadatnya samada secara langsung atau tidak. Berdasarkan kepada tangapan kekuasaan muzik dari segi rohani ini maka pengkaji mearsakan bahawa dengan pengabung-jalinan aktiviti muzik dalam P&P bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan tetapi dapat juga membantu meningkatkan pembangunan kerohanian dalam diri pelajar. Walau bagaimana pun bagi mancapai objektif ini , pemilihan lagu, lirik dan genre muzik haruslah di beri perhatian yang serius dan teliti.genre muzik yang ganas dan lirik yang negative akan menghasilkan impak yang negative juga kepada pelajar.

Akhir sekali ,muzik boleh mempengaruhi mood dan Emosi. Sebagai contoh bagi seorang pengembara yang perlu memandu jauh dengan mendengar muzik akan menjadikan perjalanan yang panjang tidak terasa. Muzik seolah-olah membantu menjadikan masa pegun. Malahan dengan mendengar muzik sahaja; seseorang yang sedang mengalami kemurungan atau mood yang kurang baik, seolah-olah mendapat tenaga dan kuasa baru untuk melakukan sesuatu. Begitu juga dengan seseorang yang sedang marah. Apabila mendengar muzik yang lembut dan mengasyikkan,kemarahan itu akan berkurangan. Tiada siapa yang benar-benar tahu mengapa atau di mana kuasa muzik ini datang, tetapi terdapat banyak kajian yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan dengan emosi seseorang dan bentuk irama yang di mainkan..