Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH DEMONSTRASI Demonstrasi adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru membuat

tunjuk cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid.Demonstrasi juga dapat melatih pelajar

memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah langkah yang penting

CIRI CIRI PENTING DOMENSTRASI 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah 3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen 4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti 5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

PRINSIP-PRINSIP DEMONSTRASI Sebelum demonstrasi 1. Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. 2. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. 3. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas.

4. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. 5. Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan.

Semasa demonstrasi 1. Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. 2. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. 3. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. 4. Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. 5. Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang caracara melaksanakannya.

Selepas demonstrasi 1. Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul.

2. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. 3. Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi didalam buku nota.

JENIS-JENIS DOMENSTRASI

Model hidup Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.

Model simbolik Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru. Model persepsi Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.

Anda mungkin juga menyukai