Anda di halaman 1dari 13

NASYID KONTEMPORARI DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: ASMA WARDAH BT.

SURTAHMAN JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 1.0 PENDAHULUAN Setiap insan inginkan sesuatu yang dapat menenangkan jiwa mereka. Manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kepuasan diri dan ketenangan jiwa. Justeru, ada yang memilih hiburan khususnya seni muzik dan nyanyian sebagai suatu wadah untuk berhibur dan menenangkan jiwa. Islam juga tidak menyekat fitrah manusia yang inginkan hiburan. Namun, masih banyak yang terkeliru dan tercari-cari bagaimanakah bentuk hibuan yang perlu dipilih agar ia tidak melekakan, serta selari dengan syariat Islam

bagi lagu-lagu berunsur Islam secara umumnya) dikatakan sebagai hiburan alternatif yang sarat dengan mesej kebaikan. Penulis juga telah memberikan suatu garis panduan secara umum bagi keharusan nasyid dengan meletakkan syaratsyarat tertentu. Akhir kata, penulis mengharapkan agar kertas kerja ini dijadikan sebagai pembacaan awal untuk mendapatkan gambaran terhadap persepktif muzik, nyanyian dan nasyid. Apa yang dihasilkan ini bukanlah secara menyeluruh yang merangkumi segala persoalan berkenaan nasyid. Ini kerana terdapat keterbatasan masa dan ilmu penulis sendiri serta kelemahan penulis dalam menyusun, menyelidiki diperolehi. 2.0 LATARBELAKANG MASALAH YANG DIKAJI 2.1 SEJARAH SENI MUZIK dan mengolah maklumat yang

Perdebatan antara ulama Islam dalam memberi pandangan terhadap persoalan muzik masih berterusan sehingga kini. Ada pihak yang meletakkan syarat yang berat dalam memberi keharusan dan begitu juga, terdapat pihak yang kelihatan longgar dalam memberi hukum keharusan sama ada dalam aspek alatan muzik atau penyanyi.

Muzik merupakan bunyi-bunyian yang tersusun. Muzik yang didengar meliputi peralatan muzik dan alam keseluruhannya. Ini bermaksud bahawa pokok-pokok, tiupan angin, aliran air sungai dan bunyi-bunyian haiwan boleh menghasilkan bunyi yang menenangkan dan indah, yang diciptakan oleh Tuhan Maha Indah.1 Muzik adalah bersifat natural. Oleh itu,

Realiti semasa kini memperlihatkan arus kemajuan dan kemodenan yang mengharuskan penilaian semula terhadap sesuatu hukum. Oleh itu, kebijakan ulama perlu bagi membicarakan dan membentangkan pengkajian masalah-masalah baru dan terkini kepada masyarakat. Ulama tidaklah perlu bercakap atas dasar teori sematamata tanpa memperjelaskan kepada masyarakat keperluan untuk sesuatu tindakan. Ini termasuklah memberi satu garis panduan terhadap pemilihan hiburan yang kini lebih memfokuskan bidang nyanyian dan muzik kepada masyarakat Islam khususnya. Penulis mengenengahkan tajuk kajian ini bagi memperlihatkan perletakan hukum ulama dalam persoalan muzik dan sekitarnya serta meninjau perspektif muzik kini di mana akhir-akhir ini, nasyid kontemporari (istilah yang diberikan

kita tidak boleh memberikan nilai sama ada nilai baik ataupun nilai buruk kepada muzik. Kebaikan dan keburukan muzik itu bergantung kepada manusia yang mencipta, mencorak, mengalun dan menggabungkannya dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat manusia.2 Manakala, Abdullah Yusuf menyangkal pernyataan bahawa muzik bersifat neutral. Beliau mengatakan bahawa muzik jarang sekali bersifat berkecuali (neutral). Ia merupakan suatu alat yang bertenaga untuk membangkitkan emosi, motivasi untuk mencapai kebaikan, patriotisme,
1

Hj. Md. Zubir Md. Ali ( 1999 ), Muzik: Satu Pandangan dalam Kumpulan Esei : Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), hal. 67. 2 Ibid., hal. 68.

menanamkan darjat moral yang tinggi, kejujuran, dedikasi, kematangan, ketahanan menghadapi kesusahan, keazaman untuk kejayaan dan ke arah kebahagiaan hidup. Oleh itu, muzik boleh memberi kesan yang kuat untuk kebaikan atau keburukan lantaran rentak dan harmoninya boleh meresap ke dalam jiwa manusia dan memberi kesan yang kuat kepada semangat individu. Dalam al-Quran
3

sebenarnya sudah lama menjadi budaya di kalangan orang Arab.7 Di antara masa dan keadaan yang sememangnya diizinkan oleh Nabi supaya umat Islam bergembira dan ceria kerana sesuatu tujuan ialah semasa menyambut Hari Raya Eid al-Fitr, Hari Raya Eid al-Adha, hari perkahwinan dan hari kebesaran Islam.8 Walaupun Nabi mereka, memberi namun keizinan Baginda

ada

kepada umat Islam untuk menikmati seni muzik di dalam kehidupan sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak leka dan lalai untuk menyembah Allah S.W.T. Amaran Nabi s.a.w. dengan jelas ditujukan kepada mereka yang mengambil kesempatan daripada seni muzik ini untuk melakukan maksiat dan perbuatan dosa terhadap Allah S.W.T.9 Galakan diberi untuk mempermudahkan dan memperbetulkan bacaan al-Quran. Rasulullah s.a.w. sendiri sewaktu mendengar Abu Musa alAsyari membaca al-Quran dengan suara yang sangar merdu, lantas baginda bersabda yang bermaksud : 10 Sesungguhnya engkau (wahai Abu Musa) telahpun dikurniakan Allah S.W.T suara mizmar keluarga Nabi Daud a.s. Secara jelasnya, muzik tidak dilarang semasa hayat Rasulullah s.a.w. Ia memberi kelangsungan pada zaman khalifah al-Rasyidah dan terus berterusan sehingga kini. Namun, perbezaan persekitaran kini yang lebih moden memperlihatkan pelbagai sahaja muzik jenis muzik dapat alat dan

dinyatakan bahawa Nabi Daud mempunyai suara yang amat merdu. Sambil memetik kecapi baginda mengumandangkan Apabila puji-pujian kepada puji-pujian Allah itu, S.W.T. Suara beliau sangat merdu dan lantang. mengumandangkan baginda fana dalam keasyikan memuji Allah S.W.T. Baginda seakan-akan sirna dalam alam yang ada di sekitarnya, hingga dirasakan gunungganang dan bukit-bukau turut menyanyi bersamanya. (Rujuk surah Saba, ayat 10).4 Menurut kisah dalam al-Quran (surah Saba, ayat 10-14) dapat dikatakan bahawa Nabi Daud merupakan insan yang pertama sekali menggunakan keindahan suara dengan iringan alat kecapi buat merasakan dan meresapi keindahan alam sekeliling, iaitu yang disebut dalam bahasa filsafat sebagai estetika.5 Kisah tersebut seolah-olah menganjurkan kepada kita, kumandangkanlah nasyid, tasbih dan zikir dengan suara yang merdu, biar gunung-ganang dan burung-burung turut juga bertasbih. Pastikan nasyid atau nyanyian itu semata-mata memuji Allah S.W.T. dengan demikian bernyanyi atau bernasyid itu tidaklah salah. Sejarah
6

kesenian

Islam

yang

didengari malah

bukan

menggunakan kini bertambah

berunsurkan seni muzik sememangnya telah bermula di zaman Nabi Muhammad. Sebagai Rasul Allah S.W.T yang diutuskan kepada umat manusiawi yang tetap wujud di kalangan ummahnya khususnya di kalangan para sahabah pada ketika itu, di antara fitrah manusiawi yang di maksudkan ialah hiburan melalui seni suara yang
3

ketukan sebagaimana popular pada sejarah silam, peralatan pelbagai melodi dapat dihasilkan. 2.2 MUZIK ISLAM AL-QURAN i.
7 8

DAN

NYANYIAN PERSPEKTIF

MENURUT

Abdullah Yusof (1999), Kegiatan Seni dan Hiburan Dalam Islam Serta Hukumnya, hal. 25. 4 Hj. Abdul Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail (2001), Seni Dalam Islam. Intel Multimedia And Publication, hal. 5. 5 Ibid, hal. 6. 6 Ibid, hal. 7.

Surah Luqman; 6:

Ibid., hal. 9. Ibid, hal. 10. 9 Ibid, hal. 11. 10 Op.cit., hal. 4.

Dan di antara manusia ada orang yang membeli (mempergunakan) perkataan yang tidak berguna (cerita kosong). Ibnu Masud, Hasan al-Basri dan an-Nakhai r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan cerita kosong (lahwul hadith) adalah nyanyian. ii. Surah asy-Syuara; 224: Dan para penyair itu diikuti oleh orangorang yang sesat. Yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para penyair kafir. Ayat ini tidak menunjukkan kepada haramnya menyusun syair itu sendiri. iii. Surah al-Isra; 64 : Dan desak serta pujuklah (wahai Iblis) siapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu. Perkataan sautika (suara engkau) yang ditujukan memujuk tafsiran serunai.12 iv. Surah Luqman; 6: Adakah dari keterangan ini (al-Quran) kamu hairan dan ketawa dan tidak menangis, sedangkan kamu lalai dan berpaling. Mengikut Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan samidun yang akar katanya assamud ialah al-ghina yakni nyanyian. HADITH i. Sahl bin Saad, daripada Rasulullah s.a.w. Akan berlaku pada umat kita ini sedutan bumi, ditukar menjadi monyet (ada ahli tasawuf nampak orang-orang fasik berupa monyet dan babi) dan lontaran azab. Bila berlaku perkara ini, Ya Rasulullah s.a.w.? Bila nyata terang-terang wujud penyanyi wanita dan terang wujud alat-alat bunyian v.
11
13 11

dan orang-orang yang menghalalkan arak. ii. Diceritakan dari Nafi bahawa beliau

berkata: Aku bersama-sama Ibnu Umar r.a. di sebatan jalan. Tiba-tiba terdengar bunyi seruling seorang pengembala. Serta merta Ibnu Umar menyumbat kedua-dua telinganya dengan jarinya kemudian memesong dari jalan tersebut. Beliau bertanya berulang kali Wahai Nafi. Apakah engkau masih mendengarkan bunyi-bunyian itu? Sehinggalah aku menjawab: Tidak. Barulah beliau mengeluarkan kedua-dua jarinya sambil berkata: Begitulah aku melihat Rasulullah s.a.w. buat. iii. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya : Aku telah diziarahi oleh Abu Bakr r.a. di rumahku. Ketika itu di sampingku ada dua orang jariah iaitu gadis dari golongan Ansar, sedang mendendangkan syair golongan Ansar pada Hari Buath iaitu hari tercetusnya peperangan antara golongan Aus dan Khazraj. Aisyah berkata: sebenarnya merka berdua bukanlah penyanyi. Abu Bakr r.a. berkata : Patutkah ada nyanyian syaitan di rumah Rasulullah s.a.w. dan pada Hari Raya pula? Lalu Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakr! Sesungguhnya setiap kaum itu mempunyai Hari Raya dan ini adalah hari raya kami.14 iv. Daripada Abu Malik al-Asyari daripada Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah S.W.T akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah S.W.T akan menjadikan daripada kalangan mereka kera dan babi.15 Daripada Abdul Rahman bin Ghunm,

kepada manusia Mujahid,

iblis

digunakan

bagi

melakukan ialah

perbuatan dan

maksiat. Di dalam konteks ayat ini, mengikut nyanyian

Nabi s.a.w. bersabda:

bersabda, (maksudnya):

Al-Ghazali, Imam (1999), Adab Mendengar Irama dan Lagu (terj.). Kuala Lumpur: Darul Numan, hal. 69. 12 Sila rujuk al-Qurtubi, al-Jami li Ahkam al-Quran, juzu 14, hal. 15. 13 Ibid.

katanya Abu Amir atau Abu Malik al-Asyari


14 15

Rujuk Bukhari, kitab al-Jumah Bukhari, kitab al-Asyribah

menceritakan

kepada

saya,

beliau

dididik

dengan

pemikiran

materialistik

dan

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan terjadi satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik (Riwayat al-Bukhari). vi. Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Sesungguhnya Allah S.W.T mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira (diertikan banyak iaitu gambus, gitar dan lain-lain), dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) vii. Daripada Amir bin Saad, katanya: Abu Masud al-Ansari untuk majlis perkahwinan. Tiba-tiba berberapa jariah mempersembahkan nyanyian. Maka saya bertanya, Kamu berdua adalah sahabat Rasulullah s.a.w. dan pejuang dalam perang Badar. Apakah hal yang begini kamu perbuat juga? Qurazah menjawab, Duduklah kalau engkau mahu, mari dengar bersama-sama, kalau tidak silakan pergi. Sesungguhnya telah diperbolehkan bagi kita bermain (menyanyi) dalam majlis perkahwinan. 3.0 AMALAN DALAM MASYARAKAT Saya hadir ke rumah Qurazah bin Kaab dan

meminggirkan aspek spiritual. Oleh itu, seni muzik kini lebih untuk menguntungkan syarikat-syarikat rakaman dengan pelbagai slogan. Dalam pada itu, mereka ini mengenepikan fikiran yang matang, falsafah, akhlak, budaya, apatah lagi agama.
16

Konsep hiburan yang melampau ketika ini bukan sahaja melahirkan penyanyi yang rendah akhlaknya malah turut mempengaruhi masyarakat sekeliling iaitu agen pemerhati yang rata-ratanya adalah kalangan belia. Penyanyi diagungagungkan, baik dari segi perlakuan hatta pakaian ditiru oleh anak muda belia yang kebanyakkannya tidak mengerti pandangan Islam mengenainya. Akhir-akhir ini juga memperlihatkan

Nabi s.a.w. bersabda:

program realiti tv yang memaparkan pencarian bakat-bakat baru sebagai penyanyi. Rancangan seperti ini iaitu Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan Audition mampu meranapkan akhlak dan jati diri sebagai umat Islam bilamana berlakunya percampuran bebas antara peserta lelaki dan perempuan. apabila ibu Lebih bapa menyedihkan yang hadir lagi pada adalah sesi

penyingkiran pelajar untuk sesuatu program itu tersenyum memperlihatkan anak gadis mereka dirangkul atau dipeluk oleh peserta lelaki. Masalah yang besar sekarang ialah

3.1 Pelbagai

REALITI jenis

MUZIK muzik yang

DAN dapat

tidak ada perancangan yang teliti untuk menaikkan martabat muzik ke arah yang lebih baik dan dapat mendatangkan kesan positif kepada manusia. Seni muzik di negara kita tumbuh seperti pokok di dalam hutan yang tidak mempunyai arah tujuan, hanya lebih kepada keseronokan dan perkaraperkara yang tidak berfaedah.17 Kemunculan memperjuangkan sambutan penubuhan yang nilai-nilai nasyid Islam Raihan membanggakan yang mendapat setelah yang

NYANYIAN HARI INI didengari di Malaysia hingga kini antaranya ialah muzik rakyat seperti dikir barat dan muzik sinkretik seperti ghazal, dondang sayang, lagu melayu asli, zapin, inang, keroncong, joget dan bangsawan. Manakala, muzik moden pada hari ini yang merujuk pada ciri-ciri muzik barat adalah seperti jazz, rhythm and blues (R&B), rock, slow rock, balada, rap dan sebagainya. Dunia muzik kita pada hari ini telah ditinggalkan kepada orang-orang yang rendah akhlaknya. Muzik sebenarnya datangnya daripada orangorang yang berbudaya tinggi tetapi masalahnya kini, muzik telah dibiarkan subur di kalangan orang-orang awam. Ini kerana, menurut Hj. Md. Zubir Md. Ali, masyarakat kini banyak

kumpulan

memperlihatkan penampilan yang jelas dan bersih dalam menyampaikan lagu-lagu dakwah mereka. Ini kerana selain melodinya yang bersifat ketenangan, mesej yang disampaikan adalah jelas
16

Hj. Md. Zubir Md. Ali ( 1999 ), Muzik: Satu Pandangan, hal. 70-71. 17 Ibid, hal. 74.

pada telinga pendengar. Konsep yang dibawa kebanyakannya berasaskan melodi padang pasir dan bersifat kontemporari asas-asas dengan nasyid tidak iaitu mengenepikan

utama

ini

diperihalkan

melalui

nasyid

bagi

memudahkan seluruh masyarakat amnya dan masyarakat Islam khususnya memahami hal ini. Terutama sekali kepada kanak-kanak, ia sesuai bagi diri mereka yang mudah menerimanya melalui nyanyian. Sebagai contoh, nama-nama Allah didendangkan mengikut alunan muzik yang sesuai dengan kejiwaan Islam agar ia masuk dan mudah ditanggapi oleh pendengar. Banyak kumpulan nasyid yang membawa mesej ini seperti kumpulan Hijjaz melalui lagu Asma al-Husna dan kumpulan Raihan melalui lagu Sifat 20.

menggunakan alat-alat berketuk seperti kompang, percussion dan lain-lain lagi. Album mereka yang pertama iaitu Puji-pujian mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di tanah air malah diperingkat antarabangsa. Ini membuktikan masyarakat kini dahagakan konsep hiburan yang berunsur keIslaman, kejiwaan dan ketenangan.

3.2

KEPENTINGAN MASA KINI 3.2.1 Konsep Nasyid

NASYID kumpulan Senikata

Bagi contohnya, lagu Raihan

menimbulkan yang menerusi lagu

keinsafan, oleh Damba

didendangkan

CintaMu. Mustika (Bicara Hamba). ii. Menerusi Nabi, Para Sahabat dan Pejuang Islam lagu-lagu selawat, para lagu sahabat yang dan mengisahkan perjuangan

Pelbagai mesej yang boleh didapati daripada alunan nasyid. Konsep ketuhanan seringkali dijadikan mesej utama sewaktu awal perkembangan nasyid di tanah air seketika dahulu sebagaimana yang telah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni dan kumpulan The Zikr. Namun, penerusan ini terus berlaku sehingga kini malah ia divariasikan melalui konteks semasa yang maklum pelbagai konsep permasalahan yang sosial berlaku.Antara adalah: i. Ketuhanan dan Kehambaan, Zikir, Munajat dan Muhasabah Contoh beberapa kumpulan nasyid dan lagu-lagu mereka: The Zikr (Antara 2 Cinta), Mustika (Balada Terlena). Senikata lagu Sebelum Mata Terlena: Sebelum Mata Terlena Dengarlah Rintihan Hati Ini Tuhan Beratnya Dosaku Tak Daya Ku Pikul Sendiri Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirah Mu Andainya Esok Bukan Milikku Lagi Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi Islam membawa konsep Tauhid dengan pengEsaan terhadap Allah s.w.t. Tunjang aqidah Insan Berdosa), Rabbani (Munajat), Raihan (Demi Masa), Hijjaz (Sebelum Mata diketengahkan

srikandi Islam lampau: Dehearty (Selawat Burdah), Hijjaz (Untukmu Rasulullah, Rasul Junjungan), MESTICA (Siratunnabi), Raihan (Sifat Nabi, 25 Rasul),UNIC (Ainul Mardhiah, Zinnirah), Hijjaz (Sumaiyyah, Aku Hanya Umar), In Team (Rabiatul Adawiyyah, Siti Khadijah), Rabbani (Handzalah), MESTICA (Luqman al-Hakim). Senikata Lagu Untukmu Rasulullah Ya Rasulullah Ya Habiballah (2x) Sejarah Perjuanganmu Diingat Dikenang Kembali Dijadikan Contoh Tauladan Di Dalam Mengharungi Kehidupan Tabahnya Dirimu Ya Rasul Menempuhi Dugaan Tuhan Biar Pun Dicaci Difitnah Semangatmu Terus Menyala Akhirnya Membawa kecemerlangan Akhirnya Membawa Kemenangan iii. Jihad dan Dakwah

Contoh kumpulan nasyid dan lagu mereka: Shoutul Amal (Berjihadlah, Amalu Lillah), Brothers (Selamat Berjuang, Satu Perjuangan)

Apalagi kalau disertai pula dengan paluan tambur Senikata Lagu Satu Perjuangan Rintangan Pasti Melanda Jangan Undur Walau Selangkah Teruskan Perjuangan Hingga Ke Akhirnya Andai Kau Gugur Andai Kau Syahid Kau DiredhaiNya iv. Kekeluargaan, dan Percintaan Contoh kumpulan Nasyid dan Lagu mereka: Aeman (Untuk mu Ibu), Hijjaz (Belaian Ibu, Selamat Pengantin Baru), UNIC (Anak Soleh, Kawan, Sahabat Sejati), Brothers (Teman Sejati), In Team (Kasih Kekasih, Impian Kasih) Senikata Lagu Doa Perpisahan: "Teman Pahit Betapa Pilunya Hati Telah Menghadapi Kita Rasa Perpisahan Ini. Manis Perjuangan Bersama. Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan" v. Motivasi dan Pendidikan Kebanyakkan nasyid hari ini turut dipengaruhi oleh pelbagai medium rentak seperti rentak pop, zapin, balada, reggae, slow rock, keroncong dan pelbagai lagi. Di sini, disertakan beberapa pembahagian alat muzik kontemporari dan tradisi:21 3.2.2 Konsep Alat Muzik dan Senilagu Muzik adalah permainan perasaan yang diwujudkan oleh bunyi-bunyi hasil dari suatu alat atau gabungan dari beberapa alat yang melahirkan nada, irama dan lagu. Muzik adalah penjelmaan dari alat-alat muzik, melodi dan pendengarnya yang saling berkait antara satu sama lain.
18

dan alat-alat yang membangkitkan serta gerakangerakan yang lebih meresapkan pada hati, akan bertambahlah kesannya. Kesemuanya itu diharuskan selagi tidak dimasukkan seruling dan gitar ke dalamnya yang menjadi lambang orangorang jahat.19 Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali kini sebagai budaya rock. 20 Selain itu, cara Persahabatan persembahannya juga mesti diambil kira. Getaran suaranya yang boleh memberangsangkan untuk mengghairahkan mempunyai syubhah para yang pendengar berpenyakit Umpamanya yang boleh ialah hati-hati

menjadikan satu-satu nyanyian tersebut haram, atau makruh. nyanyian-nyanyian yang disiarkan atas permintaan para pendengar yang terdiri dari jenis-jenis lagu yang membangkitkan dan keinginan serta seks serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti percintaan kehendak kerinduan dengna membakar tarikan mereka pelbagai

terutamanya di kalangan para muda-mudi.

Rast (Inspirasi), Mestica (Arus Ini), Now See Heart (Merancang Kerja)

i.

Alat

Muzik Dalam

Yang

Berketuk Islam,

( percussion gendang

instrument) sejarah merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam masyarakat Arab. Alat-alat lain yang terkenal dalam sejarah dunia Islam adalah seperti duff, darabuka, zarb, tabla dan baya. Manakala, dalam masyarakat Melayu peralatan seperti beduk atau tabuh di surau-surau dan masjid-masjid digunakan pada masyarakat dahulu.

Sesungguhnya irama jika digandingkan dengan ayat-ayat bersajak, ayat-ayat tersebut akan lebih meresap ke dalam hati, jika digandingkan pula (diucapkan) dengan suara yang merdu dan disertai dengan lagu yang berirama, akan bertambahlah meresapnya ke dalam hati.
18

Nik

Mustafa

Nik

Muhammad

membahagikan jenis-jenis peralatan yang mana


19

Hj. Abdul Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail (2001), Seni Dalam Islam, hal. 28.

Al-Ghazali, Imam (1999), Adab dan Irama Lagu, hal. 31. 20 Hj. Abdul Ghani Samsudin, et.l. , hal. 54. 21 Mahisan Aswadi bin Ahamed ( 2002/2003), Muzik Kumpulan Nasyid Kontemporari di Malaysia ( Kertas Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hal. 37-46.

bunyinya

dihasilkan

secara

spontan

melalui

Peralatan

muzik

yang

bertali

dengan

kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukkan kepada beberapa mekanisme mengikut keadaan semulajadi peralatan tersebut. Jenis pertama dikenali sebagai knobed gong seperti gong atau tetawak anak, gong terinai, gong nobat, gong agung, gong suwukan, bonang, canang, cek lempong, mong, kempul, kenong dan kesi.

menggunakan penggesek adalah seperti biola, kecapi dan violin. Manakala yang menggunakan tangan dengan memetiknya adalah seperti gitar, harp dan cello. Peralatan muzik kecapi buluh dan tung ting.24 iv. Peralatan Muzik Elektronik tradisional Melayu yang bertali ialah seperti rebab, gambus,

Manakala, jenis yang kedua dikenali sebagai slabed-type berbilah yang diperbuat iaitu peralatan yang daripada perunggu,

Peralatan muzik elektronik terbahagi kepada dua iaitu instrumen yang bersifat elektronikal dan kedua yang menggunakan tenaga elektrik untuk menggantikan dan piono elektrik. v. Peralatan Muzik Yang Menggunakan Sistem Komputer Ia menghasilkan muzik komputer yang melibatkan dua jenis teknologi iaitu Audio Digital dan perantaraan digital alat muzik (MIDI). 3.2.3 i. al-Mizan, JANTINA Ketika dahulu, kita mengenal kumpulan al-Jawaher dan sebagainya yang dikenali sebagai kumpulan nasyid dan mereka ini terdiri daripada kalangan penyanyi wanita. Bagi kumpulan nasyid lelaki pula, nama kumpulan seperti The Zikr dan Nada Murni cukup gah dalam membawa mesej dakwah yang menggunakan melodi yang sesuai dengan halwa telinga pendengar. Hari ini, jelas tampak penglibatan wanita di dalam nasyid berterusan. Walaubagaimanapun, kumpulan nasyid lelaki masih tampak mempelopori ruang-ruang nasyid yang mana memperlihatkan banyak nama-nama kumpulan mereka yang telah terpahat di persada seni ini. Antaranya adalah seperti Hijjaz, Raihan, Rabbani, In Team, Saujana, Brothers, Far East, Durrani, Wildan, UNIC, Mestica dan nasyid pelbagai wanita lagi. ialah Manakala, kumpulan Konsep Penasyid mekanisme biasa bagi menghasilkan bunyi. Contohnya ialah gitar elektrik

kuningan, besi, kayu dan buluh. Contoh peralatan tersebut adalah saron demung, saron barung, saron penerus, sletem, gambang kayu, gambang buluh, cerik, kecerek, keline atau kelinang. Kumpulan yang ketiga adalah kumpulan tubedtype atau yang berpipa ataupun tabung seperti angklung, kertuk buluh dan kertuk kayu. Seterusnya kumpulan terakhir dari jenis ini adalah membranofon (sumbernya daripada kulit lembu atau kambing). Contoh alat-alat muzik jenis ini adalah beduk atau tabuh, rebana besar, rebana ubi, gedombak, nakara, tabla, baya, kemplingan, gendang ibu dan anak , maruas, jidar, duff dan gendang gamelan. ii. Peralatan instrument) Insturmen ini terbahagi kepada beberapa jenis. Pertamanya ialah alat yang berasaskan saluran, ataupun lubang yang dibuat seperti seruling dan rekorder. Keduanya, adalah alat yang menggunakan bilah-bilah kayu atau logam yang nipis seperti obo. Ketiganya adalah alat yang menghasilkan bunyi soksofon, peralatan flute dan muzik di bibir seperti trumpet, sebagainya.22 Manakala, yang tradisional Melayu Muzik Yang Bertiup ( wind

menggunakan tiupan adalah seperti serunai, seruling, nafiri dan sebagainya.23 iii. Peralatan instrument)
22

Muzik

Yang

Bertali

( string

Rujuk Curt Sachs (1940), The History of Musical Instrument. New York: W.W.Norton & Company. Inc, h. 45. 23 Rujuk Nik Mustafa Nnik Mohammad Salleh (t.t.), Alat Muzik Trradisional Masyarakat Dalam Melayu Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, h. 30.

Mawaddah, Wirdani, Solehah dan Huda.

24

Ibid, h. 29.

ii.

PAKAIAN Pakaian kumpulan nasyid sering

menjadi komposer kepada arits-artis nasyid. Ini terbukti sebagaimana yang telah berlaku kepada kumpulan Rabbani misalnya yang mengambil komposer untuk beberapa lagu daripada kumpulan penyanyi KRU. Hasil daripada penelitian penulis,

dikaitkan dengan baju Raihan atau jubah serta memakai kopiah. Malah, pada era perkembangan nasyid ini yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak muda menampilkan pemakaian kemeja dan t-shirt berlengan panjang bagi menarik penonton-penonton belia terutamanya dan mudah mendekatkan pendengar. Secara keseluruhannya, imej diri mereka dengan sasaran

komposer yang diterapkan dan dimasukkan di dalam album artis nasyid ini adalah terdiri daripada komposer dari sudut lagunya bukan kepada senikata atau luar liriknya. ini cuba Ini kerana, komposer-komposer menyuntik

berpakaian oleh artis-artis nasyid tanah air boleh menjadi contoh kepada masyarakat dari segi pemakaian yang berlandaskan syiar Islam, sopan dan sedap mata memandang. Contoh pakaian yang baik ialah seperti pakaian kumpulan Raihan dan Hijjaz. 3.2.4 Konsep Konsert

elemen muzik yang lebih bersifat terkini agar nasyid turut sama merasai perkembangan dunia muzik. 4.0 ANALISIS HUKUM 4.1 PENDAPAT BERKENAAN SENIKATA (NASYID) 4.1.1 Tidak haram Harus bagi orang pemberi ULAMA KONSEP

dan Penonton Kini konsert nasyid mendapat sambutan ramai terutama daripada warga penuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah. Selain mendapatkan hiburan, mereka juga dapat mendengar mesej-mesej yang sarat sebagaimana yang didendangkan oleh penyanyi atau penasyid. Rata-rata konsert nasyid yang diadakan masih dapat dikawal terutama di dalam aspek kedudukan penonton. Sebelum konsert bermula, pihak penganjur biasanya akan memastikan pengasingan antara penonton lelaki dan penonton perempuan. Selain daripada faktor penganjur, penonton juga memainkan peranan yang sama pentingnya bagi memastikan tidak ada sebarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Ini kerana, agama kebanyakan Islam. yang hadir adalah di kalangan mereka yang telah terdedah dengan Bagi penggemar muzik kontemporari seperti rock, rap dan sebagainya, mereka jarang sekali untuk memikirkan bagi menghadiri ke konsert nasyid. 3.2.5 Konsep dan Rakaman Jika dahulu, kebanyakkan komposer lagu dan lirik adalah dikalangan ustaz-ustaz dan lepasan agama sahaja. Kini, sesiapa sahaja boleh Komposer Syarikat
25

nasihat yang merdu suaranya menyanyi di atas mimbar dengan menyanyikan puisi-puisi yang menyedihkan yang dapat melembutkan hati. 25 Manakala, nyanyian untuk melahirkan kegembiraan seperti menyanyi ketika Hari Raya, pengantin baru, walimah, aqiqah dan khatam alQuran adalah diharuskan. Semuanya ini harus hukumnya untuk melahirkan kegembiraan.26 Mendengarkan nyanyian ketika sedang dilanda rindu kepada yang diharuskan berhubungan seperti rindu kepada isterinya atau keluarganya adalah diharuskan.27 Adapun orang yang tergambar di dalam hatinya rupa seorang wanita atau lelaki yang tidak halal baginya dan dia menempatkan apa yang didengarnya kepada apa yang tergambar di dalam hatinya, maka hukumnya adalah haram.28 4.1.2 Haram Jika di dalam syair/lirik itu mengandungi Al-Ghazali, Imam (1999), Adab Mendengar Irama dan Lagu, hal. 36. 26 Ibid. 27 Ibid., 43. 28 Ibid, hal. 44.

perkataan yang buruk, keji, cacian atau perkara yang mendustakan Allah S.W.T dan RasulNya atau terhadap para sahabat, maka, ia adalah haram untuk diperdengarkan. Demikian juga kalau puisi lagu itu menggambarkan bentuk tubuh wanita, kerana tidak boleh menggambarkan bentuk tubuh wanita yang tidak halal baginya di hadapan lelaki.29

hukumnya dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui. Semuanya memberi kesan untuk menenangkan fikiran apabila jasmani penat dan memberi tenaga. 4.2.2 Makruh Imam Syafie, beliau kesan dalam memulihkan semula

4.1.3

Keharusan Senikata Nasyid

i.

Menurut

memakruhkan penggunaan seruling kerana ia adalah perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar alQuran.33 4.2.3 Hadith nasihat, penggunaan yang alat-alat Haram menunjukkan permainan, larangan dan gitar

Maka, setelah memerhatikan pendapat beberapa ulama diatas, keharusan bagi senikata nasyid adalah bersyarat iaitu: i. Tidak mengandungi sebarang perkataan yang buruk sama ada kejian, lucah, cacian dan penghinaan terhadap mana-mana pihak. ii. Mengandungi unsur-unsur mendidik dan membawa kesedaran terhadap hubungan dengan Tuhan, manusia dan alam sekitar. Di samping itu juga, lagu boleh dipersembahkan untuk melahirkan kegembiraan seperti ketika menyambut hari contohnya Hari Raya. 4.2 PENDAPAT DAN SENILAGU 4.2.1 i. Harus ULAMA kebesaran Islam

serunai adalah dikeluarkan oleh al-Bukhari dari Abu Amir dan Abu Malik al-Asyari yang ertinya: Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku segolongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, alat-alat permainan muzik (al-maazif)34 Menurut Imam al-Ghazali, seperti mana yang ditegaskan oleh syara tentang larangan ini bukan kerana kemerduan segala suaranya. yang Sebab, kalau dilarang oleh

BERKENAAN ALAT MUZIK

kerana merdunya, tentulah akan dikiaskan pula macam dirasakan sedap manusia. Ini kerana, tiadalah sesuatu yang diharamkan itu melainkan mempunyai kaitan dengan sesuatu yang bersangkut paut dengannya. Hukum pengharamannya adalah meliputi kepada semua yang diharamkan agar ia menjadi benteng dan penghadang yang dapat memelihara daripada terjerumus pada perkara haram.35 4.2.4 Bagi nasyid, untuk penulis menolak keharusan lebih Keharusan alatan muzik Alatan bagi aspek

Menurut Imam al-Ghazali, alat yang

diharuskan ialah yang tetap pada asalnya, seperti rebana walaupun bergenta, tambur, terompet, alat yang dipukul dengan kayu bulat dan lain-lain.30 Al-Ghazali menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi s.a.w. yang melarang penggunaan alat-alat muzik. Menurutnya, sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih ii. seperti kemerduan Syeikh suara burung.31 Menurut Mahmud Shaltut, Sheikh al-Azhar:32 Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama
29 30

Muzik Bagi Nasyid memperlihatkan total

keaslian nasyid itu sendiri. Ini bukannya bertujuan secara terhadap yang alatan perkembangan dan kemajuan dunia muzik, tetapi lebih memperlihatkan sebagaimana meninggalkan penggunaan mudharat
33 34

Ibid, hal. 58. Ibid, hal. 57. 31 Hj. Abdul Ghani Samsudin, et.al, hal. 34. 32 Ibid.hal. 45.

Ibid, hal. 36-37. Al-Ghazali (1999), hal. 15. Menurut al-Iraqi, Ibnu Hazm mendhaifkan hadith ini. 35 Ibid, hal. 16.

seperti seruling dan gitar. Bagi diri penulis, kedua alatan ini membawa ketidakserasian di dalam jiwa manusia apatah lagi kedua-dua alatan ini tidak akan mematikan melodi nasyid sama sekali. Selain itu juga, melodi yang dihasilkan hendaklah melalaikan antara tidak terlalu membingitkan dan sehingga lain meneggelamkan dengan nasyid mesejandai

sekiranya tiada sebarang unsur fitnah.39 Di dalam nas hadith yang sahih riwayat Imam Bukhari di dalam kibab al-Nikah, dengan jelas memaparkan penglibatan perempuan yang menggunakan instrumen muzik sambil menyanyi di hadapan Nabi s.a.w. Baginda tidak melarang mereka untuk menyanyi, malah meminta mereka untuk meneruskan nyanyian tersebut:40 Dari Raubayyi bt. Muawiyyah ibn Afra katanya: Rasulullah s.a.w. datang dan masuk ke dalam rumah sewaktu majlis perkahwinanku diadakan, lalu Baginda duduk di atas hamparan yagn tidak jauh dari majlisku. Maka, beberapa orang hamba perempuan memukul rebana sambil menyanyi yang mengandungi pujian terhadap bapa-bapa (mereka) yang meninggal dunia dalam perang Badar. Tiba-tiba seorang daripada hamba perempuan tersebut berkata: Di hadapan kita adalah Nabi s.a.w. yagn dapat mengetahui hal-hal yang akan datang. Lalu, Rasulullah s.a.w. bersabda: Biarkan dia (menyanyi), teruskan apa yang kamu nyanyikan tadi.

mesej yang hendak disampaikan. Tiada bezanya nyanyian sekiranya berlaku persamaan antara kedua ini sama ada dari segi melodi atau senikatanya. 4.3 PENDAPAT BERKENAAN (PENASYID) Penghalang pertama ialah penyanyi itu adalah wanita yang tidak halal (ajnabi) bagi lelaki untuk memandangnya kerana dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya.36 Suara wanita selain menyanyi tidak termasuk aurat. Kaum wanita pada zaman sahabat biasa bercakap dengan kaum lelaki seperti untuk mengucapkan salam, meminta fatwa, bertanya, bermesyuarat dan lain-lain.37 Dr. Abd. Karim Zaidan membawakan pandangan daripada Imam al-Qurtubi dan ulamaulama tiadanya dari mazhab sebagai haram al-Syafiiyyah makruh Malah sekiranya fitnah. yang mereka memang menghukumkan menghukumkan wanita.
38

ULAMA PENYANYI

Dalam

memberi

keharusan

bagi

penyanyi ialah bahawa lelaki tidak ada masalah untuk terlibat di dalam persada nasyid ini. Cuma, penglibatan wanita kini tidak memberi keharusan kepada mereka dalam melibatkan diri dengan nasyid. Ini kerana terdapat unsur-unsur tabarruj sama ada dari segi perhiasan di muka atau berpakaian. Dan sudah tentulah mereka ini diperhatikan dan dipertontonkan di khalayak dalam

walaupun

unsur-unsur

terdapat unsur fitnah yang terhasil daripada suara

Dr. Abd. Karim Zaidan juga telah membawakan pandangan daripada Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Imam al-Ghazali dan analisis di dalam kitab Tuhfah al-Ahwadhi bi Sharh Jami alTirmidhi yang menghukumkan sebagai harus mendengar nyanyian daripada suara penyanyi wanita sekiranya tiada sebarang unsur fitnah. Di dalam kesimpulan beliau berhubung isu ini, beliau menghukumkan bahawa suara nyanyian daripada wanita adalah harus. Begitu juga hukum orang yang mendengar suara wanita adalah harus
36 37

ramai.

Sedangkan

persandingan

perkahwinan diharamkan atas dasar pengantin perempuan yang memperlihatkan tabarruj dan terdapat unsur haram yang lain iaitu mencukur alis atau bulu kening untuk tontonan ramai. Dalam pada itu, penulis ingin memetik firman Allah s.w.t yang menjelaskan tentang soal perhiasan terutamanya di dalam surah al-Ahzab, ayat 32-33 yang bermaksud: Wahai isteri-isteri Rasul tidaklah kamu seperti
39 40

Ibid, hal. 54-55. Ibid, hal. 56. 38 Hj. Abdul Ghani Samsudin, et.l , hal. 51.

Ibid. Ibid, hal. 53.

10

wanita-wanita lain, jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu melunakkan perkataan sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya. Dan hendaklah kamu menggunakan perkataan yang biasa, dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu, dan hendaklah kamu dirikan solat, tunaikan zakat dan hendaklah kamu mentaati Allah dan RasulNya. Berdasarkan huraian di atas, penulis juga mengambil dalam seni pengharusan wanita untuk terlibat suara perlulah menimbangkan

digunakan untuk memukul manusia, dan wanita yang berpakaian seperti telanjang yang berlenggang lengguk, kepala mereka seperti sanggol di belakang wanita, mereka tidak akan masuk syurga yang baunya itu dirasai dari jarak perjalannya sekian-sekian. Islam telah menggariskan ciri-ciri

pakaian yang amat cantik dalam menjaga perilaku manusia selain sebagai mengikuti perintah Allah. Secara ringkasnya, pemakaian antara penyanyi Muslim dan masyarakat Muslim yang lain tidaklah ada bezanya. Bagi seseorang lelaki Muslim, auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Namun begitu, bagi menampilkan contoh terbaik kepada penonton, perlu bagi seseorang penyanyi itu mengenakan pakaian yang sopan dan kemas iaitu menutupkan bahagian badan daripada bawah leher/ tengkuk sehingga buku lali kaki. Dalam erti kata lain, penyanyi terbabit bolehlah memakai pakaian baju Melayu atau baju Kemeja. Manakala, bagi penyanyi wanita pula, aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Selain mengenakan tudung, pakaian yang dipakai mestilah tidak menampakkan susuk tubuh. Pakaian yang ideal untuk dipakai ialah baju kurung, mini jubah, jubah seluar atau jubah. ii. AKHLAK DAN ETIKA Masyarakat berakhlak ialah masyarakat yang mengamalkan sifat-sifat dan ciri-ciri yang mulia serta memiliki peribadi yang unggul dan terpuji dalam kehidupan. Akhlak hendaklah berpandukan petunjuk dan bimbingandaripada ajaran Islam. Ia bukan suatu teori yang kaku, tetapi hidup dalam perhubungan dua hala antara manusia dengan Allah, antara manusia sesama mereka, antara manusia dengan sistem hidup mereka, dengan menghindarkan perbuatan yang buruk dan haram.42 4.4 Aspek
42

beberapa perkara penting dan jika ia berlaku sebaliknya, maka jatuhlah pengharaman terhadap wanita tersebut. Antara perkara penting yang perlu diberi 1. perhatian dalam aspek penampilan penyanyi wanita ialah: Suara tidak terlalu nyaring ataupun terlalu lembut dalam menyampaikan lagu. Cukuplah sekadar suara sederhana yang tidak menampakkan aspek menunjuk-nunjuk. Bidang ini lebih ideal jika ia mampu menggabungkan beberapa bersama, perseorangan. 2. 3. Tidak ada lenggok badan dan tarian serta imej hendaklah sopan. Pemakaian tidak terlalu bermewah dan tidak ketat dan nipis sehingga memperlihatkan susuk badan. Dalam erti kata yang lain ialah memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. 4. Tidak ada unsur tabarruj dan make-up yang i. tebal. Cukuplah sekadar penampilan diri pada kebiasaannya. PAKAIAN
41

penyanyi

wanita

yang secara

akhirnya menghasilkan nyanyian secara bukanlah

Berkenaan dengan pakaian, terlebih dahulu kita perlu merujuk pada hadith dibawah: Diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya dari Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Dua golongan dari ahli neraka yang belum aku melihatnya, satu kumpulan yang memegang penyebat seperti ekor lembu yang
41

PANDANGAN KONSERT lokasi

BERKENAAN perlu

persembahan

Sila rujuk: sahih Muslim, Kitab al-Libas.

Shukeri Mohamad (1998), Pembentukan Masyarakat Berakhlak Mengikut Politik Islam dlm. Jurnal Usuluddin, bil. 8. h. 146. Rujuk Yusuf al-Qaradawi, Dr. (1993), Malamih al-Mujtama al-Muslim allazi Nansyiduhu, Kaheraah, h. 90.

11

ditekankan

dalam

mana-mana

penganjuran

pelbagai media nasyid seperti cd, kaset dan vcd dengan meminggirkan keperluan-keperluan lain seperti buku dan sebagainya. 4.6 PANDANGAN RAKAMAN Penulis meletakkan bahawa seseorang komposer tidak menjadi permasalahan yang besar. Ini kerana, hasil penelitian penulis bahawa kebanyakkan komposer daripada luar bidang nasyid hanya menyumbangkan dari sudut melodinya atau dalam erti kata lain mereka ini adalah komposer dari sudut lagu sahaja dan tidak melibatkan senikata dan liriknya. Ini kerana, mereka ingin menyuntik pembaharuan dari segi melodi ke dalam nasyid. Bagi syarat-syarat alat muzik pula, rujuk pada perkara 4.2. Manakala, bagi syarikat rakaman pula, aspek ini tidak pernah atau jarang disentuh oleh pengkaji-pengkaji nasyid. Di sini, penulis boleh menyertakan syarikat yang baik dan tidak dapat dipertikaikan berkenaan kedudukannya sama ada di dalam pelaburan atau pinjaman dan BERKENAAN

konsert. Ini kerana ia mengambil kira lokasi penempatan penduduk, pusat ibadah, hospital dan pelbagai lagi. Tidak kira di mana tempatnya, sistem audio hendaklah dikawal secara sistematik dan rapi agar ia tidak melampaui sehingga menganggu dengan persekitaran. Cara lokasi terbaik ialah dan memastikan persembahan

KOMPOSER DAN SYARIKAT

berjauhan dengan penempatan penduduk baik jika ia diadakan di dewan yang tertutup.

penempatan awam. Selain itu juga, adalah lebih

Manakala, dari segi masa, sesuatu konsert atau persembahan hendaklah dirancang dengan teliti. Kelewatan sesuatu konsert sehingga lewat malam mengundang pelbagai perkara negatif kepada penonton. Oleh itu, adalah lebih baik jika masa sesuatu konsert tidak mengambil masa yang lama terutama jika ia dibuat pada sebelah malam. Di samping itu juga, waktu solat hendaklah tidak diganggu sama sekali. Sebagai contoh, konsert diadakan pada jam 9 malam untuk memberi laluan kepada para penonton solat terlebih dahulu. Di samping itu, pihak penganjur

sebagainya. Syarikat tersebut ialah hasil kendali anggota kumpulan Hijjaz sendiri iaitu Hijjaz Records melalui penubuhan Hijjaz Music Entertainment Sdn. Bhd. Bagi syarikat-syarikat rakaman yang lain, penulis menghadapi kesukaran dalam menyelidiki dan mendapatkan data-data kerana tidak ada pengkaji sebelum ini yang menyentuh perihal ini.

haruslah bijak merancang kedudukan penonton. Ini kerana sudah semestinya penonton yang hadir adalah terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan. Bagi mengelakkan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, adalah lebih baik jika diasingkan antara penonton lelaki dan penonton perempuan. Ini juga bagi mengelakkan unsur-unsur maksiat yang mungkin tidak dapat dijangka. Para penonton juga diingatkan untuk berpakaian menutup aurat bagi muslim dan berpakaian sopan bagi bukan muslim. 4.5 PANDANGAN BERKENAAN

5.0

KESIMPULAN Islam tidak pernah melarang umatnya

PENDENGAR NASYID Hukum asal mendengar nasyid adalah harus. Keharusan ini terbatal apabila pendengar sendiri melakukan sesuatu yang haram atau makruh iaitu seperti: i. Melewatkan solat atau meninggalkan solat kerana keasyikan dan kelekaan semasa mendengar nasyid ii. iii. Meninggalkan kerja-kerja harian Pembaziran terhadap pembelian

untuk berhibur sama ada dengan menyanyi atau bermain alat muzik. Perkembangan teknologi kini banyak menyumbangkan pembangunan industri muzik seluruh dunia. Perdebatan antara ulama dan fuqaha Islam berkenaan nyanyian dan muzik serta persoalan sekitarnya masih lagi belum selesai. Ini tidak bermakna berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam. Hikmah di atas perdebatan ini memungkinkan umatnya untuk

12

berfikir secara lebih mendalam bagi menangani sesuatu khazanah isu. Kesannya, lahirlah khazanahilmu Islam yang tidak ternilai mutu

Rukaini( 2002),

Haramkah Muzik, menyanyi dan

menari. Semenyih, Synergymate Sdn Bhd. Hj. Abdul Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail (2001), Seni Dalam Islam. Intel Multimedia And Publication.

kualitinya dan kuantiti karya sesuatu cabang ilmu ke seluruh dunia. Perkembangan muzik dan nyanyian

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ( 1999 ), Kumpulan Esei : Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Mahisan Aswadi bin Ahamed ( 2002/2003), Muzik Kumpulan Nasyid Kontemporari di Malaysia ( Kertas Projek, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Shukeri Mohamad (1998), Pembentukan Masyarakat Berakhlak Mengikut Politik Islam dlm. Jurnal Usuluddin (8). Sidi Gazalba, Drs. (1977), Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur, Penerbitan Pustaka Antara. Zainal Kling, Dr. dlm. (1985), Ideologi Konsep dan Kebudayaan Kebudayaan

dewasa ini memperlihatkan pengaruh yang besar terhadap pembentukan peribadi umat manusia kini. Sejajar dengan tugas sebagai khalifah bumi, yang terpikul kepada tanggungjawab dakwah serta mengajak kemungkaran yang makruf dan agar menegah umat Islam mendesak

memikirkan cara yang sesuai bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Oleh itu, dunia hiburan boleh ditembusi dengan hiburan juga. Cuma ciriciri yang berbeza perlu dikekalkan agar ia memperlihatkan keistimewaan dan kelainan yang sukar dilakukan oleh pihak lain. Justeru itu, muzik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi daripada pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arah alir industri muzik yang tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepaa kemaksiatan , kemudaharatan dan kefasikan mestilah dihalang. Kepekaan umat Islam diperlukan bagi membina tamadun Islam yang cemerlang sebagaimana yang telah dinukilkan oleh sejarah Islam silam.
Kebangsaan Melayu.

Kebangsaan. Universiti Malaya: Jabatan Pengajian

6.0

BIBLIOGRAFI

Al-Ghazali, Imam (1999), Adab Mendengar Irama dan Lagu (terj.). Kuala Lumpur: Darul Numan. Al-Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Mawsuah Dawah. Al-Quran H.M Toha Yahya Omar , diadaptasi oleh Abdul Rahman al-Sunnah al-Kutub al-Sittah wa Syarahuhu, Shahih al-Bukhari .(1992). Istanbul: Dar al-

13

Anda mungkin juga menyukai