Anda di halaman 1dari 2

Kertas cadangan Sebahagian gambar dan video yang ditangkap tidak kelihatan jelas.

Oleh itu, adalah dicadangkan untuk menggunakan kamera yang lebih canggih dan mempunyai megapixes yang lebih tinggi supaya gambar yang ditangkap adalah cukup jelas. Selain itu, kamera juga kekurangan bateri semasa aktivti gotong-royong dijalankan. Justeru, kamera yang berlebihan perlu disediakan supaya tidak mengganggu penangkapan gambar semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, tempoh masa gotong-royong perlu diuruskan dahulu sebelum aktiviti dijalankan dan kami perlu pandai mengurus masa. Kami telah mengambil masa yang terlalu panjang untuk gotong-royong di asrama A. Ini menyebabkan kami tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan gotong-royong di asrama B. Kami hanya membersihkan kawasan halaman asrama B sahaja. Impaknya, pengurusan masa adalah penting bagi sesuatu program kerana ia akan menjejaskan kelancaran program itu dijalankan. Di samping itu, persembahan lakonan yang dijalankan perlu melibatkan pelbagai kaum. Kami mendapati bahawa lakonan tersebut hanya dipersembahkan oleh kaum melayu dan kaum cina sahaja. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk memberi peluang kepada kaum yang lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Kami juga perlu menyediakan lebih banyak penyapu dan mop. Semasa menjalankan aktiviti gotong-royong, kami tidak mempunyai penyapu dan mop yang cukup kerana rumah itu mempunyai banyak ruang tamu atau bilik. Oleh itu, kami perlu menunggu giliran untuk menyapu dan mengemop lantai. Bukan itu sahaja, adalah dinasihatkan agar tidak membakar sampah. Sampah sarap sebenarnya perlu dikumpulkan dan dibuang ke dalam beg plastik besar dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah besar yang berada di tepi jalan. Ini adalah untuk menjamin kesihatan kami dan kanak-kanak kerana gas-gas karbon monoksida dan karbon dioksida serta habuk-habuk yang dihidu akan menjejaskan kesihatan kami dan mengakibatkan penyakit sesak nafas dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, program tersebut dijalankan dengan berjaya terutamanya aktiviti permainan kecil kerana melibatkan semua anak yatim dan guru-guru pelatih. Kami berasa seronok semasa permainan ini dilangsungkan. Permainan kecil ini juga telah meningkatkan keyakinan guru pelatih dan anak-anak yatim. Secara

kesimpulannya, program kemasyarakatan ini dijalankan dengan lancar tanpa masalah yang terlalu besar.

Anda mungkin juga menyukai