Anda di halaman 1dari 20

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

7 4 10

baik sangka bahasa dalam durian runtuh

2 6

anak angkat bekas tangan


9

angkat kaki nyawa

alas perut

8 cabut 5

mencari jalan

beri muka

1. Pagi tadi Ah Meng .............................. sebelum pergi Taiping.

2. ........................ Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ......................................

4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................

5. Orang tua selalu .......................... dengan semua orang.

6. Inilah manuskrip .......................... pengarang yang terkenal itu.

7. Ayahnya terlalu ........................... kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.

8. Perompak itu hendak ....................... mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.

9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................

Latihan Tatabahasa 1 Set A


1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras. a.mencurahi. b.dicurahkan. c.mencurahkan. d.dicurahi.

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah. a.mengajar b.mengajarkan c.ajarkan d.diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi. a.ditanak. b.dikukus. c.direbus d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja. a.mengandas. b.menjinjing. c.menatang. d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkankenderaannya di kawasan tunda itu. a.Biarpun, begitu juga. d.Sungguhpun, maka. b.Mestipun, kecuari. c.Walaupun, namum

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan. a.lalu, Biarpun. b.dan, Manakah. c.apabila, Sementara d.maka, Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya. a.biji, buah b.berkas, butir c.tangkai, biji. d.ulas, ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.

a.biji

b.kelompok

c.buah

d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api. a.batang b.papan c.berkas d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah. a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu

11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan. a.lelapi b.lelabah c.Kekabu d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu. a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis. a.Kaki botol b.Kaki judi c.Kaki bola d.Kaki sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini. a.otak kancil b.otak udang c.otak cair d.otak beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub. a.tangkai jering b.hancur hati c.pedih hati d.hidung tiaggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. a.tewas b.prihatin c.kecewa d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.

a.meminta

b.diminta

c.permintaan

d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia. a.terpelihara,terkorban b.terkawal,tenat c.terjaga,menemui ajal. d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu. a.lalu b.biasa c.ingin d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya. a.pucuk b.laras c.helai d.keping.

Latihan Tatabahasa 2
1.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing. a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah

2.Mangsa-mangsa kemalangan itu________ rawatan pesakit luar. a.melalui b.memasuki c.menjalani d.mengharungi

3.Seekor ikan paus_______ di pantai Merdeka. a.terbaring b.tertiarap c.terperosok d.terdampar.

4.Ayah sudah_______ bayaran bil elektrik. a.menegaskan b.menjelaskan c.melenyapkan d.mengeluarkan.

5.Ibu menyuapkan________ pulut ke mulut adik. a.seketul b.sepinggan c.sekepal d.sebuku.

6.Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada_________ . a.sebiji b.sebutir c.sebuah d.sepotong

7.Dia berasa_______ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalnya itu. a.buta hati b.tawar hati c.besar hati d.berat hati.

8. Salwa meluahkan________ nya kepada kami sambil menangis. a.patah hati b.isi hati c.khabar anggin d.titik peluh

9.Tan Meng tidak________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ. a.mengambil berat b.mengambil hati c.sampai hati d.sampai hajat

10.Baju itu dibuat_________ sutera. a.dari b.daripada c.dengan d.di

11.Orang kenamaan itu sedang beramah mesra_______ kanak-kanak cacat di majlis itu. a.terhadap b.pada c.dengan d.bagi.

12.Puan Geeta ke dapur_______ menjerang air. a.sambil b.lalu c.dan d.maka.

13.Encik Lim________ ke pejabat dengan basikal. a.mundar-mandir b.lambat-laun c.lalu-lalang d.ulang-alik.

14.Encik Malik sedia berkhidmat________ tenaganya diperlukan. a.walaupun b.sehingga c.selagi d.kerana.

15.''Wah,_________ betul cuaca hari ini!'' kata Rasli. a.bersih b.nyaman c.cerah d.cantik.

16.Air tasik yang_______ itu berkocak apabila dilempari batu. a.hening b.nyaman c.syahdu d.tenang

17.Majlis perasmian itu berjalan dengan_________ . a.laju b.pantas c.lancar d.licin.

18.David sentiasa berfikir_________ sebelum melakukan sesuatu. a.banyak b.panjang c.jauh d.lama.

19.Nenek menatap wajah kami_________ . a.sedikit-sedikit b.lama-lama c.jelas-jelas d.kuat-kuat

20.Perbuatan________ di pusat beli-belah tidak berfaedah. a.membeli-belah b.melihat-lihat c.merayau-rayau d.meninjau-ninjau.

Latihan Tatabahasa 3
1 Hari ini ialah hari jadi adik yang____________. A ketiga B bertiga-tiga C bertiga D ketiga-tiga

2 Pada hari Ahad ramai____________ berniaga di situ. A berniaga B perniagaan C peniaga D meniagakan

3 ______________ deman denggi sangat merbahaya. A Kesakitan B Disakiti C Pesakit C Penyakit

4 ___________ orang budak itu telah pun dijumpai. A Berempat B Keempat-empat C Empat D Keempat

5 Ong Chai telah dilantik sebagai___________ sekolah. A pengawas B mengawasi C pengawasan D diawasi

6 Ayah sedang _________ rumput. A dicabut B mencabut C mencabutkan D tercabut

7 Faridah dan Cindy sedang____________ . A bual B dibualkan C membualkan D berbual

8 Guru itu ___________ murid-murid yang degil. A mendenda B didenda C dendaan D denda

9 Budak-budak itu____________ di tengah padang. A gaduh B digaduhkan C bergaduh D pergaduhan

10 Puan Lim sedang__________ di tengah padang. A ditunggu B tunggu C penunggu D menunggu

11 Budak itu berlari__________ membawa bola. A sambil B kerana C jika D sebab

12 Adik menangis____________ terkejut. A jikalau B atau C kerana D dan

13 Peng Chai mengambil begnya___________ pergi dari situ. A semenjak b lalu C selepas D tetapi

14 Ayah akan pergi ke Melaka pada hari ini____________pun esok. A dan b kerana C semenjak D atau

15 Chee Keong hendak mengangkat beg itu____________ tidak terdaya. A kerana B jika C sebab D tetapi

16 Buku itu sanggat__________. A tinggi B tebal C kuat D gemuk

17 Dia menjerit dengan____________ apabila terkejut. A kuat B pantas C laju D kenjang

18 Rumah________ itu telah runtuh. A cantik B baru C buruk D busuk

19 Jimmy menjawab soalan gurunya dengan___________-. A lama B besar C cantik D cepat

20 Buah durian sangat__________ rasanya. A busuk B indah C lazat D cantik

Latihan Tatabahasa 4
1.Saya akan______menyiapkan tugasan itu. a.mencuba b.mencubai c.mencubakan d.percubaan

2.Rahim________beberapa helai kertas nipis untuk membuat lelayang itu. a.gunakan b.menggunai c.menggunakan d.penggunaan

3.Wanita itu______anak puan Esah yang berusia setahun itu. a.mengendong b.menjinjing c.mengandar d.membimbit

4.Ibu_____daging yang baru dibelinya halus-halus. a.menetak b.mengincir c.mencantas d.mencencang

5.Ayub menulis se______surat dan se_______kartu pos untuk rakannya. a.lembar,buat b.keping,naskhah c.pucuk,keping d.helai,helai

6.Selepas makan se______ikan,kucing itu mencuri se______daging. a.kerat, hiris b.ekor, potong c.cebis, buku d.cubit, ruas.

7.Di atas meja itu terdapat se______rokok dan se_________pemetik api. a.batang,kotak b.buah, bungkus c.kotak, butir d.bungkus, buah

8._______jadinya perdebatan itu lantaran masing-masing tidak dapat mengawal perasaan. a.Debak-debuk b.Liang-liku c.Hina-dina d.Haru-biru

9.Jantungku______kerana terkejut. a.berpontang-panting b.berkusut-masai c.berdegap-degup d.berkumat-kamit.

10._______pengetahuan saya, Mariam sudah berniaga sendiri. a.Dari b.Sejenak c.Sepanjang d.Di

11.Penduduk desa ini hormat________beliau,__________yang kaya________yang miskin. a.dengan,biarpun, ataupun b.akan, baik, mahupun c.kepada, tetapi, kecuali d.terhadap, jangankan, inikan

12.______baru berusia dua tahun_______ dia petah bercakap. a.Biarpun, kecuali b.Sungguhpun, atau. c.Walaupun, namun d.Meskipun, melainpun.

13.Ayam betina memang selalu berketuk_______hendak bertelur. a.bila b.sejak c.semenjak d.apabila

14.Wahid mengumpan bola itu________ rakannya_______ dia mengalami kekejangan otot. a.kepada, sebelum b.pada, jikalau c.terhadap, seketika d.menuju, selepas

15.Dia berasa______ apabila tidak diundang ke masjlis persandingan sahabat lamanya itu. a.kecil hati b.besar hati c.patah hati d.putih hati

16.Perundingan itu telah menemukan______. a.jalan mati b.bawah angin c.atas angin d.jalan buntu.

Soalan 17 dan 18 : cari perkataan seerti bagi perkataan yng bergaris.

17.Budak yang selalu lewat ke sekolah itu dimarahi oleh cikgu Kasim. a.lambat, didenda b.awal, dipuji c.cepat, dihina d.lekas, dirotan.

18.Budi bahasanya yang halus membuatkan kami suka kepadanya. a.kasar, benci b.keras, hina c.besar, enggan d.baik, gemar.

Soalan 19 dan 20 : Pilih Ayat yang betul

19. I Nah, ini pen ambillah! II Jangan membacalah buku ini. III Pak Cik Karim berjumpa dengan Doktor Rajah tadi. IV Rumah Mak Cik Piah terletak di kaki bukit itu.

a.I, II

b.III, IV

c.I, II, IV

d.I, II, III, IV

20.I.Abang Yoke Ling memang gemar menuntun wayang gambar. II. Ayah saya membeli seratus cocok sateh di Gerai Sateh pak Mail. III. Ahmad membayar bil eletrik di pejabat pos pagi semalam. IV.Kereta Proton Wira itu terbabit dalam kemalangan di lebuh raya.

a.IV sahaja

b.I, II

c.III, IV

d.I, II, III, IV.

Latihan Tatabahasa 4
1.Abang saya akan melanjutkan pelajarannya________ Australia_______ akhir bulan ini. a.di, di b.ke, di c.dari, pada d.di, pada

2.Gambar yang tergantung_______ dinding itu dibelinya_________ pelukis itu. a.pada, daripada b.di, dari c.dengan, daripada d.kepada, dari

3.Kami memang gemar_________ hobi mengumpul setem. a.dengan b.akan c.dari d.daripada

4.Bendera yang________ itu bendera negara Afrika selatan. a.berkocak b.berbuai c.berkumandang d.berkibar.

5.Itik yang sedang________ makanan itu besar-besar belaka. a.mematuk b.menyudu c.memagut d.menghisap.

6.Dalam________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini. a.tempo b.tempuh c.tempoh d.tempah.

7.Para pengundi_______ ke pusat pengundian di sekolah itu. a.berebut-rebut b.berdedai-dedai c.berduyun-duyun d.berlelai-lelai

8.Isikan________ ini ke dalam sarung bantai yang baru dijahitkan oleh ibu. a.kekacang b.kekabu c.kekisi d. bebola.

9.Kapal yang_______ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan Syarikat Azeem. a.bolak-bolak b.turun-naik c.lalu-lalang d.mundar-mandir.

10.Masukkan beberapa_________ bawang ke dalam sambal kicap itu. a.iris b.ketul c.biji d.buah.

11.Harga tiga________ petai itu ialah RM3.00. a.papan b.buah c.gelung d.gelang.

12.________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah. a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu.

13.Dia membaling anjing itu dengan se_________ kayu api. a.batang b.papan c.berkas d.laras.

14.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan. a.lelabi b.lelabah c.kekabu d.tetupai.

15.Tudung saji digunakan untuk menutup________ itu. a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk.

16.Keadaan malam itu sangat________ dan tidak berbintang di langit. a.cerah b.gelap c.bahaya d.suram.

17.Kita tidak boleh memandang_______ kepada orang lain walaupun mereka miskin. a.serong b.jijik c.sombong d.hina.

18.Pelajar lelaki universiti dipanggil________. a.mahasiswi b.mahasiswa c.mahaguru d.mahaputera.

19.Dalam filem, pelakon wanita dipanggil__________. a.seniman b.biduan c.biduanita d.seniwati.

20.Bapa Tong Fong memelihara beberapa_________ anjing untuk mengawal rumahnya. a.buah b.biji c.ekor d.bilah.

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kayu rengas ialah sejenis kayu yang keras dan sederhana berat. Dari segi nama botani, rengas ada banyak spesies. Perkataan rengas merujuk kepada pokok-pokok lain yang mengandungi getah beracun. Pokok rengas mempunyai taburan yang banyak di dalam hutan tetapi kayu balak rengas tidak banyak terdapat di dalam hutan. Hal ini kerana banyak pokok kecil telah dicantas oleh manusia yang ingin memusnahkan pokok beracun ini. Kayu rengas adalah antara yang terkenal sekali sebagai kayu balak yang beracun di Asia Tenggara. Getah rengas yang terkena pada kulit boleh mengakibatkan lecur yang sangat teruk. Manakala asap yang terhasil daripada pembakaran mana-mana bahagian pokok ini juga boleh mengakibatkan melecur yang teruk dan masalah pernafasan yang serius. Selain itu, orang yang berteduh di bawah pokok rengas semasa hujan lebat juga mungkin akan menghadapi masalah kulit. Getah rengas mengandungi asid dan mungkin juga beberapa sebatian kimia yang lain. Sekiranya getah ini terkena pada salah satu anggota tubuh, getah ini akan menyebabkan masalah pada kulit, sistem pernafasan, dan bahagian tisu badan yang lain. Racun pokok rengas boleh memberi kesan yang buruk kepada hampir setiap orang yang terdedah kepadanya. Walaupun pokok rengas ialah sejenis pokok yang beracun, namun pokok ini juga digelar pokok multiguna. Kayu rengas sangat cantik dan berwarna merah berjalur-jalur. Kayu ini juga digunakan untuk membuat perabot yang berkualiti tinggi. Selain itu, kayu rengas juga sesuai untuk tujuan kegunaan kasar dan tahan lasak seperti membuat tiang rumah, jambatan, perahu, dan lain-lain. Getah rengas yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat arnish dan laker. Biji rengas yang dipanggang juga sedap dimakan manakala daun pokok rengas yang muda dibuat ulam. Pendek kata, pokok rengas mempunyai pelbagai kegunaannya.

1.Mengapakah banyak pokok kecil rengas telah dicantas? A.Kerana ingin memusnahkan pokok yang beracun ini. B.Kerana pokok ini tumbuh meliar. C.Kerana pokok ini sangat berbahaya D.Kerana pokok ini tiada kegunaannya

2. Apakah akibatnya jika terkena getah rengas pada kulit? A. Kulit akan menjadi lebih keras B. Kulit akan melecur dengan teruk C. Kulit tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari D. Kulit akan mengelupas

3. Pernyataan berikut adalah benar berdasarkan petikan, kecuali A. kayu rengas sangat cantik dan berwarna merah berjalur-jalur. B. kayu rengas juga boleh dibuat perabot yang berkualiti tinggi. C. pokok rengas mempunyai dua kegunaan sahaja. D. getah rengas yang dikumpul boleh dibuat arnish dan laker .

4. Apakah kegunaan getah rengas yang dikumpul? A. Untuk membuat tiang rumah dan jambatan B. Untuk membuat varnis dan laker C. Untuk membuat varnis dan landai kereta api D. Untuk membuat perahu dan laker

5. Perkataan multiguna dalam petikan bermaksud A. pelbagai guna B. diguna ramai C. pelbagai jenis D. pelbagai cara

Soalan 6 hingga Soalan 10.

Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Abang: Wah, lekanya kamu membaca! Ada apa-apa berita yang menarik? Johari: Sebenarnya saya sedang membaca berita tentang kejohanan golf yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya berasa bangga kerana Malaysia dipilih sebagai penganjur kejohanan golf yang bertaraf antarabangsa. Abang: Jika Johari ingin tahu, dahulu golf merupakan sukan untuk golongan atasan saja.Kini golf menjadi permainan kegemaran semua lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, tidak menghairankan mengapa banyak padang golf dibina di negara kita sekarang. Johari: Setahu saya, padang golf dibina di kawasan tadahan hujan, kawasan bukit, dan kawasan yang berhampiran dengan empangan. Sebagai akibatnya, berlakulah hakisan tanah dan pencemaran alam. Kesan yang paling buruk ialah tanah ini akan terhakis dan dihanyutkan ke kawasan takungan air atau laut. Hal ini akan menyebabkan hidupan laut dan terumbu karang mati. Abang: Betul tu, Johari. Kawasan hutan ini akan dibersihkan untuk membina padang golf. Selain itu, baja kimia dan racun rumput turut digunakan untuk mengelakkan rumput tumbuh. Johari: Jadi, apakah langkah yang patut dilakukan oleh pihak pemaju padang golf untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah? Abang: Pada pendapat abang, langkah yang patut dilakukan ialah pembinaan golf itu mestilah bersifat mesra alam. Johari: Mesra alam? Maksud abang? Abang: Mesra alam ialah mengekalkan bentuk muka bumi. Contohnya, di kawasan padang golf itu hendaklah ditanami pokok supaya hakisan tanah dapat dielakkan.

1.Apakah yang menyebabkan Johari berasa bangga? A.dia dapat bermain golf dengan abangnya. B.Malaysia dipilih sebagai penganjur kejohanan golf. C.Kejohanan golf akan berlangsung tidak lama lagi. D.Banyak padang golf dibina di Malaysia.

7. Perbezaan antara sukan golf dahulu dengan sukan golf sekarang ialah .. A. Permainan ini tidak hanya terhad kepada golongan tertentu saja. B. Permainan golf dimainkan di atas padang yang cantik.

C. Permainan golf kian mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia. D. Permainan golf tidak memerlukan belanja yang besar.

8.Yang berikut ialah kawasan-kawasan yang dibersihkan untuk membina padang golf, kecuali .. A. Kawasan tadahan hujan B. Kawasan takungan air. C. Kawasan yang berhampiran dengan empangan. D. Kawasan bukit

9.Yang manakah bukan kesan pembinaan padang golf? A.pokok-pokok ditebang dan kawasan hutan dibersihkan B.tanah di kawasan bukit akan terhakis lalu dihanyutkan ke laut C.hidupan laut dan terumbu karang semakin berkurang D.berlaku pencemaran alam sekitar

10.Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada perbualan antara Johari dengan abangnya? A.Kejohanan golf di negeri ini hendaklah dihadkan. B.Hak pembinaan padang golf perlu diberikan kepada pemaju yang tertentu saja. C.Orang ramai harus mementingkan keindahan alam sekitar daripada kepuasan diri sendiri. D.Pembinaan padang golf hendaklah mengutamakan keseimbangan alam.