Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Saya menjalankan tugasan ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pengenalan Kemahiran hidup Sekolah Rendah (RBT 3117) Program Pensiswazahan Guru secara jarak jauh. Kajian yang dijalankan ialah ,saya dikehendaki menerangkan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia. Saya juga perlu menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah. Selain itu, saya juga perlu menyediakan satu RPH bagi menyampaikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran 2 waktu(1 jam) dalam kelas di sekolah rendah. Seterusnya, saya perlu menghujah tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan. Pada mulanya, saya mula mencari dan mengumpul maklumat tentang falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia. Melalui internet dan buku saya dapat maklumat yang diperlukan. Selepas itu, saya perlu menjelaskan tentang pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dijalankan di sekolah rendah berdasarkan sekolah tempat saya bertugas.Kemudian, saya menyediakan satu RPH untuk tahun 5 bagi 1 jam . Saya juga turut menerangkan tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan.Proses yang terakhir ialah pendokumentasian kajian kerja kursus dan penghasilan dapatan dan implikasi dalam penggunaan strategi dan pendekatan.Kami membuat kajian ini untuk mencari kekuatan dan kelemahan pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah, kami telah dapat melaksanakan kajian ini setelah bekerja keras di samping kerjasama antara semua rakan pelatih dalam kumpulan ini. Kami menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis esei lengkap serta saranan penambahbaikan kerja kursus ini.