Anda di halaman 1dari 16

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN IKHTISAS LOMPAT TINGGI TARIKH HARI MASA MINGGU MATA PELAJARAN BIL.

PELAJAR JANTINA TUNJANG PEMBELAJARAN TAJUK PEMBELAJARAN : : : : : : : : : 11 Oktober 2011 Selasa 5.00 petang 6.35 petang Kelima Ikhtisas Lompat Tinggi 24 Orang Lelaki dan Perempuan Acara Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop Pelajar mengetahui tentang jenis-jenis kemahiran dalam sukan lompat tinggi

PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR :

Objektif a) Psikomotor 1.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:-

Melakukan lompatan gaya Fosbury Flop dengan teknik dan cara yang betul tanpa menjatuhkan palang.

2. Pelajar dapat mengaplikasi lompatan gaya Fosbury Flop mengikut kaedah ansur maju dalam permainan kecil. b) Kognitif 1. Pelajar dapat memahami dan mengetahui lompatan gaya Fosbury Flop mengikut fasa-fasa yang betul.

2. Mengetahui kepentingan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. c) Afektif 1. Pelajar menunjukkan kerjasama dalam kalangan rakan sepasukan.

2. Mengutamakan aspek keselamatan diri dan pelajar yang lain. 3. Menunjukkan keseronokan dan kepuasan semasa melakukan aktiviti.

Nilai Persediaan Murid Persediaan Guru

: : :

Para pelajar dapat memberi tumpuan serta memenuhi segala arahan yang diberikan oleh guru. Pakaian sukan. Tiang lompatan, palang, tilam pendaratan, kon, wisel dan alat bantuan mengajar (video dan gambar).

FASA

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARN

ORGANISASI

CATATAN

PENGENALAN (10 MINIT)

Penerangan mengenai lompatan gaya Fosbury

Guru memberi penerangan secara ringkas tentang teknik lompatan gaya Fosbury Flop

Semasa pengajaran dan pembelajaran, para pelajar berada dalam kedudukan bentuk ladam kuda.

Flop dan Undang-undang dalam sukan lompat tinggi. permainan. Teknik lompatan gaya Fosbury Flop dalam lompat tinggi merupakan teknik paling penting dalam sukan lompat tinggi. Teknik ini membolehkan pelajar melakukan pelepasan palang dimulakan dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Guru juga menerangkan undang-undang

permainan ini dengan teliti sebelum memulakan aktiviti. Pelajar perlu melonjak dengan sebelah kaki dan boleh memulakan pada sebarang ketinggian. Lompatan dikira batal jika pelajar menggunakan kedua-dua belah kaki untuk melompat. Lompatan dikira batal jika pelajar menyentuh palang atau tidak melompat. Pelajar dikira gagal apabila menjatuhkan palang tersebut. Pelajar yang gagal melepasi palang itu sebanyak tiga kali berturut-turut akan terkeluar daripada permainan tersebut

( tidak kira ketinggian palang). Pelajar yang selesa melompat menggunakan kaki kanan, perlu berdiri sebelah kiri dan sebaliknya. MEMANASKAN BADAN (15 MINIT) Aktiviti pemanasan badan dan regangan Guru akan menerangkan kepentingan aktiviti memanaskan badan dan regangan, iaitu: Untuk menyediakan suhu badan ke tahap yang sesuai sebelum memulakan aktiviti sukan. Bagi mengelakan kecederaan otot seperti kekejangan dan sebagainya. Pelajar berlari dalam bulatan sebanyak 3 kali. Pelajar akan melakukan aktiviti regangan secara dinamik. Pelajar akan membuat bulatan besar dan diketuai oleh seorang pelajar

untuk membuat regangan secara dinamik. Regangan dari atas ke bawah.

PERSEDIAAN LANGKAH 1 (15 MINIT)

Penerangan mengenai fasa-fasa yang terlibat dalam lompatan gaya Fosbury Flop

Guru memberi penerangan tentang lompatan gaya Fosbury Flop pada fasa-fasa yang terlibat: Fasa Lari Landas

1. Berlari secepat yang mungkin tetapi dengan hadlaju yang terkawal. 2. Berlari menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang. 3. Mengubah arah pada satu lengkungan di bahagian akhir fasa. 4. Lari secara lurus kemudian melencong

pada empat langkah terakhir. Fasa Lonjakan

1. Kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit. 2. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. 3. Badan dicondong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. 4. Sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas diangkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. 5. Pada masa ini, kepala dihalakan ke palang dan atlet mesti melihat palang.

6. Atlet yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang dan sebaliknya.

Fasa Layangan

1. Mengangkat kepala dan mengangkat bahagian bahu. 2. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil melintas atas palang. 3. Kaki hendaklah dikangkang sedikit.

Fasa Mendarat

1. Memastikan kedua-dua lutut jauh dari dada dan dagunya rapat pada dada. 2. Mulut mesti ditutup.

3. Atlet mesti cuba mendarat menggunakan bahunya. 4. Sekiranya wujud tenaga kinetik yang melampau, atlet dikehendaki melakukan gulingan ke belakang. PERSEDIAAN LANGKAH 2 (15 MINIT) Ansur maju lompatan gaya Fosbury Flop Guru memantau aktiviti pelajar dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Aspek keselamatan diutamakan. Cara-cara aktiviti pertama ini dilakukan adalah seperti berikut: 1. Semua pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Para pelajar akan melakukan fasa lari landas secara individu mengikut kumpulan.

3. Seterusnya, pelajar akan mencuba melakukan fasa lonjakan sehingga sempurna. 4. Pelajar tersebut dikehendaki melepasi palang pada ketinggian yang ditetapkan menggunakan fasa layangan dan mendarat menggunakan fasa mendarat. 5. Aktiviti ini akan diulang. 6. Pelajar yang menggunakan teknik yang salah atau gagal melepasi palang akan dibetulkan oleh guru. 7. Aktiviti ini akan dijalankan secara berterusan sehingga para pelajar mendapat arahan berhenti apabila mendengar wisel daripada guru.

8. Guru akan memerhati pergerakan pelajar dan membetulkan lakuan pelajar. KEMUNCAK (20 MINIT) Permainan kecil Pelajar akan dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 atau 8 orang. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada beginners, mediocre, dan fast learners. Peraturan permainan kecil ialah:

Beginners 1. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kemahiran lompatan Fosbury Flop. 2. Ketinggian palang tersebut akan

diturunkan kepada 95cm. 3. Setiap pelajar harus melepasi palang dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari. 4. Penilaian akan dibuat melalui penggunaan teknik yang betul. Mediocre 1. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kemahiran lompatan Fosbury Flop. 2. Ketinggian palang tersebut akan dinaikkan kepada 1m. 3. Setiap pelajar harus melepasi palang dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari. 4. Penilaian akan dibuat melalui

penggunaan teknik yang betul Fast learners 1. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kemahiran lompatan Fosbury Flop. 2. Ketinggian palang tersebut akan dinaikkan kepada 1.5m. 3. Setiap pelajar harus melepasi palang dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari. 4. Penilaian akan dibuat melalui penggunaan teknik yang betul. PENUTUP MENYEJUKKAN BADAN (10 MINIT) Aktiviti penyejukkan badan Setiap mata atau skor yang diperoleh oleh setiap kumpulan, guru akan mencatat di dalam borang skor. Guru akan menerangkan kepentingan aktiviti

penyejukkan badan kepada pelajar. Seorang pelajar mengetuai untuk aktiviti (cooling down). Menyejukkan dan kelonggaran badan pada bahagian:1. Lower body 2. Upper body PENGGULUNGAN (10 MINIT) Penilaian dan perbincangan Guru membincangkan tentang lompatan gaya Fosbury Flop. Guru memanggil salah seorang pelajar yang terbaik untuk menunjukkan aksi lompatan gaya Fosbury Flop. Guru akan membuat penilaian dengan memberi beberapa soalan untuk menguji tahap penguasaan pelajar tentang sukan lompat tinggi.

Soalan: 1. Namakan fasa-fasa yang terlibat dalam lompatan gaya Fosbury Flop. 2. Apakan kepentingan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan?

BORANG SKOR PERMAINAN KECIL LOMPAT TINGGI

KUMPULAN 95CM
LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN 1M
LELAKI PEREMPUAN LELAKI

1.5M
PEREMPUAN

1 2

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai