Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.

Dari segi syara, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawli. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fili dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbi. Solat adalah kewajipan atas setiap orang Islam yang baligh dan meliputi segala aspek kejadian manusia seperti rohani, akal dan jasmani. Dengan bersolat memberi kita kesempatan untuk mengingati Allah dengan merendahkan diri, memohon hajat dan memanjatkan doa sebagai tanda kita hanya hamba yang kerdil yang wajib sujud hanya pada Allah yang Esa. Solat juga tiang agama. Ia diibaratkan seperti sebuah rumah yang mempunyai tiang. Apabila runtuh tiang tersebut pasti runtuh jua rumah tersebut. Solat dapat dilakukan secara sendirian dan berjemaah. Solat lima waktu merupakan salah satu ibadah penting yang menjadi rukun kedua daripada lima rukun Islam yang semestinya umat Islam amalkan dalam kehidupan mereka. Sejak kecil lagi kita diajar oleh ibu dan ayah malah guru kita untuk melakukan solat lima waktu dan digalakkan kita untuk solat berjemaah kerana lebih afdhal dan ganjaran pahala 25 darjat. Disamping itu solat berjemaah memberi kita perasaan ukhwah sesama Islam yang akan menambah semangat beribadah dalam suasana yang teratur dibawah pimpinan seorang imam. Solat berjemaah boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua orang dan tidak semestinya dilakukan di masjid, ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja seperti di surau, rumah, padang, pejabat, padang bola, stadium malah di mana-mana sahaja asalkan tempat solat itu bersih dan suci. Satusatu solat itu dikira berjemaah sekiranya terdapat seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Bilangan makmum tidak dihadkan dan tidak terbatas bilangannya. Walaupun solat berjemaah sangat dituntut oleh agama namun sambutannya amat berkurangan di kalangan umat Islam di negara kita akibat kurangnya keimanan dan ilmu di jiwa setiap muslim. Oleh itu wujudnya pelbagai permasalahan yang timbul dalam solat berjemaah seperti solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja dan solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.
1

KONSEP IMAM DAN MAKMUM IMAM Imam dalam Bahasa Arab bermaksud pemimpin. Dalam maksud umum imam adalah individu yang dipilih untuk memimpin para jamaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Maksud lain adalah mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin bagi satu kelompok untuk menunjukkan jalan yang benar. Bagi mendapatkan seorang Imam diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak harus merupakan suatu kewajiban. Imam tetap harus seorang yang bebas (tidak terkongkong dengan pekerjaan lain), adil, jujur dan memiliki pengetahuan dalam agama Islam yang baik. Bagi masjid yang dibangun oleh pemerintah dan diatur olehnya, biasanya pihak badan agama yang diakui oleh pemerintah seperti Jabatan Agama Islam negeri atau negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menjadi Imam. Untuk beberapa negara, orang yang layak menyandang tugas sebagai Imam ialah yang dipilih oleh Raja / Sultan mahu pun menteri yang bertanggungjawab; Sedangkan untuk masjid yang diatur atau dibangun oleh pihak swasta, pemilihan Imam didasarkan kepada nilaian atau pemilihan rasmi penduduk qariah tersebut, atau merujuk pada pemilihan umum khususnya dari kalangan para jemaah. Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam ialah Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir. Kedua, berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat. Ketiga, baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya : "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna". Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:" Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun". (Hadis Riwayat Bukhari). Keempat, lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi imam itu
2

adalah lelaki. Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut. Kelima, bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa. Keenam, baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk atau pun tidak mampu mengadap kiblat. Ketujuh, keadaan yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk. Yang terakhir, imam mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya. Ada beberapa kriteria yang ditetapkan untuk memilih seseorang itu menjadi imam solat berjemaah. Sekiranya seseorang individu yang dapat memenuhi kriteria-kriteria ini adalah layak untuk menjadi imam atau sekurang-kurangnya individu yang dapat memenuhi mana-mana kriteria yang akan disebutkan selepas ini. Syarat utama dalam memilih seseorang itu untuk menjadi imam adalah ia seharusnya lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat. Seseorang yang arif tentang ibadah solah dengan mudah dapat merungkai permasalahan yang timbul apabila satu-satu isu berlaku semasa solat berjemaah. Kriteria yang kedua adalah seseorang itu boleh menghafal banyak surah-surah al-Quran. Selain itu beliau perlulah fasih dan baik bacaan Al-Quran. Bacaan yang fasih amat perlu dalam solat kerana sekiranya bacaannya salah ini akan mengakibatkan maksud bacaan di dalam solah juga berubah terutama sekali bacaan surah Al-Fatihah kerana surah ini adalah salah satu rukun di dalam solat. Antara kriteria lain yang boleh digunakan untuk memilih sesorang itu menjadi imam adalah dengan memilih orang yang paling tua di kalangan jemaah tersebut. Namun di era sekarang, kriteria tersebut tidak menjadi penting. Kriteria seterusnya ialah imam tersebut tidak mengikut gerakan solat orang lain yang bermaksud, dia sebagai imam, makmum yang mengikut bukan dia yang mengikut makmum. Kriteria yang terakhir ialah imam tersebut mestilah lelaki tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh wanita.
3

MAKMUM Makmum merupakan pengikut imam dalam sembahyang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Makmum hendaklah berada di belakang imam. Adalah batal sembahyang makmun itu jika dia berada di hadapan imam. Manakala jika imam dan makmun dalam kedudukan yang sama maka tidaklah batal sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya adalah makruh.

Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan untuk mengajar makmumnya perbuatan sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk menyampaikan takbir imam kepada makmum yang lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah digalakkan untuk meninggikan tempat kedudukannya. Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imam. Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut. Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di kiri atau di belakang imam. Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahu anhuma katanya yang maksudnya : Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasallam berada di sana malam itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah kanannya. Dalam keadaan jemaah yang ramai pula, yang dihadiri oleh orang yang baligh, kanak-kanak lelaki, khunsa dan perempuan, disunatkan lelaki yang baligh itu berada di saf hadapan kemudian diikuti oleh kanak-kanak, khuntsa dan barulah jemaah perempuan di saf yang terakhir. Manakala jika dihadiri oleh ramai jemaah lelaki, seorang kanak-kanak lelaki, seorang khunsa dan seorang perempuan, maka jemaah lelaki berada di saf hadapan bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut kemudian diikuti di belakang mereka khunsa seorang diri dan barulah jemaah
4

perempuan berdiri seorang diri di belakang khunsa. Jika makmum terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki, seorang khunsa dan seorang perempuan, maka kanak-kanak itu berdiri di sebelah kanan imam kemudian diikuti oleh khunsa di belakang kanak-kanak itu dan di belakang khunsa diikuti pula oleh jemaah perempuan.

MASBUQ DAN MUAFIQ Masbuq berlaku apabila seorang mamum yang tidak sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, malahan perhitungan bacaan Al-Fatihah itu tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak berpandukan kepada bacaan mamum itu bahkan mengikut bacaan uruf orang ramai. Mana-mana mamum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang masbuq. Muafiq pula seorang mamum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia sempat berjamaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan uruf orang ramai, tidak berdasarkan kepada bacaan mamum itu dan juga tidak berdasarkan kepada bacaan imam juga. Ia boleh berlaku ke atas seseorang mamum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat. Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya jika tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud awal dan duduk antara dua sujud.

ISTIKHLAF IMAM Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan solat mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu. Jika imam keluar daripada solatnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya. Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada ruang kosong untuk dia undur. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di belakang, dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta. Jika imam keluar daripada jemaah sedangkan makmum telah pun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah penggantiannya selepas itu. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fili (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat bersendirian.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERMASALAHAN TERSEBUT 1. Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja. 2. Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa-masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing. 3. Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat. 4. Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat. 5. Solat fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sibuk dengan urusan-urusan penting, seperti: banyak kerja-kerja sekolah di rumah alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahyang kesukaran mendapat air untuk wudhu seperti dalam perjalanan kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan ada tamu atau keluarga di rumah terlibat dengan sukan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.

KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA INI. Bila kita perhatikan dan amati, umat Islam sekarang sangat menyedihkan. Di sana sini umat Islam hidup dalam kehinaan, samada kehinaan itu berpunca daripada tindakan dan strategi tersusun yang dirancang oleh pihak musuh Islam atau disebabkan oleh budaya hidup umat Islam itu sendiri. Kita lihat di mana-mana sahaja umat Islam hidup berpecah-belah dan jauh daripada rahmat Allah SWT. Ini semua terjadi tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan mereka meninggalkan sunnah Rasulullah SAW pada umumnya dan solat berjemaah khususnya. Dalam konteks solat fardhu berjemaah, mereka bukan sahaja memutuskan atau membengkangbengkokkan saf solat, malah langsung tidak mewujudkan apa-apa saf solat kerana mereka tidak menghadiri solat berjemaah! Ini membawa maksud mereka sekarang sedang berada di dalam perpecahan yang dahsyat dan perselisihan yang berganda-ganda. Untuk keluar daripada kepompong masalah dan penyakit tersebut, formula terbaiknya ialah kita semua umat Islam perlu kembali berlumba-lumba menunaikan solat berjemaah. Kita perlu menghormati sesiapa sahaja yang berjuang mengajak umat Islam kepada solat berjemaah, memberi kerjasama yang padu dan sebaik-baiknya kepada mereka dan sebagainya. Kita ajak mereka bersama-sama menghadap ke arah kiblat, sebagai lambang bersatunya hati kita di atas dasar sebenar iaitu sama-sama mempunyai matlamat yang satu iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Semasa kita solat, bukan hanya dada dan muka sahaja kita hadapkan ke arah kiblat, malah setiap anggota badan kita daripada hujung rambut sampailah hujung kaki, semuanya kita hadapkan ke arah kiblat. Ini bermakna kalau kita benar-benar ingin mengamalkan ajaran Islam yang syumul dalam seluruh kehidupan kita, maka asasnya adalah bermula daripada solat berjemaah. Bila kita mampu beristiqamah dengan solat berjemaah barulah kita mampu kembali kepada al-Quran dan alSunnah di dalam perkara-perkara ekonomi, sosial, politik, ketenteraan dan sebagainya. Bila kita sudah mengamalkan Islam dalam seluruh sistem kehidupan kita, maka di saat itu, barulah kita akan berjaya mencapai matlamat utama iaitu "mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat". Bertitik-tolak dari sinilah maka "hidup di dunia dihormati kawan dan digeruni lawan, hidup di akhirat mendapat Syurga Allah SWT".

CADANGAN UNTUK MENANGANI PERMASALAHAN Solat memberi kekuatan jiwa kepada pelakunya. Ketenteraman setiap kali solat yang khusu' dapat membina hati yang kental dan kukuh dari segala masalah. Sekarang ini dengan persekitaran yang amat menekan, solat adalah jalan keluar yang paling berkesan. Mungkin kerana inilah maka dikatakan meringankan solat itu akan menyempitkan hidup atau tidak berkat hidupnya, kerana walaupun zahirnya mewah dan lega namun jiwa rohaninya tertekan dan kosong. Nasihatkan mereka yang kurang arif tentang permasalahan dalam solat dan berdoalah supaya Allah s.w.t. memberikan hidayah kepada mereka dan semoga solat yang dilakukan ini sebagai permulaan kepada solat yang lengkap. Mereka selalunya tidak boleh ditegur secara kasar kerana akan memberontak dan tidak akan mengerjakan solat lansung. Maka gunakanlah hikmah dalam menasihati mereka. Seperti mengajak mereka berjemaah setiap kali hendak bersolat. Biar bunyinya seperti bergurau tetapi mungkin suatu hari mereka akan mengikut. Cara ini juga dapat mengingatkan mereka akan waktu solat yang kadang-kadang mereka terlupa. Ramai yang berhajat untuk beramal ketika tua, masalahnya kita sendiri tidak tahu apakah ada tua untuk kita. Apakah berpadanan untuk enjoy didunia yang sementara ini dengan membayar derita di akhirat yang kekal nanti? Secara logiknya juga, segala yang dilarang oleh agama itu adalah semua perkara yang membawa keburukan kepada kita. Beramal ketika muda adalah lebih baik kerana kita mempunyai masa yang banyak untuk mengerjakannya dan dengan tenaga yang cukup. Amalan kita juga tidak hanya tertumpu kepada ibadat khusus (sembahyang, puasa dan sebagainya.) semata-mata, namun dapat juga kita beramal dalam bidang-bidang yang lain seperti kemasyarakatan, muamalah, dan sebagainya.

10

REFLEKSI PERMASALAHAN Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi .(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah ) Marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan solat fardu berjemaah di masjid atau di surau untuk mencari kelebihan dan ganjaran pahala yang lebih besar dan mencari rahmat dan keberkatan di sisi Allah SWT kerana solat yang utama adalah dilakukan secara berjemaah. Ia juga adalah kunci membina kekuatan dan tamadun umat. Melaksanakan solat jemaah di masjid membuka ruang berkenal-kenalan dan berukhuwah yang mana seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim yang lain. Solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam. Berjemaah juga menyedarkan kita satu realiti, iaitu kita ini sama sahaja pada pandangan Allah SWT. Selain itu, solat jemaah memupuk sikap positif di antara ahli kumpulan seperti semangat bekerjasama dan saling membantu dalam meyempurnakan tugasan yang telah diberi, menambah ilmu agama yang berkaitan dengan solat berjemaah dan masalah-masalah yang berkaitan dengan solat berjemaah. Ia membantu meningkatkan kesedaran tentang fadhilat mengerjakan solat berjemaah dan menghindari dari bersikap negatif seperti mementingkan diri sendiri dan suka bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja. Akhir sekali sebagai imam atau makmum dalam solat berjemaah kita juga perlulah memahami syarat-syarat menjadi imam atau makmum supaya solat kita benar-benar menepati kehendak sunnah Rasulullah SAW dan dilaksanakan dengan cara terbaik kerana pentingnya solat yang betul adalah kerana amalan manusia yang mula-mula di soal di hari akhirat adalah solatnya, jika betul dan sempurna maka barulah amalan-amalan lain akan dihisab oleh Allah SWT.

11

SUMBER RUJUKAN 1. Permasalahan dalam saf ketika solat (http://kekoh.blogspot.com/2010/11/permasalahandalam-saf-ketika-solat.html/2010)

2. Solat berjemaah (http://www.scribd.com/doc/36239592/solat-berjemaah)

3. Hasnul

Hadi

Ahmad.

Kekeliruan

mengenai

Solat

Berjemaah

(http://hasnulhadiahmad.com/kekeliruan-mengenai-solat-berjamaah/)

4. Hasnul

Hadi

Ahmad.

Kesimpulan

Hukum

Solat

Fardhu

Berjemaah

(http://hasnulhadiahmad.com/kesimpulan-hukum-solat-fardhu-berjamaah/)

5. Permasalahan Akidah dalam Saf Ketika Solat Berjemaah (http://jiwang.org/groupsilmiah/47419-akidah-permasalahan-dalam-saf-ketika-solat-berjemaah.html)

6. Soalan dan Jawapan Kemusykilan Agama (http://mrbelia.pun.bz/soalan-dan-jawapankemuskilan-agama-bab-6.xhtml)

7. Nilai

Solat.

(http://al-ehsaniah.blogspot.com/2011/01/jom-ke-masjid-siri-2-nilai-

solat.html/2011)

8. Umar Hubies & Rey Arifin(1996). Betulkanlah solat anda. Jakarta: Sinar Budaya Offset

12

Anda mungkin juga menyukai