Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI 4 : ULASAN LISAN RAKAN KELAS Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

saya siti najibah binti mohd nor ingin mengulas dan memberi sedikit buah fikiran berkenaan tajuk lisan yang disampaikan oleh kawan kita iaitu nurul mardiana binti mahadi dari kos pendidikan khas yang telah membincangkan mengenai topik budaya sesebuah keluarga. Bagi saya keluarga yang berjaya dunia dan akhirat ialah keluarga yang berjaya melahirkan suasana yang sakinah, mawadah dan warahmah dalam kalangan ahli keluarganya sendiri terutama isteri dan anak-anaknya. ketua keluarga iaitu si bapa haruslah bersama-sama menerapkan kasih sayang, hormat menghormati dan bersopan santun dalam diri anak-anak sedari awal lagi. Namun, malangnya dunia hari ini melihat bertapa individualistiknya sesebuah keluarga itu atau lebih tepat ibu bapanya sehingga mengabaikan kehidupan anak-anaknya sendiri sehingga mendorong anak mereka terjebak dalam kancah kemaksiatan yang nyata. cara hidu sesebuah institusi keluarga itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. maka tidak hairanlah jika ada anak-anak yang lebih mengutamakan kawan-kawan dari ibu bapa sendiri jika perkara ini berterusan. Seharusnya ibu bapa haruslah mengambil peluang merapatkan silaturrahim sesama mereka, sentiasa mengawal pergerakan anak-anak, menyelami perasaan mereka sekali gus dapat mengealkkan mereka dari terjebak dengan klik-klik vandalisme, buli dan gangsterisme. Tuntasnya, keluarga yang positif dapat melahirkan anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada bangsa, agama dan negara.

Anda mungkin juga menyukai