Pengenalan
Kedudukan keris bagi masyarakat Melayu, boleh jadi menempati posisi yang amat
istimewa jika dibandingkan dengan senjata tajam yang lainnya. Dalam cerita-cerita
penglipurlara, cerita-cerita lagenda seperti Hang Tuah, dalam hikayat misalnya
Hikayat Patani, wayang kulit, pantun, syair, gurindam dan sebagainya ada
bermacam-macam istilah dan nama keris yang digunakan. Misalnya dalam cerita
wayang kulit Allahyarham Dollah Baju Merah ada keris bernama Keris Geliga Jati
yang ditempa oleh Sang Dewa Rata dari besi tiga beradik, kakak tua bernama
Maharaja Kersemi Besi, yang tengah bernama Agok Ading dan yang bongsu Bapa
Besi Sekubang Darah. Dalam Hikayat Hang Tuah (Kasim Ahmad: 1966 ) dan
Sejarah Melayu, adegan Pertikaman Tuah-Jebat dan Jebat-Kasturi, keris Taming
Sarilah yang “menghukum” Jebat pendurhaka sehingga menemui ajalnya.
Bukan itu sahaja, keris sebagai “hasil estetika Melayu” telah bermula seawal-awal
pembukaan Melaka sekitar 500 tahun yang lalu dan 800 hingga 1000 tahun dalam
kebudayaan Jawa dan seterusnya keris mempunyai fungsi dan peranannya yang
khas lagi khusus. Dalam soal ini, keris dianggap senjata paling keramat dalam
kebudayaan Melayu.
Terdapat ribuan jenis keris di alam Melayu dan daerah-daerah sekitarnya, apatah
lagi terdapat sekitar 400 suku bangsa dan lebih 150 suku bahasa. J.W.M Bakker
(1984) mengelompok dalam wilayah suku besar yang disebutnya sebagai wilayah
adat iaitu Acheh, Gayo-Alas, Batak-Nias, Minangkabau-Mentawai, Jambi-Enggano,
Melayu-Melaka-Medan-Riau-Pontianak, Dayak-Raya, Bangka-Belitung, Sunda,
Jawa-Tengah, Jawa-Timur-Madura, Bali-Lombok, Sulawesi-Selatan-Makasar,
Teroja, Gorontolo, Flores-Timur, Minahasa-Sangi-Talaud, Maluku-Utara (Ternate),
Maluku-Selatan (Ambon, Papua. Wilayah adat ini pula boleh kita kembangkan
melibatkan Filipina, Selatan Thai dan daerah-daerah diaspora Melayu seluruh
dunia. Semua tradisi ini pula mempunyai tradisi keris masing-masing.
Di Malaysia samada yang mempunyai sultan dan raja atau tidak, mempunyai keris
sebagai regalia serta ornamen kebesaran diraja dan kerajaan. Malah Duli yang
Maha Mulia Yang Di- Pertuan Agung juga mempunyai regalia dan ornament iaitu
keris sebagai daulah kebesaran dan kekuasaan serta ketuanan Melayu. Bagi negeri
Perak pula, Keris Tamingsari adalah senjata kebesaran kerajaan. Dalam konteks
ini keris bukan lagi sebagai senjata pembunuh tetapi menjadi alat kebesaran
sesuatu negeri atau kerajaan.
Seterusnya, keris juga menjadi sebagai perantara antara dunia ghaib dan nyata,
antara alam atas, tengah dan bawah, makhluk gaib, jin ,penunggu, roh dan lain-lain
lagi dalam perubatan dan perbomohan Melayu. Ada doa dari ayat-ayat Al Quran
yang bercampuraduk dengan anamisme, Hindu-Budha dalam pengucapan
mantera, yakni ungkapan verbal yang mengandungi daya-daya atau energi yang
bersifat magis. Biasanya diucapkan berulang-ulang dengan nada dan intonasi yang
tertentu dengan penuh perhatian. Pada waktu yang sama disertakan sikap tangan
(mudra) dalam bertapa, menadah ke dua belah tangan ke atas, berpeluk tubuh dan
seumpamanya sebagai suatu proses ‘masuk ke dunia lain’ dan seringkali juga yadra
iaitu membayangi objek-objek tertentu yang dapat memberikan ‘yoni’, kuasa,
cahaya, roh dan seumpamanya.
Terdapat berbagai-bagai jenis keris yang digunakan samada yang berlok satu
hinggalah lok-lok ganjil 3, 5, 7, 9,11,13,35 dan seterusnya ataupun keris lurus daun
buluh,keris charita, sempana, picit dan sebagainya. Ada keris yang diperbuat dari
besi burjan (kursani) yang berwarna hitam kebiru-biruan sejuk lembab besinya,
yang membawa kesejahteraan, ada besi karangkijang yang warnanya hitam kering
hijau daun kurang baik kerana penyimpannya kurus kering dan sesuai untuk orang
gemuk yang inginkan badan ramping halus manis, besi jari pengantin, warna hijau
kehitaman tetapi ringan sifatnya, sesuai untuk melembutkan hati seseorang dan
murah rezeki, besi surabdamas, warnanya hitam kemerah-merahan, memberikan
rasa gatal jika dibuat keris, sesuai untuk ilmu tuju-tuju atau menghantar santau,
besi danar (selipan) atau sasamad) warnanya hijau gemerlap untuk memikat wanita
atau untuk pengasih, besi boji atau rebeng, warnanya hitam keputihan, bertujuan
untuk memanaskan kedua belah pihak dan cepat panas baran, besi kucur atau
manur perak, warnanya putih, kering, berpeluh, keras berdenting, dibuat keris
perempah ubat ubatan, besi malik atau laksemalik (carising), dijadikan keris dan
kalau dipakai, pemakainya akan mandul , besi gerasak, warnanya hitam kering
keras, untuk tuah dan besi lumut, warnanya hitam hijau berlumut, digunakan
sebagai alat perantara dalam bertani.
Jenis Keris
2
dan cepat mati. Keris Mat Diong atau keris Bugis, keris Patani atau Keris Malela
dan banyak lagi istilah yang saling tumpang tindih antara satu sama lain.
Kodokan Keris
3
Simpalan kodokan
keris
BambangHarsrinuksmo:1995
4
Jenis Kayu Dalam Pembuatan Hulu dan Sampir Keris (Sarung Keris)
Bentuk dan seni ukiran hulu dan sampir keris berbeza di antara satu daerah
dengan daerah yang lain. Bagi masyarakat Jawa, dua bentuk utama menjadi
pilihan di samping mempunyai nilai sejarah bangsa kerajaan Majapahit dan
Mataram, ianya juga mempunyai nilai-nilai mistik yang skcral dalam garapan
estetik ladrang dan gayaman. Bagi masyarakat Melayu, hampir keseluruhan sampir
dalam bentuk “perahu” Manakala hulunya pula dalam bentuk Jawa demam,
pekaka, kepala ayam teleng, tapak kuda, kepala burung kakak tua dan sebagainya.
Hampir keseluruhan sampir diperbuat dari kayu. Kayu-kayu yang dipilih
mempunyai nilai magis sebagai suatu asset kekuatan dan kuasa yang dimiliki oleh
keris. Walaupun ada keris yang sampirnyanya terbuat daripada emas, tanduk,
perak, tembaga, suasa, tulang, gading dan seumpamanya, kayu menjadi pilihan
utama dalam perbuatan sampir dan hulu keris.. Terdapat beberapa jenis kayu yang
digunakan, antara lain kayu timoho (kleinhoven hospital linn), kemuning (murraya
paniculata), terembalu (cassi glauca), jati (tectona gradis), sawo nila/ciku
(manilkara zapota), cendana (santalun album), awar-awar (ficus leucantatoma),
sena keling (dalbergia latifolia), sena/angsena (pterocarpus indicus), kendayan
(bauhinia malabarica), gemia (bouea microphylla), cemara (dysoxylum
acutangulum) dan lain-lain lagi.
Bagi orang Jawa, kayu timoho lebih keramat sifatnya kerana ira dan urat kayu
yang berlambang dan bersimbol dan dapat menahan ‘isi keris’, ‘yoni’ atau ‘getar’
terus bertahan atau menghuni keris tersebut. Kadar resapan kelembapan juga
tinggi. Ini menghalang proses pengaratan keris. Diyakini dengan menggunakan
kayu tersebut, keris tidak perlu dicuci/rawat sehingga beberapa tahun. Berbeza
dengan menggunakan kayu jati, emas, tembaga, gading dan tulang, kadar serapan
kelembapan hampir tiada langsung. Udara yang lembab yang terperangkap dalam
sampir keris akan mempercepatkan proses pengaratan dan pereputan besi keris.
Dalam proses pembuatan sarung dan hulu keris, di zaman dahulu ada upacara
dilakukan. Pertama pemilihan hari. Pemilihan hari ini pula dihubungkan dengan
rejang, raksi, kutika dan sebagainya. Selepas itu upacara menyemah pokok dengan
sehidangan ‘berjamu’ (sesajen istilah Jawa) yang di dalamnya seekor ayam
5
panggang (seboleh-bolehnya ayam hitam), pulut kuning atau beras kunyit, sepiak
sirih pinang, benang mentah, segulung rokok daun atau tembakau diletakan pada
pokok tadi. Ini bertujuan memohon kepada ‘penunggu’ agar kerja-kerja
penebangan pokok tadi selamat dan kayu yang dibawa pulang itu pula mempunyai
‘berkah’.
Bahagian teras kayu yang diambil dikeringkan sekering-keringnya, manakala
setengah jenis kayu yang lain direndam dalam air sehingga beberapa bulan barulah
dijemur sehingga kering. Ini bertujuan untuk mengawetkan kayu agar tidak
dimakan bubuk di samping menghitamkan kayu tersebut. Ianya juga untuk
mengelakan kayu tadi rapuh atau mudah pecah sewaktu proses pengukiran dan
pembuatan sampir dan hulu keris. Bagi sesetengah pengukir, menghitamkan kayu
menggunakan air umbi batang pisang, bagi setengah yang lain, leker dicampur
arang akan menghasilkan warna hitam.
Biasanya bagi masyarakat Melayu, ukiran kayu untuk sampir dan hulu keris
memakan waktu berbulan-bulan untuk menyiapkan kerana ukiran awan larat, ayat
Al Quran, flora dan lain-lain lagi cukup halus dan teliti. Bagi sesetengah orang,
mereka lebih suka menggunakan peluh tapak tangan, pipi dan dagu sebagai bahan
pengawet dan penggilap kayu tadi. Cara ini sebenar mempunyai fungsi mistik.
Dipercayai air peluh akan memberikan keserasian antara pemilik dengan kerisnya.
6
Keris Patani/Kelantan
(koleksi Penulis)
Keris Batak
(Koleksi Penulis)
Keri
Jawa/Gayaman
(Koleksi penulis)
7
Keris Bali
(koleksi penulis)
Keris Jawa/Ladrang
(koleksi penulis)
Ahmad Huzairi Ab. Halim (1999:hal.194) menjelaskan secara umum konsep bomoh
dapat diertikan sebagai tabib kampung ( yang mengubati orang sakit dengan
menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi) yang sama
ertinya dengan dukun. Sementara itu pawang adalah orang yang mempunyai
kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya menggunakan kuasa ajaib)
seperti pawang buaya yang pandai menangkap buaya, pawang hujan ialah orang
yang boleh mengalih hujan dari satu tempat ke tempat lain dan sebagainya.
Sesuai dengan fungsinya, dukun, bomoh dan pawang dianggap orang pandai untuk
menutralkan sesuatu. Daripada gejala yang tidak baik dan buruk yang berasal dari
roh, semangat, penunggu, saka, buatan orang dan lain-lain lagi. Usaha ini dianggap
berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya. Menurut Hashim Awang
8
terdapat pelbagai kriteria yang dikaitkan dengan uzur iaitu bersifat pasif dan tidak
memainkan peranan aktif dalam komunitinya. Di samping itu, keuzuran bukan
sahaja mengakibatkan rasa sakit, gelisah dan derita, tetapi menyebabkan emosi
pesakit terganggu.
Sesuai dengan hakikat perkembangan Islam dan penentangan ulamak, para bomoh
telah membangunkan perdukunan mereka dengan memanfaatkan Al Quran, hadis
dan kitab-kitab lain yang berbau tasawuf. Kitab Tajul Muluk, Bintang Dua Belas
dan Kitab Tib menjadi rujukan. Kitab Tajul Muluk misalnya telah memberikan
ramuan-ramuan dan penyakitnya. Konsep solat-Rukun 13 diangkat sebagai pusat
segala ilmu perdukunan di alam Melayu. Rukun 13 tadi di bahagikan kepada empat
kumpulan iaitu kosmologi existensialisme manusia (kewujudan dan keberadaan).
Kewujudan manusia berasal dari ibunya empat perkara, dari bapa empat perkara,
dari malaikat empat perkara dan dari Tuhan satu perkara.( UU. Hamidy:1999):
i. Gerak
ii. geri
iii. rasa
iv.perisa
9
d. Satu perkara dari Tuhan/Allah iaitu roh/nyawa.
Penyakit pertama atau sakit fizikal antara lain seperti yang dijelaskan di atas
memerlukan keris tertentu dan khusus pula jenis besi dan cara pembuatannya di
samping prosesi ‘berjamu’ yang harus dilakukan bomoh. Ianya juga harus
10
dibersihkan ;berlimau’ pada setiap awal muharam mengikut kepercayaan Melayu
dan Jawa.
Untuk tujuan ini pembicaraan hanya tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja
iaitu lemah tenaga batin. Sejenis penyakit yang amat popular dalam masyarakat
Melayu dan dunia secara umumnya. Terdapat berbagai cara rawatan dilakukan
dalam tradisi perbomohan Melayu. Antaranya dengan menggunakan keris Pesi
Sombro (dalam bahasa Jawanya) atau “Keris Mayat” (dalam bahasa Melayunya).
Keris Mayat ini mempunyai dua jenis, iaitu jenis picitan dan jenis tempaan. Pada
dasarnya kedua-dua bahagian bilahnya mempunyai lima lekukan jari iaitu tiga
dibahagian depan dan dua dibahagian belakang dan ianya diperbuat dari
campuran besi kursani, danar (selipan, sesamad) dan tahi bintang (meteoric).
Kursani adalah sejenis besi yang dianggap’mulia’ dalam masyarakat Melayu,
manakala danar atau selipan dipercayai memberi kasih sayang dan daya penarik
untuk kaum wanita (Sejarah Keris1951: tanpa pengarang) dan besi tahi bintang
adalah besi yang paling keras yang dimiliki oleh bangsa nusantara Melayu.
Pamornya pula adalah pamor lintang emas yang lingkaran bulatannya lima lapis
dan ada yang tujuh dan lapan lapis bergantung kepada keperluan bomoh atau
pemakainya.
Gambar Penuh
Bentuk Hulu
Hujung Keris
11
Manakala lima lekukan itu pula sesuai dengan hasrat seorang lelaki normal:
1. Besar
2. Panjang
3. Tahan lama
4. Keras
5. banyak air.
Dalam melakukan perbomohan dan rawatan terdapat beberapa tahap , iaitu tahap
pertamanya penjelasan si pesakit tentang biodata diri termasuklah tarikh lahir,
usia, tempoh perkahwinan jika yang sudah berkahwin, sejak bila penyakit itu
dihidapi dan kalau masih bujang bila penyakit itu dikesan (history and diagnosis).
Semua ini diperlukan oleh seorang bomoh melakukan raksi dan firasat bagi
menentukan cara rawatan cara rawatan, pilihan mentera dan ayat-ayat Al Quran
yang akan digunakan. Tahap kedua, pesakit diminta menunjukkan kemaluan
kepada bomoh dan bomoh akan memegang dan menarik perlahan-lahan, lalu
menekan perut di bahagian kiri dan kanan dan menggosok-gosok di bahagian ari-
ari. Tahap ketiga, bomoh mengeluarkan keris ‘kepala mayat’ diasapkan dengan
kemenyan disamping membaca mantera dan beberapa surah dari Al Quran.
Kemudian keris tadi diberikan kepada pesakit dan pesakit diminta membaca satu
kali surah Al Fatihah, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan para
sahabat diserta dengan niat…minta besar..minta panjang, minta keras dan
tegang,tahan lama, banyak mani dan disudahi dengan selawat ke atas Nabi dan
mengucap dua kalimah sahadat.
Tahap yang seterusnya, bomoh atau dukun akan menggunakan minyak dari kelapa
hijau yang buahnya menghadap ke barat mengurut seluruh badan pesakit dan
tumpuan khusus dibahagian alat kemaluan berulang-ulang kali. Ada juga yang
menggunakan minyak lintah,gamat, darah dan lendir ikan temakul (anak belacak)
dan sebagainya. Setidak-tidak walaupun dengan sekali hadir penyakit itu dapat
diubati, bomoh akan mencadangkan sekurang-kurang tiga kali ulangan rawatan,
ini disesuaikan dengan konsep wuduk-mengambil air sembahyang yang tiga kali
cuci tangan, muka, telinga dan lain-lain. Seterusnya ada konsep pelepas dengan
mandi air tujuh telaga dicampur tujuh jenis bunga, limau nipis dan berkain
basahan hitam sepanjang tiga meter. Ritual in bertujuan memulihkan semangat
yang telah hilang akibat lemah tenaga batin dengan sedikit tanda kesyukuran
sekurang-kurang se par/paha pulut kuning
Penyakit jenis kedua, sakit ‘angin’, roh, semangat, gila dan sakit mental. Bomoh
akan mencucuk-cucuk bahagian-bahagian tertentu dengan keris, juga dengan
benda-benda lain sebagai peganti keris kemudian dengan mentera tertentu
misalnya penyakit ‘angin pendekar’ sang bomoh akan menaikkan angin tersebut
dengan mengangkat asal usul, pesakit akan terasuk dan bangun ‘bergerak-gerak’
mengikut langkah silat. Bomoh atau guru silat akan memegang sebilah keris yang
12
bersarung. Keris yang dipegang dan mentera atau ayat-ayat Al Quran yang dibaca
itu dapat memutuskan ‘iktikad’ dalam batinnya. Iktikad itulah yang merupa ‘roh’
pada suatu mentera atau ‘penawar’ yang nantinya dapat menimbulkan daya
magnetik untuk menggerakkan unsur-unsur kekuatan batin.
Penyakit ketiga dalam masyrakat Melayu iaitu inginkan yang lebih, iaitu kasih
sayang,kuasa, kecantikan,cepat kaya dan lain-lain lagi. Setiap masalah pada
kebiasaannya dapat diselesaikan oleh bomoh melalui sentuhan fizikal, jampi
serapah, alat kerama, azimat, keris, besi bat dari perspektif positif atau negatif.
Perspektif positif lebih berupa tindakan membangunkan sipesakit berbanding
memusnah musuh atau lawannya. Dari konsep ini juga lahirnya bomoh kanan (ilmu
putih) dan bomoh kiri dengan ilmu hitamnya. Bomoh kanan lebih banyak
melakukan kiat-kiat positif individu dengan ramuan dan bentuk mentera yang
tidak merosakkan sesiapa. Dia puterikan angin, dia uraikan urat-urat tersimpul, dia
matikan santau, racun, tuba dan tuju-tuju. Perlakuannya terhadap perangkat
perbomohannya tidaklah menggunakan sesuatu yang haram, sebaliknya bomoh
hitam, lebih banyak melakukan kerosakan terhadap individu lain sebagai saingan.
Keris dimandikan dengan darah orang yang mati terbunuh, hati kelawar, atau
benda-benda kotor dan tidak halal di sisi syarak.
13
Seorang empu atau pandai besi (juga seringkali dianggap bomoh) yang baik akan
terus menyaran dan menempa keris-keris tertentu kepada pelanggannya.
Permulaannya dia akan berpuasa tidak kira puasa isnin-khamis, memutih,
mgeblam atau puasa nabi Daud (puasa seminggu penuh) ataupun beretapa terlebih
dahulu dengan zikir-zikir tertentu untuk mendatangkan tuah kepada keris
tersebut.. Besi-besi ini adalah beberapa besi bertuah dapat mencapai pangkat tinggi,
kaya raya, maju dalam perniagaan dan sukses dalam pemerintahan. Keris-keris
jenis ini dikatakan pernah digunakan oleh Sukarno dan Suharto bekas presiden
Indonesia (Raden Hastonogora: 19 September 1999).
Jika keris dari besi jenis ini dimiliki oleh bomoh, bomoh akan menggunakan alam
batinnya memanggil ‘isi’,yoni, atau getar yang dimiliki oleh keris itu dan
memberitahu bahawa dia telah bertukar tangan dan harus setia kepada tuan
barunya dan maskahwin dikenakan kepada si pesakit. Dalam konteks Melayu dan
Jawa, konsep jual beli barang pusaka atau upah untuk bomoh tidak dibenarkan,
namun upah atau imbalan kepada bomoh disebut pengeras. Pengeras dan emas
kahwin ini pula boleh berupa apa bentuk pun, duit, ternakan, emas dan sebagainya
ataupun keris diganti dengan keris lain sebagai tukarannya.
Bagi bomoh hitam pula biasanya akan meminta sesuatu yang aneh-aneh dan di luar
kebiasaan. Misalnya untuk menang loteri, toto ataupun 4D, bomoh akan meminta
pesakit mendapatkan darah orang mati terbunuh, kemalangan misalnya untuk
disapu pada keris sebagai salah satu persyaratan untuk proses memanggil atau
menarik duit. Lebih zalim lagi kubur digali dan bahagian-bahagian tertentu mayat
diambil dan dilumur pada keris serta dibalut dengan kain kapan mayat yang dicuri
dari kubur.
Setelah semua persyaratan itu cukup, bomoh akan memilih hari (malam) di tempat
tertentu (misalnya Pulau Besar Melaka, Bukit Melawati Hulu Kelang, ataupun
Bukit Gedombak, Pasir Putih Kelantan) akan melakukan upacara pemujaan.
Peralatan pemujaan itu, disamping keris yang dibaluti kain kapan, dilumur darah
dan bahagian-bahagian tertentu simati, perlu beberapa batang colok Cina, setangi
Arab,beras kunyit, benang mentah, serbuk besi, sedikit kemenyan (boleh juga
minyak cendana), bunga tujuh jenis sebaiknya yang dicuri. dan kain kuning. Dia
akan memilih kubur ataupun pokok besar, batu besar dan sebagainya. Di sinilah dia
memanggil roh simati, roh dari kubur keramat, atau penunggu atau apa sahaja.
(Abdullah Yassin: Temuramah 29 Mei 20007).
Prosesi pemujaan akan dilakukan tepat jam dua belas tengah malam. Sewaktu
bomoh menurun, bomoh akan menyebut beberapa nombor yang kononnya
diberikan oleh roh atau semangat orang mati tadi. Mengikut pengalaman penulis,
proses atau upacara menarik ini sama sahaja di Malaysia ataupun di Indonesia.
Setelah nombor atau barang itu diperolehi (mungkin telah disediakan oleh bomoh),
ada persyaratan lainnya lagi. Nombor tadi tidak boleh terus dibeli tetapi harus
14
menunggu beberapa hari dan wang pengeras yang diminta harus terlebih dahulu
dibayar. Jika nombor tikaman tadi mengena, ada bahagian-bahagian tertentu yang
harus dibayar kepada bomoh.
Terakhir dalam pembicaraan singkat ini ialah bomoh hujan atau pawang hujan.
Hubungan manusia dengan alam sudah wujud sejak kewujudan manusia itu lagi.
Ilmu-ilmu yang berhubung dengan angin, ombak, tanah, rebut petir dan
seumpamanya dianggap mempunyai semangat tertentu dan seharusnya dilakukan
prosesi penyemahan berdasarkan pemahaman manusia anamisme-dinamisme.
Apabila Islam meresap dalam masyarakat Melayu, konsep ini berubah kepada
kekuasaan Allah Taala. Namun demikian, percubaan-percubaan manusia
mengubah alam tak pernah terhenti. Secara sainstifik mahupun batin,proses
pembenihan awan dilakukan secara sainstifik untuk mengatasi masalah kemarau.
Bagi masyarakat tradisi, mereka ada cara tertentu dalam menyelesaikan masalah
hujan ribut, bah dan kemarau. Amalan itu kekal sampai kini.
Pawang hujan masih lagi besar peranannya dalam masyarakat moden Dengan
mentera-mentera, doa dan perangkat keris dia akan mengubah halatuju angin
rebut, mengubah daerah hujan (alih hujan), memperlambatkan proses hujan untuk
tujuan majlis-majlis kebesaran, perayaan atau nikah kahwin di satu-satu tempat.
Keris yang digunakan adalah berdapur lembu tidor. Sebilah keris lurus yang
mempunyai belalai gajah atau kembang kacang, di tengah tengah bilah keris
(gambar bawah).
Keris Riau
15
Kembang Kacang/Belalai gajah berada di tengah
bilah keris (koleksi penulis)
16