Anda di halaman 1dari 1

Modul 2 ( Kokurikulum ) Soalan 2.

Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan Tahunan Sekolah, Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut.

Modul 1
Berdasarkan kerangka modul yang dipelajari dalam Modul 1, jelaskan kepentingan kompetensikompetensi yang perlu ada pada seseorang pemimpin dalam menerajui organisasi. Jawapan anda hendaklah berdasarkan persekitaran organisasi masing-masing. Panjang jawapan tidak melebihi empat muka surat.

Modul Asas
Kajian kes merupakan salah satu sumber yang boleh digunakan dalam memperkasakan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Kes yang dipaparkan ini adalah merupakan kes benar yang berlaku dan tindakan yang disarankan adalah langkah yang berpandukan peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Justeru para pemimpin pelapis adalah digalakkan membaca kes-kes ini untuk menambah ilmu tentang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. o Arahan: Sila baca kajian kes berikut dan jawab soalan yang diberikan. Kes ini berlaku di sebuah sekolah. Kes ini mengandungi 6 muka surat (fail) yang perlu anda baca. Soalan yang perlu anda jawab, diberikan berikutnya. Daripada pembacaan anda akan kes yang diberikan di atas, sila jawab soalan-soalan berikut: 1) Mengapakah pada pandangan anda konflik di atas wujud? 2) Sila cadangkan satu prosedur dalaman untuk melaksanakan "urine test" di peringkat sekolah.

Modul ICT Peserta dikehendaki membaca nota-nota berkenaan Model Pengurusan Perubahan serta merujuk (Kajian Kes 1) untuk memberi pendapat / pandangan anda tentang bagaimana Model Pengurusan Perubahan dilaksanakan bagi memantapkan pembudayaan ICT di sekolah anda. Tugasan tersebut hendaklah memenuhi syarat minima 150 perkataan (tidak termasuk rujukan).

Pengurusan Prestasi Soalan 1: Senaraikan tiga isu yang dihadapi dalam pelaksanaan penilaian prestasi di sekolah/organisasi anda. Soalan 2: Huraikan bagaimana isu-isu tersebut boleh ditangani di sekolah/organisasi anda.

Anda mungkin juga menyukai