Anda di halaman 1dari 2

Tanggungjawab Pembayar Cukai Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM.

Pembayar cukai bertanggungjawab untuk: a. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut; Jabatan Pemprosesan Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Aras 10-18, Menara C Persiaran MPAJ Jalan Pandan Utama Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur b. c. d. e. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat. Mengira cukai pendapatan. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan. Membayar cukai untuk diri sendiri.

Menyimpan Rekod Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Borang EA/EC, Baucer dividen, Resit premium insurans, Resit pembelian buku, Resit perubatan, Resit derma, Resit premium zakat, Sijil kelahiran anak, Sijil nikah, Dokumen-dokumen sokongan lain. Helaian kerja (jika ada) Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

Melaporkan Pelarian Cukai Sila hubungi kami jika anda mengetahui berlaku aktiviti pelarian cukai a. Bagaimana Membuat Laporan :

i.

Menulis surat kepada : Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bahagian Perisikan, Aras 18, Menara Hasil,

ii.

Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor. e-mel : ruslanothman@hasil.gov.my (Aduan Pelarian Cukai) Telefon : 03-8313 8888 (samb: 20602) 03-8313 8810 (talian terus) Fax : 03-8313 7810 Hadir sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang tertera di atas.

iii.

iv. v.

Anda mungkin juga menyukai