Anda di halaman 1dari 11

FUNGSI BAHASA

BAHASA ILMU BAHASA PENGANTAR BAHASA PERPADUAN

BAHASA ILMU
Apakah yang dimaksudkan dengan Bahasa Ilmu? Bahasa Ilmu merupakan bahasa yang mampu menjadi pengantara bagi menyampaikan ilmu sehingga ke peringkat tinggi.

Bahasa Melayu telah direncanakan untuk menjadi bahasa ilmu dalam pelbagai bidang sebagai contoh bidang sains,teknologi dan pendidikan. Untuk menjadi Bahasa Ilmu, Bahasa Melayu seharusnya memiliki pembendaharaan kata yang luas serta lengkap dengan laras-laras bahasa yang sesuai.

Untuk mencapai taraf sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri yang penting iaitu;

KEINTELEKTUAL BAHASA KESEMPURNAAN BAHASA

KEINTELEKTUAL BAHASA
Keintelektual Bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur bahasa

KESEMPURNAAN BAHASA
Kesempurnaan Bahasa dapat dicapai melalui kestabilan,kelenturan,keberkesanan dan keindahan Bahasa Melayu ini.

Bahasa Melayu mempunyai peranan penting iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala aspek. Sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu, Bahasa Melayu seharusnya mampu menjadi pengantar dalam bidang keilmuan moden. Sebagai contoh dalam bidang Sains dan Teknologi.

Melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa yang semakin meluas, Bahasa Melayu pada hari ini boleh memperkatakan tentang bidang yang berbeza dengan apa yang mampu dilakukan oleh Bahasa Melayu masa dahulu.
Sistem Tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa. Segala aspek ini haruslah selaras agar maksud yang ingin disampaikan diterima oleh pendengar dengan tepat. Sehubungan itu, Bahasa Baku telah

BAHASA PENGANTAR
Menurut kamus dewan edisi keempat bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran di sekolah atau dalam perundingan mesyuarat dan sebagainya. Dalam Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah dan di semua insititut pengajian tinggi awam ( IPTA ).

BAHASA PERPADUAN
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan bahasa. Oleh itu, negara kita memerlukan satu bahasa bagi memudahkan kesemua kaum itu berkomunikasi antara satu sama lain.

Bahasa tersebut mestilah satu bahasa yang diketahui dan difahami semua masyarakat.

Menerusi bahasa yang satu itu juga, perpaduan masyarakat dapat dibina dengan mudahnya. Untuk mencapai taraf bahasa perpaduan, bahasa Melayu perlu menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.

Pemimpin-pemimpin politik pula perlu memainkan peranan yang sewajarnya agar bahasa Melayu terus berfungsi dan mencapai keseimbangan rasional yang diinginkan.

Anda mungkin juga menyukai