Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN Program Kempen Minggu Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar program Minggu Anti Denggi dapat mencapai sasarannya. Minggu Anti Denggi ini merupakan program yang dirancang khas selama 5 hari untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Program seumpama ini yang diadakan setiap tahun, diharap dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

2.0

MATLAMAT 2.1 Memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah mereka.

3.0

RASIONAL 3.1 Mengikut statistik Pejabat Kesihatan Negeri Perak kes wabak denggi pada tahun 2012 adalah sebanyak 1661 kes. Denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes boleh merebak dan membunuh mangsanya. 3.2 Oleh itu, Program Minggu Anti Denggi bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya.

4.0

OBJEKTIF 4.1 Pelajar dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesankesannya. 4.2 Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi.

4.3 Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera. 5.0 KUMPULAN SASARAN 19 orang Murid-murid Pendidikan Khas 6.0 TARIKH 17 Jun hingga 21 Jun 2013 7.0 TEMPAT Kelas PPKI SMK Slim, Slim River. 8.0 AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Pn. Hjh. Siti Mariam bt. Hj. Joned ( Pengetua SMK Slim) Pengerusi : Pn. Hjh. Salina bt. Shuib Tn. Hj. Aman Shah bin Idris Pn. Zalina bt. Azman Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK : Pn. Asmahani bt. Jaafar : Pn. Fairus Fariza bt. Abdul Karim : Pn. Munira bt. Judin : En. Anizat b. Tarlan Pn. Noor Izura bt. Ali Pn. Nurazrina bt. Mat Sharif

9.0

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

MASA 7.20-7.40

AKTIVITI Taklimat Program

SASARAN Murid PPKI

TINDAKAN Pn. Asmahani

TEMPAT Kawasan Tempat Perhimpunan

17/6/2013 (ISNIN) 9.30-10.30 -Pertandingan Silang kata Murid PPKI Pn. Munira

Bilik Darjah

8.00-8.30 18/6/2013 (SELASA) 8.30-9.00 19/6/2013 (RABU) 10.00-12.00

Ceramah Pencegahan Denggi Murid PPKI Kuiz Murid PPKI

Pn. Fairus Pn. Izura Pn. Fairus

Bilik Darjah Pusat Sumber

Melukis Poster

Murid PPKI

Bilik Darjah

20/6/2013 (KHAMIS)

7.30-9.00

Gotong Royong Kelas dan Kawasan Murid PPKI blog Pendidikan Khas. Jamuan

En. Anizat Kelas dan kawasan Pendidikan Khas. Pn. Fairus Pn. Nurazrina

9.00-10.00

21/3/2013 (JUMAAT)

11.30-12.00

Penyampaian Hadiah

Pemenang Pertandingan

Pn. Munira

Bilik Darjah

Pengajaran dan pembelajaran di luar waktu aktiviti akan berjalan seperti biasa. 10.0 SUMBER KEWANGAN PCG PPKI SMK Slim dan kutipan daripada guru-guru. 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Cenderahati Penceramah Hadiah untuk pemenang RM 3.00 x 6 - RM 18.00 - RM 30.00

Jamuan Murid RM 5.00 x 19 Jamuan Guru & PPM RM5.00 x 6 JUMLAH 12.0 Penutup Semoga program yang dijalankan selama seminggu ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama. RM 30.00 RM 173.00 RM 95.00

Disediakan oleh: -------------------------(FAIRUS FARIZA BT. ABDUL KARIM) AJK Anti Denggi Pendidikan Khas

Disemak oleh: -------------------------(ROSLAN BIN SAAD) Setiausaha Jawatankuasa 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan)

Dipantau oleh: -------------------------(HJH UMMI KALSOM BT. MOHD NOOR) Setiausaha 1 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid(HEM)

Disahkan oleh: -------------------------(HJH SITI MARIAM BT. HJ JONED) Pengetua

Anda mungkin juga menyukai