Anda di halaman 1dari 11

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik PENYEDIAAN DOKUMENTASI

1. TAJUK 2. LATAR BELAKANG 3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK 4. FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK 5. DESKRIPSI PROJEK 6. PEMASARAN 7. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI 8. LAMPIRAN

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik 1.0 TAJUK

RAK KAYU AKSESORI BERMUZIK

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek rekacipta ini merupakan yang pertama bagi saya di mana ia menguji kreativiti dan inovasi seseorang. Bagaimana pun, pada mulanya saya ingin menggunakan bahan terbuang untuk rekacipta saya tetapi berlaku perubahan pada pertengahan jalan di mana saya memilih bahan kayu kay sebagai ganti.

Saya memilih Rak Kayu Aksesori Bermuzik sebagai rekaan saya selepas melihat hasil-hasil kerja rak kayu yang berkumpul dalam bengkel Kemahiran Hidup. Rekacipta saya agak berlainan dengan penambahan aksesori aksesor di dalam rak tersebut di mana saya menambahbaikan dengan penambahan aksesori seperti tempat letak berus gigi, penggantung kunci dan tempat letak pisau cukur. Idea ini timbul tim apabila saya memerlukan ruang untuk meletakkan barang peribadi ini. Dan an, ruang yang ada pada bilik tidur saya hanyalah menggantungkan rak tersebut pada dinding bilik.

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik Saya harap rekaan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna lain walaupun idea rekaan ini datangnya untuk kegunaan peribadi / sendiri. Walaupun, rak kayu aksesori ini agak mudah dan senang di dapati tetapi yang berlainan pada rak kayu aksesori ini adalah dari segi ukurannya saiznya. Di mana ukuran rak ini bersesuaian dengan aksesori yang ringkas yang di jual di pasaran khususnya dengan aksesori dari jenama KM dan aksesorinya boleh ditukar dengan jenis-jenis aksesori yang berlainan.

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Menyediakan rak kayu yang dapat digunakan untuk menyimpan barang peribadi seperti berus gigi, pisau cukur, jam dan sebagainya. Menyediakan rak kayu bermuzik sebagai aksesori tambahan dan keselamatan (hanya dengan set elektronik yang baru). Menghasilkan rak kayu yang ringkas serta mudah digunakan.

4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK

Fungsi utama produk ini adalah menyediakan rak aksesori yang ringkas dan mudah digunakan untuk menyimpan aksesori dan barang peribadi seperti kunci kereta / rumah, berus gigi, pisau cukur dan lain-lain. Dalam masa yang sama ia dapat memberi hiburan dengan irama muzik sebagai teman.

Keistimewaan rak kayu ini juga ianya agak mudah di buat dan di dapati , kecuali hanya perlu mencari set aksesori yang bersesuaian untuk dimuatkan di dalam rak kayu itu kelak (atau boleh menjadikan rak kayu biasa). Malah rak kayu ini juga dapat memberi ruang yang diperlukan sekiranya kita mempunyai ruang bilik yang terhad selain menjadikan hiasan dalam rumah / bilik.

5.0 DESKRIPSI PROJEK

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik BAHAN DAN KOMPONEN Bahan untuk rak kayu 1. Kayu bersaiz 1cm x 5.4cm x 45cm 2 batang 2. Kayu bersaiz 1cm x 3cm x 45cm 1 batang 3. Papan lapis 4. Engsel 5. Tombol pintu plastik 6. Polsterin 7. Magnet 8. Gam UHU 9. Pelapik hiasan 10. Dwi-pelekat 11. Paku papan bersaiz kecil 12. Kertas pelekat hiasan serbaguna

Bahan untuk elektronik 1. Papan litar 2. Perintang boleh laras 3. LDR 4. Transistor 5. LED 6. Relay 7. Speaker 8. Kapasitor 9. Bateri 9v

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik Gambar / Lukisan kerja Projek

Pelan

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Sisi

Atas

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Hadapan

Gambarajah litar bergambar suis kendalian cahaya c berirama

Jadual Kerja Projek

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik Tarikh Oktober 2010 13 & 14 Oktober 2010 Proses Kerja Menerima komponen elektronik. Pergi ke bengkel KH untuk mendapatkan bahan kayu yang diperlukan. 18 Oktober 2010 Buat ukuran dan momotong bahan kayu. Memulakan proses rekacipta rak kayu. Dapatkan syelek & membeli bahan tambahan seperti engsel, tombol pintu plastik, kertas pelekat serbaguna, penggantung (kunci / berus gigi / cukur), skrew kecil, paku bersaiz kecil. 19 hingga 22 Oktober 2010 23 & 24 Oktober 2010 29 & 30 Oktober 2010 Menyambung semula kerja tertunggak pada bahan kayu. Penghasilan rak kayu hampir siap & memulakan proses syelek. Memulakan pemasangan dan pematerian komponen elektronik. Memasang komponen elektronik di dalam rak kayu. Membuat dokumentasi untuk Rak Kayu Aksesori Bermuzik. 1 & 2 November 2010 Menghantar hasil kerja projek.

6.0 PEMASARAN

Bagi memasarkan produk yang telah dihasilkan, beberapa cadangan yang bersesuaian difikirkan boleh digunakan iaitu: 1. Mempromosikan produk melalui: 8

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik Membuat catalog / brochure Adakan atau menyertai hari jualan istimewa dan memberikan harga istimewa kepada pelanggan pada hari tersebut Mulut ke mulut

2. Tempat yang dicadangkan antaranya: Kedai cenderamata. Gerai-gerai pasar mingguan / pasar tamu Jualan langsung (bergerak dari tempat ke tempat) Secara on-line

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik 7.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Tingkatan 3: Rekacipta. Oktober 2010. Rujuk dari laman web http://norlizajais.blogspot.com/2009/01/tingkatan-3-rekacipta.html 2. Kerja Kursus Rekacipta 2009 (1). Oktober 2010. Rujuk dari laman web http://norlizajais.blogspot.com/2009/03/kerja-kursus-2009.html 3. Slaid Powerpoint KH, Proses Rekacipta

10

Projek Rekacipta Rak Kayu Aksesori Bermuzik 8.0 LAMPIRAN

(SILA RUJUK PADA HASIL SEBENAR)

11

Anda mungkin juga menyukai