Anda di halaman 1dari 8

UNIT 12 UJIAN DIAGNOSTIK AWAL MENULIS BAHASA MELAYU

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan mengenal ciri-ciri utama ujian diagnostik awal menulis bahasa Melayu, berdasarkan KGBK dapat mengguna ujian diagnostik menulis ini.
Dalam Bab 11 kita mengukur tahap atau aras kebolehan membaca kanak-kanak dengan mengguna Ujian Diagnostik Membaca. Dalam Unit ini pula Ujian Diagnostik Menulis dihuraikan. Bahan dan nota bab ini adalah berasaskan risalah Panduan Mengguna Ujian Diagnostik Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu dan Ujian Diagnostik Membaca, dan Ujian Diagnostik Menulis oleh Prof. Isahak Haron, terbitan Penerbit UPSI, 2006, dengan sedikit penyesuaian.

Ciri dan tujuan ujian diagnostik menulis


Tujuan ujian ini ialah untuk mengesan dengan mudah aras kebolehan murid menulis pada peringkat awal bahasa Melayu. Oleh sebab kebolehan menulis berkait rapat dengan kebolehan membaca, ujian menulis ini juga sebenarnya mengukur kebolehan membaca murid. Dengan itu guru akan dapat mengesan secara spesifik pada aras manakah murid telah boleh menulis, dan pada aras manakah murid belum boleh menulis dan harus diberi bimbingan dan latihan untuk meningkatkan kecekapan mereka menulis. Untuk memudahkan pengesanan taraf kebolehan murid menulis, Ujian Diagnostik Menulis ini dibahagikan kepada 12 Aras seperti dalam Ujian Diagnostik Membaca. Setiap Aras ujian menulis ini seiring dengan aras kebolehan membaca yang dihuraikan dalam Bab 11, berdasarkan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK). Misalnya Aras 3 lebih tinggi dari Aras 2. Aras 4 lebih tinggi dari Aras 2 dan 3. Murid sukar membaca dan menulis pada Aras 7 jika ia tidak menguasai aras 5 dan 6 sebelumnya. Kebolehan menulis bergantung kepada kemahiran membaca. Jadi hasil ujian menulis ini boleh juga diguna untuk mentaksir aras kebolehan membaca murid. Jika murid boleh membaca dan mengisi tempat kosong dalam cerita ringkas, atau melengkapkan ayat dalam sesuatu cerita pada Aras 12, maka murid itu bolehlah dianggap telah mencapai kebolehan membaca dan menulis secukupnya untuk dia menulis latihan-latihan di Tahap 1 (Tahun 1 Tahun 3) pendidikan rendah.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 103

Aras-aras kemahiran bertulis


Aras-aras kemahiran menulis berikut ini dibina berdasarkan pendekatan KGBK dalam pengajaran dan pembelajaran awal Bahasa Melayu. Kebolehan menulis berhubung rapat dengan kebolehan membaca. Setiap aras adalah lebih tinggi dari aras sebelumnya. Aras yang t ertinggi ialah aras murid boleh memilih sendiri dan menulis perkataan yang sesuai dalam konteks ayat dan petikan. Ini bermakna murid sudah boleh membaca dan memahami ayat berkenaan, dan boleh menulis perkataan, frasa atau ayat yang sesuai. Aras 1. Menyalin bentuk huruf. Aras 2: Menyalin suku kata terbuka (kv) Aras 3: Mencantum suku kata terbuka dan menulis perkataan. Aras 4: Menulis satu huruf di tempat kosong. Aras 5: Menulis suku kata tertutup (kvk) Aras 6: Menulis suku kata perkataan suku kata tertutup Aras 7: Menulis huruf vokal dalam perkataan Aras 8: Menulis perkataan pada gambar Aras 9: Mencantum suku kata dan menulis perkataan Aras 10: Menulis perkataan dalam ayat Aras 11: Menulis perkataan dalam ayat menggunakan perkataan sendiri Aras 12: Menulis perkataan sendiri dalam ayat dan cerita.

Panduan untuk mentadbir ujian diagnostik menulis


Ujian ini boleh diberi secara kumpulan. - Ujian ini boleh ditadbir secara individu atau secara kumpulan, 30 40 orang murid. - Arahan-arahan dalam setiap Aras hendaklah dibaca oleh guru kepada murid yang diuji. - Murid menulis sendiri jawapan dalam kertas ujian diagnostik ini. - Beri masa yang cukup untuk murid menulis jawapan. - Guru periksa jawapan murid. Berdasarkan hasil ujian ini guru dapat perhatikan aras kebolehan setiap murid menulis. Ini diguna sebagai panduan untuk membantunya nanti.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 104

- Catatkan tarikh ujian dan Aras kebolehan murid menulis dalam buku rekod murid. (Guru boleh guna contoh Rekod Kemajuan Murid Membaca, seperti yang dilampirkan) - Guru mengguna dapatan aras kebolehan setiap murid untuk menjalankan pengajaran pemulihan membaca dan menulis Bahasa Melayu mengguna Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK). - Beri pengajaran dan latihan kepada murid setiap hari, atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi. - Beri Ujian pula setiap minggu atau setiap dua minggu, untuk melihat kemajuan murid. Catat Aras kemajuan murid dan tarikhnya.

Huraian tentang Aras 1 12 kemahiran menulis. Kemahiran menulis ini boleh dijadikan petunjuk kepada kemahiran membaca.
Aras 1. Menyalin bentuk huruf. Arahan guru kepada murid. Salin huruf ini. a ____ c ____ k ____ g ____ s ____ b ____ m ____ u ____ t ____ Huraian Aras 1 Ini untuk menguji kemahiran menyalin: mengecam bentuk huruf dan menggerakkan tangan menyalin bentuk huruf. Guru harus terima bentuk huruf yang boleh dibaca. Perhatikan juga cara murid menulis sesuatu huruf. Mungkin murid akan menulis huruf s atau c , d terbalik. Aras 2: Salin suku kata terbuka yang sama. Arahan guru kepada murid Salin yang tidak sama si ti si __ti__ ka ta ta ______ bu du bu ______ ci si si ______ ba ba pa ______ Huraian Aras 2 Ini menguji kebolehan murid mengcam bentuk suku kata terbuka (kv) yang sama, dan yang tidak sama, dan menulisnya. Aras 3: Mencantum suku kata terbuka dan menulis perkataan. Arahan guru kepada murid Cantum suku kata ini dan tulis perkataan. bu + ka = buka du + ku = ________ sa + ma = _______ cu + ti = ________ i + bu = _______ ta + ri = ________

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 105

Huraian Aras 3 Aras ini menguji kebolehan murid mengecam suku kata terbuka (kv) dan menulis perkataan dengan mencantum suku kata itu. Mengecam dan mencantum suku kata adalah salah satu kemahiran awal membaca dan menulis. Aras 4: Menulis satu huruf di tempat kosong. Arahan guru kepada murid Tulis huruf di tempat kosong. b uka sus__ kud___ __bu ___oti gig__ ma___a la__i Huraian Aras 4 Menguji kebolehan murid memilih sendiri huruf dan menulis huruf untuk membentuk perkataan yang bermakna. Ini juga menunjukkan murid sudah boleh membaca perkataan dua suku kata terbuka. Aras 5: Menulis suku kata tertutup (kvk) Arahan guru kepada murid Salin yang tidak sama di tempat kosong. cam cam sam sam tok tak tak _______ jam jum jam _______ lim lam lim _______ sak sak sok _______ Huraian Aras 5 Menguji murid memilih sendiri dan menulis suku kata tertutup (kvk) untuk membentuk perkataan yang bermakna. Guru harus terima apa jua perkataan yang bermakna. Kemahiran ini lebih tinggi dari kemahiran pada Aras 4. Aras 6: Menulis suku kata perkataan suku kata tertutup. Arahan guru kepada murid Tulis di tempat kosong. makan ka __ __ t __ __ lam j __ __ bu lam __ __ sa __ __ __ __ __ lan te __ __ r

Huraian Aras 6 Ini untuk menguji kebolehan murid suku kata tertutup untuk menjadikan perkataan yang bermakna. Guru harus terima apa saja suku kata yang boleh membentuk perkataan yang bermakna. Membina

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 106

dan menulis perkataan suku kata tertutup lebih tinggi kesukarannya dari membina perkataan suku kata terbuka. Aras 7: Menulis huruf vokal dalam perkataan Arahan guru kepada murid Tulis huruf di tempat kosong. 1. Dua __kor kera 2. Bil__k di rum__h 3. __rang m__da 4. Bas bel__k ke k__ri 5. P__k__k k__l__p__ Huraian Aras 7 Ini untuk menguji kebolehan murid membaca ayat dan mengguna huruf vokal yang patut dalam sesuatu perkataan, terutama perbezaan huruf antara vokal i; e teling; e pepet, u dan o. Aras 8: Menulis perkataan pada gambar Arahan guru kepada murid Apakah ini? Tulis di tempat kosong.

________________

_________________

_________________

_______________

__________________ Huraian Aras 8 Aras ini menguji murid menulis perkataan dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar. Kemahiran menulis perkataan berdasarkan gambar lebih tinggi sedikit arasnya dari kemahiran pada Aras 8. Guru harus juga mengambil perhatian ejaan murid yang tidak tepat, supaya guru dapat membantu murid membetulkannya. Aras 9: Mencantum suku kata terbuka dan tertutup dan menulis perkataan Arahan: Cantum suku kata berikut supaya menjadi perkataan dan tulis perkataan sa ri ko pas kan lam le ga tu rang dung but

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 107

____kolam____ _____________ _____________

_________________ _________________ _________________

Huraian Aras 9 Ini menguji kebolehan murid memilih dan mencantum dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna dan menulisnya. Guru harus terima apa jua perkataan yang munasabah. Kemahiran ini lebih tinggi dan lebih kreatif dari kemahiran Aras 7. Aras 10: Menulis perkataan dalam ayat Arahan: Pilih perkataan dari dalam kotak ini dan tulis di tempat kosong kedai ikan masuk saya rajin memakai 1. Kasim ______________ ke dalam biliknya. 2. Ani ______________ membaca buku. 3. Nama guru ______________ Puan Ana. 4. Saya ______________ kasut ke sekolah. 5. Abang pergi ke ______________ membeli roti. Huraian Aras 10 Aras ini lebih sukar dari aras 8 dan 9 di atas kerana ia memerlukan murid membaca perkataan diftong untuk menulis dalam konteks ayat. Aras ini lebih mudah sedkit dari Aras 11 sebab perkataan untuk murid menulis dalam konteks ayat sudah diberi. Aras 11: Menulis perkataan dalam ayat menggunakan perkataan sendiri Arahan guru kepada murid Tulis perkataan di tempat kosong. 1. Ali ___________ ke sekolah. 2. Dia naik _____________ ke sekolah. 3. Dia belajar ____________ dan menulis. 4. Ali suka ______________ dengan Ani dan Suzi. 5. Cikgu Ali _________________ murid-murid melukis.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 108

Huraian Aras 11 Menguji kebolehan memilih dan menulis perkataan yang sesuai dalam konteks sesuatu ayat. Guru harus terima perkataan yang munasabah. Kebolehan ini lebih tinggi arasnya dari Aras 9 dan 10. Ini menguji kebolehan murid membaca dan menulis. Aras 12: Menulis perkataan sendiri dalam ayat dan cerita. Arahan guru kepada murid Tulis perkataan di tempat kosong. Afik dan keluarganya ____________ ke zoo. Mereka ______________ banyak ____________ di sana. Afik lihat gajah, harimau dan singa. Telinga ____________ besar. Badan _____________ berbelang-belang. Afik juga melihat buaya dan monyet. Mulut buaya ___________. Afik beri ___________ kepada monyet. Afik suka _____________________________. Huraian Aras 12 Ini menguji kebolehan murid memilih dan menulis perkataan atau frasa di tempat kosong dalam konteks sesuatu cerita yang mengandungi pelbagai jenis perkataan suku kata terbuka (kv), suku kata tertutup (kvk), diftong dan imbuhan. Guru harus terima perkataan yang munasabah. Kalau murid boleh memilih dan menulis perkataan yang sesuai dalam konteks cerita, ini menunjukkan ia mencapai tahap kebolehan membaca dan menulis yang mencukupi untuk membaca teks dan buku lain dan menulis latihan di Tahap 1 sekolah rendah.
Aktiviti

Beri Ujian Diagnostik Membaca ini kepada tiga orang murid prasekolah atau murid Tahun 1. Apakah aras kebolehan setiap murid membaca?

RUJUKAN
Isahak Haron Panduan Mengguna Ujian Diagnostik Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu dan Ujian Diagnostik Membaca, dan Ujian Diagnostik Menulis, Penerbit UPSI, 2006

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 109

Contoh borang Rekod Kemajuan Murid Menulis Kelas ___________________ Nama Sekolah:___________________________________ * Tulis haribulan dalam ruang Aras berkenaan menunjukkan murid membuat latihan menulis sesuatu Aras itu. .
Bil Nama Murid Aras 1 * 5.3.06 5.3.06 9.3.06 Aras 2 9.3.06 Aras 3 14.3.06 Aras 4 19.3.06 Aras 5 19.3.06 Aras 6 Aras 7 Aras 8 Aras 9 Aras 10 Aras 11 Aras 12

Aminah Binti Awang

Basir Bin Kasim

14.3.06 19.3.06