Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE SK PONTIAN BESAR Teks Ucapan Juruacara: Bil Perkara Upacara 1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha Encik Buhari bin Japri, Guru Besar SK Pontian Besar. 2 Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang Berusaha, Encik Buhari bin Japri, Guru Besar SK Pontian Besar. Yang Berusaha, Encik Zulkifli bin Tasrip, Yang Dipertua PIBG SK Pontian Besar. Yang Berbahagia, Encik Mohd Arip bin Yakob, Ketua Kampung Encik Osman bin Abu Bakar, Penghulu orang Asli, Yang Berusaha, Encik Ahmadun bin Sallim, Penolong Kanan Pentadbiran, , Puan Zarina binti Sidik , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Aznida binti Mohd Said , Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, dif dif kehormat, ahli jawatankuasa PIBG, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid SKPB yang dikasihi sekalian. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN PONTIAN BESAR, 2011. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 4. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan SKPB ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan. Upacara Perarakan Pembawa Bendera Kejohanan dan Rumah Sukan 3 Hadirin yang dihormati, Tema kejohanan pada kali ini ialah SKPB Gemilang Pada Kejohanan ini juga, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam Pertandingan Hiasan Khemah dan Kawad Lintas Hormat. Turut dipertandingkan ialah keseragaman Gerak Irama Berpasukan selain Trofi Anggun Puteri untuk Pembawa plakad kontingen rumah sukan yang paling anggun serta menawan hati para juri. Sekarang Upacara Pembukaan Rasmi Kejohanan akan dimulakan dengan perarakan kontingen-kontingen Rumah Sukan. Dengan sukacitanya dipersilakan Encik Buhari bin Japri, Guru Besar SKPB dengan diiringi oleh Encik Ahmadun bin Sallim, Guru Kanan Pentadbiran untuk menerima Tabik Hormat. Dipersilakan. 1. Mendahului perarakan ialah Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang membawa

bendera Kejohanan. Pasukan ini bergerak dengan motto Membara semangat waja. Kontingen ini diketuai oleh adik Nuruddin bin Omar yang juga merupakan Ketua Pengawas Sekolah. Layar Putih yang mendasari Bendera Kejohanan bermaksud ketulusan dan keikhlasan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, samada sebagai guru atau pelajar dalam meningkatkan mutu sukan kearah SKPB cemerlang. Gelung Bertindih bermaksud kesepaduan dan kerjasama antara 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Setia, Yakin, Bakti dan Murni. Mereka bertanding dengan penuh semangat kesukanan bagi merealisasikan SKPB cemerlang di bidang sukan. Gelung juga melambangkan aktiviti sukan dan olahraga yang menjadi teras kecergasan individu. 2. Kontingen berikutnya ialah Persatuan Puteri Islam Malaysia yang membawa bendera Sekolah. Kontigen ini diketuai oleh adik Nurul Masitah Kamaliah binti Zaihan. Motto Pergerakan Puteri Islam ialah Berilmu, Beriman dan Beramal. 3. Tampil Merah Garang ialah kontingen Rumah Panglima yang diketuai _______________________ dan pembawa plakad, ______________________. Maskot rumah iaitu orkid merah melambangkan murid bersemangat waja. Dengan motto pasukan iaitu Unleash your Confidence, kita percaya Rumah Panglima dengan Ketua Guru Rumah iaitu Puan Junidah binti Sukiman mampu membuat kejutan. 4. Kontingen serba hijau, ialah Rumah ______________ diketuai _____________________ dan pembawa plakad ____________________________. Maskot Rumah Murni ialah Anggerik Hijau yang melambangkan kesatuan dan keharmonian ahli-ahlinya. Dengan motto, Against All Odds , kita percaya Ketua Guru Rumah _____________ iaitu, Encik Ibrahim bin Abd Rahman telahpun menurunkan segala petua dan azimat untuk pasukan ini mengejar juara. 5. Menyusul seterusnya ialah Pasukan Rumah kuning yang juga dikenali sebagai Rumah___________________ diketuai ________________________ dan pembawa plakad, ________________________. Maskot orkid coklat berbintik kuning pastinya melambangkan keunikan dan kecintaan rumah ini kepada sekolah. Pada tahun ini, Rumah ________________mendapat sentuhan Guru Rumah Puan Aini Yusnita binti Mohd Yusoff. Mereka telah memilih motto Fighting the fear sebagai penguat semangat untuk mengejar juara. 6. Tampil setia dengan warna biru diraja ialah Kontingen Rumah Laksamanadi bawah pimpinan Puan Norol Nisa binti Poniran. Ketua Kontingen ialah ___________________________ manakala pembawa plakad, ________________________. Maskot pasukan ini ialah Orkid Biru yang diharap dapat membawa tuah berpanjangan selain memberi ketenangan dan kedamaian. Dengan moto pasukan Spread your Spirit marilah kita sama-sama mendoakan agar pasukan ini tidak akan dilanda kecewa.

Bacaan Doa Hadirin yang dihormati. Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Ibrahim bin Abd Rahman untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Nyanyian Negaraku Seterusnya, Nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri. Ucapan Guru Besar Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Guru Besar SK Pontian Besar, Encik Buhari bin Japri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

6 7

10

Majlis merakamkan ribuan terima kasih Lafaz Ikrar Upacara seterusnya, Lafaz Ikrar Kejohanan. Dengan sukacitanya dipersilakan adik Lutfil Hadi bin Jamal untuk mengetuai bacaan ikrar. PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG TAHUNAN KE 4 ( Jam menunjukkan tepat pukul 8.45 pagi) Beberapa detik sahaja lagi, Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan kali ke 4 akan dirasmikan. (GURU BESAR MERASMIKAN KEJOHAN dengan meniup wisel sebanyak 3 kali). (GIMIK PERASMIAN) Persembahan GERAK IRAMA Dengan berkibarnya Bendera Kejohanan, maka rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan kali ke 4. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Encik Buhari bin Japri kerana menyempurnakan upacara perasmian itu tadi (VIP duduk dulu) Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ahmadun bin Sallim untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Guru Besar, selaku Perasmi kali ini. Sirih puan terselit di jari, Ingin kucecah kapur di gagang; Kesudian Tuan hadir kemari, Temasya yang indah tambah gemilang. Majlis merakamkan ribuan terima kasih

11

12

Perarakan Keluar Kontingen Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara) 1. 2. 3. Upacara Penyampaian hadiah Dengan berakhirnya acara pertandingan larian para ibu bapa itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini. Diminta para pelajar mengambil kedudukan di rumah sukan masing-masing. Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada Para pemenang. Untuk makluman semua, piala-piala pusingan kali ini merupakan sumbangan guru-guru dermawan sekolah ini . Majlis dengan sukacitanya menjemput .. untuk menyampaikan hadiah. 2. Seterusnya dijemput

15 17

18

TEMPAT KETIGA/KEDUA/JOHAN RUMAH SUKAN Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 4. (anggota kadet menurunkan bendera dan tampil ke pentas untuk penyerahan bendera) Seterusnya majlis menjemput Tuan Guru Besar, Encik Buhari bin Japri untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh Adik Nuruddin bin Omar. Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar dan adik Nuruddin.

19

Nyanyian Lagu Sekolah Sekarang ayuh seluruh warga SKPB menyanyikan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Sebelum bersurai. Penutup Akhir kata dari kami mewakili seluruh warga SKPB, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan SK Pontian Besar demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP..HOORAY 3X SKPB CEMERLANG .. SKPB GEMILANG .. SKPB TERBILANG Wabillahitaufik wslmk wrt

20

Anda mungkin juga menyukai