Anda di halaman 1dari 5

PROJEK PENANAMAN TAMAN MINI HERBA

KERTAS KERJA TAMAN HERBA SEKOLAH

PENDAHULUAN .

Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas sebagai proses permulaan pengurusan diri. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Sungai Layar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SK Sungai Petani adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup Pendidikan Khas (PPKIBP SKSL) dan kerjasama daripada guru-guru PPKIBP. 1.0 MISI . Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. 2.0 VISI Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SK Sg Layar. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan . 3.0 OBJEKTIF. Objektif Kertas Kerja ini ialah : 1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah. 2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba.

3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan. 4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba . 5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang. 5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA PENASIHAT : TN HJ ABD SAMAD B SALLEH GURU BESAR PN SHUKIRAH BT ABDULLAH PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS EN ZAMZURI B ZAKARIA

PENGERUSI

PENYELARAS PROGRAM PENOLONG PENYELARAS SETIAUSAHA I SETIAUSAHA II BENDAHARI :

EN MOHD ZAMRI B ABD RAZAK

: :

PN YUSNITA BT YATIM PN NORAIDA BT AHMAD PN INTAN YUSLIZA BT YUSOFF

AJK GURU DAN KAKITANGAN : 1. PN NORAINI BT ISMAIL 2. EN ABD RASHID B ABD LATIF 3. PN SHAMIAH BT ABDULLAH 4. CIK HASLIZAWATI BT RAMLI 5. PN SITI KHADIJAH BT ABDULLAH 6. PN ROHANA BT ISMAIL 7. PN SITI ZALEHA BT MAHMUD

AJK PELAJAR : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) MUHAMMAD AIMAN BIN ROMLI MUHAMMAD AIDIL BIN BAHARUDIN MUHAMMAD NAZRI BIN MAT AMIN MOHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL MUHAMMAD IZZAT BIN HALIM MOHAMAD AZRUL ASHRAF BIN ABD RAHIM NUR QISTIMNA MIRZA BINTI SATHARI SAIDATUS SYUHADA BINTI HJ IBRAHIM NUR FARAH IRDINA BINTI MOHD ROSDI AINUR FATIN LIYANA BINTI BAHAMAN

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program Taman Herba beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik program Taman Herba Sekolah. Kekuatan : 1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori herba. 2. 3. Mempunyai sumber/punca air. Kesesuaian tempat/tanah yang sesuai untuk penanaman herba.

Kelemahan : 1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati . 2. 3. Tidak mempunyai unsur air pancuran dalam Taman Herba. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.

4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan sempurna. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN . Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :

1.

Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.

2. 3. 4.

Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati . Memohon kerjasama daripada pihak pertanian.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN Bil 1 2 3 4 5 Perkara Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba Membeli anak pokok dan benih herba Jumlah (RM) Kos Sumber 350.00 300.00 300.00 200.00 300.00 SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH MOHON TAJAAN MOHON TAJAAN

Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, racun rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman , baja , makan minum, peralatan ) JUMLAH

1450.00

9.0 PENUTUP : Program Taman Herba Sekolah PPKIBP SK Sg Layar 2 merupakan projek rintis bagi tahun 2013. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran

sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Herba PPKIBP SK Sungai Layar . Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba PPKIBP SK Sungai Layar akan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih. PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................ (YUSNITA BINTI YATIM) Setiausaha I Taman Herba Sekolah Kebangsaan Sungai Layar 08000 Sungai Petani, Kedah

DISEMAK OLEH :

............................................ (SHUKIRAH BINTII ABDULLAH) Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sungai Layar 08000 Sungai Petani, Kedah

DISAHKAN OLEH :

............................................ (TN HJ ABD SAMAD BIN SALLEH) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Layar 08000 Sungai Petani, Kedah