Anda di halaman 1dari 3

PENTAFSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

BAHASA MELAYU TAHUN 4 (SEMESTER 1) TAJUK: ANAK ULAT INGIN MELIHAT DUNIA
Di tepi sebuah bukit ada sebatang pokok mangga. Buah-buah mangga disitu masak. Dalam sebji buah mangga itu tinggal seekor ibu ulat dan anaknya. Ibu ulat sentiasa memastikan anak ulat tidak keluar dari rumahnya. Menurut ibu ulat , keadaan diluar sangat merbahaya. Kamu jangan cuba-cuba keluar dari rumah ini pesan ibu ulat kepada anak ulat. Kenapa ibu Tanya anak ulat ingin tahu.Diluar sana banyak binatang yang merbahaya.Sekiranya mereka melihat kamu, mereka akan makan kamu terang ibu ulat kepada anak ulat. Anak ulat patuh kepada arahan ibunya. Apakah binatang yang merbahaya itu ibu? Tanya anak ulat. Burung jawab ibu ulat. Bagaimana rupa burung, ibu? Tanya anak ulat lagi. Burung mempunyai paruh, badannya berbulu, kakinya dua dan boleh terbang ibu ulat menerangkan kepada anak ulat dengan terperinci. Ohh! Begitu rupanyaburung ya kata anak ulat. Apa lagi binatang yang merbahaya kepada kita ibu? Tanya anak ulat lagi. Ada, kerengga jawab ibu ulat. Bagaimana rupa kerengga ibu? Tanya anak ulat ingin tahu. Kerengga berwarna merah, berkaki enam dan biasanya akan berjalan secara berkumpulan Jawab ibu ulat. Kerana terlalu letih, ibu ulat telah letih dan terus tertidur. Anak ulat terasa ingin melihat suasana diluar sana. Tanpa pengetahuan bunya, anak ulat telah keluar dari buah mangga. Anak ulat melihat satu suasana yang sungguh indah. Wah! Cantiknya permandangan diluar, kalau aku tahu dah lama aku keluar kata anak ulat. Tiba-tibaanak ulat terandang seekor binatang yang sedang hinggap di satu dahan. Binatang apa ni? kata anak ulat.Binatang ini berparuh, badannnya berbulu, kakinya pula ada dua anak ulat pun berfikir. Burung itu itu mengepakkan sanyapnya dan terbang dari satu dahan ke dahan yang lain. Pasti ini burung kata anak ulat.Nasib baik burung tidak nampak aku. Kalau tidak, mati aku dimakannya. Baik aku balik ke rumah sekarang kata anak ulat lagi.

Anak ulat berjalan pulang ke rumahnya. Tiba-tiba dia terjumpa dengan beberapa ekor kerenggan di atas daun. Eh, binatang apa ni? anak ulat tertanya-tanya. Anak ulat melihat serengga sedang mengangkat makanan ke sarangnya. Badannya merah dan mempunyai enam kaki. Pasti ini kerengga. Tiba-tiba seekor kerengga ternampak anak ulat dan mengejarnya. Anak ulat lari selaju mungkin. Anak ulat akhirnya berjaya masuk ke dalam buah mangga melalui satu lubang kecil. Ibunya yang tertidur dan telah terjaga. Anak ulat dimarahi oleh ibunya kerana tidak mndengar nasihat. Anak ulat meminta maaf dan berjanji akan mendengar sgala pesanan dari ibunya.

PENTAFSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH


BAHASA MELAYU TAHUN 3 (SEMESTER 1) 1) 2) 3) 4) 5) Namakan watak yang terlibat dalam cerita itu? Dimanakan anak ulat dan ibu ulat tinggal? Namakan binatang yang merbahaya kepada ibu ulat dan anak ulat? Namakan nilai baik yang boleh dicontohi dari sikap anak ulat? Nyatakan sifat negatif yang ada pada anak ulat?

Anda mungkin juga menyukai