Anda di halaman 1dari 43

PEMAMPATAN DAN FORMAT FAIL VIDEO DIGITAL

F4805 - JIT @ 2008

Pengenalan Kepada Mampatan Audio Video Dan Grafik


Di akhir P&P ini pelajar diharapkan dapat: Membincangkan jenis pemampatan video digital yang utama. Menjelaskan pendekatan yang boleh diambil bagi tujuan memampatkan video digital. Menjelaskan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kualiti video serta saiz fail video yang dimampatkan iaitu: Proses pemampatan Algoritma pemampatan Kaedah pemampatan Nisbah pemampatan Menerangkan piawaian utama yang boleh digunakan dalam proses pemampatan utama. Membincangkan format-format fail video digital utama dan kelebihan /kelemahan.

PENGENALAN
Paparan video yang berkualiti tinggi biasanya akan membentuk saiz fail yang agak besar. Kualiti paparan yang tinggi mungkin disebabkan faktor penggunaan kadar kerangka yang tinggi, kedalaman warna yang tinggi, resolusi ruang yang besar dan sebagainya. Untuk memampatkan sesuatu fail video digital dan seterusnya memperoleh saiz fail video yang kecil, mana-mana faktor yang mempengaruhi kualiti video boleh dimanipulasi atau diubahsuai. Proses ini boleh dilakukan sehingga saiz fail video yang tidak terlalu membebankan tetapi masih mampu mengekalkan kualiti yang diharapkan dapat diperolehi.

KONSEP ASAS PEMAMPATAN VIDEO DIGITAL


Video yang belum dimampatkan memerlukan ruang storan kira-kira 1.5 GB untuk tayangan selama satu minit. Dalam erti kata lain, video yang memakan masa 1 jam memerlukan ruang storan sehingga 90 GB. Bagi produksi video profesional yang lebih besar, ruang storan yang jauh lebih besar 1 500 GB hingga 5 000 GB diperlukan.

Bagi melihat kesan penggunaan spesifikasi atau ciri video terhadap saiz fail yang terbentuk, perhatikan contoh yang berikut:
Resolusi ruang atau saiz imej : 640 x 480 Kadar Kerangka : 30 fps Resolusi Warna : 24 bit

Dengan penetapan ciri seperti mana yang ditunjukkan, dengan mudahnya saiz fail video yang akan terbentuk akan mencapai saiz kira-kira 26 MB bagi setiap satu saat.
5

Ini pastinya amat membebankan bagi kebanyakan sistem komputer. Dengan melihat pengiraan ringkas yang ditunjukkan juga, jelas dapat diperhatikan bagaimana dengan melakukan pengubahsuaian pada mana-mana faktor yang mempengaruhi kualiti video, secara tak langsung akan mempengaruhi saiz fail video yang terhasil. Sebagai contoh, apabila kadar kerangka, jumlah warna atau resolusi rendah maka saiz fail video lebih kecil dan sebaliknya.
6

Terdapat pelbagai pendekatan atau teknik yang boleh digunakan bagi tujuan memampatkan video digital. Antara pendekatan yang paling asas ialah dengan mengurangkan saiz kerangka atau resolusi ruang video tersebut. Video dengan saiz kerangka 320 x 240 piksel misalnya mempunyai saiz fail 1/4 dari saiz fail video dengan saiz kerangka 640 x 480 piksel.
7

Pemampatan video digital juga boleh dilakukan dengan mengurangkan kadar kerangka dan juga kedalaman warna yang digunakan. Video dengan kadar kerangka 15 fps misalnya menyimpan data separuh dari video yang menggunakan 30 fps. Walau bagaimanapun, dalam banyak keadaan teknik pemampatan asas sebegini tidak praktikal untuk digunakan. Ini khususnya apabila video yang telah dimampatkan ingin dipindahkan semula ke dalam format analog untuk dipersembahkan menerusi kaca televisyen dengan resolusi dan juga kadar kerangka yang penuh (full screen). Oleh yang demikian, teknik pemampatan yang lain perlu digunakan.

PENDEKATAN PEMAMPATAN FAIL VIDEO DIGITAL

Secara amnya terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan bagi tujuan memampatkan fail video digital iaitu:
1. Pemampatan Video Berasaskan Perkakasan 2. Pemampatan Video Berasaskan Perisian

1. Pemampatan Video Berasaskan Perkakasan


Pemampatan video berasaskan perkakasan mampu melakukan proses pemampatan fail video dalam masa yang pantas. Pendekatan sebegini tidak menggunakan kuasa dan sumber daripada sistem komputer (CPU) kerana ia mempunyai bekalan kuasa dan juga pemprosesnya sendiri. Kualiti video yang dimampatkan adalah tinggi dan ianya mampu memampatkan video dengan kadar kerangka sehingga 30 fps. Walau bagaimanapun pendekatan sebegini memerlukan kos yang agak tinggi kerana anda perlu membeli perkakasan yang diperlukan. Perkakasan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk kad yang dipasangkan ke dalam sistem komputer mahupun dalam bentuk satu sistem yang lebih lengkap.
10

2. Pemampatan Video Berasaskan Perisian


Pemampatan video berasaskan perisian melakukan proses pemampatan fail video dalam masa yang lebih perlahan berbanding pemampatan video berasaskan perkakasan. Pendekatan sebegini biasanya menumpang kuasa dan sumber daripada sistem komputer (CPU). Kualiti video digital yang dimampatkan biasanya lebih rendah berbanding kualiti video yang melalui proses pemampatan video berasaskan perkakasan. Contoh perisian yang dimaksudkan dalam proses pemampatan video sebegini antaranya ialah DivX, Microsoft Video, MPEG dan sebagainya. 11

TEKNOLOGI PEMAMPATAN FAIL VIDEO DIGITAL


Saiz faill video digital sangat besar. CODEC - program /algoritma pemampatan dan penyah-mampatan (compression/decompression) telah dibangunkan bagi mengurangkan saiz fail dan membolehkan lebih banyak video boleh dimuatkan di dalam satu ruang storan kekal seperti cakera padat. Codec (compression/decompression) merujuk kepada algoritma yang akan melaksanakan proses pemampatan dan juga penyah-mampatan data di mana :~ data (audio & video) akan dimampatkan kepada paket-paket kecil yang seterusnya membolehkan ianya didimpan serta disebarkan dengan lebih mudah, pantas & berkesan.
12

Pemampatan video (proses enkod):-proses di mana koleksi algoritma dan teknik menggantikan maklumat asal yang berasaskan piksel dengan maklumat berasaskan arahan-arahan matematik yang padat. Penyah-mampatan video (proses dekod):-proses berlawanan di mana arahan-arahan matematik tadi akan diterjemahkan kembali kepada bentuk piksel bagi membolehkan ianya dipaparkan kembali. *** Bagi tujuan memainkan semula video yang telah dimampatkan, satu algoritma decompression akan digunakan bagi menyah-mampatkan video tersebut dan seterusnya boleh dimain dan dipaparkan pada skrin
13

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI VIDEO YANG DIMAMPATKAN


Salah satu tujuan proses pemampatan video dilakukan ialah bagi mengurangkan saiz fail tetapi masih mengekalkan kualiti pada tahap yang diperlukan. Bagi tujuan tersebut, terdapat beberapa faktor berkaitan yang perlu diberi perhatian apabila kita membincangkan mengenai pemampatan video. Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah:
1. 2. 3. 4. Proses pemampatan: Masa Nyata dan Bukan Masa Nyata Algoritma pemampatan: Lossy dan Lossless Kaedah pemampatan: Interframe dan Intraframe Nisbah pemampatan

14

1. Proses pemampatan: Masa Nyata dan Bukan Masa Nyata


Proses pemampatan video boleh dilaksanakan dalam masa nyata (real time) dan juga sebaliknya. Pemampatan masa nyata merujuk kepada proses pemampatan yang dilaksanakan menggunakan penetapan main semula 30 kerangka sesaat dalam masa nyata. Ini bermakna klip video yang berkaitan akan dimampat, dinyah-mampatkan dan dimainkan semula dalam masa nyata tanpa mengabaikan mana-mana kerangka video
15

Dalam banyak keadaan, kebanyakan teknik pemampatan video hanya mampu menangkap, memampatkan dan seterusnya memainkan semula hanya sebahagian daripada 30 kerangka imej bagi sesuatu klip video. Ini menyebabkan ianya tidak berupaya memainkan klip video tersebut dalam masa nyata akibat wujudnya keadaan di mana kerangka yang dibuang atau diabaikan. Bagi mengelakkan perbezaan masa yang ketara maka penetapan 24 kerangka (sekiranya sistem PAL digunakan) bagi setiap saat video perlu dipenuhi. Sekiranya tidak, perbezaan masa yang wujud akan memperlihatkan klip video yang tersangkutsangkut akibat dari kekurangan kerangka imej yang berkaitan.
16

2. Teknik atau Algoritma Pemampatan Video 2 teknik/algoritma pemampatan video digital utama: 1. Pemampatan Lossless (Lossless Compression) 2. Pemampatan Lossy (Lossy Compression)

17

1. Lossless Compression
Membolehkan kualiti video yang dimampatkan dikekalkan seboleh mungkin tanpa kejatuhan kualiti yang keterlaluan. Berfungsi seperti mana dalam pemampatan imej di mana teknik yang dikenali sebagai Run Length Encoding (RLE) digunakan. Teknik ini berfungsi dengan mengenalpasti sekumpulan piksel pada imej yang mempunyai warna yang sama atau setara. Maklumat warna bagi kumpulan piksel akan disimpan dalam 1 bait manakala mengenai jumlah piksel yang terlibat disimpan dalam 1 bait yang berasingan. Lossless Compression merupakan proses di mana setiap informasi yang berulang akan diwakili dalam bentuk kod. Kod ini kemudiannya akan dirujuk setiap kali ianya diperlukan tanpa memerlukan data digandakan bagi tujuan yang sama. Kualiti imej atau paparan video juga tidak akan terjejas sekiranya pemadatan kaedah ini digunakan. Contoh penggunaan: apabila wujud penggunaan teks dalam sebuah video. Teks perlu muncul seperti keadaan asal sebelum dan selepas pemampatan. Teknik bagi pemampatan teks ialah dengan mengenalpasti teks-teks yang muncul berulangkali dan kemudiannya mewakilkan ia dengan kod-kod yang khas. Cth, perkataan multimedia muncul beberapa kali maka satu kodkhas akan diberikan pada perkataan tersebut. Ini menjimatkan ruang simpanan berbanding sekiranya perkataan sebenar disimpan berkali-kali dalam runag storan. Semasa proses penyah-mampatan, kod bagi perkataan multimedia tersebut akan ditukar kembali menjadi asal. Mampu memampatkan data dalam nisbah 2:1. Motion JPEG:piawaian pemampatan yang menggunakan Lossless- amat digemari: dapat meminimumkan kejatuhan kualiti video.

18

2. Lossy Compression
Mampu menghasilkan saiz fail video yang lebih kecil berbanding Lossless. Ini kerana pemampatan jenis ini akan menyebabkan sebahagian data /maklumat diabaikan dan seterusnya menghasilkan nisbah pemampatan lebih baik. Ini juga bermakna kualiti paparan yang diperolehi agak rendah namun masih boleh diterima oleh mata manusia. Teknik ini sering digunakan sama ada pada imej yang statik mahupun jujukan video bagi memperoleh saiz fail yang lebih kecil dan seterusnya menjimatkan ruang bagi tujuan storan. Lossy compression sebenarnya memadamkan sebahagian data yang ada pada imej. Ini menjadikan ratio @ nisbah pemadatannya adalah jauh lebih baik berbanding dengan pemampatan lossless sekaligus dapat membantu mengurangkan saiz fail video bagi tujuan storan dan penyaluran data yang lebih pantas. Pemampatan jenis ini juga sesuai diaplikasikan untuk video memandangkan kejatuhan sedikit kualitinya sukar untuk dikesan atau disedari pada sesebuah imej yang sedang bergerak.

19

3(a). Pemampatan Intraframe (kerangka dalaman)


Kaedah pemampatan kerangka dalaman (intraframe) akan melakukan proses pemampatan dan menyimpan setiap kerangka video yang dimampatkan sebagai imej-imej yang berasingan atau diskrit. Pemampatan intraframe yang juga dikenali sebagai spatial compression mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap persamaan yang wujud di dalam sesuatu kerangka video. Kaedah pemampatan ini juga menggunakan algoritma pemampatan jenis lossy. Ianya akan menganggap bahawa dalam sesuatu persembahan video, biarpun aktiviti di bahagian hadapan akan sering bertukar tetapi dalam banyak keadaan, imej atau permandangan di bahagian latarbelakang secara relatifnya akan kekal tidak berubah. Ini seterusnya membolehkan proses pemampatan dilakukan dengan melihat sekiranya terdapat perbezaan yang wujud di antara kerangka terdahulu dengan kerangka seterusnya. Seterusnya, data atau maklumat yang berbeza sahaja yang akan disimpan manakaia yang selebihnya akan diabai atau dibuang. Sebagai contoh, warna biru pada air laut diwakili oleh piksel-piksel yang sama atau hampir sama. Bukanlah satu keperluan untuk menyimpan maklumat mengenai setiap piksel tersebut secara terperinci. Oleh yang demikian, mana-mana persamaan yang wujud boleh disingkirkan bagi tujuan pemampatan fail. Kaedah pemampatan ini juga akan membentuk kerangka rujukan yang dikenali sebagai kerangka dalaman atau intraframe (I Frame) yang mengandungi keseluruhan kerangka yang terlibat. Kerangka rujukan ini akan diletakkan di setiap 10 hingga 15 kerangka disepanjang aliran ersembahan video. Hanya perubahan di antara kerangka rujukan ini sahaja yang akan dimampat dan seterusnya disimpan bagi tujuan paparan seterusnya. Ringkasnya, pemampatan intraframe berhubung dengan pemampatan di dalam sesuatu kerangka video tanpa melibatkan kerangka-kerangka video yang lain.

20

3(b). Pemampatan Interframe (kerangka luaran/antara kerangka)


Terdapat juga sistem codec yang menambahkan konsep temporal (pemampatan dilaksanakan di sepanjang peralihan masa) atau interframe bagi tujuan pemampatan video. Konsep ini membenarkan sesuatu sistem codec mengambil kesempatan terhadap persamaan yang wujud di antara kerangka video yang berada di sekeliling kerangka video semasa. Sebagai contoh, sekiranya kerangka video yang berdekatan mempunyai latarbelakang yang serupa maka tidak perlulah latarbelakang tersebut disimpan secara berterusan di sepanjang masa. Sebaliknya apa yang perlu disimpan ialah perbezaan yang wujud di antara kerangka sahaja. Konsep pemampatan sebegini biasanya sering dimanfaatkan bagi tujuan memampatkan video yang kurang mengandungi siri pergerakan di dalamnya. Video yang dirakamkan di dalam studio seperti sesi temubual, ceramah, video yang hanya memaparkan wajah subjek dari paras bahu sahaja misalnya merupakan contoh video yang tidak mengandungi banyak pergerakan seperti mana yang dinyatakan. Ini juga bermakna terdapat banyak keadaan di mana wujudnya pertindihan atau maklumat yang berulangan. Semuanya ini boleh digunakan sebagai salah satu elemen yang boleh disingkirkan bagi tujuan pemampatan. Bagi menghasilkan kesan pemampatan yang lebih baik, terdapat juga sistem codec yang memasukkan elemen pergerakan sebagai salah satu faktor yang akan diambil kira. Selain dari melihat dan membandingkan perbezaan yang wujud di antara dua kerangka video yang berturutan, teknik ini juga akan melihat atau mengesan pergerakan objek pada mana-mana kerangka video dan seterusnya meramalkan di mana kedudukan atau arah pergerakan objek tersebut pada kerangka seterusnya. Maklumat mengenai kedudukan sebenar objek dan juga kedudukan seterusnya yang diramalkan sahaja yang akan disimpan. Oleh kerana dalam pemampatan interframe, setiap kerangka video bergantung kepada kerangka video yang lain, proses penyuntingan video agak sukar malah ada kalanya mustahil untuk dilakukan. Proses penyuntingan biasanya memerlukan video dinyah-mampat dan dimampatkan kembali. Ini akan mewujudkan kesan atau artifak akibat proses pemampatan di sepanjang proses tersebut dilakukan. Oleh yang demikian, biasanya pemampatan interframe sesuai digunakan bagi proses pemampatan akhir sebelum video mula disebarkan.

21

4. Nisbah Pemampatan
Nisbah pemampatan atau compression ratio merujuk kepada perwakilan berbentuk numerik bagi memperlihatkan nisbah di antara video asal dengan video yang telah melalui proses pemampatan. Sebagai contoh, nisbah pemampatan 10:1 membawa makna bahawa saiz video asal yang diwakili oleh angka 10 berjaya dimampatkan kepada saiz yang lebih kecil yang diwakili dengan angka 1. Dalam erti kata lain, nisbah pemampatan 10:1 mampu memampatkan video bersaiz 10 MB kepada 1 MB sahaja. Ini juga bermakna, semakin tinggi nisbah pemampatan yang mampu ditawarkan oleh sesuatu teknik pemampatan, semakin kecil saiz fail video termampat yang mampu diperoleh. Walau bagaimanapun, harus juga difahami bahawa semakin tinggi nisbah pemampatan yang digunakan, semakin rendah kualiti paparan video yang akan diperoleh. Piawaian pemampatan jenis MPEG misalnya mampu menawarkan nisbah pemampatan video sehingga 100:1 yang mana ianya membolehkan saiz fail video dimampatkan 100 kali lebih kecil dari saiz fail video yang asal. Piawaian pemampatan Motion JPEG pula menawarkan nisbah pemampatan dari 15:1 sehingga kira-kira 80:1. Walau bagaimanapun, nisbah pemampatan 20:1 merupakan nilai tertinggi yang dicadangkan bagi menjamin kualiti paparan video yang baik.

22

PIAWAIAN PEMAMPATAN VIDEO DIGITAL


Beberapa piawaian telah disediakan untuk tujuan compression/decompression fail video. Antaranya:
MPEG Motion JPEG Cinepak Microsofts Video for windows Apples QuickTime DivX Sorenson Video DV1 H.261 H.263 Planar RGB Photo JPEG

23

Setiap piawaian mempunyai kelebihan & kelemahan. Pemilihan piawaian codec bergantung kepada faktor seperti:
Perkakasan yang diguna, Perisian penyuntingan video Tugas klip video yang ingin dihasilkan Sifat semulajadi klip video yang ingin dimampatkan Media sebaran yang akan diguna etc.
24

Contoh: - Piawaian Cinepak @ Photo JPEG sesuai bagi menyediakan klip video yang ingin disebar menerusi internet. - Piawaian H.261 dan H.263 sering digunakan bagi tujuan telesidang video.

25

Motion Picture Expert Group (MPEG)


Pada peringkat awal perkembangan teknologi video digital, terdapat pelbagai organisasi dan juga piawaian yang digunakan bagi mewakili pemampatan video digital. Antaranya ialah:
ISO: International Organization for Standardisation IEC: International Elektro-technical Commission JTC1: Joint Technical Committee 1 SC29: Sub-Committee 29

Memandang sukarnya menguruskan piawaian daripada pelbagai organisasi berasingan ini maka satu kesepakatan telah dilakukan dan MPEG telah diwujudkan bagi mewakili piawaian yang dibangunkan oleh kumpulan ini. Piawaian berasaskan MPEG menggunakan algoritma asimetrik yang mana arahan-arahan matematik tersebut akan menentukan data bagi setiap kerangka. MPEG berfungsi berasaskan perbezaan antara kerangka dan ianya akan menghasilkan ratio pemadatan fail yang tinggi dan seterusnya menghasilkan saiz fail yang lebih kecil. Pemampatan secara MPEG hanya merakamkan lokasi atau objek yang bergerak sahaja, manakala imej yang statik dirakamkan hanya sekali dan data yang sama digunakan berulang kali. Buat masa ini terdapat beberapa piawaian MPEG yang utama dan sering digunakan iaitu:
MPEG-1 MPEG-2 MPEG-3 MPEG-4 MPEG-7 MPEG-21

Setiap piawaian pemampatan ini bukannya saingan antara satu sama lain sebaliknya mempunyai fungsi serta digunakan dalam keadaan yang berbeza. MPEG 1 dan MPEG 2 merupakan piawaian pemampatan yang memanfaatkan apa yang dikenali sebagai pemampatan antara kerangka atau interframe compression. Pemampatan sebegini merupakan sejenis pemadatan lossy. Ianya akan menganggap bahawa dalam sesuatu persembahan video, biarpun aktiviti di bahagian hadapan akan sering bertukar tetapi dalam banyak keadaan, imej atau pemandangan di bahagian latarbelakang secara relatifnya akan kekal tidak berubah. Piawaian pemampatan ini juga akan membentuk kerangka rujukan yang dikenali sebagai kerangka dalaman atau intraframe (I Frame) yang mengandungi keseluruhan kerangka yang terlibat. Kerangka rujukan ini akan diletakkan di setiap 10 hingga 15 kerangka di sepanjang aliran persembahan video. Hanya perubahan di antara kerangka rujukan ini sahaja yang akan dimampat dan seterusnya disimpan bagi tujuan paparan seterusnya.

26

Berikut merupakan antara piawaian MPEG yang sering digunakan bagi memampatkan video digital: MPEG-1 Piawaian pemadatan MPEG-1 mula diperkenalkan pada tahun 1991 dan dihasilkan khusus untuk menampung keperluan terhadap aliran audio dan video bagi laluan talian Internet yang perlahan. Kadar aliran data yang mampu ditampung oleh piawaian pemampatan ini ialah kira-kira 1.5 megabits bagi setiap saat (dan mampu mencapai sehingga 4.5 megabits bagi setiap saat). Kadar aliran ini adalah bersesuaian dengan kadar aliran bagi cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan juga CD Interaktif (CD-I) dan membolehkan ianya digunakan dengan meluas bersama-sama dengan media storan yang dinyatakan. Selain dari itu, piawaian MPEG-1 juga sering digunakan untuk memenuhi keperluan video berasaskan permintaan atau Video on Demand (VOD) Ianya merujuk kepada koleksi video yang disimpan di dalam komputer pelayan bagi tujuan simpanan kekal atau pustaka, aplikasi pendidikan dan latihan dan sebagainya. Resolusi paparan bagi piawaian MPEG-1 ialah 352 x 240 dan ianya akan diskalakan kembali untuk memenuhi skrin semasa persembahan sebenar. Ianya akan dipersembahkan dengan kadar 30 medan bagi setiap saat (30 field per second). Antara kelebihan piawaian MPEG-1 ialah saiz fail yang terbentuk selepas proses pemadatan adalah kecil. Ini memandangkan ia hanya menyimpan maklumat mengenai sebahagian kerangka sahaja manakala yang selebihnya disimpan dalam bentuk jangkaan. Kaedah ini secara tidak langsung dapat menjimatkan ruangan bagi tujuan penyimpanannya. Kualiti persembahan juga adalah memadai bagi kadar aliran data yang ditetapkan dan kos penghasilannya juga adalah agak rendah. Piawaian pemadatan MPEG-1 selalunya mempunyai ratio pemadatan sekitar 26:1 dan ianya menyokong pencapaian secara rawak bagi membolehkan seseorang penonton memainkan klip video dari mana-mana bahagian yang dikehendaki.

27

MPEG-2 Piawaian MPEG-2 diperkenalkan bukanlah untuk menyaingi atau menggantikan MPEG1. la sebaliknya diwujudkan bagi tujuan atau fungsi yang berbeza dengan MPEG-1. Tidak seperti MPEG-1 yang difokuskan untuk kegunaan media atau talian Internet yang perlahan, MPEG-2 sebaliknya menawarkan aliran audio dan video berkualiti tinggi untuk laluan talian Internet yang lebih pantas. MPEG-2 menggunakan teknik pemampatan yang sama seperti mana MPEG-1 Cuma kadar pemindahan datanya telah ditingkatkan kepada di antara 2 hingga 10 megabits persaat. Ianya juga menampung resolusi paparan video MPEG-1 iaitu 352 x 240 sehinggalah kepada resolusi paparan video yang lebih tinggi iaitu 720 x 480 (NTSC) atau 720 x 576 (PAL). Ianya akan dipersembahkan dengan kadar 60 medan bagi setiap saat atau 60 field per second. Kelebihan utama MPEG-2 ialah ianya membentuk kualiti persembahan yang baik dan juga menggunakan definisi yang tinggi (High Definition). Oleh yang demikian ianya sering digunakan oleh High Definition Television (HDTV), rangkaian TV Kabel dan juga DVD. Walau bagaimanapun, piawaian pemampatan MPEG-2 ini membentuk saiz fail yang agak besar bagi tujuan storan dan memerlukan kos penerbitan yang agak tinggi.

28

MPEG-4 MPEG-4 merupakan satu lagi piawaian pemampatan yang diperkenalkan bukan sebagai pengganti MPEG-1 atau MPEG-2. la diperkenalkan bagi menampung keperluan aplikasi yang berbeza dan buat masa ini ia sering digunakan untuk aplikasi aplikasi seperti telefon video atau videophone dan juga akhbar elektronik. Piawaian MPEG-4 mempunyai kadar aliran data yang agak rendah iaitu di antara 4800 sehingga 64000 bit persaat sahaja. Satu kelebihan MPEG-4 ialah ianya membolehkan setiap objek di dalam babak atau scene dilayan secara berasingan dan ini seterusnya membolehkan elemen interaktiviti ditambahkan kepadanya.
29

Cinepak
Cinepak merupakan piawaian pemampatan yang telah lama bertapak dan digunakan dalam proses penerbitan video digital. Ianya dikeluarkan oleh syarikat Apple dan pada asalnya, merupakan sistem CODEC untuk komputer jenis Macintosh. la kemudiannya diubahsuai agar boleh digunakan pada sistem pengoperasian Windows. Dalam erti kata lain, Cinepak merupakan piawaian pemampatan yang beroperasi berasaskan perisian. Ini bermakna ianya tidak memerlukan sebarang perkakasan tambahan pada sistem komputer untuk membolehkan ianya digunakan. Apa yang diperlukan bagi tujuan main semula ialah fail sokongan daripada Video for Windows atau Apple's Quicktime. Cinepak menggunakan pemampatan menerusi algorithma vektor yang mana ianya membolehkan sesebuah klip video dimainkan dengan kadar main semula yang agak pantas. Ianya juga diolah dengan menggunakan kadar pemindahan data yang stabil dan tepat yang mana ini membolehkan sesebuah klip video dipindah atau disalurkan dengan lebih selamat menerusi talian Internet mahupun apabila menerusi teknologi cakera padat. Cinepak juga tidak memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi dan ini membolehkan ianya digunakan walaupun pada sistem komputer yang berkeupayaan rendah. Selain dari itu ianya juga menawarkan kualiti video yang tinggi kerana ianya menampung sehingga ribuan malah jutaan warna.

30

Motion JPEG
Piawaian yang dibina oleh Joint Photographic Experts Groups berasaskan pemampatan pada imej yang statik. Motion JPEG mengandaikan setiap kerangka video sebagai imej yang statik. Ini menghasilkan saiz fail yang agak besar dan kejatuhan dari segi kualiti pada ratio atau nisbah pemadatan yang besar. Walaupun piawaian Motion JPEG berfungsi berasaskan pemampatan terhadap gambar statik, namun ia akan menghasilkan video dengan kadar 25 atau 30 fps. Permampatan menggunakan piawaian ini memerlukan perkakasan yang khusus, tetapi proses penyah-mampatan boleh dilaksanakan tanpa perkakasan dengan bantuan perisian yang tertentu; contohnya dengan menggunakan aplikasi Apple's Quicktime ataupun Video for Windows. Biasanya bahagian-bahagian tertentu didalam sesebuah imej (terutama gambar bagi latarbelakang) mengandungi maklumat yang hampir sama. Pemampatan menggunakan Motion JPEG akan menentukan bahagian-bahagian tersebut dan menyimpannya sebagai satu blok piksel dan bukannya sebagai setiap atau keseluruhan piksel. Ini akan mengurangkan jumlah maklumat yang diperlukan bagi menyimpan imej tersebut dan seterusnya akan mengurangkan saiz fail video yang terhasil. Pemampatan menggunakan Motion JPEG mampu beroperasi sehingga nisbah atau ratio 20:1 tanpa menjejaskan kualiti video yang terhasil. Pemadatan dengan ratio 20:1 mampu mengurangkan saiz fail daripada 1 MB kepada hanya 50 kb sahaja.

31

Microsoft's Video for Windows

Video for Windows mula diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 1992 bagi menyediakan satu piawaian yang tetap bagi video di bawah sistem pengoperasian Windows. Piawaian Microsoft Video for Windows adalah berasaskan kepada format fail .AVI (Audio Video Interleave) yang mana audio dan video akan disetarakan. Ini membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sebuah fail video digital.
32

Apple's QuickTime QuickTime merupakan piawaian yang dibangunkan oleh Apple Computer Company untuk membolehkan komputer Macintosh memampat dan memainkan video digital. Quicktime menggunakan pemampatam jenis lossy yang mana ia mampu menghasilkan pemampatan fail dalam nisbah 5:1 sehingga 25:1. Kelemahan Quicktime:
- paparan gambar yang agak kecil (semakin besar paparan yang digunakan, semakin besar saiz fail yang terbentuk) - memerlukan ruang ingatan utama (RAM) serta ruang ingatan sekunder (cakera keras) yang agak besar. - sungguhpun klip video telah pun dimampatkan, saiz failnya masih agak besar.

33

Kelebihan Quicktime: - tidak memerlukan perkakasan khas bagi tujuan penyebaran atau mainsemula. - tidak memerlukan kos yang tinggi. Program yang diperlukan untuk memainkan semula klip video berformatkan QuickTime diedarkan oleh Apple Computer dengan secara percuma. Ianya dikenali sebagai Quicktime's Player. - video dan audio bergerak serentak - oleh kerana Quicktime merupakan format fail yang dikenali oleh sistem pengoperasian maka setiap klip video boleh dipinda atau disalin antara aplikasi semudah penyalinan grafik atau teks.
34

Indeo & Sorenson


Indeo Indeo merupakan piawaian pemampatan yang dikeluarkan oleh syarikat Intel. Ianya lebih baik berbanding Cinepak dari segi resolusi video tetapi Cinepak lebih baik dari segi kejelasan paparan video dan juga ratio pemadatan yang mampu diperoleh. Sorenson Sorenson merupakan piawaian pemampatan yang agak baru berbanding dengan Cinepak atau Indeo. Ianya menawarkan ratio pemampatan yang lebih baik dan sekaligus bermakna saiz fail video yang terbentuk adalah lebih kecil berbanding penggunaan Cinepak atau Indeo. Selain dari itu, piawaian pemampatan Sorenson juga mampu menghasilkan kualiti paparan video yang lebih baik serta masa pemindahan data yang juga lebih pantas. la juga sesuai digunakan bagi memadatkan video yang menggunakan 24 bit warna khususnya bagi sebaran menerusi cakera padat.

35

FORMAT FAIL VIDEO


Setiap piawaian pemampatan fail video yang ada membolehkan pelbagai format fail bagi video digital dihasilkan. Antara format fail utama ialah:
Motion Pictures Expert Group (.MPG /MPEG) Apples Quicktime (.MOV) Windows Media Video (WMV) Digital Video (DV) dan Video for Windows (.AVI)

Bagi video digital yang ingin disebarkan menerusi teknologi Internet, format khas seperti Microsoft ASF (Advanced Streaming Format) dan Progressive Networks RealVideo (.RM atau .RAM) merupakan antara pilihan yang mendapat perhatian ramai
36

Quick Time (MOV) MOV merupakan format fail yang juga dikenali sebagai Apple Quick Time Movie. la pada awalnya digunakan khusus bagi mempersembahkan fail video untuk sebaran bersama-sama aplikasi multimedia di dalam cakera padat bagi komputer berasaskan sistem Apple Macintosh. Kini, fail dengan format MOV telah digunakan dengan meluas termasuklah dalam menyebarkan fail-fail audio, video dan animasi. Salah satu faktor mengapa fail dengan format MOV mendapat perhatian ramai ialah kerana ianya boleh digunakan pada kedua-dua sistem komputer utama iaitu Windows dan juga Macintosh. Ianya juga menawarkan kualiti persembahan audio dan video yang baik di samping menyokong pelbagai teknologi pemampatan atau codec.

37

Audio Video Interleave (AVI) Format fail AVI merupakan singkatan daripada perkataan Audio Video Interleave juga lebih dikenali sebagai Video for Windows. Ianya merupakan format fail yang diperkenal dan dipopularkan oleh syarikat Microsoft. Kualiti persembahan yang ditawarkan oleh format fail ini adalah memadai. Walau bagaimanapun ianya tidak menawarkan ciri-ciri pengurusan fail yang lebih baik berbanding format fail lain seperti MOV misalnya. Sebagai contoh, format fail ini tidak menyediakan trek ataupun kemudahan bagi tujuan meminda durasi atau masa persembahan dan sebagainya. Selain dari itu, saiz fail bagi animasi yang disimpan menggunakan format ini juga agak besar. Ini menyebabkan ianya memerlukan ruang storan yang lebih besar dan masa muat turun yang lebih panjang sekiranya ingin disebarkan menerusi web.

38

Motion Pictures Expert Group (MPEG) MPEG merupakan antara format fail video digital yang menawarkan kadar pemampatan yang baik tanpa terlalu menjejaskan kualiti video yang dihasilkan. Dalam erti kata lain, format fail ini membolehkan sesuatu persembahan video yang berkualiti diperoleh tanpa memerlukan ruang storan atau saiz fail yang terlalu besar. Walau bagaimanapun, bagi tujuan persembahan, ia biasanya memerlukan sistem komputer dengan kuasa pemproses yang agak tinggi. Oleh yang demikian, format ini sering digunakan bagi mempersembahkan klip video pendek yang berkualiti tinggi.

39

Real Media atau Real Video (RM) Real Media atau Real Video merupakan antara format video digital yang popular khususnya bagi tujuan sebaran menerusi web. Ianya menawarkan kualiti paparan audio dan video yang agak rendah tetapi memadai apabila memikirkan masa muat turun yang pendek yang ditawarkan olehnya apabila disebarkan menerusi teknologi Internet. Format ini diperkenal oleh syarikat Real Networks dan pengguna perlu memasang perisian Real Player bagi membolehkan audio dan video yang disimpan dalam format RM ini dipersembahkan. Perisian sokongan Real Player ini datang dalam pelbagai versi dan ada yang boleh dimuat turun secara percuma dari laman web Real Networks di http://www.real.com.

40

Digital Video (DV) Digital Video (DV) merupakan format fail bagi video digital yang mula dilancarkan penggunaannya seiring dengan perkembangan teknologi kamera video digital jenis miniDV. Ia seterusnya telah menjadi satu piawai utama untuk digunakan oleh kebanyakan kamera video digital disebabkan faktor media storan (pita miniDV) yang kecil. Antara ciri yang ditawarkan oleh format video ini ialah kualiti video yang baik, penggunaan pemampatan jenis intraframe dan memudahkan proses pemindahan data dari kamera video ke dalam komputer (menerusi kabel firewire). Format video jenis DV ini membolehkan ramai pengguna menerbitkan video sendiri dengan kos yang rendah tetapi dengan kualiti yang tinggi.

41

Flash Video (FLV) Macromedia Flash merupakan perisian animasi yang sering digunakan bagi menghasilkan animasi berkualiti tinggi sama bagi sebaran menerusi cakera padat mahupun menerusi web. Kini, dengan perkembangan teknologi, perisian ini menawarkan kemudahan untuk menyimpan fail video digital khususnya bagi tujuan sebaran menerusi web. Kelebihan format fail ini ialah ianya mampu mempersembahkan video dengan kualiti yang baik dalam bentuk aliran atau streaming dan masih mengekalkan saiz fail yang kecil. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk aliran video menerusi web.

42

KESIMPULAN
Walaupun kualiti video digital dikatakan lebih baik daripada kualiti video analog, saiz fail yang besar menyebabkan ianya terpaksa dimampatkan terlebih dahulu sebelum boleh mula disebarkan. Proses pemampatan ini sedikit sebanyak menyebabkan kejatuhan kualiti pada persembahan video digital. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi storan yang semakin maju seperti DVD misalnya, faktor saiz fail yang besar bukalah merupakan satu masalah yang terlalu membebankan lagi suatu masa nanti.

43