Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL Alhamdullah, pertama sekali rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.

T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya bersama dengan guru-guru pelatih yang juga merupakan rakan sekelas saya Berjaya untuk menganjurkan satu carnival permainan tradisional pada peringkat IPG. Karnival permainan tradisional ini juga telah berlangsung dengan jayanya berkat daripada kerjasama dan usaha yang gigih daripada semua rakan guru pelatih. Antara objektif

Melihat kepada sepanjang proses penganjuran festival permainan tradisional ini, saya dapati terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan juga aspek-aspek yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan lagi mutu penganjuran festival ini. Sebelum menganjurkan festival ini, perkara pertama yang harus dilaksanakan oleh kami ialah pelantikan ahli Jawatankuasa bagi penganjuran festival permainan tradisional ini. Pelantikan ahli jawatankuasa adalah penting bagi memastikan kelancaran program ini kerana setiap langkah dan juga tindakan perlu disusun supaya tidak menjadi tunggang langgang. Tambahan lagi, dengan tertubuhnya satu jawatankuasa, maka segala pergerakan menjadi lebih berstruktur dan lebih produktif kerana segala tindak tanduk akan dipantau dan dikawal oleh ketua. Pelantikan jawatankuasa juga akan memudahkan kerja kerana setiap individu akan diagihkan tugas maka secara tidak langsung akan meringankan beban penganjuran festival ini kerana untuk menganjurkan satu festival permainan tradisional ini bukan satu kerja yang mudah. Setelah pelantikan ahli jawatankuasa, mesyuaratmesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga m e n g e l o l a k a n sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk

disempurnakan. Melalui jawatankuasa yang telah tertubuh, dapat dilihat satu kekuatan iaitu kerjasama diantara guru pelatih kerana setiap individu yang dilantik telah diundi dan disokong secara sebulat suara. Namun, terdapat juga sedikit kelemahan yang dapat dikesan iaitu sikap sambil lewa guru pelatih dalam perancangan untuk menyiapkan kertas kerja permainan tradisional ini. Ini dapat dilihat apabila pensyarah sering mengingatkan kami untuk segera menghantar kertas kerja untuk disemak dengan kadar segera setiap kali sebelum memulakan pengajaran dalam kelas. Selain itu juga, setiap kumpulan juga lewat untuk menghantar perincian tentang permainan tradisional yang telah dipilih. Maka ini juga telah mengakibatkan kertas kerja lewat untuk disiapkan. Komitmen yang ditunjukkan oleh segelintir rakan sekelas juga turut menimbulkan masalah kerana tidak semua ahli kelas hadir untuk mesyuarat bagi membincangkan mengenai festival ini.

Apabila tidak semua rakan hadir, mereka tidak mengetahui tugas yang telah diberikan kepada mereka. Ini menjadi satu isu kerana sering kali rasa tidak puas hati timbul akibat tidak tahu jawatan yang disandang atau tidak suka dengan tugasan yang telah diberikan. Disebabkan ini, mereka akan membuat kerja pada saat akhir dan juga tidak melakukan kerja dengan sepenuh hati. Dari segi kerja dalam kumpulan juga, pemilihan permainan tradisional telah menimbulkan masalah sehingga menyebabkan sedikit perbalahan berlaku antara ahli kumpulan. Ini berlaku kerana terdapat ahli kumpulan yang tidak mengetahui permainan yang dipilih dan tidak bersetuju permainan tersebut dipilih akibat tidak diberitahu dan berbincang mengenai pemilihan permainan tersebut. Namun masalah ini dapat diatasi setelah perbincangan dilakukan antara ahli kumpulan. Dari segi pelaksanaan semasa festival permainan tradisional ini, terdapat juga kekuatan yang boleh dilihat, terutama dari aspek yang sama iaitu kerjasama yang diberikan daripada semua guru pelatih yang terdiri daripada unit J14 dan J18. Kami bersama-sama membuat persiapan terakhir seperti menyediakan astaka serta mengangkat papan putih, meja dan kerusi. Selain itu juga, pemilihan tempat juga dilihat amat bersesuaian dengan aktiviti dan juga permainan yang akan dijalankan kerana tempat yang dipilih luas serta mempunyai astaka. Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang terselit sepanjang

berlangsungnya aktiviti permainan tradisional ini. Kelemahan yang ketara ialah dari aspek masa dimana pertandingan bermula hamper lewat sejam kerana terpaksa menunggu kehadiran semua guru pelatih dan juga masa untuk menyiapkan tempat pertandingan. Maka kelewatan ini menyebabkan pertandingan ini selesai dalam tempoh yang agak lama. Tambahan lagi, kelewatan permulaan juga menyebabkan kami terpaksa bermain dalam keadaan cuaca yang panas kerana hari sudah menjengah tengahari. Selain daripada itu, terdapat juga permainan yang agak membahayakan dan mungkin akan mendatangkan kecederaan disebabkan penggunaan alatan yang tidak sesuai, contohnya permainan tarik upih. Permainan tarik upih ini menggunakan upih

kelapa untuk menarik guru pelatih dan saling bertanding kumpulan manakah yang dapat menarik upih dengan paling laju. Penggunaan upih kelapa dilihat tidak sesuai kerana upih yang digunakan tidak begitu elok. Tambahan lagi, upih tersebut hanya mampu bertahan selepas sekali penggunaan. Apabila ditarik, terdapat upih yang putus dan rosak, menyebabkan peserta tidak mampu untuk meneruskan pertandingan kerana tiada upih ganti disediakan. Permainan tarik upih ini juga mampu untuk mendatangkan kecederaan jika aspek-aspek keselamatan tidak dititik beratkan kerana saya sendiri telah tercedera sewaktu menarik upih tersebut. Walaupun kecederaan yang dialami ialah kecederaan ringan, namun ini amat penting kerana jika permainan ini dilakukan dikalangan murid sekolah rendah, mungkin kecederaan yang serius mungkin boleh berlaku. Pengurusan untuk sesetengah permainan juga dilihat tidak begitu baik dari segi penerangan permainan, pemarkahan dan juga mutu pengadilan. Ada kumpulan yang tidak menerangkan peraturan dan permainan kumpulan mereka dengan baik sehingga guru pelatih bermain permainan mengikut cara mereka sendiri bukan seperti yang diterangkan oleh kumpulan tersebut. Selain itu, peraturan permainan juga dilihat agak kurang sesuai. Contohnya, dalam permainan galah panjang, kawasan yang disediakan agak kecil dan agak sukar untuk kami melepasi setiap penjaga kerana kawasan yang diberikan tidak besar dan penjaga mampu untuk mencapai kami. Jadi apabila penjaga mudah untuk mencapai penyerang, maka permainan akan tamat lebih awal dan menjadi kurang mencabar. Apabila permainan tidak begitu mencabar, maka tiada keseronokan dalam permainan tersebut terutama bagi murid sekolah rendah yang begitu sukakan sesuatu yang mencabar. Pemenang juga tidak diumumkan selepas tamatnya sesuatu permainan. Jika pemenang tidak diumumkan, tiada kemuncak dalam permainan tersebut dan mungkin juga pemain tidak terdorong untuk bermain dalam permainan seterusnya. Sekiranya pemenang diumumkan, mungkin ini akan

meningkatkan semangat mereka untuk bermain dengan lebih bersungguh-sungguh dalam permainan yang seterusnya.

Justeru, sebagai penambahbaikan kepada kekurangan yang terdapat dalam penganjuran pertandingan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh

dilakukan.Pertama sekali, untuk menambahkan lagi seri dan keseronokan dalam pertandingan ini, gimik perasmian atau gimik pembukaan boleh dilakukan. Gimik ini dilakukan untuk menarik perhatian ataupun menambahkan lagi semangat untuk guru pelatih bermain nanti. Gimik perasmian atau pembukaan ini boleh dirancang oleh ahli jawatankuasa persembahan yang telah dilantik. Ahli-ahli boleh merancang sesuatu yang menarik supaya upacara perasmian ataupun pembukaan tidak menjadi sesuatu yang biasa dan bosan. Tambahan lagi, aktiviti pemanasan badan boleh diganti dengan acara senam robik. Acara senam robik dilihat lebih menarik ditambah lagi dengan pergerakan-pergerakan yang menarik dan juga penggunaan muzik ataupun irama. Sekiranya aktiviti ini dilakukan bersama-sama dengan murid sekolah rendah, saya yakin bahawa mereka lebih menyukai aktiviti ini berbanding dengan aktiviti pemanasan badan secara individu.

Anda mungkin juga menyukai