Anda di halaman 1dari 125

DN.16.5.

2001

[DOKUMEN INI BELUM DISEMAK] MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 16 Mei 2001 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Karim bin Salleh min ta Menteri Pengangkutan menyatakan berikutan pengambilalihan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) oleh kerajaan baru baru ini, apakah perkembangan terkini MAS dan keputusan yang dibuat untuk menjual saham MAS kepada syarikat penerbangan asing. Setiausaha P arlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan telah mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Zainol Abidin sebagai Pengerusi bukan eksekutif dan Dato' Mohd. Nor bin Mohd. Yusof sebagai Pengarah Urusan bagi menerajui pengurusan penerbangan MAS mulai 14 Februari 2001. Pengurusan baru ini telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan business plan, dengan izin, bagi memulihkan kedudukan kewangan serta prestasi perkhidmatan MAS dalam tempoh masa secepat mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan dan prestasi MAS, penyertaan pelaburan strategik daripada syarikat penerbangan asing mungkin akan ditimbang pada masa yang sesuai. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya amat terperanjat jugalah kerana diberitahu bahawasanya kedudukan kewangan MAS terpaksa dibaik pulih oleh pihak kerajaan sendiri dengan cara-cara tertentu. Saya difahamkan syarikat teguh. Jadi, soalannya apakah pihak kerajaan mencadangkan pada satu ketika untuk MAS menjual saham-saham baru kepada kerajaan supaya penjualan saham-saham baru itu dapat MAS menggunakan duit yang diberikan oleh kerajaan sebagai dana modal syarikat itu sendiri dan tidak membeli saham-saham daripada pemegang saham yang sedia ada, kalau itu

DN.16.5.2001

masalahnya, kalau masalah-masalah kewangan. Dan kalau itu juga masalahnya, adakah pihak kerajaan setelah mengambil alih syarikat ini kerana kita dengar ada ura -ura hendak mengambil orang luar, orang asing untuk menjadi ketua operasinya menimbangkan orang-orang, pengurus-pengurus di tanah air kita sendiri. Kalau kita dapat mengurus Petronas oleh orang kita sendiri, saya tidak nampak bagaimana orang kita tidak boleh mengurus MAS. Jadi, adakah ura-ura hendak mengambil orang luar itu mempunyai satu kepastian yang hendak dirancangkan dalam business plan ini. Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, memanglah saya tahu Yang Berhormat adalah seorang veteran di pengurusan MAS dahulu. Tetapi jawapan untuk Yang Berhormat telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan Rakyat di mesyuarat ini. Soalan Yang Berhormat akan dirujuki kepada Kementerian Kewangan untuk dijawab secara bertulis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memanglah kita tahu masalah yang dihadapi oleh MAS terutama sekali adalah kegawatan ekonomi dan juga harga minyak yang tinggi dan juga kadar pertukaran wang asing yang tinggi bagi US Dollar berbanding dengan Ringgit Malaysia. Misalnya, harga minyak telah meningkat dari US$0.52 sen segelen pada tahun 1999 ke US 0.70 sen segelen pada tahun ini dan kini berada di tahap US$1 segelen. Di segi pertukaran wang asing MAS terpaksa menanggung kelebihan hutang sebanyak RM2.0 bilion akibat kemerosotan nilai Ringgit berbanding dengan US Dollar. Mengenai soalan kita mesti dapat bantuan dari syarikat penerbangan asing, memang ini adalah dalam pertimbangan oleh Syarikat MAS sebab mereka adalah sebuah syarikat di saham KLSE yang pada masa ini ownership iaitu share holding agensi kerajaan mempunyai 53.68%. Syarikat individual dan korporat, kompeni dan nominee company Malaysia mempunyai 38.53%, foreign iaitu syarikat asing ada 7.79%. Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebagaimana kita tahu perkhidmatan MAS di udara in flight tidak ada tolok bandingnya. Kebaikannya sangat cemerlang. Tetapi on the ground selalunya kalau kita buat tempahan u ntuk menggunakan perkhidmatan MAS ke Sabah atau ke mana -mana, flight full, flight penuh. Apabila kita masuk ke kapal terbang banyak kerusi yang kosong. Itu yang pertama.

DN.16.5.2001

Yang kedua, apakah betul dalam Syarikat MAS ini barangkali terlalu banyak staff (overstaff) on the the ground yang meningkatkan kos pengendalian MAS. Dan seterusnya saya lihat di pejabat-pejabat MAS di Hong Kong, di Australia, di Surabaya ia ditempatkan di tempat yang di ceruk-ceruk dengan suasana di dalam pejabat itu tidak menceriakan. Jadi, mungkin bila orang masuk sahaja ke pejabat ini dia memikirkan hendak pergi ke syarikat penerbangan lain. Apakah ini betul dan kalau betul apakah langkah -langkah yang diambil untuk memastikan apa yang saya tanya tadi tidak berterusan. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan sudah jawab. Sekarang soalan tidak cukup tempat untuk passenger atau rakyat yang hendak ambil kapal terbang. Memang ini saya fikir ada sedikit masalah dalam pengurusan MAS. Saya pun dapat aduan perkara ini. Memang pengurusan baru MAS akan buat strategi yang baru untuk mengatasi masalah ini. Mengenai masalah overstaff juga kita akan minta pengurusan baru MAS buat kajian supaya kita boleh dapat keuntungan yang lebih. Mengenai soalan pejabat MAS di lapangan terbang yang berada di tempat kurang sesuai, ini memang kita akan meminta MAS dan juga MAB sebagai pengurus lapangan terbang di Malaysia supaya mereka boleh bincang dan kita akan cari satu solution yang sesuai. [Soalan No. 2 - Y.B. Datuk Faridah binti Abu Hassan tidak hadir] 3. Puan See Too Mee minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah langkah kerajaan dan rancangan jangka panjang bagi menstabilkan harga kelapa sawit, getah dan koko, sepanjang masa, selain daripada bantuan kewangan. Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan See Too Mee, saya mohon izin untuk menjawab bersekali pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut. Pertama, Yang Berhormat Tuan Yew Tuan Chiew pada 17 Mei 2001; kedua, Yang Berhormat Dato' Lee Pit Chern pada 17 Mei 2001; ketiga, Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Ismail pada 21 Mei 2001; keempat, Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin pada 21 Mei 2001; kelima, Datuk Faridah binti Abu Hassan pada 31 Mei 2001; dan keenam, Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan pada 6 Jun 2001. Ini adalah kerana pertanyaan -

DN.16.5.2001

pertanyaan tersebut menyentuh perkara yang sama untuk mengenai harga dan pasaran komoditi kelapa sawit, getah dan koko. Saya juga ingin maklum kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan yang mulia ini oleh kerana soalan ini melibatkan tiga komoditi utama di kementerian saya, maka jawapan ini agak panjang untuk memberi penjelasan yang terperinci. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan harga kelapa sawit, kedudukan pasaran minyak sawit dunia pada suku tahun pertama 2001 Januari-Mac telah pulih sedikit berbanding suku tahun akhir yang lepas Oktober-Disember 2000. Jumlah pengeluaran dunia telah merosot 16.8% kepada 5.13 juta tan metrik berbanding dengan 6.16 juta metrik pada suku akhir tahun 2000. Sungguhpun eksport minyak sawit dunia juga menurun sebanyak 11.5% pada tempoh yang sama tetapi kadar penurunan ini adalah lebih rendah berbanding pengeluaran. Ini telah memberi kesan positif kepada stok akhir minyak sawit dunia yang telah jatuh sebanyak 11.2% kepada 3.44 juta tan metrik pada bulan Mac 2001 berbanding dengan 3.88 juta tan metrik pada Disember 2000. Purata harga minyak sawit dunia pada suku tahun pertama 2001 berada di paras US$250 setan metrik berbanding dengan US$259 pada suku akhir tahun yang lepas. Paras stok minyak dan lelemak di pasaran dunia yang masih tinggi iaitu sebanyak RM15.6 juta tan metrik berbanding dengan 14.9 juta tan metrik untuk tempoh yang sama pada tahun 2000 masih mempengaruhi secara negatif harga minyak sayuran dunia termasuk minyak sawit. Bagi menangani masalah di atas kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk menstabilkan harga komoditi. Antara langkah-langkah tersebut ialah: (i) langkah segera atau jangka pendek untuk dilaksanakan dalam tempoh enam bulan; (a) yang menggunakan minyak sawit mentah (CPO) dengan izin, sebagai bahan bakar untuk me nggantikan diesel dan fuel oil yang lain di stesen janakuasa dan juga kegunaan di kilang -kilang industri. Untuk makluman Yang Berhormat, penggunaan minyak sawit sebagai bahan bakar telah pun digunakan oleh sebahagian besar industri pemprosesan sawit. Sementara bagi penggunaan di janakuasa ujian telah

DN.16.5.2001

pun diadakan pada 16 April 2001 di janakuasa TNB di Perai dan didapati sesuai untuk digunakan sebagai sumber bahan bakar pilihan, dengan izin, alternatif; (b) ia mempercepatkan tanaman semula dengan sasaran 200,000 hektar untuk tahun ini dan menggalakkan penyatuan tanah atau operasi pekebun kecil untuk mencapai saiz kebun yang ekonomik. Langkah segera ini mengurangkan bekalan minyak sawit di pasaran dalam lingkungan 1 juta tan CPO pada akhir 2001. Untuk menggalakkan pekebun -pekebun kecil menanam semula dengan segera kerajaan telah bersetuju untuk memberi bayaran insentif khusus kepada RM1,000 sehektar bagi kawasan yang ditanam semula sebelum akhir tahun ini. Cadangan langkah langkah ini telah memberi kesan yang positif. (ii) Langkah-langkah jangka sederhana untuk dilaksanakan dalam tempoh satu tahun; (a) Ia menawarkan kemudahan kredit bagi palm oil credit payment arrangement atau (POCPA), dengan izin, kepada negara-negara yang berpotensi mengikut minyak sawit; (b) (c) membena rkan pengeksportan CPO atau crude palm oil dengan izin tanpa duti; mengadakan peraturan perdagangan secara timbal balas yang melibatkan pembayaran dengan minyak kelapa sawit; dan (d) menyediakan skim pinjaman mudah untuk pekebun pekebun kecil menanam semula sawit tua mereka. Ini akan meningkatkan produktiviti melalui penggunaan benih yang baik dan penyatuan tanah dan operasi pekebun kecil menjadi saiz ekonomik dan seterusnya akan meningkatkan pendapatan petani kita. (iii) Langkah-langkah jangka panjang untuk dilaksanakan dalam tempoh melebihi satu tahun;

DN.16.5.2001

(a)

membina sebuah loji deserve sawit dengan kapasiti awal 500,000 tan yang akan dikendalikan oleh sebuah konsortium terdiri daripada PetronasLembaga Minyak Sawit Malaysia (MBOB) dan beberapa syarikat pengeluar minyak sawit dengan modal pelaburan RM500 juta;

(b)

mewujudkan kerjasama dengan Indonesia terutama dalam bidang pemasaran R&D dan peningkatan kemudahan sawit sama ada di pasaran dalam dan luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, di samping langkah -langkah di atas, kementerian saya juga akan meneruskan langkah atau strategi yang sedia ada iaitu penghantaran misi ekonomi dan teknikal minyak sawit ke luar negara terutama negara-negara yang berpotensi menjadi pengguna minyak sawit seperti di Asia Barat, Afrika dan Amerika Latin. Misi ini bertujuan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran yang sedia ada dan juga membuka pasaran baru. Untuk meningkatkan lagi eksport minyak sawit ke India dan China, kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah yang berikut: (i) mengadakan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan India supaya disamakan duti import ke atas minyak sawit seperti yang dikenakan ke atas minyak kacang soya untuk menjadikan minyak sawit lebih bersaing; (ii) (iii) meminta kerajaan negeri China menambahkan kuota import minyak sawit; menawarkan kepada India kontrak pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh -Padang Besar yang melibatkan peraturan perdagangan timbal balas dengan sistem pembayaran dagangan timbal balas dengan minyak sawit. Ini akan melibatkan pengeksportan kira-kira USD1.8 bilion nilai minyak sawit ke India dalam tempoh lima tahun; (iv) menawarkan kepada China kontrak pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Johor Bharu dan pembekalan 20 unit lokomotif kepada Keretapi Tanah Melayu atau KTMB oleh China yang melibatkan peraturan perdagangan timbal

DN.16.5.2001

balas dengan minyak sawit. kereta api berkembar

Kontrak pembinaan landasan akan membolehkan

tersebut

pengeksportan minyak sawit dengan nilai RM4 bilion ke China dalam jangka masa yang sama. Pelbagai usaha yang telah saya nyatakan tadi diharap dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha industri kelapa sawit pada umumnya. Namun begitu, bila harga akan pulih tidak dapat ditentukan kerana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti yang disebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga komoditi getah, adalah dimaklumkan bahawa getah merupakan juga satu komoditi antarabangsa, maka mekanismenya penentuan harga adalah bergantung kepada kuasa pasaran bebas. Oleh itu, pihak kerajaan tidak dapat campur tangan bagi menentukan paras harga. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan masalah harga getah dan sentiasa berusaha bagi mengatasinya baik secara jangka masa pendek, mahupun secara jangka masa panjang. Antara usaha yang diambil oleh pihak kerajaan secara jangka masa pendek ialah dengan mengadakan skim pembelian khas getah (SKPG) ketika harga getah menghadapi kejatuhan teruk pada tahun 1999. Tujuan utama skim ini ialah untuk menyediakan outlet kepada pekebun kecil getah akibat ketiadaan pembeli pada masa itu dan memberikan harga di ladang, dengan izin, farm gate, yang secara perbandingannya berpatutan. Dengan cara ini kesan kejatuhan harga getah tidaklah terlalu menekan pekebun kecil kita. Skim ini digantung pada 30 November 1999 berikutan dengan kenaikan harga getah di pasaran antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, langkah secara jangka panjang pula adalah melalui kerjasama dengan negara -negara pengeluar utama getah. Satu memorandum persefahaman antara Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada 17 September 1999 di mana sebuah jawatankuasa Thailand/Malaysia Ministry of Committee on Rubber telah dibentuk. Kedua-dua negara dengan ini bersetuju bekerjasama dalam bidang harga perdagangan serta kerjasama teknikal. Selain dari itu, kedua -dua negara juga telah bersetuju mengadakan usahasama dalam membeli dan menjual stok INRO bagi menjaga kestabilan harga getah. Usaha ini dikenali sebagai Thailand/Malaysian

DN.16.5.2001

Joint Venture (TMJV) dan perjanjian mengenainya telah ditandatangani pada 7 Julai 2000 di Jakarta. Kerjasama dalam bidang getah ini seterusnya telah diperluaskan melibatkan Indonesia. Mesyuarat peringkat negeri di antara Indonesia, Malaysia dan Thailand telah diadakan pada 7 Julai 2000. Ketiga-tiga negara telah bersetuju bekerjasama lebih erat bagi memperbaiki harga dan perdagangan getah asli. Kerajaan juga telah menggalakkan pertumbuhan industri hiliran negara ini bagi mempertingkatkan permintaan getah di samping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga komoditi koko, adalah dimaklumkan bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar koko yang kecil berbandi ng dengan negara -negara pengeluar koko dunia yang lain seperti mempengaruhi kedudukan harga di pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan nilai tambah koko agar petani menerima harga dan pendapatan yang berpatutan. Antara langkah-langkah jangka pendek dan sederhana yang dijalankan adalah: (i) melaksanakan program pembangunan pekebun kecil koko Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dari purata 0.6 tan sehektar setahun kepada purata 1.5 tan sehektar setahun. Sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan melebihi 1.5 tan sehektar setahun dan kos diuruskan dengan cekap dan berkesan, maka ini akan menguntungkan petani-petani; (ii) LKM turut melaksanakan aktiviti-aktiviti menggalakkan petanipetani memproses sendiri biji koko bagi memperolehi harga yang lebih baik; dan (iii) menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti pelesenan bagi mengawal selia urusniaga koko sebagai usaha untuk memastikan petanipetani memperolehi harga yang berpatutan dengan kualiti yang dikekalkan. Bagi langkah jangka panjang, pihak kerajaan sentiasa bekerjasama dengan negara-negara pengeluar dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Cote D'Ivoire, Ghana , Indonesia dan lain-lain. Oleh itu, adalah sukar bagi Malaysia untuk

DN.16.5.2001

Perikatan Negara -negara Pengeluaran Koko atau Coco Producers Alliance (CPA) dan Pertubuhan Koko Antarabangsa atau International Coco Organisation (ICCO) supaya bersama-sama berusaha menstabilkan harga koko serta memajukan industri koko negara dengan merangka pelbagai strategi termasuk mengimbangi penawaran koko dunia dengan pertumbuhan permintaan bagi mengurangkan stok koko dunia yang sedia ada. Sekian, terima kasih. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, apakah kesan penurunan harga kelapa sawit dan getah ini kepada pendapatan negara pada masa ini kerana kelapa sawit dan getah adalah satu komponen dalam ekonomi kita yang besar. Jadi, saya harap dapatlah diberitahu kepada Dewan yang mulia ini berapa banyak kehilangan dalam national income kita kerana penurunan kelapa sawit ini dan juga cukai yang boleh didapati oleh kerajaan oleh kerana saya diberitahu kebanyakan syarikat-syarikat yang besar yang mengeluarkan kelapa sawit seperti Guthrie Gullic Ropel, KLK, barangkali tidak membayar cukai oleh kerana mereka mengalami kerugian ataupun mereka mendapat keuntungan yang kecil. Terima kasih. Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah daripada komoditi-komoditi utama kita termasuk kelapa sawit dengan koko, waktu kegawatan ekonomi komoditi-komoditi inilah di antaranya yang telah pun mampu untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kita. Dalam kejatuhan harga kelapa sawit, getah dan juga koko, maka sedikit sebanyak pendapatan dalam negeri kita telah pun terjejas. Saya tidak mempunyai angka yang ada pada ketika ini tetapi memanglah nyata sekali, oleh kerana kejatuhan harga kelapa sawit yang pada satu ketika telah pun melebihi paras RM2,500 dan pada ketika ini di paras RM725 setan, maka perbezaan yang begitu besar telah ekonomi negara kita. Tentang cukai, kementerian kita telah pun membolehkan pengeksportan 1 juta tan metrik crude palm oil (CPO) atau minyak sawit mentah tanpa duti dan pelepasan duti tidaklah begitu serius dan ini telah pun dikawal secara berkesan oleh Kementerian Perusahaan Utama dan oleh itu, yang membimbangkan kita impak yang telah nyata sekali ialah tentang ketiadaan ataupun masalah yang dialami oleh secara langsung menjejaskan pendapatan

DN.16.5.2001

10

pekebun-pekebun kecil. Ini yang telah kita utamakan dan yang telah pun saya jelaskan dan akan dijawab oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar tentang langkah -langkah cara macam mana kita membantu pekebun-pekebun kecil kita yang menghadapi masalah seumpama ini. Jadi, jawapan kepada Yang Berhormat, memanglah pada ketika ini walaupun eksport kita bertambah tetapi pendapatan kita berkurangan. Terima kasih. 4. Dato William Lau Kung Hui minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan memandangkan ekonomi Malaysia sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan global, adakah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab terhadap teknologi maklumat, telah mengambil langkah untuk menerajui ataupun untuk mengadakan kursus atau program yang bertujuan memberi peserta -peserta daya usaha yang asas mengenai teknologi kekunci dan perkara-perkara berkaitan undang -undang penggunaan teknologi maklumat yang berleluasa dan kesan sosial, perdagangan dan ekonomi. Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya memandang berat mengenai pergerakan negara ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau knowledge -based economy , dengan izin, k-ekonomi. Perubahan negara ke arah masyarakat berasaskan pengetahuan atau ilmu memerlukan tenaga manusia yang mahir dalam bidang ICT dan ianya melibatkan pengubahsuaian sistem pendidikan yang sedang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Perubahan ini memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak untuk bersama mengamalkan budaya, dengan izin, life long learning dan memastikan negara kita maju ke hadapan. Di samping itu, untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha negara membangunkan tenaga mahir dalam bidang ICT , kerajaan dan pihak swasta telah menambahkan jumlah institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang ICT. Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh mana pihak kerajaan dapat mengesan jurang perbezaan kemampuan rakyat pada umumnya dalam penggunaan teknologi maklumat dalam arus ekonomi berasaskan pengetahuan global. Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, sebelum kandungan atau isi kandungan melalui Internet atau komputer dapat dilaksanakan untuk mengurangkan

DN.16.5.2001

11

jurang digital, yang mustahak sekali ialah pemberian talian atau akses kepada telefon dan sebagainya perlulah diadakan ataupun connectivity. Dalam hal ini kalau dibanding dengan keadaan kebangsaan atau national ialah penetration untuk talian telefon fixed line ialah 22% tetapi di luar bandar cuma 11%. Jadi, sebelum isi kandungan dapat disampaikan ke luar bandar, kerajaan mengadakan satu program melalui program yang dikatakan universal service obligation atau perkhidmatan sejagat sosial ini dijalankan dan tabung pun telah ditubuhkan dan jumlah sebanyak RM300 juta mungkin dapat diperolehi daripada sumbangan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi dan melalui program ini diharapkan supaya jurang digital dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih. Dato Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan kursus-kursus yang disebutkan itu, adakah kementerian memberi galakan kepada penganjur-penganjur kursus ini dalam bentuk subsidi dan sebagainya supaya golongan yang lebih besar itu dapat mengikuti kursus-kursus tersebut dan mereka nanti lebih maklum tentang IT. Terima kasih. Tuan Chia Kwang Chye: Kursus-kursus yang telah dicadangkan memang ada dan dalam tindakan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Walau bagaimanapun, lain -lain kementerian pun mempunyai kursus untuk memperluaskan pengetahuan berkenaan dengan IT. Kalau tidak silap saya Kementerian Sumber Manusia pun mempunyai program-program untuk memperluaskan penggunaan IT ini. Sekian, terima kasih. 5. Dato Dr. T. Marimuthu minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah -langkah untuk menggalakkan lebih banyak Syarikat Penerbangan Antarabangsa menggunakan KLIA sebagai regional-hub. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, memanglah merupakan hasrat kerajaan untuk menjadikan KLIA sebagai pintu masuk utama di rantau ini. Bagaimanapun, pelaksanaan objektif dan strategi ini memerlukan masa yang panjang untuk mencapainya. Untuk akan diambil: menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa menggunakan KLIA, tindakan-tindakan seperti berikut sedang dan

DN.16.5.2001

12

(a)

mengadakan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran secara agresif untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa asing untuk memula atau menambahkan penerbangan masing-masing ke KLIA;

(b)

mengadakan ke KLIA;

perbincangan

dengan

syarikat-syarikat

penerbangan antarabangsa untuk menarik mereka beroperasi (c) mengadakan incentive package , dengan izin, untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan ke KLIA; Pada bulan Mei tahun ini Malaysia Airport Berhad telah membuat tawaran kepada syarikat-syarikat penerbangan baru serta syarikat-syarikat penerbangan sedia ada untuk mengadakan penerbangan baru atau tambahan bagi perkhidmatan perkhidmatan sedemikian, caj pendaratan dan memakir tidak akan dikenakan untuk tempoh satu tahun sekiranya penerbangan-penerbangan itu mencapai sekurang kurangnya load factor sebanyak 25%. Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga terima kasih kepada jawapan Timbalan Menteri. Persoalan saya ialah soal banyak diperkatakan selalu iaitu bag handling, luggage handling di KLIA. Sejak dari pembukaan KLIA, nampaknya pengendalian beg-beg penumpang tidak begitu selesa. Kadangkala penumpang terpaksa menunggu hampir lebih setengah jam di airport. Jadi, ini satu perkara yang tidak menggalakkan pelancong asing dan syarikat-syarikat penerbangan menggunakan KLIA. Satu ketika dahulu, saya pernah bersama -sama rakan saya dari luar negeri. Saya terpaksa menunggu hampir 45 minit untuk mendapatkan beg yang berkenaan. Ini bad image, dengan izin, kepada negara kita sendiri. Apakah tindakan-tindakan yang harus diambil oleh kementerian kerana perkara ini bukan satu perkara baru, sudah banyak kali diperkatakan. Apakah tindakan-tindakan selanjutnya oleh kerana banyak bercakap, masih lagi keadaan yang serupa berlaku di KLIA. Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sedar masalah sistem pengendalian bagasi yang dihadapi di KLIA. Beberapa penerbangan yang mendarat di KLIA telah menghadapi masalah bagasi yang keluar lewat daripada masa yang ditetapkan. Antara sebab-sebab kelewatan ialah masalah operasi yang timbul apabila pasukan

DN.16.5.2001

13

pekerja mengeluarkan

bagasi dari pesawat dan mengangkut bagasi-bagasi

berkenaan untuk diletakkan atas sistem pengendalian bagasi. Masalah teknikal tertentu juga dihadapi oleh sistem bagasi berkenaan. Atas kesedaran masalah kelewatan berkenaan seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tindakan telah pun diambil oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan syarikat-syarikat pengendalian bagasi (MAS) dan Syarikat KLAS untuk mengatasi masalah berkaitan. Di samping itu kajian juga akan dijalankan ke arah meningkatkan kelajuan pergerakan sistem bagasi berkenaan untuk mengatasi masalah yang berkaitan. Dato Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya tertarik dengan jawapan Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan dan soalan saya ialah baru-baru ini saya baca dari surat khabar, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah tamat perkhidmatan mereka kepada KLIA. Bolehkah Setiausaha Parlimen memberi jawapan ataupun sebab -sebab mengenai syarikat-syarikat ini telah tamat perkhidmatan mereka dan juga strategi-strategi yang telah disebut oleh SUP, adakah memberi kesan menarik syarikat pener bangan antarabangsa baru ataupun syarikat-syarikat yang telah tamat perkhidmatan mereka kepada KLIA. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dato Dr. T. Marimuthu mengenai penarikan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dari KLIA, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan memang mengambil berat atas perkara ini. Namun demikian, ingin saya menjelaskan bahawa penarikan syarikat-syarikat yang berkaitan adalah berasaskan kepada sebab -sebab tertentu khasnya pertimbangan komersial syarikat masing masing. Sebab-sebab lain adalah berkaitan dengan kegawatan ekonomi dan juga airlines, dengan izin, melibatkan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa itu. Walaupun demikian, ingin saya memaklumkan bahawa beberapa syarikat penerbangan antarabangsa sejak pembukaan KLIA pada tahun 1998 telah memulakan penerbangan ke KLIA dan syarikat penerbangan sedia ada telah menambahkan penerbangan mereka ke KLIA. Syarikat-syarikat penerbangan baru yang telah memulakan penerbangan ke KLIA termasuk Norvest Airline dari USA, Turkeys Airline dari Turkey, Airtour International dari UK, Asiana Airline dari Korea Selatan, Porla Air Cargo dari USA dan lain-lain dari Indonesia. Syarikat-syarikat penerbangan sedia ada yang menambahkan penerbangan ke KLIA termasuk Cathay Pacific Airway Hong Kong yang menambahkan penerbangan dari 14 hingga 21 kali

DN.16.5.2001

14

seminggu. Emirate Airlines dari Dubai dari 3-4 kali seminggu dan KLM Royal Dutch Airline dari Holland dari 4-7 kali semin ggu dan Lauda Air Austria dari 4-5 kali seminggu. Kerajaan bersama-sama Malaysia Airport serta MAS akan mengambil tumpuan kepada semua aspek yang boleh mendapat lebih penumpang ke KLIA, seperti yang saya katakan di Dewan yang mulia ini, penumpang yang datang ke Malaysia melalui KLIA telah meningkat 11.8% ke sejumlah 14.7 juta penumpang untuk tahun 2000. 6. Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kakitangan kerajaan mengikut negeri yang dianggap anti kerajaan. Apakah langkah yang diambil supaya mereka yang berkaitan menyedari bahawa apa yang mereka lakukan berlawanan dengan etika sebagai kakitangan kerajaan yang setia. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada dakwaan yang menyatakan ramai kakitangan awam bersikap anti kerajaan, tetapi kerajaan tidak mendapat laporan secara rasmi tentang penglibatan mereka. Oleh hal yang demikian, kerajaan tidak dapat menyatakan berapa ramaikah me reka yang sebenarnya bersikap sedemikian. Sungguhpun begitu, kerajaan telah mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau perkara sedemikian dan mereka hendaklah menasihatkan kakitangan masing -masing supaya menumpukan perhatian kepada tugas dan sentiasa setia kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang menjadi majikan kepada mereka. Jika ada bukti jelas diperolehi tentang pegawai-pegawai awam yang bersikap anti kerajaan melalui tingkah laku dan aktiviti yang mereka lakukan, tindakan tata tertib boleh diambil terhadap mereka. Terima kasih. Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Setelah tindakan yang pernah diambil kepada mereka yang tidak begitu memperlihatkan pro kerajaan, soalan tambahan saya, tidakkah ini diperlihatkan sikap kerajaan diskriminasi terhadap rakyat dalam negara yang subur demokrasi. Terima kasih. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, mungkin Yang Berhormat tidak berapa jelas saya jawab. Saya nyatakan tadi bahawa setakat ini kita belum ada mengambil apa -apa tindakan kerana belum ada laporan rasmi. Kita Kerajaan Barisan Nasional ini kalau tidak ada bukti, kita tidak ambil tindakan. Tak tahulah Kerajaan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai kerajaan saya

DN.16.5.2001

15

difahamkan yang mana pegawai-pegawai yang pro Kerajaan Persekutuan mereka jadi bola, dia tukar sana, dia tukar sini. Jadi, kita di peringkat Persekutuan, kita masih belum mendapatkan apa-apa laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang anti kerajaan ini. Terima kasih. Tuan Haji Rosli bi n Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya , bolehkah kerajaan menjelaskan kerana Terengganu sudah disebut tadi, maka Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan PAS baru-baru ini telah memberi amaran beberapa kali kepada kakitangan kerajaan negeri, supaya mana mana mereka yang menyertai JKKK yang dikatakan haram oleh Kerajaan PAS Terengganu yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat, tetapi setakat ini langkah belum diambil, katanya kita tidak akan mengambil tindakan kepada kakitangan Pusat yang menyertai JSR yang equivalent dengan JKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan Terengganu. Jadi, apakah bentuk dari segi pendirian Kerajaan Pusat berkenaan perkara ini sebagaimana Yang Berhormat maklum tadi bahawa ramai di antara kakitangan kerajaan negeri sekarang ini bolehkah memohon untuk berpindah dari segi status quo perjawatan dengan Kerajaan Pusat kerana mereka tersekat banyak hal termasuk elaun, kerja lebih masa dan sebagainya. Terima kasih. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jadi, ini beza di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Terengganu. Kita ada JKK, dia ada JSR. Jadi, bagi kita, kita masih mengiktiraf JKK sebagai wakil ataupun ejen ataupun kerajaan di peringkat akar umbi. Kita sedia maklum bahawa JKK ini telah lama pun kita wujudkan dan jika ada di antara pegawai-pegawai kerajaan yang diambil tindakan, kerana dilantik sebagai JKK, kita harap kita dapat laporan secara terperinci dan kita akan melihat apakah bentuk pertolongan atau bantuan yang kita boleh berikan kepada pegawai-pegawai yang dianiaya oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini. Mengenai pertukaran ini adalah perkara biasa, jika ada mana -mana pegawai yang ingin memohon untuk bertukar, maka mereka mestilah melalui pro ses-proses dan prosedur yang telah ditetapkan. Terima kasih. 7. Puan Melanie Chia Chui Ket minta Menteri Pertanian menyatakan apakah potensi pasaran herba di Malaysia dan di luar negara. Apakah rancangan yang diambil oleh kementerian untuk membangunkan pasaran herba ini.

DN.16.5.2001

16

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, potensi pasaran herba di Malaysia dan luar negara adalah amat baik. Pasaran herba dalam dan luar negara adalah termasuk produk penjagaan kesihatan, dengan izin, pharmac eutical. Yang kedua, produk penjagaan diri, dengan izin, cosmetic toiletries dan wangian. Di Malaysia pasaran herba pada tahun 1991 -1996 dianggarkan bernilai RM2 bilion. Dan maklumat terkini mentaksirkan nilai tersebut telah meningkat kepada RM3.8 bilion. Manakala nilai pasaran produk-produk herba di luar negara pada ketika ini dianggarkan kira-kira US$80 bilion. Bank Dunia mengunjurkan nilai pasaran akan meningkat sehingga US$5 trillion pada tahun 2050. Eropah, Amerika Utara, China dan Jepun ialah empat pasaran produk herba yang terbesar. Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi pengeksport herba dan produk herba. Ini memandangkan Malaysia kaya dengan bio diversity, tumbuh agro iklim yang tumbuhan ubatan dan pengetahuan tradisi penggunaan herba, sesuai, sektor pembuatan yang dinamik dan infrastruktur yang baik. Di bawah Dasar Pertanian Ketiga, Kementerian Pertanian telah mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan pembangunan industri herba, langkah langkah tersebut adalah seperti berikut:(i) Menjamin pembekalan bahan -bahan mentah dan bahan bahan tanaman yang bermutu tinggi, tanaman herba yang berpotensi akan ditanam secara monocrop atau berintegrasi dengan tanaman lain. Petani-petani akan dikenal pasti dan dilatih dalam skim tanaman itu dan pihak swasta akan terlibat sebagai pembeli; (ii) MARDI sedang menjalankan program kajian dan penyelidikan tentang pelbagai jenis herba bernilai potensi herba-herba yang tertentu sebagai bahan-bahan pharmaceutical serta penyelidikan pembangunan teknologi pengeluaran tanaman , pengendalian lepas tuai dan pemprosesan;

DN.16.5.2001

17

(iii)

Jabatan

Pertanian

sedang

mengadakan

program

pengembangan untuk meningkatkan teknologi tanaman herba dan teknologi pemprosesan herba secara komersial; (iv) (v) FAMA mengadakan program khidmat nasihat tentang pasaran herba di dalam dan di luar negara; Kementerian di dalam proses untuk menjalankan dua bancian melibatkan herba iaitu audit sumber dalam negeri dan kajian pasaran luar negara. memperolehi Bancian akan membolehkan kita lebih terperinci bagi maklumat-maklumat

membangun dan memantapkan pasaran herba di dalam negeri dan di luar negara. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya, adakah pihak kemente rian telah mengenal pasti jenis-jenis herba dalam negara ini yang berpotensi untuk diusahakan dan dipasarkan dan sejauh manakah pihak kementerian akan melibatkan usahawan khususnya daripada luar bandar dalam aktiviti perniagaan herba ini. Terima kasih. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Banyak potensi tentang herba ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebutkan tadi, sekarang ini MARDI sedang di dalam proses untuk membuat kajian yang lebih terperinci dengan mewujudkan taman -taman herba di semua kita panggil pusat-pusat MARDI yang terdapat di dalam negara kita. Di antara herba herba yang berpotensi saya ingat semua orang sedia maklum, macam Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan lain -lain lagi. Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, .. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Ha, ini pakar herba. Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita sedia maklum bahawa di negara kita dilambakkan dengan keluaran herba, contohnya Tongka t Ali dan Kacip Fatimah. Saya ingin tahu dari pihak kementerian dengan sumber asli yang ada sekarang ini, dengan pasaran yang melambak-lambak, daripada manakah sebenarnya sumber-sumber ini didapati, adakah daripada ladangkah, daripada hutankah, daripada mana? Terima kasih. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, memang betul macam kata Yang Berhormat Dat u k Long. Kita pergi merata-rata melihat di

DN.16.5.2001

18

kedai-kedai ada tulis teh Tongkat Ali, rata -rata Tongkat Ali. Kalau berdasarkan kepada begitu popularnya herba ini, sudah tentulah kita memerlukan satu kuantiti yang banyak bagi membolehkan kita memenuhi permintaan. Dalam hutan kita saya rasa kalau semua orang pergi mengambil Tongkat Ali ini sudah habis dah, mungkinlah, saya tidak tahulah, betulkah yang asli atau tidak asli, tetapi setengah dari kita kalau dah kata Tongkat Ali, tak asli pun mungkin dia kata asli. Itu silap kitalah. Mungkin Yang Berhormat Datuk Long boleh membantu dalam hal ini hendak membezakan yang asli dengan yang bukan asli. Saya tidak tahu daripada sumber mana bahan ini diperolehi, mungkin ada dari dalam negara kita, daripada kawasan-kawasan hutan ataupun mungkin yang diimport. Terima kasih. [Soalan No. 8 Y.B. Datuk Ghazi bin Haji Ramli tidak hadir] 9. Dato Poo Yew Choy minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian akan mencadangkan kepada Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah di seluruh negara agar menurunkan kadar cukai pintu atau memberi rebet cukai pintu k epada kedai-kedai perniagaan bagi mengurangkan kos kendalian para peniaga memandangkan kemerosotan harga komoditi utama seperti getah, kelapa sawit dan kayu balak. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kementerian saya tidak bercadang untuk memberi apa-apa cadangan berhubung dengan perkara ini. Puan See Too Mee: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sejauh mana yang saya tahu, bahawa kadar cukai pintu itu memang tidak dinaikkan, sebaliknya ia telah diturunkan, misalnya saya ambil satu contoh di kawasan Pasir Gudang, kawasan Tebrau di negeri Johor, kadar cukai pintu telah pun diturunkan daripada 0.3% ke 0.25% untuk kedai dan 0.14% untuk rumah kediaman. Jadi, sebenarnya nilai-nilai aset-aset yang dinaikkan dan bukannya kadar cukai pintu. Jika saya tidak salah, unit penilaian Majlis Tempatan telah membuat taksiran semula aset-aset setempat dalam tahun 1996 semasa ekonomi kita di paras tertinggi. Taksiran semula itu telah pun dinaikkan dengan berlipat ganda atau tiga kali ganda dan ia dibentangkan dan diluluskan oleh majlis daerah masing -masing tetapi hanya dilaksanakan pada tahun ini.

DN.16.5.2001

19

Apabila negara kita mulai menghadapi kelembapan ekonomi, jadi pada pandangan saya proses penaksiran semula pembentangan dan pelaksanaan itu adalah pada masa wrong timing, dengan izin. Jadi, soalan tambahan saya, jika rayuan tuan punya aset-aset berkenaan tidak dilayani, adakah pihak kementerian mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan menyiasat dengan lebih dalam sekali tentang kejadian tersebut supaya mengkaji semula adakah kenaikan cukai pintu yang disebabkan oleh kenaikan taksiran nilai aset-aset itu diperlukan pada setakat ini. Harap dapat jawapan dan sedikit penjelasan dari kementerian berkenaan. Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang begitu panjang. Yang Berhormat, pihak berkuasa tempatan Tuan Yang di-Pertua: Jangan beri jawapan yang panjang juga ya. [Ketawa] Datuk M. Kayveas: Boleh juga. Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak berkuasa tempatan di negara kita ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan sebarang perubahan dasar termasuk cukai perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan iaitu PBT boleh dari masa ke semasa mengenakan kadar tahunan dalam sesuatu kawasan PBT dengan syarat mendapat ke lulusan pihak berkuasa negeri dahulu. Oleh sebab itu, saya yakin semua kerajaan negeri mempunyai kebijaksanaan dalam menetapkan sesuatu kadar tahunan bagi pihak berkuasa tempatan. Oleh sebab itu, tadi saya katakan kementerian saya tidak bercadang pada masa ini untuk memberi apa-apa cadangan kepada kerajaan -kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini. Dato Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak puas hati jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Tepuk] Kita sebagai Senator di sini bila mahu berucap adalah untuk mencerminkan pandangan rakyat atau suara rakyat. Kalau jawapan hanya tidak bercadang, senang sahaja. Apa guna? [Tepuk] Sekurang-kurangnya jawapan ialah, pihak kementerian saya akan menimbang atau mengkaji pandangan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih. [Ketawa] Datuk M. Kayveas: Terima kasih, Yang Berhormat. Apa yang Yang Berhormat cadangkan atau tidak menerima jawapan saya adalah, kalau kementerian saya kata kita akan mengkaji, itu adalah satu penipuan kepada rakyat. Kita tidak akan buat begitu. [Tepuk] Kita di sini beritahu keadaan yang sebenar, keadaan yang Sekian, terima kasih.

DN.16.5.2001

20

sebenarnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah satu kementerian ke seluruh negara tetapi kita ada kuasa oleh kera jaan negeri dan juga kuasa daripada semua local council, oleh sebab itu tadi saya katakan , kuasa ini adalah dipunyai oleh kerajaan -kerajaan negeri dan kerajaan -kerajaan tempatan boleh membuat cadangan mengikut Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan. Kalau ada cadangan begitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyokong dengan penuh cadangan yang begitu. Pada masa ini kita tidak ada apa-apa cadangan daripada kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan. 10. Puan Hajah Che Jam binti Harun minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sejauh mana keberkesanan penswastaan Program Latihan Memandu dan mengapa peranan JPJ dikurangkan dalam hal ini. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan

daripada pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas institut memandu yang melaksanakan Program Latihan Memandu, adalah didapati bahawa secara keseluruhannya program yang dilaksanakan oleh institut memandu itu amat memuaskan, di mana ia dapat memberikan program latihan yang lebih baik. Ini adalah disebabkan peralatan canggih yang digunakan serta litar latihan yang terdapat di institut memandu dapat memberikan program pembelajaran yang lebih baik dan komprehensif berbanding dengan calon-calon ujian memandu sebelum ini. Bagi Program Latihan Memandu yang dijalankan di institut memandu dan sekolah memandu, JPJ tidak pernah terlibat secara langsung dalam program tersebut. Program latihan ini memang dijalankan oleh pihak swasta sejak tahun 1950'an lagi. Dalam hubungan ini, peranan JPJ dalam program ini hanyalah sebagai agensi pengawal selia sahaja serta menjalankan ujian bagi menguji kekompetenan pemandu sebelum lesen memandu dikeluarkan. Selain daripada itu , penglibatan JPJ dalam program ini ialah daripada segi penyediaan kurikulum yang wajib dipatuhi oleh institut memandu serta untuk mengawal selia pembangunannya. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam penswastaan Program Latihan Memandu ini tidakkah

DN.16.5.2001

21

kerajaan mengadakan penyelarasan yuran sebab ada setengah daripada institut memandu ini mengenakan yuran yang terlalu tinggi kepada pelanggannya. Jadi, tidakkah ada satu penyelarasan terhadap yuran dalam penswastaan ini? Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, mengenai kadar yang ada pada masa ini memang Kementerian Pengangkutan dan JPJ tidak menetapkan bayaran yang tetap tetapi secara umumnya adalah RM600 untuk sesiapa yang ingin mengambil latihan untuk memandu kereta dan RM300 untuk motosikal. Ini adalah berbeza sedikit kalau dibandingkan dengan sekolah atau institut memandu itu berada di bandar dan di luar bandar. Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, adakah kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh JPJ kerana pada masa ini, saya menerima banyak sungutan berkenaan dengan PUSPAKOM dan juga peraturan-peraturan baru seperti tidak membenarkan orang atau bukan rakyat negara ini menjadi pemandu kereta, lori da n sebagainya. Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat selalu ada soalan untuk Kementerian Pengangkutan [Ketawa] Satu hari kita akan lantik dia sebagai penasihat. Memanglah kerajaan sedar bahawa PUSPAKOM ada membawa sedikit sebanyak masalah dan juga pemandu asing yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Memang buat masa ini kita tidak dapat aduan yang spesifik, kalau Yang Berhormat ada memang boleh merujuk kepada kementerian. [Soalan No. 11 - Y.B. Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad , tidak hadir] 12. Tuan Zainal bin Rampak minta Menteri Sumber Manusia menyatakan , berapa lamakah masa/tempoh yang diambil bagi sesuatu proses pengiktirafan kesatuan sekerja dapat diselesaikan dan bilakah kementerian dapat mengemukakan pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terhadap pengiktirafan automatik setelah pemeriksaan keahlian dijalankan dan kesatuan mempunyai majoriti keahlian. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, pada kebiasaannya kementerian mengambil masa kurang daripada tiga bulan untuk proses pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Ia bermula dengan

DN.16.5.2001

22

menentukan kelayakan kesatuan itu mewakili para pekerja majikan berkenaan. Kemudian menentukan pula kedudukan peratusan k eahlian Kesatuan Sekerja itu, selepas itu barulah kementerian ini melalui Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan memaklumkan kepada majikan untuk mengiktiraf dan sesalinan kepada Kesatuan Sekerja. Jika majikan enggan untuk mengiktiraf, maka pihak kesatuan boleh melaporkan kepada pihak kementerian. Menteri Sumber Manusia boleh mengambil tindakan untuk mengarahkan majikan mengiktiraf Kesatuan Sekerja tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 masih dalam semakan terakhir oleh kementerian dan pejabat Peguam Negara. Terima kasih. 13. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah kementerian menyelaraskan dan memantau kegiatan-kegiatan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di tempat mereka bekerja, di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi yang dipunyai oleh kerajaan dan swasta. Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada masa ini merancang, melaksanakan, menyelaraskan dan memantau kegiatan kegiatan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama di peringkat masyarakat tempatan sahaja. Namun demikian, Jabatan Perpaduan Negara di bawah Kementerian Perpaduan Negara d an Pembangunan Masyarakat sentiasa memantau insiden insiden yang mungkin akan menjejaskan perpaduan negara di mana sahaja ia berlaku supaya tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera. Pejabat-pejabat Perpaduan Negara di peringkat negeri dan daerah dengan kerjasama 2,006 buah kawasan Rukun Tetangga sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan kanak-kanak, pelajar serta pekerja sektor awam dan swasta daripada pelbagai bangsa dan agama yang bermastautin di kawasan-kawasan Rukun T etangga di seluruh negara.

DN.16.5.2001

23

Sepanjang tahun 2000, sebanyak 23,006 aktiviti seperti sukaneka, gotong royong, Kem Padu Jaya Diri, Sebumbung Bersama Keluarga Angkat, Hari Raya, Tahun Baru China, Deepavali, Krismas, Gawai dan Keamatan yang melibatkan 1,940,628 orang peserta telah dilaksanakan. Kementerian juga telah mula mengadakan sesi dialog dengan pelajar-pelajar universiti mengenai isu perpaduan negara. Sesi dialog pertama telah diadakan dengan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan juga apabila Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bersidang pada 10 Mei 2001 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Usaha sedang juga diambil untuk memberi tumpuan kepada kelab -kelab perhubungan di peringkat sekolah. Terima kasih. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam pemantauan kementerian ke atas kegiatan -kegiatan yang diadakan di kalangan masyarakat, apakah kelemahan -kelemahan yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian yang difikirkan tidak mempunyai keberkesanan ke atas usaha perpaduan. Sebagai contoh, terdapat juga Rukun Tetangga -Rukun Tetangga kegiatan mereka diadakan untuk satu -satu kaum sahaja tetapi tidak ada kegiatan di mana semua kaum berkumpul untuk berinteraksi. Kalau adapun, ianya diadakan mungkin dalam setahun sekali iaitu apabila mengadakan upacara tahunan. Jadi, soalan yang ingin saya tanyakan di sini ialah sekiranya ada kelemahan seperti apa yang saya sebut tadi, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk membaikkan keadaan tersebut. Sekian, terima kasih. Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah suatu perkara yang berlaku di segelintir kawasan Rukun Tetangga sahaja. Kebanyakannya semua kaum melibatkan diri. T iap-tiap Jawatankuasa Rukun Tetangga juga mengadakan ahli-ahli jawatan kuasanya yang terdiri daripada semua kaum tetapi kadangkala apabila ada upacara di sesuatu kawasan dan jemputan diberi kepada semua kaum, kadangkala kita nampak hanya satu kaum sahaja melibatkan diri termasuk jawatankuasa jawatankuasa daripada kaum-kaum yang lain. Dalam keadaan seperti ini kita telah mengarahkan Jabatan Perpaduan di daerah supaya menentukan semua kaum mengambil bahagian dalam upacara ini dan ianya perlu digalakkan. Untuk berbuat demikian, kementerian saya telah pun mengambil tindakan supaya kita memberi nafas baru kepada semua Rukun

DN.16.5.2001

24

Tetangga yang ada dalam negara kita. Kita telah menjadikan Rukun Tetangga sebagai satu one stop center, dengan izin, untuk membantu penduduk-penduduk kawasan Rukun Tetangga. Jadi, apa sahaja masalah, masalah kebajikan, masalah sekolah, masalah dengan jabatan -jabatan kerajaan, Rukun Tetangga boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu penduduk-penduduk kawasan itu. Dengan cara ini penduduk-penduduk di kawasan itu dengan sukarelanya akan menghadiri upacara upacara yang diadakan oleh Rukun Tetangga -Rukun Tetangga di kawasan itu. Terima kasih. Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Rukun Tetangga berperanan sebagai penyubur integrasi kaum. Jika ahli Rukun Tetangga tidak bermesra, adakah pernah kerajaan membuat penyelidikan awal dalam soal ini? Terima kasih. Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, semua yang melibatkan diri adalah sukarelawan dan setakat ini kita tidak ada masalah seperti yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Jika ada juga masalah-masalah di tempat-tempat yang tertentu, Yang Berhormat berkenaan boleh berhubung dengan Jabatan Perpaduan yang berdekatan atau terus kepada kementerian supaya kita dapat memantau jika ada masalah-masalah seperti itu. Terima kasih. 14. Puan Safinah binti Jusoh minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap Singapura selepas kenyataan Perdana Menterinya bahawa orang Melayu di Singapura lebih maju daripada orang Melayu di Malaysia. Sejauh manakah kenyataan itu benar berdasarkan fakta. Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara di atas yang disoal oleh Yang Berhormat Safinah yang telah dilaporkan di surat khabar tempatan iaitu Berita Harian bertarikh 29 Januari 2001. Dalam kenyataan tersebut, Menteri telah menolak kenyataan Perdana Menteri Singapura yang tidak berasas sama sekali dan kenyataan Perdana Menteri Goh itu mempunyai agenda politik dalam negeri dan tidak seharusnya dihubungkaitkan dengan taraf dan kedudukan Melayu di negara ini yang telah mengecap kemakmuran hasil daripada dasar dan Program Pembangunan Kerajaan.

DN.16.5.2001

25

Kementerian juga telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia untuk membantah kenyataan tersebut. 15. To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad minta Menteri Pertanian menyatakan, apakah sambutan masyarakat terhadap program tanah terbiar. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan pada 21 Mei 2001 dan juga menyentuh isu tanah terbiar yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad. Tuan Yang di-Pertua, sambutan terhadap program membangunkan tanah terbiar sehingga kini pada keseluruhannya tidak begitu menggalakkan. didapati kebanyakan daripada pengusaha dan syarikat swasta lebih minat untuk memohon tanah kerajaan bagi pelaksanaan projek berskala besar. Ini disebabkan terdapat pemilik tanah yang mengambil balik tanah yang disewakan untuk melaksanakan projek sendiri apabila mereka nampak kejayaan pengusaha yang menyewa tanah mereka. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian melalui jabatan dan agensi di bawahnya masih berusaha untuk menggalakkan tanah terbiar dimajukan dengan pelaksanaan projek-projek pertanian. Di bawah Program Jabatan Pertanian bagi tahun 2001, pemulihan tanah terbiar sejumlah 658 hektar sedang dilaksanakan oleh pengusaha yang menyahut seruan kerajaan. Dalam tempoh tahun 2001 sehingga tahun 2005, jabatan berkenaan bercadang memulihkan sejumlah 15,000 hektar tanah terbiar tetapi ini akan tertakluk kepada peruntukan kewangan. Di bawah Program Lembaga Pertubuhan Peladang , semua pertubuhan peladang kawasan telah diminta mendaftar semua tanah terbiar ahli-ahli LPP yang bersetuju dimajukan oleh LPP ataupun pihak swasta yang ditentukan oleh pertubuhan peladang. Setakat ini keluas an tanaman yang diusahakan untuk ladang korporat pertubuhan peladang ialah 25,508 hektar manakala keluasan untuk ladang kelompok ialah 1,009,835 hektar. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Soalan tambahan saya, Tuan Yang diPertua ialah, apakah kerajaan oleh kerana terlampau banyak tanah terbiar ini yang tidak diusahakan oleh rakyat, apakah kerajaan ingin meminda rang undang-undang , Kanun Tanah Negara ataupun menasihati kerajaan-kerajaan negeri kerana ia berhubung kait dengan pemilik-pemilik tanah. Apakah dengan ada, contohnya

DN.16.5.2001

26

apabila tanah mereka terbiar begitu lama seperti 5 tahun, 10 tahun. Apakah Kerajaan Pusat khususnya Kementerian Pertanian ingin menasihati kerajaan-kerajaan negeri supaya diubah satu enakmen di tiap-tiap negeri supaya ada satu kaedah untuk menasihati pemilik-pemilik tanah kerana akhirnya Program Tanah Terbiar ini kalau dapat diusahakan ia akan menyambut tuntutan semasa kita dalam produktiviti pengeluaran bahan-bahan pertanian untuk negara. Terima kasih. Dato' Seri Mohd. Sha riff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli. Seperti mana kita semua maklum, tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, saya rasa undang-undang yang ada sama ada di bawah Kanun Tanah Negara ataupun kaedah tanah negeri masing -masing sudah pun mencukupi bagi menasihatkan tuan punya tanah mengusahakan tanah mereka kerana undang -undang sudah ada bagi membolehkan kita mengambil tindakan tindakan yang tertentu kepada orang-orang yang tidak mengusahakan tanah ini terpulang kepada pihak berkuasa kerajaan negeri ataupun kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan. Memang ada undang-undang di bawah kuasa kerajaan negeri dan di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan untuk meminta tuan punya tanah mengusahakan ataupun memajukan tanah kepunyaan mereka. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Jawab Lisan sudah cukup. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 2, 8, 11 dan 16 hingga 26 adalah dijilid dalam buku yang berasingan]

DN.16.5.2001

27

USUL MEMINDA SUSUNAN ATURAN URUSAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 13(2) 11.19 pagi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa; Menurut Peraturan Mesyuarat 13(2) Rang undang -undang Perbekalan Tambahan 2001, yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai nombor tiga didahulukan dan disenaraikan semula sebagai nombor dua dan Usul Perdana Menteri yang dijadualkan sebagai nombor dua hendaklah disenaraikan selepas Rang undang-undang Perbekalan Tambahan 2001 Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Usul dikemuka bagi diputuskan: dan disetujukan.

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan ke atas usul yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka penggal Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh. [15 Mei 2001] Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga menjawab.

DN.16.5.2001

28

11.21 pagi. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga [Dato Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahliahli Yang Berhormat yang telah memberi ucapan tahniah atas penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas kementerian ini semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, khasnya kepada Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Yang Berhormat Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim, Yang Berhormat Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun, Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri dan Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani. Saya amat menghargai semua pandangan dan cadangan yang diutarakan dan ianya akan dikaji dengan mendalam oleh kementerian untuk dijadikan asas perancangan hala tuju dan strategi pembangunan wanita dan keluarga. Tuan Yang di-Pertua, sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab mengenai pembangunan wanita dan keluarga, kementerian berperanan memberi nasihat serta mempengaruhi penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara supaya keperluan asas dan kepentingan wanita diperdanakan dalam semua dasar, strategi dan undang-undang. Kementerian akan memberi perhatian kepada isu -isu wanita dan keluarga seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk kemiskinan di kalangan wanita, terutamanya ibu -ibu tunggal, penyertaan wanita dalam pasaran buruh, keganasan termasuk gangguan seksual, eksploitasi terhadap wanita, undang undang dan peraturan yang mendiskriminasikan wanita serta isu keibubapaan dan pembangunan keluarga. Usaha berterusan dilaksanakan untuk menangani perkara ini. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim dan Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun kerana prihatin terhadap bilangan anggota Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Suka saya maklumkan di sini bahawa cadangan struktu r organisasi kementerian telah pun dikemukakan kepada agensi-agensi pusat dan kami menunggu keputusan daripada pihak JPA. Mengenai cadangan Yang Berhormat Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun dan Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani supaya kementerian mengambil langkah mengumpul data daripada pelbagai sektor

DN.16.5.2001

29

mengenai penglibatan wanita, suka saya maklumkan bahawa kementerian telah pun memulakan usaha-usaha untuk mengukuhkan sistem pengurusan maklumat dan data kementerian serta meminta kerjasama kementerian-kementerian lain menjalankan pengumpulan dan analisa data mengikut pecahan jantina (gender desegregated data). Dengan adanya data ini, perancangan strategi dan program pembangunan wanita akan menjadi lebih kemas, khasnya dalam menentukan pencapaian dasar wanita negara serta pelan tindakan pembangunan wanita. Tuan Yang di-Pertua, isu gangguan seksual seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof dan Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani memang merupakan antara isu yang diberi perhatian oleh kementerian. Kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa kebangsaan menangani keganasan terhadap wanita yang dianggotai oleh wakil daripada pelbagai sektor iaitu kerajaan, swasta dan pertubuhan -pertubuhan bukan ke rajaan. Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada isu gangguan seksual dan mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil, bukan sahaja oleh kementerian tetapi juga oleh agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta dan masyarakat, khususnya kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab mempromosikan kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat-tempat kerja. Berkaitan cadangan supaya kementerian mewujudkan satu mekanisme untuk membantu graduan wanita dan peniagawati agar tidak dibebankan dengan pinjaman dan sandaran, insya -Allah perkara ini akan dikaji dengan mengambil kira kewujudan skim-skim sedia ada. Pada anggapan kementerian, keutamaan perlu diberikan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan sokongan, khususnya bantuan kepada wanita -wanita yang menghadapi masalah yang mendesak dengan tujuan mewujudkan jentera yang lebih mesra wanita. Tuan Yang di-Pertua, masalah keruntuhan institusi keluarga dan gejala sosial seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff juga merupakan antara isu yang akan diberi perhatian oleh kementerian. Melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), beberapa langkah telah pun diambil untuk menangani masalah berkenaan. Langkah tersebut termasuklah melaksanakan program pendidikan dan latihan kepada

DN.16.5.2001

30

golongan remaja dan ibu bapa serta memberi perkhidmatan kaunseling dan penerangan. Melalui program pendidikan dan latihan, nilai-nilai positif seperti bertanggungjawab dan berdisiplin diterapkan khusus kepada golongan remaja. Manakala untuk ibu bapa, didedahkan dengan kemahiran mendidik dan mendisiplin anak-anak remaja supaya dapat mengelakkan tingkah laku negatif. Perkhidmatan kaunseling yang diberikan pula menyumbang ke arah mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh remaja dan keluarga mereka serta mendorong mereka ke arah penyelesaian yang positif bagi apa-apa masalah yang dihadapi. Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri supaya diwujudkan Majlis Wanita yang dianggotai oleh wanita Islam dan bukan Islam, saya ingin maklumkan bahawa jentera seperti ini telah pun sedia ada di bawah naungan Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai integrasi wanita dalam pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat . Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Dato Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: .yang telah mengalu-alukan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bagi laluan. Dato Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Pembangunan Wanita dan Keluarga. Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap mencelah di waktu ini mungkin tidak sesuai tetapi saya bimbang kalau saya tidak mencelah waktu ini, mungkin Yang Berhormat Dato Menteri menghabiskan ucapan ataupun andaian sayalah. Jadi, apa yang saya ingin memberi pandangan di sini supaya kementerian Saya belum lagi secara formal merakamkan tahniah dan terima kasih dengan kewujudan kementerian yang baru ini dan saya minta pihak kementerian mengambil keprihatinan yang sungguh-sungguh di dalam penjadualan wanita be rkerjaya kerana kita melihat tidak ramai kaum wanita yang bekerja di sektor-sektor sama ada kerajaan ata upun di industri-industri daripada penglibatan kaum wanita itu sendiri penubuhan Kementerian

DN.16.5.2001

31

kalau pihak kerajaan mungkin dalam bidang kejururawatan, itu tidak dapat dielakkan dan memang Islam membolehkan. Tetapi di industri-industri dan sebagainya, sebab kita kena kembali melihat kepada tabii (nature) wanita itu di tempat kerja mereka, mestilah pihak kementerian mengambil perhatian yang serius di mana wanita -wanita bekerja di kilang-kilang yang bekerja malam kerana fitrah dalam Al-Quran, Allah menyebutkan [Membaca sepotong ayat Al-Quran) Kaum wanita itu adalah pemakaian kepada kaum lelaki. Jadi, kalau kaum wanita itu asyik meninggalkan rumah di waktu malam, inilah yang menjadikan bibit-bibit ataupun faktor-faktor yang tidak sihat yang berlaku di dalam rumahtangga. Jadi, dalam soal ini memang Islam terus terang mengatakan kita tidak perlu malu dalam mendedahkan kebenaran. Jadi, saya minta saya tidak mahu dengar sama-sama kita bahawa kementerian hanya mengata, Kita akan mengambil perhatian dan Kita akan bertindak tetapi sejauh mana pelaksanaan dan bertindak dapat dilaksanakan? Saya harap kepada Yang Berhormat Dato, kena tegas dalam soal ini dalam membela keadilan warga wanita negara kita Terima kasih. Dato Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan di sini kepada Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak kerajaan kita mengambil berat dan serius tentang semua isu -isu wanita terutama wanita -wanita yang memerlukan pembelaan seperti mereka yang bekerja di kilang-kilang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita wanita yang mahu bekerja dan saya dapati bahawa kementerian bertalu -talu diminta oleh NGO wanita sendiri supaya wanita diberi layanan yang seimbang dengan kaum lelaki. Saya ada menerima permintaan bahawa jangan dihadkan pun masa wanita itu bekerja. Maknanya sekarang ini, saya difahamkan kebanyakan daripada majikan majikan terutama daripada kilang-kilang, jam 10.00 malam wanita akan dihentikan kerja untuk hari itu tetapi ada pula permintaan daripada wanita sendiri supaya mereka diberi peluang untuk mendapat overtime, maka kerja lagi lambat, tetapi dengan izin suami mereka. Jadi, kita kena mempertimbangkan tetapi kalau Yang Berhormat bertanya kepada saya, saya memang setuju. Saya tidak tahulah tentang wanita hendak jadi pakaian lelaki. Mungkin interpretasi itu lain. Mungkin apabila kita guna perkataan pakaian lelaki itu, dalam Arabnya lain kot, Melayunya lain tetapi walau

DN.16.5.2001

32

bagaimanapun Yang Berhormat, kita mesti jelas bahawa kepada saya bahawa wanita itu sama mustahak dengan kaum lelaki. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya takut nanti semua Ahli Yang Berhormat yang dengar tadi bahawa wanita adalah pakaian lelaki walaupun ada Hadis itu tetapi interpretasinya lebih kejap dan tegas. Namun b agi Yang Berhormat, saya ingin memberi kata yang tegas kepada Yang Berhormat bahawa isu-isu mereka, kita mengambi berat. Malah kementerian telah pun mewujudkan satu jawatankuasa rundingan di antara kedua dua menteri, Menteri Sumber Manusia dan saya sendiri bahawa isu-isu yang diketengahkan oleh MTUC bahagian wanitanya, isu yang diutarakan termasuklah beberapa jam wanita itu dibenarkan bekerja, kita dalam rundingan bersama -sama dengan majikan. Saya percaya bahawa dalam masa yang terdekat kalau tidak bulan ini pun, bulan depan dan tidak bulan depan pun, tahun depan. Dengan izin, I never give up , Yang Berhorma t, insya -Allah isu -isu mereka akan diberi perhatian. Cuma saya minta kerjasama daripada wanita. Kita mesti tahu apa yang kita mahu supaya kerajaan tidak mendapat pandangan yang bertembung. Setengah wanita dia hendak kerja malam, setengah wanita tidak mahu kerja malam tetapi pada akhirnya, saya percaya apabila kita kata tentang, dengan izin, empowerment of women atau memperkasakan wanita, ia bermakna bahawa wanita itu kalau dia sudah kahwin, bersama suaminya, dia membuat pilihan dan keputusan. Dia diberi penghormatan untuk membuat keputusan. Itu yang mustahak. Namun begitu Yang Berhormat, saya mengambil kira dan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana merakamkan penghargaan kepada kerajaan di atas penubuhan kementerian ini. Saya juga kalau boleh hendak ambil kesempatan ini Yang Berhormat, mengucapkan terima kasih kepada wanita-wanita di dalam politik terutamanya PAS kerana saya baca dalam newspaper bahawa akhirnya PAS mengikut jejak UMNO untuk memberi tempat kepada wanita membuat keputusan tertinggi [Tepuk] di dalam bidang politik. Saya ucapkan terima kasih. Mungkin saya rasa Yang Berhormat Puan Jamilah memberi input. Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi. Dijemput Yang Berhormat Puan Jamilah. Maknanya kita samalah mengikut jejak wanita UMNO. Terima kasih Yang Berhormat.

DN.16.5.2001

33

Puan Jamilah binti Ibrahim: Pertama

saya hendak membetulkan , ayat Pas bukan

yang saya baca tadi adalah ayat Al-Quran. Yang kedua, dalam pengamatan sepanjang hidup saya dan untuk memperbetulkan sedikit bahawa darjat dan memperkasakan wanita memberi penghormatan kepada wanita dan juga UMNO. Islam telah mengangkat dari awal lagi. Sebagai contohnya , dalam perjuangan di zaman Baginda Rasulullah , yang pertama yang membangunkan kesedaran, mujahid yang pertama telah membangunkan Islam ialah Sumaiyah. Yang kedua yang memperlihatkan keizinan Islam di dalam memperkasakan wanita dan kedepankan wanita ialah Musaibah, kerana di dalam satu peperangan Musaibah dapat mempertahankan tubuh badan fizikal Baginda Rasulullah di hadapan di masa yang cukup kritikal dalam peperangan. Jadi, Islam telah memberi pengiktirafan dan para sahabat memberi pujian di atas keberaniannya wanita Islam. Masalah budaya citarasa kami dalaman bukan PAS tidak mengiktiraf kami, tetapi kami melihat apakah kami memerlukan kepada pembelaan luaran sedangkan berkecamuknya kami di dalam. Jadi, sekarang kita tengok dari kesesuaian dan relevannya persediaan awal kalau kami akan meletakkan sesuatu untuk bertanding dan sebagainya. Itu tidak timbul masalah

kepimpinan PAS tetapi Islam, kita bercakap soal Islam. Kita tidak bercakap ideologi dan pandangan manusia. Apa yang saya ingin memberitahu di sini ialah dalam pengamatan saya, dalam sosial hidup di negara ini saya melihat di mana -mana pemikiran wanita negara terlalu over limit di dalam kebendaan, menjadikan wanita materialistik. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Penjelasannya. Puan Jamilah binti Ibrahim: Penjelasannya, antara kehidupan spiritual dengan kehidupan kebendaan wanita lebih perlukan kepada kebendaan mengatasi jiwa dan pemikiran. Tetapi bagi kami, insya -Allah, kami hendakkan keseimbangan antara doa yang kita baca bahawa [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] keizinan Allah kerana di sa na matlamatnya, di dunia ini kami tidak mengejar sangat kebendaan. Kalau hendak beza RM30 , kita paling contoh terdekat, kalau Dato Yang Berhormat memakai pakaian berharga RM3,000, saya memakai pakaian berharga pepatah Arab berkata [Membaca sepotong ay at berbahasa Arab] yang bermaksud: Pakaian itu bukan nilai di sisi Tuhan, tetapi yang nilai ialah akhlak, ilmu dan kesopanan. Dato' Hamzah bin Zainudin: [Bangun]

DN.16.5.2001

34

Puan Jamilah binti Ibrahim: Itu pandangan saya, saya minta Dato yang bertanggungjawab di dalam membelakan wanita negara dalam semua peringkat, wanita kita kena berani tegas dan insya-Allah, kami pihak Muslimat akan memberi sokongan kepada perkara-perkara yang tidak keluar dari batas-batas dan landasan Allah s.w.t., syabas. Tidak payah laluanlah. Timbalan Yang di-Pertua: Ada minta laluan kedua. Dato' Hamzah bin Zainudin: Ini saya minta laluan, terima kasih. Laluan terus kepada Dato Menteri. Saya ucapkan terima kasih, cuma saya tadi bila mendengar Kakak Jamilah saya mengatakan dalam PAS kita mengikut Islam iaitu membenarkan wanita PAS sekarang ini menjadi wakil dalam perhimpunan PAS sebagai contoh, disebabkan citarasa, disebabkan keadaan semasa, walhal UMNO sudah memikirkan keadaan citarasa wanita juga mengikut Is lam. Ya, memang telah dijelaskan oleh kakak saya tadi, Jadi, tidak mungkinkah ini akan menunjukkan bahawa selama ini UMNO juga telah mengikut cara -cara, citarasa kehendak wanita seperti mana yang ada dalam Al- Quran sendiri. Jadi saya hendak Dato Menteri menjelaskan ini kepada kakak kita yang mungkin keliru sedikit tentang keadaan ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato Shahrizat. Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya amat menghormati Yang Berhormat Senator Jamilah dan sebagai Ketua Muslimat PAS saya faham kedudukan mungkin kesulitan Yang Berhormat harus lalui sebab kadangkala wanita ini kita fahamlah ada hadnya. Islam ada had saya faham itu, namun begitu saya mengikuti, malah di kementerian kita mengikuti bukan hanya PAS tetapi perjalanan semua parti-parti politik di negara kita ini dan kita akan memberi desakan jika perlu supaya jangan ada mana -mana pihak menyekat pembangunan dan kemajuan wanita, itu pertama, bukan status kera na dia itu PASkah, dia KeADILankah tidak ada. Tetapi kita melihat secara makro bahawa supaya tidak ada mana-mana pihak terutama parti-parti politik yang menyekatkan pembangunan wanita. Saya bukan hendak katalah, hendak ambil PAS, tidak ada dan saya faham kesulitan Yang Berhormat sudah semestinya di mana Yang Berhormat dan semua Muslimat lain melaluinya, pertama. Yang keduanya saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato Hamzah memang kerajaan hari ini adalah satu kerajaan yang menghayati prinsip prinsip Islam tentang kemajuan wanita. Lama sudah Yang Berhormat bukan ini

DN.16.5.2001

35

hendak membawa perwakilan yang akan datang ini. Hasil perjuangan ini kita ada kementerian malah

wanita

khususnya dalam politik Barisan Nasional kerana hasil perjuangan merekalah hari sebelum itu Yang Berhormat kalau tidak ada perjuangan wanita-wanita ini maka nescayalah tidak akan wanita menjadi 50% lebih kurang, 47% sebenarnya tenaga pekerja di negara kita ini. Kalau kita di tahap lama wanita tidak boleh membuat itu, tidak boleh membuat ini, sebab agama bukan Islamlah, kita hendak menggunakan mana-mana agama, kata semuanya wanita tidak boleh, saya rasa wanita biar terperap di rumah tidak payah menguit pun langsung, sebab apa, tidak boleh. Tetapi syukur alhamdulillah, dengan perjuangan kerajaan yang ada pada hari ini, hasil perjuangan sejak tahun 1949 lagi apabila wanita UMNO diwujudkan, maka hari ini wanita di Malaysia berdiri sama tegak dengan kaum bapak, alhamdulillah. Saya hendak merakamkan bahawa ini adalah kerana hasil perjuangan kerajaan yang ada dan perjuangan kita untuk wanita berasaskan prinsip-prinsip Islam. Kita cakap dan bikin itu yang mustahak. Kadangkala ada setengah orang itu dia cakap tetapi tidak bikin, kalau dia bikin pun nasib baik tidak lambat. Kalau kita dok tunggu dia orang hendak bikin itu, Yang Berhormat, saya takut di alaf baru ini wanita Malaysia nanti ketinggalan. Tetapi hari ini pi lah mana -mana pun, Yang Berhormat, cukuplah wanita Malaysia diberi pendidikan, diberi peluang. Tetapi itu tidak kepada saya sebagai Menteri, kalau boleh Yang Berhormat kita

berganding tangan, wanita dengan wanita ketepikan ideologi politik ya. Kita mesti memperjuangkan untuk pembangunan wanita di alaf ini. Terima kasih. Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi kepada Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ada soalan tambahan sedikitlah kepada Dato. Jadi, kalau kita dengar perbincangan t adi maknanya wanita Malaysia kita sekarang dibina di atas prinsip Islam. Jadi, soalan saya, apa yang dikatakan oleh Dato Yang Berhormat tadi dari sudut kepimpinan wanita kalau saya tidak silap, adakah sudut ini sahaja yang berdasarkan kepada Islam? Kita hendak pembinaan wanita Malaysia kita ini semuanya berdasarkan kepada Islam sebab Allah telah menyebut dalam Al Quran [Membaca sepotong ayat Al Quran] yang bermaksud: Barang siapa yang mencari yang lain daripada Islam, maka Allah tidak akan te rima daripadanya [Membaca

DN.16.5.2001

36

sepotong ayat al-Quran ]

yang bermaksud :

di akhirat nanti dia akan bertemu

dengan neraka, iaitu kerugian yang amat-amat besar. Jadi, dalam keadaan ini maka kita hendak supaya dalam menyelesaikan segala persoal an ini kita bukan bergantung kepada kaum ataupun bangsa, kita hendak penyelesaian kita ialah kembali kepada asal kejadian manusia, iaitu kita ini keturunan Adam, kita semua ini M [ embaca sepotong ayat berbahasa Arab] yang bermaksud: kita semua ini daripada umat yang satu, kita semua adalah keturunan daripada Nabi Adam, jadi kita hendak pembinaan wanita kita ini berdasarkan kepada apa yang digariskan oleh Allah. Jadi, kita hendak penjelasan daripada pihak kementerian, apakah dasar sebenarnya, titik tolak dalam usaha untuk membina wanita Malaysia supaya kita benar-benar menghayati Islam, bukan sekadar satu sudut sahaja kita mengambil Islam, satu sudut kita mengambil cara Barat tetapi kita mengambil satu dasar yang tegas supaya dalam kita memartabatkan wanita Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat Dato. Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya agak samar-samar apa dia Yang Berhormat Siti Zailah hendak, tetapi mungkin saya fahamlah sedikit sebanyak. Cuma saya hendak menyatakan pada kita sebagai insan di dunia sama ada lelaki ataupun wanita, kita mengambil keputusan sendiri, cara mana, bagaimana kita hendak melayari hidup ini. Kerajaan kita memberi infrastruktur, kalau wanita itu sama ada dia Islam atau bukan Islam kementerian ini sebenarnya untuk semua, Islam dan bukan Islam ya. Kita memberi infrastruktur yang terbaik, maka kamu pilihlah cara, jalan yang kamu suka. Maknanya, kalau Islam ini caranya, kalau macam saya rasa ini cara saya akan diredai oleh Allah, dunia akhirat, saya jalankan kerja saya, cara saya, seperti mana Yang Berhormat mungkin berfikir bahawa cara Yang Berhormat sebagai wanita Islam ini cara yang terbaik yang diredai Allah, maka jalankan . Kepada saya, ini dia cantiknya kerajaan yang ada pada hari ini. Kita jaga kubur kita dahulu, yang itu yang pertama. Kita nasihat orang tetapi kita tidak jaga kubur orang lainlah. Maaf cakaplah, sebagai hendak Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Penjelasan. Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil:.. memberi maknanya.. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat , nampaknya satu gambaran

DN.16.5.2001

37

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Sekejap Yang Berhormat ya Jadi, cuma saya hendak memberitahu insya -Allah bahawa di bawah kerajaan ini kita akan memberi peluang kepada wanita pertama untuk menjadi rakan kongsi kaum bapa yang bermakna, rakan kongsi kaum bapa yang bermakna sama ada daripada segi individu di rumah atau di tempat kerja. Kalau kerajaan mampu menjalankan ini, saya rasa syabaslah kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi, jangan khuatir tetapi untuk keputusan-keputusan peribadi, Yang Berhormat, saya rasa kita kerajaan tidak masuk campur. Kita tidak membuat keputusan untuk individu itu, kita hanya memberi infrastruktur yang terbaik kepada mereka. Saya hendak mengambil kesempatan sedikit, hendak menjawab apa yang Senator Jamilah kata tadi tentang wanita dan materialisme. Yang Berhormat, kita banyak ada sudut yang kita berkongsi pendapat tetapi yang ini saya tidak bersetuju dengan apa Yang Berhormat katakan. Sebab apa dalam pengalaman saya sebagai wakil rakyat enam tahun , Yang Berhormat, mana -mana saya turun ke padang tidak ada satu wanita yang saya jumpa yang tidak mahu kesenangan dalam hidup ini, tidak ada. Sama ada dia Islamkah, dia bukan Islam, yang miskin, Yang Berhormat, dia tunggu sahaja dan berdoa kepada Allah supaya dia dapat sedikit nikmat dalam hidup ini. Maknanya sama ada pakaiankah, rumah diakah, kereta diakah, hendak berjalankah, dia hendak bersolekkah, apa pun dia perlu apa yang dikatakan materialistik. Saya tidak tahu apa Yang Berhormat kata maknanya tadilah. Tetapi kalau kata wanita dia tidak mahu kebendaan, saya rasa itu tidak betul. Wanita kita mahu hidup seimbang, kita mahu spiritualnya , kita mahu kebendaannya, dengan izin, thus nothing wrong with that. Tidak ada salah kalau wanita itu berkata hari ini saya mahu kekayaan di dunia ini, kalau orang yang berkata dia tidak mahu kekayaan saya hendak ada list di kementerian. Okay, saya wanita saya sanggup menjadi miskin, dan saya hendak, kalau ada Yang Berhormat, masya-Allah. Yang saya tahu wanita kita hendak seimbang, dunia akhirat dan selagi saya menjadi Menteri di kementerian ini, insya-Allah , kita akan membawa wanita ke jalan yang diredai oleh Allah. Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat. Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun] Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Oh ya, saya rasa ..

DN.16.5.2001

38

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Saya dahulu. Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat yang meminta laluan dahulu tadi. Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Tuan Yang di-Pertua, tadi memang diperkatakan bahawasanya wanita yang disebut oleh saudari Yang Berhormat tadi, sebenarnya ada yang dahulu menghormati wanita iaitu Rasulullah s.a.w. Kita jangan lupa yang mana sewaktu di zaman jahiliah tidak ada siapa yang memperjuangkan wanita selain daripada Rasulullah. Rasulullah mengatakan [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Sebab di masa itu kita tahu bahawa wanita ini begitu hina sekali dilakukan oleh kaum laki-laki. Dengan bangunnya Rasulullah s.a.w sebagai Rasul maka Rasulullah telah meletakkan wanita itu ke taraf yang begitu tinggi sekali. Yang mana kita tahu apabila seorang ibu yang dikatakan bahawasanya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, ibu yang boleh mendidik, mengasuh, menjanakan anak-anaknya dengan jana yang baik. Jadi, kalaulah ibu itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana dia akan melahirkan anak yang boleh menghuni syurga, satu. Kedua Rasulullah juga mengatakan [Membaca sepotong hadis], sesiapa menghormati wanita maka dia adalah baik dan siapa yang menghina wanita adalah hina. Sekiranya wanita tadi kita kata sebagai pakaian orang lelaki tentu hinaan wanita. Jadi saya rasa Allah SWT berfirman tidaklah meletak wanita sehingga begitu sekali hina. Jadi Yang Berhormat sekalian kerana itulah apa yang dikatakan oleh menteri kita tadi, makna dah kena sangat yang mana hari ini kementerian kita telah meletakkan wanita begitu tinggi sekali sehingga saya rasa kalau kita ingat bahawa yang mula-mula sekali memperjuangkan buku teks free ini untuk sekolah -sekolah ialah kita wanita. Dicadangkan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail. Kalau tidak buku teks di sekolah itu berbayar. Ini adalah perjuangan oleh UMNO dan wanita sendiri. Yang Berhormat sekalian, seperti yang diperkatakan tadi maknanya kita juga kena mengingati yang mana kata kebendaan ini semua, orang hendak benda. Kerana itu saya rasakan Yang Berhormat daripada parti pembangkang juga mengambil elaun, claim dan sebagainya, maka kalau tidak ada ini bagaimana kita hendak merangkak, berjalan di bumi Allah ini. Kedua juga, saya mengatakan tuan-puan juga datang ke mari dengan kenderaan. Kalau kita tidak ada kebendaan, bagaimana kita hendak beli kenderaan? Anak-anak sekolah, kediaman dan sebagainya, kita ambil loan untuk

DN.16.5.2001

39

rumah dan sebagainya. Ini atas kebendaan yang dikatakan tadi dan juga Rasulullah mengatakan, [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud: Carilah kamu untuk dunia ini ibarat kamu akan hidup selama-lamanya dan kamu carilah untuk bekalan akhirat ibarat kamu akan mati esok. Ini disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Kalau kita sebagai umat Rasulullah tidak memegang kata Rasulullah S.A.W. bagaimana? Dan lagi Rasulullah ada mengatakan [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud: Hampir sangat orang yang fakir itu kepada kufur. Jadi, maknanya kalau kita sudah susah, pa pa-kedana di atas muka bumi ini, maka tibalah masanya kekufuran akan datang kepada kita. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Puan Jamilah binti Ibrahim. Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih. Sebenarnya saya ingin membuat pembetulan sedikit. Saya amat bersetuju, sebab itu saya mengucapkan syabas di akhir ucapan saya tadi. Cuma, mungkin daripada segi penganalisaan dan method cara kita memahami, sebab ia memerlukan satu discussion di meja bulat. Benda ini, benda ilmiah dan benda ini adalah memerlukan satu kajian yang cukup panjang. Sebab itu, saya bersedia diri dan kawan-kawan saya untuk membantu pihak kementerian Yang Berhormat. Jangan memandangkan pandangan sebegini negatif. Jadi, kita pakat-pakat hendak memberi pandangan kepada objektif doa yang kita baca tiap -tiap hari. Jadi, dalam soal apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Dato tadi dan disebutkan oleh Yang Berhormat Ustazah tadi, jelas bahawa Rasulullah kata [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud: Islam memerlukan kepada mukmin yang ada kekuatan, daripada segi ekonomikah, mentalitikah, fizikal dan lain -lain lagi, itu keperluan. Sebab itulah, dalam memberi sedekah pun, ada pandangan ulama mengatakan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud: Pemberian tangan lebih baik daripada penerima, itu jelas sudah dan semua kita tidak pertikaikan. Timbalan Yang di-Pertua: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah? Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, tangan pemberi ini. Makna pemberi itu. Sebab, cuma dinasihat akhlak, cantiknya dalam Islam, kalau memberi tidak payah tulis nama, oh, ini derma daripada saya, maknanya sembunyilah. Ada waktu-waktu dikata boleh .... Timbalan Yang di-Pertua: Kadang-kadang boleh juga, ya?

DN.16.5.2001

40

Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, kadang-kadang boleh juga. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, yang saya hendak buat pembetulan daripada segi nature wanita. Maknanya kalau kita melahirkan wanita yang terlalu lebih kepada kebendaan dan jangan menafikan ramai wanita yang terlalu melebihkan kebendaan, dia merayu kepada abang dia tiap-tiap hari abang, bila orang hendak bagi itu, ambillah. Halalkah tidak ambilan yang senyap-senyap? Tolonglah ambil ini, saya bawa satu bungkus ini, satu bungkus dia ambil, [Menunjukkan bungkusan kertas] tolong ambil, alah abang, ambillah, boleh kita round dunia. Jadi, kadang kadang rasuah juga penyebab melalui daripada desakan isteri. Sebab itu, yang saya hendak minta supaya keseimbangan. Bukan kita tidak hendak, kita pun h endak. Tidak boleh menafikan , itu adalah nature dan perasaan hidup manusia memerlu kan kepada keperluan. Tetapi, keperluan yang saya hendak minta tegas di sini, jangan melebihi. Kalau negara kita rasuah, kita tidak boleh menafikan sebahagian daripada isteri-isteri itu mendesak suaminya supaya ambil rasuah tetapi, kita tidak kajilah benda ini. Saya pun tidak keterlaluan. Mungkin satu assumption ataupun satu andaian, mungkin boleh jadi benda ini. Jadi......... Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: [Menyampuk] Puan Jamilah binti Ibrahim: Jadi, itu yang saya hendak minta Yang Berhormat dalam menghadapi suasana di zaman globalisasi membela wanita dengan cara yang sesuai pada nature wanita itu. Masalah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Hunnaliba sillakum itu adalah.. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: [Menyampuk] Puan Jamilah binti Ibrahim: Itu ayat Al-Quran. Jadi, menceritakan bahawa peranan wanita. Yang saya hendak kembali tadi, yang saya kata kalau keluar Tetapi, yang kita hendak bagi suatu bekerja malam, memanglah masalah bila kita duduk di tempat itu, memang kita tahu masalah susah, wanita sendiri mendesak. method supaya antara benda dengan kedamaian, antara rumah tangga dengan ekonomi, mana lebih bahagia? Apakah kepincangan berlaku dalam rumah tangga kerana kita hendakkan kemantapan ekonomi? Anak-anak terbiar, kemudian anakanak kita akhirnya berpelesiran dan berada sepertimana kita hadapi remaja lari daripada rumah, bukan daripada anak-anak orang-orang miskin. Kebanyakan juga anak-anak orang yang lebih mampu tetapi, tidak mendapat kemesraan kasih sayang daripada ibu.

DN.16.5.2001

41

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta dipendekkan sedikit. Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, cukuplah saya rasa. [Ketawa] Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya tamatkan penggulungan ini, saya rasa selepas ini Yang Berhormat, saya hendak kena belajar balik cakap bahasa Arab ini. [Ketawa] Saya pun pergi sekolah Arab, Yang Berhormat, lapan tahun ya, tetapi tidak pandailah nak kata tentang hadishadis yang diutarakan oleh Yang Berhormat. mulia sekali. Ini eloklah cik abang-cik abang yang ada di sini pun ingat-ingatlah itu sama. Tetapi, saya tidak bersetuju Yang Berhormat, bila kata, bila kaum bapa itu buat rasuah, isteri dia pula yang hendak dipersalahkan. Sebab banyak perkara di dunia ini, kalau lelaki sudah buat salah, dia lihat mestilah orang perempuan yang punya pasal. Kita kena hakis pendapat yang macam itu, Yang Berhormat, sebab apa , orang lelaki ini kadang-kadang dia buat orang perempuan tidak tahu apa-apa pun. Selepas sudah last , sudah habis dan benda sudah jadi bubur, barulah wanita tahu. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Ya. Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil : rasuah. Jadi, saya tidak setuju Yang Berhormat kata ada wanita, isteri-isteri yang menyebabkan suaminya menjadi Saya rasa wanita nanti rasa amat bimbang apabila mereka dengar statement itu. Saya rasa mungkin ini adalah satu andaian sahaja daripada Yang Berhormat. Jadi, itulah sahaja Yang Berhormat, saya ambil kira kesemua yang telah diperkatakan. Saya menunggu perjumpaan dengan Yang Berhormat sebab, baru baru ini kementerian telah pun mengadakan satu perjumpaan bersama -sama semua wakil-wakil rakyat wanita termasuk daripada parti pembangkang tetapi Yang Berhormat tidak dapat hadir, hantar Yang Berhormat Puan Siti Zailah dan beliau telah pun memberi feed back . Saya telah menyatakan bahawa dalam isu wanita, kita ketepikan buat sementara ideologi, pendapat berlainan politik kita. Jadi, itulah sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana mengambil perhatian untuk kementerian ini dan insya -Allah, berkat sokongan semua, kita akan dapat membela nasib wanita di negara ini. Sekian, terima kasih. . Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atas Namun begitu, saya menyokong pendapat bahawa dalam Islam, memang meletak wanita di satu tempat yang begitu

DN.16.5.2001

42

jawapan -jawapan sebentar tadi dan dengan ini, kita pergi kepada jawapan daripada kementerian yang terakhir kali ini. Kita jemput daripada Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor. 11.58 tgh. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor]: Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikummussalam. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor : Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Senator yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja sempena pembukaan rasmi sidang Parlimen Penggal Ketiga, Parlimen Kesepuluh ini yang menyentuh perkara -perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman meminta kerajaan supaya mengkaji dan menyemak semula sempadan pilihan raya bagi menambah bilangan Ahli Dewan Rakyat. Seterusnya, beliau mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara ditambah daripada 69 kepada 100 ahli dengan nisbah 2:1 antara Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan ulang kaji dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya telah ditetapkan di bawah seksyen 113 dan Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan itu menetapkan bahawa urusan ulang kaji dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya dijalankan dalam tempoh lapan tahun sekali. Urusan ulang kaji dan persempadanan yang te rakhir untuk negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah telah diluluskan dan berkuat kuasa pada bulan Mac 1994. Mengambil kira lat tempoh lapan tahun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan hanya memulakan urusan ini pada bulan Mac 2002 dan apabila ianya mula dijalankan, urusan ini perlu disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun. Apa yang sedang dilakukan oleh SPR buat masa ini ialah membuat persiapan awal daripada segi mengumpul data pertambahan penduduk dan pertambahan pemilih berdaftar. Mengkaji kawasan pembangunan seperti industri, kawasan-kawasan perumahan baru dan sebagainya.

DN.16.5.2001

43

Maklumat awal ini perlu bagi membolehkan

Suruhanjaya Pilihan Raya

membuat cadangan -cadangan sama ada untuk menambah ataupun mengubahsuai sempadan-sempadan bahagian Parlimen atau Negeri berdasarkan kepada faktor ini dan keperluan semasa. Ini kerana tujuan urusan ulang kaji dan persempadanan semula bahagian pilihan raya adalah untuk mengimbangi jumlah pemilih bagi satu satu kawasan pilihan raya setelah mengambil kira pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan -kawasan tersebut. Semua urusan dan ulang kaji persempadanan bahagian -bahagian pilihan raya adalah dilaksanakan mengikut peruntukan dalam Jadual 13 , Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip persempadanan yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya . Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menambah keanggotaan Dewan Negara kerana bilangan yang ada sekarang adalah mencukupi dan berupaya membahaskan perkara-perkara yang dibawa ketika Dewan Negara. Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa keanggotaan Ahli Dewan Negara telah ditambah seorang lagi iaitu bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang menjadikan kesemua Ahli Dewan Negara 70 orang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Senator Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga menyentuh mengenai keselamatan ICT negara ini perlu diawasi setiap masa kerana laman -laman web kerajaan telah dicerobohi sebanyak 49 kali sejak bulan Februari 1999 hingga bulan Mac 2001. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan pasukan audit keselamatan ICT supaya semua ICT dapat diawasi. Untuk makluman Yang Berhormat, lima strategi telah diambil untuk menangani isu audit keselamatan ICT sektor awam iaitu: Yang pertama, penubuhan Bahagian Keselamatan ICT Awam. Bahagian Keselamatan ICT di MAMPU, Jabatan Perdana Menteri telah mula beroperasi pada 1 Jun, 2000. Salah satu fungsi utama Bahagian Keselamatan ICT ialah menjalankan program audit keselamatan. Yang kedua, merangka dasar keselamatan ICT sektor awam bagi menerangkan: (a) keperluan melindungi aset ICT kerajaan .. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato, ada minta laluan. Datuk Haji Karim Ghani. Laluan diberi, jemput Datuk. Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang diPertua. Saya pendekkan sahaja. Memandangkan penduduk Sabah adalah 11%

DN.16.5.2001

44

daripada penduduk di Malaysia, dan penduduk di Sarawak 9% daripada penduduk Malaysia dan di Sabah, kawasan Parlimen tidak bertambah sejak tahun 1973, bererti 30 tahun. Jadi, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan supaya di Sabah itu nanti, kawasan Parlimen ditambah kerana daripada segi penduduk dan besarnya juga Sabah itu, kurang lebih 2/3 kawasan Semenanjung. Di Semenanjung ada 135, di Sabah hanya 20. Barangkali masanya sudah tiba untuk kerajaan mencadangkan kawasan Parlimen di Sabah itu ditambahkan. Berhormat? Terima kasih. Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya sebut lebih awal tadi bahawa peruntukan ini di bawah Jadual 13, Perkara 113 Perlembagaan Malaysia. Dan seperti yang telah saya sebut bahawa kajian sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya terhadap kawasan kawasan yang difikirkan perlu diperkecil ataupun diperbesar untuk menambah Ahliahli Parlimen bagi kawasan -kawasan pilihan raya yang telah Yang Berhormat sebut tadi. Walau bagaimanapun seperti yang telah saya sebut bahawa lat tempoh ialah lapan tahun dan urusan ini akan dimulakan pada bulan Mac 2002 dan apabila ia mula dijalankan , kita minta SPR supaya menyiapkan urusan ini dalam masa tempoh 2 tahun. Dan kalau difikirkan perlu oleh SPR, perkara ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri dan kerajaan akan memikirkan, adakah ia bersesuaian untuk mengubah persempadanan semula. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Merangka dasar keselamatan ICT sektor awam bagi menerangkan; (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) menjelaskan: (i) (ii) (iii) pengurusan langkah -langkah keselamatan; isu-isu operasi dan teknikal; isu-isu perundangan ; dan keperluan melindungi aset ICT kerajaan ; kaedah perlindungan; objektif dasar keselamatan; prinsip-prinsip keselamatan; skop perlindungan; dan tanggungjawab ketua jabatan. Macam mana pendapat Yang

Ketiga, merangka garis panduan keselamatan ICT sektor awam bagi

DN.16.5.2001

45

(iv)

senarai semak dalam bentuk template bagi memudahkan agensi awam mengambil inisiatif awal.

Keempat, pelaksanaan program audit keselamatan sektor awam. Program tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu; (i) Program audit bertujuan untuk mengukur pematuhan terhadap rangka dasar keselamatan ICT dan garis panduan keselamatan ICT sektor awam serta mengenal pasti jurang pematuhan; dan (ii) Program audit infrastruktur ICT bagi menilai keteguhan dan kelemahan infrastruktur ICT dan pengoperasian struktur agensi sektor awam dan mengemukakan cadangan pengukuhan dan lawatan semula bagi proses jaminan kualiti Kelima, pelantikan Chief Information Officer (CIO) dan ICT security officer (ICTSO) di agensi-agensi sektor awam. MAMPU telah meminta setiap agensi untuk melantik pegawai-pegawai menjalankan tanggungjawab sebagai CIO dan ICTSO bagi; (i) (ii) (iii) menyediakan infrastruktur ICT mengetepikan prinsip-prinsip keselamatan ; menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur bagi tujuan audit; dan menjalankan penilaian risiko dan mengadakan pelan rancangan pematuhan bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard garis panduan prosedur dan langkah keselamatan ICT. Yang Berhormat Senator Dato Aziz bin Abdul Rahman juga mencadangkan kerajaan membuat kajian impak sosial bagi sesuatu pembangunan sosioekonomi yang hendak dilaksanakan seperti kajian di atas setinggan-setinggan. Kajian tersebut hendaklah menggunakan pakar-pakar dan tenaga penyelidik dari universiti tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sedar bahawa pembangunan ekonomi yang pesat akan memberi kesan yang ketara ke atas keadaan sosial dan budaya negara. Oleh yang demikian, kajian impak sosial akan diberi lebih penekanan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk merumuskan dasar dan program sosial yang

DN.16.5.2001

46

berkaitan untuk memastikan rakyat boleh menangani perubahan sosial yang wujud akibat daripada pembangunan tersebut. Yang Berhormat Senator Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga membangkitkan isu mengenai amanat Haji Abdul Hadi dan kesan kepada masyarakat. Beliau ingin tahu , apakah kerajaan mempunyai maklumat data-data berapa ra maikah pasangan -pasangan yang terpaksa bernikah dua kali dan berapa ramaikah yang terpaksa sembahyang jemaah berasingan kerana isu dua imam. Di samping itu beliau juga ingin tahu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan adakah amanat Haji Hadi itu bercanggah dengan Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tiada mempunyai maklumatmaklumat jumlah pasangan yang terpaksa bernikah dua kali dan jumlah mereka yang terpaksa sembahyang jemaah berasingan kerana isu dua imam. dua imam. Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai bukti berlaku kahwin dua kali dan sembahyang Kes kahwin dua kali contohnya ialah pada 13 Ogos 1981 seorang pasangan dari Kampung Bukit Payung, Hulu Besut Terengganu yang dinikahkan oleh jurunikah bertauliah Wan Abdullah bin Wan Ahmad telah dinikahkan sekali lagi pada malam hari yang sama. Kes sembahyang berjemaah berasingan dengan dua imam ialah seperti berikut. Pada 4 Jun 1982 dan sepanjang bulan Ramadan tahun itu Kampung Gong Pasir, Besut Terengganu di mana lebih 50 orang penyokong PAS bersembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih mengikut imam sendiri walaupun ketika itu imam rawatib sedang menunaikan sembahyang dengan diikuti oleh ramai jemaah. Pada 7 Mei 1982 di Kampung Gong Pasir, Besut Terengganu lebih kurang 60 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada ahli dan penyokong PAS telah menunaikan sembahyang Jumaat berasingan daripada jemaah yang diimamkan oleh imam rawatib. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang untuk kali yang ke -16 pada 18 dan 19 Februari 1986 yang berlang sung di bilik mesyuarat rumah rehat Pekan, Pahang Darul Makmur telah memutuskan mengenai amanat Haji Hadi seperti berikut. (i) (ii) (iii) bercanggah daripada segi ajaran Islam; bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan agamanya ; dan bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah .

DN.16.5.2001

47

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Khoo Lay Hin membangkitkan isu banjir kilat di Kuala Lumpur pada 26 April Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: [Bangun] Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat Dato Tengku ada yang minta laluan. Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor: Ya, sila. Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia kerana memberi laluan. Berkenaan dengan amanat Haji Hadi ini t elah diputuskan oleh Majlis Fatwa. Salah satu daripada isunya ialah kepercayaan sebahagian daripada rakyat yang jahil terpaksa menerima bahawa PAS itu ialah Islam dan setidak-tidaknya ianya akan menjadi satu kefahaman ataupun meletakkan rakyat daripada bentuk akidahnya , apabila dia percaya. Jadi oleh kerana perkara ini telah didapati salah dan melanggar peraturan dan aturan sebagaimana dijelaskan oleh Majlis Fatwa , apakah kerajaan sekarang masih berlembut dengan tidak menggunakan beberapa perkara yang bol eh memberi faedah untuk jangka panjang umat Islam keseluruhannya. Dan bukankah amanat ini sendiri telah diberanikan oleh beberapa pemimpin PAS yang sekira kiranya ia merupakan satu daripada jenayah yang meletakkan hukum kepada masyarakat seperti konsep mati syahid umpamanya dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada jawatankuasa fatwa kebangsaan. Jadi dalam hal ini apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan isu penggunaan perkataan Islam dalam PAS itu sendiri kerana kita tahu bahawa PAS menggunakan perkataan Islam itu sendiri sedangkan pendekatan serta gerakan serta operasi parti itu sendiri bercanggah dengan kehendak-kehendak syariat Islam. Jadi pengguguran perkataan Islam ini telah dibangkitkan oleh saya sendiri pada 26 Jun 1999 . Kemudian banyaklah cerita berkenaan ini sehingga berbalik-balik pendapat, banyak di antara pemimpin -pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin UMNO dan puak-puak mufti serta cendekiawan , intelektual Islam itu sendiri. Jadi apakah Majlis Fatwa Kebangsaan dengan membenarkan perkataan Islam itu akan lebih membenarkan pemimpin-pemimpin PAS ini menggunakan perkataan Islam itu sendiri di dalam gerakan parti mereka. Jadi dalam hal-hal ini ianya seolah-olah menidakkan bahawa Malaysia yang telah meletakkan Islam

DN.16.5.2001

48

sebagai agama rasmi ditidakkan melalui operasi yang dilakukan oleh gerakan politik PAS ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kerajaan secara khususnya bahawa apakah tindakan susulan apabila perkara perkara seperti ini yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa ini, walaupun Majlis Fatwa membenarkan organisasi menggunakan perkataan Islam tetapi akhirnya ianya tidak dilakukan dengan gerakan secara Islamic. Jadi perkara ini tidak begitu tegas yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau boleh, bolehkah kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada bangsa yang kita hendak bentuk begitu lama tetapi kepada Islam yang kita letak sebagai agama suci di negara kita ini supaya ianya tidak akan berlaku lagi seperti Yang Berhormat menjelaskan tadi, bernikah dua imam, berebut masjid dan sebagainya. Jadi kalau boleh satu pendirian tegas harus dinyatakan oleh kerajaan dalam hal-hal ini. Keruntuhan kerajaan PAS sebelum 1983, selepas Dato Asri diusir keluar daripada kepimpinan PAS, semua ini telah berlaku satu gerakan militan bermula pada tahun 1982 apabila puak-puak Haji Hadi dan sebagainya berada di dalam PAS. Macam Ustaz Hassan ini dia nasionalis Melayu dan Islam, sebab itu dia lembut, dia berwibawa dan dia pun salah seorang idola saya, tidak ada masalah dan dia penyokong Dato Asri daripada Dr. Burhanuddin al-Helmy. Dan ada kenyataan kenyataan gerakan PAS selepas merdeka bermulanya PAS dibina sebelum merdeka ataupun selepas merdeka gerakan PAS sebelum 1982 telah m eletakkan perjuangan bangsa Melayu itu sendiri. Dan kalau kita baca falsafah Dr. Burhanuddin al-Helmy umpamanya , meletakkan bahawa Islam dalam bentuk batang tubuh orang Melayu sendiri bersesuaian dengan Perlembagaan Negara tetapi selepas itu apabila militan Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat, minta dipendekkan sedikit. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Aaaa, saya jadi macam hendak ceramah pula. Maksud saya , saya hendak menasihatkan kerajaan oleh kerana sudah ada bukti, kita ini jangan jadi cerdik macam PAS ini, cerdik sampai jadi jahat dan kita kalau hendak baik jangan sampai jadi bodoh kerana tanggungjawab kita ialah survival agama dan bangsa kita. Sila Yang Berhormat. Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun] Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor: Lagi satu nak minta laluan.

DN.16.5.2001

49

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: tidak akan hendak tanya saya pula.

Tidak payah. Nanti, Yang Berhormat

Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor: Berilah itu, laluan kedua beri. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: tanya saya. Timbalan Yang Di-Pertua: Laluan diberi. Jemput Yang Berhormat. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak betulkan. Saya tidak mahu biarkan kesilapan itu berlarutan. Pertama sekali tentang Majlis Fatwa ini. Saya ingat yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, majlis yang diadakan di negeri Pahang ataupun di Pekan, Pahang itu bukan Majlis Fatwa. Kita kena ambil perhatianlah. Itu hanyalah Majlis muzakarah di antara mufti-mufti. Pendapat mufti-mufti itu tidak boleh semuanya dikira sebagai keputusan Majlis Fatwa, saya rasa ianya tidak boleh kesemuanya sekali diterima pakai. Itu hanya sebagai pendapat dan pandangan. Jadi saya hendak betulkan . Kalau ada fatwa sehingga kini kenapa tidak dikeluarkan fatwa itu secara rasmi. Negeri-negeri Dan saya dapat tahu ada arahan supaya Majlis Fatwa atau menggazetkan tetapi saya difahamkan mengeluarkan Tidak akan Yang Berhormat hendak

kebanyakan negeri belum ada fatwa lagi mengenai hal itu. Jadi saya sangat dukacitalah kalau ini dikatakan fatwa t etapi sebenarnya ia bukan fatwa. Kita mempunyai maklumat-maklumat bahawa ianya bukanlah persidangan Majlis Fatwa tetapi ianya hanyalah suatu majlis muzakarah di antara mufti-mufti di Malaysia. Yang kedua, saya rasa yang telah diterangkan, minta maaflah kerana beliau kata saya seorang nasionalis. Sebenarnya dari awal lagi saya bukan seorang nasionalis, ini saya nafikan kenyataan itu. Saya seorang pendukung gerakan Islam sejak dahulu hingga sekarang. Saya dalam PAS daripada awal tahun 1953 sampailah sekarang ini saya masih berpegang kepada akidah Islamiah. Itu saya punya pendirian. Jadi, saya tidak bersetuju Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan yang cuba hendak menyelewengkan fakta mengenai saya,...[Ketawa] Saya tetap berpegang dengan pendirian saya ini pada bila-bila masa sama ada pada zaman Datuk Asri atau pada bila-bila pun sampai matilah , insya-Allah, saya akan berpegang dengan pegangan saya ini kerana saya yakin ini pegangan ini adalah betul. Saya berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Saya kira Timbalan Menteri cukup

DN.16.5.2001

50

faham pendirian saya ini, insya-Allah. Jadi, sekadar itulah supaya jangan kedudukan saya pun dikelirukan juga [Ketawa] oleh Yang Berhormat. Terima kasih. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji Rosli dan juga Yang Berhormat Ustaz Hassan. Seperti yang disebutkan tadi, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, okay saya perbetulkan, yang telah bersidang dan telah memutuskan bahawa mengenai amanat Haji Hadi seperti yang telah saya sebutkan. Berkenaan dengan masalah amanat Haji Hadi ini seperti yang kita semua sedia maklum bahawa apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga baru baru ini barangkali dua-tiga bulan yang lepas telah pun bersidang dan ada ura-ura yang kononnya kita kata amanat Haji Hadi ini patut ditarik balik oleh Haji Hadi kerana dia kata amanat yang diberi yang telah menyebabkan masalah-masalah perpecahan dalam segi pegangan Islam di antara orang -orang Melayu di seluruh Malaysia. Tetapi seperti mana yang kita sedia maklum PAS ini seperti guru saya jugalah. Guru saya ini barangkali dia terpesong sedikit, dia tidak mendalami lebih mendalam berkenaan dengan perjuangan PAS. Malahan saya hendak beritahu guru saya bahawa UMNO adalah lebih Islam daripada PAS, sebab itulah saya dalam UMNO dan Yang Berhormat masih dalam PAS. Apabila kita sebut amanat Haji Hadi telah berdolak-dalih. Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun] Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Biar saya habis dahulu Yang Berhormat. [Ketawa] Sekejap sahaja Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat selepas ini. Berkenaan dengan Haji Hadi tadi dia berdolak-dalih, dia kata itu adalah satu ucapan dan bukan amanat. Tetapi ucapan ataupun amanat, apa yang telah dilakukan oleh ekstremis ataupun pemuda -pemuda PAS yang telah menulis apa yang telah disebutkan oleh Haji Hadi. Sekarang kerajaan untuk menjawab apa Yang Berhormat Tuan Haji Rosli kerajaan sedang meneliti keadaan ini. Kerana kalau keadaan ini akan membawa kemudaratan terhadap umat Islam dan rakyat jelata kita akan mengambil tindakan. Berkenaan dengan perkataan 'Islam' di dalam PAS ini kita telah sebut, Majlis... Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun] Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Okaylah. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Jemput Yang Berhormat.

DN.16.5.2001

51

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian, pe rtama saya dukacita sekali lagi oleh kerana Yang Berhormat mengaku sebagai murid saya. Kemudian beliau kata saya tak betul. Saya rasa itu pun satu tuduhan, tohmahan, satu fitnah yang sangat besar. Saya harap Yang Berhormat boleh tarik tohmahan itu. Yang keduanya, saya dengar sama ada betul atau tidak betul dan adalah juga surat khabar siarkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Abdul Hadi supaya diadakan muzakarah di antara Majlis Fatwa dengan Haji Hadi. Surat itu telah beliau terima saya difahamkan beliau telah balas surat Pengerusi Majlis Fatwa itu dan beliau bersedia kerana ada permintaan untuk menarik apa yang dikatakan 'fatwa Haji Hadi'. Saya tidak katakan 'fatwa Haji Hadi'. Kerana orang yang mengatakan fatwa itu sendiri dia tidak faham tentang konsep fatwa. Di negara kita ini ada aturan, dan peraturan bagi sesiapa yang hendak mengeluarkan fatwa. Saya pun pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan. Tetapi sekarang kerana saya barangkali dalam PAS tak jadilah, tak apalah, itu tak kiralah. Tujuh tahun saya jadi Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, jadi banyaklah kes yang saya tahu. Jadi, Majlis Fatwa ini ada peraturan-peraturan tertentu. Tidak bolehlah seseorang itu bila dia buat ucapan, itu dikatakan fatwa. Kita pula semua kata fatwa. Maknanya, kita semua pun melanggar peraturan-peraturan kerana kita membenarkan apa yang bukan fatwa kita katakan fatwa. Itu adalah satu kesalahan. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Kita tak kata fatwa, Yang Berhormat. Kita menyatakan.... Tuan Hassan bin Haji Shukri: Jangan..... Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Puak-puak PAS mengatakan ini dia bawa ke seluruh kampung. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya belum beri laluan. Tuan Haji Gapar bin Gu rrohu: Yang Berhormat, sabar. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak habiskan. Saya kata begini, maknanya - biarlah kita Ahli Dewan Negara ini, kata orang Arab Dewan Negara ini majlis orang tua-tua. [Ketawa] Jadi, biarlah kita berfikiran secara orang tu a. Sama ada teguran saya ini boleh diterima ataupun tidak tetapi kita Ahli-ahli Dewan Negara ini patut mempunyai pandangan yang terbuka, kita tidak boleh melemparkan tuduhan

DN.16.5.2001

52

begitu sahaja kerana selain daripada akta, kita ada enakmen, dan ada peraturan. Jadi, kalau kita membenarkan yang tidak benar, iaitu yang bukan fatwa kita katakan fatwa, kita juga telah melakukan kesilapan. Yang keduanya, kenapakah maka Majlis Muzakarah yang sepatutnya diadakan, malah ia dianjurkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa kemudian dibatalkan. Itu yang saya hendak mohon penjelasan, apa sebab-sebabnya. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Sebelum penjelasan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kerana saya membawa isu ini. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Laluan diberi. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya minta laluan kerana penjelasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Tuan Hassan tadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat dari hati ke hati, ini Dewan yang mulia ini, dengan ucapan yang dibuat oleh Haji Hadi pada tahun 1981 itu, dengan wujudnya seperti yang dinyatakan oleh kerajaan tadi, perceraian dan kahwin dua kali, sembahyang dua imam, saya hendak tanya dari hati ke hati adakah Yang Berhormat bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh Haji Hadi dengan kata -katanya dan adakah Yang Berhormat juga bersetuju wujudnya kahwin dua kali ini kerana ucapan Haji Hadi dan kalau itu ucapannya, adakah Yang Berhormat juga bersetuju orang yang bernikah sebelum wujudnya PAS terpaksa kahwin dua kali dan kita dalam Dewan ini tak sah dari segi anak-anaknya kerana kita dilahirkan sebelum PAS wujud. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta maaf, saya mohon izin kerana soalan ditujukan kepada saya. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Biar saya teruskan Yang Berhormat, okay. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Minta laluan daripada.... Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya mohon.... Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Saya hendak menjawab berkenaan dengan Yang Berhormat Tuan Haji Rosli tadi berkenaan dengan perkataan 'Islam' dalam PAS. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat pendirian bahawa parti PAS boleh menggunakan perkataan 'Islam'. Tetapi perkataan Islam yang boleh digunakan adalah bersyarat. Jadi, saya sarankan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Rosli kalau difikirkan bahawa PAS ataupun mana-mana pertubuhan yang menggunakan perkataan 'Islam'

DN.16.5.2001

53

melanggar undang-undang supaya laporan dibuat kepada kerajaan dan insya-Allah, kerajaan akan mengambil tindakan. Yang Berhormat tadi Tuan Hassan minta saya tarik. Saya bukan kat a Yang Berhormat.... Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Ada yang minta laluan. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Senator Hassan sentuh mengenai Muzakarah Majlis Fatwa Kebang saan yang buat di Pekan, beliau mengatakan seolah -olah muzakarah ini macam tidak diiktiraf. Itu maksud Yang Berhormat? Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju kalau saya mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan ini bermesyuarat ada dua cara. Yang pertama, apabila dipanggil oleh Majlis Raja-raja, itu dipanggil Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Itu memang Majlis Raja-raja suruh. Yang kedua, bila ada isu-isu tertentu, maka Majlis Fatwa Kebangsaan ini akan mengadakan mesyuarat, itu yang dipanggil muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kedua-dua sama ada muzakarah ataupun mesyuarat ini apabila fatwa telah dibuat kita tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana negeri supaya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tertakluk kepada negeri-negeri masing-masing kerana ini bidang kuasa negeri dan di tiap-tiap negeri pula ada jawatankuasanya. Jadi, kenyataan Yang Berhormat tadi yang menidakkan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ini tadi saya kurang setuju. Pada tahun 1986 fatwa telah dibuat, dan saya percaya apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini tidak jadi bermuzakarah kerana telah dibuat keputusan, apa guna hendak ada muzakarah lagi sekali. Ini setelah disemak bahawa kenyataan Haji Hadi dipanggil ucapan ataupun apa juga yang Haji Hadi buat ini telah pun dibuat keputusan oleh Muzakarah. Jadi, tak perlu lagi kita hendak berulang ulang setiap yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Hanya berbeza muzakarah, Yang Berhormat saya ingat lebih fahamlah kalau sudah jadi Ahli Fatwa yang lama di antara muzakarah dan juga mesyuarat, yang berbeza cara mengadakan mesyuarat. Terima kasih. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta laluan sedikit. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Minta laluan. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Kerana ada dua persoalan yang perlu saya beri penjelasan. Yang pertama, apa yang dibangkitkan oleh Dato' Abdul Aziz yang

DN.16.5.2001

54

meminta supaya menentukan pendirian. Sebenarnya persoalan kalau ada orang kata pendapat Haji Hadi, saya lebih suka mengatakan pendapat ataupun pandangan Haji Hadi ini memecahbelahkan umat Islam, saya rasa orang Terengganu tidak akan sokong beliau di dalam pilihan raya yang lalu. Ini adalah satu bukti yang sangat jelas bahawa perpaduan umat Islam di Terengganu sangat kuat memberikan sokongan kepada Tuan Haji Hadi yang kebetulan memimpin PAS di negeri Terengganu itu. Ini satu bukti yang tidak dapat dinafikan. Tak tahulah kalau pada masa yang rakyat akan menarik balik sokongan kepada beliau itu saya tidak tahu. Kalau kita hendak bandingkan, maknanya dari segi kemewahan, kebendaan, wang yang banyak yang ditaburkan di negeri Terengganu sepatutnya PAS negeri Terengganu di bawah kepimpinan Tuan Haji Abdul Hadi tidak akan menang. Ini bermakna, orang Melayu tidak berpecah, cuma berpindah atau beralih rasa sahaja. Kita sabarlah. Sepuluh tahun akan datang boleh jadi beralih rasa semula. Jadi, jangan kita kaitkan sangat ia dengan perpecahan itu. Ada pun soal sembahyang dua imam. Itulah bila saya hendak bercaka p tentang hal ,ini saya terpaksa bercakap sedikit-sebanyak tentang hukum-hakam nanti Ahli-ahli Yang Berhormat kata Dewan ini jadi majlis hukum-hakam pula. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Yang Berhormat, saya ingat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat beri laluanlah. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya tak habis lagi berucap. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Saya hendak cepat sedikit. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Dapat pendekkan sedikit. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Penjelasan apa yang dia hendak dia menjawab Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Haji Omar punya persoalan tadi. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Saya rasa laluan ditutup. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Seperti yang telah saya sebutkan tadi, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Hassan tadi ialah barangkali Yang Berhormat seperti ayat Al-Quran ada yang orang tak boleh nampak walaupun celik, ada orang yang tak boleh dengar walaupun telinga tak pekak, itu maksud sayalah. Jadi, saya faham berkenaan dengan perjuangan UMNO dalam segi Islam, itulah sebab saya di sini, dan Yang Berhormat masih dengan pandangan Yang Berhormat, barangkali PAS adalah lebih Islam daripada UMNO. Tetapi percayalah apa yang kita laku kan di pihak UMNO adalah untuk kebaikan masyarakat

DN.16.5.2001

55

Islam seluruh negara dan kita takut seperti mana yang saya selalu sebutkan bahawa puak-puak PAS ini dengan gelaran -gelaran tok guru yang bukan tok guru pun digelar tok guru akan menyelewengkan akidah umat Islam di dalam negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin membangkitkan isu banjir kilat di Kuala Lumpur pada 26 April 2001. Sehubungan itu, beliau ingin tahu apakah pengajaran yang diperolehi oleh pihak tersebut. Beliau juga mencadangkan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah banjir yang sering melanda Kuala Lumpur, iaitu kerajaan harus serius dalam pemuliharaan alam sekitar yang menjadi salah satu punca banjir tersebut. Kedua, kerajaan menyemak semula projek penebatan banjir yang sedang dilaksanakan benar-benar memenuhi kehendak penebatan banjir. Ketiga, agensi-agensi kerajaan terlibat dengan projek penebatan banjir disatukan di bawah satu badan supaya lebih cekap menjalankan usaha-usaha mengatasi banjir. Untuk makluman Ya ng Berhormat, hujan inter-monsoon yang lebat pada 26 April 2001 telah mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan Kuala Lumpur terutamanya di kawasan pusat bandar. Hujan yang berintensif tinggi 103 milimeter dalam satu jam merupakan hujan yang paling lebat dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Kawasan yang terlibat dengan hujan lebat adalah luas merangkumi kawasan tadahan Ampang, Ulu Kelang, kawasan tadahan Batu, Jinjang dan Gombak. Pihakpihak berkuasa yang berkaitan sedar bahawa curahan hujan yang tinggi telah menyebabkan sistem saliran sungai-sungai utama seperti Sungai Klang, Sungai Kerayong, Sungai Gombak dan Sungai Bonus tidak dapat menampungi aliran tersebut dan telah melimpah di tebingnya sehingga membanjiri kawasan-kawasan rendah di sepanjang sungai. Pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan rancangan tebatan banjir Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir. Kemajuan pelaksanaan projek ini telah mencapai hampir 60% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar banjir kilat akan berlaku pada bila-bila masa sementara menunggu siapnya projek rancangan tebatan banjir tersebut. Sungai K lang khususnya di pusat bandar tidak boleh dilebarkan lagi disebabkan pembangunan sedia ada serta wujudnya halangan kekal seperti pelantar LRT, STAR di Masjid Jamek dan jambatan di Jalan Kinabalu . Ini telah menyebabkan jalan-jalan utama di pusat bandar dilanda banjir akibat aliran air tersekat semasa paras air Sungai Klang naik.

DN.16.5.2001

56

Oleh itu, satu pendekata n baru perlu dilaksanakan iaitu dengan mengadakan flood bypass yang boleh melencongkan air dari memasuki kawasan Sungai Klang di pusat bandar. Lencongan ini yang bermula dari kawasan Ampang di Selangor dan tamat di kawasan Sentosa, Jalan Klang Lama akan dapat membawa air sungai dari kawasan hu lu ke kawasan hilir tanpa melalui cottission, dengan izin, di kawasan Masjid Jamek. Sebagai langkah pemeliharaan alam sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan harian sungai-sungai di Wilayah Persekutuan. Kerja -kerja ini meliputi kebersihan perangkap sampah terapung, screen static, kebuk-kebuk sampah dan kerja-kerja memungut sampah di tebing sungai, dengan izin, mopping up. Tarnish, dengan izin, kuantiti sampah harian dikutip adalah pada purata 20 tan setiap hari dan meningkat kepada 40 tan apabila hari hujan. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memohon kepada warga kota Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengubah sikap mentaliti dan cara hidup sebagai warga kota supaya jangan membuang sampah sarap di parit-parit dan di sungaisungai. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab ke atas pembangunan sistem perparitan dalaman serta penyelenggaraan sungai, sementara JPS bertanggungjawab ke atas perancangan projek-proje k tebatan banjir yang melibatkan sungai-sungai utama dan sungai-sungai besar di Kuala Lumpur. Pembahagian tugas di antara DBKL dan JBS adalah jelas, kedua-dua pihak berkuasa tersebut sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng meminta supaya dikaji sama ada tindakan-tindakan Badan Pencegah Rasuah telah berjaya mengurangkan jenayah rasuah atau tidak mencapai hasrat yang diharapkan. Beliau juga mencadangkan supaya struktur organisasi BPR dikaji semula dan tidak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sekiranya keadaan ini menyekat Badan Pencegah Rasuah daripada bertindak dengan lebih berkesan, dicadangkan Badan Pencegah Rasuah letak di bawah Parlimen dan kerajaan diminta memberi perhatian serius terhadap perkara ini sekiranya tindakan tersebut merupakan usaha terbaik bagi menghapuskan jenayah rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mempunyai keyakinan yang penuh di atas kewibawaan Badan Pencegah Rasuah untuk membendung dan

DN.16.5.2001

57

mencegah jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Sehingga kini tindakan -tindakan yang diambil oleh Badan Pencegah Rasuah melalui pendekatan, pengesanan dan punitive , komunikasi dan pendidikan dan khidmat rundingan tel ah berjaya membendung jenayah tersebut dari berleluasa. Kerajaan berpuas hati di atas keberkesanan badan ini dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab dalam membanteraskan jenayah r asuah. Kerajaan juga tidak bercadang untuk mengubah struktur sedia ada dan meletakkan Badan Pencegah Rasuah di bawah tanggungjawab Parlimen. Badan Pencegah Rasuah adalah bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja mengikut kuasa -kuasa yang diperuntukkan oleh undang -undang. Yang Berhormat Senator Tuan Rosli bin Mat Hassan meminta kerajaan menilai semula fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya pelbagai pihak tidak salah faham terhadap fungsi JKKK terutama di negeri Terengganu. Untuk makluman Yang Berhormat, fungsi JKKK adalah jelas dan tidak perlu dinilai semula. JKKK telah diwujudkan di seluruh negara dan fungsi ini berjalan dengan baik melainkan di negeri Terengganu di mana pihak kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan memansuhkan JKKK asal. Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini tidak selaras dengan fungsi JKKK. Dengan itu, untuk memenuhi fungsi asal JKKK Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan semula JKKK di negara Terengganu mulai September 2000 yang berfungsi memaju dan menjaga keselamatan kampung. Yang Berhormat Senator Tuan Rosli bin Mat Hassan juga membangkitkan isu perpaduan dan kecintaan kepada negara di kalangan rakyat. Tuan Rosli bin Mat Hassan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan, Yang Berhormat Tuan Rosli. Tuan Rosli bin Mat Hassan: Sedikit sahaja, sedikit. Ringkas sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila JKKK ditubuhkan pada September 2000 selepas dibubarkan oleh kerajaan negeri, sekarang pendirian kerajaan negeri telah menyatakan bahawa JKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat ialah sebuah organisasi haram. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap hal ini kerana fungsi JKKK ini adalah dilihat Kerajaan Pusat mempunyai

DN.16.5.2001

58

kuasa sebagaimana kita semua maklum bahawa ianya dipilih oleh rakyat sedangkan ianya merupakan ataupun dituduh oleh kerajaan negeri sebagai organisasi haram. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap kenyataan rasmi kerajaan negeri ini? Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor: Yang Berhormat, seperti mana yang kita sedia maklum, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, pembangkang akan kata kita semua salah. Jadi, bagi pengetahuan Yang Berhormat, kita akan teruskan apa yang telah kita laksanakan di negeri Terengganu dan ini adalah untuk kebaikan rakyat. Apa yang mereka hendak fikir, biarkan mereka fikir tetapi pada pandangan kerajaan, bahawa JKKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat di negeri Terengganu ini akan diteruskan dan akan berfungsi seperti yang dikehendaki seperti JKKK lain di negeri-negeri di bawah kepimpinan atau di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan juga membangkitkan isu perpaduan dan kecintaan k epada negara di kalangan rakyat . Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya disemak semula program ketatanegaraan yang dilaksanakan supaya mencapai matlamat nya . Untuk makluman Yang Berhormat, Biro Tata Negara memang membuat penilaian terhadap semua aktiviti patriotik dan ketatanegaraan yang dikendalikannya. Penilaian yang dibuat adalah penilaian objektif meliputi keberkesanan isi kandungan, keberkesanan cara pengendalian dan penyampaian, keselesaan semasa berkursus. Penilaian terbuka meliputi maklum ba las bertulis terhadap semua aspek kursus, maklum balas terbuka secara lisan pada sesi terakhir sesuatu kursus. Analisis laporan bahagian penyelidikan juga menganalisis semua laporan Mesyuarat bulanan akan membincangkan analisis laporan yang Biro Tata Negara juga pengurusan aktiviti yang wajib disediakan setiap kali selepas sesuatu kursus selesai dikendalikan. disediakan. Bengkel-bengkel peningkatan profesionalisme Tata Negara. Mesyuarat perancangan tahunan - Selain daripada mesyuarat bulanan, bagi memperbaiki aktiviti Biro Tata Negara juga mengadakan mesyuarat tahunan khusus untuk membincangkan keberkesanan aktiviti Biro Tata Negara. mempunyai jadual aktiviti bagi meningkatkan profesionalisme tenaga penggerak Biro

DN.16.5.2001

59

Pandangan pakar - Biro Tata Negara juga mendapatkan pandangan pandangan pakar bagi menasihatkan Biro Tata Negara dalam mengendalikan aktivitinya. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu-isu berkaitan dengan kakitangan dan sektor perkhidmatan awam. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam mengenal pasti pejabat jabatan -jabatan kerajaan yang berkongsi khususnya di negeri Terengganu dan mencadangkan kakitangan yang

terlibat diserapkan kepada perkhidmatan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa semua kakitangan Persekutuan di negeri Terengganu adalah anggota di dalam perkhidmatan Persekutuan. Oleh itu, soal mereka diserapkan ke perkhidmatan Persekutuan adalah tidak timbul. Yang Berhormat Senator Dato Haji Ahmad bin Ismail dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula Akta Pencen yang membolehkan balu yang berkahwin semula terus mendapat bayaran pencen atau sekurang kurangnya bayaran pencen itu diberikan kepada anak-anak mereka. Sukacita dimaklumkan bahawa di bawah undang -undang pencen sekarang bagi sektor awam, pencen terbitan memang dibayar kepada anak-anak seseorang balu sekiranya balu itu berkahwin semula. Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan supaya Ketua Pengarah Audit Negara membuat penyiasatan audit ke atas wang ihsan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Terengganu, dimaklumkan bahawa wang royalti tahun 2000 sejumlah RM434 juta dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan dibelanjakan mengikut Belanjawan yang ditetapkan bagi tahun 2000. Proses audit berterusan sedang berjalan dan pengesahan muktamad akan dibuat setelah penyata kewangan 2000 diserahkan kepada Ketua Audit Negara. Penyerahannya dijangka pada akhir bulan Mei 2001. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ghazi bin Haji Ramli menyarankan supaya institusi masjid hendaklah dikembangkan sebagai pusat yang boleh menjalankan aktiviti-aktiviti lain.

DN.16.5.2001

60

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menjadikan masjid sebagai pusat segala aktiviti termasuk sebagai pusat ilmu. Antaranya, kerajaan telah melaksanakan pendidikan tidak formal melalui program Kelas Takmir Masjid di seluruh negara, mewujudkan perpustakaan-perpustakaan masjid dan kelas-kelas tuisyen. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Pembangunan Keluarga Islam (PKKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS) yang berpusat di masjid-masjid dan pusat-pusat khidmat khas bagi membantu masyarakat setempat. Semua program ini akan dikemb angkan dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Zainudin pula meminta supaya kerajaan memastikan penceramah-penceramah agama khususnya penceramah penceramah parti pembangkang mempunyai tauliah untuk memberi ceramah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan khususnya JAKIM memastikan penceramah-penceramah bukan sahaja mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan ataupun Majlis Agama Islam Negeri bahkan penceramah-penceramah hendaklah terdiri daripada mereka yang telah diluluskan oleh JAKIM. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan ma salah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman itu dipersetujui. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

DN.16.5.2001

61

Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titahn Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh.

RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2000 DAN 2001) 2001 Bacaan Kali Yang Kedua 4.30 ptg. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang diPertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun tahun itu, dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang -undang ini meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah RM5,760,712,821 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada rang undang -undang ini. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Ketiga 2000 adalah berjumlah RM6,234,755,113. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5,460,712,821 diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini, manakala bakinya sebanyak RM774,042,292 adalah perbelanjaan tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu. Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang -undang tersebut adalah seperti berikut:

DN.16.5.2001

62

Tambahan sebanyak RM4,343.8 juta di bawah Maksud B.30 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun untuk perbelanjaan berikut: (i) RM4,317 juta untuk dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan daripada Akaun Hasil Disatukan; (ii) RM5 juta sebagai pemberian pinjaman mudah kepada Konsortium Warisan Jengka Holdings (M) Sdn. Berhad; (iii) RM4 juta untuk kajian lanjutan daya maju Pelabuhan Colachel, India; dan (iv) RM17.7 juta untuk dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).

Tambahan sebanyak RM462.8 juta di bawah Maksud B.26 Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan berikut: (i) RM407.3 juta untuk menampung kenaikan gaji 10% kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50% kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3 serta Imbuhan Tahunan 2000; dan (ii) RM55.5 juta untuk menjelaskan pinjaman yang diambil oleh UiTM daripada KWSP pada tahun 1996 bagi pembelian kondominium di Shah Alam.

Tambahan sebanyak RM356 juta di bawah Maksud B.29 Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk pe rbelanjaan berikut: (i) RM255 juta sebagai pemberian sementara kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun 2000 berikutan pemansuhan duti import dan eksais ke atas barangan petroleum; (ii) RM66 juta bagi menampung bayaran tunggakan dan kerugian pertukaran mata wang asing kepada institusi-institusi kewangan di bawah Skim Tabung Pembangunan ASEAN-Jepun; dan (iii) RM35 juta bagi bayaran tanggungan PERWAJA.

DN.16.5.2001

63

Tambahan sebanyak RM236.3 juta di bawah Maksud B.36 Polis Diraja Malaysia untuk perbelanjaan berikut: (i) RM185.5 juta untuk menampung kenaikan gaji 10% kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50% kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3 serta bayaran Imbuhan Tahunan 2000; dan (ii) RM50.8 juta untuk dan menampung kos operasi kos polis, pendatang tanpa izin yang kian meningkat, operasi pencegahan penguatkuasaan kenderaan balai/pondok dadah, penyelenggaraan penyelenggaran pasukan,

penyelenggaraan rumah kediaman anggota polis dan pegawai serta pembelian pembekalan/bahan bahan bagi kenderaan. Tambahan sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.46 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk membiayai bantuan kewangan kepada Malaysian University of Science and Technology. Tambahan sebanyak RM15 juta di bawah Maksud B.7 Jabatan Perdana Menteri untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan Projek Usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Tambahan sebanyak RM13.4 juta di bawah Maksud B.35 Kementerian Dalam Negeri untuk perbelanjaan berikut: (i) RM6.9 juta untuk menampung kenaikan gaji 10% kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50% kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3 serta bayaran Imbuhan Tahunan 2000; dan (ii) RM6.5 juta untuk menampung bayaran sewaan talian komunikasi, bayaran reward yang tertunggak kepada sumber-sumber pemberi maklumat dan kos Operasi Khas Ops Pasir. Tambahan sebanyak RM4.3 juta di bawah Maksud B.28 Perbendaharaan bagi menyediakan pelan induk K -ekonomi.

DN.16.5.2001

64

Tambahan sebanyak RM3 juta di bawah Maksud B.16 Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menampung bayaran Imbuhan Tahunan 2000.

Tambahan sebanya k RM2 juta di bawah Maksud B.20 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan aktivitiaktiviti tambahan promosi perdagangan dalam dan luar negeri serta untuk pembelian aset tertentu bagi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.

Tambahan sebanyak RM1.7 juta di bawah Maksud B.51 Kementerian Luar Negeri untuk menampung pemberian kerajaan kepada badan/pertubuhan antarabangsa dan negara-negara yang dilanda bencana alam, antaranya Ghana, Mozambique, Indonesia dan Thailand.

Tambahan sebanyak RM1.1 juta di bawah Maksud B.19 Kementerian Pertanian untuk perbelanjaan berikut: (i) RM528,500 sebagai pampasan kepada penternakpenternak ke atas ternakan lembu yang telah dimusnahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dalam usaha untuk membasmi penyakit brucellosis; dan (ii) RM549,345 mencegah untuk wabak bayaran Japanese balik kos operasi Encephalitis/Nipah

Virus yang telah dilaksanakan pada tahun 1999 di negeri-negeri Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Tambahan sebanyak RM500,000 di bawah Maksud B.42 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat untuk menampung keperluan pemberian bantuan kepada kanakkanak dan orang tua di negeri Terengganu; dan Tambahan yang lain sebanyak RM896,100 merupakan tambahan kecil bagi menampung kenaikan gaji 10%, ken aikan ITP 50% dan Imbuhan Tahunan 2000 pelbagai kementerian/jabatan di bawah Maksud -maksud B.15 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, B.18 Kementerian Perusahaan Utama, B.23 Jabatan Arkib

DN.16.5.2001

65

Negara, B.24 Jabatan Muzium dan Antikuiti dan B.31 Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Ketiga, 2000 adalah seperti dalam penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2000 dan da lam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7A Tahun 2001. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa telah cukup. Boleh kita sambung selepas rehat nanti. Dato Chan Kong Choy: Baik, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila sambung. 2.32 ptg. Dato Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2001, adalah berjumlah RM300 juta, jumlah tersebut diminta diluluskan di bawah Fasal 3 rang undang-undang ini. Tambahan yang dipohon ini adalah dikehendaki di bawah Maksud B.18 Kementerian Perusahaan Utama di mana sebanyak RM200 juta untuk program bantuan sekali tanam semula kelapa sawit dan RM100 juta untuk program ha rga premium tambahan susu getah. Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2001 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 tahun 2001 dan dalam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13A tahun 2001. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Dato Charern Intachat: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini

DN.16.5.2001

66

perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. 2.34 ptg. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana telah membentangkan Akta Perbekalan Tambahan 2000 dan 2001 pada hari ini yang berjumlah untuk menuntut kita meluluskan lebih daripada RM5.4 bilion. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana biasa, saya ingin menyokong Akta Perbekalan Tambahan ini yang telah dibentangkan mengikut item-item sebagaimana telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang telah berkaitan dengan banyak perkara. Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini, selain daripada untuk merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian yang terpaksa bekerja keras untuk membuat kerja tambahan bagi usaha-usaha perbelanjaan yang merupakan supplementary budget pada hari ini yang sepatutnya sekiranya pengurusan kewangan negara berjalan seperti biasa, mungkin budget tidak mungkin sebanyak ini, tetapi mungkin aktiviti pengurusan kewangan negara menuntut untuk kita sama -sama meluluskan belanjawan supplementary tambahan, dengan izin, sebagaimana dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perbendaharaan ataupun Kementerian Kewangan selaku induknya adalah merupakan satu-satunya organisasi dalam Kerajaan Pusat yang maha penting dan oleh kerana permasalahan yang dihadapi sekarang ini, dari segi pengauditan di jabatan-jabatan, kalau tahun 60-an, 70 -an dahulu kita mempunyai pegawai yang khas di dalam jabatan-jabatan tertentu yang dinamakan financial clerk, dengan izin, kerani kewangan, tetapi keadaan yang menuntut kepada volume, isi padu urusan kewangan negara begitu bertambah, selepas kita memacu beberapa dasar yang baik dalam kemajuan negara kita, maka kita nampak setiap kali pengauditan dilakukan oleh Jabatan Audit Negara, sentiasa ada ruang untuk mempertikaikan setiap jabatan berkenaan dengan tatacara dan tataurus kewangan di jabatan-jabatan kerajaan. Jadi, beberapa bulan lalu saya terbaca satu cadangan supaya sudah sampai masanya profesionalisme kewangan ini harus diterjemahkan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan khususnya supaya dapat mewujudkan satu jabatan

DN.16.5.2001

67

Perbendaharaan bukan saha ja di peringkat negeri tetapi juga secara khususnya di daerah-daerah seluruh negara kita. Pegawai Kewangan jabatan ini harus diberi tanggungjawab sebagai, dengan izin, liaison ataupun menterjemahkan aktiviti pengurusan kewangan jabatan -jabatan kerajaan di daerah masing -masing supaya masalah melanggar ataupun overlook, dengan izin, pengurusan kewangan jabatan-jabatan kerajaan kita yang berselerak di seluruh negara, di seluruh negeri dan seluruh daerah ini dapat kita jayakan, dapat kita bereskan dengan efisiennya. Jadi, saya berharap perkara ini dapat disegerakan sebagaimana rancangan Kementerian Kewangan dan kerajaan dan ia juga akan memungkinkan kepada kita bahawa kita akan lebih profesional di dalam menguruskan kewangan kita di peringkat daerah. Kita tahu isi padu transaksi kewangan di peringkat kerajaan pun telah bertambah begitu besar dan kita tahu juga peranan yang telah dimainkan oleh kementerian sendiri, Kementerian Kewangan sebagai salah satu daripada agensi Kerajaan Pusat yang telah banyak mem acu pembangunan negara, mengurus kewangan negara dengan baik sama ada di dalam keadaan kita berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan pada hari-hari biasa , juga kita berharap ianya dapat diterjemahkan selepas ini dengan secara lebih menyeluruh, lebih total supaya jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kita di daerah-daerah dapat diuruskan dengan secara koordinasi yang baik dalam perkara -perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan jabatan-jabatan kerajaan ini. Maka harus diperkukuhkan seluruh jentera p engurusan kewangan ini dengan meletakkan berseiringan dengan Jabatan Pembangunan Negeri umpamanya, dan sekarang ini ada beberapa negeri telah diperintah oleh Kerajaan Pembangkang yang kita rasa pengurusan jabatan-jabatan kerajaan negeri juga sudah agak lari dari segi penterjemahan dasar dengan dasar kita di peringkat Pusat untuk membangunkan negara kita. Jadi, ada di antara negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang umpamanya, di peringkat negeri maka ada kuasa-kuasa tertentu yang telah menidakkan keupayaan pengurusan agensi-agensi Kerajaan Pusat, sebagai contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila kita melihat laporan permintaan Supplementary Budget hari ini, dengan izin, kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebanyak RM500,000 - B.42 iaitu bantuan untuk kanak-kanak sebanyak lebih kurang setengah juta ringgit, tetapi sedia maklum

DN.16.5.2001

68

bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu pada hari ini mempunyai dua bentuk kakitangan. Kakitangan Kerajaan Pusat dan kakitangan Kerajaan Negeri yang diperintah oleh PAS. Jadi, ada kakitangan Kerajaan Negeri dan ada kakitangan Kerajaan Pusat, mereka berkongsi dari segi pengurusan kakitangan. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, peruntukan-peruntukan seperti ini sekiranya ia datang, kerana kita tahu peruntukan -peruntukan ini adalah di atas tuntutan semasa sebagaimana semangat perjuangan Barisan Nasional untuk memerintahkan negara kita, tetapi kadang -kadang perkara ini disalahertikan di mana dimanipulasikan oleh sesetengah pe mimpin masyarakat di negeri Terengganu seolah-olah ini adalah peruntukan kerajaan negeri. Saya tidak kisah sama ada ianya peruntukan kerajaan negeri ataupun peruntukan Kerajaan Pusat, tetapi yang lebih penting ialah sasaran untuk membela keperluan-keperlu an untuk kanak-kanak umpamanya, keperluan untuk orang-orang cacat, orang miskin dan sebagainya harus disampaikan mengikut sasaran sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat dari masa ke semasa. Di peringkat Pusat mungkin kita ada kaedah, kita memantau bagaimana kita menyalurkan bantuan-bantuan ini tetapi adalah agak curiga dan amat mencurigakan kepada saya apabila bantuan-bantuan seperti ini tidak dapat diterjemahkan oleh beberapa kakitangan kerajaan negeri yang kadang-kadang telah dimanipulasikan dan juga disalahertikan oleh rakyat dalam hal-hal seperti begini. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji dengan berhati-hati ada beberapa agensi Kerajaan Pusat dan negeri ini yang berkongsi kakitangan supaya Kerajaan Pusat dapat mengambil alih ataupun ada jabatan yang kita rasakan ianya hanya untuk jabatan ini diurus oleh kerajaan negeri semata-mata maka serahlah kepada kerajaan negeri, tetapi kalau ada jabatan ini yang harus diambil alih oleh jabatan pusat 100% harus ada pendekatan baru kepada negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu ini. Kita tahu bahawa perkara ini adalah penting supaya sasaran untuk menterjemahkan apa jua dasar di peringkat Pusat dapat kita jelmakan di peringkat akar umbi dengan baiknya . Kemungkinan kita tidak berhasrat untuk membicarakan satu persatu kaedah-kaedah ini tetapi adalah baik untuk Kerajaan Pusat mengkaji supaya pemantauan kepada pelaksanaan program-program Kerajaan Pusat ini melalui jabatan dan agensi kerajaan yang mempunyai perkongsian kakitangan ini harus dinilai semula oleh kerajaan dengan secara cepat dan bersungguh-sungguh.

DN.16.5.2001

69

Tuan Yang di-Pertua, kaedah bagaimanakah untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat ini telah dipolitikkan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Lebih daripada 1,450 orang yang sebelum ini dikenal pasti sebagai golongan yang berhak untuk menerima bantuan telah dibatalkan selepas Kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan negeri. Dan 1,400 orang lebih ini juga telah sekarang ini berada dalam keadaan serba salah dan telah me mohon dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah kerana jawatankuasa yang diurus di setiap daerah ialah kerana beberapa Ahli Yang Berhormat sebagai Jawatankuasa Penimbang. Jadi, ada unsurunsur politik penindasan telah berlaku di beberapa daerah di negeri Terengganu . Di seluruh Terengganu sebelum ini sebanyak 1,450 orang yang telah diberi bantuan kewangan secara bulanan telah dibatalkan sedangkan mereka masih berhak untuk menerima bantuan ini. Jadi, saya mencadangkan satu mekanisme baru supaya dapat menyelesaikan mana jua rakyat kita yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk kemiskinan, sama ada dalam bentuk mereka cacat, mereka dikenal pasti sebagai ibu tunggal dan sebagainya yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dapat diurus dengan baik oleh Kerajaan Pusat. Jadi, saya mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih keseluruhan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dan mana -mana kakitangan jabatan yang di bawah pemerintahan kerajaan negeri dapat diserapkan ke dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah pengurusan Kerajaan Pusat. Jadi, saya berharap selepas ini satu tindakan yang cepat dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin bersama-sama menyokong kepada perkara B.36 yang berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia. Jadi, kita merasakan budget ataupun dana yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia ini melebihi daripada RM236 juta ini adalah keperluan semasa dan kita berharap polis yang telah berkhidmat dengan cemerlang di negara kita pada hari ini, dapat kita bantu mereka dengan lebih bersungguh-sungguh. Tetapi ada beberapa pandangan yang harus kerajaan selaraskan. Sekarang ini tugas-tugas khas iaitu Special Branch yang tidak beruniform sekarang ini mempunyai peranan yang penting dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara, aktiviti-aktiviti pemimpin sama ada kerajaan ataupun pembangkang dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan perpaduan rakyat dan masyarakat.

DN.16.5.2001

70

Saya merasakan sudah sampai masanya, Kementerian Dalam Negeri membuat kajian dengan terperinci supaya Jabatan Tugas-tugas Khas ini harus diseparate ataupun diasingkan dengan Jabatan Polis yang sedia ada ini, walaupun mereka polis tetapi pendekatan mereka agak berbeza, peranan (roles) serta matlamat mereka agak berbeza daripada polis biasa. Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya Jabatan Tugas-tugas Khas ini berilah apa nama sekalipun harus dilihat mempunyai ketua pengarah sendiri dan sebagainya supaya peranan tugas-tugas khas di dalam mendapatkan maklumat dan menyelia aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di semua peringkat dapat kita jalin dan jayakan kerana kita rasa sudah sampai masanya keadaan ini kita pertugaskan dengan secara bersungguh-sungguh , dengan secara lebih spesifik kerana tugas ini adalah amat penting untuk menjaga dan menjana keselamatan negara kita di semua peringkat sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri dan juga di peringkat negara serta antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, di negara -negara yang telah maju, memang telah ada jabatan seperti ini, umpamanya CIA di Amerika, tetapi bukanlah kita hendak jadikan seperti CIA, tetapi kita berharap tugas-tugas khas yang dijalankan oleh kumpulan polis ini harus dileta kkan di bawah satu pengurusan yang berasingan dengan kerja kerja di bawah Jabatan Polis biasa. Kita berharap apabila berlaku pengasingan seperti ini, insya -Allah, di masa masa akan datang, kita rasakan segala loopholes, dengan izin, kelemahan kelemahan yang ada pada hari ini dapat kita pertingkatkan dan , insya-Allah, kita akan dapat menjayakan usaha-usaha kita untuk membendung keselamatan negara kita kerana kita tahu bahawa keadaan jenayah secara jangka panjang sedang dalam proses berlaku di negara kita, sebab itulah pendekatan-pendekatan ini harus kita percepatkan supaya sebuah jabatan tugas-tugas khas ini dapat kita laksanakan demi untuk kebaikan keselamatan tempat dan negara kita. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli berkenaan dengan kenyataannya tadi yang mengaitkan wujudnya satu jenayah yang mungkin wujud di negara kita ini dari segi jangka panjangnya, saya tidak berapa fahamlah pengertian yang dibuat oleh Yang Berhormat itu. Ini membimbangkan kalau sekiranya wujud dan cara macam mana polis boleh mengatasi masalah ini kalau ianya di dalam negeri atau di luar negara dan sebagainya .

DN.16.5.2001

71

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz sebenarnya lebih faham daripada saya, sengaja dia buat tidak faham. Hendak jawab dalam ini ataupun hendak jawab dekat luar? Jawab dalam ini juga, tidak tahulah, kalau tidak betul, marah pula. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masalah jenayah ini banyak segi tetapi yang saya lebih memberi konsentrasi ialah jenayah daripada segi membentuk pemikiran seperti memburuk-burukkan pemimpin . Ini polis biasa tidak boleh mengambil tindakan. Ini perlu satu pengkajian secara event oleh Jabatan Tugastugas Khas yang kita cadangkan ini. Serupa juga dengan tindakan-tindakan pengkhianat negara . Kita kadang-kadang tidak dapat mem bezakan di antara ahli-ahli politik kita yang membangkang umpamanya, di manakah kedudukan ahli politik yang dilihat sebagai membangkang mengikut kaedah parti politiknya tetapi dalam masa yang sama ianya boleh menjejaskan keharmonian negara. Jadi, di manakah yang dinamakan anti perpaduan, anti negara dan perlu satu pendekatan yang lebih terperinci oleh beberapa agensi kerajaan terutama sekali polis. Sebab itulah saya mencadangkan tugas-tugas khas ini dijadikan sebuah jabatan yang diasingkan dengan peranan polis biasa. Jadi, jenayah dalam bentuk jangka panjang dapat diatasi melalui Jabatan Tugas-tugas Khas ini. Kalau jenayah jangka pendek, macam kalau kita tembak orang, polis boleh tangkap tetapi berlaku sekarang seolah-olah perancangan melakukan jenayah pada jangka panjang. Ini harus dikaji, dilihat event ini oleh sebuah jabatan khas seperti Jabatan Tugas-tugas Khas sebagaimana yang saya cadangkan. Saya ingat sudah clear itu ya [Bertanya kepada Y.B Senator Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman] Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada Perkara B.7 iaitu berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri yang mencadangkan untuk meluluskan RM15 juta untuk membiayai pinjaman dan kalau tidak silap saya , juga tidak dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma saya merangka bahawa RM15 juta ini memang untuk diberi melalui Program PROSPER di Jabatan Perdana Menteri yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah pengurusan PUMB. Ini kalau tidak silap saya dan jumlah ini saya rasa adalah sebahagian da ripada tambahan kepada RM500 juta yang telah diluluskan sebelum ini oleh kerajaan untuk melunaskan kepada pemohon-pemohon bumiputera di dalam Program Peruncitan, dalam Program PROSPER yang diurus oleh PUMB.

DN.16.5.2001

72

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan PROSPER dilihat agar ad hoc telah diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini dan beribu -ribu pemohon telah memohon secara langsung (direct) dengan PUMB dan boleh dikatakan pemohon-pemohon berkenaan telah menyertai beberapa kursus dan juga telah melalui proses I.Q test, dengan izin, ataupun entrepreneurs test, dengan izin, ujian keusahawanan diri masing-masing peruncitan. Saya merakamkan tahniah kepada kerajaan kerana peka kepada permasalahan peruncitan bumiputera yang dilihat agak gagal di negara kita tetapi yang menjadi permasalahan besar, yang menjadi sungutan kepada pemohon pemohon yang telah memohon, saya rasa menjangkau lebih daripada 5,000 orang sekarang tetapi up-to-date, dengan izin, sampai ke tahap ini berapakah sebenarnya yang telah diluluskan kepada pemohon-pemohon berkenaan? Kalau saya memberi beberapa angka mungkin kerajaan agak sukar untuk mendapatkan jawapan yang agak tepat tetapi sa ya menjangkakan tidak lebih daripada 100 orang setakat ini, baru diluluskan. Jadi, dahulu alokasi ataupun budget yang telah diluluskan melalui program ini sebanyak lebih daripada RM500 juta. Saya pun tidak tahu apakah RM15 juta yang dipohon ini bertujuan untuk apa? Tetapi yang pentingnya tidak mengira berapakah jumlah RM500 juta atau RM1 bilion tetapi kita mahu setiap program yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat menjana kekuatan dana berkenaan supaya sampai kepada pemohon-pemohon berkenaan. Mungkin daripada segi logiknya ataupun daripada segi senangnya, kerajaan boleh menjawab bahawa pemohon tidak layak dan sebagainya. Kita pun tidak tahu siapakah yang hendak menilai piawai keusahawanan bumiputera yang ada, yang memohon dengan PROSPER ini. Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan sejumlah wang berkenaan ataupun pemohon -pemohon yang telah memohon dengan PROSPER dan PUMB ini tidak seperti beberapa program-program lain kerana kita tahu sebelum ini kalau tidak silap saya, akhir tahun lepas, Perdana Menteri telah membentangkan dalam akhbar bahawa daripada 30 atau 40 lebih jenis dana-dana, tabungan yang telah disediakan oleh kerajaan , pada akhir tahun lepas, lebih daripada RM30 bilion tidak dipergunakan. Apakah ini kelemahan bumiputera dalam memohon pinjaman ataupun mekanisme yang disediakan oleh kerajaan ataupun diuruskan oleh bank dan memberi fokus yang besar kepada pinjaman yang berorientasikan kepada perniagaan dan perdagangan yang berkaitan dengan

DN.16.5.2001

73

sebagaimana mandat yang diberikan oleh kerajaan itu tidak mempunyai keupayaan ataupun tidak efisien? Jadi, dua analogi dan keadaan ini harus dapat kita debatkan bersama supaya akhirnya matlamat untuk membangunkan usahawan sebagai dasar negara kita dapat kita capai. Jadi, tidak guna kita announce di dalam akhbar untuk meluluskan kegunaan untuk bumiputera sebanyak RM500 juta , sedangkan setakat hari ini kita tidak mempunyai berapa orang yang telah dapat kita luluskan supaya mereka dapat menjalankan perniagaan mereka. Kita pun tahu dalam program-program untuk bumiputera ini seperti franchise , vendor dan sebagainya kadang-kadang ia tidak semanis yang dipaparkan dalam brochures dan tidak semanis sebagaimana dipaparkan dalam akhbar-akhbar. tahun 1997. Jadi, saya berharap satu pendekatan yang luar biasa harus dilakukan oleh kerajaan di dalam memastikan sama ada dalam bentuk ekuiti, dalam bentuk jumlah peniaga -peniaga dan jumlah partisipasi keseluruhannya supaya bukan sahaja dasar yang kita hendak luluskan, Rancangan Jangka Panjang, DPN dan sebagainya tetapi sekurang-kurangnya ia memenuhi tuntutan dasar yang pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru dapat kita jayakan. Jadi, saya berharap PUMB khususnya melalui Program PROSPER ini dapat menyegerakan calon -calon bumiputera yang berkelayakan dan harus ada pendekatan-pendekatan yang boleh memberi semangat baru kepada usahawan bumiputera. Ini kerana kadang sebagai pemimpin usahawan bumiputera , kita rasa bosan dengan keputusan-keputusan yang lambat, yang tidak tepat dan keputusan keputusan yang boleh mematahkan semangat usahawan bumiputera itu sendiri. Jadi, dalam masa yang sama juga , saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan beberapa tahun lalu iaitu dalam penubuhan Yayasan TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang mana perkara ini telah dapat dijayakan dengan baik. Program seperti ini dahulu kalau tidak silap saya adalah untuk memastikan usahawan -usahawan kecil bumiputera yang berniaga keropok, yang berniaga buah -buahan di tepi jalan, peniaga ikan, jahit kain secara sehelai dua satu hari, peniaga-peniaga yang sungguh kecillah, ini bukan peniaga kecil yang mengikut istilah Dato' Abdul Aziz tetapi peniaga kecil yang sungguh -sungguh kecil. Penderitaan usahawan-usahawan bumiputera masih ketara . Apatah lagi di dalam selepas kita melalui kegawatan ekonomi pada

DN.16.5.2001

74

Peniaga kecil Dato Abdul Aziz ini dia RM1 juta, RM2 juta tetapi ini peniaga kecil yang sungguh-sungguh kecil seperti menjual buah di tepi jalan dan sebagainya. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan tentang program ini, cuma yang saya ingin sampaikan jumlah limit sebanyak RM20,000 itu harus juga diberi pertimbangan supaya kalau boleh limit kepada pinjaman kecil ini, kalau boleh bukan ertinya mesti beri tetapi harus tidak ada sekatan daripada segi jumlah ini, sekurang-kurangnya kalau kita menyediakan sekatan sebanyak RM50,000 kepada seseorang pemohon. Jadi, kalau ini dapat kita jayakan dan s aya telah mendapat rakaman terima kasih daripada pemohon-pemohon TEKUN seluruh negara yang sempat bertemu dengan kita bahawa program ini harus diperkukuh dan kita minta kerajaan menambahkan peruntukan ini kerana ia sesuai dan memberi manfaat kepada usahawan -usahawan kecil kita ini, malah ianya dapat membantu usahawan usahawan kecil ini daripada meminjam dana daripada ceti. Dahulu ceti haram berleluasa khususnya di Pantai Timur, Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan membayar sebanyak beberapa ringgit satu minggu dan sebagainya. Nampaknya ceti-ceti haram ini telah dapat kita reduce , dengan izin, dapat kita kurangkan dan kita berharap TEKUN ataupun Yayasan TEKUN Nasional ini dapat kerajaan menambahkan lagi peruntukan yang sekiranya ia boleh memberi bantuan kepada keseluruhan usahawan kecil bumiputera di seluruh negara dari masa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada perkara perkara B.26 iaitu perkara berkaitan dengan sejumlah lebih daripada RM462 juta untuk diberi kepada Kementerian Pendidikan untuk melunaskan sebahagiannya kepada pembelian kondominium UiTM yang mana pembelian ataupun pinjaman daripada KWSP yang telah dibuat oleh UiTM pada tahun 1996. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Program UiTM ini saya ingin bertanya kepada kerajaan kerana kita tahu bahawa kerajaan terlampau banyak menggunakan dana dan kewangan tiap -tiap tahun untuk menguruskan UiTM sebagai satu daripada catalyst bumiputera dalam menyediakan penyelidikan dan pendidikan kepada masyarakat bumiputera seluruh negara. Saya tidak tahu sama ada kita telah belanja lebih kurang secara puratanya di antara RM300 juta hingga RM400 juta setahun. Jadi, dengan perkembangan ini kita berharap UiTM bukan sahaja akan menjadi satu daripada catalyst pendidikan bumiputera tetapi ia juga harus dijadikan

DN.16.5.2001

75

satu tempat yang boleh kita banggakan dalam menuntut keperluan-keperluan dasar pendidikan negara. Saya berharap selepas kita melalui proses kegawatan ekonomi pada tahun 1997, kita berharap peruntukan-peruntukan yang lebih munasabah dapat diperuntukkan kepada UiTM kerana kita tahu universiti-universiti lain berkemungkinan mempunyai keupayaan yang lebih daripada UiTM ini. UiTM baru diluluskan tahun lepas tarafnya daripada ITM kepada institusi yang bertaraf universiti. Jadi, apalah salahnya sebagai sebuah institusi yang berada di dalam peruntukan matlamat dasar kita supaya UiTM ini dapat bangkit bersama -sama sebagai sebuah institusi pendidikan bumiputera yang seiring dengan universitiuniversiti tempatan yang lain. Saya berharap kerajaan akan memberi fokus yang lebih bersungguh sungguh supaya UiTM dapat dijadikan salah satu daripada model perpaduan rakyat, perpaduan bangsa sebagaimana dibentuk ataupun dikehendaki oleh integrasi nasional kita melalui gerakan Dasar Ekonomi Baru bermula pada tahun 1970 dan oleh kerana perkara ini akan kita bincang dalam Rancangan Jangka Panjang, mungkin esok, mungkin minggu hadapan, maka hanya setakat itu sahajalah saya mengutarakan pandangan-pandangan saya ini dan kita berharap kerajaan akan terus peka kepada perjuangan sebuah Kerajaan Barisan Nasional yang senantiasa dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan ingin melihat perpaduan kaum ini teru s dikekalkan. Kita berharap kita akan menjadi sebuah organisasi parti yang menjadi model, sebagai pembela rakyat dari masa ke semasa dan insya -Allah, kita berharap dengan dukungan dan kefahaman terutama sekali jabatan-jabatan kerajaan, kalau tahun 1970 kita melihat bagaimanakah DEB dapat dijayakan kerana ianya keputusan politik oleh Barisan Nasional tetapi ia diterjemahkan oleh pegawai-pegawai kerajaan tetapi sekarang ini, apakah ianya berlaku satu faktor yang boleh menyatukan semua keperluan ini. Apakah kakitangan kerajaan sama ada pusat ataupun negeri-negeri dapat menerima bahawa keputusan politik di peringkat negara ini dapat diterjemahkan oleh kerana kita berdepan dengan pelbagai masalah dan dari masa ke semasa kita berharap, marilah sama -sama kita melihat bahawa negara amat memerlukan keputusan politik yang bijaksana dan penterjemahan oleh pegawai-

DN.16.5.2001

76

pegawai kerajaan yang faham kepada peranan dan role mereka sebagai catalyst kepada pembangunan negara kita. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bercakap lebih kurang 30 minit, Dato' Abdul Aziz pun sudah tengok, tangan sudah pegang dekat itu saya amat menghormati Presiden saya, saya bangun dahulu tadi pasal Dato datang lewat, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih daun keladi, terima kasih banyak-banyak. Tuan Yang di-Pertua: Dato' Dr. Chin Fook Weng: 3.06 ptg. Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Perbekalan Tambahan 2001 iaitu peruntu kan yang dipohon ialah untuk tahun 2000 dan juga untuk tahun ini tetapi kebanyakan ialah untuk tahun yang lepas. Untuk tahun ini dalam Jadual Kedua kita lihat di bawah B.18 satu permohonan daripada Kementerian Perusahaan Utama dan permintaan ini sebanyak RM300 juta itu ialah untuk membantu pihak pengusaha kelapa sawit untuk menanam semula pokok-pokok yang tua itu. Saya difahamkan bahawa itu adalah satu daripada cara untuk kita mengambil kira kelebihan minyak kelapa sawit yang ada dalam pasaran setakat ini. Sungguhpun usaha-usaha lain yang dicadangkan dan juga yang telah diambil masih terdapat terlalu banyak dan ini telah menjejaskan harga komoditi ini. Oleh kerana itu, satu daripada cadangan ialah untuk tahun ini siapa yang memohon , kerajaan akan memberi peruntukan supaya usaha menanam semula pokok-pokok yang tua itu dapat dijalankan dan dengan yang demikian, maka amaun kelapa sawit dalam pasaran dapat dikurangkan sedikit. Sungguhpun tidak begitu banyak tetapi itu juga merupakan satu usaha yang mungkin membawa kesan yang baik. Apa yang saya ingin ingatkan di sini ialah cara-cara menggunakan duit ini. Oleh kerana duit ini bukan sedikit, sebanyak RM300 juta, maka cara-cara bagaimana kita kena memastikan ladang -ladang berkenaan, cara-cara bagaimana kita hantar duit-duit itu kepada pihak-pihak yang berkenaan, semua itu kena dilakukan dengan baik supaya kita harus mengawasi sama ada pihak-pihak yang berkenaan selepas mendapat duit ini betul-betul berusaha untuk menanam semula dan sebagainya. Banyak kali kita telah mendengar aduan-aduan bahawa sama ada duit ini tidak

DN.16.5.2001

77

sampai kepada pihak-pihak yang berkenaan ataupun pihak-pihak yang tidak patut dapat telah diberi peruntukan ini. Jadi, saya minta kementerian yang berkenaan mengawasi perkara ini supaya sebarang penyelewengan tidak akan berlaku dan semua pihak yang patut terima bantuan ini diberi bantuan dan disegerakan supaya tidak ada pihak yang menderita akibat daripada kelewatan ataupun akibat daripada sebarang kelalaian oleh pihak tertentu. Tiap-tiap kali kita ada satu masalah, maka kita harus mengadakan cadangan cadangan yang berkesan untuk membantu dan saya sangat memuji pihak kementerian ini atas cadangan yang dibuat untuk mengatasi masalah ini. Saya juga tahu bahawa pagi ini kita telah dengar a j wapan daripada Kementerian Perusahaan Utama tentang langkah-langkah mereka untuk mengatasi harga yang begitu rendah untuk tiga komoditi utama dalam negara iaitu kelapa sawit, getah dan koko. Saya juga berharap satu kajian selain daripada membantu mereka dalam kelapa sawit, pihak-pihak lain seperti getah dan juga koko akan diberi bantuan sekiranya perlu dan ini boleh membantu orang-orang yang berusaha dalam sektor ini. Setahu saya ramai yang telah menderita akibat daripada kejatuhan harga daripada RM2,000 satu tan, sekarang hanya sampai ke paras RM725 satu tan. Ini adalah satu perbezaan yang sangat jauh dan ini tentulah akan menjejaskan bukan sahaja pekebun-pekebun kecil tetapi juga syarikat-syarikat yang besar. Kerajaan juga harus mencari lebih cara untuk menggunakan komoditi ini. Saya juga berharap bahawa perundingan dengan Kerajaan India dalam hal ini untuk menjual kepada negara India lebih banyak kelapa sawit itu akan berjaya. Saya difahamkan bahawa oleh kerana cukai import telah terlalu tinggi yang dikenakan oleh Kerajaan India sebanyak 92% lebih, kalau dibandingkan dengan kacang soya, hanya 40% lebih. Ini adalah satu perbezaan yang sangat jauh dan saya harap dengan sebab-sebab yang diberikan oleh kerajaan kita kepada Kerajaan India, maka mereka akan terima ini dan akan mengurangkan cukai yang dikenakan kepada komoditi ini. Saya telah membaca dalam surat khabar bahawa Perdana Menteri India apabila beliau membuat lawatan ke negara kita baru -baru ini, beliau telah berjanji bahawa akan mengkaji tetapi bila perkara itu akan dibuat tidak diumumkan iaitu tidak ada satu jangka masa (time frame) yang telah ditetapkan. Saya harap kerajaan kita akan berusaha dan akan sentiasa mengingatkan Kerajaan India tentang hal ini

DN.16.5.2001

78

supaya perkara ini dapat dibereskan dengan cepat dan kalau ini dapat dibereskan dan kalau import komoditi ini ke negara India itu boleh ditingkatkan, maka itu juga ada satu penyelesaian dalam perkara kelebihan komoditi ini dalam pasaran dunia. Saya juga lihat dalam permohonan untuk peruntukan kelebihan itu bahawa yang banyak itu ialah untuk menampung kenaikan gaji. Biasanya ini berlaku oleh kerana dalam banyak kementerian, gaji pegawai-pegawai itu sama ada dikaji semula atau ada yang belum dibayar dan sebagainya dan tiap -tiap kali kita diminta meluluskan belanjawan tambahan, maka inilah selalunya menjadi satu daripada item dalam permohonan itu. Sungguhpun kita harus meluluskan ini kerana ini sudah mengikut apa yang telah kita luluskan dalam tiap -tiap perjawatan itu. Sungguhpun demikian, saya juga ingin menarik perhatian pegawai-pegawai kerajaan supaya sentiasa mengambil perhatian tentang keperluan -keperluan rakyat, sentiasa memberi layanan yang sepatutnya dan sentiasa bekerja dengan lebih usaha supaya dapat meningkatkan produktiviti kerana tiap-tiap kali apabila diminta kenaikan gaji, kami di sini selalu luluskannya tanpa ada apa-apa pertanyaan-pertanyaan. Sungguhpun demikian, kita juga ada harapan bahawa ini akan diberi pengiktirafan oleh kerana dalam sini apabila kita luluskan peruntukan itu, kita juga ada harapan bahawa layanan kepada rakyat itu sentiasa akan ditingkatkan, sentiasa akan baik dan juga mereka tidak mengambil tambahan duit itu dan selepas itu tidak menyokong kerajaan dan sebagainya serta tidak memberi perkhidmatan yang mencukupi kepada rakyat. Tentang B.20 iaitu satu permohonan daripada MITI untuk RM2 juta itu, saya difahamkan bahawa ini ialah untuk promosi dan promosi ini mungkin melalui MALTRADE atau lain-lain rombongan ke negara -negara tertentu untuk menjual apa yang harus dipasarkan di tempat-tempat lain. Satu industri yang besar dan kita telah baca OPP3 iaitu yang mungkin memerlukan promosi ialah industri pendidikan di negara kita. Tiap-tiap kali rombongan itu keluar, rombongan itu biasanya mempromosikan pengeluaran pengeluaran lain tetapi oleh kerana kita telah harapkan di bawah OPP3 itu bahawa Malaysia akan menjadi satu tempat atau pusat pendidikan serantau di sini dan memandangkan sekarang kita juga ada beberapa cawangan universiti antarabangsa yang diletakkan di Malaysia, s aya harap dalam promosi ini, pihak MALTRADE juga akan mengambil kira keperluan-keperluan dalam industri pendidikan, sekarang

DN.16.5.2001

79

sudah dipanggil sebagai satu industri, industri pendidikan dan industri pendidikan itu kalau kita lihat sekarang masih kekurangan pelajar antarabangsa. Kita baru-baru ini diberitahu oleh Kementerian Pendidikan bahawa dalam IPTA, hanya lebih kurang 3,800 orang pelajar dari negara -negara asing dan di dalam IPTS, hanya 5,000 lebih. Kalau kita jumlahkan kedua-dua angka itu, hanya 8,800 orang pelajar. Pada pendapat saya, ini adalah satu angka yang begitu kecil kalau dibandingkan dengan jumlah pelajar kita yang keluar belajar di Australia, United Kingdom, United States dan sebagainya. Jadi, usaha dalam perkara ini harus ditingkatkan dan saya minta MITI mengambil kira dalam promosi mereka supaya industri pendidikan juga diberi sedikit bantuan dan sedikit pendedahan kepada negara-negara yang dilawati oleh delegasi MITI itu. Di dalam B.42 iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang memohon RM500 ribu itu, saya harap duit-duit yang dipohon itu juga dapat membantu kementerian ini menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan membawa lebih perpaduan kepada rakyat kita. Pagi tadi kita telah mendengar jawapan daripada kementerian tentang rancangan -rancangan yang dianjurkan oleh mereka dan sama ada rancangan rancangan itu telah membawa hasrat yang kita harapkan itu. Setahu saya, mereka telah anjurkan banyak rancangan seperti yang diberitahu pada pagi ini tetapi keberkesanan rancangan -rancangan itu harus dikaji dan rancangan-rancangan yang tidak membawa kesan -kesan yang diharapkan itu harus dikaji semula, bukan tiap tiap tahun menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama seperti memberi subsidi kepada Rukun Tetangga sebagai satu daripada rancangan mereka. Mungkin mereka kena mengadakan pendekatan yang baru di mana selepas membuat satu tinjauan dan juga satu kajian yang lebih teliti, mereka boleh kenal pastikan aktiviti-aktiviti yang betul-betul akan membawa perpaduan kepada rakyat kita dan boleh tingkatkan aktiviti-aktiviti sedemikian. Aktiviti-aktiviti lain yang tidak menggalakkan tetapi perlukan perbelanjaan juga harus dikaji semula sama ada sesuai atau tidak sesuai dan sama ada patut diteruskan atau patut dihentikan. Saya minta perkara ini dikaji oleh kerana setakat ini kita masih tidak mencapai perpaduan seperti yang diharapkan. Sungguhpun kementerian ini hanya memohon satu peruntukan yang kecil, maka ruang untuk mendapatkan lebih kesan yang positif masih ada dan saya harap dengan kajian yang dibuat oleh kementerian

DN.16.5.2001

80

ini mungkin kita boleh merancang aktiviti-aktiviti pada masa depan yang akan membawa kepada kita kesan-kesan yang kita harapkan. Saya juga ingin menyentuh tentang permohonan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu di bawah B.16 yang memohon sebanyak RM2.96 juta. Kebelakangan ini kita mendengar banyak cerita bahawa Jabatan Bomba itu respons lewat kepada beberapa kejadian kebakaran yang telah berlaku di beberapa tempat tetapi apabila penyelamat itu sampai, maka sudah ada kemalangan dan sudah ada kehilangan nyawa. Sebab-sebab yang diberikan ialah mereka telah dihubungi lewat dan ini telah mengakibatkan kerosakan bukan kepada harta sahaja tetapi juga kehilangan nyawa. Saya sangat kesal bahawa perkara macam ini masih berlaku. Kita harus mengadakan satu sistem di mana apabila kita dapat tahu ada sesuatu kebakaran di sesuatu tempat, maka proses untuk menghubungi pihak berkenaan harus dijalankan tanpa apa -apa masalah, harus dilicinkan dan harus dipercepatkan, sama ada nombor-nombor yang diberi kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat itu sesuai atau harus kita keluarkan satu nombor yang baru, mungkin 888. Mungkin rakyat lebih ingat dan terus ke jabatan berkenaan, mungkin dalam beberapa saat yang kita dapat jimatkan itu, maka itu akan mengakibatkan daripada menyelamatkan lebih mangsa kebakaran berkenaan. Sungguhpun ini bukan satu perkara yang begitu besar tetapi dari segi menyelamatkan mangsa apabila orang telah terbakar kerana kelewatan datang pihak penyelamat ini sudah menjadi satu isu dan kebelakangan ini kita telah dengar banyak tuduhan bahawa operator-operator apabila mereka terima panggilan, mereka tanya ini, tanya itu dan telah melambatkan proses menghantar bomba ke tempat yang berkenaan. Saya berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat akan mengadakan rundingan dengan pihak-pihak lain sama ada pihak telekom atau pihak-pihak yang ada kaitan dengan ini supaya proses ini dapat kita percepatkan dan satu prosedur yang jelas boleh kita aturkan dan boleh kita laksanakan supaya perkara semacam ini tidak timbul lagi. Saya juga ingin menyentuh tentang permohonan untuk satu peruntukan kepada PERWAJA. Tiap-tiap kali kita telah dapati bahawa kita kena ada peruntukan kepada PERWAJA dan setakat ini banyak duit telah dibelanjakan untuk menampung keperluan PERWAJA. Apabila kerajaan menjadi pemegang saham majoriti dalam syarikat ini maka banyak duit rakyat telah digunakan untuk PERWAJA. Saya

DN.16.5.2001

81

dapati kerajaan harus mengkaji perkara ini dan harus menentukan sama ada sesuai atau tidak kita masih meneruskan dalam kegiatan ini. Oleh kerana bantuan ini adalah satu syarikat yang memerlukan begitu banyak dan oleh kerana sehingga sekarang syarikat ini masih menghadapi

kerugian, kerajaan harus mengkaji sama ada sesuai atau tidak kita teruskan dalam usaha ini ataupun lebih baik kalau kita menjualkan syarikat ini kepada pihak swasta, mungkin pihak swasta lebih berpengalaman dalam usaha semacam ini dan mungkin dengan pengalaman, dengan pengetahuan mereka, tiap-tiap kali pun akan melihat syarikat ini. Bagi saya begitu lama syarikat ini telah menghadapi masalah. Sungguhpun mungkin diberi sebab bahawa kita masih gagal berjaya dalam syarikat ini tetapi sama ada ini harus diteruskan selama-lamanya atau pun kita harus mengambil tindakan yang sesuai untuk sekali gus mengatasi masalah ini, ataupun kita harus mengkaji bagaimana mencari lebih rakan perkongsian masuk mengambil ekuiti dalam syarikat ini supaya kerajaan tidaklah setiap kali mengeluarkan duit sebagai duit bantuan kepada syarikat ini. Oleh kerana perkara ini telah berlaku begitu lama dan begitu panjang , saya juga meminta satu kajian yang betul-betul teliti dijalankan . Dan berkaitan dengan PERWAJA juga apabila kita dapati pada tahun -tahun yang lepas apabila kita dapati ada masalah ada penyelewengan maka siasatan -siasatan tertentu telah dijalankan tetapi negara sudah menunggu begitu lama, sudah menunggu beberapa tahun untuk keputusan penyiasatan itu. Bagi saya ini telah mengambil satu masa yang terlalu panjang dan ban yak pihak juga telah memberikan kerjasama mereka kepada pihak yang berkenaan untuk membuat penyiasatan ini. Maka saya berharap tidak lama lagi kita akan ada satu penyelesaian. Kalau tidak maka itu akan berlaku ketidakadilan, mungkin mereka yang dituduh itu kena tahu apa keputusan dan rakyat yang menunggu hendak tahu apakah keputusan itu juga harus diberikan satu penjelasan dan satu jawapan yang berpatutan. Bukan kita sahaja tetapi kita juga melibatkan kawan -kawan kita di negara-negara lain kerana kita difahamkan bahawa kejadian itu juga ada melibatkan pihak-pihak di luar. Saya meminta pihak yang berkenaan mempercepatkan penyelesaian kepada penyiasatan mereka dapat menjadikan untuk syarikat ini satu syarikat yang untung. Kalau tindakan tidak diambil maka saya dalam permohonan itu satu peruntukan

DN.16.5.2001

82

supaya perkara ini dapat kita umumkan kepada negara dan kepada semua pihak yang menantikan ke putusan itu. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata demikian , saya sekali lagi menyokong peruntukan ini dan saya berharap semua pihak yang akan menerima peruntukan ini akan menggunakan duit-duit itu dengan bijaksana dan kalau tidak perlu menghabiskan duit itu maka jangan habiskan dan kalau pada akhirnya kita mencukupi maka tidak payah datang sekali lagi dalam bulan Julai atau bulan Ogos meminta lagi satu tambahan yang kedua. Kalau kita boleh setakat ini sudah mencukupi, jangan meminta tambahan lagi. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Azizah. 3.34 ptg. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucap kan terima kasih kepada Tuan Yang diPertua kerana membenarkan saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang undang Perbekalan Tambahan 2001 pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuma bercakap tentang dua perkara sahaja. Yang pertama ialah Maksud P.26 Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM716,333,286 perbelanjaan tambahan diminta iaitu merupakan 45.8% daripada jumlah besar anggaran tambahan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sangat-sangat prihatin dan mengambil berat tentang pendidikan di negara kita ini. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengagihkan sejumlah RM179 juta kepada pendidikan rendah dan juga RM23.5 juta untuk rumah guru-guru di luar bandar. Daripada jumlah tersebut, saya ingin bertanya berapa banyakkah daripada jumlah peruntukan ini diperuntukkan bagi negeri Sabah dan juga untuk luar bandar, khususnya untuk sekolah- sekolah rendah tadi. Saya juga ingin tahu daripada jumlah RM23.5 juta untuk rumah rumah guru di luar bandar, berapa banyakkah daripada peruntukan yang diperlukan ini dibelanjakan oleh negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan prestasi pencapaian pelajar-pelajar kita di kawasan luar bandar yang didapati dan juga diakui agak rendah berbanding dengan pelajarpelajar di kawasan bandar. Keadaan ini bukanlah disebabkan oleh anak-anak ataupun murid -murid di luar bandar ini bodoh malah ramai di antara mereka ini

DN.16.5.2001

83

memanglah anak-anak yang pintar dan terpaksa berjuang dalam keadaan yang begitu serba kekurangan. Saya telah membangkitkan perkara ini semasa membahaskan Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong tetapi saya tidak mendapat jawapan daripada Kementerian Pendidikan tentang perkara ini. yang memuaskan Peralatan yang tidak

mencukupi, Tuan Yang di-Pertua, menyukarkan usaha-usaha guru -guru kita untuk membantu murid-murid di luar bandar untuk mempertingkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran. Kadangkala guru-guru terpaksa sumbangan daripada orang -orang dan pihak-pihak meminta bantuan dan tertentu untuk mengadakan

seminar motivasi kecemerlangan untuk anak-anak murid mereka. Kekangan seperti inilah dan kemiskinan ibu bapa di luar bandar menyebabkan pencapaian yang rendah. Misalnya di kawasan dari mana saya datang di sebuah daerah pendidikan yang mempunyai 21 buah sekolah rendah , hanya 2 orang sahaja murid yang berjaya mendapat 5A pada peperiksaan UPSR tahun lalu, tahun 2000. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya selain daripada mengadakan peruntukan untuk pembinaan sekolah-sekolah dan juga rumah guru-guru , bekalan peralatan pembelajaran juga harus diberikan secukupnya kepada sekolah -sekolah di luar bandar memastikan prestasi pendidikan di luar bandar bertambah baik lagi. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini, kadang -kadang guru-guru di sekolah-sekolah di luar bandar tidak mempunyai alat-alat seperti kertas-kertas dan juga manila card untuk membantu murid-murid mereka belajar dengan lebih baik lagi. Kita juga difahamkan sekolah-sekolah di luar bandar diperuntukkan dengan komputer tetapi mereka tidak diberikan peruntukan untuk maintenance , dengan izin. Maka guru -guru besar terpaksalah berbelanja sendiri untuk maintenance komputerkomputer tersebut dan oleh kerana tidak ada peruntukan ini maka terhadlah penggunaan komputer untuk membantu murid-murid. Tentulah tidak ada ertinya komputer-komputer ini diperbekalkan kepada sekolahsekolah di luar bandar jika tidak ada per untukan untuk maintenance nya , dengan izin. supaya Oleh itu, saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini Kementerian Pendidikan bagi

mengambil perhatian tentang perkara ini dan memastikan jika komputer dibekalkan kepada sekolah-sekolah, wang penyelenggaraan juga dibekalkan kepada sekolah sekolah tersebut.

DN.16.5.2001

84

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan juga dalam Dewan yang mulia ini dalam usaha kita untuk bukan sahaja semasa membantu meningkatkan prestasi murid-murid di luar persekolahan untuk membolehkan pelajar-pelajar bandar, perpustakaan di sekolah-sekolah di luar bandar dibuka sepanjang hari mengunjunginya bila-bila masa bagi maksud untuk membaca, untuk mendapatkan bahan pembelajaran tambahan dan rujukan dan tempat untuk mereka mengulang kaji dalam keadaan yang condu sive, dengan izin , kerana saya diberitahu oleh guru guru di luar bandar perpustakaan. Cuma barangkali perlu ditambah bahan -bahan yang ada di perpustakaan perpustakaan tersebut bagi memastikan pelajar-pelajar di luar bandar yang tidak ada facility perpustakaan dan tidak mampu pula untuk membeli buku -buku melalui perpustakaan tambahan dapat turut sama merasakan kemudahan ini semua sekolah-sekolah walaupun yang kecil mempunyai

sekolah. Saya tidak tahu di luar bandar di Semenanjung Malaysia ini tetapi di dalam negeri Sabah perpustakaan adalah satu perkara luxuries, dengan izin , untuk anakanak di dalam bandar sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perkara B. 48 iaitu Kementerian Pembangunan Luar bandar. Kementerian ini memerlukan tambahan untuk jalan-jalan luar bandar sebanyak RM72.9 juta dan jalan-jalan kampung sebanyak RM5 juta. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan yang mengambil kira keperluan jalan luar banda r bagi memastikan kawasan luar bandar juga turut sama mencapai kemajuan dalam arus pembangunan perdana negara. Saya ingin bertanya daripada jumlah yang diperuntukkan ini, berapa banyakkah yang diperuntukkan untuk negeri Sabah dan berapa banyakkah bilangan jalan -jalan yang dibina dalam tempoh perbelanjaan ini di negeri Sabah? Mengapa saya mengutarakan ini? Oleh kerana seperti semua sudah maklum, negeri Sabah termasuklah juga Sarawak masih lagi jauh ketinggalan dalam infrastruktur jalan raya khususnya di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini juga, saya ingin mencadangkan kepada kementerian, supaya memastikan jalan -jalan raya yang dibina atau dinaik taraf hendaklah merupakan jalan-jalan yang benar-benar diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung dan bukanlah setakat untuk memberikan projek ataupun kontrak kepada kontraktor-kontraktor sahaja. Dengan yang demikian, maka barulah perbelanjaan yang kerajaan keluarkan benar-benar

DN.16.5.2001

85

menepati sasarannya kerana dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan juga kerajaan yang memerintah. Sehubungan dengan ini, konsep payung dalam pelaksanaan projek-projek jalan raya di luar bandar tidak berjaya untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil di luar bandar yang kebanyakannya memegang lesen F untuk mendapat p ekerjaan. Kebanyakan kontraktor-kontraktor kecil ini hanyalah setakat memegang lesen F sahaja dan terpaksa pula berbelanja untuk membaharuinya tetapi, tidak mendapat kontrak-kontrak daripada projek-projek yang dijalankan oleh kementerian melalui konsep payung ini. Oleh itu, saya cadangkan agar pihak kementerian mengkaji perkara ini dan mencari mekanisme yang benar-benar dapat membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang kecil di luar bandar khususnya di negeri Sabah untuk sama -sama dapat mera ih hasil daripada kemakmuran negara dan projek-projek yang dijalankan di luar bandar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dengan kata -kata yang demikian, saya juga sama -sama menyokong Rang Undang -undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001. kasih. . Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Melanie Chia Chui Ket. 3.43 ptg Puan Melanie Chia Chui Ket: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Saya bangun untuk ambil bahagian dalam per bahasan Rang Undang -undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001 dan saya ingin menyentuh hanya dua perkara. Pertama, mengenai Maksud B.29 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Tambahan sebanyak RM255 juta sebagai pemberian sementara kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun 2000 berikutan pemansuhan duti import dan duti eksais ke atas barangan petroleum adalah dikehendaki. Bayaran ini telah pun dikeluarkan melalui bilangan Waran 38, tahun 2000. Kita rakyat Malaysia di negeri Sabah dan negeri Sarawak, mengucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bayaran mengikut pemansuhan duti import dan eksais ke atas barangan petroleum kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak adalah perjanjian Kerajaan Persekutuan yang timbul daripada pe mindaan Akta Cukai Jualan 1972 pada 28 Disember, 1999 untuk memenuhi komitmen Malaysia mengenai perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN di bawah skim Common Effective Sekian, terima

DN.16.5.2001

86

Preferred Tariff ataupun CEPT. Malaysia.

Perjanjian ini ada berkaitan dengan hasil

pendapatan kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak di bawah Perlembagaan Di sini, saya ingin meminta penjelasan Menteri Kewangan tentang Bukankah perkataan pemberian sementara yang digunakan untuk bayaran ini.

bayaran mengikut pemansuhan duti import dan eksais ke atas b arangan petroleum kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak, bayaran sepanjang masa mengikut Perlembagaan Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta penjelasan tentang timing , dengan izin, untuk bayaran ini. Sebelum pemansuhan duti import dan eksais ini, hasil daripada duti import dan duti eksais daripada produk petroleum ini yang terdapat di negeri Sabah dan negeri Sarawak diterima tiap -tiap bulan tanpa apa-apa permohonan. Di sini, saya ingin mencadangkan bayaran ini disampaikan kedua-dua negeri tiap-tiap bulan juga dan seterusnya tanpa apa-apa birokrasi. Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan merupakan sektor yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan juga pertukaran asing. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi memesatkan lagi perkembangan sektor ini dan langkah langkah mempromosikan Malaysia sebagainya destinasi pelancongan terunggul akan dilipat gandakan. Di sini, saya ingin menyentuh tentang alam semula jadi atau eco-tourism, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan World Tourism Organization , dengan izin, terdapat 40 juta orang yang minat dengan alam semula jadi dan jumlah ini bertambah 30% setiap tahun. Kumpulan ini menyumbangkan USD14 bilion setiap tahun. Pasaran ini sangat besar dan berpotensi jikalau 1% daripada jumlah ini sejajar USD140 juta. Sebahagian besar kumpulan peminat alam semula jadi adalah dari Eropah. Tuan Yang di-Pertua, permintaan yang meluas di seluruh dunia serta permintaan produk pelancongan Sabah yang berasaskan kekayaan alam semula jadi. Satu daripada isu utama dan ke terbatasannya dalam pembangunan industri pelancongan di Sabah ialah penerbangan secara terus ke Sabah yang terhad. Untuk menangani masalah kekurangan penerbangan terus antarabangsa ke Sabah, salah satu cara ialah mengekalkan penerbangan sewa khas ataupun chartered flights, dengan izin, daripada destinasi antarabangsa dengan membe ri insentif dalam

DN.16.5.2001

87

pelbagai bentuk seperti sokongan pengiklanan dan mencatit risalah kepada pengusaha penerbangan terus sewa khas. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, saya ingin memohon agar Kerajaan Persekutuan dapat menambah penerbangan secara terus ke Sabah dan memberi peruntukan kewangan kepada pengusaha penerbangan terus sewa khas sama ada melalui kerajaan negeri Sabah ataupun Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, golongan pelancong yang terlibat dalam aktiviti menyelam kian meningkat. Ini dapat dilihat dengan terdapatnya sejuta orang yang terlibat dalam aktiviti ini di Jepun, Australia, Korea, Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Tambahan pula, para penyelam ini biasanya terdiri daripada golongan profesional dan biasanya yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Setiap penyelam dijangka akan membelanjakan sebanyak RM2,750 dengan jangka masa menginap sebanyak 5.5 malam. Industri menyelam ialah satu niche market, dengan izin. Berdasar kepada sumber Malaysia Sport Diving Association, dengan izin, terdapat kira-kira 50,000 pelancong yang datang ke Malaysia untuk tujuan menyelam dan 40% daripada jumlahnya ialah pergi ke Sabah. Tuan Yang di-Pertua, meskipun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi meyakinkan para pelancong bahawa Sabah adalah selamat dikunjungi, namun demikian, publisiti negatif ini telah menyebabkan penyelam merasa was-was dengan kerajaan ini. Meskipun tidak berlaku pembatalan secara besar-besaran, tetapi tempahan baru amatlah terhad. Oleh itu, untuk menembusi pasaran pulangan tinggi ini, usaha dan langkah pemulihan menyelam seharusnya merupakan fokus penting untuk mengekalkan imej negara sebagai destinasi menyelam unggul di rantau ini. Kempen mempromosikan industri menyelam secara besar-besaran bagi memberi keyakinan kepada penyelam bahawa Sabah adalah selamat dikunjungi adalah dialu-alukan . Tuan Yang di-Pertua, dengan permintaan ini, saya juga menyokong penuh ke atas Rang Undang -undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001 ini. Sekian, terima kasih. . Tuan Yang di-Pertua: Tuan M. Ratnam.

DN.16.5.2001

88

3.54 ptg. Tuan M. Ratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membahas di atas Anggaran Perbelanjaan Tambahan Ketiga 2000 , Kertas Perintah 7A tahun 2001. Dalam anggaran ini, untuk B.40 - Jabatan Penjara, anggaran asal pada tahun 2000 ialah RM176, 717,300. Sekarang, tambahan yang perlu ialah RM25,199,600. Ini berjumlah RM201,916,900. juta itu. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana telah mengadakan peruntukan sebanyak lebih RM25 Saya juga sebagai seorang pelawat hakim Penjara Sungai Buloh telah melawat Penjara Sungai Buloh yang telah dibina beberapa tahun dahulu. Penjara Sungai Buloh itu boleh memuatkan 2,500 orang sahaja tetapi sekarang, dia ada 3,503 orang. Angka ini saya dapat apabila saya melawat lebih kurang sebulan yang lalu. 1,719 Melayu, 436 Cina, 709 orang India dan kes sabitan 639 orang dan jumlahnya 3,503 orang. Saya mendapati bahawa di penjara itu, bantal dan tilam adalah untuk 2,500 orang sahaja dan yang berlebihan itu tidak ada bantal untuk tidur. Ini diberitahu apabila saya buat lawatan baru-baru ini. Dan juga kakitangan yang ada di situ pada masa sekarang ialah 600 orang sahaja. 600 orang ini adalah mencukupi untuk menjaga 2500 penjenayah dalam penjara itu. J adi saya diberitahu bahawa kakitangan adalah kurang dan oleh sebab itu, kakitangan yang ada di situ perlu kerja lebih masa tanpa dibayar kerja lebih masa itu. Hendak ambil cuti pun susah. Jadi saya minta supaya kakitangan di penjara itu diberi iku t dengan orang yang ada dalam penjara itulah. Saya juga diberitahu, oleh sebab banduan yang berlebihan, penjara juga tidak dapat menjalankan kursus-kursus pemulihan untuk penjenayah -penjenayah itu. Mungkin masa sudah sampai bagi kerajaan untuk mengadakan satu lagi penjara kerana sekarang tiap -tiap hari kita baca dalam surat khabar, pendatang asing ditangkap dan dimasukkan ke situ juga. Kerana dia datang tanpa kelulusan. Dalam jel itu juga bukan semua orang sihat. Ada 120 orang HIV cases. Jadi apabila orang yang sakit HIV itu perlu dibawa ke mahkamah , tangan dia digari oleh pegawai penjara itu. Jadi tiada perlindungan. Sekarang saya diberitahu dia orang ikat satu kain, lepas itu dia gari tangannya pula supaya dia punya apa -apa tidak kena dengan pegawai, jadi tidak berjangkit. Jadi pegawai-pegawai seperti ini perlu diberi

DN.16.5.2001

89

bayaran tambahan risk allowance kerana dia expose dengan izin, ke satu risk yang sangat tinggi. Ini adalah mustahak. Semasa saya melawat juga, saya dapat tengok ajaran agama kepada budakbudak yang beragama Islam, bagus, tahniah kepada pengurusan penjara itu tetapi di masa yang sama , budak-budak yang bukan beragama Islam tidak ada apa-apa ajaran. Tempat penjara itulah mustahak, baik bagi kerajaan m engaturkan untuk mengadakan kelas-kelas ajaran agama kepada yang bukan beragama Islam juga. Ini satu perkara yang penting. Itu mengenai penjara itulah. Saya juga ingin memberitahu Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang saya juga ada khuatir sikitlah kerana PAS dalam dia punya Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pahang, salah seorang tokoh PAS itu telah mengatakan apabila PAS tubuh kerajaan, Kerajaan Pusat barangkali, kerajaan negeri ini barangkali dia akan musnahkan patung -patung agama yang lain , yang bukan Islam. Islam memang tidak ada patung kan? Jadi ini satu perkara yang menakut-nakutkan orang-orang yang bukan beragama Islam. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof: Yang Berhormat minta jelas sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ja di saya mencelah tentang persoalan patung tadi. Saya rasa Dewan yang mulia ini telah diberi penjelasan oleh Yang Berhormat Ustaz Hassan Haji Shukri tentang kedudukan patung , sebagai mana patung ini sebenarnya kita sebagai mana bukti di negeri Kelantan , Kelantan di bawah pemerintahan PAS selama 29 tahun tetapi kita tidak buang patung -patung sama ada patung besar ataupun patung kecil. Jadi ini satu kenyataan yang silap. Saya harap Yang Berhormat jangan buat sangkaan yang tidak betullah sebab telah diberi penjelasan. [Timbalan Yang Di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Berhormat. Saya hendak tanya kepada Yang Dia kata negeri Kelantan tidak ada patung yang dirobohkan, saya

diberitahu kijang-kijang sudah dirobohkan dan Terengganu penyu pun dirobohkan. Jadi ini tidak betul Yang Berhormat. Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput Yang Berhormat. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof: Tuan Yang di-Pertua, yang dimaksudkan ialah patung yang melibatkan agama, mengikut kepercayaan agama. Macam kijang dan penyu itu tidak melibatkan agama. Jadi maknanya kita sebagai

DN.16.5.2001

90

seorang Islam menghormati agama lain. Masalah penyu dan kijang ini tidak sedikit pun melibatkan mana-mana agama. Tuan M. Ratnam: Terima kasih Yang Berhormat tetapi sehingga hari sekarang, orang yang kata itu dalam Dewan Undangan Negeri belum tarik balik apa yang dia kata. Betullah dalam Dewan ini saudara saya Yang Berhormat Ustaz Hassan ada memberi sedikit penjelasan tetapi daripada pandangan saya penjelasan sahaja tidak mencukupilah. Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Anggaran Perbelanjaan Ketiga 2000, Kertas Perintah 7A tahun 2001. Sekian terima kasih. Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput Yang Berhormat. 4.02 ptg. Tuan M. Saravanan: Salam sejahtera dan selamat petang Tuan Yang diPertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas ke atas rang undang -undang Anggaran Perbelanjaan Tambahan 2000/2001. Sebelum saya memulakan ucapan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri kita yang disegani Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad kerana melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya kerana telah mencalonkan nama saya ke jawatan yang mulia ini. Saya amat terharu dengan kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada saya. Demi keyakinan dan kepercayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maka saya berjanji akan memberikan komitmen yang sepenuhnya tanpa mengira onak dan duri yang mendatang untuk menjalankan tugas y ang telah diamanahkan kepada saya. Saya juga berjanji akan mempertahankan segala amanat serta kepercayaan yang diberikan kepada saya. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Memandangkan inilah julung kalinya saya berucap di Dewan yang sungguh gah ini, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya dengan panjang lebar saya tidak berniat untuk berucap panjang lebar.

DN.16.5.2001

91

Sepanjang Enam hari yang lalu kita telah dihidangkan dengan hujah -hujah yang cukup bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengena i pelbagai aspek. Pada hari ini saya tidak berniat untuk menyentuh isu -isu yang telah pun dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Sebagai permulaan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak terhadap masalah -masalah yang dihadapi oleh golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta cara-cara bagaimana kita sebagai kerajaan yang prihatin boleh membantu mereka walaupun kemiskinan serta pembangunan yang rendah di kalangan masyarakat berpendapatan rendah ini tidak begitu serius tetapi kecacatan ini merupakan satu noda hitam di sebuah negara yang sedang membangun serta bersaing dengan negara-negara yang telah pun menuju ke arah kemajuan yang pesat. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk menghapuskan kawasan-kawasan setinggan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang sebelum tahun 2005. Ini merupakan satu langkah yang bijak dan tepat pada masanya seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum kerajaan memang berhasrat untuk menempatkan semula masyarakat setinggan ini di rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana. Dalam proses penempatan ini kerajaan haruslah memastikan beberapa faktor-faktor penting. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Di sini saya ingin menyentuh tentang penyediaan rumah -rumah pangsa kos rendah dan sederhana. Walaupun rumah-rumah ini kelihatan sempurna tetapi terdapat sedikit kecacatan dalam pelan pembangunan rumah-rumah kos rendah ini. warga tua serta golongan yang kurang upaya. Sebagai contoh pelan pembangunan ini tidak mengambil kira masalah yang mungkin dialami oleh golongan Adalah menghairankan saya , mengapa rumah-rumah pangsa setinggi lima tingkat ini tidak mempunyai kemudahan lif. Jika dipandang dengan teliti, kemudahan ini adalah amat penting. Bagi kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini seperti Dato Aziz dan Dato Profesor T . Marimuthu menaiki tangga walaupun ke tingkat sepuluh tidak menjadi satu masalah tetapi bagaimana pula golongan warga tua dan mereka yang kurang upaya. Cubalah fikir sebagai insan yang berperike manusiaan, betapa sukar untuk mengharungi kehidupan se harian dengan menaiki tangga setinggi lima tingkat setiap hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, cubalah kita meletakkan diri kita dalam keadaan tersebut untuk memahami perasaan seperti pepatah Melayu, berdiri sama tinggi,

DN.16.5.2001

92

duduk sama rendah.

Selain daripada warga tua ataupun lebih tepat mengikuti

saranan Yang Berhormat Datuk Ghazi, warga emas dan golongan kurang upaya kita juga harus memberi perhatian kepada golongan wanita. Saya cukup yakin wanita wanita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini sedar betapa susahnya menaiki tangga sewaktu sedang hamil. Isu ini mungkin tidak terlintas dalam pemikiran pemaju memandangkan kebanyakan yang terlibat dalam proses perancangan pembinaan rumah-rumah ini adalah golongan lelaki serta tujuan utama pemaju adalah untuk mengaut keuntungan. Lantaran itu pemaju cuba mengurangkan kos dengan tidak menyediakan kemudahan lif. Ahli-ahli Yang Berhormat, pemikiran seperti ini perlu dibanteras. Satu lagi masalah yang dih adapi oleh masyarakat yang tinggal di rumah pangsa tanpa lif ini ialah semasa berlaku kematian. Kesukaran dihadapi apabila membawa turun naik jenazah dari tingkat bawah ke atas. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah sekurang-kurangnya pemaju perlu menyediakan satu lif khas untuk menangani masalah -masalah ini. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin sudah sampai masanya kita menitikberatkan perkara -perkara yang mungkin dianggap remeh -temeh selama ini. sebelum diluluskan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak berusaha untuk mewujudkan para cendekiawan-cendekiawan dan intelektual-intelektual yang bakal menjadi tulang belakang negara ini. Di antara usaha kerajaan ialah menanam sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia dan sikap ini telah cuba disemaikan sejak kecil lagi iaitu di peringkat akar umbi. Saya amat menyokong usaha kerajaan yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan orang ramai, tempat beribadat, tadika, sekolah dan sebagainya di kawasan-kawasan perumahan bagi masyarakat untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, saya percaya perlu dipe rtingkatkan lagi terutamanya dengan memastikan adanya satu mini library dengan izin, di setiap kawasan perumahan. Langkah ini akan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat membaca. Dengan adanya sebuah perpustakaan di setiap kawasan perumahan maka ia membolehkan anak-anak muda kita di kawasan perumahan tersebut untuk Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan haruslah mengkaji semula syarat-syarat pembinaan rumah pangsa

DN.16.5.2001

93

menghabiskan masa lapang mereka dengan berfaedah. Ini sedikit sebanyak dapat juga mengurangkan budaya lepak di kalangan remaja. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan pada petang ini adalah mengenai pendidikan bahasa ibunda (POL). Sehubungan dengan perkara ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita atas pengumuman beliau untuk melatih lebih ramai guru -guru untuk mengajar bahasa -bahasa ibunda di sekolah-sekolah. Ini membuktikan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kaum-kaum lain di Malaysia. Saya bersetuju benar dengan usaha murni Yang Amat Berhormat tetapi apa yang perlu kita fahami di sini adalah kelas-kelas bahasa ibunda ini biasanya diadakan di luar waktu persekolahan iaitu pada waktu petang ataupun pada hari Sabtu. Ini juga merupakan satu faktor kenapa ramai murid-murid tidak mahu menghadiri kelas POL tambahan pula ibu bapa juga berasa keberatan untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka pada waktu luar persekolahan. Lantaran itu perlulah kita mengambil langkah -langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini atau kata lain kita masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan ini. Apa yang kerajaan harus lakukan di sini adalah perlu mengadakan kelaskelas bahasa ibunda ini pada waktu-waktu persekolahan iaitu dengan menjadikannya sebagai satu mata pelajaran di dalam sukatan mata pelajaran. Dengan ini usaha kerajaan untuk mengajar bahasa ibunda akan lebih berkesan serta membuahkan hasil yang memanfaatkan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu lagi isu yang sentiasa merisaukan kaum keturunan India di Malaysia ialah mengenai cuti umum untuk perayaan Thaipusam. Sebagaimana kita semua ketahui, orang India juga kuat berpegang kepada agama serta kepercayaan dan kebanyakan orang-orang India di Malaysia adalah beragama Hindu. Salah satu perayaan kaum Hindu yang disambut secara meriah adalah perayaan Thaipusam. Walaupun perayaan ini merupakan perayaan orang Hindu tetapi yang kita semua ketahui perayaan ini bukan sahaja disertai oleh kaum Hindu tetapi juga pelbagai kaum yang lain di Malaysia dan juga turut disaksikan oleh

DN.16.5.2001

94

pelancong -pelancong asing yang datang dari pelosok dunia. Ia merupakan salah satu daya tarikan pelancong untuk mengunjungi negara ini. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah Thaipusam me rupakan Tetapi malangnya, kerajaan hanya perayaan tunggal di Malaysia yang dihadiri oleh lebih dari sejuta orang terutamanya kaum India dari seluruh negeri di Malaysia. meluluskan cuti umum untuk penduduk-penduduk negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Apa salahnya sekiranya kerajaan meluluskan cuti umum untuk negeri-negeri lain seperti Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan juga Kuala Lumpur. Memanglah patut sekiranya Kelantan dan Terengganu tidak diberikan cuti umum pada hari Thaipusam tetapi apakah rasionalnya negeri-negeri yang tidak diberikan cuti umum. Di sini saya ingin menyeru kerajaan supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap isu ini. Apa yang ingin saya cadangkan di sini ialah sekiranya sukar untuk menambahkan cuti umum yang sedia ada di negara ini, maka kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggantikan cuti minggu ketiga hari Sabtu kepada cuti Thaipusam pada bulan Februari setiap tahun. Saya merayu kepada kerajaan supaya mengkaji semula serta memberi pertimbangan yang serius permintaan ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri ulasan saya, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu kuota kemasukan ke universiti yang sedang menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan dan juga membimbangkan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan belia bukan bumiputera yang turut mendokong cita-cita serta impian yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memulakan ulasan saya yang terakhir ini, saya ingin merayu kepada semua Ahli Yang Berhormat dan juga pihak media massa supaya jangan menyalah tafsirkan ulasan saya ini. Saya tidak berniat sama sekali untuk melukakan hati mana-mana pihak atau mempersoalkan hak istimewa yang sedia ada untuk mana-mana kaum tertentu. Saya hanya ingin mempertahankan kepentingan kaum lain yang juga merupakan sebagai rakyat Malaysia yang tetap mempertahankan negara ini sebagai negara ibunda daripada segala ancaman yang tidak diingini sekiranya perlu. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai kerajaan yang prihatin untuk memberikan peluang pendidikan yang sewajarnya kepada para pelajar bagi memastikan agar masa depan mereka terutamanya bagi mereka yang telah memperolehi keputusan

DN.16.5.2001

95

yang cemerlang terjamin. Saya bersetuju benar bahawa Barisan Nasional setakat ini telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum tetapi malangnya, masalah telah menonjolkan dirinya sejak kebelakangan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang kita semua sedia maklum, penempatan sistem kuota dalam pemilihan pelajar ke menara gading iaitu 55% untuk kaum bumiputera dan 45% untuk bukan bumiputera adalah satu perka ra yang telah dipersetujui oleh semua pihak selama ini. Sehingga kini tidak ada masalah serius yang timbul dalam proses ini. Justeru itu saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita sayangi dan juga Tan Sri Menteri Pendidikan supaya tidak mengubah persetujuan sedia ada dalam peratusan sistem kuota ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang peningkatan dalam peratusan kuota bumiputera ini mungkin akan menjejaskan masa depan serta impian belia-belia yang bukan bumiputera khususnya kaum keturunan India yang merupakan sebagai golongan minoriti. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pandangan serta kesetiaan kaum bukan bumiputera terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Sebenarnya kaum bukan bumiputera juga merupakan sebagai rakyat Malaysia yang taat serta menyokong kerajaan. Apalah salahnya sekiranya kaum ini diberi sedikit kepentingan. Saya tidak meminta supaya kerajaan meningkatkan peratusan kuota bukan bumiputera melebihi kaum bumiputera tetapi saya hanya meminta kerajaan supaya tidak membuat sebarang perubahan dalam sistem kuota yang sedia ada ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sistem kuota yang sedia adapun ramai pelajar-pelajar cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, apatah lagi jika peratusan kuota kaum bukan bumiputera dikurangkan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan benci terhadap kerajaan. Mungkin juga akan timbul perasaan benci terhadap pendidikan di hati pelajar-pelajar bukan bumiputera kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, walaupun mereka mempunyai segala kelayakan untuk berbuat demikian. Tidakkah ini akan mendorong mereka untuk terjebak ke alam jenayah dan maksiat dan turut menjadi warganegara yang tidak berguna kepada masyarakat dan negara.

DN.16.5.2001

96

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bermati-matian ingin mempertahankan peratusan sistem kuota yang sedia ada ini. Bukan kerana tidak mahu kaum bumiputera dalam perutusan tetapi ingin mempertahankan pelajarpelajar yang bukan bumiputera yang miskin dan yang layak mendapat pendidikan tinggi. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah tidak perlulah kita mengungkitungkitkan sistem kuota ini lagi seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata kualiti di kalangan graduan mestilah diambil kira. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya kerajaan masih lagi tetap ingin mengubah peratusan sistem kuota ini, saya merayu kepada pihak kerajaan khasnya Tan Seri Menteri Pendidikan supaya mengambil kira langkah langkah alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kaum bukan bumiputera untuk memasuki universiti. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang kita minta daripada kerajaan hanyalah sedikit keprihatinan terhadap pelajar-pelajar yang ce merlang tetapi kurang keupayaan dari segi kewangan. Untuk memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran ke puncak menara gading, salahkah kita minta belas ihsan ini daripada kerajaan memandangkan kaum bukan bumiputera juga merupakan rakyat Malaysia yang lahir, dibesarkan, dididik, dibudayakan dan inilah juga tanah air di mana mereka akan menghembuskan nafas terakhir mereka. Saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan isu ini secara rasional. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, rumusannya kebanyakan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan berasal daripada golongan berpendapatan rendah. Bagi golongan yang berada mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke universiti swasta di dalam dan di luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Sekiranya permohonan mereka ditolak di universiti-universiti tempatan tetapi keadaan ini tidaklah sama dengan golongan -golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang sentiasa mengharap kemasukan ke universiti-universiti awam kerana kos perbelanjaan yang rendah. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, para pelajar terlibat dalam masalah ini kebanyakan adalah golongan belia iaitu mereka yang berumur di antara 18 hingga 21 tahun. Pada usia yang begitu muda, golongan ini mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif sekiranya kita gagal menjanjikan masa depan yang terjamin kepada mereka. Maka, akan tertanamlah perasaan benci terhadap

DN.16.5.2001

97

kerajaan dan juga negara. Ini akan mendorong mereka untuk melibatkan diri di dalam kegiatan dan gejala-gejala yang tidak diingini. Adalah menjadi idaman setiap pelajar untuk ke menara gading apabila mereka telah belajar bersungguh-sungguh dan memenuhi pra syarat yang diwujud untuk ke universiti dan apabila mereka dinafikan sesuatu tempat, bayangkanlah perasaan benci yang akan tertanam di jiwa mereka terhadap kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya apabila yang ingin saya cadangkan di sini ialah kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih rasional dan teliti di mana pelan -pelan spesifik diwujudkan dan sekiranya perlu lebih banyak universiti harus didirikan ataupun menyediakan program-program pendidikan jarak jauh dengan kerjasama universiti-universiti swasta tempatan. Kerajaan juga boleh mewujudkan atau memperkenalkan bantuan pinjaman khas kepada pelajar-pelajar yang layak yang tidak berjaya menempatkan diri di universiti-universiti awam. Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada sistem kuota ini saya ingin juga memberi sedikit gambaran mengenai penawaran kursus kepada pelajar-pelajar ke universiti. Baru -baru ini wujud banyak kes di mana pelajar-pelajar ditawarkan kursus lain selain daripada kursus yang diminta atau diminati oleh mereka. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai kelayakan untuk kursus perniagaan telah memohon untuk kursus perniagaan, akan tetapi ditawarkan kursus wartawan. Mungkin bagi pihak kerajaan ini adalah rasional kerana pelajar itu telah ditawarkan tempat di universiti walaupun mereka ditawarkan kursus yang tidak diminati. Tetapi sekiranya dilihat daripada sudut lain ia sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah manfaat, ini kerana minat pelajar berkenaan bukan dalam bidang yang ditawarkan. Mungkin pelajar yang menerima tawaran memandangkan mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran di kolej-kolej swasta. Tetapi persoalan, bolehkah mereka menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang yang tersebut. Ini akan menjadi tanda tanya. Tambahan pula pelajar-pelajar ini tidak boleh mencungkil kebolehan atau kaliber mereka dalam bidang tersebut kerana tidak mempunyai minat dan asas dalam bidang tersebut. Kerajaan mungkin akan kehilangan seorang berkaliber dalam bidang tertentu. Ahli-ahli Yang Berhormat, siapakah sebenarnya yang rugi, kerajaan atau pelajar. Tegasnya , kita masih lagi mempunyai ruang untuk memperbaiki kesilapan ini seperti kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna'.

DN.16.5.2001

98

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai akhir kata, saya sebagai insan yang tidak boleh melarikan diri daripada kesalahan dan kesilapan, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ulasan yang julung kali telah melukai hati dan perasaan mana-mana pihak walaupun saya tidak berniat untuk berbuat demikian. Dengan ini, saya juga turut menyokong Rang Undang -undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman. 4.23 ptg. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi tahniah terutama sekali di atas pembentangan Jadual Kedua, Seksyen 3 di bawah B.18, Kementerian Perusahaan Utama sejumlah RM300 juta. Sesungguhnya, RM300 juta ini tidak banyak dari segi keperluan pekebun -pekebun kecil getah dan kelapa sawit, tetapi ianya membawa erti yang begitu besar kepada mereka. Dan ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin bagi menentukan tidak ada lapisan masyarakat yang sekiranya tergugat dari segi faktor-faktor luaran dan dalaman terbiar dan terpinggir oleh Kerajaan Barisan Nasional. RM300 juta ini saya perhatikan kalau kita tengok dari segi kelapa sawit sahaja, jumlah kelapa sawit yang dibangunkan oleh pekebun-pekebun kecil pada tahun 1999 berjumlah 286,513 hektar. Ini merupakan satu kawasan yang amat luas, lebih kurang 10% daripada jumlah 3.3 juta hektar. Jadi, ramai yang melibatkan diri dari segi untuk membangunkan skim pekebun kecil kelapa sawit ini. Saya minta pihak kerajaan, dalam usaha-usaha yang dijalankan sekarang ini memang sudah baik. Terutama sekali baru -baru ini kita dapat tahu timbal dagang antara India dengan Malaysia dan China dengan Malaysia, kita harapkan ianya dapat diperluaskan lagi. Sungguhpun dalam masa lima tahun akan datang nilai barter trade antara India dengan Malaysia mungkin mencecah US$1.8 bilion, kita minta kalau dapat pihak kerajaan meluaskan lagi kegiatan barter trade ini ke negara negara yang memerlukan minyak kita, negara-negara baru. Saya ingin mengesyorkan supaya negara-negara satelit Russia dahulu di mana Chechnya dan juga Asia Tengah yang banyak mempunyai bahan mentah

DN.16.5.2001

99

seperti minyak dan juga tenaga mahir dari segi pengurusan, dari segi sains dan teknologi, kita gunakan sistem barter trade ini dengan kelapa sawit kita atau getah supaya mereka ini dapat memberi kita dari segi keupayaan intelek, sains dan teknologi. Dari segi ini mereka memang canggih. Russia sekarang tidak mampu lagi untuk meningkatkan pembangunan dan penyelidikan. Kalau kita dapat mengambil alih, saintis-saintis yang wujud di negara ini untuk berpindah ke Malaysia dan kita beri kewangan untuk meneruskan penyelidikan dan pembangunan di negara kita, saya rasa ini akan mempunyai pulangan modal jangka panjang yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, kegunaan -kegunaan alternatif yang sekarang ini diterokai oleh Kementerian Perusahaan Utama terutama sekali dari segi kelapa sawit, minyak sawit, kita juga inginkan mereka memperluaskan terutama sekali dari segi getah. Saya difahamkan satu ketika getah ini boleh digunakan untuk menurap jalan raya besar-besar ini. Jadi, kalau sekiranya getah boleh menjadi satu chemical component kepada projek-projek jalan-jalan besar di tanah air dan juga di India dan di mana-mana tempat sekalipun yang memerlukan, bolehkah tidak getah ini kita popularkan menerusi cara ini. Saya minta kalau boleh kementerian mencari jalan kegunaan alternatif getah ini supaya ianya tidak hanya ditujukan kepada pembuatan tayar ataupun diadunkan dengan getah synthetic untuk membuat produk-produk yang lain, tetapi kita gunakan untuk menurap jalan dan juga sistem-sistem yang lain, sistem pembangunan dari segi infrastruktur yang boleh menggunakan getah sebagai satu bahan baru. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang B.7, Jabatan Perdana Menteri. Kini RM15 diperuntukkan sebagai tambahan pada tahun 2000 dan ini menokok tambah kemu ngkinan dari segi 'peruncitan' yang sekarang ini giat diusahakan oleh PROSPER. Tetapi sejarah.... Timbalan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin minta laluan. Dijemput Datuk Long. Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi laluan. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Dato' Aziz sebab Dato Aziz ini memang pakar dalam bidang pemasaran yang saya tahu sebab dia duduk banyak tempat dahulu memang tahu banyak tentang pemasaran. Saya hendak tahu penjelasan daripada Dato' Aziz ataupun pandangan. Kita tengok kembali kepada kelapa sawit, yang menerima beban daripada kejatuhan harga kelapa sawit ini adalah pekebun-pekebun kecil yang menjadi agen pengeluaran.

DN.16.5.2001

100

Kita hendak tahu sebenarnya adakah keluaran yang dikeluarkan oleh pekebun-pekebun kecil ini sebenar-benarnya mencerminkan harga kelapa sawit sebenar di peringkat akhir. Kemungkinan saya rasa harga kelapa sawit yang dikeluarkan oleh pekebun kecil ini dikaut keuntungannya oleh pihak pengilang dan pihak pengeksport. Apa kata, sebagai contohnya pengeluar kelapa sawit dalam bentuk timbangan buah, manakala kilang, kilang boleh jual bukan sahaja minyak tetapi PKE, PKC dan mungkin ada lagi nilai tambah bahan lain daripada buah sawit dengan harga yang mungkin lebih daripada pihak pengeluar. Kenapa tidak semua perkara ini daripada kulit sampailah ke isi termasuk hampas diberikan sebahagiannya kepada pengeluar. Bagaimana caranya, minta pandangan Dato' Aziz. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Dato' Aziz. Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan pakar. Berkenaan dengan minyak sawit ini, sebenarnya ianya selain daripada kemungkinan ada kebocoran dari segi keuntungan yang dibuat oleh sistem integrasi antara pengeluar, pengilang dan juga pemasar dan pengeksport, tetapi akhirnya harga pasaran dunia menentukannya. Akhirnya, supply and demand, dengan izin, menentukan kelapa sawit kita dan juga alternatif kegunaan. Kita dengar baru-baru ini India misalnya, mengenakan satu cukai yang begitu tinggi kepada minyak sawit sampai dekat 80%, 90% dibandingkan dengan minyak soya hanya 40% hingga 45%. Cuba bayangkan perbezaan dekat 40%. sekarang ini, pemasaran dari segi kegunaan kepentingan. Tuan Yang di-Pertua, pada satu ketika dahulu, saya ingin mengumumkan di Dewan yang mulia ini, semasa saya bertugas di tempat lain, saya bawa peneroka peneroka FELDA, pergi berjumpa dengan Mallot, masa itu ambassador Amerika , Mallot saya rasa, kalau saya tidak lupa, bawa dekat 20, 30 orang ke sana dengan beratus-ratus menunggu di bawah ini untuk membuat satu protes kepada pengeluar minyak soya di Amerika yang berkempen secara besar-besaran yang menggunakan wang ringgit, advertisement di seluruh dunia dia buat, mengatakan minyak kelapa sawit kita ini tidak berguna, minyak kelapa sawit ini dari segi kegunaannya memudaratkan kesihatan, cholesterol tinggi, sampai begitu sekali sehinggakan ia menjejaskan waktu itu, pembelian minyak sawit kita di peringkat antarabangsa. Lepas itu baru kita buat satu kempen semu la, a counter campaign, kempen balas sehinggakan kita melantik seorang bekas Esso sahabat kita, seorang yang Soalnya

DN.16.5.2001

101

berpengalaman dalam bidang dengan Amerika ini melantik dia menjadi pelobi di peringkat Amerika untuk menentukan supaya minyak sawit ini menentukan apa dia khasiat sebenarnya, rupanya minyak sawit ini baik sangat, ia mempunyai vitamin E dan vitamin E ini amat baik kepada kita, te rutama kita yang sudah berumur ini ia baik sangat. Dan sebab-sebabnya saya akan cerita selepas Dewan kepada Datuk Long, sungguhpun dia mahir dari segi Tongkat Ali tetapi minyak sawit ini rupanya ada juga ciri-ciri kekuatan semacam itu. Tuan Yang di-Pertua, jadi, .. Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, ia untuk kegunaan mencegah kemandulan khas untuk Dato Abdul Aziz. Vitamin E ini saya bukan doktor, tetapi saya bertanya kepada ramai doktor, Dr. Charlie tidak ada, vitamin E ini khusus kebaikan untuk orang -orang tua yang sudah tidak boleh produktif lagi. Ia bagus untuk orang-orang yang mandul supaya mereka lebih banyak anak. Itu dia kebaikan vitamin E. Terima kasih. Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman: bukan dalam kalangan yang tua-tua. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua: Saya pun bukan juga. [Ketawa] Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, jadi, kempen secara besar-besaran untuk menentukan minyak sawit kita ini boleh diterima bukan sahaja oleh sesebuah negara setanding dengan minyak soya, sekarang ini dari segi perlawanan pertandingan, dari segi pasaran dunia minyak sawit dengan minyak soya, jadi kalau India misalnya terpaksa menentukan cukai sampai 90% kepada minyak sawit, kita terpaksa melobi. Jadi, sekarang ini saya mintalah Kementerian Perusahaan Utama menguatkan lagi lobi ini, jangan hanya memasarkan produk tetapi melobi untuk mendapat keistimewaan -keistimewaan cukai, banyak lagi keistimewaan, mesti kita cari jalan, hendak jual produ k satu perkara, tetapi hendak melobi mendapat kemudahan-kemudahan, selain daripada kita memberikan kemudahan kredit untuk negara-negara yang membeli minyak kita termasuk Cuba dan sebagainya, tetapi kemudahan-kemudahan untuk mendapat akses kepada pasaran s esebuah negara dan benteng-benteng seperti cukai-cukai itu dapat kita kalau tidak hapuskan, sekurang-kurangnya setanding dengan minyak soya. Tuan Yang di-Pertua, dan saya

DN.16.5.2001

102

Jadi, ini saya minta pihak kerajaan, Kementerian Perusahaan Utama lebih proaktif mencari jalan, bukan pemasaran sahaja, mencari jalan kemudahan akses kepada pasaran dengan layanan yang sama yang diberi kepada minyak-minyak lain. Saya hendak menyebut B.7 Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang diPertua, B.7 RM15 juta yang akan digunakan untuk kegiatan peruncitan yang kini di bawah PROSPER . Sejarah kita, Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat dari segi sejarah Dasar Ekonomi Baru misalnya, pewujudan Pernas, saya telah sebutkan dahulu, pewujudan Pernas, asal usulnya Pernas diwujudkan ialah selepas Mei 13 untuk menentukan sistem peruncitan makanan dan barang-barang lain yang fundamental, yang basic dapat kita salurkan menerusi kedai-kedai bumiputera. Itu mula-mulanya. Tetapi sekarang ini Pernas telah pun diswastakan, sungguhpun objektif utama dari segi hendak membanyakkan peruncitan Melayu, waktu itu bumiputera, tidak sampai kepada tahap yang kita idam-idamkan, sudah diswastakan. Lepas itu kita tanya pula, Pernas Trading, saya pernah satu bulan bekerja dengan Pernas, Tuan Yang di-Pertua, saya tahu, mula-mula sa ya melihat Pernas ditubuhkan, ini menunjukkan umur saya sudah tua, tetapi saya belum tua. Pernas pada waktu itu menjuruskan dari segi Pernas Edar untuk mencari jalan supaya peruncit-peruncit bumiputera dapat akses kepada pengedar. Sekarang kita melihat PROSPER, ia hendak membanyakkan peruncitperuncit, tetapi kita mesti tackle, kita mesti mendapat pendekatan secara bersepadu, ini satu piramid, Tuan Yang di-Pertua. Peruncit di bawah sekali, yang besar sekali peruncit. Tetapi di tengah-tengah ada pengedar, di atas sekali ialah pembuatpembuat, pengilang -pengilang. Kalau kita tidak ada mempunyai akses kepada pengilang -pengilang dan pengedar, jangan harap peruncit-peruncit ini akan dapat dari segi perdagangan dan sistem peruncitan yang lumayan dari segi kegiatannya, kerana kadangkala ia tidak mendapat supply. Pengedar mungkin akan menyusah-nyusahkan, pembekal tidak memberi kepada mereka dari segi kredit yang lumayan. Jadi, habis mereka. Jadi PROSPER saya hendak tanya pihak kerajaan, adakah ia menjalankan usaha seperti yang dibuat oleh Pernas dahulu, di mana kita mempunyai saham di syarikat-syarikat pembekal seperti wujudnya saham bumiputera dalam kilang-kilang simen, kerana dahulu pada satu ketika orang -orang bumiputera yang terlibat dari segi kontrak ini tidak dapat bahan -bahan kerana saluran bahan-bahan ini tidak menerusi pengedaran yang boleh menentukan mereka dapat dengan mudah. Tidak

DN.16.5.2001

103

dapat kredit misalnya, jadi menyusahkan, dapat kerja, dapat tender daripada kerajaan tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak dapat bahan, bahan ada, tetapi tidak sampai kepada mereka. Jadi, untuk menentukan PROSPER ini RM15 juta dan berapa juta lagi yang lain, dapat menentukan peruncit bumiputera berkembang dengan baik, yang berdaya saing dan berdaya maju. Kita mesti tackle masalah ini dari segi atas sampailah ke peringkat peruncit. Dan kalau kita tidak berbuat demikian, sampai bila -bila masalah peruncit akan terus merana. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan , dalam surat khabar kita dapat tahu PUNB yang ditugaskan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan membantu bumiputera dalam arah ini mendapat satu bon , mengeluarkan kertas untuk bon begitu banyak. Saya tidak berapa pasti perkara ini, saya hendak tahu apa jadi dengan duit itu kalau sekiranya bon yang dikeluarkan oleh PUNB tanpa menemui dan menepati garis-garis panduan, baik Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan, sungguhpun kes ini telah pun dibawa kepada pihak yang berkuasa, saya hendak tahu adakah wang yang dikutip oleh PUNB menerusi bon -bon ini dan kalau ada berapa, apa telah jadi kepada duit itu ataupun ianya dipulang balik, saya tidak tahu. Saya hendak tahu kerana kes itu masih lagi pending, saya tidak mahu jadi prejudis kepada kes yang masih lagi pending, tetapi saya hendak tahu tentang kedudukan wang kalau wujud wang yang diterima oleh mereka, di mana wang itu sekarang dan adakah ianya digunakan. Saya dengar berbilion-bilion, adakah ianya digunakan untuk membiayai peruncit-peruncit di bawah sistem PROSPER ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Polis Diraja Malaysia. Sahabat saya tadi, saudara Yang Berhormat Tuan Haji Rosli telah pun menceritakan dari segi perlunya cawangan khas polis ini diberikan satu kedudukan yang istimewa sehinggakan ia mencadangkan supaya dipisahkan daripada Polis Diraja Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya memang selalu sangat menimbulkan perkara perkara penyelidikan dan mendapat maklumat. Saya diberitahu dari segi negara kita ini memang banyak sumber untuk kita merisik dan mencari maklumat dan polis merupakan satu sumber. Kita difahamkan ada juga pihak polis, pihak tentera yang mempunyai kumpulan mencari maklumat dan juga pihak kerajaan dari segi

DN.16.5.2001

104

penerangan khas, mungkin mencari maklumat dan Jabatan Perdana Menteri pun saya difahamkan ada juga satu jabatan yang mencari maklumat. Seperti juga di Amerika, Amerika ada CIAnya, KGB di Rusia, MI5 dengan MI6 di England, di UK, Australian Intelegence Office (ASIO) di Australia semuanya ada, mencari ma klumat ini memang perkara biasa. Saya hendak mengucapkan tahniah kerana maklumat yang dibawa oleh cawangan khas dan juga pasukan-pasukan perisik yang lain ini begitu berguna kepada pihak kerajaan sehinggakan kita dapat mematahkan kegiatan-kegiatan yang boleh mencetuskan satu kegiatan yang amat memudaratkan negara, misal katakan penangkapan 10 orang di bawah ISA. Penangkapan ini berasaskan kepada maklumat-maklumat tertentu, saya pun diberitahu juga, ada dengar-dengar juga cerita ini. Bagaimana pihak yang berkuasa mendapat maklumat mengatakan kemungkinan yang 10, 20 orang yang ditangkap ini membawa elemen -elemen luar untuk berdemonstrasi secara besar-besaran. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu , apakah akibat demonstrasi di Indonesia, akibat demonstrasi di Filipina, apa sudah terjadi? Kestabilan negara kucar-kacir sehinggakan pembangunan ekonomi, jangan harap RRJP3 ataupun Rancangan Malaysia Kelapan akan dapat beroperasi dalam satu kerangka di mana penuh dengan kehuru -haraan. Paling pokok dan saya sentuh dalam ucapan, cadangan saya dalam Ucapan Terima Kasih atas Titah Diraja, Yang di-Pertuan Agong, paling pokok sekali sistem yang patut wujud di negara kita ialah keamanan. Kalau kita tidak ada keamanan, yang lain itu jangan mimpi baik daripada parti mana sekalipun, untuk hendak membawa dasar apa sekalipun memang tidak boleh menjadi satu -satu tindakan yang boleh dibuat, tidak boleh . Keamanan itu penting. Jadi, keselamatan yang dibawa oleh Polis Diraja Malaysia ini amatlah penting sehinggakan Tuan Yang di-Pertua, jiran-jiran kita daripada Indonesia, Filipina, Myanmar dan dari mana -mana tempat datang menjurus ke tanah air kita mencari rezeki yang halal dan yang tidak halal. Sebab itulah pihak polis dan saya ucapkan tahniah memperkuat lagi daripada segi sistem mencari maklumat (cawangan khas) dan juga yang lebih penting sistem perairan kita ini, Marine Police. Dalam ucapan saya tempoh hari saya ada sebut, pencerobohan di kawasan perairan kita amatlah ketara sekali terutama sekali di Melaka, di Straits of Malacca. Timbalan Yang di-Pertua: Sepanjang Selat Melaka. banyak,

DN.16.5.2001

105

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: di Selat Melaka. Paling tinggi, 50% daripada pencerobohan sedunia, suku pertama tahun 2001 berlakunya di perairan kita di Selat Melaka dan di perairan Indonesia, sempadan dan yang lain-lain itu di sebelah Sabah. Jadi, kalau sekiranya penghormatan kita beri kepada pihak polis untuk melengkapkan pasukan Polis Marin menjaga pantai-pantai kita ini, ditambah pula dengan pihak keselamatan tentera udara daripada atas, lepas itu tentera laut, termasuk kapal selam, insya-Allah, benteng yang akan kita dirikan bagi menentukan wujudnya keselamatan negara daripada ancaman luar dapat kita mengatasi dengan sebaik mungkin. Datuk Long bin Jidin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato.. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: tetapi yang lebih penting ancaman daripada dalam yang perlu kita tentukan supaya mereka tidak menjadi barah untuk menghukum semua rakyat kepada kehuru -haraan. Datuk Long bin Jidin: Terima kasih . Timbalan Yang di-Pertua: Nampaknya hendak meminta laluan. Jemput. Datuk Long bin Jidin: terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana diberi laluan. Saya dengar tadi ucapan Dato Abdul Az iz berapi-api memberi pujian kepada pihak polis supaya menjaga keamanan negara, memberi tanggungjawab yang beratberat kepada polis, tetapi adakah kita sedar, pegawai polis yang baru masuk kerja pangkat konstabel, tolak pinjaman perumahan dan sebagainya kadangkala dia ini jadi orang miskin. Kadar kemiskinan kita RM510, mungkin dia pinjam itu, pinjam ini, konstabel polis mungkin jadi miskin. Adakah, saya ingin mendapat pandangan Dato Abdul Aziz, gaji anggota polis ini perlu dikaji supaya dinaikkan, supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada bidang tugas yang diamanahkan kepada mereka. Sebabnya kalau kita tidak beri satu ganjaran yang setimpal, akhirnya akan berlakulah mereka ini sampai ada yang dituduh mengatakan mereka ini p erompak berlesen. Ini yang kita takut. Berlaku rasuah dan kita dengar sejak akhir-akhir ini sudah ada pula anggota polis yang pergi merompak, yang melakukan jenayah . Akibatnya harapkan pagar, pagar makan padi. Minta pandangan Dato Abdul Aziz. Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Long

DN.16.5.2001

106

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat, ada laluan diberi. Jemput. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak bercakap sedikit sahaja kerana nampaknya Dato Abdul Aziz sebelah petang ini cukup bersemangat. Saya hendak tanya Dato Abdul Aziz .. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya bersemangat sokmo . Tuan Hassan bin Haji Shukri: ..ya baik Alhamdulillah . Saya hendak tanya Dato Abdul Aziz dan Timbalan Menteri sekalilah, nanti jawab , gulung sekalilah. Kita pun bersemangat membahaskan Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) semua duitnya saya difahamkan oleh Timbalan Menteri, sudah habis, sudah belanja semua. Jadi, kita pun bersemangat minta sana, minta sini duitnya sudah tidak ada, dia punya duit sudah tidak ada, itu saya punya fahamanlah. Sepatutnya kita bersemangat pada perbahasan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ini kita boleh bahaskan. Jadi kalau kita bahas kita minta duit, duit sudah tidak ada, kerana semua sudah dibelanjakan oleh kerana Dato Abdul Aziz setahu saya dia seorang akauntan, saya ingin tahu kalau duit sudah dibelanjakan habis, bolehkah kita cakap panjang meminta yang tidak boleh diberi, satu. Yang kedua, saya cuma hendak cakap sedikit sahaja, saya tidak hendak mengulas, saya memang sokonglah Belanjawan Tambahan ini. Kalau tidak sokong pun duit sudah dibelanjakan. Saya hendak sebut di sini sedikit sahaja, kerana ada dalam P.28 menyebut, Kerajaan minta peruntukan sebanyak RM1,213,122 juta lebih." Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Tuan Hassan bin Haji Shukri: Ya? Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sampai P.28 lagi. Timbalan Yang di-Pertua: .Yang Berhormat Tuan Hassan minta laluan. Jadi, mungkin respons Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak bertanya sahaja. Timbalan Yang di-Pertua: Tidak boleh, saya rasa ini laluan apa yang diberi itu Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih, terima kasih.

DN.16.5.2001

107

Timbalan Yang di-Pertua: ucapan, kita tunggulah lepas ini. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: P.28 saya tidak sentuh pun lagi. Memanglah betul Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan ini Belanjawan Tambahan, duit sudah habis tetapi saya hendak ceritakan kepada mereka ini bahawasanya kerajaan ini priha tin, masa tambah, tambah dan bila tambah , rujuk kepada di sini. Tidak kiralah. Bila ditambah, dirujuk kepada Dewan. Kita hendak luluskan di sini. Tetapi perkara itu sudah berjalan, tidak apa, soalnya dia prihatin, proaktif, itulah saya sebut RM300 juta, proaktif, sentiasa menokok tambah. Kalau tidak cukup sahaja dan urgent, perkara ini semuanya dia tidak akan ditambah secara melulu, perkara ini tentu sekali selepas memikirkan keperluan semasa. Sampaikan kita pergi ke Terengganu, RM500,000 saya ingat daripada segi B.42 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, RM500,000 kita pergi ke Terengganu. Orang-orang tua di Terengganu pun dapat daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Tidak kira ianya PAS memerintahkah, tidak kira kerana kita ini prihatin kepada semua lapisan masyarakat, yang tua, yang daif. Saya memang bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Datuk Long dan saya akan bercerita lebih panjang dalam RRJP3 ataupun dalam Rancangan Malaysia Kelapan, perlunya pihak keselamatan, bukan sahaja polis, tentera untuk mendapatkan imbuhan yang lebih sesuai. Memang benar, tahap kemiskinan sekarang sudah meningkat daripada 400 lebih kepada 510. Jadi, bila dia banyak hutang, kalau tinggal duit dalam poket RM 100 sahaja hendak makan apa? Jadi, ini memang ada keperluan untuk pihak kerajaan mengkaji, jadi itu bab lain . Sekarang ini bab tambahan-tambahan ini, saya juga hendak bertanya kepada pihak kerajaan B.46 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, tambahan RM20 juta untuk Universiti Sains dan Teknologi ini. Saya tidak berapa faham Universiti Sains dan Teknologi ini daripada segi perwujudannya . Saya mungkin tidak terbaca bagaimana wujudnya Universiti Sains dan Teknologi. Ini baru punya dan di mana /? Ia dapat RM20 juta dan berapa pula tambahan yang akan dibuat pada masa Belanjawan yang akan datang, saya tidak tahu. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita hari ini banyak berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana dapat membentangkan B elanjawan ini dan saya difahamkan ianya akan diputuskan pada hari ini juga kerana kita mempunyai agenda -agenda yang lain selepas ini.

DN.16.5.2001

108

Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Masih dibuka untuk dibahaskan. Jemput Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani. 4.49 ptg. Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Perbelanjaan Tambahan Bagi Tahun 2000 dan 2001. Saya difahamkan permohonan wang tambahan ini telah pun habis dibelanjakan. Kalau ia habis dibelanjakan , di mana kesilapan kita . Kesilapan dalam erti kata waktu membuat perbelanjaan dahulu , kenapa anggaran kita tidak tepat? Adakah ini salah pe mimpin-pemimpin, Menteri-menteri, atau pegawai-pegawai kerajaan yang membuat angka-angka ini tidak tepat? Kalau angka ini tidak tepat, saya berharap di masa-masa yang akan datang anggaran kita dibuat dengan lebih tepat. Walau macam mana sekalipun, saya yakin permohonan ini telah dibuat setelah perbelanjaan itu dipakai dengan penuh teliti, dengan cermat dan memenuhi keperluan yang diluar jangka. Saya percaya kementerian-kementerian yang meminta supaya anggaran ini diluluskan, membuatnya dengan penuh tanggungjawab. Menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri, saya ingin bertanya siapakah sebenarnya Menteri yang bertanggungjawab tentang pegawai-pegawai kerajaan kerana s aya banyak mendapat sungutan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang mana kita tahu mereka ini menjadi tulang belakang kerajaan kita yang mana jumlahnya lebih 850,000 orang keseluruhannya dan kebanyakan mereka ini lebih daripada 21 tahun umurnya. Saya ingin tahu apabila sungutan dan rungutan disampaikan kepada saya, siapa sebenarnya yang boleh kita hubungi untuk menyampaikan pula rungutan dan sungutan ini? Kerana ada juga pegawai-pegawai kerajaan mengatakan kalau dia membuat sungutan dan rungutan kepada pegawai atasan tertentu, nanti mereka menjadi mangsa. Selain daripada itu, rayuan -rayuan dan masalah -masalah pegawai-pegawai kerajaan ini minta diperhatikan. Umpamanya, antara sungutan atau rungutan pegawai-pegawai dari Sabah yang ditukar bertugas di Kuala Lumpur, dakwaan mereka ialah elaun yang diberikan kepada pegawai-pegawai ini adalah rendah daripada apa yang diterima oleh pegawai-pegawai dari Kuala Lumpur yang ditugaskan di Sabah dan Sarawak.

DN.16.5.2001

109

Perkara ini menjadi berat kepada kita kerana pegawai-pegawa i kerajaan mempunyai pengaruh yang besar. Kalau pegawai-pegawai kerajaan mengatakan kerajaan kita ini tidak adil, maka akibatnya kitalah pemimpin-pemimpin yang mempunyai masalah untuk menerangkan kepada rakyat keseluruhannya. Selain daripada itu, pegawa i-pegawai kerajaan rata-rata mengatakan kalau di Terengganu dan Kelantan, mereka sudah berkerja lima hari seminggu, kenapa pula Kerajaan Federal tidak boleh berkerja lima hari seminggu (five -day-week). Mereka sanggup bekerja lebih sejam satu hari antara hari Isnin sampai hari Jumaat supaya dapat bekerja lima hari seminggu. Macam-macamlah alasan lain mengapa harus bekerja lima hari seminggu dari segi produktiviti, dari segi kebaikan keluarga, dari segi pelancongan dalaman dan macam-macam lagi alasan mengapa mereka harus bekerja lima hari seminggu. Saya takut kalau kita tidak pertimbangkan masalah-masalah kakitangan kerajaan ini, nanti ini boleh digunakan oleh pembangkang sebagai umpan untuk memujuk pegawai-pegawai kerajaan yang sebanyak 850,000 ini, tidak termasuk mertua, tidak termasuk ipar, tidak termasuk saudara -saudara mereka mungkin menjadikan masalah kepada kita apabila berhadapan dengan rakyat nanti. Sebaliknya, saya juga dapat banyak rungutan daripada orang ramai tentang segelintir pegawai-pegawai kerajaan yang mana tindakannya merosakkan imej kerajaan. Yang terpaksa menjawab tuduhan-tuduhan ini adalah kita sebagai pemimpin. Antaranya macam ada asas yang kita tidak terasa pada lahirnya. Umpamanya, baru-baru ini saudara Yang Berhormat Zainal Rampak melompat pasal ada cadangan diturunkan pampasan bagi pekerja yang menerima kemalangan mati daripada RM30 ,000 kepada RM2 ,000. Siapa yang mencadangkan ini? Dengan cadangan menurunkan pampasan daripada RM30,000 ke-RM2,000 , saya tidak hairan MTUC melompat dan marah sehingga mencadangkan mengadakan piket. Nasib baik kita ada Yang Berhormat Zainal Rampak, orangnya yang sederhana, yang tahu macam mana kedudukan kita di dalam negara ini, maka dia sanggup mencadangkan supaya piket itu ditangguhkan kerana saya percaya beliau faham bahawa kerajaan kita ini prihatin tentang keadaan negara kita. Saya ingin tahu siapa yang mencadangkan ini? Adakah kita ini ada trojan horse atau kuda kayu, musuh dalam selimut daripada segelintir, bukan semua, sebilangan besar pegawai-pegawai kerajaan ini menyokong kita tetapi segelintir

DN.16.5.2001

110

sengaja mensabotaj supaya rakyat marah. kerajaan, yang dimarahkan ialah kita.

Yang dimarahkan bukan pegawai

Selain daripada itu, macam-macam lagi berlaku. Post office, umpamanya, baru-baru ini kita kirim surat menggunakan pos laju, lapan hari dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tidak sampai. Bagaimana perkara-perkara serupa ini terjadi. Ada juga segelintir pegawai-pegawai kerajaan kononnya melambat-lambatkan kelulusan, melambat-lambatkan keputusan yang dimarah bukan pegawai kerajaan, yang dimarah adalah pemimpin-pemimpin dan kerajaan. Saya minta Menteri atau kerajaan mengkaji sedalam-dalamnya. Ini saya cakapkan cuma the tip of the iceberg . Banyak lagi sungutan kerana saya ini Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, banyak lagi sungutan tetapi tidak perlulah dicakapkan. Kalau saya tanya kenapa tidak buat laporan, terutama sekali kontraktorkontraktor, dia katakan kalau saya buat laporan, saya akan menjadi mangsa. Kalau tidak buat laporan, tetap jadi mangsa. Kita minta pemimpin, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan, tolonglah supaya masalah ini tidak timbul, saya percaya kebanyakan apa yang disungutkan ini fitnah tetapi ada juga yang saya percaya kalau tidak ada api, tentu tidak ada asap. Yang kedua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sentuh Kementerian Pertanian. Di Malaysia ini sekarang, kita ribut bahawa kita terpaksa mengimport ikanlah, mengimport makananlah yang negara membelanjakan berbilion ringgit tiap-tiap tahun. Saya dapati kerana saya ini suka melawat ke pasar. Di mana negara saya lawat, saya mesti singgah di pasar. Di Kota Kinabalu, saya suka pergi ke pasar. Saya lihat di pasar-pasar kita ini, dibandingkan dengan pasar di Australia dan di lain lain negara, kadang -kadang ketam umpamanya, ketam yang bertelur ditangkap dan dijual. Ikan bawal yang baru besar dua jari ditangkap dan dijual dan lain -lain lagi. Kalau dahulu, ikan bawal berat dua tiga kilo, sekarang ini ikan bawal berat tidak sampai 50 gram pun sudah dijual. Saya cadangkan kepada Jabatan Perikanan bahawa undang-undang perlu dibuat. Musim ketam bertelur, jangan ketam ditangkap. Musim ikan bertelur, jangan ikan ditangkap. Musim ikan belum dewasa , jangan ditangkap. Kalau ketam bertelur, udang bertelur kita tangkap, tidak sampai satu dua generasi nanti, kita dengar sahaja khabar dahulu ada ketam tetapi tidak ada yang merasakannya lagi.

DN.16.5.2001

111

Datuk Long bin Jidin: Ini pakar telur bertanya. Datuk Haji Karim Ghani: Telur pun tidak ada. Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Datuk Long, ada laluan. Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan ucapan Datuk Haji Karim ini. Bagaimana caranya kita hendak menentukan sebelum menangkap ketam itu, ketam itu bertelur, ikan itu bertelur. Kita perlu ada teropongkah atau macam mana? Terima kasih. Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih. Kementerian Pertanian dan research, mereka tahu musim ikan Perikanan mempunyai pegawai-pegawai

bertelur, musim ketam bertelur, musim burung ini tidak boleh ditembak. Kalau tidak nanti kita tidak lagi merasa benda-benda ini. Kita sudah merasa tetapi anak-anak kita tidak merasa. Masa itu ikan sudah tidak ada, belum sempat dia beranak sudah kita makan. Saya mesti memperingatkan belum berapa lama lalu saya pergi ke Filipina, di sana ketam tidak sampai besar jari pun dimakan sehingga ketam nipah yang besar, harganya RM50 sekilo. Jadi, tolonglah Jabatan Perikanan kajilah semua hasil-hasil laut kita, hasil-hasil di negara kita yang bersangkutan, jangan sampai pupus kerana kecuaian kita. Dengan itu saya menyokong permohonan tambahan 2000 dan 2001. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kerana kita perlu habiskan pada petang ini, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya minta lima minit sahaja. Dato' Chan Kong Choy: [Bangun] Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta laluan, tiga minit sahaja. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya takut saya terkilan, jadi saya minta tiga minit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua: Jemput, jemput. 5.02 ptg. Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur kerajaan terutama sekali mengenai pembelian saham MAS ini dan juga peruntukan untuk PERWAJA, sepatutnya ini dimasukkan dalam peruntukan budget tahun 2001, untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudian dibawa ke sini. Jadi, ini rakyat bising tentang pembelian kerajaan terhadap saham MAS yang berharga hanya RM3.60 di

DN.16.5.2001

112

pasaran , kemudian dibeli dengan harga RM8.00 atau RM9.00, saya tidak ingat. Jadi, saya tegur. Sepatutnya yang berbilion ringgit ini mestilah dibawa ke Dewan Rakyat dan kemudian sampai ke sini kita luluskan. Itu teguran sayalah, lain kali kalau hendak memohon belanjawan tambahan ini yang besar-besar dan yang menyentuh kepentingan rakyat kerana ini duit rakyat. Saya kira perlulah diambil perhatian berat supaya jangan dibelanjakan dengan semudah itu. Selain daripada itu hanya memberi keuntungan perseorangan tertentu sahaja. Kalau untuk rakyat tidak apa, peneroka FELDA misalnya saya rasa kita pun sedap juga. Peneroka FELDA beratus-ratus ribu dan ini untuk satu, dua orang ataupun sebuah syarikat sahaja. Kemudian diminta kita meluluskan dengan yang begitu banyak RM1,213,122, 560.00, ini satu benda yang cukup berat. Itu sahaja yang saya hendak tegur. Insya -Allah, Timbalan Menteri akan menjawab dengan baiklah. Saya tidak hendak berbahas, sebab saya tahu duit ini sudah habis, hendak bahas buat apa. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat menjawab. 5.05 ptg. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya bagi pihak Kementerian Kewangan kepada semua Ahli-ahli Yang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih Berhormat yang telah turut Menteri untuk kepada sebuah syarikat sahaja ataupun orang

serta dalam perbahasan dasar am Rang Undang -

undang Perbekalan dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi Tambahan Ketiga tahun 2000 dan Tambahan Pertama 2001. Saya akan cuba seberapa boleh memberikan jawapan ataupun penjelasan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan oleh sembilan orang Ahli Yang Berhormat dan sebarang isu atau perkara yang tidak sempat saya menjawab ataupun memberikan penjelasan, saya akan memberikan perhatian selepas ini. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli telah menca dangkan Kebajikan Masyarakat supaya Jabatan menjadi Jabatan Persekutuan sahaja. Untuk makluman concurrent

Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu jabatan yang disenaraikan dalam jadual sebagai perkhidmatan bersama, dengan izin , list di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana perkhidmatan dilaksanakan

melibatkan perkhidmatan kebajikan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

DN.16.5.2001

113

Oleh yang demikian , cadangan kalau sekiranya kita hendak melaksanakan ini akan melibatkan satu pindaan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka setakat ini pihak kerajaan masih belum atau tidak bercadang untuk membuat demikian. Di bawah Program Pembiayaan Wang Ehsan ataupun PPWE, peruntukan sebanyak RM20 juta telahpun disediakan bagi melaksanakan beberapa program kebajikan di negeri Terengganu. Peruntukan ini akan disalurkan melalui pejabat pembangunan negeri Terengganu kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh terlibat dengan PPWE setelah Kerajaan Negeri tidak Terengganu

menguatkuasakan Pekeliling Bilangan 20 Tahun 2000 yang melarang semua agensiagensi kerajaan negeri terlibat dengan PPWE. Oleh itu, tiada timbul masalah kewangan bagi Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk melaksanakan program dan aktiviti kebajikan yang telah pun dirancang. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli juga mencadangkan supaya Kementerian Kewangan mengkoordinasikan jabatan -jabatan seluruh negara dari segi pengurusan kewangan. Kementerian Kewangan memang sentiasa melaksanakan langkah -langkah un tuk mengkoordinasikan pengurusan kewangan melalui arahan arahan, peraturan -peraturan, pekeliling -pekeliling dan surat-surat pekeliling kepada semua jabatan ataupun kementerian tanpa mengira negeri. Dari masa ke semasa , arahan, peraturan , pekeliling berkaitan dengan pengurusan kewangan disemak dan dikemaskinikan mengikut keperluan semasa dan untuk memperbaiki lagi pengurusan kewangan. Selain itu, agensi-agensi untuk menyertainya. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan juga menyentuh tentang berapakah kelulusan yang diberikan melalui kewangan program PROSPER. Peruntukan daripada PUMP ada lah sebanyak RM15 juta dan berikut adalah latihan-latihan dan kursus-kursus berkaitan

sentiasa dikendalikan oleh kementerian dan kesemua ini biasanya dibuka kepada

statistik mengenai apa yang ditanya Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. Bilangan yang telah mendaftar untuk menyertai program PROSPER sejumlah 9,411 orang, proposal ataupun cadangan yang diterima sebanyak 144 dan kelulusan yang diberi setakat ini ialah 34. Jumlah kos projek sejumlah RM10.5 juta adalah merupakan sumbangan ekuiti PUNB. Sumber kos projek kepada kelulusan 34 projek ini ialah RM10.5 juta di

DN.16.5.2001

114

mana sumbangan ekuiti PUNB pula adalah sebanyak RM3.8 juta untuk 34 projek yang saya sebut tadi. Kriteria pemilihan ialah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) bumiputera; penglibatan dalam bidang runcit; penglibatan sepenuh masa; sumbangan minimum 10% daripada projek kos; dan pemohon mesti berusia 21 tahun dan ke atas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Rosli juga mencadangkan supaya cawangan khas ataupun special branch di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) diasingkan menjadi sebuah jabatan yang tersendiri. Kementerian Dalam Negeri berpendapat bahawa struktur yang sedia ada pada masa sekarang ini adalah memadai dan telah dapat mencapai objektif ataupun matlamat penubuhan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri buat masa ini, tidak bercadang untuk mengasingkan Cawangan Khas daripada PDRM dan dijadikan sebuah jabatan berasingan yang dipanggil Jabatan Tugas-tugas Khas seperti yang disarankan ole h Yang Berhormat tersebut. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin meminta supaya bantuan di bawah Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit itu iaitu bantuan insentif kepada pekebun kecil kelapa sawit benar-benar sampai kepada pekebun kecil. Bagi memastikan wang insentif tanam semula kelapa sawit benar-benar diterima oleh pekebun-pekebun kecil, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau pemberian wang insentif ini. Di samping itu, KPU juga telah menetapkan satu mekanisme di mana hanya mereka yang menebang kelapa sawit tua untuk ditanam semula akan dibayar wang insentif pada kadar RM1,000 pada setiap hektar kelapa sawit yang ditebang. Pemberian insentif ini dibayar berdasarkan kepada permohonan yang dibuat kepada Kementerian Perusahaan Utama di mana mereka yang terlibat perlu mengemukakan sendiri permohonan untuk mendapatkan insentif tersebut tanpa melalui orang tengah. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga menyarankan supaya bantuan juga diberikan kepada pekebun-pekebun kecil getah dan koko dan juga lain-lain komoditi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di samping bantuan kepada pekebun kecil sawit, kerajaan juga ada menyediakan bantuan kepada pekebun kecil getah dan juga koko. Bagi pekebun kecil getah, kerajaan telah menyediakan bantuan dengan

DN.16.5.2001

115

memperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah program Low Intensity Tapping System (LITS) serta bantuan bagi tanaman semula getah. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga menyarankan supaya rundingan diadakan dengan pihak India berhubung dengan isu duti import minyak sawit ke negara India. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri India baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri India telah berjanji akan mengkaji balik kadar duti import minyak sawit ke India. Di samping itu, satu lawatan kerja juga telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama bersama -sama Menteri Perindustrian Indonesia ke India pada bulan lepas. Hasil lawatan tersebut ialah pihak India telah berjanji akan mengkaji semula kadar duti import minyak sawit ke India dan kerajaan berharap dengan usaha-usaha yang dijalankan ini, hasilnya boleh dapat kita lihat tidak lama lagi. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga mencadangkan peruntukan tambahan RM500,000 yang dibekalkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan kebajikan ini dapat membantu kerajaan untuk menjalankan aktiviti perpaduan antara rakyat. Sebenarnya, peruntukan seperti mana yang saya sebut tadi, peruntukan tambahan RM500,000 ini adalah wang ihsan bagi memberi bantuan kepada kanakkanak dan orang tua untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin untuk memberikan lebih peruntukan untuk menjalankan aktiviti untuk perpaduan rakyat ini, pihak kerajaan akan juga memberikan pertimbangan. Yang Berhormat Dato Dr. Chin juga mencadangkan usaha-usaha untuk mempromosikan industri pendidikan di luar negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai satu pusat kecemerlangan pendidikan. Usaha mempromosikan pendidikan di luar negara terus dijalankan. Sejak tahun 1998, kerajaan telah menjalankan promosi pendidikan luar negara dengan mengadakan road show, dengan izin, secara single country ataupun menyertai pameran pendidikan antarabangsa di luar negara. Sehingga bulan Mac 2001 antara negara -negara yang dilawati merangkumi negara-negara Asean seperti Indonesia, Brunei Darussalam dan negeri Thai, negara-negara Timur Tengah, Pakistan, Republik Rakyat China, Kanada, Afrika dan sebagainya dan usaha ini akan dijalankan pada masa -masa yang akan datang. Yang Berhormat Dato Dr. Chin juga mencadangkan supaya kita mencari jalan untuk m enyelesaikan masalah Perwaja di mana kita tidak akan meneruskan

DN.16.5.2001

116

untuk memikul apa juga beban yang terlibat dengan Perwaja. Ketika ini Perwaja Steel Berhad masih dalam proses penswastaan melibatkan penjualan 100% ekuiti dan keseluruhannya aset kumpulan Perwaja bagi menyelamatkan kerajaan daripada menanggung beban hutang tertunggak dan juga semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Selain itu adalah diharapkan dengan penswastaan tersebut kerajaan tidak lagi perlu memikul dengan izin, contingent liability yang telah dan akan wujud berikut penglibatan Perwaja dalam aktiviti-aktivitinya. Di samping itu, ia dapat melepaskan kerajaan dari beban hutang dan tanggungan yang semakin meningkat serta kerugian yang berterusan. Maka dengan cadangan untuk menswastakan Perwaja sebanyak 100% dan rundingan terakhir telah pun dijalankan tidak lama lagi, pihak kerajaan haraplah ini akan jadi satu kenyataan di mana ia dapat diswastakan pada keseluruhannya. Yang Berhormat Dato Dr. Chin juga menyentuh tentang kelewatan respons Jabatan Bomba kepada panggilan kecemasan 994 dan 999. Jabatan Bomba memangnya menghadapi masalah dengan talian kecemasan 994 dan 999 yang ada sekarang di mana orang awam sukar untuk menghubungi pihak bomba apabila berlaku kebakaran. Satu jawatankuasa siasatan telah pun dibentuk dan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dan hasil siasatan ini dijangka akan siap dalam tempoh satu bulan. Apabila siap nanti laporan ini akan dimajukan kepada pihak kementerian untuk ditangani sewajarnya. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato Dr. Chin kerana telah membangkitkan beberapa perkara yang memang sangat membina. Yang Berhormat Senator Chia Chui Ket telah mencadangkan supaya bayaran gantian hasil petroleum diberi setiap bulan tanpa birokrasi. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun 2000 bayaran telah dibuat secara bulanan berdasarkan kaedah pembayaran yang telah dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak iaitu d engan mengambil kira atas kutipan sebenar hasil duti import dan eksais atas petroleum pada tahun 1999. Bagi tahun 2001 Kerajaan Persekutuan masih merundingkan mekanisme serta kuantum bayaran yang perlu dibuat sebagai gantian hasil kepada Sabah dan Sarawak. Perkara ini sedang dirundingkan di bawah kajian semula Bahagian Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Saudara Ratnam telah menyentuh tentang keadaan di penjara. Mengenai keadaan di penjara, kerajaan amat prihatin dengan keadaan IV, Jadual

DN.16.5.2001

117

yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Ratnam. Di antara langkah -langkah yang akan diambil dan juga telah diambil untuk mengatasi masalah ini ialah termasuk penyusunan semula jawatan sebanyak 1,108 jawatan untuk semua peringkat di perkh idmatan penjara. Selain daripada itu, beberapa buah penjara baru termasuk penjara yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan akan dibina di seluruh negara. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh sebanyak 37 buah penja ra telah pun diluluskan dan dalam Rancangan Malaysia Kelapan di mana kita akan bincang dalam Dewan yang mulia ini sebanyak 22 buah penjara juga akan dibina dan siling peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk pembinaan penjara yang saya sebutkan ialah RM741 juta. Yang Berhormat Saravanan telah menyarankan kelas-kelas bahasa ibunda diadakan pada waktu persekolahan. Mengikut Akta Pendidikan 1996 pengajaran bahasa ibunda boleh diajar sekiranya terdapat permintaan daripada sekurang kurangnya 15 orang ibu bapa. Perkara untuk memasukkan mata pelajaran tersebut dalam jadual waktu persekolahan ini akan diteliti kerana ia akan melibatkan peruntukan jumlah masa pengajaran mata-mata pelajaran yang lain. apa jua adjustment, dengan izin, yang difikirkan perlu. Yang Berhormat juga mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menambahkan bilangan universiti. Pada masa ini terdapat 11 buah universiti di seluruh negara. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan 4 buah kolej universiti di seluruh negara selain daripada Kolej Tunku Abdul Rahman yang sedia ada. Kementerian Pendidikan juga sedang merancang pembinaan IPTA di negeri Pahang dan juga di negeri Perlis selain daripada di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Selain itu enrolmen universiti-universiti akan ditingkatkan kepada 20,000 pelajar bagi setiap universiti bagi menambahkan keperluan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan supaya Kementerian Perusahaan Utama melobi kerajaan India bagi membolehkan minyak sawit dikenakan tarif ataupun duti import yang sama dengan minyak soya. Seperti mana saya katakan tadi, usaha-usaha dan inisiatif telah pun diambil oleh pemimpin -pemimpin negara untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun , kita menyerahkan perkara ini kepada pihak sekolah untuk membuat

DN.16.5.2001

118

Yang Berhormat Dato Abdul Aziz juga mencadangkan supaya menjalankan kajian supaya getah digunakan untuk produk-produk lain seperti jalan raya. Lembaga Getah Malaysia khususnya Institut Penyelidikan Getah Malaysia telah membuat R&D yang berterusan mengenai getah. Ini termasuklah R&D bagi mempe lbagaikan kegunaan getah. Lembaga Getah Malaysia juga sedang membuat kajian mengenai jalan raya dengan menggunakan getah di mana ujian ini sedang dilaksanakan di bahagian tertentu dan di lebuh raya Kuala LumpurKLIA. Kalau sekiranya kajian ini didapati berjaya maka kita akan memperluaskan kegunaan getah dalam pembinaan jalan raya. Timbalan Yang d i-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa masih ada sikit lagi. Mengikut perkara 11(4) Dewan ini boleh ditangguhkan selewat-lewatnya 5.45 petang. Jadi harap dapat diringkaskan. Dengan ini kita panjangkan masa kita Yang sehingga pukul 5.45 petang. Jemput. Dato Chan Kong Choy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhormat Dato Abdul Aziz juga menyentuh tentang bon yang dikeluarkan oleh pihak PUNB dan menyoalkan di mana wang yang dikutipkan dan sebagainya. Sebenarnya PUNB tidak menerima apa -apa wang dan setakat ini tidak ada institusi ataupun individu yang membeli bon yang disebutkan ini. PUNB juga telah mengambil langkah dengan membuat iklan dan juga pengumuman di dalam dan di luar negara di mana PUNB tidak terlibat di dalam bon ini dan bon ini memang tidak sah. Maka Yang Berhormat Dato tidak payah khuatir dengan perkara ini. Yang Berhormat Dato Abdul Aziz juga bertanya apakah PROSPER mempunyai mekanisme yang sama dengan Bernas. kepada: (i) (ii) (iii) lokasi yang strategik; kemudahan pinjaman; dan partnership dengan PUNB. PROSPER mempunyai pendekatan memang berbeza dengan Bernas di mana PROSPER berintegrasikan

Ini merupakan tiga aspek di mana PROSPER berintegrasikan. Tiga agensi yang terlibat di dalam program ini ialah CGC, Maybank dan juga TPPT yang merupakan satu anak syarikat Bank Negara untuk melaksanakan program ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani bertanya kesilapan siapa yang menyebabkan peruntukan yang diminta sekarang telah pun habis dibelanjakan.

DN.16.5.2001

119

Sukacita dimaklumkan di bawah Pe rlembagaan, kebenaran diberi kepada kerajaan untuk membelanja ke atas perkara-perkara baru atau yang tidak dapat dianggarkan semasa anggaran tahunan disediakan dan kemudian memohon kelulusan Parlimen. Contohnya, bayaran bonus atau imbuhan tahunan yang diumumkan pada hari belanjawan, ini memang tidak diperuntukkan dalam anggaran asal dan oleh itu perlu diminta sebagai satu tambahan. Satu contoh lagi ialah RM300 juta yang diluluskan untuk membantu pekebun pekebun kecil, ini memang tidak dirancang pada awalnya, kerana bila satu keadaan wujud di mana kita fikir perlu, di mana kita harus mengambil tindakan segera untuk memberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil, maka kita telah diberikan kebenaran di bawah Perlembagaan untuk mengeluarkan wang ini dan selepasnya memohon kebenaran daripada Dewan. Ini memang dibenarkan dalam Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang dapat saya memberikan penjelasan di bawah soalan -soalan yang lain ataupun perkara-perkara yang lain yang telah disebutkan ataupun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan akan memberikan perhatian yang serius. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua : Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua. Bacaan Kali Yang Ketiga Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama satu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu telah disetujukan tanpa pindaan. Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 53(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang -undang Perbekalan Tambahan 2000 dan 2001 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

DN.16.5.2001

120

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang -undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Dewan ini sehingga hari esok 17 Mei 2001, jam 10 pagi. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 ptg.

DN.16.5.2001

121

9 Mei 2001 AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik) " Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik) Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik) Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik) Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik) Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik) Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik) Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak) Tan Sri Dato Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik) Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik) Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis) Dato Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang) Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik) Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah) Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak) Dato Charern Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik) Dr. Charlie Chau -Lap Chang (Dilantik) Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

"

DN.16.5.2001

122

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik) Yang Berhormat Dato Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang) " " Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah) Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik) Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor) Dato Hamzah bin Zainudin (Perak) Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu) Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka) Tuan Ho Lim Teck (Melaka) Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan) Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik) Puan Jaya Partiban (Dilantik) Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik) Datuk Haji Karim Ghani (Sabah) Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis) Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik) Tuan Kee Ah Kau (Selangor) Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik) Dato Lee Pit Chern (Negeri Sembilan) Tuan Lim Eng Kok (Dilantik) Datuk Long bin Jidin (Dilantik) Datuk Hajah Dayang Ma hani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik) Dato Dr. T. Marimuthu (Dilantik) Dato Haji Mazlan bin Abu (Johor) Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang) Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik) Tan Sri Dato Haji Mohamed bin Yaacob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik) Dato Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik) Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik) Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

DN.16.5.2001
"

123
Dato Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang) Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Yang Berhormat Tuan M. Ratnam (Dilantik) Tuan M. Saravanan (Dilantik) Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik) Tuan R. Sinniah (Dilantik) Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu) Puan See Too Mee (Johor) Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Dilantik) Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan) To Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik) Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik) Tuan Yew Tuan Chiew (Perak) Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik) Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

DN.16.5.2001

124

DEWAN NEGARA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN Setiausaha Dewan Negara Abdullah Abdul Wahab Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah Riduan bi n Rahmat JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Abu Bakar bin Hasan P E T U G A S -P E T U G A S C A W A N G A N K O M P U T E R Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim P E T U G A S -P E T U G A S C A W A N G A N M E S I N C E T AK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

DN.16.5.2001

125

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA


MESYUARAT PERTAMA

Jilid III

Bil. 6

Rabu

16 Mei 2001

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN USUL-USUL: Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 13(2) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Y.B. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001

(Halaman 1)

(Halaman 27)

(Halaman 27)

(Halaman 61)