Anda di halaman 1dari 6

Peranan dan Sumbangan guru dalam Proses Pembinaan Negara dan Bangsa

1.0

Pengenalan Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu

pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah muridmurid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang . Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan muri-murid yang diajarnya. 2.0 Guru Sebagai Pembentuk Modal Insan Guru yang bersifat dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyelesaikan diri untuk menghadapi perubahan demi perubahan dari semasa ke semasa. Guru sebagai agen perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi akan datang adalah bertanggungjawab untuk merealisasikan cita- cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, yang berlandaskan kepada Matlamat Pendidikan Negara, berikut merupakan tanggungjawab guru kepada Negara; a) Mendidik pelajar-pelajar supaya mereka menjadi generasi yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. b) Mendidik pelajar-pelajar supaya mempunyai daya ketahanan tinggi dengan memperolehi kemahiran-kemahiran , khasnya bidang teknik dan vokasional yang dicitakan dalam wawasan 2020 serta memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan Negara yang semakin kompleks, meingkat , progresif dan bekembang.

3.0

Guru Sebagai Pembentuk Nilai Nilai Moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan pelbagai cara, iaitu

melalui contoh teladan, norma adat resam dan kepercayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran, dan proses pendidikan. Di dalam sekolah, muridmurid dididik supaya membentuk akhlak yang mulia supaya menjadi insane yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini.

PNBM

Page 8

3.1

Tingkahlaku dan contoh teladan

Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi.Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa berpakaian kemas, rajin dan mempunyai positif terhadap tugasan yang diamanahkan. 3.2 Guru Penyayang (Caring Intellectual)

Guru penyayang di dalam Bahasa Inggeris bermaksud Caring Intellectual, iaitu guru sebagai intelektual penyayang. Seorang guru tidak perlu memiliki kelayakan akademik yang tinggi seperti PhD untuk menjadi intelektual. Mengikut Dr Jamiliah Ahmad, Seorang pensyarah Pendidikan, intektual merupakan pendidik yang memainkan peranan sebagai agen transformasi , berfikiran tajam, mempunyai dedikasi kepada nilai intelek dan memperhebatkan perkembangan daya muridmurid. 3.3 a) b) c) d) e) Ciri-Ciri Guru Penyayang

Sering melakukan jasa baik kepada orang lain. Memahami segala aspek tentang orang yang disayangi. Sering mengambil berat terhadap orang lain yang disayangi. Tidak mengambil sebarang tindakan kerana kepentingan sendiri Mempunyai perasaan empati (emphatic) dan dapat menghayati dunia dalaman orang yang disayangi dengan secara mendalam.

f)

Mengambil kira dan menimbang dengan hati terbuka terhadap pandangan, harapan, dan keperluan orang lain.

g)

Sering bertindak untuk kebaikan, kesejahteraan, dan kebahagiaan orang yang disayangi.

4.0

Guru Sebagai Agen Sosialisasi Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan

dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti nilai, norma, dan kehendak masyarakat. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, PNBM Page 9

tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bagaimanapun pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sedang mengalami perubahan agen sosialisasi yang hebat. Ringkasnya , peranan guru sebagai agen sosialisasi adalah disenaraikan berikut; a) b) c) d) e) Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan Sebagai pembentuk sahsiah sesuai dngan norma dan nilai masyarakat Sebagai pembentuk masyarakat penyayang Sebagai role model kepada murid dan masyarakat Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa , pegawai kerajaan,, dengan masyarakat. f) Sebagai penyumbang kepada masyarakat.

5.0

Guru Sebagai Pendidik dan Pakar Rujuk Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru dilatih untuk

menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas untuk menyampaikan ilmu kepada muridmuridnya. Oleh itu, guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya. 5.1 a) Ciri-Ciri guru yang berkesan Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. b) Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. c) Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar. d) Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

6.0

Guru Sebagai Mentor Mentor merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman dalam

bidang tertentu, misalnya bidang pendidikan. 6.1 PNBM Peranan Guru Sebagai Pembimbing Page 10

a)

Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial emosi akademik, perkembangan mental dan akhlak.

b)

Menolong murid dalam pelajaran mereka, misalnya memperkenalkan matlamat-matlamat pelajaran, cara-cara belajar, situasi persekitaran,

peraturan-peraturan sekolah dan menekankan kepentingan pembelajaran mata pelajaran yang berkenaan. c) Menolong murid menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan, minat dan perkembangan masing-masing. d) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran. e) f) g) Menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran. Menolong murid membuat keputusan yang rasional. Menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik, menghargai kerja, dan membina sifat-sifat personality yang smepurna. h) i) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. j) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang memerlukan pertolongan professional. Untuk memainkan pernanan sebagai mentor kepada muri-muridnya dengan berkesan, guru hendakah; a) Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. b) Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani , mental , emosi, politik , ekonomi, sosial, keturunan atau agama. c) Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. d) Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

7.0

Guru Sebagai Pengurus Di dalam bilik darjah, selain mengajar , guru juga memainkan pernaannya sebagai

pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus muridmurid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan PNBM Page 11

bilk darjah dan menyusun kerusi meja, mengurus murid-murid supaya mematuhi segla peraturan di dlaam bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya suasana pembelajaran lebih kondusif. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mengwujudkan suasana sosio-emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik, dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan, perbincnagan, bercerita, dan aktiviti jual beli. Selain itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid di dalam kelas.

7.1 a) b)

Tugas Guru sebagai pengurus bilik darjah Mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid suapaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi

c) d)

Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

e)

Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

8.0

Guru Sebagai Penyebar Ilmu Guru yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

kepada murid-murid., perlu memupuk sendiri segala aspek nilai budaya, ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi, seterusnya membentuk budaya ilmu, sebagai cirri utama dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu cita-cita yang terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. PNBM Page 12

9.0

Rujukan

1. Hussein Haji Ahmad. Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993) 2. Prof.Madya Dr Rohani Abdullah. Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Proffesional . (2007) 3. Suffean Hussin. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002)

PNBM

Page 13