Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN KAEDAH MENDARAB GRAFIK DALAM MENGATASI MASALAH PENDARABAN NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Oleh: Mohd Ruzaini bin Hashim15 & Dr. Tengku Zawawi Tengku Zainal16 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Pengkaji mendapati murid selalu menghadapi masalah dalam pendaraban. Murid sering melakukan kesilapan semasa melakukan penyelesaian soalan seperti kesilapan fakta asas darab, perletakan nombor pada nilai tempat dan kecuaian semasa melakukan pengiraan. Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid untuk mengatasi masalah pendaraban. Kaedah Mendarab Grafik diperkenalkan untuk membantu murid menguasai pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu ujian pra dan ujian pasca, borang soal kaji selidik dan analisis dokumen. Kajian ini menggunakan 10 orang murid sebagai sampel kajian. Data analisis menggunakan min dan peratus ujian pra dan ujian pos, kekerapan kesilapan murid serta peratus borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan sebanyak 41% dan penurunan 43% kesilapan dalam ujian pasca. Hasil daripada pembelajaran Kaedah Mendarab Grafik ini memberi kesan terhadap peningkatan prestasi murid melibatkan kemahiran asas dalam tajuk Pendaraban. (Kata Kunci: Kaedah Mendarab Grafik) PENGENALAN Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran asas dalam Matematik iaitu pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit dalam Matematik tahun 4. Pengkaji mendapati hasil kerja murid adalah sangat berbeza antara satu sama lain kerana ada diantara mereka yang dapat menjawab dengan betul, separa betul dan ada yang menjawab tetapi jawapan yang salah. Selain itu. terdapat murid yang meninggalkan soalan kerana tidak menjawab soalan darab. Setiap kali pengkaji memeriksa hasil kerja latihan, tindakbalas dari murid amat mengecewakan kerana hanya sebilangan murid yang mampu menjawab soalan dengan betul. Hasil pemerhatian semasa proses P&P, pengkaji telah melihat minat murid yang kurang terhadap Matematik menjadi penyebab utama murid menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Masalah ini menjadi salah satu punca utama mengapa murid-murid tahun 4 gagal menguasai pendaraban dan menganggap Matematik adalah subjek yang susah serta hilang minat untuk terus belajar. Kesilapan yang sering dilakukan semasa menyelesaikan masalah pendaraban ialah kesilapan meletak digit pada nilai tempat dalam bentuk lazim dan tidak menghafal sifir. Kaedah yang diperkenalkan dapat membantu guru meningkatkan mutu proses Pengajaran dan Pembelajaran serta dapat membantu guru dan murid mempelbagaikan aktiviti pembelajaran Matematik di dalam kelas. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, berikut adalah contoh-contoh kesalahan murid: 4 2 4 2 X 2 4 x 2 4 _________ ________ 1 6 8 1 6 8 + 8 4 + 8 4 _________ ________ 9 1 0 8 2 5 2 _________ ________

METODOLOGI
15 16

Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Matematik

Muka Surat

50

Rajah 1: Kecuaian pengiraan murid

Rajah 2: Kesilapan meletak digit

Dalam kajian kajian ini, pengkaji telah memilih model kajian yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model ini mencadangkan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) yang terdiri mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Pengkaji melakukan sesi rawatan untuk memperkenalkan kaedah kepada murid. Peruntukan masa bagi setiap sesi rawatan adalah satu jam. Pengkaji telah merancang 4 sesi rawatan yang ingin dilakukan semasa menjalankan tindakan ke atas sampel kajian : i. ii. iii. iv. Menjalankan sesi ujian pra menyelesaikan masalah pendaraban. Pengenalan dan penerangan Kaedah Mendarab Grafik. Penggunaan Kaedah Mendarab Grafik dalam menyelesaikan masalah pendaraban. Menjalankan sesi ujian pasca menyelesaikan masalah pendaraban.

Pengkaji telah memilih sampel kajian seramai orang murid 4 Ibnu Khaldun di Sekolah Kebangsaan Kesom berdasarkan pemerhatian, dokumen dan temubual. Kajian ini melibatkan tiga instrumen iaitu ujian pra dan ujian pos, analisis dokumen dan borang soal selidik. Pengkaji memperkenalkan Kaedah Mendarab Grafik bagi menyelesaikan permasalahan soalan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Berikut adalah Kaedah Mendarab Grafik yang diperkenalkan pengkaji kepada sampel kajian. Contohnya, 12 x 24 =

1. 12 x 24 =

2. 12 x 24 =

3. 12 x 24 =

6. Penggiran pecahan dalam bulatan. 12 x 24 ialah 288.

5. Meletakkan garis serong di antara setiap bulatan.

4. 12 x 24 =

DAPATAN KAJIAN Analisis data yang dikumpul dilakukan untuk menjawab persoalan kajian yang telah dibina untuk melihat peningkatan dan perubahan tingkahlaku setelah metodologi diperkenalkan.

Muka Surat

51

i.

Apakah Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Murid Semasa Menyelesaikan Soalan Pendaraban?

Analisis dokumen dilakukan dan pengkaji mendapati dua kesilapan utama murid semasa melakukan pendaraban pada ujian pra ialah kesilapan nilai tempat (76%) dan kesilapan fakta asas darab (24%). Berikut adalah contoh kesilapan yang dilakukan responden seperti didalam jadual dibawah.

Item 1

Skor 0 10

Betul
1. Kesilapan nilai tempat

Salah
2. Kesilapan fakta asas darab (1 orang)

Tiada betul

(9 orang

Pengkaji telah melakukan analisis terhadap hasil jawapan murid semasa ujian pasca mendapati terdapat pengurangan kesilapan yang dilakukan. Kesalahan ini dilakukan semasa menggunakan kaedah mendarab grafik iaitu kesilapan pengiraan bahagian(47%), kesilapan penambahan bahagian(27%), kesilapan melukis grafik(11%) dan kecuaian semasa melakukan proses pengiraan(15%). Berikut adalah contoh kesilapan yang dilakukan responden seperti didalam jadual dibawah. 1. Kesilapan mengira bahagian 2. Kesilapan penambahan bahagian 3. Kecuaian

PERBINCANGAN CADANGAN

Markah ujian pra dan pasca dibandingkan untuk melihat peningkatan peratus markah yang dicapai oleh setiap responden. Analisis tersebut dicatatkan di dalam jadual dan rajah di bawah. Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Muka Surat

ii.

Sejauh Manakah Kaedah Mendarab Grafik Dapat Membantu Meningkatkan Tahap Penguasaan Murid Dalam Pendaraban?

52

RESPONDEN

UJIAN PRA (%)

UJIAN POS (%)

PENINGKATAN (%)

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 PURATA (%)

0 0 0 0 0 30 0 0 0 20 5

60 60 60 30 60 60 60 20 30 30 46

60 60 60 30 60 30 50 20 30 10 41

Graf Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pasca 100 90 80 70 60 Peratus (%) 50 40 30 20 10 0 M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 Responden Jadual di atas menunjukkan perbandingan peratus markah. Peratus markah untuk ujian pra adalah 5% manakala ujian pos adalah 46%. Ini menunjukkan peningkatan peratus markah sebanyak 41%.Berdasarkan graf, setiap murid menunjukkan peningkatan serendah 10% sehinggalah peningkatan sebanyak 60%. Justeru itu, keberkesanan penggunaan Kaedah Mendarab Grafik dapat meningkatkan prestasi murid tahun 4 dalam mengatasi masalah pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit.

Ujian Pra Ujian Pasca

Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji menjalankan analisis borang soal selidik untuk menilai minat murid terhadap Kaedah Mendarab Grafik dalam mengatasi masalah pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Berikut adalah analisis soal selidik bagi item 4 hingga item 7 bagi menjawab persoalan kajian.

Muka Surat

53

iii.

Apakah Pandangan Murid Terhadap Penggunaan Kaedah Mendarab Grafik Dalam Mengatasi Masalah Pendaraban?

Bil 4 5 6 7

Item Kaedah Mendarab Grafik membantu saya menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Saya lebih seronok belajar pendaraban menggunakan kaedah ini. Saya dapat mengurangkan kesilapan pendaraban semasa menggunakan kaedah ini. Saya rasa pembelajaran Kaedah Mendarab Grafik lebih menarik daripada menggunakan kaedah Penyelesaian Bentuk Lazim.

Tidak Setuju Setuju(%) (%) 0 0 30 100 100 70

20

80

PERBINCANGAN DAN CADANGAN PERBINCANGAN iii. Kaedah Mendarab Grafik Dapat Mengurangkan Kesilapan Murid Semasa Menyelesaikan Soalan Pendaraban Nombor Dua Digit Dengan Nombor Dua Digit.

Menurut Ng See Ngean (1991,) menyatakan bahawa pelajar kerapkali membuat kesilapan dalam aritmetik. Sehubungan dengan itu, pengkaji menyedari punca kesilapan dan kesalahan berlaku dan membantu responden dengan memperkenalkan Kaedah Mendarab Grafik supaya responden dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama. Setelah responden menggunakan kaedah ini, berlaku pengurangan dan penurunan kesilapan yang dilakukan. Terdapat 41 pengurangan kesilapan yang dilakukan semasa ujian pasca iaitu sebanyak 43% penurunan kesilapan daripada jumlah kesilapan yang dilakukan responden semasa ujian pra. Berikut merupakan kekerapan kesilapan yang dilakukan semasa ujian pra dan ujian pasca. Jadual Kesilapan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Responden M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 Jumlah

Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Responden Ujian Pra Ujian Pasca 10 4 10 4 10 4 10 7 10 4 7 4 10 5 10 8 10 7 8 7 95 54

ii.

Kaedah Mendarab Grafik Membantu Meningkatkan Tahap Penguasaan Murid Dalam Pendaraban Nombor Dua Digit Dengan Nombor Dua Digit. Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca, didapati berlakunya peningkatan markah peratusan sebanyak 41% pada ujian pasca. Ini menunjukkan peningkatan yang signifikan setelah responden diperkenalkan dengan Kaedah Mendarab Grafik. Menurut De Corte, Verschaffel, & De Win (1985) yang menyatakan gambaran, imej, visual dan visual yang wujud dalam bentuk gambar , gambar rajah, lakaran dan jadual boleh membantu individu dalam usaha memahami masalah matematik yang bakal diselesaikan. Ini membuktikan Kaedah Mendarab Grafik yang melibatkan visual dan grafik banyak membantu responden dalam memahami dan menguasai

Muka Surat

54

masalah pendaraban. Ini sejajar dengan pendapat penyelidik seperti Nemirovsky & Noble (1997) yang menyatakan visual dan grafik merupakan satu teknik berguna dalam menyelesaikan masalah matematik dan menyokong pandangan bahawa visual dan grafik berguna dalam proses penyelesaian masalah matematik. Kaedah Mendarab Grafik ini juga membantu responden menyelesaikan masalah pendaraban dengan masa yang lebih pantas dan menghasilkan jawapan yang tepat. iii. Kaedah Mendarab Grafik Telah Menarik Minat Murid Dalam Mengatasi Masalah Pendaraban. Berlaku perubahan pelbagai aspek seperti tingkahlaku dan sahsiah murid. Selepas diperkenalkan dengan kaedah mendarab grafik, murid telah menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti lebih fokus dan bersemangat semasa menjalani sesi rawatan. Responden juga menunjukkan minat dalam mempelajari kaedah yang diperkenalkan kerana Kaedah Mendarab Grafik ini memerlukan kemahiran melukis dengan betul dan menguasai proses penambahan dengan baik. Namun begitu, semasa menggunakan Kaedah Bentuk Lazim, murid menunjukkan rasa tidak minat dan rasa bosan terhadap pembelajaran matematik. Ini berpunca responden tidak menguasai dan tidak menghafal fakta asas darab atau sifir. Penyataan ini disokong oleh Mook Soon Sang (1993), juga mendapati masalah yang dihadapi murid dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan tepat. Hasilnya, pengenalan Kaedah Mendarab Grafik kepada responden telah berjaya mengatasi masalah kekeliruan nilai tempat digit dan kesukaran mendarab telah menunjukkan hasil positif apabila membantu merasa yakin semasa menyelesaikan soalan pendaraban. CADANGAN Secara ringkasnya, pengkaji mencadangkan agar kajian mengenai Kaedah Mendarab Grafik diperluaskan memandangkan soroton literatur yang amat terhad dan sukar diperolehi terutamanya di malaysia. Oleh yang demikian, pengkaji yang akan datang boleh menggunakan bilangan sampel yang berbeza dari kawasan sekolah yang berbeza untuk melihat keberkesanan Kaedah Mendarab Grafik pada sampel yang berlainan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan nilai data yang sah serta boleh dipercayai. Pengkaji mencadangkan agar pengkaji yang akan datang dapat menambahkan masa rawatan yang lebih kerap bagi meningkatkan kefahaman dan keberkesanan kaedah yang lebih jelas. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap Kaedah Mendarab Grafik secara lebih mendalam selain itu, pengkaji mencadangkan agar pengkaji pada masa akan datang menumpukan setiap responden dalam kemahiran melukis serta proses menambah dalam mencari jawapan setiap soalan. Ini kerana, responden kerap melakukan kesilapan ini dalam proses pengiraan semasa menggunakan kaedah ini. Pengkaji hendaklah sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan murid dapat dipertingkatkan. Tambahan juga, responden perlu diberikan latihtubi untuk membantu mereka mengingat dengan baik. Pengkaji juga mencadangkan agar pengkaji akan datang merangka soalan mengikut tahap kesukaran yang sesuai berdasarkan tahap kepandaian responden yang dipilih. Ini bertujuan mengelakkan soalan yang dibina menjadi terlalu mudah atau terlalu sukar kepada responden semasa menjalankan kajian tindakan.

SENARAI RUJUKAN Atan Long (1991). Pelbagai Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dana dan Yendol-Hoppey (2008). Action Research: the Reflective Educators Guide to Professional Development. Corwin Press De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional De Corte, E., Verschaffel, L. & De Win, L. (1985). Influence of rewording verbal problems on childrens problem representations and solutions. Journal of Educational Psychology, 77, 460-470. Esther J. S.(1973). Teaching Mathematics to Children. New York. Macmillan Co.

Muka Surat

55

Fatimah Saleh (1999). Visualisasi sebagai satu teknik pengajaran matematik. Journal of the Association for Science and Mathematics Education, Penang (ASMEP), Volume 7, 1999, 3642. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press Mok Soon Sang (1993). Penyuburan dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Nemirovsky, R. & Noble, T. (1997). On Mathematical Visualization and The Place Where We Live. Educational Studies in Mathematics, 33, pg99-131. Ng See Ngean (1991). Pembelajaran penyelesaian masalah matematik. Berita Matematik. Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR Dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Moses, B. (1982). Visualization: A Different Approach to Problem Solving. School Science and Mathematics, 82, 141-147. Retrieved March 2011 from http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/samsudinSMKBarukk.pdf Wheatley, G. H. & Reynolds, A. M. (1999). Image Maker: Developing Spatial Sense. Teaching Children Mathmematic. Retrieved March 2011 from http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/samsudinSMKBarukk.pdf

Muka Surat

56

Anda mungkin juga menyukai