Anda di halaman 1dari 4

"Adik payung ni berapa harga?" tanya ku kepada adik penjaga gerai. "Satu RM14.90 kak," jawabnya.

"Ok lah akak nak beli satu .Lalu wanita itu pun membayar RM 15 lalu berkata "Ambillah seposen tu dik akak sedekah." Kemudian wanita itu ke seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita restoran tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, "Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi pengurus saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan," salah seorang pekerja di situ memberitahu. "Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya," dia memberitahu. "Hmm bolehlah dik, bungkus dua," kata wanita itu "Kak, pengurus saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak," terpana wanita itu seketika, alhamdullillah rezeki bisik wanita itu. Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah... alhamdullillah... nikmat apa yang hendak didustakan lagi? Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya." (Hadis Riwayat Muslim) Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 5 kebaikan di dunia : 1. Menyucikan harta 2. Menyucikan badan

3. Menolak bala dan penyakit 4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin 5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya 5 kebaikan di akhirat pula ialah : 1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas 2. Ringan hisabnya 3. Berat timbangannya (amalan) 4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim 5. Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api." (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7) Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan? BERSYUKUR! Ya, itulah yang seharusnya. Tapi... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur? Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian. Sedarkah kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan. Fiman Allah SWT: "Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177) Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini: "After every storm there is a rainbow." Selepas setiap guruh, adanya pelangi. Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat. Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu. Ingatlah, Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain. Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu. Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita? Renung-renungkan. Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Anda mungkin juga menyukai