Anda di halaman 1dari 6

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.4.2 Proses transmisi impuls dari neuron ke neuron. Rajah 2.

10 Transmisi impuls dari neuron ke neuron


Tombol sinaptik Akson Transmisi

Penghantaran Implus

Vesikel Klef sinaptik

sinaps

2
Neuron y ang menerima Neuron Transmisi Klef sinaptik Vesikel bercantum dengan membran plasma

3
Neurotransmitter dibebaskan ke klef

4
Neurotransmitter terikat pada reseptor

Molekul Neurotransmitter

Saluran Ion Neurotransmitter Reseptor

Neuron yang menerima Neurotransmitter dipecahkan dan dibebaskan

Saluran Ion terbuka

Saluran Ion menutup

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiol ogy, 5 th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia.

Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam bentuk impuls. Impuls dihantar ke tombol sinaptik pada hujung akson. Impuls ini dihantar menyeberangi klef sinaptik dengan bantuan neurotransmitter yang disimpan dalam vesikel. Molekul-molekul neurotransmitter yang terikat pada reseptor dibebaskan ke klef sinaptik dan kemudian ke salur ion. Semasa salur ion tertutup, neurotransmiter tersebut dipecahkan dan dibebaskan.

75

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.5 Persimpangan saraf otot Persimpangan saraf otot ialah tapak neuron motor bertemu fiber otot. Transmisi rangsangan dalam bentuk impuls dari neuron ke fiber otot adalah sama seperti transmisi impuls dari neuron ke neuron kecuali tiada mekanisme perencatan pada persimpangan saraf otot. Asetilkolina (ACh) ialah sejenis neuron transmitter. Rembesan ACh membolehkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik. Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase dirembeskan untuk bertindak balas dengan asetilkolina. Keadaan ini menghalang pengujaan fiber otot pada impuls berikutnya bagi tempoh masa tersebut. Rajah 2.11 Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka

Dendrit Akson

Otot rangka Akson terminal

Persimpangan saraf otot


Sumber: Sumber diubah s uai daripada: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, d 5 ed. Prentice Hall

76

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 8 Sistem Tenaga 8.1 Pengenalan sistem tenaga Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan. Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. A ATP =
Adenosina tenaga

Pi

ATP o ADP + Pi + Tenaga

(Adenosina trifosfat o adenosina difosfat + fosfat bukan organik + tenaga )

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.
+

= ATP

Pi

ADP + P(i)

8.2

Pembentukan Adenosina Trifosfat Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui : (a) (b) (c) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik/sistem asid laktik) Sistem aerobik (sistem oksigen)

77

BUKU SUMBER SAINS SUKAN (i) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi). Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP.
P Tenaga C

Tenaga + ADP + Pi o ATP

(ii)

Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis) Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.

78

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.12 Sistem anaerobik laktik


Glukosa Glikogen

ATP

Glukosa 6- fosfat Enzim glikolitik

ATP Asid Piruvik Asid Laktik

Sumber: Bowers, R.W. & F ox, E.L. (1992), Sports Physiology, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub.

ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATPPC). ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit.

(iii)

Sistem aerobik (oksigen) Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga Penghasilan ATP melibatkan 3 proses: i. Glikolisis ii. Kitaran Krebs iii. Sistem pengangkutan elektron Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.

79

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.13 Sistem aerobik


Glikogen

GLIKOLISIS AEROBIK

Glukosa

ADP +Pi ATP

Asid Piruv ik Protein Lemak CO2 CO2 KITARAN KREBS

CO2

H +e H +e H +e
+ +

ADP + Pi ATP ADP + Pi ATP ADP + Pi ATP

H2 O

SISTEM PENGANGKUTAN ELEKTRON


Sumber: Bowers, R.W. & Fox, E.L. (1992), Sports Physiolog y, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub.

Jadual 2.4
Sistem ANAER OBIK Alaktik (ATP-PC) Laktik AEROBIK

Ciri-ciri tiga sistem penghasilan ATP


Sumber makanan/kimia Fosfokreatin Glukosa/glikogen Glukosa/glikogen, Lemak, protein Keperluan oksigen Tidak perlu Tidak perlu Perlu Kelajuan Penghasilan ATP Sedikit dan terhad Sedikit dan terhad Banyak dan tidak terhad Jangka masa

Sangat pantas Pantas Perlahan

10 saat 1-3 minit Lebih 3 minit

80

Anda mungkin juga menyukai