Anda di halaman 1dari 14

PTOLEMY

Siapakah dia Ptolemy?


Nama beliau adalah Claudius Ptolemeus. Lahir pada sekitar 85 Masihi di Mesir

Meninggal sekitar 165 Masihi di Alexandria, Mesir


Bidang kepakarannya adalah matematik, geografi, astronomi, dan kaji bintang

PTOLEMY
Ptolemy mempertahankan prinsip geosentrik dan pergerakan memusat yang sekata (uniform circular motion) namun beliau menambah epicycles, deferents dan equants.
Beliau mengatakan bahawa pergerakan planet mengikut bulatan yang kecil iaitu epicycle

PLATO
Nama penuh adalah Plato Lahir pada 427 sebelum masihi di Athens Mati pada 347 sebelum masihi juga di Athens

Plato mengatakan bumi berbentuk sfera yang berputar pada kadar yang seragam. Ia membawa kepada kepercayaan pergerakan memusat yang sekata

Aristotle
Nama penuh Aristotle Lahir pada 384 sebelum masihi di Stagira Meninggal pada 322 sebelum masihi di Chalcis

Aristotle
Aristotle membuat anggaran mengenai saiz bumi adalah kira- kira 1/3 daripada saiz asalnya Beliau juga mempertahankan teori geosentrik iaitu matahari, bulan dan bintang mengelilingi bumi

Nicholas Copernicus
Lahir pada 19Februari 1473 di Toru Meninggal pada 24Mei 1543 di Frombork Kerakyatan German

Copernicus memperkenalkan teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat sistem suria Teori ini menimbulkan kontroversi kerana bertentangan dengan ajaran gereja Beliau mempercayai bahawa bumi berputar di atas paksinya sendiri dan mengelilingi matahari sekali setahun

Galileo Galilei
Lahir pada 15 Februari 1564 di Pisa Meninggal pada 8 Januari 8 1642 di Arcetri Mendapat pendidikan di Universiti Pisa

Galileo Galilei
Galileo telah membuat inovasi terhadap teleskop sehingga dapat memperbesar sehingga 30 kali ganda yang akhirnya membolehkannya membuat pemerhatian terhadap angkasa Beliau menemui bulan-bulan Jupiter, bentukbentuk venus dan permukaan bulan melalui teleskopnya

Tycho Brahe
Lahir pada 14 Disember 1546 di Istana Knutstorp, Denmark Mati pada 24 Oktober 1601 di Prague, ketika berumur 54 tahun Mendapat pendidikan sendiri Seorang kerabat diraja dan juga ahli Astronomi

Tycho Brahe
Tycho mengumpulkan pemerhatian lengkap mengenai kedudukan matahari, bulan, dan planet selama 20 tahun Beliau juga mencadangkan satu model sistem solar iaitu matahari dan bulan mengelilingi bumi dan planet dikelilingi oleh matahari

Johannes Kepler
Lahir pada 27 December 1571 Mati pada 15 November 1630 ketika berumur 58 tahun Seorang rakyat Jerman

Johannes Kepler
Kepler mempelajari cerapan yang sama seperti dilakukan oleh Tycho Brahe Beliau mengemukakan tiga hukum yang menerangkan pergerakan planet iaitu:

1) Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat. 2) Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.
3) Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbit tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil