Anda di halaman 1dari 11

SUSUNATUR DALAM KOTAK AGIHAN TIGA FASA PENGENALAN

Kotak agihan tiga fasa Mengagihkan bekalan elektrik dari TNB kelitar akhir. Alat perlindungan arus lebihan Pemutus litar secara sendiri apabila berlaku aruslebihan.

STRUKTUR BINAAN

Bahan buatan bagi kotak agihan tiga fasa adalah daripada keluli keping Didalamnya terkandung Suis Utama, ELCB/RCCB, Pemutus Litar Miniatur, danterminalterminal bagi pengalir-pengalir fasa, neutral dan bumi.

Rajah 1: Contoh susunatur dalam kotak agihan tiga fasa.

PERATURAN IEEE

1. Terhindar dripada banjir atau dekat dengan punca air 2. Tidak terhalang atau terlindung memudahkan kerja penyelenggaraan 3. Pengudaraan bilik suis baik 4. Ruang 2.5" hadapan dan 4.5" belakang switch board bagi kotak agihan kapasiti besar. 5. Alat pemadam api co. 6. Lampu kecemasan 7. Rajah skema 8. Tikar getah

Posted by rilgiscreative at 11:30 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: Struktur Binaan KOTAK AGIHAN TIGA FASA

PENERANGAN

Bagi penggunaan kapasiti beban yang besar misalnya sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang, rumah banglow dan sebagainya, jumlah bilangan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB) satu fasa yang biasa tidak dapat memenuhi kehendak permintaan beban tersebut, jadi kotak agihan tiga fasa akan dipasang ke litar itu.

Rajah 1: Kotak agihan tiga fasa

Kedudukan kotak agihan dipasang selepas meter TNB dan mengikut turutan yang betul seperti gambarajah 1 berikut:

Gambarajah 1: Litar skimatik kotak agihan tiga fasa

Perlindungan Arus Lebihan

Peraturan I.E.E. A 3 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung lebihan arus itu ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara sendiri ( automatik ) apabila berlaku

lebihan arus yang lebih daripada yang dihadkan bagi litar itu . Oleh kerana itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup secara siri dengan litar itu.

Pengkelasan Kecekapan Perlindungan Arus Lebihan

A . Kelas Kasar

Perlindungan lebihan arus dalam kelas kasar bermaksud alat perlindungan itu tidak akan beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yang dilindunginya ( faktor fius dalam kelas ini lebih daripada 1.5 ) . Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :

a) B.S. 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertamda bagi menunjukkan faktor fius kelas Q2 atau R b) Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula mengikut B.S. 3036 .

B . Kelas Halus

Perlindungan lebihan arus dalam kelas halus bermaksud alat perlindungan itu akan beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yang dilindungi ( faktor fiusnya kurang daripada 1.5 ) . Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :

a) B.S. 58 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukka fakto fius kelas P atau Q1 b) Fius yang dipasang bersama-sama dengan fius berangkai mengikut B.S. 1361

c) Pemutus litar miniatur atau badan berbalut mengikut B.S. 3871 d) Pemutus litar yang dilaraskan untuk beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban litar itu.

Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB)

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3-fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga kutub berangkai

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.

Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

. Rajah 2: Suis Utama/Pengasing (MCCB)

Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBK)

Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Case Circuit Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.

RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A serta arus kendalian kepekaan boleh terdapat dalam 30mA, 100mA dan 300mA

Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan kawasan yang berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA.

Rajah 3: Pemutus Litar Bocor Kebumi (ELCB/RCCB)

Pemutus Litar Jenis Miniatur

Juga dikenali sebagai Miniature Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.

Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan. Untuk litar soket adalah 20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah 6A.

Rajah 4: Pemutus Litar Miniatur (MCB)

Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail.

(a)

(b)

(c)

(d)

Gambarajah 6: (a) Bus Bar; (b) Terminal Bumi; (c) Terminal Neutral; dan (d) Din Rail

Reka bentuk kotak agihan tiga fasa

Sistem-sistem pengagihan tiga fasa diperbuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar (Transparent).

Gambarajah 7: Beberapa jenis-jenis Kotak Agihan

Gambarajah 8: susunatur dalaman Posted by rilgiscreative at 10:50 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Alat perlindungan arus lebihan KAEDAH PEMASANGAN KABEL DALAM KOTAK AGIHAN

PENGENALAN Kaedah pendawaian dalam kotak agihan samada satu fasa atau tiga fasa adalah sama cuma yang membezakan kedua-duanya adalah bilangan jenis kabel merah, biru dan kuning pada pendawaian tiga fasa. Saiz kabel yang digunakan adalah 4mm2 untuk semua kabel penyambungan antara semua alat pelindungan arus lebihan. PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN PERALATAN/BAHAN 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) Playar gabung Penjalur wayar Pemutar skru bunga Suis utama tiga fasa RCCB tiga fasa MCB Multimeter Cable 4mm2 (merah) Cable 4mm2 (kuning) Cable 4mm2 (biru) Cable 4mm2 (hitam) KUANTITI 1 unit 1 unit 1 unit 1 unit 2 unit 6 unit 1 unit secukupnya secukupnya secukupnya secukupnya

KAEDAH PENYAMBUNGAN KABEL Secara kebiasaannya, penyambungan dilakukan mengikut kabel satu persatu untuk memudahkan penyambungan dan bagi mengelakkan kekeliruan pemasangan. Berikut adalah langkah-langkah penyambungan kabel antara alat perlindungan arus lebihan. Langkah 1: Sambung kabel merah dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB.

Langkah 2: Sambung kabel kuning dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB.

Langkah 3: Sambung kabel biru dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB.

Langkah 4: Sambung kabel hitam (neutral) dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB dan sambungkan kabel-kabel yang lain seperti gambarajah di bawah mengikut keperluan.

Contoh pemasangan kabel yang sebenar: