Anda di halaman 1dari 2

aku ckp je yg ceramah tu cita pasal bagaimana melahirkan pemimpin pasal elaun pasal guru peringkat belajaq en.

awang bin lokey

ROSUAN BIN MOHAMAD Saya Rosuan B Mohamad telah mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) bagi sesi seminar untuk semester dua pada 15 Oktober 2010. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya selamat menjalani siri BIG pada kali ini. Secara keseluruhannya saya berpendapat bahawa program ini amat wajar diwajibkan kepada semua guru pelatih kerana program ini dapat membentuk bakal guru yang lengkap dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Untuk program pada kali ini, kami ditetapkan supaya membuat menghadiri seminar yang melibatkan mendengar ceramah selaras dengan tema yang ditetapkan. En Awang Bin Lokey telah menyampaikan ceramah tersebut yang bertajuk melahirkan pemimpin di dalam diri seorang guru. Antara pengisian yang saya dapat dari seminar ini ialah kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Beliau juga turut menekankan kepada melakukan anjakan paradigma. Untuk menjadi guru berkesan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Seperti mana Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .

Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.

Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkara-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Secara kesimpulannya apa yang penting dalam menjadi seorang guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak penceramah kepada saya sepanjang program ini. TERIMA KASIH dan pihak ajk

seminar, tutor serta guru pelatih kerana telah banyak member tunjuk ajar dan ilmu baru