Anda di halaman 1dari 2

Pandangan terhadap matapelajaran WAJ 3101?

(350 patah perkataan) Pada pandangan saya, matapelajaran WAJ 3101 ini amat penting dalam menambah pengetahuan pelajar tentang Tamadun Islam. Seperti kata Dr. Hairudin kita mempelajari tamadun Islam ini bukanlah untuk membawa orang bukan Islam untuk masuk agama islam, tetapi mengenali apa itu islam. Apa yang terkandung dalam agama islam itu sendiri yang boleh diterima oleh semua agama dan bangsa membolehkan matapelajaran ini diajar dan diperkenalkan di peringkat universiti. Matapelajaran ini yang merangkumi tamadun islam dan tamadun asia bukan sahaja menambah pengetahuan para pelajar tetapi pelajar dapat mempelajari nilai-nilai yang dibawa oleh setiap tamadun tersebut. Jika kita melihat kepada perkembangan tamadun-tamadun didunia, kita dapat melihat bahawa setiap tamadun berusaha meningkatkan tamadaun itu sendiri seperti taraf hidup dan pendidikan. Bukan itu sahaja, kita mesti mempelajari tamadun islam dan tamadun asia ini kerana negara Malaysia banyak mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam tamadun islam samaada dari segi pentadbiran dan cara hidup masyarakat. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya beragama islam dan sebab itu mata pelajaran ini amat sesuai diajar di peringat universiti supaya orang yang bukan beragama islam dapat memahami agama islam dan menghormatinya. Selain dari itu, matapelajaran ini mampu menjelaskan tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsa-bangsa di dunia seperti tamadun China, India, Jepun dan Islam. Dari situ kita boleh membandingkan keadaan kita sekarang dengan tamadun-tamadun tersebut supaya kita boleh mengambil pelajaran daripada setiap tamadun tersebut. Antara lain, mempelajari matapelajaran ini mampu mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat di kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama yang lain. Selain mempelajari matapalajaran ini dan mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari ia turut membantu membolehkan pelajar menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global. Dengan mempelajari matapelajaran ini juga pelajar boleh mempamerkan jati diri seorang rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum serta berjaya mempamerkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Saya mesti mentaati, mematuhi, melaksanakan agama saya iaitu islam kerana.. Menegakkan agama islam merupakan salah satu perintah Allah S.W.T. Allah juga memberikan balasan yang setimpal dengan usaha hambaNya yang menegakkan agamaNya. Dalam Islam kita percaya bahawa setiap perbuatan kita akan dibalas walaupun ianya sebesar zarah sekalipun. Manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah dan disebabkan itu Allah telah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan beribadat kepadaNya. Sebagai khalifah Allah kita

ditugaskan mentadbir bumi ini dan melaksakan segala tuntutaNya. Agama Islam menerangkan kepada umatnya bahwa dunia adalah ciptaan Allah SWT dan setiap manusia harus menaati-Nya. Agama juga menjawab berbagai persoalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Ada persoalan yang menjadi tanda tanya bagi manusia merupakan persoalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya, kehidupan setelah mati, tujuan hidup, nasib dan sebagainya. Melalui agama juga ia dapat membentuk, mempererat mempersatukan rasa kemanusiaan. Agama merupakan satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia. Sebabnya adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan saja kepercayaan yang sama tetapi tingkah laku, pandangan dan nilai yang sama. Firman Allah (mafhumnya): "Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." (Surah AliImran, ayat 85). Firman Allah diatas menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Mereka yang tidak beriman dengan agama allah akan mendapat azab apabila diakhirat kelak. Istilah Islam yang merujuk kepada agama Allah yang sebenar dalam Quran amat banyak, sekurang-kurangnya disebut 10 kali seperti dalam Surah Ali-Imran (ayat 19, 67 dan 85), al-Maidah (ayat 3), al-An'am (ayat 125), az-Zumar (ayat 22), al-Hujurat (ayat 17), at-Taubah (ayat 74), Yusuf (ayat 101), asSaff (ayat 7) dan ayat-ayat lain. Semuanya membuktikan Allah menyebut berulangulang kali bahawa agama yang satu hanyalah Islam. Adapun perkataan yang disebut Allah secara jelas seperti muslimin, muslimat atau muslimun, disebut amat banyak disebutkan dalam al-Quran, tidak kurang daripada 43 kali dalam 43 ayat yang berlainan. Kesimpulannya, agama Allah hanyalah satu. Dengan itu saya harus mentaati, mematuhi dan melaksankan agama islam untuk memperoleh keredhaan dari Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai