Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) KALI PERTAMA 2013 Tarikh :17 JAN 2013 Masa : 9.

00 pagi Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran 1. 2. 4. 5. 6. 7. Pn.Hajah Rashidah Bte Muhamed Pn. Zalila bte Hamzah Pn Rosnah Bte Roslan Pn. Nor Farahin Binti Arshad Pn. Norlida Bte Othman Pn. Syuhadah Bte Masri GPK HEM

Agenda 1. Ucapan pengerusi - Mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua guru pada mesyuarat RMT kali pertama ini. - Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru RMT yang telah memberikan komitment didalam menjalankan tugas sebagai guru RMT disepanjang tahun 2010. 2. Ucapan GPK HEM - Pn. Rashidah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir. - Memaklumkan nilai makanan sama seperti pada tahun lepas iaitu bagi satu kepala hanya RM1.80 sahaja. - Beliau berharap murid dapat memberi sambutan yang baik terhadap menu yang disediakan nanti. - Beliau menyatakan pemberian makanan pada awal pagi tetap diteruskan manakala projek susu sekolah telah diwujudkan semula. - Beliau mengimbas kembali pesanan puan guru besar supaya murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu tentang kelebihan meminum susu sekolah tersebut sebelum diedarkan kepada murid-murid RMT. - Murid-murid akan diberi susu sekolah pada waktu rehat dan tidak dibenarkan membawa pulang ke rumah susu tersebut kerana dikhuatiri tidak diminum atau diberikan kepada kakak atau adik mereka. 3. Syarat-syarat muridyang layak mendapat RMT - Syarat utama murid yang layak mendapat RMT ialah pendapatan ibubapa/ penjaga mestilah tidak lebih daripada RM400.00 sebulan. - Bagi keluarga yang pendapatan perkapitanya kurang daripada RM80.00 juga layak mendapat bantuan RMT.

Menyatakan pada tahun ini pihak sekolah tidak terlibat dengan pemilihan murid yang layak mendapat RMT kerana pemilihan tersebut dibuat berdasarkan e-kasih Jumlah murid yang layak mendapat RMT pada tahun ini ialah seramai 5 orang sahaja dan tiada pengganti.

4. Menu RMT - Menu RMT pada tahun ini hendaklah berpandukan menu yang diberi oleh pihak jabatan pendidikan. - Menu tersebut belum diterima oleh pihak sekolah memandangkan pemberian RMT kepada murid-murid yang layak belum dimulakan lagi sehingga mendapat arahan daripada PPD melalui surat. 5. Jadual masa makan murid RMT - Tiada perubahan jadual masa makan bagi murid RMT bagi tahun 2011 - Murid akan turun makan makanan RMT Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 pagi sebelum perhimpunan pagi dimulakan - Pn. Norlida mencadangkan supaya memaklumkan kepada pengusaha kantin untuk menyediakan makanan RMT lebih awal supaya tidak menjejaskan waktu P&P guru dan murid RMT. 6. Sudut RMT. - Semua AJk diminta memberikan kerjasama mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan RMT , kesihatan , makanan dan pemakanan untuk diletakkkan disudut RMT. 7. Hal-hal lain Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.45 pagi

Dicatat oleh (PN.ROSNAH BTE ROSLAN) Setiausaha RMT SKDWI

Disahkan oleh

Anda mungkin juga menyukai