Anda di halaman 1dari 10

Perjuangan tokoh Islam Jamaluddin alAfghani (1838-1879) mempengaruhi dan mencorakkan kebangkitan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Perjuangan menekankan kepada kembali kepada prinsip agama. Yakin dan percaya terhadap demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara demokrasi melalui perlembagaan dan perwakilan yang sah.

Menentang penindasan yang dilakuakn ke atas manusia. Sir Sayid Ahmad Khan (1817-1898) menubuhkan Universiti Islam di Aligarh yang sediakan pembelajaran Islam yang tidak bertentangan dengan undang-undang sains dan idea-idea Barat.

Pertengahan abad ke-19, Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis. Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan mempengaruhi pemikiran golongan muda di China. Kejayaan gerakan penyatuan Itali dan Jerman 1870 menjadi contoh kepada China tentang perlunya usaha untuk menyatukan China.

Orang Cina kecewa tentang kelemahan idea Barat yang hanya pada idea dan bukan dijalankan secara praktikal. Sebagai alternatifnya, mereka cenderung dalam pemikiran Marxisme yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat. .

Revolusi Rusia 1917 merujuk kepada revolusi di Rusia termasuk Revolusi Februari Revolusi Februari yang membawa kepada penggulingan Tsar Nicholas II dan pemberontakan komunis Bolshevik yang dikenaliRevolusi Oktober yang juga menyaksikan keluarga tsar ditembak mati. Revolusi ini satu-satunya revolusi yang berjaya dilaksanakan oleh pekerja biasa, petani dan askar di Rusia mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky yang prokapitalis. Revolusi ini dapat disekat oleh golongan kapitalis antarabangsa dan Tentera Putih berjaya mengepung Rusia. Kegagalan revolusi ini merebak ke Jerman dan tempat lain membawa kepada kejatuhan Lenin dan Bolshevik serta membawa kepada kebangkitan Stalin dan ideologinya. Kejayaan Revolusi Russia pada Oktober 1917 membuka mata orang Cina bahawa dunia kapitalis menekan kehidupan mereka sehingga menyebabkan mereka sengsara. Maka mulalah pengaruh komunisme di kalangan pemimpin Asia khususnya China dan Vietnam.

Revolusi China merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah. Revolusi China 1911 dan Gerakan Kongres Kebangsaan India mempengaruhi gerakan nasionalisme negara-negara di Asia Tenggara.

Memberi semangat kepada para nasionalis. Menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan menjadi kuat. Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat. Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka tidak boleh dikalahkan tetapi memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang negara Barat. Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu satu reformasi dalam bangsa mereka sendiri.

SUMBER DAPATAN
https://www.google.com.my/search?q=PENGARUH+ LUAR&rlz=1C1CHMO_engbMY471MY471&aq=f&oq=PENGARUH+LUAR&sour ceid=chrome&ie=UTF-8 https://www.google.com.my/search?q=Revolusi+Chi na&rlz=1C1CHMO_engbMY471MY471&aq=f&oq=REVOLUSI+&sourceid=ch rome&ie=UTF-8