Anda di halaman 1dari 7

Ceramah PPDa

SALINAN JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984. 2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: (I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. : 29 Januari 1985

(II)

Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatankegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakan program-program ini. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. 4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. 5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) (b) (c) (d) 6. Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan di pejabat berkenaan; Pegawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawai lain yang dipilih. Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi. Kerani Besar.

Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut: 6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameran-pameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah. Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangankakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah: 6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara

6.2

sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. 6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. 6.2.1.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangan-kakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran A. 6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

6.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di LampiranB untuk menjalani ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)). 6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)). 6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984. 6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang

berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masingmasing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH, PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI, BLOK K-1, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR. Tel. No. : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka: (I) (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. Julai, 1977; Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb. Mei,1978 adalah dibatalkan.

t.t. (TAN SRI DATO SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED)

Ketua Setiausaha Negara.

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Y.Bhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh. 3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. 4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai