Anda di halaman 1dari 17

PERKEMBANGAN KENDIRI

PERSONALITI

Definisi
Bermaksud tingkah laku pemikiran, perasaan, penggerak, khayalan, sifat mempertahankan diri dan tanggapan seseorang individu terhadap diri sendiri. Maddi (1980) personaliti berkaitan dengan pemikiran, mental emosi dan tingkah laku seseorang.

KONSEP PERSONALITI
Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti.
Kemampuan Meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat. Personaliti Meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan ,persona yang bermaksud topeng. Lebih dikaitkan sebagai watak yang ingin menonjolkan sifat baiknya di luaran dan menyembunyikan keburukkannya melalui topeng.

Alder (1948)

Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu


Menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam sekitar Personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia dan diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik pemiliknya. Merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan keupayaan, motof, sikap, pendapat , kepercayaan, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Gordon Allport (1961)

Mischel (1981)

Crow dan Crow (1983)

Gage dan Berliner (1984)

Klasifikasi Personaliti dan Ciricirinya


Kontinum

Introvert

Ekstrovert

Ambivert

Introvert
Orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak mendengar pertuturan orang lain sahaja. Umumnya mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

Ekstrovert
Lebih menyukai dunia luar daripada dunia dalam. Mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang lain, sering mengambil inisiatif sendiri. Sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

Intovert + Ekstrovert = Ambivert


Biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar , berfikir sebelum memberi pendapat. Ahli-ahli psikologi, proses pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.

Faktor mempengaruhi personaliti


Baka

Personaliti
Persekitaran

Baka
Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk badan,berat badan, kecerdasan dan emosi anaknya. Pola jenetik yang wujud pada masa pensenyawaan mempengaruhi tingkah laku individu. Sheldon (1985) ciri personaliti seseorang adalah berkait rapat dengan bentuk tubuhnya.

Sheldon (1985)
Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti

Endomorf

Bulat dan lembut

Trait viscerotonia : Suka bergaul, cepat mesra, mengendur

Mesomorf

Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor


Kurus dn tinggi

Trait Somatotonia : Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran


Trait Cerebrotonia : Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

Ektomorf

Keadaan fizikal khasnya penyakit seperti cacat pendengan atau cacat penglihatan yang diwarisi mempengaruhi pengkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak yang cacat penglihatan atau pendengaran semungkinan besar mempunyai pesonaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Kecerdasan tinggi yang diwarisi daripada ibu bapa biasanya mempunyai personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berperwatakan bijaksana dan berkeberanian tetapi mempunyai sifat angkuh.

Emosi yang diwarisi juga mempengaruhi personaliti. Emosi yang negatif akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Persekitaran
Merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Keluarga pembentukan dan perkembangan personaliti individu bermula daripada keluarga. Keadaan rumah yang harmonis akan melahirkan personaliti yang positif. Manakala sebaliknya akan berlaku pada individu yang lahir dalam keadaan keluarga yang kucar-kacir.

Sekolah- mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
Guru memainkan peranan yang penting. Mereka akan menjadi role model kepada murid untuk membentuk pesonaliti mereka yang positif. Iklim sekolah yang kondusif serta berpeluang melibatkan murud secara aktif dalam aktiviti kokurikulum akan mempengaruhi personaliti yang positif.

Nilai-nilai dan budaya masyarakatpengaruhnya bergantung kepada pengalamanpengalaman yang dialamai oleh individu sendiri.

Menurut Freud (1933) , pengalaman yang pahit dan sedih akan boleh menggalakkan pembentukkan personaliti yang menonjolkan sifat menarik diri, pemalu, penakut, atau sakit jiwa.

Anda mungkin juga menyukai