Anda di halaman 1dari 5

ORIENTASI PENGAWAS KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS

SK TEMIANG 2013
1. Pendahuluan Badan Pengawas, ketua dan penolong kelas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu dalam pengurusan kelas dan disiplin pelajar. Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan orientasi kepimpinan kepada pengawas,ketua dan penolong kelas SK Temiang sesi 2013. Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan dan bertanggungjawab. 2. Rasional Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas dan ketua da penolong kelas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka: 2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan; 2.2. mempunyai jati diri utuh dan keterampilan yang cemerlang 2.3. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar; 2.4. membentuk tingkahlaku seorang pemimpim yang baik budi pekerti 2.5. dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah. 3. Matlamat Selesai orientasi nanti, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti ini akan dapat mengamalkan dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar. 4. Objektif 4.1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif; 4.2. Meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam mengendalikan kes-kes disiplin; 4.3. Membentuk sahsiah dan keterampilan seorang pemimpin persatuan, pengawas sekolah dan ketua tingkatan; 4.4. Pengukuhan sikap positif dan proaktif di dalam tugasan yang diberikan; 4.5. Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni; 4.6. Mengeratkan perpaduan, pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme.

5. Tema : KEPIMPINAN BERWIBAWA, DISIPLIN TERPELIHARA 6. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi program ini adalah 2 kelompok pelajar. Kelompok pertama terdiri dari pengawas sesi 2013. Kelompok kedua terdiri daripada ketua dan penolong kelas Pengawas :12 orang Ketua kelas :6 orang Penolong Kelas :6 orang 7. Pelaksanaan Program( cadangan) Tarikh : Hari : Tempat : SK Temiang 8. Aktiviti yang dilaksanakan 8.1. Ceramah/LDK 8.2. Team building 8.3. Riadah/rekreasi 9. Jawatankuasa Pelaksana Penasihat Pengerusi : En Loran ak Setin ( Guru Besar) : Pn. Juwana bt Rosli

Penyelaras Program : En Christopher Wesly ( Unit Disiplin) Cik Mastijah bt. Jamali Pn Dayang Sadiah Bt Awg Rasit En Shahrizan Bt Fadil En Suhardi B Rosli
AJK-AJK Juru gambar Makanan& minuman :Kennedy ak Jambai :Teresa ak Neary

PROGRAM ORIENTASI PENGAWAS, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS 10.AKTIVITI :

MASA
2:45 ptg- 3:15 ptg 3:15 ptg-3:30 ptg 3:45 ptg-4:15 ptg 4:15 ptg-4:45 ptg 4:45 ptg Ice breaking

AKTIVITI

GURU
Pn Dyg Sadiah Bt Awg Rasit Cik Mastijah Jamali/En. Christopher Wesly Pn Juwana bt Rosli En Shahrizan B Fadil En Suhardi B Rosli Pn. Juwana bt Rosli/En. Christopher Wesly

Etika & Pengurusan diri dan masa Teknik pengucapan Permainan /sukan mini Penutupan dan minum petang

11.ANGGARAAN PERBELANJAAN BIL 1 makan/minum - mihun - air bancuh Urusetia Peralatan aktiviti 4 7 Hadiah / Cenderamata Aktiviti sukan JUMLAH BESAR Alatan sekolah sumbangan RM 15 PERKARA JUMLAH (RM) RM 15

12.PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah sehingga dapat melahirkan bakal pemimpin negara yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan. Disediakan oleh: ................................................... JUWANA ROSLI UNIT HEM Disemak oleh:

.................................................... GURU BESAR, SK TEMIANG LORAN AK SETIN

KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI PENGAWAS, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS SK TEMIANG 2013 ANJURAN UNIT HEM

Anda mungkin juga menyukai