Anda di halaman 1dari 1

3.

REFLEKSI Pada tugasan kali ini, saya telah menerima satu tugasan di mana kami

diminta untuk menjalankan satu demonstrasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan berat dan ringan. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan kurang memahami tugasan yang diberikan. Namun, setelah diberikan penerangan oleh pensyarah dengan lebih terperinci, kami dapat memahaminya dengan baik. Melalui soalan yang diberikan, kami diminta merancang pergerakanpergerakan asas yang sesuai dengan menggunakan alatan yang dipilih. Atas bimbingan dan bantuan pensyarah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Bagi menjadi seorang guru yang berkebolehan, memahirkan diri dalam pergerakan adalah perlu. Kanak-kanak di sekolah kelak akan memerlukan bimbingan guru untuk melakukan pergerakan yang betul. Jadi amat penting bagi guru untuk mahir dalam bidang ini. Tugasan ini membolehkan saya untuk belajar dan memahirkan diri dalam pergerakan asas ini. Ini merupakan bekalan kepada saya apabila menjadi seorang guru kelak. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesenstesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru. Tidak dinafikan cabaran seorang guru kelak semakin mencabar. Jadi amat penting bagi saya untuk bersedia lebih awal berfikir secara kreatif dan menjana idea baru supaya kelak tidak ketandusan idea.