Anda di halaman 1dari 3

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 PROGRAM BIG SIRI

FASA TARIKH TEMPAT : : : : 5 V 08-03-2013 DEWAN DATOKHAIRUDDIN ASHARI KUMPULAN AMBILAN OPSYEN TERLIBAT : : : 5 PISMP JAN 2011 5 PISMP BT/PJ/RBT, BC/PJ/RBT I&II, MT/PJ/BT, MT/PJ/BC, TESL 1, TESL 2, PEMULIHAN BC, SCN/PJ/BC TAJUK : PENGURUSAN PENDIDIKAN

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Pada pukul 1.45pm semua siswa guru berkumpul di DDKA. Selepas itu, pendaftaran dilakukan bagi ceramah BIG. Seramai 170 orang siswa guru telah mengambil bahagian dalam ceramah ini. Majlis ceramah dimulakan dengan rasmi pada pukul 2.15 petang. Sesi pertama adalah ceramah mengenai Pengurusan pendidikan. Penceramah mulakan ceramah dengan memberi pengenalan kepada tajuk. Seterusnya beliau menerangkan tentang istilah perguruan dan keguruan. Beliau juga menerangkan tentang cara menguruskan pendidikan. Beliau telah menerangkan tanggungjawab

seseorang guru semasa menjalankan tugasnya. Kira-kira pukul 3 petang guru pelatih diberikan rehat. Nasi ayam disediakan untuk para guru pelatih. Pada pukul 3.30petang sesi kedua ceramah mengenai pengurusan pendidikan dimulakan. Dalam sesi kedua, penceramah memberikan ceramah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru. Beliau juga menerangkan mengenai kaedah yang harus digunakan oleh guru semasa pengajaran dan

pembelajaran. Maklumat yang diberikan oleh beliau sangat berguna bagi semua guru pelatih. Majlis tamat pada pukul 5 petang dengan pemberian cenderamata kepada Penceramah oleh pengarah program. Seterusnya guru pelatih Menyanyikan nyanyian Negara-ku dan lagu negeri Johor. Majlis

ceramah tamat dengan jayanya.

Isu yang di bincangkan Kekuatan : 1. Saya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam penyediaan untuk menjadi seorang guru. 2. Saya dapat memupuk kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan dan melatih diri saya untuk menberikan komitmen dalam melaksanakan peranan melalui ceramah ini. 3. Penceramah mendedahkan tentang pembinaan guru yang seimbang dengan jelas. 4. Saya dapat bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 5. Melalui ceramah ini saya dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah. 6. Saya dapat menampilkan ciri-ciri kerohanian, etika, nilai dan akhlak keguruan. 7. Ceramah ini mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 8. Melalui ceramah ini ,saya dapat mempamerkan daya ke tahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan social saya.

Kelemahan : 1. Kedua-dua slot dikendalikan oleh seorang penceramah sahaja. 2. Tidak ada sebarang aktiviti yang seronok dijalankan sepanjang slot ini. 3. Masa tidak diurus dengan baik dan slot ceramah tidak dimulakan tepat pada masanya. 4. Sesi soal jawab juga tidak dijalankan. 5. Pembentangan slide show tidak menarik perhatian. 6. Susunan tempat duduk siswa guru mengikut opsyen menyebabkan mereka tiada peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. 7. Makanan yang diberikan tidak sedap untuk dijamu. Cadangan : 1. Perlu memberi peluang kepada siswa guru untuk menyuarakan sesuatu pendapat tentang isu yang diutarakan semasa pembentangan. 2. Penceramah yang berbeza perlu memberikan ceramah mereka supaya dapat menarik perhatian para siswa guru. 3. Aktiviti ditingkatkan. yang melibatkan kemahiran guru pelatih harus

Anda mungkin juga menyukai