Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran menangkap bola baling 1.

Tajuk Permainan : Nombor dan tangkap

2. Senarai alatan a. Bola b. Benteng

3. Gambarajah

3. Prosedur pelaksanaan permainan

a. Seorang murid akan menjadi pembaling dan murid yang lain dibahagikan kepada 2 kumpulan (7 orang setiap pasukan) . b. Setiap pasukan diberi dengan nombor dari 1 hingga 7 dan berdiri bebas dalam kawasan permainan c. Pembaling akan menyebut nombor dan kemudian melambung bola melepasi benteng. d. Pemain yang disebut nombornya akan cuba menangkap bola tersebut. Jika ia berjaya, 1 mata akan diberi kepada pasukannya. e. Pasukan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dikira pemenang.

Kemahiran melontar bola baling

1. Tajuk Permainan : Melontar ke sasaran

2. Senarai alatan a. Bola b. Dinding c. Gelung rotan

3. Gambarajah

3. Prosedur pelaksanaan permainan

a. Seorang murid akan memegang gelung rotan dan berada di tengah-tengah antara dinding dengan kawasan permulaan. b. murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dikehendaki berdiri 3 meter dari dinding. c. Murid melontar bola ke sasaran (tanda dinding) melalui gelung rotan. d. Lontaran hendaklah dibuat pada aras kepala e. Setiap murid diberi 3 kali lontaran f. Jika murid berjaya melontar ke tiga-tiga sasaran yang telah ditanda itu, maka ia akan memperolehi 1 mata. g. Pasukan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dikira pemenang.