Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss mengatakan "Mathematics is the Queen of Science". Ia merangkumi bentuk, simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti arithmetik, kalkulus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan juga algebra.

Algebra ialah salah satu cabang matematik yang membincangkan tentang prinsip operasi dan hubungan. Perkataan algebra berasal dari perkataan Arab iaitu Al-Jabr. Tidak dapat dinafikan lagi ilmu algebra bermula dan berkembang pesat dari negara Arab. Antara cabang algebra ialah elementary

algebra, abstract

algebra, linear

algebra dan

universal algebra. Elementary

algebra memperkenalkan konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan.

Algebra merupakan satu ilmu yang sangat luas dan banyak cabangnya. Salah satu cabangnya adalah analisis rangkaian. Analisis rangkaian yang dimaksudkan adalah hubungan-hubungan teknologi yang menggunakan konsep matematik terutamanya algebra dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah, trafik flow, laluan kereta keluar masuk sesuatu jalan, kipas, perancangan pembinaan bangunan dan sebagainya.

Kesimpulannya, jelaslah kita dikelilingi oleh unsur-unsur matematik dalam kehidupan seharian kita tanpa kita menyedarinya. Menghargai kehadiran bendabenda dan teknologi disekeliling kita bermakna menghargai matematik juga.

2.0

RUMUSAN

TENTANG

PENGGUNAAN

ALGEBRA

LINEAR

DALAM

KEHIDUPAN SEHARIAN 2.1 Kewangan Wang merupakan perkara penting pada masa kini. Duit bukanlah segalagalanya tetapi segala-galanya kini memerlukan duit. Penyimpanan duit di bank-bank memerlukan penyelenggaraan yang baik dan rapi. Pernahkah kita terfikir bagaimanakah pihak bank menguruskan kewangan pelangganpelanggannya yang mencecah jutaan manusia. Jawapannya adalah dengan mengaplikasikan penggunaan Linear algebra.

penggunaan linear algebra dalam kewangan

penggunaan buku cek

keluar masuk duit ke dalam akaun setiap hari.

Dari sudut penggunaan buku cek, linear algebra mengira perbelanjaan dan menghadkan limitasi-limitasi untuk perkara-perkara lain seperti bil-bil, hutang dan sebagainya. Begitu juga dengan keluar masuk duit dari akaun juga dikira dan dikawal oleh penggunaan linear algebra. Proses merekod transaksi dan baki di dalam akaun dan buku cek melibatkan persamaan algebra yang sangat banyak dan teliti.

2.2 Pembinaan Bangunan Pencakar Langit

Konkrit

Wayar

Bajet

Paip

Jumlah masa yang diperlukan

PENGGUNAAN ALGEBRA DALAM PEMBINAAN BANGUNAN

Cat

Linear algebra terlibat secara langsung dengan pembinaan bangunanbangunan biasa apatah lagi bangunan-bangunan pencakar langit. Antara benda yang dititikberatkan dan melibatkan pengiraan linear algebra adalah masa menyiapkan, jumlah tenaga, bajet dan sebagainya. Bahkan penggunaan linear algebra ini mampu mengurangkan kos sampingan serta mampu memaksimakan keuntungan. Dalam pengaturcaraan linear, halangan sistem ketaksamaan linear tertakluk kepada dua pembolehubah sama ada mencapai nilai maksimum atau minimum yang berlaku di sudut atau sepanjang keseluruhan rantau berlorek R yang mewakili penyelesaian sistem.

Fleksibiliti sangat penting bagi bangunan.Jumlah fleksibiliti dalam struktur mestilah dikawal dengan sempurna di setiap tingkat. Sifat komponen fleksibel sebuah pencakar langit melibatkan penggunaan nombor khayalan, i, di mana i 2 = -1.

Walaupun nombor khayalan tidak mengikuti kaedah-kaedah algebra asas, ia sering digunakan dalam persamaan polinomial seperti yang digunakan untuk model kestabilan pencakar langit ke dalam lebih persamaan terkawal.

2.3 Kriptografi

Dalam arus pemodenan teknologi yang semakin pesat menghambat, kita dapat menyaksikan bagaimana internet menghubungkan dunia tanpa sempadan. Salah satu peranan internet yang paling mustahak ialah penyampaian data daripada satu pihak kepada satu pihak lain ataupun penyampaian data yang dapat diakses oleh orang ramai. Oleh hal yang demikian, keselematan dalam proses pemindahan data amat sangat diperlukan. Salah satu alternatif dalam menjaga keselamatan penyampaian data ialah kriptografi. Kriptografi ialah bidang yang memelihara keselamatan penyampaian data. Ia membentuk dan memecahkan kod rahsia dan cipher. Apabila suatu data dipindahkan daripada suatu tempat ke tempat lain, terdapat kemungkinan bahawa data tersebut dapat diambil atau dimodifikasi oleh penggodam. Dalam hal tersebut, kriptografi berperanan dalam menjadikan data yang disampaikan menjadi data yang tidak dapat diambil dengan mudah oleh pihak lain. Hill Cipher merupakan satu aplikasi linear algebra untuk kriptografi yang dicipta oleh Lester S.Hill pada 1929. Hill Cipher ialah penolakan poligrafik cipher berdasarkan algebra linear. Hill menggunakan pendaraban matriks yang diselarikan

dengan teks. Oleh itu melalui pengiraan Hill Cipher yang berdasarkan matriks, teks dapat ditukarkan kepada bentuk kriptografi. Contohnya, perkataan I LOVE THE WAY YOU LOVE ME. Melalui pengiraan matriks, terhasil satu perkataan baru dalam teks Cipher iaitu

DFPRBMPYYJEMNKQINK*CFJXYTWY Justeru itu, ternyata bidang linear algebra memberi sumbangan yang besar dalam menjaga keselamatan data-data yang hendak disampaikan agar tidak jatuh kepada pihak yang tidak diingini. Genetik Setiap benda hidup mewarisi karekter fizikal daripada induk mereka. Karekter fizikal ini ditentukan oleh satu unit yang dikenali sebagai gen. Ilmu yang mengkaji tentang gen ialah bidang Genetik, iaitu salah satu daripada cabang biologi yang melibatkan keturunan. Gen bertindak sebagai penentu dalam pewarisan ciri-ciri seperti jantina, warna mata, jenis rambut dan warna kulit.

Terdapat beberapa pewarisan; salah satu daripadanya ialah jenis autosomal yang mana setiap ciri yang diwariskan ditentukan oleh satu gen. umumnya, terdapat 2 bentuk gen yang dinyatakan sebagai A dan a. Sepasang bentuk gen ini dikenali sebagai genotype. Ilmu algebra linear memainkan peranan yang penting dalam bidang genetik ini. Dengan menggunakan matriks berdasarkan maklumat pada genotype, kita dapat mengetahui ciri fizikal yang diwariskan daripada induk kepada anak. Justeru itu, pengiraan matriks dapat memudahkan ahli genetik dalam kajian mereka meramal ciri fizikal anak yang akan dihasilkan.

3.0 ANALISIS RANGKAIAN Aplikasi matematik yang paling praktikal adalah apabila ramai manusia mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Berkaitan dengan linear algebra, aplikasi yang sangat meluas digunakan adalah masalah rangkaian. Analisis rangkaian bermaksud menyelesaikan sesuatu yang melibatkan rangkaian. Matlamat analisis rangkaian ini adalah dari aspek kecekapan menyelesaikan masalah serta menjimatkan masa dan wang. Sama ada berkenaan dengan data yang melalui sesebuah rangkaian, air yang mengalir melalui paip, kereta yang melalui trafik, pengaturan sesuatu aliran yang berkesan, kesemuanya adalah satu elemen penting dalam rekabentuk. Dalam kehidupan kita hari ini, banyak masalah yang timbul berkaitan dengan rangkaian dan lalu lintas yang melibatkan mengoptimumkan aliran melalui

sistem. Perkara ini boleh dilakukan dalam banyak cara dan banyak bergantung pada keadaan tertentu. Walaubagaimanapun, dengan berpandukan sistem persamaan linear, masalah aliran ini boleh dipermudahkan. Linear Algebra membolehkan kita untuk mengkaji sistem ini dengan menggunakan kaedah matriks dan menentukan pembolehubah mana telah dipaksa dan nilai-nilai yang bebas untuk dipilih. Selepas perbezaan ini telah dibuat menggunakan algebra linear, teknik-teknik lain untuk memilih pembolehubah bebas boleh digunakan.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, linear algebra khususnya berkaitan analisis rangkaian mempunyai pelbagai penggunaan, baik dari segi menyelesaikan masalah lalu lintas di jalan raya mahupun masalah sistem paip pengagihan gas. Melalui kajian kami secara mendalam berkaitan analisis rangkaian ini, ia telah menceritakan bagaimana matematik terutamanya algebra membantu memudahkan manusia dengan menyediakan sistem-sistem hebat yang mempercepatkan dan menjimatkan masa, kos dan tenaga. Antaranya termasuklah sistem pembinaan, sistem trafik, sistem kewangan dan sebagainya.

Seharusnya kita bersyukur dengan kesenangan hasil ilmu orang terdahulu sebelum ini. Namun, bersyukur bukan bermakna berdiam diri sebaliknya seharusnya kita berusaha menyelongkar lagi ilmu-ilmu matematik dan ilmu-ilmu lain yang mampu membawa kemudahan dan kesenangna kepada manusia.