Anda di halaman 1dari 19

http://www.scribd.

com/doc/50446389/falsafah-pendidikan-guru

1.0 PENGENALAN. Tahun 2020 merupakan tahun di mana negara ini sudah mencapai status negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, satu visi telah dirangka untuk memastikan aspirasi ini dapat dicapai. Perlaksanaan Wawasan 2020 adalah untuk menunjukkan bahawa negara ini dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Perlaksanaan ini juga adalah untuk menentukan rakyat negara ini dapat dibangunkan secara bersatu menerusi program-program pendidikan. Sebagai agen perubahan, guru perlu memastikan perlaksanaan ini berjaya dengan mendidik dan membina generasi masa hadapan dengan membantu menyedarkan tentang matlamat dan aspirasi negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Wawasan 2020. Bagi memastikan Wawasan 2020 dapat tercapai, rakyat negara Malaysia digesa untuk bersama-sama melakukan perubahan dalam hidup mereka. Penekanan yang dimaksudkan adalah inisiatif pihak kerajaan lakukan untuk merealisasikan matlamat wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju. Sembilan

cabaran Wawasan 2020 yang harus dicapai dalam masa yang kurang dari 10 tahun lagi ini memang perlu dihayati oleh setiap rakyat. Penekanan Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi, berpendapatan tinggi, berdaya saing dan berfikiran saintifik yang terarah kepada mengharumkan nama negara dan dapat menyumbang kepada aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kerohanian. Justeru, rakyat negara perlu menyahut cabaran supaya mereka dapat benar-benar menjadikan Wawasan 2020 ini sebagai satu aspirasi negara yang nyata. Tambahan pula, program-program pendidikan misalnya terkandung dalam Wawasan 2020 ini. Dalam hal ini, para guru memegang tampuk perubahan demi membuatkan aspirasi negara boleh terlaksana. Para guru juga diberi tanggungjawab yang besar untuk melahirkan masyarakat yang hebat dan seiring dengan era kemajuan teknologi maklumat. Guru yang berfungsi sebagai agen perubahan haruslah membina generasi muda yang baik untuk menghadapi cabaran yang kental pada masa hadapan.

Para guru turut disaran untuk menaikkan semangat muridnya bagi sama-sama menjayakan pelaksanaan Wawasan 2020. Selain daripada itu, masyarakat merupakan golongan sasaran dalam Wawasan 2020 dan sektor pendidikan difokuskan untuk menjayakan aspirasi ini. Jadi, adalah menjadi tugas para guru untuk memikul tanggungjawab ini. Ciri-ciri guru yang terbaik amat dititikberatkan iaitu dari segenap aspek yang utama iaitu jasmani, emosi , rohani dan intelektual. Hal ini supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang yang dilahirkan dari guru yang cemerlang juga. Globalisasi yang pesat membangunkan memerlukan guru dan murid yang dapat berdaya tahan untuk sama-sama mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara yang sudah menjadi status negara maju. Sebab itulah guru yang cemerlang amat diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang maju. Penekanan dari segi Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah guru memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar pendidikan yang digunakan dalam sistem pendidikan negara ini dan dasar ini bertunjangkan daripada penggubalan dasar pendidikan ketika diperkenalkan oleh British yang ketika itu menjajah Tanah Melayu. Setelah mencapai kemerdekaan, dasar pendidikan yang ada itu sudah tidak rasional lagi untuk digunakan. Justeru, terhasilnya dasar pendidikan yang bercorak kebangsaan yang dicipta oleh rakyat tempatan. Oleh itu, guru perlu menghayati dasar ini dan menerapkan dalam bilik darjah. Contohnya guru mengajarkan subjek kemahiran hidup di sekolah. Perkara seperti memotong kayu, memasak, menanam pokok, pendawaian litar yang mudah sedikit sebanyak mendedahkan dengan dunia luar dan memberi kemahiran awal supaya murid tahu walaupun sedikit. Secara tuntasnya, para guru harus menggunakan segala ilmu untuk

menajayakan aspirasi negara. Oleh itu kerjasama guru dan masyarakat amat diperlukan bagi merealisasikannya. Pihak kerajaan yang telah menggubal pelbagai dasar telah mencuba banyak pendekatan bagi memastikan Wawasan 2020 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan berjaya diterapkan dan diamalkan oleh para guru khususnya. Seterusnya menjadi panduan kepada masyarakat negara ini menyumbangkan bakti dan

jasa kepada pembangunan negara. Para guru merupakan pihak yang terpenting bagi mencapainya dan semua tanggungjawab terpikul di bahu mereka agar negara membangun dari segenap aspek. 2.0 ANALISIS, INTERPRETASI DAN PENILAIAN ELEMEN-ELEMEN DALAM

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU. Elemen yang pertama dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ialah mempunyai guru yang berpekerti mulia. Seorang guru perlu mempunyai sahsiah yang baik. Misalnya berbudi bahasa, berdisplin dan bermoral tinggi. Guru yang mempunyai sahsiah baik dapat menjadi role model kepada murid-muridnya di samping dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih efisien. Hal ini disebabkan setiap kerja yang dibuat akan membuahkan hasil yang baik. Contohnya, guru yang kemas dan sopan membuatkan murid-muridnya lebih bersemangat untuk belajar jika dibandingkan dengan guru yang selekeh. Kebiasaannya golongan kanak-kanak senang tertarik dengan penampilan orang lain, apatah lagi jika individu tersebut merupakan gurunya. Kesannya dapat membuatkan murid-murid tahu akan etika pakaian yang kemas dan sesuai mengikut situasi. Guru akan membuatkan murid-muridnya mencontohi setiap perlakuan dia tidak kira sama ada baik atau buruk. Jika setiap guru menunjukkan contoh yang baik maka akan menghasilkan murid-murid yang baik juga. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat memberi keyakinan kepada murid-muridnya untuk membuat perkara baik secara berterusan. Guru juga perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku guru yang betul dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru akan lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Menerusi kod etika ini juga, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan dan supaya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Pengamalan etika dapat mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas kepada guru. Oleh

yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memiliki sahsiah yang baik yang mencerminkan profesion perguruan.

Guru yang mempunyai pandangan progresif dan saintifik merupakan elemen FPG yang kedua. Guru perlu berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada bidang sains dan teknologi. Kita sudah sedia maklum bahawa dua bidang ini penting kerana guru perlu menggunakan alat bantu mengajar ketika mengajar dalam kelas contohnya komputer riba. Guru perlu tahu untuk menggunakan alat tersebut. Penggunaan komputer riba penting kerana guru tidak lagi perlu susah payah membawa buku yang banyak untuk mengajar. Di samping itu, akses terus ke internet juga berguna jika ingin mencari maklumat. Semua ini dapat dilakukan dengan menggunakan gajet ini. Buku rujukan yang ada tidak kerap diperbaharui maklumatnya jika dibandingkan dengan bahan rujukan di internet. Hal ini bermakna maklumat yang dicari merupakan yang terbaru dan banyak sumber. Oleh itu, guru perlu tahu sumber maklumat yang hendak dicari itu tepat dan boleh dibuat rujukan kerana tidak semua laman sesawang yang ada memberikan maklumat yang betul. Selain tu, guru juga patut berusaha agar tidak ketinggalan dari segi professional. Oleh itu ciri profesionalisme guru perlu merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru juga perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka patut dapat membuat keputusan yang rasional adalah penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar. Elemen FPG yang ketiga ialah gru perlu bersedia menjunjung aspirasi negara. Para guru disaran menghayati aspirasi yang telah dihasratkan dan berusaha untuk menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Para guru perlu berbakti kepada negara dengan menyumbang idea, mengajar murid-murid mereka dengan penuh komitmen, terlibat dalam sebarang aktiviti yang dapat membentuk semangat cinta akan negara. Di samping itu, para guru juga perlu membentuk muridmurid yang berdaya saing, yang mempunyai output berkualiti supaya dapat membentuk

tenaga mahir untuk kemajuan negara seiring dengan aspirasi Wawasan 2020 misalnya. Kesannya, elemen ini dapat dicapai dalam jangkamasa yang dtetapkan. Jadi, tidak mudah untuk memastikan aspirasi ini untuk tercapai dan para guru perlu menggalas tugas yang besar. Perasaan yang negatif seperti berputus asa, pemarah perlu dibuang kerana para guru patut bersikap lebih profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Bagi elemen yang keempat pula ialah menyanjungi warisan kebudayaan negara. Guru perlu menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini kerana kita hidup berbilang kaum. Jadi, banyak budaya yang wujud di sini dan proses pertembungan antara budaya-budaya telah membentuk satu lagi ciri budaya yang baru yang diterima pakai oleh setiap rakyat. Proses asimilasi telah berlaku dan dapat membentuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Trend yang berlaku pada masa kini adalah golongan belia khususnya terlalu mengikut apa yang berlaku di Barat. Contohnya dari segi pemakaian dan percakapan. Budaya Barat yang kebanyakannya tidak sesuai dengan norma masyarakat negara ini. Jadi, pendedahan tentang budaya yang ada di negara ini akan membuat mereka merasa lebih bangga dan diharap dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Perpaduan antara rakyat yang berbilang bangsa akan terhasil dan dapat menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara. Jika semangat ini dididik sejak kecil lagi kepada murid-murid, mereka akan mempertahankan nama baik negara Malaysia setiap masa dan sanggup berkorban untuk negara. Elemen yang kelima dalam FPG ialah dapat menjamin perkembangan individu. Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Empat aspek ini penting kerana merangkumi segenap aspek kehidupan manusia umumnya. Dari aspek jasmani, tubuh badan yang sihat diperlukan manakala bagi emosi pula, para guru perlu melatih murid-murid mereka untuk bijak menguruskan masalah dan tidak terlalu mengikut perasaan. Sebaliknya berfikir secara rasional dan tenang aspek rohani diperlukan kerana dapat memberi ketenangan kepada murid-murid khususnya. Mereka perlu diajarkan betapa pentingnya keperluan rohani agar sentiasa bersyukur dengan tuhan

dengan apa yang telah dikecapi dalam hidup dan sentiasa mengikut ajaran yang disampaikan dalam agama masing-masing. Kini penekanan intelek yang kerap berlaku. Hal seumpama ini bukannya tidak bagus tapi majoritinya murid-murid telah diajar sebegitu. Bagi mereka, aspek ini paling penting dan aspek-aspek yang lain tidak perlu ditekankan atau dipelajari sama sekali. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana akan menghasilkan ramai murid yang bijak pandai tapi lemah dari segi fizikal. Oleh itu, guru perlu mengubah paradigma murid-murid mereka agar tidak terlalu mementingkan dari segi intelek sahaja tetapi dalam aspek lain-lain juga. Para guru perlu mengajar murid-murid mereka dari empat aspek ini kerana jika dapat dicapai, akan membentuk insan yang seimbang dan berkualiti tinggi. Kita tidak mahu ada murid yang cenderung untuk fokus ke arah satu aspek ini sahaja tapi dapat menguasai sepenuhnya. Mereka ini merupakan aset negara yang berharga dan akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Jika negara ini mempunyai ramai rakyat yang berpotensi tinggi, kemajuan dapat dicapai. Elemen Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang keenam ialah memelihara masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai tanggungjawab yang berat dalam bidang pendidikan bagi merealisasikan elemen keenam ini. Tanggungjawab guru ialah sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, tanggungjawab guru tidak tertumpu kepada mengajar murid-murid di sekolah sahaja tapi sentiasa mengubah pemikiran masyarakat di sekeliling mereka supaya sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara agar menjadi lebih progresif. Para guru perlu berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan kerana masyarakat tidak patut berada di satu tahap sahaja. Mereka perlu ada peningkatan dalam apa-apa yang dibuat. Contohnya jika ingin mengubah taraf ekonomi sesebuah keluarga. Jika mereka ingin hidup lebih senang maka usaha yang berterusan perlu ada setiap masa. Guru merupakan orang yang amat dipercayai oleh masyarakat di negara ini dan mereka menghormati profesion ini.

Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid-murid, ibu bapa dan masyarakat bagi memastikan pengajaran ilmu yang ingin disampaikan kepada murid-murid berkesan dan difahami oleh mereka.dalam erti kata yang lain, guru senang untuk mempengaruhi orang lain kerana mereka amat dipercayai dan disegani oleh orang lain. Oleh itu, sejak awal lagi murid perlu dididik dengan baik bagi menghasilkan golongan yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara ini.

3.0 KEPENTINGAN-KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU TERHADAP PERANAN GURU DENGAN BERDASARKAN MODEL KONSEPTUAL FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.

Rajah 1: Model Konseptual Falsafah Pendidikan Guru

Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merangkumi semua disiplin mata pelajaran. Hal ini untuk memperincikan lagi peranan dan tugas guru untuk membangunkan modal insan yang berkualiti pada hadapan. Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Model ini mencakupi tiga unsur yang berkaitan dalam profesion perguruan iaitu unsur ketuhanan, kendiri dan kemasyarakatan. Penekanan kepada unsur ketuhanan diletakkan di peringkat tertinggi sekali kerana mendidik individu supaya percaya dan patuh kepada ajaran agama seterusnya menganjurkan kepada peningkatan ilmu seseorang. Hal ini kerana setiap agama mengajar penganutnya supaya berbuat baik kepada semua, tidak kira kepada manusia atau alam sekitar.

Bagi unsur kendiri pula, lebih cenderung kepada pembinaan daya ketahanan, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah, bersemangat patriotisme dan berpekerti mulia. Hal ini disebabkan guru yang hendak mendidik muridnya membuat perkara baik, mematuhi peraturan sekolah, menanamkan semangat cinta akan negara perlulah mempunyai nilai-nilai tersebut dalam dirinya. Jadi, para guru perlulah melakukan perkara tersebut dahulu jika ingin muridnya berbuat baik Unsur yang terakhir ialah kemasyarakatan. Guru merupakan agen sosialisasi dalam masyarakat. Para guru akan sentiasa berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan sentiasa berinteraksi dengan masyarakat tersebut disebabkan tugas mereka mendidik anak-anak masyarakat tersebut. Guru juga dipandang mulia oleh masyarakat kerana dianggap sebagai agen perubahan dalam komuniti setempat. Hal ini disebabkan seorang guru boleh memberi ilmu kepada muridnya dan berpengetahuan luas secara umumnya. Contohnya masyarakat di kampung yang kerapkali bertanya setiap perkara yang hendak dilakukan. Dalam erti kata yang lain, mereka meminta pendapat guru di situ kerana profesion perguruan amat dipandang mulia. Kesannya guru membentuk peribadi masyarakat di sekelilingnya. Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.

Di bawah tiga unsur utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai. Para guru perlulah menguasai ketiga-tiga aspek ini agar kreadibiliti seorang guru dapat ditonjolkan secara menyeluruh dan berkesan. Kepentingan aspek pertama yang perlu dikuasai seorang guru ialah menguasai ilmu pengetahuan tentang dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Pada zaman yang sedang berkembang pesat ini, sumber ilmu bukan lagi didominasi oleh buku-buku tetapi di hujung jari sahaja, iaitu di internet.

Cara pemerolehan ilmu secara ini amat disambut baik oleh semua orang kerana kandungan ilmu yang tidak terhad jika dibandingkan dengan buku,

walaubagaimanapun, tidak semua maklumat yang dicari adalah tepat 100 peratus kerana boleh diedit oleh sesiapa sahaja misalnya sumber dari Wikipedia. Tetapi penggunaan internet membolehkan murid mudah mendapat maklumat dan sentiasa mempelajari ilmu yang baru setiap hari dengan cepat. Kaedah mendapatkan ilmu dengan membaca buku dianggap sebagai kaedah yang ortodoks manakala penggunaan internet kebanyakannya secara interaktif. Justeru, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini, guru juga harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang semua aspek semasa agar tidak dipandang rendah oleh muridnya.

Aspek kedua yang seorang guru perlu kuasai ialah kemahiran. Aspek ini penting agar dapat memberi tunjuk agar kepada pelajarnya dalam situasi tertentu. Selalunya aspek kemahiran lebih tertumpu kepada pengajaran di luar bilik darjah dan melibatkan persediaan fizikal dan mental. Para guru haruslah menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ikhtisas, kemahiran pedagogi dan sebagainya. Misalnya seorang guru boleh mengajar muridnya dalam suasana yang berbeza dari sebelumnya. Jika setiap hari murid asyik belajar di dalam bilik darjah sahaja, guru tersebut boleh mengajar di luar bilik darjah. Perkara ini supaya muridnya dapat permandangan yang baru dan mendapat ilham dari persekitaran yang terbuka. Minat muridnya juga akan bertambah dan lebih aktif. Tambahan pula, kemahiran berkomunikasi penting di dalam profesion perguruan kerana para guru memang berdepan dengan muridnya setiap masa. Misalnya seorang guru perlu tahu cara untuk mengatasi masalah kelas yang terlalu bising. Guru haruslah tahu bagaimana untuk mengurangkan masalah tersebut. Dia boleh pilih untuk memarahi murid-murid tersebut atau menggunakan pendekatan alternatif.

10

Aspek yang seterusnya ialah nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni. Perlakuan guru seperti penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan perlulah diamalkan oleh setiap guru di negara ini. Tugas yang digalas oleh para guru bukanlah mudah kerana kejayaan atau kegagalan muridnya bergantung kepada guru tersebut. Lagipun bila menjadi seorang pendidik, setiap perbuatan guru akan dipandang dan ditiru oleh masyarakat. Guru yang mulia dapat menghasilkan murid yang mulia juga. Akibatnya, akan terhasil generasi yang mempunyai modal insan yang tinggi dan boleh dibanggakan. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ini disepadukan agar dapat melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi dan mengikut hasrat kerajaan.

Model

Konseptual

Pendidikan

Guru

turut

menekankan

matlamat

memperkayakan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani (JERI). Guru yang cemerlang perlulah mempunyai daya pengetahuan yang tinggi dalam isu-isu global dan glokal. Jadi, para guru tidak disebut sebagai tidak mengikuti peredaran masa. Para guru pada masa kini ada segelintirnya hanya mahu tahu tentang apa yang hendak diajar tapi tidak mahu sangat peduli tentang hal-hal yang lain seperti soal kemasyarakatan dan sahsiah muridnya. Sepatutnya hal seumpama ini tidak wujud kerana tugas guru boleh dikatakan sebagai ibu bapa kedua kepada muridnya. Secara puratanya hidup manusia dihabiskan untuk belajar. Jikalau terdapat apa-apa masalah sekalipun, para guru perlu bersikap profesional dan memberikan tumpuan yang maksimum ketika mengajar dalam bilik darjah. Sedar atau tidak model Konseptual Pendidikan Guru mempunyai objektif yang sama dalam

menekankan matlamat mengembangkan potensi murid secara seimbang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi JERI. Ini bermakna bahawa para guru haruslah menguasai keempat-empat aspek ini sebelum mendidik anak muridnya dan dikategorikan sebagai guru yang cemerlang. Contohnya guru yang hebat secara rohani dapat berfikir dengan rasional dalam membuat keputusan. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan guru yang tidak seimbang dari segi rohani. Setiap perbuatan akan berpandukan hawa nafsu sahaja dan menyimpang dari sasaran yang sepatutnya.

11

Para guru juga haruslah seimbang dari segi emosi. Emosi merupakan aspek yang besar kerana sangat mempengaruhi perwatakan seorang guru. Guru ketika mengajar akan bermain dengan emosi muridnya agar tumpuan yang maksimum dapat diberikan. Sepatutnya tidaklah mendatar sahaja. Hal ini dapt dicapai jika adanya penglibatan dengan murid-murid juga. Sepatutnya guru memberikan peluang kepada muridnya untuk mencuba suatu benda yang baru. Selain itu, jika seorang guru itu dapat mengawal emosinya apabila berhadapan dengan situasi tegang dengan muridnya, guru tersebut boleh menggunakan kelebihan memanipulasi emosinya untuk meredakan ketegangan yang berlaku. Hasilnya, jalan penyelesaian yang aman dapat dicapai. Guru yang seimbang dari segi emosi juga dapat membentuk murid yang cemerlang kerana kawalan emosi guru tersebut mengajar murid.

Tambahan pula aspek yang dianggap penting yang perlu ada pada guru ialah kecemerlangan dari segi intelek. Guru sinonim sebagai gudang ilmu dan ini bermakna guru mempnyai pengetahuan yang banyak. Oleh itu, para guru harus juga mempunyai pengetahuan dalam luar cakupan pengajarannya. Misalnya guru yang mengajarkan Sejarah juga perlu tahu mengenai cara-cara untuk menanam pokok bunga dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Para guru juga merupakan tempat rujukan murid kerana mereka sangat percaya pada guru mereka. Oleh itu, seorang guru perlu mengisi pengetahuannya dengan ilmu-ilmu terkini termasuklah ilmu yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajarnya kerana para guru itu perlu sentiasa mengikuti segala ilmu mengikut arus permodenan kerana setiap pelajar pada masa kini inginkan fakta yang tetap dan cepat.

12

Aspek yang terakhir yang perlu ada sebagai seorang pendidik ialah aspek jasmani. Guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dalam kerjaya ini. Fenomena guru yang dihantar bekerja di kawasan pedalaman memang mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang bersetuju dan tidak kurangnya yang tidak yakin dapat hidup berkelana di tempat yang serba kekurangan. Dalam kes ini, ketahan fizikal dan mental memang memainkan peranan yang signifikan kerana tahap ketersampaiannya yang rendah. Kawasan sekolah terlalu jauh dengan kemudahan awam. guru terpaksa bersusah payah untuk ke sekolah. Jadi, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pengalaman yang dikecapi merupakan ilmu yang berharga dan berguna kerana para guru perlu tahu tanggungjawab sebenar yang patut ada pada guru yang sejati.

Secara keseluruhannya, Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka berdasarkan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru. Kesemua aspek yang ada boleh dijadikan kayu ukur untuk membentuk guru yang cemerlang dan memenuhi aspirasi negara. Guru perlu menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada ketika mengajar demi kemajuan mereka. Tugas untuk memenuhi tanggungjawab sebagai guru memang perlu dicapai dan disempurnakan oleh para guru. Menyempurnakan tanggungjawab guru penting dan guru perlu sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan negara dan masa depan perlu diterapkan dalan jati diri seorang guru.

13

4.0 REFLEKSI. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya dengan keadaan yang sihat setiap masa. Seterusnya, rasa terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang bersama-sama membantu saya semasa menyiapkan tugasan ini.tugasan ini berkisar kepada aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Memang nampak seperti mudah pada awalnya tetapi kehendak soalan ini adalah untuk mengaitkan dua pelaksanaan kerajaan ini dengan tugas para guru. Oleh itu, tugasan ini sedikit sebanyak mengajar saya betapa pentingnya golongan guru dalam menjayakan aspirasi ini. Hal ini bermakna bahawa profesion keguruan merupakan sasaran utama dalam memastikan kejayaan Wawasan 2020 dan dasar pendidikan kebangsaan. Subjek Falsafah Pendidikan Guru merupakan satu subjek yang memerlukan keamatan yang kefahaman yang tinggi untuk membolehkan kita faham dan terima apa yang diajarkan. Dalam sukatan subjek ini terdapat juga Wawasan 2020, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terlibat dalam kehendak soalan tugasan ini. Sememangnya dasar-dasar ini merupakan satu rujukan kepada para guru untuk mengajar di sekolah. Contohnya Wawasan 2020 berperanan untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dalam setiap aspek kehidupan. Sembilan peranan yang ada tersebut dapat diserapkan dengan bantuan guru di sekolah. Pada tahun ini iaitu tahun 2011 sudah masuk fasa kedua pelaksanaan aspirasi ini dan setiap guru harus berusaha mendidik masyarakat amnya untuk melakukan perubahan ke arah kemajuan negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berkait rapat dengan Wawasan 2020 tapi lebih menfokuskan kepada bidang perguruan. Dua dasar pendidikan ini mengajar guru supaya mengamalkan nilai dan etika kerja yang baik seiring dengan pembangunan negara. Guru yang berfungsi sebagai agen sosialisasi haruslah menggunakan peluang yang ada bagi melahirkan generasi muda yang boleh dibanggakan. Dalam erti kata yang lain, perkara ini menjadi batu loncatan kepada guru untuk merealisasikan dasar ini. Oleh itu, para guru perlulah melakukan apa yang terdaya bagi mencapai hasrat ketiga-tiga aspirasi ini.

14

Pelaksanaan tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengkaji kekuatan dan kelompangan yang ada tiga aspirasi negara yang di atas. Dalam Wawasan 2020 misalnya, terdapat sedikit kekangan untuk melaksanakan visi tersebut. Pembangunan yang banyak ditekankan supaya rakyat dapat menikmati hidup yang selesa mendatangkan kesan negatif. Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan, baik alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan. Pembangunan manusia kini menghadapi krisis ketidakseimbangan antara pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan emosi. Kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek nilai dan moral boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati (Abu Bakar Abdul Majid & Sarina Othman, 1998; Tajul Ariffin Mohd. Noordin, 1992). Oleh itu, dalam membicarakan cabaran wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat penyayang, matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha tidak dilakukan oleh semua pihak. Oleh itu, penekanan ilmu pengetahuan amat penting. Sepatutnya pengajaran nilai-nilai yang baik perlu diterapkan di seluruh negara dan tidak tertumpu di sekolah saja. Tanggungjawab untuk mendidik juga janganlah diserahkan bulat-bulat kepada guru tapi setiap komuniti masyarakat harus bersatu padu. Pembangunan negara yang positif merupakan sasaran kita supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu laju sekali. Selain itu, banyak timbulnya kes-kes yang melibatkan salah laku guru dan kebanyakannya merupakan guru yang baru mengajar. Ada juga guru yang tidak bersungguh-sungguh melakukan tugasnya. Contohnya mengajar muridnya hanya untuk mendapat gaji yang lumayan dan waktu kerja yang singkat sahaja. Apabila para guru ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius tentang kualiti peribadi guru juga adalah perlu.

15

Guru

merupakan

sumber

kepada

murid

dalam

semua

perkara

untuk

mendapatkan ilmu dan juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang baik. Antaranya untuk menanam nilai-nilai insan melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupkan potensi-potensi dalaman dan luaran dalam diri murid supaya dapat berkembang dan berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dikehendaki. Sepatutnya perkara seumpama ini tidak boleh ada kerana boleh menjejaskan institusi perguruan amnya. Oleh itu, tapisan yang ketat patut dilaksanakan untuk memilih bakal guru pelatih yang ingin berada dalam bidang keguruan. Syarat-syarat yang harus dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) perlulah tertumpu ke arah menghasilkan bakal guru yang berwibawa. Bukan sahaja dapat berjaya di negara ini tapi mempunyai kualiti yang bertaraf dunia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Guru yang wujud haruslah diamalkan demi memenuhi kehendak murni ini. Akhir kata, kemampuan guru yang cemerlang akan dapat membina keyakinan dalam kalangan murid dan mempengaruhi muridnya. Guru perlu juga ada kemampuan untuk menilai kecenderungan dan kegemaran seseorang murid supaya dapat memudahkannya membentuk murid dengan menggunakan cara yang sesuai ketika belajar. Guru perlu mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan terhadap ilmu. Dengan adanya sifatsifat ini akan terhasillah tugas kerja yang sempurna,

prestasi guru yang sentiasa meningkat dan pencapaian yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak aspirasi negara Malaysia.

16

5.0 RUJUKAN. Choong Lean Keow. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk program Ijazah Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD Badrunsham Dahalan. (2008). Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat, tanggungjawab. Pendidik Bil 51/Ogos 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. Abdul Rahim Abd Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php , diakses pada 23 Februari 2011 http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan, diakses pada 23 Februari 2011 http://www.sabah.edu.my/sk.kayau.ppr/fpn.htm, diakses pada 27 Februari 2011 http://www.ccc.commnet.edu/apa/book.htm, diakses pada 6 Mac 2011

17

6.0

KESIMPULAN.

Aspirasi negara yang hendak dicapai oleh masyarakat negara ini. Penekanan dasardasar yang terlibat dalam menjayakan usaha kerajaan secara umumnya menggariskan terhadap kemajuan negara. Perhatian yang tinggi dalam bidang kemajuan merupakan persamaan dua dasar ini. Pihak yang difokuskan pula adalah para guru. Hal ini kerana guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid supaya menghayati dan melaksanakan aspirasi negara. Walaubagaimanapun, Wawasan 2020 bertujuan menjadikan negara berstatus negara maju menjelang tahun 2020 dengan mengatasi sembilan cabaran yang timbul. Bukan mudah untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dan cemerlang dari segenap aspek. Pengorbanan dan kecekalan yang tinggi patut ada pada guru supaya menjadi agen perubahan untuk mengubah keadaan masyarakat supaya dapat membangunkan negara. Selain itu, penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Guru akan melahirkan generasi guru yang berdisiplin dan seiring dengan kehendak dasar ini. Secara umumnya para guru harus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh setiap masa agar sama-sama dapat menyumbangkan kepada kemajuan negara. Tetapi bukan mudah untuk mencapai matlamat aspirasi ini kerana manusia bukanlah sempurna. Bukan menjadi alasan untuk tidak berubah sebaliknya usaha yang berterusan ke arah penghayatan haruslah dilakukan. Memang tidak syak lagi Falsafah Pendidikan Guru mempunyai ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020 umumnya. Oleh itu, guru telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang besar bagi

18

memastikan penyampaian ilmu, nilai dan kemahiran yang berkesan. Ringkasnya, para guru memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, semua pihak perlu mengembling tenaga bagi menjayakan aspirasi negara.

19

Anda mungkin juga menyukai