Anda di halaman 1dari 2

RASIONAL BIG

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, diharapkan pelatihpelatih guru dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Di samping itu, pelatih-pelatih guru diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai citi-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT BIG Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

Page | 2

OBJEKTIF BIG Objektif program Bina Insan Guru adalah seperti berikut : a. Menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan. b. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. c. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti. d. Melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan. e. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan mengorganisai sesuatu program dengan baik. f. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Page | 3