Anda di halaman 1dari 4

Falsafah Pendidikan Guru.

(FPG) Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamatdan pendidikan guru: guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat Pendidikan Guru Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikanguru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalantingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abadke-21. Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar FalsafahPendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawahtiga dimensi utama, iaitu: 1.Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

2.Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan. 3.Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumitiga aspek asas, iaitu : 1.Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2.Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3.Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etikaprofesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Rajah : Model Konseptual Pendidikan Guru Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan

matlamatmengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelekdan jasmani Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah: Ketuhanan Rohani Pengetahuan Nilai Intelek Emosi Kemahiran Jasmani Kendiri Kemasyarakatan Implikasi Falsafah Pendidikan Guru : Perana Guru sebagai Pendidik 1.Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2.Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3.Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. 4.Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 5.Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar

Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Islam "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat"

Anda mungkin juga menyukai