Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wrahmatullahi wabarokatuh

mengkarak ini kerana atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Sekarang ini beliau masih lagi bermesyuarat di Kuala Lumpur.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Saya selaku wakil perasmi pada hari ini menyambut baik usaha Pejabat Pelajaran Daerah Bera khususnya dari Unit Pendidikan Islam dan jawatankuasa pertandingan MTQSS Zon Mengkarak dalam menganjurkan program ini bagi menyuburkan minat membaca al-Quran, memupuk nilainilai cara hidup islam yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan hasil seperti yang kita lihat pada hari ini. Sesungguhnya tanggungjawab yang besar ini tergalas di bahu para pendidik di sekolah khususnya dan warga pendidikan amnya.

Hadirin Hadirat Sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) kali ke 39 peringkat Zon Mengkarak Tahun 1434H/2013M. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pertandingan atas undangan untuk saya hadir dan seterusnya merasmikan majlis yang penuh keberkatan ini. Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak menamatkan acara pertandingan pada hari ini, tetapi apa yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui acara tilawah dan hafazan, mesej-mesej yang ingin disampaikan melalui alunan nasyid yang merdu dan nilai-nilai murni serta cara hidup islam yang disampaikan melalui pertandingan bercerita yang beraneka ragamnya juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan. Seperti ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada manusia yang bermaksud ;

Hadirin Hadirat Sekalian, Sebelum saya meneruskan ucapan dengan lebih panjang lebar, terlebih dahulu saya selaku wakil kepada Tuan PPD Bera ingin menyampaikan salam beliau dengan lafaz assalam.... kepada semua hadirin sekalian pada tengahari ini. Tuan PPD memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat hadir bersama untuk perasmian penutup MTQSS peringkat zon

BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMU LAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PERANTARAAN KALAM. DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA. ( SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)

AYAT-AYATNYA, DAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERAKAL SEMPURNA BERINGAT MENGAMBIL IKTIBAR".

Hadirin Hadirat Sekalian, Saya berpendapat bahawa pendekatan dan usaha yang telah di semai sejak di peringkat institusi keluarga, diperkukuhkan lagi menerusi pendekatan yang berkesan dalam kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah, termasuklah menerusi program seperti ini. Di samping dapat memartabatkan lagi syair Islam, saya percaya banyak potensi dan kelebihan anak-anak kita dapat dicungkil dan diketengahkan supaya bakat dan kemahiran yang mereka miliki dapat dikembangkan dengan sepenuhnya. Ia juga dapat mengukuhkan jati diri dan menyemai keyakinan dalam kalangan anak-anak kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang akhirnya akan merosakkan akhlak dan akidah.

Hadirin Hadirat Sekalian, Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025, kerajaan komited membangunkan modal insan yang cemerlang, berkualiti dan memiliki sahsiah yang terpuji. Generasi masa depan ini bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan juga dilengkapi dengan nilai-nilai keagamaan yang kukuh. Dalam konteks ini, pendidikan yang berlandaskan kepada ketetapan Allah SWT melalui al-Quran menjadi teras ke arah melahirkan modal insan yang mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Justeru, saya percaya, penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran ini merupakan wadah yang terbaik bagi membangunkan generasi yang cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran alQuran. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Saad, ayat 29 yang bermaksud:

Bagi menjayakan usaha-usaha tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan terus memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen kepada pihak sekolah dan guru-guru bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan seterusnya memperkasa aspek modal insan dan sahsiah para pelajar. Ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara dan ummah dalam pelbagai sektor dapat diteruskan selari dengan ajaran dan tuntutan Islam.

"(AL-QURAN INI) SEBUAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN KEPADAMU (DAN UMATMU WAHAI MUHAMMAD), KITAB YANG BANYAK FAEDAH DAN MANFAATNYA UNTUK MEREKA MEMAHAMI DENGAN TELITI KANDUNGAN

Hadirin Hadirat Sekalian, Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan teras bagi membentuk bangsa yang cemerlang dan berjaya, yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian 2

akhlak dan budi. Insan yang berilmu seperti ini akan dapat menguasai dan menguruskan alam, memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya untuk kesejahteraan ummah.

silaturahim dalam kalangan guru dan pelajar yang terlibat, saya percaya program keagamaan ini juga berupaya mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah dan jalinan kerjasama di antara warga Kementerian Pelajaran yang berada di SK Sri Buntar dan khususnya pihak sekolah dengan masyarakat Islam di dalam Zon Mengkarak ini. Mudah-mudahan segala usaha serta komitmen yang kita laksanakan dalam mengimarahkan dan menghayati tuntutan al-Quran akan diberkati oleh Allah SWT. Sama-samalah kita terjemahkan ajaran al-Quran dalam segala tindakan bagi memacu kejayaan dan kegemilangan umat Islam khususnya dalam kalangan para pelajar sebagai modal insan terbaik bagi menyumbang kepada kemajuan ummah serta kejayaan negara pada keseluruhannya.

Modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan ialah mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, berpegang teguh kepada agama, berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas pertama. Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

Generasi penerus inilah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosiobudaya negara pada masa hadapan. Suka saya ingatkan, apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi penerus sudah tentu mereka antaranya ialah anak-anak yang berada di hadapan saya ini, yang akan menjadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan dan seterusnya merealisasikan agenda dan wawasan negara dan ummah. Bagi anak-anak sekalian, jadikanlah perjuangan pembacaan dan pembelajaran al-Quran ini sebagai titik tolak untuk mempelopori, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini.

Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang berjaya menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini, akan mencetus semangat dan kesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa-masa akan datang. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cekap. Saya mendoakan agar majlis ini akan dilimpahi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Insyaallah....

Hadirin Hadirat Sekalian, Ketahuilah, sesungguhnya pada hari ini, Saya amat bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan warga pendidik dan anak-anak khususnya para peserta MTQ dari seluruh Zon Mengkarak. Di samping dapat mengeratkan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi MTQ En.Shueb Bin Ali Rahim Selaku Guru Besar SK Sri Buntar atas jemputan dan penghormatan ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan semoga Wakil2 yang berjaya mewakili Zon Mengkarak akan mencipta kejayaan yang cemerlang di MTQSS Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 11/04/2013 di SMK Purun nanti dan seterusnya dapat mewakili Daerah Ke MTQSS Negeri Pahang yang akan dilaksanakan juga di daerah kita pada 4 & 5hb Mei 2013. Tuan rumah nya adalah di SMK Seri Bera. SELAMAT MAJU JAYA saya ucapkan. 3

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (MTQSS) Kali Ke 39 Peringkat Zon Mengkarak Tahun 1434H/2013M

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh