Calon WAJIB memilih satu tajuk daripada setiap bidang pembelajaran Pendidikan Moral.
Bidang 2 (Kekeluargaan)
7. Jeleskan cara anda menunjukkan kasih sayang kepada ayah anda. Cth. salah satu cara, anda dikendaki mengirim sekeping kad 'Happy's Day dan dapatkan semula kad tersebut untuk diselitkan dalam tugasan harian sebagai bahan bukti. 8. Mengapakah jasa ibu dan bapa perlu dihargai? 9. Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku? 10.Kasih sayang bukan sahaja dapat diucapkan melalui kata-kata tetapi juga dapat ditunjukkan melalui perlakuan. Nyatakan perlakuan yang dapat memperlihatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga. 11.Faktor utama kejayaan seseorang anak dlm pelajaran bergantung pada dorongan dan sokongan ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan pelajaran anak-anak supaya mereka berjaya dengan cemerlang.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?. Jelaskan. 12.Memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia merupakan impian semua insan di dunia. Asas pembentukan keluarga yang harmoni ialah anggota keluarga itu sendiri perlu bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Terangkan bagaimanakah cara anda menghindari konflik dengan anggota keluarga?
Bidang 4 (Patriotisme)
18.Adakah perkembangan ekonomi dan teknologi yang pesat di negara ini mendatangkan manfaat kepada diri anda ? Jelaskan. 19.Wajarkah anda membiarkan bidang ekonomi dan sains negara ini dimonopoli oleh pendatang asing? Jelaskan 20.Kepelbagaian agama dan kepercayaan tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh yang sesuai.
Bidang 6( Demokrasi)
25.Nyatakan sebab-sebab murid sekolah perlu mematuhi peraturan sekolah. 26.Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai peraturan dan undang-undang? 27.Nyatakan Sebab-sebab hak kebebasan beragama dipraktikkan di Malaysia. 28.Negara kita terdiri dari penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Mereka menyambut hari perayaan masing-masing pada masa-masa tertentu. Cari maklumat lanjut tentang hari perayaan yang disambut oleh masyarakt negara kita yang berbilang bangsa dan agama.